PEMBAJAAN

Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrigen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat;

* Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
* Jangkamasa hidup yang panjang

Jenis Baja

* Baja asli (najis ternakan dan kompos)
* Baja kimia

Jenis Pembajaan

* Pembajaan Permulaan
* Pembajaan Pengurusan

Pembajaan Permulaan

Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya.

Kadar Pembajaan

Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysiaialah;

N: P: K = 60 : 30 : 30

60 kg. Nitrogen/hektar

30 kg. P2O5/hektar

30 kg. K2O/hektar

Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?

Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
untuk 60 kg. N = (100 x 60)/46 = 130 kg. Urea/ha
TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46 kg. P2O5
untuk 30 kg. P2O5 = (100 x 30)/46 = 65 kg TSP/ha
MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O
untuk 30 kg. K2O = (100 x 30) /60= 50 kg. MOP/ha

Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar.

Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah;-

P : K = 30 : 30

Iaitu 30 kg. Phosporus/hektar (65 kg. T.S.P/hektar)

30 kg.Kalium (Potash)/hektar (50 kg. Muriate of Potash/hektar)

Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam.

Pembajaan pengurusan

Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos.

BAJA NITROGEN

Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.
Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein.

Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan.
Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun.

Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N.

BAJA POSFORUS

Keperluan Posforus (P) oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi.

P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.
Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P biasa diperolehi dari baja CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza.

BAJA KALIUM (K)

Unsur Kalium (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat.

Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:-

1. Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji
2. Metabolisma nitrogen dan sintesis protein
3. Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu
4. Peneutralan asid-asid organik penting
5. Pengaktifan enzim
6. Perkembangan tumbesaran tisu meristem
7. Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air

Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah.
Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik

Fungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion Na diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.

Kadar Baja Pengurusan

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

ekar/tahun

Rumput tulen :    
Pengurusan secara ragutan 150-200 N (326kg – 435kg UREA) 131.93kg – 176.0kg
  40-60 P (87kg -130kg TSP) 35.20kg – 52.61kg
  50-100 K (83kg – 166kg MOP) 33.58kg – 67.17kg

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

ekar/tahun

Rumput tulen :    
Pengurusan secara potong dan angkut 200 – 300 N (435kg – 652kg UREA) 176.0kg – 263.8kg
  40 – 60 P (87kg – 130kg TSP) 35.2kg – 52.6kg
  100 -150 K (166kg – 250kg MOP) 67.1kg – 101.1kg

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

ekar/tahun

Rumput & Kekacang :    
Pengurusan secara ragutan 40 – 50 P (87kg – 108kg TSP) 35.2kg – 43.7kg
  50 -100 K (83kg – 166kg MOP) 33.5kg – 67.1kg
  (tanpa baja Nitrogen) (tanpa baja Nitrogen)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

ekar/tahun

Rumput & Kekacang :    
Pengurusan secara potong dan angkut 50 – 60 P (108kg – 130kg TSP) 43.7kg – 52.6kg
  150 – 200 K (250kg – 333kg MOP) 101.1kg – 134.7kg
  (tanpa baja Nitrogen) (tanpa baja Nitrogen)

Jenis tanaman dan pengurusan

Kadar baja(kg./hektar/tahun)

ekar/tahun

Pembajaan petai belalang/ipil-ipil 40 – 60 P (87kg – 130kg TSP) 35.20kg – 52.61kg
  50 – 100 K (63kg – 166kg MOP) 25.5kg – 67.2kg

PASTURA CAMPUR KEKACANG

Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:

1. Mengurangkan kos membaja,

Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50 – 250 kg/hektar/tahun.

2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.

Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama

2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.

Baja Complehumes

Baja Complehumes juga boleh digunakan terutamanya pada kawasan bekas tapak tanah lombong, kerana ianya akan meningkat kandungan humes pada tanah berpasir tersebut.

Pembekal Baja Complehumes:-

B.T. AGRO TRADING
(Balagangatharan Alagu)
96, Laluan Buntong Jaya 8,
Buntong Tiga Tambahan Baru,
Buntong 30100 Ipoh
Perak, Malaysia

Tel/Fax : 05-2533771 H/Phone : 010 5597825

__________________________________________________________________

Note:

UREA

RM1.00/kg (Harga 2004)

120 – 150kg N / ha/tahun – Cadangan JPH / 2.471 = 48.56 – 60.7kg N / ekar / tahun

Cadangan Mardi 300 – 400kg N / ha / tahun – Fooder

300kg N / ha / tahun – Grazing

Urea 46% N

Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
untuk (150kg N/ha ) 60 kg. N / ekar = (100 x 60) /46= 130 kg. Urea /ekar
_____________________________________________________________________________

TSP

RM1.10/kg (Harga 2004)

40kg – 50kg P / ha / tahun – Cadangan JPH / 2.471 = 16.18kg – 20.23kg. P / ekar / tahun

Cadangan Mardi 50 – 60kg P / ha / tahun – Fooder

Cadangan Mardi 50kg P/ ha / tahun – Grazing

P – P2O5 = X 2.21 P2O5 – P = X 0.44

40kg P /ha ( 16.18kg P/ekar ) X 2.21 = 88.40kg P2O5 / ha ( 35.75kg P2O5 / ekar )

40kg P / ha X 2.21 = 88.40kg P2O5 / ha

TSP 46% P2O5

TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46% kg. P2O5
untuk 88 kg. P2O5 = (100 x 88)/46 = 191 kg TSP/ha ( 77.4kg TSP / ekar )
_______________________________________________________________________

MOP

RM0.80/kg (Harga 2004)

50 – 100kg/ha/tahun – (20.23 – 40.46kg/ekar/tahun )

Cadangan JPH /2.471 20.23 – 40.46kg/ekar/tahun

Cadangan Mardi 150 – 200kg/ha/tahun – Fooder
Cadangan Mardi 100kg/ha/tahun – Grazing

K – K2O = X 1.2 K2O – K = X 0.83

MOP 60% K2O

50kg/ha K X 1.2 = 60kg K2O / ha ( 24.28 kg K2O / ekar )

MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O
untuk 60 kg. K2O / ha =( 100 x 60) /60= 100 kg. MOP / ha ( 40.46kg /ekar )

One thought on “PEMBAJAAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s