Potensi Ternakan Belangkas

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) — Nilai tinggi dalam bidang perubatan dijangka mengubah nasib `belangkas’, haiwan yang sebelum ini hanya dijadikan umpan menangkap ketam oleh nelayan atau dibiarkan mati kekeringan jika tersangkut di jaring nelayan.

Mungkin kini ramai yang akan membuka mata dengan potensi belangkas apabila diberitahu darah biru haiwan itu mampu mencecah sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat.

Dr Zaleha Kasim, ketua Program Sarjana Sains (Akuakultur) Struktur C, Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu iaitu institusi yang bertanggungjawab mengkaji potensi belangkas untuk dikomersilkan, berpendapat tidak mustahil haiwan itu menjadi buruan di masa hadapan.

Lazimnya terdapat dua jenis belangkas di Malaysia. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan arthropod laut yang bentuk badannya mirip kepada `steel helmet’ tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

BERPOTENSI DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KOSMETIK

“Kajian masih di peringkat awal namun potensi haiwan itu dalam sektor perubatan dan kosmetik adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Dr Zaleha berkata tidak ramai yang tahu belangkas sebenarnya haiwan yang boleh dimakan dan keenakan daging dan telurnya menjadi rahsia segelintir penduduk di beberapa kawasan sahaja.

“Di Kota Tinggi, Johor, belangkas menjadi hidangan istimewa sehingga ada restoran yang menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas.

“Tapi penduduk di sana beritahu, jangan heboh-heboh, takut nanti teruk Kota Tinggi `diserang’ mereka yang ingin menikmati keenakan belangkas,” katanya.

Daripada segi perubatan, katanya, darah belangkas mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

KIT ANTI TOKSIN

Jelasnya, kit anti-toksin umpamanya sudah dikembangkan dan digunakan di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Di Jepun, katanya, tabiat memakan ikan mentah rakyat negara itu menjadikan kit berkenaan amat penting.

“Biasanya, ikan yang baru didaratkan akan diuji dengan kit berkenaan bagi memastikan ia tidak mengandungi bakteria atau toksin dan selamat dimakan mentah-mentah.

“Kita juga sudah mampu mengeluarkan produk serupa untuk dipasarkan termasuk di peringkat antarabangsa, cuma bimbang bekalan belangkas tidak mencukupi jika ia dibuat secara besar-besaran. Daripada segi pasaran, ia memang luas ,” katanya.

Untuk mendapat satu liter darah belangkas memerlukan sekurang-kurangnya 115 ekor belangkas bersaiz kecil yang banyak diperolehi di perairan di Semenanjung dan 45 ekor bagi belangkas bersaiz besar yang biasanya terdapat di perairan Sabah.

DARAH DIAMBIL TANPA MEMBUNUH BELANGKAS

“Daripada seekor belangkas, kita hanya ambil sedikit sahaja darahnya tanpa membunuh haiwan itu. Proses itu hanya diulang tiga bulan sekali bagi mengelak kesan negatif pada haiwan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, IAT kini menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenali dengan lebih dekat selain meneruskan kelangsungan spesis haiwan yang juga digelar fosil hidup berikutan rupanya yang seolah-oleh haiwan daripada zaman pra-sejarah.

Beliau berkata penyelidikan sejak 2004 di IAT memberi tumpuan untuk menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.

Selain itu, IAT juga mengadakan kerjasama dengan saintis daripada India untuk mencipta ubat diabetis dan mencari penawar kanser daripada belangkas.

“Ia haiwan unik dan agak sensitif, sukar untuk hidup di lokasi lain selain habitat asalnya. Bagaimanapun, kita cuba cari kaedah yang sesuai untuk menternak belangkas dalam sangkar,” katanya.

PROGRAM PERINTIS TERNAK BELANGKAS DI PASIR PUTEH

Katanya buat permulaan, seramai 500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, akan dipilih untuk memelihara belangkas dalam sangkar dengan setiap peserta dibekalkan 500 ekor belangkas.

Proses memelihara belangkas oleh nelayan itu akan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada penuntut sarjana dan doktor falsafah UMT.

Penternak terlibat dalam industri ini dijangka menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 setiap musim penuaian, katanya.

“Ia sudah tentu memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada nelayan selain membantu pemuliharaan belangkas,” katanya.

Berikutan itu, katanya, potensi besar belangkas perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan bidang perubatan dan juga memberi manfaat kepada penduduk tempatan sendiri.

