
PENGALAMAN tinggal di tepi Sungai Pahang dan bapanya yang menternak ikan kolam menjadikan dua beradik ini cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran menternak ikan dalam sangkar. Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1991, Zaid Hassan, 36 dan Che Hasanlim Hassan, 32 berkongsi modal sebanyak RM4,000 untuk membina tiga buah sangkar sepanjang Sungai Pahang. Dengan wang itu juga mereka bersama-sama adik-beradik lain membina sangkar, menjahit jala dan mencari benih ikan yang sesuai.
Pada mulanya dua-beradik ini hanya memelihara ikan patin dan tilapia dengan bekalan anak benih dari Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Zaid berkata, sebelum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan, mereka terpaksamengharungi banyak cabaran. “Boleh dikatakan kami banyak membuat kajian sendiri mengenai ternakan air selain menghadiri kursuskursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan, katanya semasa ditemui di kolam ikannya di Kampung Sungai Kundang, Jalan Maran – Temerloh, Temerloh, Pahang.
Pada mulanya mereka meletakkan sehingga 2,000 ekor anak ikan dalam sangkar tetapi tumbesaran yang lambat menyebabkan hasil lambat dituai. Masalah makanan yang semakin bertambah apabila ikan berada lebih lama dalam sangkar menyebabkan mereka meletakkan hanya 1,500 ekor saja bagi mencapai tempoh pembesaran optimum. Perubahan cuaca juga merupakan satu lagi cabaran yang mampumenggugat kecekalan seorang penternakikan sangkar.
“Misalnya perubahan keadaan cuaca dan aras air amat penting bagi pertumbuhan ikan dalam sangkar. Aras air amat penting semasa meletakkan benih ikan di sangkar kerana anak ikan sensitif dengan perubahan aras air terutamanya semasa musim hujan,’’ kata Che Hasanlim pula. Hujan lebat tambah Che Hasanlim, akan membawa lumpur dan sampah sarap yang melekat di bahagian insang ikan dan menyebabkan kesukaran bernafas. “Benih ikan perlu diletakkan selepas musim monsun kerana hujan lebat akan menyebabkan anak ikan mati,’’ katanya Masalah berkenaan menyebabkan tidak ramai penternak yang mampu bertahan lama dalam industri ternakan ikan sangkar selain harga makanan ikan yang semakin meningkat. Che Hasanlim berkata, ikan memerlukan makanan seimbang yang terdiri daripada palet, kepala ikan dan baja ikan sebagai makanan tambahan.
Memandangkan keperluan dalam makanan ikan semakin meningkat, beliau bercadang membeli mesin bagi menghasilkannya sendiri. Walaupun masih belum berupaya menghasilkan makanan ikan sendiri, Che Hasanlim telah menambah lebih banyak jenis ikan seperti patin buah dan hitam, jelawat, baung dan jelawat bagi pasaran makanan dan bawal merah untuk kolam pancing. “Kami juga sedang meluaskan ternakan ikan sangkar dengan cuba memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan kelah, kerai dan koi bagi mempelbagaikan perniagaan di masa akan datang,’’ katanya yang dibantu oleh adik-beradiknya seramai 15 orang.
Buat masa sekarang syarikat mereka, Perniagaan Kundang Maju mempunyai 47 buah sangkar ikan di tiga kawasan berasingan sepanjang Sungai Pahang. Kawasan penternakan yang berasingan, kata Che Hasanlim penting bagi mengelakkan perebakan penyakit selain pemilihan kawasan teluk yang agak terlindung daripada arus deras juga penting bagi melindungi ikan. Menyentuh mengenai pasaran, Che Hasanlim berkata, kebanyakan ikannya dijual di pasar-pasar sekitar Maran dan Temerloh. Setelah hampir 10 tahun menjalankan penternakan ikan sangkar barulah Zaid memberanikan diri bertemu dengan pegawai Bank Pertanian Malaysia (BPM) cawangan Temerloh bagi mengembangkan ternakan ikan dalam sangkar.
