A – Z SOAL JAWAB MENGENAI BIRI-BIRI

# APAKAH DASAR KERAJAAN DALAM PERKEMBANGAN TERNAKAN BIRI-BIRI?

Bersesuaian dengan Dasar Pertanian Negara, keutamaan telah diberikan kepada pemeliharaan ruminan kecil secara komersial. Bagi mengurangkan kos pengeluaran, menternak secara integrasi di dalam kebun atau ladang getah, kelapa sawit atau tananian utama lain.

Aktiviti ini akan dan sedang ditumpukan di kawasan berpotensi seperti ladang-ladang FELDA, FELCRA, RISDA dan termasuk ladang-ladang swasta serta kebun persendirian.

# APAKAH KEBAIKAN SISTEM INTEGRASI INI ?

Dapat inenyuburkan tanaman di ladang, mengurangkan kos pengawalan rumpai antara 20-30%, memberikan hasil pendapatan sampingan yang lumayan.

# BOLEHKAH BIRI-BIRI DIPELIHARA DI KAWASAN SELAIN DARIPADA GETAH DAN KELAPA SAWIT ?

Boleh, asalkan mempunyai kawasan meragut dan biri-biri tidak merosakkan tanaman utama berkenaan; contohnya di kawasan tanainan kelapa, kebun buah-buahan dan koko.

# APAKAH SAIZ EKONOMIK PENTERNAKAN BIRI-BIRI ?

Pulangan yang berpatutan, diperolehi dengan memelihara sekurang kurangnya 100 ekor biri-biri betina. Matlamat ini boleh dicapai jika kadar kelahiran 150% setahun dan kematian tidak melebihi 5% setahun.

# BERAPA BANYAKKAH BIRI-BIRI DAPAT DIPELIHARA SECARA INTEGRASI?

Ini bergantung kepada umur tanaman utama dan kesediaadaan rumput/rumpai di bawah tanaman utama. Amnya getah atau kelapa sawit berumur 2-3 tahun dapat menarnpung 3-4 ekor biri-biri setiap ekar. Semakin tua tanaman berkenaan, semakin kurang bilangan biri-biri boleh dipelihara.

# APAKAH JENIS TERNAKAN BIRI-BIRI YANG SESUAI DIPELIHARA SECARA KOMERSIAL?

Biri-biri import jenis Polled Dorset atau Dorset Horn didapati dapat menyesuaikan diri dengan baik di kawasan kelapa sawit dan getah. Ternakan kacukan Dorset Horn atau Polled Dorset deiigaii biri-biri tempatan sedang digalakkan dipelihara secara besar-besaran berdasarkan ketahanannya terhadap penyakit dan pertumbuhan yang lebih baik daripada biri-biri tempatan.

# APAKAH JENIS BIRI-BIRI YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA ?

Ada 3 kumpulan:-

1.

* Dorset
* Wiltshire
* Romney
* Suffolk
* Corriedale
* Border Leicester

2. Biri-biri Tempatan (MALIN);
3. Jenis Exotic (asal dari luar negeri);

4. Kacukan-kacukan di atas.

# BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN BAKA KACUKAN ?

Terdapat 2 cara:

*Penternak boleh membeli baka kaeukan dari pihak swasta, agen pembekal atau ladang-ladang kerajaan.
*Penternak bolehjuga menghaslikan sendiri dengan mengahwinkan biri-biri pejantan import dengan betina tempatan atau betina import dengan pejantan tempatan.

# MENGAPA MALAYSIA PERLU MENGIMPORT TERNAKAN BIRI-BIRI DARI LUAR NEGERI?

Bagi mencapai matlamat satu juta biri-biri dalam tahun 2000. Populasi biri-biri Negara mesti ditingkatkan ke paras sekurangkurangnya 130,000 pada tahun 1990. Pengimportan bukan sahaja boleh meningkatkan populasi juga boleh meningkatkan produktiviti ternakan tempatan melalui program pengacukan.

#

SAYA ADA MEMPUNYAI KAWASAN DAN INGIN MENJADI PENTERNAK BIRI-BIRI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP, BAGAIMANA CARANYA?

Tuan boleh memohon pinjaman bank untuk membina kandang, membeli biri-biri dan membeli makanan tambahan serta mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Atau tuan boleh menyediakan segala infrastruktur dan memohon biri-biri pawah daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

# APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PAWAH BIRI-BIRI ?

Sistem di mana penternak diberi ternakan biri-biri betina untuk dipelihara, dan bagi setiap ekor biri-biri yang dipawahkan penternak wajib memularigkan kepada Kerajaan seekor anak berumur tidak kurang 9 bulan dan ianya harus diselesaikan dalam masa 36 bulan.

# BAGAIMANA PULA DENGAN LATIHAN ?

Latihan ada disediakan di Institut Haiwan Kluang selama 5 hari dan peserta boleh ditempatkan di asrama Institut tersebut.

Atau tuan-tuan boleh mernohon mendapatkan latihan setempat (in situ) iaitu di kawasan projek Jabatan, kursus/latihan sebegini hanya boleh diberi 1-2 hari sahaja.

# APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS SAYA MENERIMA BIRI-BIRI IMPORT ?

1. Memberi makan dan minum secukupnya.
2. Memberi perhatian yang rapi.
3. Lapor kepada Pejabat Haiwan jika ternampak sebarang tandatanda sakit atau sebarang keganjilan.
4. Kurangkan gangguan dalam minggu pertama.
5. Dicampurkan ubat ‘anti stress’dalam air minuman.
6. Selepas 2 minggu baru diasingkan kumpulan bunting sarat, sakit dan kumpulan ibu bersama anak.

# APAKAH CARA PEMELIHARAAN PALING BAIK DALAM PROJEK INTEGRASI ?

* Sistem separuh bebas.
* Meragut di waktu teduh dan dikandangkan di waktu panas dan malam.
* Petang diberikan sedikit dedak dan malam sedikit rumput potong untuk bekalan hingga ke pagi sebelum dilepaskan.
* Air minum bersih di sepanjang masa.
* Kandang di antara tanaman utama perlu mempunyai cukup pengudaraan dan ruang lantai.
* Kandang mudah dibersihkan.
* Mempunyai kandang/petak berasingan bagi biri-biri sakit, bunting dan anak.

# APAKAH CIRI-CIRI KANDANG YANG SESUAI ?

* Kandang mestilah kukuh.
* Mempunyai pengaliran udara yang baik termasuk ruang bumbung yang terbuka.
* Terletak di kawasan kering dan berhanipiran dengan kawasan ragutan.
* Ruang lantai yang cukup, sekurang-kurangnya 7 kaki persegi (0.65 meter persegi) bagi setiap ekor.

# PERLUKAH RUMPUT POTONG DISEDIAKAN DALAM KANDANG ?

Perlu sekah terutama untuk biri-biri yang tidak dilepaskan. Juga sebagai tambahan di waktu malam dan pagi semasa biri-biri berada dalam kandang.

# BERAPA BANYAKKAH RUMPUT YANG HARUS DIBERI ?

Anggaran berat kering 3-5% daripada berat badan. Contohnya bagi biri-biri seberat 40 kg dan kandungan berat kering rumput 20%, berat rumput segar perlu diberikan.tall kurang daripada 10 kg sehari.

# BERAPA LAMA DAN BILA MASAKAH BIRI-BIRI SEBAIKNYA MERAGUT ?

Minimum 6 jam sehari, bermula di sebelah pagi sebaik sahaja rumput tidak terlalu basah. Kebiasaannya pukul 9 atau 10 pagi hingga 3 atau 4 petang untuk kawasan ladang/Estet. Kawasan padang ragut terbuka, mungkin perlu dibahagikan waktu meragut kepada dua; contohnya antara 8-11 pagi dan 3.30 – 6.30 petang.

