Sisa kambing sebagai sumber pendapatan

SELAMA ini ternakan kambing dan biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala tenusu mengeluarkan susu saja. Sebelum ini penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada jangka pendek atau panjang. Kini dengan teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dan menyumbang kepada pencemaran atau dijadikan baja boleh menghasilkan baja organik.

Baja organik atau popular sebagai emas hitam merupakan hasil tinja kambing yang diproses atau dikitar semula.Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada punca tanaman atau ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau hormon. Bermula dengan 50 ekor kambing, penternak sudah boleh mengusahakan baja organik justeru meningkatkan pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal.

Projek yang merupakan pelengkap kepada bidang penternakan menyemarakkan lagi potensi pendapatan sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ke-3. Kuantiti tinja kambing akan bertambah dari sehari ke sehari akan mewujudkan pencemaran bau jika tidak diuruskan dengan betul. Keadaan berkenaan akan menyebabkan penyakit seperti radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda.

Longgokan yang bertambah banyak akan menyebabkan pencemaran alam sekitar apabila hari hujan. Setiap projek yang mengandungi 250 ekor ibu atau 750 ekor kambing mampu menghasilkan 9,000 kilogram (kg) atau sembilan tan tinja mentah sebulan. Jumlah tinja yang dihasilkan setiap bulan dalam kuantiti banyak dan boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan sekiranya diurus secara sistematik.

Sistem penternakan insentif merupakan sistem paling sesuai bagi pengeluaran baja organik secara sistematik kerana ternakan bebas tidak akan memberikan tinja yang optimum. Kandang Penternak disaran membina kandang setinggi enam kaki (dua meter) dari permukaan tanah bagi memudahkan kerja memungut tinja mentah. Permukaan bawah kandang boleh di simen atau tidak mengikut kesesuaian keadaan tempat. Bagi kandang kecil usaha memungut tinja dilakukan menggunakan plastik kanvas di bawah lantai dengan curam ke tepi kandang. Tinja kambing merupakan 83 peratus bahan mentah baja organik bahan organik, bermakna sembilan tan metrik tinja mentah mampu menghasilkan 10.5 tan metrik baja organik.

Baja organik dapat dipasarkan pada harga RM800 setan dan ladang komersial yang berskala 250 ekor kambing mampu menghasilkan RM8,400 sebulan melalui kaedah pemasaran.Jika baja organik dijual dalam bungkusan kecil maka pendapatan meningkat kepada angka yang lebih lumayan.

Kaedah pemasaran yang strategik mampu menjadikan penghasilan baja kompos sebagai penjana pendapatan. Penternak yang menyertai program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh menyertai kursus secara sangkut dan latihan amali di ladang swasta secara insentif.

Peralatan seperti bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik diperlukan bagi menghasilkan baja organik. Semua peralatan dianggarkan berharga kira-kira RM10,000. Baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon dan tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Baja organik juga dapat mengurangkan serangan hama dan penyakit dan sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang seperti durian, duku dan manggis serta jangka pendek seperti sawi, cili dan tomato.

TINJA atau najis kambing boleh diproses dan dijadikan baja yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada penternak.

Baja organik Bio Komp ini dihasilkan daripada tinja kambing yang diternak. Antara kebaikan menggunakan baja ini adalah seperti berikut:

* Menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah
* Meningkatkan populasi mikro organisma tanah
* Meningkatkan daya serap akar & daya serap air
* Meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya N.P.K dalam jangkamasa panjang untuk membentuk unsure yang sangat diperlukan tanaman.
* Mengurangkan kos pertanian & MESRA ALAM.

Harga bagi 1 tan adalah RM 700.00.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

Perfect Agro Sdn Bhd
Wisma Yahaya Ariffin
NO 34, Plaza Puchong
Jalan Puchong Mesra 1
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03- 8075 7188
Faks: 03- 8075 5188

Emel: sales@perfectagro.com.my
website: http://www.perfectagro.com.my/

12 thoughts on “Sisa kambing sebagai sumber pendapatan

  1. saya berminat dengan penjualan tinja kambing.. namun saya tiada pasaran… bolehkah saudara cara2 pemasaran dan dengan siapa yang patut dijual…

    terima kasih

  2. saya juga berminat untuk menjadi pengedar baja tinja kambing… bagaimana dengan pasaran? adakah saudara dapat membantu saya

  3. Assalamualaikum tuan,

    Saya ingin mendapatkan maklumat tentang cara membuat mas hitam, jika tidak keberatan bolehkah tuan menyatakan mana2 syarikat yang membuat kursus atau ada menjual buku2 rujukan berkaitan perkara ini.

    Sekian. TQ

  4. Assalamualaikum,
    saya seorang penanam orchid secara komersial dan mengunakan baja tinja kambing import.skarang ini kami menggunakan kira2 1 tan sebulan, adakah perbezaannya dengan emas hitam tuan?.

    terima kasih

  5. saya berminat dengan penjualan tinja kambing.. namun saya tiada pasaran… bolehkah saudara cara2 pemasaran dan dengan siapa yang patut dijual…

  6. salam.. sy nak tau caner nak urusakan air kencing kambing… sbb ia pon satu pencemaran dan x boleh dilepaskan begitu sahaja.. adakah pihak tuan mempunyai pandagan dalam mengurusakan air kencing kambing ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s