SENARAI SEMAKAN TANAMAN MEMPELAM

Senarai semakan tanaman mempelam adalah panduan untuk menguruskan tanaman mempelam mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Setiap check utama perlu ditepati untuk mendapat pertumbuhan yang baik dan penghasilan yang tinggi. Pemantauan dan pemerhatian yang berterusan ke atas pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan pokok, pengurusan tanah dan air, pembajaan, serangan rumpai, dan penyakit adalah penting untuk mengenal pasti masalah dan tindakan penyelesaian masalah.

KLON YANG DISYORKAN

“Keperluan asas untuk Klon terpilih boleh memberi hasil yang banyak serta mutunya tinggi”

 Klon yang disyorkan ialah klon yang cepat berbuah, hasil yang banyak, mempunyai isi yang menarik dan boleh dipelbagai guna samada untuk dimakan secara segar atau diproses. Contoh-contohnya adalah seperti Mas Muda dan Chok Anan.

 Untuk pengeluaran komersial kualiti benih perlu diberi perhatian di mana anak benih pokok-pokok cantuman atau biji digunakan. Selain daripada itu, pokok penanti dan mata tunas yang diperolehi hendaklah diambil dari sumber yang sah atau induk terpilih dan disahkan ketulinannya.

 Peladang individu yang hendak menanam pokok secara kecil-kecilan perlulah menyediakan baka sendiri dengan memberi perhatian kepada kaedah cantuman.

PENANAMAN

“Sistem tanaman yang betul, hasil titik permulaan untuk pengurusan yang baik”


a. Sistem Penanaman

Untuk penanaman yang bercirikan komersial, disyorkan mempunyai kepadatan yang tinggi tetapi ianya bergantung kepada :-

i. Klon yang dipilih
ii. Melaksanakan pemangkasan pokok yang berkala

Untuk mencapai kepadatan yang tinggi, kaedah yang disyorkan ialah sistem penanaman padat sebaris tunggal (2.3m x 6m atau 7 kaki x 20 kaki) dengan kepadatan sebanyak 720 pokok sehektar. Untuk kawasan yang luas disyorkan menggunakan sistem segi empat dengan jarak tanaman 9m x 9m untuk mencapai kepadatan sebanyak 156 pokok sehektar atau sistem segi-empat sederhana dengan kepadatan (6m x 6m) sebanyak 277 pokok sehektar.

b. Menanam
i. Buka polibeg dengan berhati-hati
ii. Pastikan tanah tidak relai
iii. Pastikan benih mempelam ditanam tegak
iv. Tongkatkan benih mempelam dengan pancang (sekiranya perlu)
v. Letakkan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah dan menghindarkan pertumbuhan rumpai.
vi. Siram air sehingga tepu.

PEMBAJAAN

“Pokok yang sihat memerlukan zat nutrien yang mencukupi dan pada masa yang tepat”

Pembajaan penting bagi memastikan pertumbuhan pokok mempelam yang baik dan sihat. Kadar baja dan masa pembajaa yang disyorkan adalah seperti berikut :-

Umur Pokok (Tahun)

Fasa Pertumbuhan Kekerapan Pembajaan Jenis Baja Kadar Pembajaan kg/pk/th
1 Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.5
2 Pertumbuhaan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.8
3 Pembuahan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
1.2
4 Pembuahan Sebelum berbunga Sebatian inorganik 12:12:17:2
Sebatian organik 10:5:20:2
0


PEMANGKASAN DAN MEMBENTUK POKOK

“Pemangkasan yang betul dapat membentuk pokok yang cantik dan menambah ranting-ranting pengeluaran buah”

Untuk membentuk struktur pokok yang kuat, seimbang, memudahkan pengurusan pokok yang sempurna serta mendedahkan dahan-dahan kepada cahaya matahari amalan pemangkasan disyorkan secara tengah terbuka. Amalan pemangkasan bole dimulakan apabila pokok mempelam mencapai umur satu tahun.

MEMBALUT BUAH
“Balutlah buah untuk mendapat buah yang bersih”

Pembalutan buah perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan menghindarkan serangan lalat buah. Untuk kawasan penanaman yang bersaiz kecil amalan pembalutan buah mesti dilakukan. Buah dibalut dengan kertas akhbar pada peringkat umur 5-6 minggu selepas berputik (saiz telur ayam) dan ditanda untuk memudahkan penuaian. Bagi kawasan yang penanaman yang luas dan tidak mampu membalut buah, semburan dengan racun kimia yang bersesuaian adalah disyorkan.

 

PEMBUNGAAN

“Pembungaan yang sekata menghasilkan pengeluaran buah yang seragam”

Keadaan cuaca di Kawasan Muda mampu untuk pokok mempelam mengeluarkan bunga yang banyak. Ini disebabkan terdapatnya musim kemarau selama 3 bulan berterusan yang boleh mengujudkan satu keadaan tegasan air yang diperlukan untuk mengaruh proses pembungaan dan 2 bulan untuk pembentukan putik dan buah. Walau bagaimanapun bagi menghasilkan pembungaan secara komersial, asuhan pembungaan boleh dilakukan untuk mendapat pembungaan awal, lebat, serentak dan seragam. Ianya boleh dilakukan dengan (2) dua cara iaitu :

1. Menyiram secara lencunan disekeliling pangkal pokok dengan cultar (paclobutrazol) pada kadar 4-8 ml cultar / 2 liter ai peringkat 2-3 bulan sebelum jangkaan tarikh berbunga.