# APAKAH NISBAH BIRI-BIRI JANTAN DAN BETINA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN ?

Kadar 1 jantan bagi tiap 20-25 ekor betina adalah disyorkan.

# BAGAIMANA CARA MEMILIH BAKA BIRI-BIRI BETINA DAN JANTAN YANG BAIK UNTUK KUMPULAN PEMBIAK ?

Betina

* Umur 1 tahun
* Tidak cacat dan sihat tubuh badan.
* Keturunan yang baik seperti pandai menjaga anak dan dapat rnengeluarkan susu yang cukup untuk anak.

Jantan:

* Umur 2 tahun atau lebih.
* Tidak cacat, berbadan tegap dan mempunyai otot-otot bahagian belakang yang besar dan kuat.
* Buah zakar yang sederhana besar dan sama saiz nya.

# BAGAIMANA MENGURUSKAN ANAK YANG BARU DILAHIRKAN ?

* Pastikan ia mendapat susu awal (kolostrum), kalau perlu ianya harus dibantu.
* Asingkan anak dan ibu daripada kumpulan lain.
* Bagi anak yang lemah, badannya perlu dikeringkan dari diletakkan di tempat kering dan diperkenalkan kepada ibunya.
* Tali pusat disapu dengan iodin atau sebarang antiseptik.

# MENGAPA KITA PERLU MEMOTONG BULU BIRI-BIRI IMPORT SETIAP 6 BULAN ?

Untuk menyejukkan badan dan juga mengelakkan kekotoran atau Ialat bertelur di celah-celah bulu yang mungkin lembap di keadaan cuaca seperti Malaysia ini,

# BERAPA KERAPKAH UBAT CACING PERLU DIBERIKAN ?

Setiap 3 minggu sekali. Tetapi selepas 2 minggu diberi ubat cacing, clok kalau diuji selidik najisnya bagi melihat cacing atau telur cacing untuk tindakan rawatan selanjutnya.

# APAKAH PENYAKIT YANG SERING DIJANGKITI OLEH BIRI-BIRI ?

Cacing — boleh menyebabkan kematian. Beban cacing yang tinggi inenyebabkan biri-biri kurus, kurang selera makan, lemah, berak cair dan pucat.

Puru – disebabkan oleh virus. Puru tumbuh di sekitar bibir, mulut dan hidung. Bahagian puru menyebabkan kulit pecah dan memudahkan jangkitan kuman-kuman lain. Jangkitan yang tidak serious membolehkan penyakit sembuh dan biri-biri laii dengan sendirinya.

Blue Tongue (Penyakit Lidah biru) – disebabkan oleh virus, mudah terkena ke atas biri-biri import. Bahagian kulit selaput lidah atau bahagian mulut, bibir dan gusi merah dan membengkak. Air liur keluar bertali-tali dan ia boleh menjadi tempang.

Kembong – biasa disebabkan olch memakan rumput muda dan banyak protein seperti kekacang. la dapat dielakkaii dengan memberi rumput yang cukup.

# SEJAUH MANAKAH KESAN PENYAKIT LIDAH BIRU TERHADAP TERNAKAN BIRI-BIRI ?

Tidak boleh dirawat, tetapi boleh dielak dengan suntikan pelali dan boleh lab dengan sendiri. Kadar jangkitan rnencapai 30% dan kadar kematian antara 5 – 50% daripada biri-biri yang dijangkiti. Boleh dielakkan jika nyamuk pembawa virus ini Genis Culicoides) dapat dihindarkan, misainya dengan cara mengasapkan atau semburan bahan kimia (contoh malathion).

# APAKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BIRI-BIRI MATI ?

Ternakan sendiri yang mati perlu diketahui sebabnya, dengan melaporkan kepada Pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mustahak untuk langkah pencegahan kematian biri-birl lain atas sebah-sebab yang sama.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan menyediakan sijil kematian, merekodkan dalam buku rekod pawah dan membuat bedaii siasat. Bangkai tersebut kemudiannya boleh ditanam sekurangkurangnya 4 kaki dalam atau dibakar.

# BAGAIMANA BIRI-BIRI BOLEH DIJUAL/PASARKAN ?

Biri-biri betina pembiak boleh dijual kepada ladang-ladang persendirian yang memerlukan dan jantan selain dijual sebagai baka pejantan,juga boleh dijual untuk sembelihan.

Buat masa ini belum ada badan yang menguruskan pemasaran biri. biri ini, tetapi sedang dirancang oleh beberapa agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian.

# MENGAPA REKOD-REKOD PRESTASI TERNAKAN PERLU DISEDIAKAN ?

Berguna untuk rujukan setiap individu biri-biri peliharaan ketika:

* jualan atau asingsingkiran
* pemeliharaan baka atau pembiakan
* membuat rawatan dan kawalan penyakit

# BAGAIMANA CARA KAMI BOLEH MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DALAM PENTERNAKAN BIRI-BIRI KOMERSIAL INI ?

Beberapa orang pegawai peringkat Negeri telah dilatih secukupnya. Begitu juga buku-buku panduan telah diterbitkan.

Lawatan ke projek-projek sedia ada dapat diaturkan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

# DI MANA PERLU SAYA HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?

Dipersilakan menghubungi kami di:

Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Blok A Tingkat 8 & 9
Wisma Chase Perdana
Bukit Damansara
50630 Kuala Lumpur
Tel : 2540077

atau

Pejabat Perkhidmatan Haiwan
di kesemua Negeri-negeri
di Semenanjung Malaysia.

Catatan

1. Perkataan biri-biri boleh juga disebut bebiri
2.

Bebiri tempatan telah diberi nama MALIN, Oleh itu nama MALIN hendaklah digunakan setiap kali ianya dikaitkan dengan bebiri tempatan.

PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI OLEH BEBIRI

1. Penyakit Cacing

Penyakit ini sering dihidapi oleh ternakan bebiri. Ini berlaku apabila ternakan tersebut memakan rumput-rumput yang telah dicemari oleh najis ternakan yang mempunyai telur cacing tersebut.

  • Badan kurus dan tidak membesar (bantut)
  • Perut buncit
  • Kadang-kadang cirit-birit dan lemah
  • Bengkak di bawah dagu
  • Bulu kasar, tidak berkilat dan mudah gugur
  • Pucat dan badan kekurangan air (dehydrated)
  • Analisis tinja di makmal menunjukkan bilangan telur cacing yang tinggi
  • Pencegahan

  • Kandang hendaklah selalu bersih dan kering
  • Rumput yang diberikan jangan dari kawasan yang berair, atau dari kawasan yang telah dicemari telur cacing
  • Pemberian ubat cacing dengan teratur, contoh 3 minggu atau 2 bulan sekali bergantung pada keadaan
  • Ternakan yang baru hendaklah diberikan ubat cacing sebelum dilepaskan
  • Rawatan

  • Memberi ubat cacing yang berkesan
  • Mempastikan ternakan mendapat minuman yang banyak
  • Memberi makanan tambahan
  • Jenis ubat

  • Systernex, Synantic, Nilzan dan lain-lain
  • 2. Coccidiosis

    Penyakit ini adalah disebabkan oleh protozoa dan selalunya terjadi di kalangan anak bebiri. Ia berlaku apabila ternakan berada dalam kawasan yang sempit, lembab, dan kotor.

