KURSUS AKUAKULTUR 2007

OBJEKTIF KURSUS

1. Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.

2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.

3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak/pengusaha.

4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak/pengusaha akuakultur.

KELAYAKAN PEMOHON

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
3. Mempunyai kesihatan yang baik.
4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
5. Belia digalakkan memohon.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Penginapan

2. Makanan dan minuman bagi kursus yang kurang daripada 15 hari.

3. Tambang perjalanan bas/keretapi kelas 3 pergi dan balik.

4. Elaun gantian pendapatan bagi penternak/pengusaha dan nelayan sepenuh masa mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan Elaun Gantian Pendapatan

· Hanya untuk kursus yang kurang daripada 15 hari.

· Pemohon mestilah terdiri daripada peladang, penternak, nelayan dan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.

· Berpendapatan harian atau tidak tetap.

· Jumlah pendapatan sebulan tidak melebihi RM1,000.00.

· Pemohon tidak terlibat dengan mana-mana penajaan/penganjur.

PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat malalui Pejabat Perikanan Daerah atau negeri yang berhampiran dengan projek akuakultur

2. Menggunakan Borang KA1/04(pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri.

3. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut tidak lewat dari enam minggu sebelum kursus dijalankan.

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat-Pusat Latihan.

Organisasi yang berminat untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bolehlah mengemukakan permohonan bertulis kepada Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan kursus akan dijalankan mengikut kemampuan pusat latihan.

Permohonan hanya sah untuk tahun semasa. Permohonan semula perlu dibuat untuk tahun berikutnya.

Wisma Tani, Aras 1 – 7
Blok Menara, Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya
Tel : 03—88704000 ext 4652
Fax : 03—88891052
E-mel : hqhelp@dof.gov.my

Untuk Pertanyaan sila hubungi :

1. Cik Siti Fatimah Bt Arsa : 03 – 8870 4650

2. Pn. Wan Norlaila Bt Wan Ibrahim : 03 – 8870 4651

3. En. Mohd Nor Affendi B. Abdul Aziz : 03 – 8870 4641

PUSAT-PUSAT LATIHAN

Sebarang pertanyaan mengenai kursus yang dijalankan bolehlah dikemukakan kepada pusat-pusat latihan yang berkenaan.

· Kursus Akuakultur Air Tawar

1. Pusat Ikan Hiasan, Km 42 Jln Ipoh-K. Kangsar,
33600 Enggor, Perak
Tel : 05-7576300
Faks : 05-7578335
E-mel : pupae57@tm.net.my
(Peta Pusat)

2. Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok,
27030 Jerantut, Pahang
Tel : 09-2601113
Faks : 09-2601110
E-mel : ppaperlok@dof.moa.my
(Peta Pusat)

3. Pusat Pengembangan Akuakultur
06000 Jitra Kedah
Tel : 04 – 9171468
Faks : 04 – 9171468
E-mel

· Kursus Akuakultur Air Payau
1. Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak, Kg. Pulau Sayak
08500 Kota Kuala Muda, Kedah
Tel : 04-4374021
Faks : 04-4374470
E-mel : pppbuk@po.jaring.my
(Peta Pusat)

2. Pusat Pengeluaran Dan Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong,
22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6956778
Faks : 09-6958626
E-mel : pppil@hotmail.com
(Peta Pusat)

3. Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau Gelang Patah
81550 Gelang Patah, Johor
Tel : 07-5101202
Faks : 07-5103015
E-mel pptap@tm.net.my

Cara-cara memohon

Menggunakan Borang KA1/04(pin 3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan tidak lewat dari enam minggu sebelum kursus dijalankan.

[ Download Borang ] – Format PDF Fail

[ Download Borang ] – Format Excel

Senarai Kursus Yang ditawarkan

Kursus Akuakultur Air Payau

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang aspek penyedian, pengendalian serta teri dan amali mengenai teknik-teknik pembenihan dan pengurusan ikan marin, udang harimau, udang galah dan moluska. Terdapat juga ternakan ikan marin dalam system sangkar rakit dan kepungan serta ternakan dan pnegurusan udang marin dalam kolam

[ Sinopsis Kursus ] :: [ Jadual Kursus ]

Kursus Akuakultur Air Tawar

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara teori serta amali mengenai cara-cara, kaedah, prosedur dan pelaksanaan pengeluaran benih ikan air tawar.

[ Sinopsis Kursus ] :: [ Jadual Kursus ]

PROGRAM LATIHAN SANGKUT

Program Latihan Sangkut merupakan program lanjutan bagi penternak, kumpulan sasaran dan pihak industri menimba pengetahuan secara khusus melalui pengalaman bekerja sebenar di Pusat Pengembangan Akuakultur dalam menghasilkan sesuatu jenis ternakan akuakultur.

Objektif

Memberi peluang pengalaman kerja secara praktikal kepada penternak/pengusaha bagi meningkatkan kemahiran.

Syarat Kelayakan

  • Telah mengikuti kursus asas yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di pusat-pusat latihan Jabatan.

