Doktor perubatan ternak ayam kampung

Dr Mohamad Zainol labur RM1 juta bagi membina ladang, cipta makanan ternakan sendiri

TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.

Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.

Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan ayam kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

27hala.jpg

“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.”

“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organik semakin meningkat di negara ini.

“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik.”

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

Di petik dari : Berita Harian 27 Ogos 2007

20 thoughts on “Doktor perubatan ternak ayam kampung

  1. Syukur.. teknologi ayam organik ini di pioneerkan oleh orang islam terlebih dahulu. Harap2, Dr Mhd Zainol,sudi kongsi ilmunya dengan oarang islam yg lain untuk meningkatkan ekonomi sesama islam..

  2. pengedar AYAM KAMPUNG ORGANIK (kwsn SHAH ALAM)
    Alhamdulillah kami sudah bermula menjadi pengedar ayam

    kampung organik di kawasan sekitar shah alam. hubungi

    terus:
    Hj. Jaludin: 013-3435534
    Kurishah: 013-3653934

    http://ayamkampungorganik.blogspot.com/

    HARGA YANG DITAWARKAN

    Size S (1.3kg – 1.4kg) – RM14.00 seekor
    Size M (1.4kg – 1.5kg) – RM15.00 seekor
    Size L (1.6kg – 1.7kg) – RM16.00 seekor
    Size XL (1.8kg – 2kg) – RM18.00 seekor

  3. salam sejahtera. Kami pun memelihara ayam kampung organik di tanah kami di mentakab , pahang dalam 1000 ekor semusim. Ada tak peluang pasarannya di negeri pahang ? Saya juga inginkan tips-tips jagaan ayam . Pengalaman saya memelihara ayam organik ini ialah selama setahun.

  4. salam…bagus projek ayam kampung organik ni..saya minat, saya org maran,,dan skrg pun maran dah dapat title bandar ayam kampung…k la…kalau ada masa nak lawat tempat NAGENDRAN PILLAI ….x silap kat serengkam n luit ada gak..

  5. salam
    pihak kami membekalkan
    a) Ayam kampung hidup
    b) Benih Anak ayam kampung
    c) Makanan Ayam (Dedak)
    d) Padi dan makanan campuran lain
    e) Kursus ternakan ayam kampung 90% praktikal

    sila hubungi
    shahrizan 019 299 4878
    Shawal 013 238 9079

    harga boleh dirundingkan mengikut kuantiti yang dipesan

    • bagaimana kalau saya ingin mengikuti kursus bagi penternakan ayam kampung..

      pada waktu ini saya baru sahaja memulakan penternakan secara kecilan di selangor.

      saya ingin mengikuti kursus yang disahkan oleh kerajaan.

  6. saye masih baru dalam ternakan ayam kmpg nie..
    so saye nak tahu selok belok pasaran ayam nie..
    harap ade rakan yg ingin mmbantu..

    • saya pun ingin mencari dan mengikuti kursus yang ditawar dan mempunyai kelulusan sijil yang sah dari pihak kerajaan

  7. salam…saya ingin memulakan merternak ayam kampung.boleh kah sedaura2 yang tahu tentang bagai mana nk mula ternak,
    tentang rebang;-
    1 )bagai mana nk membuat rebang yang baik,perlukah rebang di atah tanah?
    2 )dari mana boleh saya dapatkan baka2 ayam kacut ayam kampung dgn ayam lain?
    3 ) lain2 tentang penyakit2 ayam n pasaran?
    harap sedaura2 semua sudi kongsi pengelaman dangan sy
    terima kasih

    • salam,
      bagus sgt kalau saudara berminat dalam ternakan ini.sy pn bru ja dalm ternakan ini,lebih kurang setahun.tp sy pn bleh gak tlg saudara setakat yg mampu ja.reban seeloknya buat atas tanah.ayam kmpung ni habitatnya atas tanah dan cepat membesar atas tnh.kami juga ada sediakan baka ayam.ayam kampung tulin.ayam sabung pon ada jgk…

    • harga anak ayam kampung dan tulin pn disediakan jugak…
      seekor – RM2.30
      anak ayam yg dijual berumur seminggu ke atas.sya membuat ternakan di Pokok Sena,Kedah

  8. Salam tuan doc. sy berasal dr melaka dan kini berkhidmat dengan kerajaan di putrajaya. Tidak mempunyai sebarang pengtahuan dan pengalaman cara untuk menternak ayam kampung. Amat berminat untuk memulakan penternakkan ayam kampung.
    Boleh sekiranya tuan doc berkongsi pengetahuan dan pengalaman tuan. Jika tidak keberatan boleh tuan memberi panduan secara menyeluruh cara dan teknik menternak, seperti keluasan kawasan dan reban,penjagaan ternakkan, nisbah antara jantan dan betina, pemakanan, kesihatan, risiko-risiko yang ada, pengawalan perbelanjaan dan kesesuaian lain yang perlu. Bagi pengetahuan tuan, sy ingin memulakan perternakan ini di atas tanah berkeluasan 1/2 ekar dan merancang untuk menternak 50 hinga ke 100 ekor.
    Sy amat berharap tn dpt memeberi tunjuk ajar dan pengalaman sebagai panduan. bantuan tuan sy dahulukan dgn ucapan terima kasih.

  9. askom sy dri SEMPANG RENGGAM nk tnya mna nk dptkn benih anak ayam kg yg terdkt di kwsn johor@kluang…klu boleh terus dri pembekal ayam kg…. cepat k reply……..

  10. salam semua,
    mengikut standard antarabangsa, ayam kampung organik mesti dibela bebas dgn keluasan seekor ayam dengan 25 kaki persegi, ayam diperolehi dari baka organik juga yg diternak dari usia DOC sehingga matang dan bertelur,
    ayam ini juga mesti diternak secara grass feeding dan diberi makanan rumusan khas yg belum ada lagi dijual secara komersial di malaysia. cara lain anda terpaksa masak sendiri, jagung dan segalanya mesti ditanam secara organik dan sebarang bentuk antibiodi tidak dibenarkan, kalau ada yg sakit anda boleh memberikanya ubat tetapi takleh dijual dengan label organik. dan banyak lagi syarat2 dia.. ternakan ayam kampung asli yg diternak bebas hampir menyerupai organik tetapi masih jauh lagi dari stadard dia,
    so kami mengkaji cara menternak ayam kampung ini dengan terbaik dan mencipta satu kaedah yg agak menguntungkan penternak.. untuk maklumat lanjut sila ke blog: http://www.citypullagro.blogspot.com byk maklumat yg boleh anda jumpa disana.. kursus pun ada..

    • Salam,
      Saya dah hampir setahun menternak ayam kampung organik. Saya ingin perluaskan pasarkan penjualan ayam yang berumur 30-70 hari .Saya berada di kawasan Jengka, Maran Pahang. Sedia menerima tempahan di sekitar Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan berhampiran.Diharap pihak tuan dapat membantu saya dlm projek ternakan ayam ini.

  11. i enjoy reading your webpage. Its high time Muslim in tyhis country knows the difference between organic chicken and non organic halal chicken. I may venture into this in a small way. My tel: 0169005522

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s