PENTERNAKAN ITIK MASKOVY DALAM SAWAH

muskovy1.jpg

Pendahuluan:

Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging dibiakan dari induk yang diimport dari negeri Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluaga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan penggunaan tanah selepas menuai padi. Itik-itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan tumpahan padi selepas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

muskovy2.jpg

muskovy3.jpg

Masa yang sesuai untuk mendapatkan anak itik ialah lebih kurang sebulan sebelum tarikh menuai dan berikut adalah tindakan dan persiapan yang perlu dibuat oleh petani:

muskovy4.jpg

Persediaan Pemeliharaan

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:

· Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.

· Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.

· Tabur abuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.

· Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.

· Sediakan tempat makan dan minum.

Ketibaan Anak Itik:

· Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.

· Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.

· Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin.

muskovy5.jpg

Dari 0 – 2 Minggu:

· Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).

· Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.

· Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.

· Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.

· Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.

· Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.

· Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

Umur 3 – 4 Minggu:

· Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.

· Itik boleh dididik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

muskovy6.jpg

Umur 5 -13 Minggu:

· Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.

· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.

Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.

muskovy7.jpg

 

Kos Pemeliharaan

Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi

Anak itik

(100 ekor @ RM2.50) RM250.00

Reban (RM400) – RM 80.00

(Untuk 5 musim)

Makanan (Duck Starter

Crumble – 50 kg/bag)

1 bag @ RM48 RM 48.00

Makanan (Duck Grower

– 50 kg/bag)

8 bag @ RM42/bag RM336.00

Ubatan RM 30.00

Peralatan (bekas makan

dan minum, dll.) –

(RM 50 – Untuk5 musim) – RM 10.00

Jumlah RM754.00

Pendapatan Kasar

Jualan itik 95 ekor

@ 3 kg/ekor @ RM5/kg RM1,425.00

Pendapatan Bersih RM 671.00

 

(Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik-itik didapati tidak sihat atau menunjukkan tanda-tanda penyakit.)

 

9 thoughts on “PENTERNAKAN ITIK MASKOVY DALAM SAWAH

  1. Saya pelajar tahun akhir UPM dan berminat untuk melibatkan diri dalam bidang penternakan itik. Saya mohon panduan dan cadangan dari pihak Tuan sebagai bekalan saya. Selain itu, di mana saya boleh dapatkan maklumat untuk mengikuti kursus penternakan itik? segala panduan dan maklumat dari pihak Tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih…

  2. sy nak buat projek akhir utk subjek usahawan
    blh pihak anda membantu ay bagaimana nak menyiapkan 1 projek ,sy dari polisas ktn

  3. Sy ingin bela iti di kawasan paya..apakah kaedahnya masih sama seperti bendang.Adakah terdapat vektor yg boleh myebabkan penyakit akibat air paya atau tumbuh-tumbuhan paya ini?

  4. saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk menambah pendapatan. bagaiman untuk mendapatkan anak itik di kawasan utara. dan adakah boleh untuk saya melawat penternak yang telah berjaya di kawasan utara untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

  5. Nama saya Hj Zul dan saya adalah seorang pesara. Umur saya 58 tahun. Saya ada 3 ekar tanah sawah padi di Jelor, Pasir Putih, Kelantan. Saya berminat untuk membela itik. Saya perlukan tunjuk ajar dan nasihat serta bantuan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s