ASMA TIADA UBAT, TAPI PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 – 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

1.Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

2.Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.

  4. Pewarna makanan.
5.Asap dan debu.

6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8.Tekanan

9.Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

10.Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

SHALLOT / Bawang Merah – Berpotensi di tanam di tanah rendah

Shallot (Allium ascalonicum L.) berlainian daripada kumpulan bawang lain kerana ia mengeluarkan bawang berkelompok daripada sebiji bawang yang ditanam.

Shallot, dikenali sebagai ‘bawang merah’ merupakan salah satu bahan utama dalam makanan di Malaysia. Ia digunakan sebagai makanan, rempah ratus dan perasa makanan. Ia biasa dimakan begitu sahaja, dibuat acar, untuk masakan atau digoreng.

Varieti

Varieti utama adalah yang diimport dari India dan China. Varieti India berbau lebih tajam, berwarna merah dan berbentuk globular. Manakala varieti China tidaklah setajam varieti India, berwarna kecoklat-coklatan dan bebawangnya berbentuk sedikit oval.

Bahan Tanaman

Ia boleh ditanam sama ada melalui percambahan daripada bebawang atau daripada biji benih. Penanaman daripada bebawang biasanya lebih digemari kerana ia senang untuk disediakan serta jangkamasa penanamannya juga lebih singkat.

Saiz kecil atau sederhana biasanya digunakan untuk penanaman. Kira-kira ¼ bahagian atas bebawang dipotong untuk menggalakkan percambahan. Bebawang tersebut kemudian di rendam di dalam larutan Thiram atau Benlate selama 1-2 jam serta ditoskan sebelum ditanam.

Jika ia ditanam daripada biji benih, ia mesti dicambah di tapak semaian dan dipindahkan ke ladang apabila benih berumur 5-6 minggu.

Persediaan Tanah

Bawang merah tumbuh dengan baiknya di tanah lom berpasir yang bersaliran baik. Tapak tanaman perlu dibersihkan kesemua tumbuhan di atasnya dan kemudiannya dibajak. Batas seluas 1.2 m lebar dan 20-30 cm tinggi dibina selang setiap 50 cm. Kemudian batas ditambah dengan 200g/m2 dolomite, 1.0kg/m2 tahi ayam dan 160g/m2 baja campuran 12:12:17:2 + TE sebelum ditanam.

Penanaman

Bebawang ditanam dibatas dan disungkup. Jarak tanamannya ialah 15-20 cm dalam batas dan 20cm antara batas. Bebawang yang ditanam hendaklah ditimbus dalam tanah dengan sedikit bahagian atasnya dibiarkan terdedah. Satu bebawang ditanam bagi satu pokok bawang merah.

Pembajaan

Bataas dibaja dengan 120g/m2 baja campuran12:12:17:2 + TE minggu ke 4 dan 5 selepas penanaman. Baja daun diberi pada minggu ke 4 dan 6 penanaman. at 4 and 6 weeks after planting.

Penyiraman

Penyiraman amat diperlukan pada peringkat vegetatif dan pembentukan bebawang. Tumbuhan ini mesti disiram dua kali sehari terutama semasa cuaca kering. Kekerapan menyiram dikurangkan apabila bebawang sudah hampir matang. Penyiraman mesti dihentikan sama sekali seminggu sebelum dituai.

Pembungaan

Sesetengah varieti bawang merah mengeluarkan jambak bunga. Jambak bunga ini perlu dibuang untuk memastikan makanan digunakan sepenuhnya oleh pembentukan bebawang. Jambak bunga ini boleh digunakan sebagai sayuran atau untuk gubahan bunga.

Perosak dan Penyakit

Trips bebawang (Thrips tabaci) merupakan perosak utama tanaman bawang merah. Ia menyerang daun dan ini akan mengurangkan kualiti pembentukan daun. Ia dikawal dengan Malathion dengan kadar 0.75 – 1.5 kg per ha atauFenitrothion dengan kadar 0.1 – 0.5 kg per ha.

Kulapok downi (Peronosphora destructor) dan Tompok Ungu (Alternaria porri) merupakan penyakit utama dalam penanaman bawang merah. Penyakit kulat ini boleh dikawal dengan racun kulat Kuprum pada kadar 0.2% a.1. untuk merawat penyakit kulapok downi manakala Maneb, Mencozeb atau Zineb boleh digunakan untuk merawat penyakit tompok ungu.

