Graduan ternak tilapia

PEKAN: Memiliki ijazah sains komputer tidak bererti perlu mencari kerja yang setimpal dengan ijazah itu. Sebaliknya, berfikiran positif dan menyahut seruan kerajaan adalah langkah bijak daripada membazir waktu dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Begitulah kegigihan seorang anak muda Kampung Belimbing yang memanfaatkan sungai dengan mengusahakan ternakan ikan sangkar di Sungai Pahang. Hanif Abd Jabar, boleh dianggap contoh baik kepada anak muda lain walaupun baru saja tamat pengajian di menara gading.

Walaupun kekurangan modal permulaan, ini bukanlah alasan beliau memadamkan cita-citanya untuk berjaya. Kejayaan dan kepintaran jika digunakan dengan betul akan mendatangkan hasil yang lumayan.

Dengan bermodal sendiri dan berkat ketabahan, Hanif kini memiliki empat sangkar ikan dengan harga RM3,000 setiap satu. Uniknya, semua sangkar dibina menggunakan kemahiran sendiri. Setiap sangkar boleh memuatkan 600 hingga 700 ekor ikan tilapia. Anak benih ikan itu diperoleh daripada pembekal di Raub. Turut membantu beliau ialah Fama Pahang yang banyak memberi khidmat nasihat.

Pada awal pagi dan petang, rutin harian beliau ialah menabur dedak untuk ikan peliharaannya. Beliau membelanjakan hampir RM2,000 sehingga tempoh matang untuk tiga bulan bagi pembelian dedak ikan.

Berat purata ikan matang antara 700 gram hingga sekilogram tiap seekor. Harga ikan itu di pasaran mencecah RM10 sekilogram. Permintaan tinggi meyakinkan lagi bidang yang diceburi dan berazam untuk menambah bilangan sangkar.

Musim tengkujuh adalah waktu rehat beliau sehingga keadaan sungai kembali normal iaitu bermula Mac hingga November.

“Ikan sangkar ada juga risiko. Jika air sungai tercemar maka kemungkinan kita akan kehilangan banyak ikan,” katanya.

Memang itulah yang dibimbangi pengusaha ternakan ikan sangkar di Sungai pahang. Namun itu semua terpaksa ditempuhi demi untuk mencapai kejayaan.

Usaha anak muda ini harus diberi pujian dan menaikkan semangat kepada yang lain bukan saja dari segi pendapatan tetapi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sesiapa yang berminat membeli bekalan tilapia sangkar, hubungi beliau: 019-9188023.

3 thoughts on “Graduan ternak tilapia

  1. tahniah diatas usaha anda…….saya berminat utk berjumpa saudara utk berbual mengenai ikan talapia ini……mungkin boleh bertukar pendapat…….saya akan pulang ke pekan pd 7/5/10….kalu ada masa leh kita berjumpa……

  2. berapa sgkar dah u dh buat??
    bbsar ati klu sy dpt bknln ngn sdra,nk tkar idea n pglmn ngn saudra,cz sy ad 6 sgkar ikan sg phg,strting dlu 2 sgkar n dr awal pkai mdal sndri.xprnah tau nk brusan dgn fama,cz pnh pg perknn pekan tp ssh nk dptkan bntuan cz dorg dhlukan org y dorg knl.wtever pn umur sy br 23thun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s