    Tanda-tanda Penyakit

  • Cirit-birit
  • Najis berbau busuk dan kadangkala mengandungi darah
  • Kurang selera makan
  • Lemah dan kekurangan air (dehydrated)
  • Kurus
  • Kematian
  • Pengesahan dibuat melalui pemeriksaan tinja di makmal.

    Pencegahan

  • Pastikan kandang sentiasa bersih dan kering
  • Beri keluasan kandang yang cukup untuk ternakan
  • Rawatan:

  • Memberi ubat yang mengandungi bahan belerang (sulphur drugs)
  • Memberi minuman yang lebih
  • Laporkan kepada Pegawai Veterinar yang berdekatan
  • Jenis-jenis ubat

  • Sulphamezathine (33 1/3%) dll
  • 3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

    Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. la biasanya menyerang anak bebiri yang masih menyusu dan mengakibatkan anak bebiri menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan

    Tanda-tanda penyakit

  • Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut mulut. gusi dan bibir
  • Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah
  • Tanda-tanda juga berlaku di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian tetek ibu
  • Suntik semua bebiri yang dibawa masuk ke ladang
  • Suntik semua anak bebiri selepas cerai susu
  • Suntik ternakan dewasa setiap tahun
  • Sekiranya ternakan sudah terkena penyakit, rawatan dan pengubatan dilaksanakan bagi mengelakkan jangkitan kuman penyakit lain.
  • Rawatan

  • Membersih dan mengubat luka-luka akibat gelembung yang pecah dengan menggunakan ubat iodine atau ‘gentian violet’ (ubat biru). Ubat antibiotik juga perlu digunakan.
  • Jenis-jenis ubat/veksin:

  • Veksin Contagious ecthyma, iodine, ‘gentian violet’
  • 4. Penyakit Kembung

    Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas di dalam perut. Ini boleh berlaku apabila ternakan memakan terlalu banyak rumput-rumput muda atau tumbuh-tumbuhan yang mengandungi banyak bahan-bahan nitrogen seperti kekacang. la juga boleh terjadi jika berlaku sekatan di bahagian esophagus.

    Tanda-tanda penyakit:

  • Perut buncit terutama di sebelah kiri
  • Bunyi denturnan yang kuat apabila diketuk
  • Sesak pernafasan
  • Mengeluarkan air liur
  • Membuat bising – mengembek
  • Rebah sebelah kanan ‘convulsion’ dan boleh menyebabkan kematian
  • Pencegahan

    Pengurusan pemakanan yang betul, kurangkan pemberian kekacang, rumput muda dan bahan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi

    Rawatan

  • Memberi makan minyak kacang, sayur atau jagung
  • Berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran untuk rawatan
  • Jenis-lenis ubat

  • ‘Bloat Remedy’, minyak sayur dll.
  • 5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk

    Penyakit ini biasanya terjadi apabila bebiri terkena hujan yang agak lama. Tempat yang lembap atau basah serta kawasan yang sempit dan tidak mempunyai pengedaran udara yang baik boleh menimbulkan masalah ini.

    Tanda-tanda penyakit

  • Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Lemah dan tidak berdaya
  • Pernafasan cepat
  • Kadangkala batuk dan keluar bendalir dari hidung seperti hingus
  • Suhu naik
  • Pencegahan

  • Asingkan supaya tidak berjangkit
  • Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembap
  • Pastikan luas kawasan yang cukup untuk ternakan
  • Adakan pengedaran udara yang baik untuk kandang
  • Jangan dibiarkan ternakan di tengah hujan
  • Rawatan

  • Tempatkan ternakan di tempat yang kering dan bersih serta mempunyai pengedaran udara yang baik
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
  • Jenis-jenis ubat>

  • Terramycin L.A. Ampicillin, chloramphenicol dil.
  • 6. Cirit-birit

    Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Cacing
  • Protozoa (coccidia)
  • Kuman bakteria
  • Salah makan
  • Tanda-tanda penyakit

  • Tahi cair atau tidak berbentuk bulat seperti biasa
  • Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
  • Bebiri akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  • Kadangkala naiis berbau busuk
  • Suhu badan naik
  • Lemah
  • Kekurangan air (dehydration)
  • Berat badan turun
  • Bulu kasar
  • Pencegahan

  • Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing
  • Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan jauh dari kuman merbahaya
  • Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar
  • Rawatan

  • Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos
  • Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti ‘koalin’ yang boleh mengalas kulit dalam perut
  • Memberi ubat pembunuh kuman, protozoa ataupun cacing
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan
  • 7. Kurang Darah

    Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.

    Tanda-tanda

  • Bibir, gusi dan lidah pucat
  • Lapisan dalam kelopak mata dan kernaluan keputihan
  • Lemah
  • Bulu meremang
  • Badan kurus
  • Rawatan dan Pencegahan

  • Memberi makanan yang cukup dan berzat
  • Menambahkan zat besi
  • Memberikan vitamin untuk meningkatkan selera makan
  • Memberikan ubat cacing
  • 8. Kancing Gigi (Tetanus)

    Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun dari sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasanya terjadi apabila terdapatluka-lukakecildi badan/kulit ternakan itu. Kuman ini akan memasuki badan dan membiak dan kemudian akan mengeluarkan racun.

    Tanda-tanda

  • Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
  • Geraham dan mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
  • Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.
  • Pencegahan dan Rawatan:

  • Suntikan veksin semasa anak berumur 3 bulan
  • Mengubat luka-luka terutarna luka-luka yang disebabkan oleh benda-benda yang tajam
  • Jenis-jenis Ubat:

  • Tetanus antitoxin
  • Suntikan veksin
  • 9. Luka

    Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.

    Apabila berlaku luka rawatan segera hendaklah dibuat

    Pencegahan

  • Jauhkan benda-benda tajam di kawasan kandang
  • Pastikan dahan-dahan pokok yang berduri/tajam dilonggok setempat. Contoh dahan kelapa sawit
  • Elakkan ternakan berlawan
  • Rawatan:

  • Membasuh luka dengan ubat kuning (iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
  • Sapukan ubat ‘lorexane’ pada luka
  • Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘gusanex’ ataupun ‘negusant’
  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan
  • 10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan

    Penyakit ini adalah disebabkan oleh kerosakan hati. la selalunya berlaku apabila bebiri memakan rumput Brachiaria decumbens dan juga apabila memakan dalam jangkamasa yang panjang isirong kelapa dan isirong kelapa sawit yang mengandungi kandungan Kuprum yang tinggi

    Tanda-tanda penyakit

  • Bahagian-bahagian mata, kemaluan dan bibir berwarna kekuningan
  • Kulit di bahagian mata, muka, bawah bibir, telinga dan kemaluan menjadi bengkak (edema), kemudian merekah dan terkelupik
  • Kencing kadang-kadang berwarna merah
  • Selera makan berkurangan dan berat badan menurun. Sentiasa mencari tempat yang redup/gelap
  • Menunjukkan tanda-tanda kurang darah dan air
  • Bulu kasar
  • Meronta-meronta dan mati
  • Pencegahan

  • Jangan beri makan rumput Brachiaria decumbens
  • Elakkan memberi makanan tambahan yang mempunyai kandungan kuprum yang tinggi
  • Rawatan

  • Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berclekatan
  • Jenis-jenis ubat

  • Cupramine tablet dan lain-lain
  • 11. Penyakit Kutu/Kurap

    Parasit-parasit kulit seperti sengkenit (tick) kutu (lice) dan tungau (mites) boleh menyebabkan kegatalan dan kehilangan darah pada ternakan dan ini boleh mempengaruhi kesihatan ternakan.