Reput bebawang disebabkan oleh Fusarium sp. Penyemburan dengan Benlate atau Mancozeb merupakan kawalan yang efektif. Elakkan menanam pada musim basah (landas).

Penuaian

Jangkamasa penuaian hendaklah diluar musim landas untuk mengelak penyakit reput bebawang. Bebawang dituai selepas 8-9 minggu penanaman. Bebawang matang sedia untuk dituai apabila daunnya kering dan terkulai layu. Tanaman yang telah dituai hendaklah dibiarkan selama 10-14 hari. Daun keringnya dipotong 2.5 cm daripada bebawang dan kulit luar bebawang hendaklah dibuang. Bebawang tersebut kemudiannya dibiarkan selama seminggu lagi sebelum disimpan atau dijual. Jangan dijemur terus bawah matahari bagi mengelak bebawangnya rosak.

Pengredan

Bebawang digred berdasarkan saiznya. Gred terbaik berukuran 2.5 cm diameter, Gred A berukuran 1.9-2.5 cm dan Gred B berukuran 1.3-1.9 cm diameter.

Hasil

Sekiranya di bawah [engurusan yang baik serta keadaan cuaca yang sesuai, hasil bawang merah boleh mencapai 6-8 tan sehektar.

Pulangan

Anggaran jumlah kos bagi 1 ha pengeluaran bawang merah ialah RM19,400.00. Sebahagian besar daripada kos ini adalah untuk mendapatkan bahan tanaman dan baja yang diperlukan. Pulangan bersih (andaian hasil 6 t/ha pada RM3.50/kg) ialah RM1,600.00.

SENARAI SEMAKAN TANAMAN MEMPELAM

Senarai semakan tanaman mempelam adalah panduan untuk menguruskan tanaman mempelam mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Setiap check utama perlu ditepati untuk mendapat pertumbuhan yang baik dan penghasilan yang tinggi. Pemantauan dan pemerhatian yang berterusan ke atas pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan pokok, pengurusan tanah dan air, pembajaan, serangan rumpai, dan penyakit adalah penting untuk mengenal pasti masalah dan tindakan penyelesaian masalah.

KLON YANG DISYORKAN

“Keperluan asas untuk Klon terpilih boleh memberi hasil yang banyak serta mutunya tinggi”

 Klon yang disyorkan ialah klon yang cepat berbuah, hasil yang banyak, mempunyai isi yang menarik dan boleh dipelbagai guna samada untuk dimakan secara segar atau diproses. Contoh-contohnya adalah seperti Mas Muda dan Chok Anan.

 Untuk pengeluaran komersial kualiti benih perlu diberi perhatian di mana anak benih pokok-pokok cantuman atau biji digunakan. Selain daripada itu, pokok penanti dan mata tunas yang diperolehi hendaklah diambil dari sumber yang sah atau induk terpilih dan disahkan ketulinannya.

 Peladang individu yang hendak menanam pokok secara kecil-kecilan perlulah menyediakan baka sendiri dengan memberi perhatian kepada kaedah cantuman.

PENANAMAN

“Sistem tanaman yang betul, hasil titik permulaan untuk pengurusan yang baik”


a. Sistem Penanaman

Untuk penanaman yang bercirikan komersial, disyorkan mempunyai kepadatan yang tinggi tetapi ianya bergantung kepada :-

i. Klon yang dipilih
ii. Melaksanakan pemangkasan pokok yang berkala

Untuk mencapai kepadatan yang tinggi, kaedah yang disyorkan ialah sistem penanaman padat sebaris tunggal (2.3m x 6m atau 7 kaki x 20 kaki) dengan kepadatan sebanyak 720 pokok sehektar. Untuk kawasan yang luas disyorkan menggunakan sistem segi empat dengan jarak tanaman 9m x 9m untuk mencapai kepadatan sebanyak 156 pokok sehektar atau sistem segi-empat sederhana dengan kepadatan (6m x 6m) sebanyak 277 pokok sehektar.

b. Menanam
i. Buka polibeg dengan berhati-hati
ii. Pastikan tanah tidak relai
iii. Pastikan benih mempelam ditanam tegak
iv. Tongkatkan benih mempelam dengan pancang (sekiranya perlu)
v. Letakkan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah dan menghindarkan pertumbuhan rumpai.
vi. Siram air sehingga tepu.