Insititusi itu juga telah memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

— BERNAMA

18 thoughts on “Potensi Ternakan Belangkas

  1. A’kum, saya Irwan dari Pulau Pinang amat berminat dengan peluang berkaitan belangkas ini, harap sedara atau sesiapa dapat membantu saya.Terutamanya dari segi maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih

  2. assalamuallaikum..

    saya sangat berminat dengan ternakan belangkas..tetapi saya tidak tahu dimana hendak mengedarkan darah belangkas tulen(belum diekstrak), maksud saya, saya tidak tahu mana mana syarikat atau farmasi yang berminat untuk mengambil darah belangkas tersebut..sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat termasuklah saudara blogers diharap bolehlah memberi informasi tersebut kepada saya..sebarang bantuan yang datang dari pihak membantu amatlah saya hargai…

  3. Untuk mendapat info lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi Dr. Zaleha di alamat:

    SENIOR RESEARCHER
    Dr. Zaleha Kassim
    Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
    Universiti Malaysia Terengganu
    21030 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman
    Tel : 09-6683561
    Faks : 09- 6683390
    Email : akuatrop@kustem.edu.my

  4. kami dari indonesia, kami mampu mencarikan persediaan darah biru belangkas, insya allah dalam jumlah yang banyak. saat inipun kami telah kirimkan dengan kawan yang ada dimalaysia lebih kurang 200 cc, dan kami telah menghubungi Dr. Zaleha berkali2. tolong berikan kesempatan bagi kami untuk bisa langsung bicara dan menunjukkan contoh BB kepada Dr.
    nomor dimalaysia : 0173537316
    nomor indonesia : 081977436363 taufiq
    081933420491 nazar
    081933420492 luqman el-hakimi

  5. Salam..say merupakan jurutera awam dan telah bekerja selama lebih 8 tahun. Namun saya amat berminat untuk memulakan perusahaan penternakan belangkas secara comercial dan memerlukan information berkenaan kaedah penternakan dan penjagaan belangkas.
    Saya memohon agar diberi peluang untuk terlibat di dalam melaksanakan program tersebtu dan saya kini sedang berusaha untuk mendapatkan 3 ekar tanah bersebekahan sungai marang. Saya yakin tempat itu amat bersesuaian untuk memulakan penternakan tersebut.
    Terima kasih.

  6. sy amat bminat tntang projek ternakn belangkas & msih mcari kursus2 ternakn belangkas. dharap phak tuan dpt mberi info tntang projek ini.

  7. Saya berminat untuk menternak belangkas,tolong berikan maklumat lanjut.Kolam air payau tempat menternak sudah ada dalam 5aker yang sekarang saya gunakan untuk menternak ikan talapia air payau

  8. saya berminat dengan projek belangkas ni , tapi dimana boleh dapat kursus dan latihan serta bantuan nasihat dari badan kerajaan terlibat ? dan dimana boleh dipasarkan darah belangkas ni

  9. salam ,saya (norazaman 019 7710101 )dari johor baharu ,ingin bertanya ,jika saya mempuyai kawasan pantai berpasir yang cetik boleh ke digunakan untuk ternakan belangkas ini ?

  10. assalammualaikum….
    saya cuma mahu bertanyakan tentang ternakan belangkas..bagaimana kalau saya mahu menjadi salah seorang daripada penternak yang dipilih??bolehkah kita menternak selain dari pinggiran pantai??maksud saya di kawasan perkampungan… kebiasaannya berapa lama baru boleh kita mengambil darah tersebut dari tempoh kita menternakannya??
    sebarang jawapn dari segala pertanyaan saya boleh terus menghubungi saya di
    017-6333596…

  11. assalamualaikum
    saya berminat benar buat projek ni.saya nak tahu ada mana mana agensi yang menganjurkan kursus ni tak? leh tak belangkas ni diternak guna kolam atau akuarium macam orang ternak ketam!

  12. SAYA MEMERLUKAN ALAMAT KILANG MEMPROSES DARAH BIRU BELANGKAS, SAYA SANGAT PERLUKAN KURSUSU2 PENGHASILAN DARAH BIRU BELANGKAS.SEBAB SAYA ADA BERATUS2 BELANGKAS.CALL 0148617680 MAZLAN KAWASA FROM SEMPORNA SABAH

  13. minta tanya, di negeri Kelantan, Pahang dan Terangganu, tempat manakah boleh saya tangkap belangkas paya (Carcinoscorpius rotundicauda) dan belangkas biasa (Tachypleus gigas)? Terima kasih

  14. Saya boleh membekal belangkas..cuma sy sedang mencari no fon kilang proses darah belangkas…jika nak sy bekalkn belangkas boleh hubunggi kami di talian 0123185440

  15. Assalamu’alaikum saya punya banyak ternak belangkas dan kalajengking(Scorpions) jika ada yang mengetahui penerimaan nya, hrap bantuan nya, apa bila datang bantuan dari pihak membantu saya sangat mengahrgainya, walau pun hasil dari cairan tersebut saya bagi, terimakasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s