    Tanda-tanda penyakit

  • Bulu bebiri akan gugur
  • Bebiri akan menggesel-geselkan badan ke benda-benda keras
  • Pada ternakan yang teruk, kulit akan keruping dan kadang-kadang bernanah
  • Lemah dan kurus
  • Menunjukkan tanda-tanda kurang darah
  • Sebilangan parasit ini boleh dilihat dengan mata kasar
  • Pencegahan

  • Sembur semua ternakan jika ada menunjukkan tanda-tanda penyakit
  • Asingkan ternakan yang teruk dan buat rawatan
  • Mengatur satu program rawatan kutu untuk ternakan berdasarkan nasihat dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Rawatan

  • Sembur atau mandikan ternakan dengan ubat kutu. Hubungi pejabat haiwan untuk menentukan jenis kutu, ubat kutu dan kadar rawatan. Potongkan bulu terlebih dahulu bagi bebiri yang berbulu tebal atau yang berpenyakit teruk.
  • Jenis-jenis Ubat

  • Asuntol, Taktic dll.
  • 12. Sakit Mata (Conjuctivitis)

    Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.

    Tanda-tanda penyakit

  • Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih
  • Pencegahan

  • Potong bulu-bulu yang mencucuk mata
  • Kebersihan kandang dan kawasan hendaklah dijaga supaya lalat dapat dihindarkan
  • Jangan memberi makanan yang berabuk
  • Asingkan ternakan yang kena penyakit dan rawat segera
  • Rawatan

  • Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
  • Sapukan mata dengan ubat krim
  • Beri suntikan jika keadaan teruk (hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
  • Jenis-jenis ubat

  • Ubat mata Terramycin, chloramphenicol
  • Terramycin L.A.
  • 13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)

    Penyakit ini terjadi apabila bahagian kaki di antara kulit dan kuku menjadi buruk, reput dan berbau busuk. Kejadian ini selalunya berlaku jika ternakan ditempatkan di kawasan yang lembap dan kotor terutarna pada musim tengkujuh

    Tanda-tanda

  • Tanda-tanda awal adalah bengkak dan basah di celah kuku
  • Berjalan dengan keadaan yang tempang
  • Bahagian kaki di antara kulit dan kuku serta bahagian kuku lain akan menjadi busuk dan reput
  • Rawatan

  • Buang/potong semua tisu-tisu kaki yang sudah busuk dan reput sehingga sampai ke tisu yang segar/sihat. Gunakan pisau yang tajam
  • Kemudian rendam kaki yang telah dibersihkan/cucikan itu ke dalam cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat atau zink Sulfat untuk beberapa lama (3 – 5 minit)
  • Sapukan krim antibiotik dan semburkan ubat mencegah lalat jika luka teruk
  • Simpan ternakan tersebut di kawasan yang kering untuk 2-3 jam sebelum dilepaskan
  • Lakukan rawatan-rawatan di atas untuk beberapa hari sehingga sembuh
  • Pencegahan

  • Jaga kebersihan kawasan dan kandang
  • Potong kuku selalu/kerap
  • Elakkan bebiri disimpan/pelihara di kawasan yang lembap dan kotor
  • Beli bebiri dari kawasan yang tidak mempunyai penyakit ini
  • Adakah ‘foot bath’ pada musim hujan
  • Asingkan ternakan yang sakit
  • Jenis ubat

  • Cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, krim antibiotik, ubat mencegah lalat
  • Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan

    1. Penyakit Kuku dan Mulut

    Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus. la adalah jenis penyakit yang cepat dan senang merebak. Kepada kumpulan-kumpulan ternakan, ia boleh menyebabkan 100% dari kumpulan tersebut jatuh sakit. Ternakan yang sakit akan menjadi sukar hendak makan dan berdiri dan akan menyebabkan pengeluaran berkurangan.

    Tanda-tanda

  • Demam
  • Muram dan monyok
  • Terdapat gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air di bahagian mulut, lidah, tetek, kaki dan di celah kuku
  • Gelembung-gelembung ini akan pecah dan meninggalkan kudis. Mulut akan mengeluarkan banyak air liur. Selera makan menurun
  • Ternakan berjalan dengan keadaan tempang dan jika kudis sakit sangat, ternakan tidak mahu berdiri
  • Kematian pada anak bebiri adalah agak tinggi – 50%
  • Pencegahan

  • Memberi suntikan veksin semasa berumur 2 minggu ke atas dan sekali lagi 2-3 bulan kemudian dan diulang setahun sekali
  • 2. Penyakit Caseous Lymphadenitis

    Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Corynebacterium ovis. la sejenis penyakit yang kronik (berlarutan/lama). Bebiri yang menghidapinya akan mempunyai bisul pada noda noda limpa tepian. Punca penyakit ini adalah dari noda-noda limpa yang telah pecah. Kuman-kuman dari noda-noda limpa ini akan masuk ke badan ternakan yang lain melalui luka-luka akibat mencukur bulu bebiri, memotong ekor, tercucuk duri/dawai tajam dan sebagainya.

    Tanda-tanda penyakit

  • Kelihatan bisul/noda limpa tepian membesar
  • Keadaan badan bebiri menurun dan menjadi kurus/cengkung
  • Lemah dan boleh mengakibatkan kematian
  • Pencegahan

  • Asing dan singkirkan ternakan yang mempunyai tanda tanda penyakit
  • Cukur bebiri muda dahulu sebelum mencukur bebiri yang tua
  • Jaga kebersihan kandang dan alat-alat mencukur bulu bebiri
  • Elakkan terjadinya luka-luka pada ternakan
  • Rawatan

  • Jika terjadi luka pada ternakan rawatan segera hendaklah dibuat/jahit dll.
  • Rawatan tidak disyorkan
  • 3. Penyakit Melioidosis

    Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Pseudomonas pseudomallei. la adalah sejenis penyakit yang kronik dan merebak dalam badan. Bebiri yang muda adalah lebih kerap dihidapi tanpa terkecuali bagi yang tua. Manusia juga boleh menghidapinya jika termakan kuman ini.

    Tanda-tanda

  • Demam ringan
  • Selera makan berkurangan
  • Nafas menjadi berat dan sukar
  • Kerap batuk
  • Berhingus
  • Sendi noda limpa dan buah zakar membengkak
  • Tempang
  • Kadang-kala menunjukkan tanda-tanda kurang waras
  • Rawatan

  • Rawatan selalunya tidak berkesan
  • Pencegahan

    • Asingkan ternakan yang sakit segera
    • Bersihkan tempat-tempat yang telah dicemar dengan ubat pembasmi kuman
    • 4. Penyakit Brucellosis

      Penyakit ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria. la menyebabkan keguguran pada bebiri. Pada manusia ia menyebabkan selsema yang kerap, lemah dan sakit-sakit badan.

      Tanda-tanda

    • Berlaku keguguran biasanya pada masa 40-50 hari bunting

    Rawatan

    • Rawatan selalunya tidak berkesan
    • Pencegahan

    • Ternakan yang sakit hendaklah diasing singkir
    • Beli ternakan yng tidak mempunyai penyakit
    • 5. Penyakit Clostridlum

      Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman bakteria Clostridia. Tanda-tanda penyakit adalah dari jenis keracunan makanan, keracunan berpunca dari jangkitan hinggalah kepada jangkitan yang boleh melibatkan kerosakan kepada tisu-tisu ternakan tersebut. Satu dari penyakit yang disebabkan oleh kuman jenis ini ialah penyakit kancing gigi seperti yang telah dibincangkan di atas.