PEMBAJAAN

“Pokok yang sihat memerlukan zat nutrien yang mencukupi dan pada masa yang tepat”

Pembajaan penting bagi memastikan pertumbuhan pokok mempelam yang baik dan sihat. Kadar baja dan masa pembajaa yang disyorkan adalah seperti berikut :-

Umur Pokok (Tahun)

Fasa Pertumbuhan Kekerapan Pembajaan Jenis Baja Kadar Pembajaan kg/pk/th
1 Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.5
2 Pertumbuhaan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.8
3 Pembuahan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
1.2
4 Pembuahan Sebelum berbunga Sebatian inorganik 12:12:17:2
Sebatian organik 10:5:20:2
0


PEMANGKASAN DAN MEMBENTUK POKOK

“Pemangkasan yang betul dapat membentuk pokok yang cantik dan menambah ranting-ranting pengeluaran buah”

Untuk membentuk struktur pokok yang kuat, seimbang, memudahkan pengurusan pokok yang sempurna serta mendedahkan dahan-dahan kepada cahaya matahari amalan pemangkasan disyorkan secara tengah terbuka. Amalan pemangkasan bole dimulakan apabila pokok mempelam mencapai umur satu tahun.

MEMBALUT BUAH
“Balutlah buah untuk mendapat buah yang bersih”

Pembalutan buah perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan menghindarkan serangan lalat buah. Untuk kawasan penanaman yang bersaiz kecil amalan pembalutan buah mesti dilakukan. Buah dibalut dengan kertas akhbar pada peringkat umur 5-6 minggu selepas berputik (saiz telur ayam) dan ditanda untuk memudahkan penuaian. Bagi kawasan yang penanaman yang luas dan tidak mampu membalut buah, semburan dengan racun kimia yang bersesuaian adalah disyorkan.

 

PEMBUNGAAN

“Pembungaan yang sekata menghasilkan pengeluaran buah yang seragam”

Keadaan cuaca di Kawasan Muda mampu untuk pokok mempelam mengeluarkan bunga yang banyak. Ini disebabkan terdapatnya musim kemarau selama 3 bulan berterusan yang boleh mengujudkan satu keadaan tegasan air yang diperlukan untuk mengaruh proses pembungaan dan 2 bulan untuk pembentukan putik dan buah. Walau bagaimanapun bagi menghasilkan pembungaan secara komersial, asuhan pembungaan boleh dilakukan untuk mendapat pembungaan awal, lebat, serentak dan seragam. Ianya boleh dilakukan dengan (2) dua cara iaitu :

1. Menyiram secara lencunan disekeliling pangkal pokok dengan cultar (paclobutrazol) pada kadar 4-8 ml cultar / 2 liter ai peringkat 2-3 bulan sebelum jangkaan tarikh berbunga.

2. Menyembur dengan baja foliar Vitagrow pada pucuk tua 2-4 minggu. Kadar yang disyorkan adalah seperti berikut :-

i. Umur pokok kurang dari 5 tahun 5ml / liter air
ii. Umur pokok lebih dari 5 tahun 10ml / liter air

PENGAIRAN

“Cukup dan sesuai semasa keperluannya”

 Pada amnya pokok mempelam berkanopi penuh memerlukan 80 liter/tahun dengan kekerapan siraman 3 kali seminggu. Pengairan biasanya dimulakan bila 70% tangkai berbunga atau pun panjang tangkai bunga mencapai 2-4 sm.  Untuk pengairan tanaman ini, dicadangkan sistem “micro jet sprinkler” dipasang rendah selepas pengeluaran bunga berputik. Ianya bertujuan untuk meningkatan kelekatan buah dan mutu buah.

KAWALAN PENYAKIT KULAT

“Penyakit boleh mengurangkan hasil”

Kehadiran kedua-dua penyakit di bawah pada buah dan pokok mempelam mempengaruhi hasil, maka pengawalan dan penjagaan yang sistematik amatlah diperlukan.

