PROTOKOL BIO-SEKURITI

Objektif

Memastikan kemudahan bio-sekuriti bagi mencegah kemasukan jangkitan Salmonella ke dalam ladang unggas

Kriteria wajib

Amalan Perladangan dan Sumber Ternakan Ayam


1, Jurusan ternakan ayam.

Sumber anak ayam dari ladang yang diiktiraf.

brosek1.jpg
Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh diperolehi di ladang

2. Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

  • Mengamalkan pembuangan/pemusnahan
    bangkai ayam yang bersistematik.
  • Mengamalkan pembuangan / pemusnahan tinja
    Kawalan pencemaran persekitaran.

    brosek2.jpg
    Pembuangan/pembakaran Bangkai Ayam

    3. Kemudahan/Kelengkapan

  • Pengendalian Telur
  • Bilik Penyimpan Telur
  • Dingin, pengudarannya baik,
  • bersih dan sucikuman.

  • Peralatan bersih.

  • Keadaan bekerja selesa.
  • brosek3.jpg
    4. Pembasmian Kuman ke atas Kenderaan
    brosek4.jpg

  • Pintu masuk/keluar dilengkapkan dengan roda bertutup ‘covered wheel dip’ dan alat penyembur
  • broise1.jpg

    5. Pemagaran Sempadan Kawasan

  • ‘Chain-link’ atau bahan seumpamanya yang sesuai
  • broise2.jpg
    6. Pengurusan Sampah Sarap program pengurusan sampah sarap yang baik.

    broise3.jpg
    7. Kebersihan Am

    Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur.

    broise4.jpg

    8. Pencelup Kaki

    • Setiap bangsal harus disediakan.

    9. Rekod

    Pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal -bangsal ayam dan struktur ladang.
    Rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, ‘parenteral’, ‘oral’) di sepanjang masa.

    broise5.jpg

    10. ‘Biosecurity’/Pegawai-pegawai/Pelawat/Kakitangan

    • but (kasut getah) dan pakaian yang sesuai disediakan.
    • bilik persalinan lengkap dengan paip hujan dan/atau alat penyembur.

    Kriteria Tambahan

    Pengasingan Bangsal Ayam
    Jarak di antara bangsal sekurang -kurangnya 15 meter.
    Kebersihan Am
    Kelengkapan bilik mandi dan tandas .

    broise6.jpg
    Perlaksanaan

    a. Taklimat kepada pengusaha ladang unggas·keperluan piawaian bio-sekuriti.

    b. Pemeriksaan kemudahan bio-sekuriti· semasa pelaksanaan protokol verifikasi.·

    c. Pemeriksaan berkala.

    Penguatkuasaan

    Berlandaskan Protokol Perundangan Program Pengawalan dan Pembasmian Salmonellosis Unggas Kebangsaan.

    Usahawan Wanita Contoh – Syairah Telur Asin

    Anak gadis kelahiran Pulau Pinang yang menggemari bidang perniagaan ini sanggup menghabiskan masa di kawasan ternakan itik telur masin sepanjang hari. Pada asalnya, projek telur itik masin ini di asaskan oleh ibu bapa Syairah, namun minat dan semangat ushawan membuatkan Syairah meneruskan perusahaan milik bapanya walaupun beliau masih muda.

    galeri_28.jpg
    Ako Mustapha bersama bapa Syairah di reban itik

    galeri_29.jpg
    Ako Mustapha asyik melakukan kerja menyalut telur masin

    galeri_30.jpg
    Syairah menerangkan proses telur masin pada
    Ako Mustapha dan pengacara Rancangan
    ‘Sentiasa Di Sisi Anda’ kerjasama RTM & Bank Pertanian Malaysia

    Projek pemprosesan itik telur masin ini bermula pada Julai 2003 semasa beliau masih di sekolah menengah lagi. Minatnya yang mendalam telah memberi semangat kepada beliau untuk menjadi pengusaha yang berjaya. Walaupun projek ini kebiasaannya dipelopori oleh bangsa Cina, namun Syairah tidak gentar. Beliau berani menyahut cabaran walaupun pada mulanya ramai yang meragui kebolehannya serta tidak kurang yang mengejeknya.