      Tanda-tanda

    • Tempang.
    • Otot membengkak, mengandungi air clan gasserta kulit berwarna kehitaman.
    • Lemah dan tidak bermaya.
    • Mati dengan tiba-tiba.
    • Demam dan sakit bahagian pinggang (abdominal).
    • Mulut pucat dan berwarna kekuningan.
    • Tinja dan kencing menunjukkan tanda-tanda darah.
    • Menunjukkan tanda-tanda tidak waras.
    • Lumpuh dan mati.
    • Rawatan

    • Rawatan adalah sukar dan tidak berapa berkesan.
    • Sebarang rawatan hendaklah dibuat di peringkat awal.
    • Gunakan ubat antibiotik yang mempunyai tindakan yang luas bersama antitoxin.
    • Gunakan ubat mengikut tanda-tanda penyakit.
    • Pencegahan

    • Elakkan ternakan dari luka.
    • Gunakan veksin dan antiserurn atas nasilhat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
    • 6. Penyakit Pasteurellosis

      Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang tinggi sama ada melalui penurunan berat badan atau pun kematian. Dalam satu-satu kumpulan, 40% dari jurnlah boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kematian sehingga 5%.

      Tanda-tanda

    • Kematian yang tiba-tiba tanpa tanda-tanda yang sahih.
    • Suhu badan yang tinggi.
    • Pada yang dewasa ia menunjukkan tanda-tanda pada sistem pernafasan seperti
    • sesak nafas
    • batuk
    • berlendir di hidung (berhingus)
    • mulut berbuih.
    • Rawatan

    • Rawatan hendaklah dibuat segera.
    • Gunakan ubat antibiotik yang sesuai.
    • Pencegahan

    • Kurangkan ketegangan (stress) kepada ternakan terutama yang baru sampai.
    • Gunakan ubat antibiotik yang sesuai dalam air atau makanan.
    • Suntikan veksin boleh mencegah penyakit ini.
    • Ubat-ubatan

    • Penstrep, Oxytetracycline (LM) Sulphar-drug, Amoxycillin dll.
    • 7. Penyakit Lidah Biru

      Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus. la selalunya berlaku selepas bermulanya musim hujan apabila agas (culicoides) dan nyamuk pembawa kuman ini mula membiak dengan banyaknya.

      Tanda-tanda penyakit

    • suhu badan meningkat.
    • Tidak mahu makan.
    • Mengulum-ngulumkan lidah.
    • Menjilat-jilat bibir.
    • Mengeluarkan air liur.
    • Berhingus cair dan kemudian menjadi pekat.
    • Hingus kering dan menutupi lubang hidung.
    • Bahagian hidung, muka dan lidah membengkak.
    • Hidung berdarah.
    • Lidah dan bibir yang bengkak senang luka dan berdarah.
    • Permukaan lidah berwarna kebiru-biruan.
    • Kudis-kudis terdapat pada lidah, bawah lelangit, rahang dan bibir.
    • Tempang dan selalunya tidak mahu berdiri.
    • Bahagian di antara kuku dan kulit menjadi lebam dan membengkak.
    • Kematian selalunya akan berlaku selepas 6 hari menunjukkan tanda-tanda penyakit
    • Rawatan

    • Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera.
    • Jika dapat, asingkan dalam kandang/petak yang bebas dari agas/nyamuk dan di tempat teduh.
    • Rawat luka-luka seperti biasa.
    • Pencegahan

    • Jauhkan kandang/ternakan dari nyamuk/agas dengan menyalakan api waktu malam – jaga jangan terbakar.
    • Semburkan kawasan dengan ubat mencegah agas dan nyamuk terutarna pada musim hujan dan di waktu senja.
    • Suntik ternakan dengan veksin yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    PENTERNAKAN BEBIRI

    bebiri1.jpg
    Baka Bebiri

    Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:

    1. Baka Asli Tempatan(Malin)

    Jantan Betina
    Berat Lahir 1.8 kg 1.8 kg.
    25 – 30 kg. 15 – 25 kg.
  • baka bebiri yang banyak terdapat di negara ini.

  • bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam di bahagian kepala dan kaki.

  • ulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk.

  • Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial).

  • Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah tahan kepada cuaca dan penyakit.

  • 2. Baka Eksotik

  • Dorset Horn
  • Jantan Betina
    60 – 110 kg. 40 – 70 kg.
  • baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal.
  • bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
  • Polled Dorset
  • Berat Dewasa

    Jantan 25 – 30 kg
    Betina 15 – 25 kg

     

    Bebiri Polled Dorset

  • jenis yang berbulu sederhana panjang.
  • Badannya besar dan gempal.
  • Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu.
  • bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • boleh menyesuai diri pada iklim panas.
  • Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
  • Wiltshire

  • Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai kambing.
  • la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan saiz adalah sederhana.
  • Pemeliharaannya adalah untuk daging
  • Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi yang baik
  • Jantan Betina
    40 – 100 kg. 40-80 kg.

     

    Baka Kacukan

    Jantan Betina
    20 – 50 kg. 20 – 40 kg
  • Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan yang tempatan.
  • Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
  • Rupanya mirip jenis exotic.
  • Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek dari baka exotic.
  • CARA PEMILIHAN BAKA

    Baka atau keturunan Bentuk badan dan pengamatan
    Berat anak semasa dilahirkan hendaklah tinggi. Badan besar dan padat terutama pada bahagian rusuk dan punggung.
    Kadar kenaikan berat badan yang cepat.

    Badan lurus dan tidak melentuk ke bawah, kaki tegap, lurus dan selari.

    Berat badan pada umur 1 tahun lebih dari 20 kg. Bulu teratur dan kemas, tiada tanda-tanda najis dibahagian ekor.
    Keluaran susu yang banyak. Ambing susu terletak dengan baik dan mempunyai cantuman yang padat dengan badan.
    Jarak antara kelahiran yang singkat – kurang dari 8 bulan.

    Untuk menentukan bebiri mempunyai daging yang padat cara perabaan hendaklah dibuat,

    Bahagian tulang belakang mempunyai daging yang banyak.
    – Tulang dada teratur, tegak dan lebar.
    – Tulang peha mempunyai daging yang banyak hingga ke bahagian lutut.
    – Ekor dipenuhi dengan daging.

    umur tidak melebihi 1 1/2 tahun Umur bebiri boleh diketahui dari tuan punya atau secara anggaran mengikut pertumbuhan gigi.
    Tentukan juga bebiri tidak mempunyai kudis atau parasit kulit dan bulu. Ini dapat dipastikan dengan membuka bulu yang tebal sehingga menampakkan kulit bebiri.

    PENGURUSAN PENTERNAKAN

    1. Lahir hingga 3 bulan
    2. Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
    3. Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 – 6 minggu
    4. Selepas cerai susu hingga dewasa
    5. Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
    6. Penjagaan bebirl dewasa
    7. Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
    8. Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
    9. Penjagaan dalam Penggemukan
    10. Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
    11. Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 – 4 bulan.
    12. Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 – 35 kg.

    Pengurusan Am

    1. Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
    2. Perawatan Kuku
    3. Pencukuran Bulu Bebiri

    Sistem berkurung

  • Sistem ini pada amnya tidak digalakkan
  • Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan
  • Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau makanan lain
  • Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2 bulan
  • Sistem meragut bebas

  • Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.
  • Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
  • Risiko kehilangan adalah tinggi
  • Sistem separuh berkurung

  • Dilakukan dengan melepaska nbebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam
  • Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali
  • PEMAKANAN BEBIRI

    Keperluan dan Manfaat Makanan

    Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan. Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.

