JORIAH PENTERNAK UDANG YANG BERJAYA

Oleh: AMELIA HASHIM

SIKAP berani mencuba dan tidak gentar mengalami kerugian akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Begitupun, sekiranya tidak ada modal yang mencukupi juga bukan alasan untuk tidak mahu melakukan apa-apa kegiatan.

Bidang ternakan udang galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, memang kebanyakan diusahakan oleh kaum lelaki. Begitupun Puan Joriah Ahmad 42, dari Kampung Bukit Hangus, Daerah Sik menjadi ahli Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Sik seperti mendapat laluan untuk menambah pendapatan sampingan.

Menerusi Projek Pembangunan Manusia Berasaskan Kampung (PPMBK) telah menjalankan projek ternakan udang galah sejak tahun 1996. Kini sebanyak 25 buah kolam dibina atas tanah seluas 6.8 hektar. Puan Joriah antara 25 peserta telah menyewa salah sebuah kolam untuk diusahakan bersama keluarganya.

Katanya, kali ini masuk kali ke tiga ternakan udang galah yang diusahakan mengeluarkan hasil. Sekali pengeluaran mengambil masa enam bulan dari tarikh memasukkan benih ke dalam kolam.

Menjalankan projek ini tidak memerlukan penjagaan rapi kerana jadual memberi makan hanya dua kali sehari, kata Puan Joriah yang dibantu oleh anak-anak seramai empat orang.

“Sebelum ini mengusahakan tanaman cili tetapi mengalami kerugian disebabkan keadaan tanah yang tidak sesuai dan juga serangan serangga,” katanya.

Sejak beralih kepada ternakan udang galah pendapatan keluarga bertambah kerana sudah dua kali tuai mendapat keuntungan yang lumayan iaitu sekitar 400 kilogram sekali pengeluaran dan harga dipasaran dianggarkan lebih RM25 sekilogram.

Beliau berasal dari Jeneri dan cuma berkelulusan sekolah rendah sahaja sebelum menjadi surirumah sepenuh masa, katanya. Projek ini terletak di Unit Peladang Kampung Banggol, Mukim Jeneri yang asalnya tanah terbiar. Kawasan yang berbukit-bukit itu sesuai untuk projek ini yang airnya dialiri turun daru Sungai Jeneri

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukkan lebih RM350,000 bagi menjayakan projek ini yang sebahagiannya telah diberi secara gran dan selebihnya pinjaman perlu dibayar balik oleh peserta. Bayaran ini digunakan semula sebagai modal untuk pusingan seterusnya.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik sebagai badan pengurusan secara langsung termasuklah pembinaan kolam, bekalan benih, makanan dan pasaran. Manakala khidmat nasihat teknikal oleh Jabatan Perikanan.

Untuk masa ini udang galah mempunyai permintaan yang baik dan pasaran yang agak tinggi. Sekiranya pengurusan dijalankan dengan betul pengusaha jarang mengalami kerugian dan akan mendapat hasil dalam masa yang singkat.

10 thoughts on “JORIAH PENTERNAK UDANG YANG BERJAYA

  1. Sesiapa yang ada maklumat tentang penternak udang.tolong bagi contact no mereka kerana kami ingin menjemput meraka datang ke seminar secara percuma.TQ

    • Nama saya Dinesh.Saya berminat dalam bidang penternakan udang ini.Saya ini pelajar ipts dan masih belajar.Tp saya berminat untuk menceburi bidang ini.Saya nak tahu bagaimana utk memulakan perniagaan dan bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan pinjaman.

      • Danish. Kerajaan Malaysia ada menyediakan pinjaman TEKUN untuk orang india. Pergilah ke pejabat mereka dan pastikan anda dah mulakan dahulu projek anda walaupun pada skala kecil bagi bukti yg anda dah berjaya melakukannya dan ingin mengembangkan lagi perniagaan anda. Tq

  2. salam, saya mencari penternak dan pembekal udang galah untuk pembelian udang galah hidup.
    sila hubungi saya 0127774873

  3. sy pembekal benih udang galah. lokasi kami di kuala muda, penaga, spu,penang. induk dr sg.muda. berminat boleh hubungi sy di talian 0134349419(munirah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s