    Hasil usaha gigih serta bantuan khidmat nasihat dan pinjaman yang diperolehi dari Bank Pertanian Malaysia, kini pasaran telur masin sekitar Pulau Pinang berjaya ditembusi oleh syarikat milik Syairah.

    Profil Pengusaha:

    profile_11.jpg

    Nama : Syairah Binti Shafiee
    Tarikh Lahir : 5 April 1986
    Umur : 21 Tahun
    Alamat : No 35,Tingkat Bkt Myk 3, Taman Bukit Minyak,
    14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
    Pendidikan : STPM
    Nama Syarikat : Kota Aur Enterprise
    Jenis Projek : Telur itik masin

    Doktor perubatan ternak ayam kampung

    Dr Mohamad Zainol labur RM1 juta bagi membina ladang, cipta makanan ternakan sendiri

    TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.

    Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.

    Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

    Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

    Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan ayam kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

    27hala.jpg

    “Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.”

    “Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

    Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

    “Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

    “Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

    Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

    Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

    “Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

    Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

    Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

    Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

    Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

    Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

    “Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

    Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

    Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organik semakin meningkat di negara ini.

    “Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik.”

    “Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

    Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

    Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

    Di petik dari : Berita Harian 27 Ogos 2007

    Asas Pembinaan Kolam Ternakan

    Asas -asas pembinaan kolam ternakan

    Dalam merancang pembinaan sebuah kolam tanah khususnya ikan air tawar ramai penternak tidak mendapat maklumat yang betul, keliru dan kadang kala bersifat tamak. Ini antara faktor menyebabkan fenomena kolam terbiar. Beberapa perkara asas berkenaan kolam haruslah diketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya.

    Jenis tanah yang sesuai adalah faktor penting dalam pembinaan kolam tanah.

    Antaranya:

    Kesesuaian tanah

  • Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.
  • Sumber air

  • Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Air sungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber air bawah tanah sekurang² perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra’ dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuai merupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah.
  • Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyak bagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokongan seperti blowerpaddle wheel bagi mengatasi masalah ini.

  • Sistem aliran air menggunakan tekanan graviti ke dalam kolam dari anak sungai

    Rekabentuk kolam

  • Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan, ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenai perkara ini.
  • Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utama semasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak.
  • Rekabentuk dasar sebuah kolam memainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan.
  • Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perlu disediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaian hasil ternakan.

  • Lokasi

  • Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitu lokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuai bagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjir seperti tanah rendah dan tepi sungai. Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sekarang memburukkan lagi keadaan.
  • Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam serta keluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi. Tidak semuanya tanah sesuai untuk dibina kolam contoh, sekiranya terdapat tanah yang sesuai untuk pembinaan kolam namun sumber air terhad adalah halangan utama.

  • Kemudahan asas

  • Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.
  • Sila lawati: http://www.pergauhatchery.com/

    BERSAMA MENYOKONG EKONOMI UMMAH-PELUANG PERNIAGAAN : PENGEDAR AYAM ORGANIK DIPERLUKAN

    Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. milik Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakan ayam kampung organik secara komersial di Malaysia. Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken.

    Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.

    Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

    KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK

    A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
    B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI :

    1) HABBATUS SAUDA
    2) HALIA
    3) PANDAN
    4) KUNYIT.
    5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN

    Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju.

    HARGA YANG DITAWARKAN

    Size S (1.3kg – 1.4kg) – RM14.00 seekor
    Size M (1.4kg – 1.5kg) – RM15.00 seekor
    Size L (1.6kg – 1.7kg) – RM16.00 seekor
    Size XL (1.8kg – 2kg) – RM18.00 seekor
    Pesanan minima 3 ekor. Caj penghantaran RM1.00 seekor.

    1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261
    2. En. Shukri – 012-239 4755
    3. En. Azzari – 019-232 0304

    Maklumat lanjut sila email kepada sales@soletrade.com.my
    Laman web http://soletrade.com.my