2. Menyembur dengan baja foliar Vitagrow pada pucuk tua 2-4 minggu. Kadar yang disyorkan adalah seperti berikut :-

i. Umur pokok kurang dari 5 tahun 5ml / liter air
ii. Umur pokok lebih dari 5 tahun 10ml / liter air

PENGAIRAN

“Cukup dan sesuai semasa keperluannya”

 Pada amnya pokok mempelam berkanopi penuh memerlukan 80 liter/tahun dengan kekerapan siraman 3 kali seminggu. Pengairan biasanya dimulakan bila 70% tangkai berbunga atau pun panjang tangkai bunga mencapai 2-4 sm.  Untuk pengairan tanaman ini, dicadangkan sistem “micro jet sprinkler” dipasang rendah selepas pengeluaran bunga berputik. Ianya bertujuan untuk meningkatan kelekatan buah dan mutu buah.

KAWALAN PENYAKIT KULAT

“Penyakit boleh mengurangkan hasil”

Kehadiran kedua-dua penyakit di bawah pada buah dan pokok mempelam mempengaruhi hasil, maka pengawalan dan penjagaan yang sistematik amatlah diperlukan.

 Antraknos, Bintik Berpusar(Colletotricum gloeosporoides)
 Keruping/scab (Elsinoe mangiferae)

KAWALAN SERANGGA PEROSAK

“Perosak mengurangkan kuantiti & kualiti hasil”

Lazimnya kehadiran serangga perosak merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan untuk memperolehi hasil yang berkualiti. Langkah – langkah pengawalan haruslah dibuat, dan diantara serangga perosak yang hadir di kawasan mempelam adalah seperti berikut:

 Kutu terip (Haplotrips pictipes) :
 Lelompat (Idiocerus nitidulus).
 Lalat Buah (Bacterocera carambolae)
 Penggorek Batang (Rhytidodera simulans)

KAWALAN RUMPAI

“Rumpai bersaing untuk zat baja dan jadi perumah perosak”

 Kawalan secara manual di keliling pangkal pokok pada peringkat pertumbuhan.
 Kawalan secara kimia dengan racun rumpai glyphosate + metsulfuron methyl atau glufosinate-ammonium.

PEMBUNGKUSAN BUAH
“Pembungkusan buah yang baik boleh membaiki pemasarannya”

 Buah boleh dibungkus dalam kotak gentian papan beralun (corrugated fibreboard carton). Kotak dialas dengan carikan kertas dan buah disusun dalam satu lapisan ke dalam kotak tersebut. Buah juga boleh dibalut dengan polystyrene foam berjaring sebelum disusun ke dalam kotak.

PUNGUTAN HASIL

“Pungutan buah yang tepat masa akan menjamin mutunya yang baik”

 Indeks kematangan beberapa varieti mempelam telah dibentuk untuk memudahkan penuaian. Indeks kematangan yang digunakan ialah masa daripada berbunga atau berputik mengikut kalender dan sifat luaran buah.
 Mempelam Harumanis, Masmuda, Nam Dork Mai, Sala dan Chok Anan, masing-masing boleh dipetik seawal 12,13,13,1 dan 10 minggu selepas berputik.

 Buah mempelam juga sudah boleh dipetik bila buah berubah dari bentuk leper ke bentuk penuh, kulit menjadi tegang serta terbentuknya debu putih pada kulit buah.

 Memetik hasil dilakukan dengan cara memotong tangkai buah menggunakan gunting. Bagi pokok yang tinggi, perangka jaring yang dihubungkan dengan galah digunakan.

 Buah yang dipetik dikumpulkan di tempat redup sebelum diangkut ke pusat pengumpulan.

PENGANGKUTAN HASIL DARI LADANG

 Buah yang dipetik diisikan ke dalam bekas plastik atau bakul yang beralaskan kertas, guni dan span. Pengangkutan seperti kereta sorong atau lori kecil boleh digunakan untuk mengangkut buah yang dipetik ke pusat pengumpulan.

PENGENDALIAN DI PUSAT PEMBUNGKUSAN

 Operasi pusat pembungkusan untuk mempelam termasuklah membuang kertas pembalut buah, memilih buah yang baik, membasuh dan merawat.

· Rawatan dilakukan dengan cara :-

Merendam buah mempelam dalam air biasa yang mengandungi 300 bpj propiconazole dengan kepekatan 300 bpj selama minit. Selepas itu, kerja mengasing, mengred, melabel dan membungkus dilakukan. bpj = bahagian per juta.

PENYIMPANAN DAN PENGANGKUTAN BUAH

 Buah mempelam boleh disimpan sementara selama 2-3 minggu pada suhu 13-15o C. Buah diangkut ke pasaran menggunakan lori tanpa penyejuk.

PEMPROSESAN MINIMUM

 Hirisan segar buah mempelam Chok Anan boleh disediakan dari buah yang masak dan buah matang hijau. Kedua-dua jenis hirisan segar ini dibungkus dalam bekas plastik dan boleh disimpan selama 2 minggu pada suhu 2o C.

PEMPROSESAN

Teknologi pemprosesan boleh dilakukan untuk menghasilkan produk-produk berikut :
1. Jeruk mempelam
2. Mempelam kering/halwa mempelam
3. Snek mempelam dengan rasa masam, masin dan manis
4. Hirisan mempelam dalam sirap
5. Kordial mempelam
6. Jem mempelam
7. Jeli mempelam
8. Gegulung buah mempelam
9. Sos mempelam bercili
10. Sos mempelam
11. Inti buah mempelam
12. Kerabu mempelam segera
13. Pembuka selera berasaskan mempelam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s