Melihat kepada ternakan ikan sangkar yang diusahakan dua beradik ini semakin berdaya maju, BPM telah meluluskan pinjaman di bawah skim 3F sebanyak RM75,000 bagi pembinaan sangkar dan bekalan benih ikan. Memandangkan permintaan ikan air tawar yang semakin meningkat bagi bekalan di restoran dan kolam pancing Zaid sekali lagi memohon pinjaman BPM sebanyak RM100,000. Pinjaman kali kedua tahun lepas juga telah diluluskan memandangkan mereka berupaya mengeluarkan sehingga satu tan ikan sekali musim tuaian mengikut jenis ikan. Misalnya ikan patin hitam boleh dituai semasa berusia enam hingga lapan bulan manakala patin bunga pula pada 12 hingga 18 bulan. Kedua-dua beradik ini bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan ikan sangkar dengan mempelbagaikan jenis ikan misalnya ikan hiasan, memproses makanan ikan sendiri dan menghasilkan ikan pekasam.
Persediaan bagi menjadi penternak ikan sangkar:
1. Modal yang mencukupi
2. Sangkar ikan biasanya satu sangkar berukuran 10 kaki x 12 Kaki memakan belanja hampir RM3,000
3. Bekalan benih ikan
4. Bekalan makanan ikan
5. Pasaran ikan
Ikan yang biasa dipelihara dalam sangkar di sungai:
● Patin hitam
● Patin buah
● Baung
● Bawal merah
● Tilapia
● Jelawat
● Kerai
– Harga ikan yang dipelihara Patin hitam RM10 hingga RM12 sekilogram
– Patin buah RM20 hingga RM25 sekilogram
Asalammualaikum…
saya berminat untuk melibatkan diri dalam ternakan ikan air tawar teknik sangkar. Lokasi yang saya cadang adalah di lombong.
Adakah sesiapa yang dapat membantu saya cara bagaimana untuk mengusahakannya teutama paroses mendapatkan lesen dan kelulusan kawasan.
Mohon bantuan. email saya…mahadi_tdc@hotmail.com
Terimakasih.
ya,saya boleh membantu.Saya ada teknologi sangkar yang baru, murah,tahan lama dan tahan lasak..dengan pengunaan dan penjagaan yang betul ia boleh tahan hingga 5 ke 10 tahun atau lebih..
teknologi ini dapat jimatkan kos encik..yang menarik nya,encik mampu beroperasi seorang diri dalam penternakan ikan dengan menggunakan sangkar yang saya ingin bekalkan ini,
jika berminat sila hubungi:
muhammad nasri
o13-3308216
atau
06-5528942
hi saya ingin tahu mcmnana nak mternak ikan dalam sangkar laut seperti ikan kerapu,siakap,ikan merah dan ikan putih??
terima kasih
ikan merah kat laut je ke?
soalan seperti berikut:
1.berpakah keluasan satu sangkar ikan yang sesuai di sungai?
2.jaring jenis apakah yang sesuai digunakan di sungai yang banyak buaya seperti sungai di sarawak?
3.berapa banyakkah benih ikan yang harus di simpan dalam satu sangkar?
4.apakah makanan ikan yang sesuai untuk ikan tilapia merah?
5.dimanakah kita boleh membeli jaring yang murah harganya?
1)kenapa harga patin buah tinggi harganya?