    Klasifikasi Makanan

    Zat Pemakanan Keterangan
    Protin pembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu.
    Karbohidrat (Kanji) dan Lemak memberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga menurun.
    Garam Galian diperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang diberi biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium phosphate) 1% garam biasa, 0.5% “trace minerals” dan 0.5% batu kapur. Garam galian akan mengambil tempat jagung 3 – 5% dari peratus makanan tambahan untuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium, magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium. Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari.
    Vitamin biasanya dicampurkan dalam makanan tambahan atau pun dalam garam galian diperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D dan E patut diberi penekanan.
    Serabut kasar la memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman
    Air mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata keperluan- sebanyak 3 – 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan. Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering makanan sehari biasa ia memerlukan 12 – 16 liter air sehari. Cara yang baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada

    Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.

    JENIS BAHAN MAKANAN

    Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

    Makanan Hijauan

    Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn penghadaman. Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.


    Tumbuhan ini terdiri dari rumput rumpai asli dan kekacang yang diperkenalkan sebagai penutup bumi. Kira-kira 60 – 70% daripada tumbuhan di dalam kebun-kebun ini boleh dimakan oleh ternakan dan nilai zat makanannya adalah setanding dengan rumput pastura yang ditanam. Jenis rumpai asli yang lebih digemari oleh bebiri ialah rumput melala, rumput Israel (Asystasia) selaput tunggul, pengorak, rumput kerbau dan rumput pait. Kebanyakan daripada kekacang penutup bumi juga digemari, melainkan jenis Calopogoniurn caeruleum yang biasanya diragut akhir sekali.


    Dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini sebagai makanan ternakan bebiri, kadar muatan bebiri di dalam sesuatu kawasan perlulah diambil perhatian supaya dapat mengelakkan daripada ragutan berlebihan. Oleh kerana pengeluaran bahan hijauan dan bahan kering daripada tumbuhan ini dijangka rendah, kemampuan menampung bilangan ternakan juga adalah terhad. Bagi bahan hijauan basah seperti rumput atau kekacang, seekor bebiri dewasa memerlukan di antara 8 – 10% dari berat badan, setiap hari atau bagi bahan kering diantara 2.5 – 3% dari berat badannya. Sebagai garis panduan kadar penampungan yang disyorkan adalah diantara 3 – 7 ekor bebiri dewasa sehektar bergantung kepada kesuburan tumbuhan rumput rumpai di bawah tanaman-tanaman tersebut.

    Makanan Tambahan

    Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 – 10% dari jumlah berat makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.

  • Bebiri betina yang sedang bunting
  • Bebiri betina yang sedang menyusu
  • Anak bebiri betina untuk digemukkan
  • Pejantan baka yang sering digunakan
  • Anak bebiri yang baru dicerai susu
  • Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan sampingan pertanian yang lain seperti berikut

    Contoh I

  • 50% atau 2 bahagian jagung
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak padi
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak gandurn.
  • Contoh II

  • 80% atau 4 bahagian jagung
  • 20% atau 1 bahagian dedak kacang soya
  • Contoh III

  • 60% atau 6 bahagian jagung
  • 20% atau 2 bahagian dedak kacang soya
  • 20% atau 2 bahagian sekam dedak gandum atau padi
  • Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam, kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.

    Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta) adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.

    Kesihatan Ternakan

    Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak. Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:

  • ternakan senang mendapat penyakit
  • ternakan yang sakit pada amnya tidak akan membiak
  • ternakan kurang selera makan dan produktiviti menurun
  • kematian akan meningkat
  • kos perubatan akan meningkat
  • prestasi akan menurun dan merugikan oenternak
  • Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.

    Bebiri Sihat Bebiri Sakit
    Kelihatan segak, cergas dan aktif Monyok dan kelihatan tidak bermaya
    Bulu kernas, teratur dan lebih bersih. Bulu kusut, kering dan mudah gugur
    Berselera makan. Tidak mahu makan
    Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping dengan ternakan lain. Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan dari kumpulan
    Mata, hidung dan mulut bersih. Mata, hidung dan mulut berair atau berhingus
    Tahi keras, bulat dan kurang berbau. Tahi tidak bulat / terlalu cair
    Gempal dan tegap Badan kurus kering
    Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri.

    1. Penyakit Cacing
    2. Coccidiosis
    3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
    4. Penyakit Kembung
    5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk
    6. Cirit-birit
    7. Kurang Darah
    8. Kancing Gigi (Tetanus)
    9. Luka
    10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
    11. Penyakit Kutu/Kurap
    12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
    13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
    Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan

    1. Penyakit Kuku dan Mulut
    2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
    3. Penyakit Melioidosis
    4. Penyakit Brucellosis
    5. Penyakit Clostridlum
    6. Penyakit Pasteurellosis
    7. Peny

    Pembiakan
    Umur Dewasa Bebiri

    Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 – 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-faktor berikut:

    Faktor

    Keterangan

    Baka bebiri Baka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari jenis besar
    Keadaan makanan Bebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan mencapai kedewasaan lebih cepat.
    Keadaan sekeilling

    Bebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin.

    Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.

    Sifat Reproduksi

  • Kitaran berahi/jarak berahi: 15 – 20 hari secara purata 17 hari
  • Lama berahi : 20 – 42 jam atau purata 30 jam
  • Tanda-tanda berahi

  • Gelisah dan mengembek
  • Nafsu makan berkurang
  • Suka memanjat bebiri lain
  • Kerap berdamping dengan bebiri jantan
  • Kemaluan membengkak dan kemerah-merahan
  • Keluar cairan/lendir dari kemaluan
  • Suka mengoyang-goyangkan ekor
  • Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
  • Jangka masa bunting

    144 – 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)

    Jarak kelahiran

    Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar kelahiran kernbar sebanyak 10 – 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun).

    PANDUAN MENTERNAK AYAM SERAMA

    smallmustapha.jpg
    Tiada catatan bertulis mengenai sejarah asal usul Ayam Serama ini.

    Maklumat tidak rasmi (perbualan orang ramai) mengatakan ayam serama ini berasal dari Kelantan. Ayam Serama yang ada sekarang adalah hasil daripada kacukan baka itu dengan beberapa ekor burung eksotik seperti Burung Hutan, Bantam dan juga Merpati. Setelah banyak kacukan dilakukan, ayam serama yang asal pun dihasilkan.

    Ayam-ayam serama baka asal ini sebaliknya masih belum ditemui di pusat penternakan ayam kami. Ia merupakan cikal bakal kepada baka yang ada sekarang. Ayam Serama yang ada pada hari ini terhasil daripada kacukan baka yang dilakukan secara teliti.

    Oleh kerana tren sekarang yang menekankan 1Lebih kecil ukuran ayam, lebih baik’, maka para penternak sedang memperbaiki baka yang sedia ada sama ada mengenai ukuran, karaktor, struktur kecantikan keseluruhan ayam tersebut.

    Nilai komersil Ayam Serama

    Ayam Serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan. Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat. Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara.

    Sering dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Ada sebuah kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu dengan cek kosong. Namun, tawaran tersebut ditolak. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa di antara RM2,000 hingga RM10,000.

    Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga RM80,000. Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual beli. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik ayam tersebut.

    Ayam ini juga dapat menjadi binatang peliharaan kesayangan seluruh ahli keluarga.

    Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:

    • Grade 3A beratnya dibawah 250gm
    • Grade 1A beratnya dibawah 350gm
    • Grade B beratnya dibawah 500gm

    Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain.

    Walau bagaimanapun, harga ayam ini berkait rapat dengan kategori beratnya. Ini kerana lebih kecil ayam tersebut, maka lebih sukar untuk melakukan proses kacukannya. Disamping itu, bilangannya juga sedikit. Berdasarkan faktor-faktor itulah yang menyebabkan harganya menjadi mahal.