 Antraknos, Bintik Berpusar(Colletotricum gloeosporoides)
 Keruping/scab (Elsinoe mangiferae)

KAWALAN SERANGGA PEROSAK

“Perosak mengurangkan kuantiti & kualiti hasil”

Lazimnya kehadiran serangga perosak merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan untuk memperolehi hasil yang berkualiti. Langkah – langkah pengawalan haruslah dibuat, dan diantara serangga perosak yang hadir di kawasan mempelam adalah seperti berikut:

 Kutu terip (Haplotrips pictipes) :
 Lelompat (Idiocerus nitidulus).
 Lalat Buah (Bacterocera carambolae)
 Penggorek Batang (Rhytidodera simulans)

KAWALAN RUMPAI

“Rumpai bersaing untuk zat baja dan jadi perumah perosak”

 Kawalan secara manual di keliling pangkal pokok pada peringkat pertumbuhan.
 Kawalan secara kimia dengan racun rumpai glyphosate + metsulfuron methyl atau glufosinate-ammonium.

PEMBUNGKUSAN BUAH
“Pembungkusan buah yang baik boleh membaiki pemasarannya”

 Buah boleh dibungkus dalam kotak gentian papan beralun (corrugated fibreboard carton). Kotak dialas dengan carikan kertas dan buah disusun dalam satu lapisan ke dalam kotak tersebut. Buah juga boleh dibalut dengan polystyrene foam berjaring sebelum disusun ke dalam kotak.

PUNGUTAN HASIL

“Pungutan buah yang tepat masa akan menjamin mutunya yang baik”

 Indeks kematangan beberapa varieti mempelam telah dibentuk untuk memudahkan penuaian. Indeks kematangan yang digunakan ialah masa daripada berbunga atau berputik mengikut kalender dan sifat luaran buah.
 Mempelam Harumanis, Masmuda, Nam Dork Mai, Sala dan Chok Anan, masing-masing boleh dipetik seawal 12,13,13,1 dan 10 minggu selepas berputik.

 Buah mempelam juga sudah boleh dipetik bila buah berubah dari bentuk leper ke bentuk penuh, kulit menjadi tegang serta terbentuknya debu putih pada kulit buah.

 Memetik hasil dilakukan dengan cara memotong tangkai buah menggunakan gunting. Bagi pokok yang tinggi, perangka jaring yang dihubungkan dengan galah digunakan.

 Buah yang dipetik dikumpulkan di tempat redup sebelum diangkut ke pusat pengumpulan.

PENGANGKUTAN HASIL DARI LADANG

 Buah yang dipetik diisikan ke dalam bekas plastik atau bakul yang beralaskan kertas, guni dan span. Pengangkutan seperti kereta sorong atau lori kecil boleh digunakan untuk mengangkut buah yang dipetik ke pusat pengumpulan.

PENGENDALIAN DI PUSAT PEMBUNGKUSAN

 Operasi pusat pembungkusan untuk mempelam termasuklah membuang kertas pembalut buah, memilih buah yang baik, membasuh dan merawat.

· Rawatan dilakukan dengan cara :-

Merendam buah mempelam dalam air biasa yang mengandungi 300 bpj propiconazole dengan kepekatan 300 bpj selama minit. Selepas itu, kerja mengasing, mengred, melabel dan membungkus dilakukan. bpj = bahagian per juta.

PENYIMPANAN DAN PENGANGKUTAN BUAH

 Buah mempelam boleh disimpan sementara selama 2-3 minggu pada suhu 13-15o C. Buah diangkut ke pasaran menggunakan lori tanpa penyejuk.

PEMPROSESAN MINIMUM

 Hirisan segar buah mempelam Chok Anan boleh disediakan dari buah yang masak dan buah matang hijau. Kedua-dua jenis hirisan segar ini dibungkus dalam bekas plastik dan boleh disimpan selama 2 minggu pada suhu 2o C.

PEMPROSESAN

Teknologi pemprosesan boleh dilakukan untuk menghasilkan produk-produk berikut :
1. Jeruk mempelam
2. Mempelam kering/halwa mempelam
3. Snek mempelam dengan rasa masam, masin dan manis
4. Hirisan mempelam dalam sirap
5. Kordial mempelam
6. Jem mempelam
7. Jeli mempelam
8. Gegulung buah mempelam
9. Sos mempelam bercili
10. Sos mempelam
11. Inti buah mempelam
12. Kerabu mempelam segera
13. Pembuka selera berasaskan mempelam