2)berapa lama ikan patin buah diternak.
aslkum…
sy bru hndak mnjalankan projek ternak ikan tilapia…tpi kurang keyakinan krn bnyak lagi yg prlu sy blajar..sy hrap sngat encik zaid dpt mmbantu sy dgn mmberi tip2 yg baik bgi mjayakan projek sy..sy telah pun mgikuti krsus ternak ikan bwah jbt prikanan..
brapakah jumlah bnih yg prlu sy ltak skiranya sngkar sy 10×20..dan brapa gram palet yg prlu utk satu sngkar..
saya berminat nak buat projek ternak ikan sangkar ini. boleh bantu saya dimana nak dapatkan sangkar tersebut dan lesen untuk ternak? TQ
Dari pemerhatian saya, saya dapati semua pertanyaan adalah dari rakan-rakan yang langsung tiada ilmu asas tentanb penternakan.
1.JANGAN buat yang orang lain buat jika kita tak tau.
2.Jika MINAT , sepatutnya cari semua bahan disekitar kita terlebih dahulu,
Ryzal- telah mengikuti kursus tetapi tiada keyakinan,- sebenarnya banyak masalah yg org luar tak nampak tetapi beliau telah nampak. Jangan takut, redah dulu.
amelia- lesen? bergantung pada lokasi, LOMBONG / sungai-kebenaran JPS/PEJ TANAH/PERIKANAN.
SYLVESTER-
Keluasan sesuai mengikut keadaan sungai, 10×10/10×20 / 20×20.
jenis jaring?mata 1 inci. kalau ada buaya, tambah wire mesh 2 inci diluar jaring. kalau banyak sangat buaya, balik bela buaya… lagi untung..
bilangan benih- kalau 10×10, 1500 benih tilapia – kalau padat sangat masa umur 4/5 bulan , buat grading.tapi 1500 tu dah ok dah..
makanan tilapia? – pallet.
Harga jaring- 1Kg RM18.00 hingga RM 22.00, Jahit sendiri. Kalau tempah mahal 10×10 RM 500.00.
KONG
Lebih baik buat lawatan di sangkar ikan, LUMUT, KUKUP,SG PETANI…
apakah cabaran yang dihadapi apabila menternak ikan patin?seperti kecurian tan selanjutnya
saya ada kolam yang semula jadi..jadi saya nak menternak ikan dalam sangkar.bagai mana cara nya dan saiz apa yang perlu?
sy ingin meternak ikan air tawar(sungai)..tp sy xde pegalaman dan kekurangan modal??
hai encik zaid..sy sgt berminat dlm bidang ternak ikan dlm sangkar nie…saya ingin menternak ikan siakap dgn kerapu…untuk sangkar yg bersaiz 10 x 20kaki..berapa ekor benih yg saya perlu letak dlm sangkar tersebut…dan makanan apakah yg perlu sy bg untuk ikan siakap dan untuk ikan kerapu???sy ingin mendengar pejelasan encik zaid dan encik hasanlim…terima kasih
Assalamuailaikum.
Syabas kepada semua yg sanggup merintang sekatan dan halang dlm mencebur dlm bidang perikanan ini. Tepukbdada tanya selera adakah anda berul betul berminat dgn ikan dan udang dimana sekiranya ternakan anda sakit anda terpaksa pi checking walaupun isteri anda mengandung 9 bulan walaupun anak anda sakit deman walaupun ibu anfa terlantar memerlukan anda. Kiranya keuntungan menjadi harapan tertinggi inilah bidang yg last sekali anda cebur. Teruskan usaha kalau dh mula jgn pandang belakang hanya teruskan, anda berusaha allah akan menolong.
Saya mempunyai benih siakap air payau masin dan juga air tawar, boleh di ternak di dlm lombong air tawar sungai mahupun muara. Lumpsum 20000 ekor harga 5 ribu sahaja. Benih saiz 2 ke 1 inchi sahaja. Kebanyakan 1 inchi lebih skit. Amda perlu grading 2 hari sekali hingga ia mencapai dlm saiz 6 inchi ( 2 bulan) kadar kematian kalau tak grading amat tinggi. 20000 kalau grading routine blh dapat dlm 30 ke 70 peratus siakap. Tambahan Transport boleh diuruskan ex setiawan. en.ahcai@gmail.com