PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIL

Usia bukan penghalang bagi mencapai kejayaan, itulah pegangan hidup Encik Mohd Amran bin Abu Saman yang tekun mengusahakan projek ternakan ayam di Kampung Damai, Kuang, Selangor meskipun usianya telah menjangkau 60 tahun. Beliau yang mempunyai lima orang cahayamata pernah berkhidmat di Jabatan Ukur selama 13 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan ini. Pada mulanya, beliau mengusahakannya secara kecil-kecilan tetapi memandangkan permintaan ke atas bekalan daging ayam tidak mencukupi, akhirnya beliau mengambil risiko dengan memberanikan diri membuat pinjaman berjumlah RM75,000 pada bulan November 2000 lalu dari cawangan Sungai Buloh. Beliau menyatakan hasrat untuk menghasilkan kira-kira 30,000 ayam dalam masa seminggu. Untuk ini beliau harus mempunyai 27 buah kandang, yang mana kelulusan bagi pinjaman tambahan sebanyak RM3juta yang dirancangkan adalah diharapkan.

Beliau merupakan penternak ayam yang pertama mengamalkan ternakan secara ’close concept’ yang diperkenalkan oleh seorang rakan dari negara jiran, Thailand. Ayam-ayam ini diternak di dalam kandang dengan menggunakan teknologi kitaran udara melalui system semburan air. Kandang ini diperbuat dari papan dan atapnya dari PE plastik. Kandang ini dilengkapi dengan penapis udara yang menggunakan kuasa kuda bagi tujuan menyedut haba panas dan berbau seterusnya menghasilkan haba yang sejuk. Ia juga dilengkapi dengan ‘sprayer’ di mana ia berfungsi menyembur air ke atas ‘netting’, pada masa yang sama kipas sentiasa berpusing supaya udara ditapis oleh penapis untuk menyekat habuk, dengan cara ini ayam akan mendapat lebih gas oksigen. Penyemburan ini berlaku setiap 15 minit. Bahagian lantai kandang pula dipenuhi dengan dedak bagi membolehkan anak-anak ayam ini mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

Anak-anak ayam yang berusia 1 hingga 10 hari ditempatkan di tingkat atas. Bagi kandang ayam yang berusia 1 hingga 10 hari, ia dilengkapi dengan ‘brooder’ iaitu sejenis gas silinder yang digunakan untuk memanaskan anak-anak ayam pada waktu malam. Ia akan digunakan selama 5 hari. Anak-anak ayam yang berusia 10 hingga 42 hari akan dipindahkan ke tingkat bawah. Tambah beliau lagi, dua perkara yang penting dalam penternakan ayam ini ialah air dan elektrik. Penggunaan air amat perlu kerana tanpa air ayam-ayam tersebut boleh mati dan penggunaan elektrik adalah untuk menjana kuasa mesin-mesin seperti ‘blower’, ‘sprinkler’ dan ‘brooder’. Encik Mohd Amran mendapat bekalan anak ayam jenis ‘broiler’ (ayam daging) dari CP (Charoen Porkpand) dengan harga 5 sen seekor.

Ayam-ayam ini diberi vitamin dan antibiotik bagi memastikan ianya sihat dan tidak berpenyakit. Setiap hari pada tiga minggu pertama vaksin akan dicampur ke dalam air minum yang disalurkan dalam ‘sprinkler’. Ianya merupakan langkah awal bagi mengelakkan serangan penyakit bermusim yang ditakuti iaitu ‘New Castle Disease’ atau dikenali sebagai sampah ayam. Apabila ini cukup besar saiznya yakni 42 hari, ayam-ayam tersebut akan dihantar kepada pihak Charoen Porkpand dengan perjanjian kontrak untuk tujuan pemasaran.

Tempoh seminggu diperlukan bagi tujuan membersihkan kandang dan memasukkan anak-anak ayam yang baru. Proses pembersihan ini termasuk membuang segala dedak dan tahu ayam yang sedia ada. Lazimnya, pada hari ke 42 saki baki najis ayam akan mula berulat, tetapi dengan teknologi yang digunakan, kira-kira 80% daripadanya akan menjadi kering dan dijadikan baja. Baja tahi ayam ini pula akan dijual pada harga RM4.00 setiap bag.

Setakat ini Encik Amran mempunyai 3 kandang yang mampu menempatkan kira-kira 60,000 hingga 80,000 ekor ayam. Menurut beliau, penjagaan rapi anak-anak ayam ini amat penting bagi mengekalkan kesihatan serta menghasilkan ayam yang bermutu.

Ditanya apakah benar kerja menternak ayam ini susah, jelas Encik Amran “ ..bela ayam ni mesti ada penglibatan yang padu, setidak-tidaknya, seorang pengusaha boleh membuat 3 kandang sebagai permulaan…” . Beliau yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga sanggup memberi tunjuk ajar bagi sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam ternakan ayam secara komersial.

Apa ditunggu lagi, mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan seperti ini bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Pertanian yang terdekat.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

6 thoughts on “PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIL

  1. sya nak beli baja tahi ayam di sekitar johor, sila hubungi sya jika ade maklumat tentang itu ataupun tuan puan ingin menjual ke pada sya. hubungi sya segera 0177609067

  2. saya berminat untuk menjadi pemborong ayam segar di sekitar kawasan klang.boleh saya dapatkan contact no penternak ayam yang berdekatan dengan segera.

    • en.shah, kalau dah mula berniaga tu hubungi saya, saya jalankan perniagaan ayam dan daging secara runcit dah 18tahun.mungkin kita boleh berurusan.

  3. saya berminat untuk menjadi pemborong ayam segar di sekitar kawasan kl dan kelana jaya.boleh saya dapatkan contact no penternak ayam yang berdekatan dengan segera.hp 0166851442

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s