Pak Din usahakan tanaman sejak 15 tahun lalu kini raih pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
ARAU: Tanaman pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica daripada keluarga umbelliferae/apiaceae adalah antara ratusan tumbuhan herba tempatan yang dikenal pasti semakin diperlukan dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Apa tidaknya, ini kerana tanaman herba jenis menjalar atau merayap ini bukan sekadar popular untuk dijadikan ulam ulaman atau dimasak gulai lemak dan dijadikan kerabu oleh masyarakat tempatan tetapi diakui memiliki banyak khasiatnya.
Antaranya, tanaman ini adalah antara produk yang begitu diperlukan dalam menghasilkan pelbagai barangan kecantikan (kosmetik) seperti Nona Roguy dan produk keluaran HPA Industries Sdn Bhd terutama herba penawar Al Wahida yang kini berada di pasaran.
Selain itu, tanaman pegaga yang berdaun panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung serta batang yang merayap berwarna hijau kemerah-merahan ini adalah antara pelbagai ramuan herba yang digunakan dalam perubatan tradisional.
Antara kehebatan khasiat tanaman ini yang sudah terbukti atau diakui umum ialah rahsia awet muda, cukup berkesan dalam mengubati penyakit tekanan darah tinggi, selain baik mengubati luka ulcer dan dijadikan tonik untuk minuman.
Justeru, tidak menghairankan apabila tanaman ini begitu diperlukan khususnya syarikat atau pengeluar yang terbabit secara langsung dengan pengeluaran pelbagai produk kecantikan seperti barangan kosmetik dan ubat tradisional.
Selaras dengan keperluan itu, menyaksikan permintaan terhadap tanaman ini sebagai antara ramuan penting dalam pelbagai produk berkenaan, maka tidak menghairankan sentiasa tinggi dan harganya juga begitu lumayan iaitu RM3,000 satu tan atau RM3 sekilogram.
Menyedari potensi dan pasarannya yang begitu baik, selain kepentingan dan kepelbagaian kegunaan tanaman ini, ia mendorong seorang pekebun kecil getah di Kampung Paya Burma dekat sini, Din Saman untuk mengusahakan tanaman itu.
Bagi tujuan itu, Din yang lebih mesra dengan panggilan Pak Din tidak keseorangan kerana seluruh ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan menantunya turut terbabit secara langsung dengan projek tanaman pegaga itu sebagai sumber pendapatan mereka di kawasan seluas kira-kira satu hektar sejak beberapa tahun lalu.
“Saya sudah terbabit dengan tanaman ini sejak lebih 15 tahun lalu. Bagaimanapun, dulu pegaga tidak begitu luas pasaran atau permintaannya. Mungkin kerana ramai tidak menyedari akan kelebihan khasiatnya.
“Jadi, saya dan keluarga hanya tanam secara kecil-kecil berhampiran rumah bagi memenuhi permintaan terutama peniaga tempatan di pasar malam dan pekan sehari.
“Bagaimanapun, kebelakangan ini segalanya sudah jauh berubah apabila tanaman itu begitu diperlukan dan harganya semakin baik,” katanya di temui di tapak projeknya di Kampung Paya Burma dekat sini, baru-baru ini.
Pak Din adalah antara pengusaha tanaman pegaga yang berjaya di negeri ini dan pernah menerima anugerah sebagai peserta terbaik Projek Ekonomi Tambahan (PET) anjuran Risda (Lembaga Perusahaan Pekebun Kecil Getah) peringkat kebangsaan, tahun lalu.
Selain Pak Din, turut terbabit sepenuhnya dengan projek tanaman itu dengan bimbingan Risda ialah isterinya, Maimunah Salleh, 66 dan dua anak lelakinya, Johari, 48 dan Ibarhim, 46.
Pak Din bermula empat tahun lalu dengan bantuan daripada Risda sebanyak RM20,000 menerusi PET dalam bentuk pelbagai peralatan/input seperti enjin/pam air, baja organik (tahi ayam), kolam takungan air, membajak tanah, sistem pengairan renjis dan pagar kawat duri.
Dengan bantuan itu, beliau mengusahakan kawasan seluas kira-kira satu hektar dengan tanaman pegaga yang dijalankan secara berperingkat-peringkat membabitkan 84 batas yang setiap satunya sepanjang kira-kira 20 meter.
Beliau berkata, tanaman ini mengeluarkan hasil selepas 90 hari atau tiga bulan di tanam dengan keupayaan pengeluaran antara 1.2 dan 1.5 tan bagi setiap enam batas dengan pendapatan antara RM3,600 dan RM4,500.
“Kita pungut hasilnya secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh matangnya iaitu tiga bulan dan biasanya membabitkan sebanyak enam batas dengan puratanya pendapatan sebulan ialah antara RM3,600 dan RM4,500,” katanya yang menanam pegaga jenis Cina atau pegaga Nyonya.