Teknologi Fertigasi Tanaman Langkawi Melon

PENYEDIAAN SEBELUM MENANAM

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
14 hari sebelum tanam · Mengira keperluan baja dan coco peat
· Pembelian beg tanaman bewarna putih 45cm x 15cm
· Membeli keperluan lain seperti biji benih (Golden Langkawi), media percambahan (peat moss), tali rafia, pisau kecil, racun serangga dan kulat.
12-15 hari sebelum tanam · Membilas, mengetos, menimbang 2-2.5 kg dan mengisi coco peat ke dalam beg tanaman.
· Menyusun beg tanaman.
· Memcucuk alat penitis ke dalam setiap beg.
· Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis.
7 hari sebelum · Menimbang baja mengikut formulasi.
· Membancuh stok baja.
5-1 hari sebelum tanam · Mengikat tali rafia untuk dijadikan tali lanjaran (digantung 2.5cm tinggi)

PENANAMAN

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
0hari sebelum tanam · Mengorek lubang 4cm x 4cm x 4cm pada setiap beg untuk menanam biji benih.
· Masukkan peat moss ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.
· Menanam biji benih melon di peat moss pada beg tanaman (1 biji/lubang )
· Mencucuk penitis berhampiran pangkal anak benih.

PENGURUSAN POKOK SELEPAS MENANAM

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
1-2 hari lepas tanam · Periksa semua beg tanaman
· Pastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucuk pada pangkal pokok.
· Pam air 1 x di awal pagi.
· Menebuk lubang menggunakan pisau, 3-4 lubang di kiri dan kanan beg tanaman, 3.5- 5cm dari kiri aras bumi untuk mengelak air daripada bertakung terlalu banyak di dalam beg tanaman.
3 hari selepas tanam · Melarutkan baja stok kedalam tangki larutan.
· Baja 1kali /hari di awal pagi.
4-8 hari selepas tanam · Baja 2 kali/hari.
· Periksa setiap pokok di awal pagi.
· Perhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.
· Jika terdapat pokok yang layu, periksa media tanaman, sekiranya kering, kemungkinan alat penitis tersumbat.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
7-17 hari lepas tanam · Buat rawatan pencegahan penyakit akar (pythium).
· Pastikan pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini.
· Siramkan 100 ml bancuhan ini ke pangkal setiap pokok.
· Baja boleh diberikan selepas 2 jam rawatan ini dilakukan.
8-75 hari lepas tanam · Periksa setiap pokok di awal pagi.
· Perhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.
· Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan ulat ratus, hama dan kutu trip (lihat dibawah daun – bahagian pertengahan – 2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran aphid dan lalat putih.
· Memeriksa sistem fertigasi agar berfungsi dengan baik.

MEMOTONG DAHAN POKOK

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
7-12 hari lepas tanam · Memotong cabang pertama dan kedua anak benih melon.
· Membiarkan hanya batang utama membesar dan seterusnya mengeluarkan buah.

MENGIKAT POKOK

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
20-30 hari lepas tanam · Mengikat cabang pokok dengan tali lanjaran yang telah siap digantung.
· Melilit pokok-pokok pada tali lanjaran.
· Membimbing pucuk utama pokok menyusuri dawai penyangkut.

MEMBILAS MEDIA TANAMAN

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
20 hari lepas tanam & setiap 7 hari lepas tanam · Membilas media tanaman dengan air bersih (tanpa baja) pada semua pokok.

MENAMBAH KEKERAPAN PENITISAN

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
20 hari lepas tanam · Menambah kekerapan penitisan larutan baja.
· Penambahan tempoh masa tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan pembaziran.

MEMBANTU PENDEBUNGAAN

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
30-50 hari lepas tanam · Membantu pendebungaan dengan membawa bunga jantan ke bunga betina untuk meningkatkan pengeluaran buah melon.
35-45 hari lepas tanam · Memotong hujung dahan melon 5cm dari putik buah.
· Membuang semua tunas air lain apabila telah ada 3 – 4 putik buah yang sihat dan mampu membesar.
45 hari selepas tanam hingga tamat · Menambah kepekatan larutan baja

PENUAIAN BUAH

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
55 hari hingga tamat · Buah mula boleh dituai apabila ada tanda retak. (Menunjukkan tangkai akan tanggal pada pangkal buah.)
· Mengred buah.
· Memasar buah.

MENAMATKAN TANAMAN

HARI SEBELUM/
SELEPAS TANAM
AKTIVITI
75 hari lepas tanam · Mencabut pokok melon bersama akar dan memusnahkannya.