  • Sedang mengusahakan projek ternakan akuakultur.

  • Sedang mengusahakan pusat pembenihan.


  • Bilangan Peserta

    Bilangan peserta adalah tertakluk kepada kemampuan operasi Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkenaan.


    Pembiayaan

  • Semua kos adalah ditanggung oleh peserta.

  • Penginapan dan makan/minum tidak disediakan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan di Pusat Pengembangan Akuakultur.

  • Permohonan

  • Permohonan bertulis hendaklah dialamatkan ke Ibu Pejabat Perikanan dengan menyertakan bersama salinan sijil kursus yang telah dihadiri dan maklumat projek yang diusahakan.

  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkenaan.

  • Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan mengenai kursus bolehlah diajukan ke Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkaitan.

    Jabatan Perikanan Malaysia berhak meminda sebarang kursus yang dijadualkan tanpa sebarang notis.

    PUSAT DAN MODUL LATIHAN SANGKUT

    Bil

    Nama Pusat

    Modul Latihan Sangkut

    1

    Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra, Kedah

    Tel : 04-917 1468

    Fax : 04-917 1468

    Pembiakan Tilapia

    Pembiakan Keli

    Pembiakan Patin

    Pembiakan Sepat

    2

    Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi, Pahang

    Tel : 09-233 0258

    Fax : 09-233 0784

    Pembiakan Tilapia

    Pembiakan Keli

    3

    Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut, Pahang

    Tel : 09-260 1111

    Fax: 09-2601110

    Pembiakan Patin

    Pembiakan Baung

    4

    Pusat Pengembangan Akuakultur Machang, Kelantan

    Tel : 09-975 2644

    Fax : 09-975 2644

    Pembiakan Keli

    5

    Pusat Pengembangan Akuakultur Tapah, Perak

    Tel : 05-401 3545

    Fax : 05-401 3545

    Pembiakan Tilapia

    6

    Pusat Penetasan Udang Galah Kg Acheh, Sitiawan, Perak

    Tel : 05-691 2026

    Fax : 05-691 026

    Pembenihan Udang Galah

    9 thoughts on “KURSUS AKUAKULTUR 2007

    1. SAYA MEMERLUKAN INFORMASI DETAIL BERKENAAN PENTERNAKAN IKAN KELI CANVAS DAN KOLAM SIMEN SERTA KHIDMAT NASIHAT UNTUK MEMULAKAN TRENAKAN IKAN TERSEBUT. HARAP DAPAT BANTU SAYA. PROJEK YANG INGIN DIJALANKAN BERHAMPIRAN MATA AIR DAN PAYA AIR TAWAR DI KAWASAN LAHAT PERAK.

    2. En Syamstul,

      Ternakan keli kanvas merupakan antara kaedah ternakan aquakultur moden yang diperkenalkan di Malaysia dalam usaha meningkat hasil produk perikanan air tawar tempatan. Sekiranya berminat sdra bolehlah menghubungi rakan2 blog kami di alamat:

      pergauhatchery@gmail.com
      mr azka
      http://aquabase.wordpress.com

      atau En Syamstul cuba hubungi Tenaga PPUMM

      SILA HUBUNGI 05-6922151 DAN 019-5574711 ATAU SMS KE 017-5327478
      ( PUAN AISYAH, MS. ROSLAILY DAN MS. JULIANA ) UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT.

    3. saya pelajar tahun akhir universiti utara malaysia, pengurusan perniagaan.
      sy bercadang ingin menjalankan penternakan ikan keli canvas dan penternakan ikan patin di beruas perak.
      masaalah saya adalah dari segi ntuk mendapatkan modal dan sumber bagi menjalankan industri kecil sedarhana ini.
      saya harap pihak tuan/puan boleh memberi maklumat bagaimana untuk mendapatkan modal dan sumber serta jabatan yang boleh saya hubungi..
      terimakasih.

    4. saya pelajar semester akhir jurusan akaun di salah sebuah universiti di kuala lumpur.
      saya amat berminat untuk menjalankan penternakan keli.
      bolehkan tuan memberi saya sedikit info di mana saya boleh mendapatkan latihan.
      dan mengenai latihan sangkut, bolehkah draduan seperti saya menyertainya.
      harap tuan dapat memberi maklum balas pada saya.
      atau pun tuan memberi saya contact yg boleh dihubungi mengenai hal ini.
      kerjasama tuan amat di hargai,
      terima kasih.

    5. salam..
      saya nk tau, bagaimana pengiraan hasil..udang galah.. dan keuntungan jualannya.. bermula dari anak udang masuk dlam kolam.. hingga.. boleh dituai.. tujuan supaya sya tau, cost yang telah dikeluarkan.. dan keuntungan yang boleh sya dpat.. untuk jualan.. klu ade format..cara jadual pengiraan.. harap mendapat maklum balas.. terima kasih.

    6. assalamualaikum cik saya nak bertanya adakah di pusat pengembangan akuakultur jitra mengambil pelajar intern@praktikal mengajar?..terima kasih…

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

    Google photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

    Connecting to %s