Mengenai pasaran, beliau berkata, masalah itu tidak timbul kerana semua hasil pengeluaran di projek itu di hantar kepada HPA Industries Sdn Bhd yang menjadi pemborong utama dengan harga RM3 sekilogram atau RM3,000 setiap tan.
“Tanaman pegaga ini tidak banyak mendatangkan masalah seperti jenis sayuran lain kerana hanya masalah kulat dan rumput rampai saja. Selain itu, harganya juga diakui lebih stabil tidak seperti sayuran lain, sekejap turun dan sekejap naik,” katanya.
Anaknya, Johari pula memberitahu, selain mengusahakan tanaman pegaga, tanaman Roselle turut ditanam di kawasan seluas 0.5 hektar berhampiran tapak projek itu yang turut menyumbang pendapatan antara RM2,800 dan RM3,000 sebulan.
Katanya, Roselle yang diusahakan ini juga tidak berdepan sebarang masalah dari segi pemasaran kerana turut dibekalkan kepada syarikat HPA Industries Sdn Bhd yang turut mengeluarkan pelbagai produk khususnya dalam bentuk jus minuman.
Roselle ini dijual dengan harga RM1.40 dalam bentuk buah tanpa diproses manakala RM2.40 selepas diproses iaitu isi atau biji bagi setiap sekilogram.
Sementara itu, Pembantu Pertanian Risda kawasan Padang Siding, Perlis, Sadeli Mohamad berkata, projek tanaman pegaga yang diusahakan Pak Din di Kampung Paya Burma itu adalah antara yang paling berjaya di bawah Projek Ekonomi Tambahan (PET) anjuran Risda.
“Kita (Risda) begitu berbangga dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh Pak Din dan ahli keluarga. Bantuan yang disalurkan Risda menerusi PET sebanyak RM20,000 diguna sebaiknya untuk tanaman pegaga ini.
“Justeru, tidak menghairankan apabila Pak Din muncul sebagai peserta PET terbaik peringkat negeri dan terpilih menerima anugerah di peringkat kebangsaan, tahun lalu,” katanya.
Sadeli berkata, selain menyalurkan bantuan dalam bentuk peralatan atau input, Risda sentiasa memantau dan memberikan bimbingan kepakaran serta nasihat kepada Pak Din dan ahli keluarga dari semasa ke semasa bagi memastikan projek itu diteruskan dan menjadi projek contoh.
“Kita tidak mengabaikan aspek bimbingan dan nasihat kepada Pak Din bagi memastikan projek itu mampu diteruskan dan menjadi antarasalah satu projek contoh di negeri ini (Perlis),” katanya.
FAKTA: Tanaman pegaga di Kampung Paya Burma, Kok Klang, Chuping
# Mengusahakan tanaman pegaga di kawasan seluas kira-kira satu hektar
# Mampu meraih pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM5,000.
# Mendapat bimbingan dan bantuan Risda menerusi Projek Ekonomi Tambahan (PET) berjumlah RM20,000.
# Selain pegaga, tanaman Roslle turut diusahakan di kawasan seluas 0.5 hektar dengan meraih pendapatan antara RM2,800 dan RM3,000 sebulan.
Assalamualaikum. Pak Din sihat x?
Saya nak tanya Pak Din tentang tnaman pegaga.
saya harap pak din dapt membantu saya
saya da membuat sedikit penyelidikan untun tesis saya
tapi saya ingin mengetahui lebih lanjut dari Pak Din sendiri,
megenai
maklumat asas tanaman pegaga, kepentingan dan potensi di masa hadapan, faktor mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran tanaman ini, aspek- aspek pengurusan tanaman ini, teknologi yang digunakan , bantuan dari agensi apa, pemasaran hasil , peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh tnaman ini.
saya mengharapkan Pak Din dapat menolong sya.
Assalamualaikum
salam pak din..sy zila..nak tanya bagaimana nak tanam pegaga..saya berminat..kalau boleh buat tanaman pegaga secara para..harap pak din boleh beri tunjuk ajar
salam…pak din sy pun nk tny pasal pegaga n pertanyaan sy sama ng komen oleh qawiem (3 februari,2008)…sy nak tahu pasal penanaman pegaga secara hiroponik n di tanah biasa..time kaseh
Hangpa ingat PakDin ka yg tulih artikel nih? PakDin tak dak la nak masuk blog nih. Penat ja hangpa dok tanya soklan.
Saya nak ingin beli 1) biji benih roselle utk tujuan tanaman dan 2) keratan benih pegaga utk tujuan tanaman jugak. Jd bagaimana caranya dn harga tersebut. Sila hubungi saya melalui email km2u4u@gmail.com atau whatsapp/wechat ke 013 3539013. T kasih rodman