    Kami menjangkakan dengan peredaran masa dan penggunaan hasil penyelidikan dan pengembangan (R & D) terhadap kacukan ayam serta sokongan pihak korporat dan Kerajaan, maka masa depan ayam serama akan menjadi lebih menarik dan cerah.

    Kami juga berharap agar ayam yang memiliki keindahan yang mengkagunkan ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan murah agar ia mampu dimiliki oleh semua orang. Potensi sebagai haiwan peliharaan keluarga di negara ini juga semakin cerah.

    Pengurusan

    a. Anak ayam – Hari 1, 2 & 3

    Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.

    b. Anak ayam – Hari 4-90

    Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-

    i. Sumber panas selama 24 jam
    Lampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.

    ii. Lantai
    Alaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.

    iii. Cawan makanan dan air
    Anda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).

    Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.

    iv. Kebersihan keseluruhan
    Secara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.

    v. Bentuk binaan kotak kayu
    Biasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.

    Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.

    Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2″ diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.

    Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.

    Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan.

    Berjemur dan bermain pasir

    Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.

    Maklumat lain yang berguna

    Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.

    Sumber haba
    Tukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.

    Bekas makanan dan minuman
    Apabila ayam serama semakin membesar, anda perlu menukarkan kepada bekas yang lebihbesar bersesuaian dengan ketinggian dan perkembangan serta tabiat makan anak ayam. Pengawasan yang teliti terhadap makan dapat menentuan saiz terbaik bagi anak ayam tersebut.

    PENTERNAKAN ITIK MASKOVY DALAM SAWAH

    muskovy1.jpg

    Pendahuluan:

    Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging dibiakan dari induk yang diimport dari negeri Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluaga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan penggunaan tanah selepas menuai padi. Itik-itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan tumpahan padi selepas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

    muskovy2.jpg

    muskovy3.jpg

    Masa yang sesuai untuk mendapatkan anak itik ialah lebih kurang sebulan sebelum tarikh menuai dan berikut adalah tindakan dan persiapan yang perlu dibuat oleh petani:

    muskovy4.jpg

    Persediaan Pemeliharaan

    Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:

    · Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m2. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. Jika reban sedia ada, bersihkan reban itu.

    · Sediakan/buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.

    · Tabur abuk kayu/sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.

    · Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.

    · Sediakan tempat makan dan minum.

    Ketibaan Anak Itik:

    · Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.

    · Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.

    · Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin.

    muskovy5.jpg

    Dari 0 – 2 Minggu:

    · Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).

    · Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.

    · Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.

    · Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.

    · Tabur abuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.

    · Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.

    · Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

    Umur 3 – 4 Minggu:

    · Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi.

    · Itik boleh dididik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

    muskovy6.jpg

    Umur 5 -13 Minggu:

    · Mulai minggu ke 5 atau pun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.

    · Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.

    Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.

    muskovy7.jpg

     

    Kos Pemeliharaan

    Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi

    Anak itik

    (100 ekor @ RM2.50) RM250.00

    Reban (RM400) – RM 80.00

    (Untuk 5 musim)

    Makanan (Duck Starter

    Crumble – 50 kg/bag)

    1 bag @ RM48 RM 48.00

    Makanan (Duck Grower

    – 50 kg/bag)

    8 bag @ RM42/bag RM336.00

    Ubatan RM 30.00

    Peralatan (bekas makan

    dan minum, dll.) –

    (RM 50 – Untuk5 musim) – RM 10.00

    Jumlah RM754.00

    Pendapatan Kasar

    Jualan itik 95 ekor

    @ 3 kg/ekor @ RM5/kg RM1,425.00

    Pendapatan Bersih RM 671.00

     

    (Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik-itik didapati tidak sihat atau menunjukkan tanda-tanda penyakit.)

     

    A – Z SOAL JAWAB MENGENAI ITIK TELUR

  • DI MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR ?
  • Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedal, dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi.

    Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.

  • ADAKAH KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?
  • Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.

  • BAKA-BAKA ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA
  • Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1: Baka dan Pengeluaran Itik Telur

    Baka Berat Telur
    (gm)
    Bil. Telur setahun
    (52 minggu)
    Khaki Campbell Kacukan (Thailand) 70 260 – 274 biji
    Kortlang Khaki Campbell (U.K.) 70 300 – 320 biji
    Indian Runner 70 250 – 275 biji
    Cherry Valley C2000 75 275 – 280 biji
    Itik Jawa 65 180 – 200 biji

  • DARI MANA BAKA-BAKA ITIK TELUR INI BOLEH DIPEROLEHI ?
  • Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak.

    1. Pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negeri seperti dari negeri Thailand.
    2. Pusat penetasan anak itik telur tempatan.
    3. Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.

  • BERAPAKAH HARGA SEEKOR ANAK ITIK ?
  • Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 – $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak.

    Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit.

    Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.

  • ADAKAH ANAK ITIK BERUMUR SEHARI MEMERLUKAN API/LAMPU ?
  • Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.

  • APAKAH PANDUAN SEMASA MEMBERI MAKANAN KEPADA ITIK TELUR ?
  • Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.

    Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:

    1. Makanan tradisional – dedak padi, beras hancur ikan baja.

    2. Makanan campuran sendiri – penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatansukatan tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
    3. Makanan komersial – makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayamitik dan boleh digunakan terus kepada itik telur.

  • MENGAPA MAKANAN ITIK TELUR BERSUKAT ?
  • Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.

    Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 – 2.1 kg.

  • BAGAIMANA MENDAPATKAN BERAT BADAN ITIK YANG SEIMBANG ?
  • Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar.

    Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 – 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan.

    Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.

  • JIKA SAYA INGIN MENGGUNAKAN MAKANAN KOMERSIAL, APAKAH JENIS-JENIS YANG BOLEH SAYA GUNAKAN ?
    1. Duck Starter Crumble 1 hari – 3 minggu.
    2. Duck Grower Pellet 4 minggu – 15 minggu
    3. Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas.

  • JIKA SAYA INGIN MENCAMPUR MAKANAN ITIK SAYA SENDIRI, DARI MANA SAYA BOLEH PEROLEHI FORMULANYA?
  • Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan formula tersebut

  • BERAPA BANYAKKAH SEEKOR ITIK TELUR YANG SEDANG BERTELUR MAKAN SEHARI ?
  • Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 – 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 – 200 gm sehari.

  • BILA ITIK TELUR MULA BERTELUR ?
  • Itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terialu berlebihan, ia akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 – 16

  • BERAPA LAMA ITIK BERTELUR ?
  • Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.

  • JIKA KULIT TELUR ITIK KOTOR, BOLEHKAH DICUCI DENGAN AIR ?
  • Tidak boleh! Kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun.

    Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.

  • SISTEM PERUMAHAN BAGI ITIK TELUR
  • Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut.

    Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.

  • LUAS LANTAI/TAPAK UNTUK REBAN TELUR ITIK ?
  • Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.

    Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik

    Jadual 2 : Keluasan Reban – Itik Tetur

    Sistem
    Perumahan
    Umur Itik Telur
    1 hari
    hingga
    4 minggu
    5 minggu
    hingga
    20 minggu
    20 minggu
    ke atas
    Intensif 10 ekor / m2 6 ekor / m2 4 – 5 ekor / m2
    Separa Intensif 8 ekor / m2 7 ekor / m2 2 – 3 ekor / m2

    Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 – 600 ekor itik

  • BAGAIMANA MENJAMIN KULIT TELUR VANG BERSIH ?
  • Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik.

    Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.

  • DI MANAKAH TELUR ITIK BOLEH DIPASARKAN ?
  • Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis.

  • APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA PENJUALAN TELUR ITIK.
  • Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.

  • BAGAIMANA KUNING TELUR BOLEH DIMERAHKAN ?
  • Bagi pentemak yang mencampuri makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar diperolehi.

    Selain daripada kulit udang, pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai “corophyll”.

    BAGAIMANA WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN ?

    Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche’s colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1 – 12. Bacaan 13 – 15 adalah bagi kuning telur yang merah

    BAGAIMANA MEMPEROLEHI “CAROPHYLL”?

    Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

  • BAGAIMANA MENCAMPURKAN “CAROPHYLL” KE DALAM MAKANAN ?
  • “Carophyll” ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 – $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm “carophyll” digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.

    Untuk mencampurkan “carophyll” ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 – 2 kg makanan. Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll.

    Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.

  • SELAIN DARIPADA TELUR SEGAR, BAGAIMANA TELUR ITIK DIJUAL KEPADA ORANG RAMAI ?
  • Telur asin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket

  • BAGAIMANA PULA PENVAKIT ITIK ?
  • Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.

    Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.

  • ADAKAAH MENTERNAK ITIK TELUR MENGUNTUNGKAN ?
  • Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 – 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 – 65% daripada jumlah itik telur.

    Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 – 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 – 14 sen/biji.

    Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 – 15) ialah 15 – 18 sen/biji.

  • DI MANA SAVA HARUS PERGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?
  • Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berdekatan atau menulis terus kepada:

    Unit Ayam Itik
    Bahagian Pengeluaran
    Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
    Wisma Chase Perdana
    Bukit Damansara, Off Jalan Semantan
    50630 Kuala Lumpur.

    Penternakan Puyuh Pedaging

    Pembinaan Ladang Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana sais puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebihkurang sama dengan penternakan ayam. Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.

    Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.

    Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan ‘excitability’ yang boleh menjejaskan prestasi.

    Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.

    2. Sistem Pengurusan

    Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

    3. Bekalan anak puyuh

    Puyuh yang digunakan untuk pengeluaran daging adalah Japanese quail ( Coturnix japonica ). Bekalan anak puyuh untuk pedaging dari pengusaha tempatan lazimnya dari jenis penelur. Akantetapi ada terdapat penternak puyuh baka yang menggunakan puyuh berbadan besar yang diimpot dari negara luar. Dari segi rupa dan diskripsi kedua puyuh jenis pedaging dan penelur adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi kegunaan pengeluaran daging puyuh ini telah menjalani pemilihan dan pembiakan untuk menghasilkan daging yang lebih. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari Institut Kemajuan Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis pedaging ( dari jenis Coturnix japonica ) hasil dari pemilihan dan pembiakan yang dijalankan. Puyuh ini telah diberi nama PUYUH IKTA. Tentukan pengusaha mendapat bekalan anak puyuh pedaging dari pembekal anak puyuh pedaging IKTA keluaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mempastikan bahawa pengusaha mendapat anak puyuh berkualiti tinggi.

    Pengurusan Penternakan

    Peringkat Perindukan

    Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 – 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.

    Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 – 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis ‘corrugated paper’. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan ‘polyethelene sheets’. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

    Peringkat Pembesaran

    Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

    Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan keluasan lantai sebanyak 209 sentimeter persegi seekor.

    Pemakanan Puyuh Puyuh diberi makanan dari jenis ‘Quail Starter mash’ atau Makanan Permulaan Puyuh. Kandungan nutrien yang disyorkan adalah seperti di Lampiran 3. Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan

    Kesihatan Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan ‘flighty behaviour’ dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

    Pengurusan Alam Sekitar

    Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing.

    Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik
    (Good Animal Husbandry Practices – GAHP)
    Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.

    Kedudukan ladang

    Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :

    1. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
    2. Jauh dari ladang unggas yang lain.
    3. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
    4. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
    5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

    Perumahan

    Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

    1. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
    2. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
    3. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
    4. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
    5. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
    6. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
    7. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
    8. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
    9. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

    Pembersihan Bangsal

    Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

    1. Keluarkan sampah sarap lama/najis
    2. Keluarkan dan cuci peralatan makanan
    3. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
    4. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
    5. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan ‘High pressure sprayer’ amat digalakan.
    6. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

    Persiapan Penerimaan Anak Puyuh

    Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan ‘polyethelene sheets’ bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

    Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas dari jenis ‘ corrugated paper ‘ untuk dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

    Perindukan

    Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 – 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubatan.

    Pembesaran

    Selepas sahaja perindukan, didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk 100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.

    Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

    Pengurusan Lain

    Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.

    Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk ‘withdrawal period’ sebelum puyuh diproses.

    Penangkapan Puyuh untuk Diproses.

    Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakan penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan.

    Pemprosesan Puyuh

    Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

    Penyimpanan Rekod

    Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah.

    Pemasaran

    1. Anak Puyuh Bagi pengusaha puyuh baka, hasil penjualan adalah anak puyuh. Kadar harga yang dikenakan didapati sangat berbeza diantara negeri-negeri dan didalam kawasan sesebuah negeri. Rajah menunjukkan harga penjualan anak puyuh mengikut negeri.

      Harga Penjualan Anak Puyuh Pedaging Komersil

      Negeri Harga Anak puyuh Pedaging
      (sen / ekor)
      Johor 40
      Kedah 30
      Kedah 30,40,50,60,100
      Kelantan 30,35,50
      Negeri Sembilan 40
      Pahang 50
      Perak 35,40
      Terengganu 35,40
      Sarawak 55,100
      WP Labuan 80

      Perbezaan harga kerana berikut :

      1. ada pengusaha menjual anak puyuh melebihi umur sehari.
      2. kos pengeluaran yang berbeza.
      3. jenis puyuh yang berbeza ( antara puyuh pedaging dan penelur ).
    2. Puyuh Proses Didalam penternakan puyuh, penjualan dari ladang adalah dalam bentuk bersih diproses. Kebanyakan pengusaha puyuh pedaging mempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan puyuh ada beberapa bentuk mengikut negeri/kawasan penternakan. Penjualan secara seekor adalah paling popular dikebanyakan negeri. Puyuh-puyuh proses dijual mengikut ekor dan ada beberapa gred puyuh. Gred puyuh tidak seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri Kelantan dan Pahang menjual mengikut berat sekilogram.

      Rajah menunjukkan gred dan harga jualan yang diamalkan mengikut negeri. Puyuh proses biasanya dijual kepada peniaga-peniaga restoran, pasar malam dan pasaraya.

      Gred dan Harga Puyuh Mengikut Negeri ( 1998 )

      Negeri Gred Harga
      Kedah A( 150 – 180 gm/ekor ) 1.50 / ekor
      B ( kurang dari 150 gm/ekor ) 1.20 / ekor
      1.10 / ekor
      Perak Borong 1.60 / ekor
      Selangor A (minima 2.0 kg / 10 ekor )
      B (minima 1.6 kg / 10 ekor )
      C (minima 1.45 kg / 10 ekor )
      2.00 / ekor
      1.70 / ekor
      1.50 / ekor
      Negeri Sembilan A ( melebihi 1.5 kg / 10 ekor )
      B ( 1.30 – 1.45 kg / 10 ekor )
      C ( 1.00 – 1.20 kg / 10 ekor )
      1.75 / ekor
      1.60 / ekor
      1.10 / ekor
      Johor AA ( melebihi 190 gm / ekor )
      A ( 170 – 190 gm / ekor )
      B ( 150 – 170 gm / ekor )
      2.10 / ekor
      1.90 / ekor
      1.70 / ekor
      Terengganu 1.10 – 1.20 gm / ekor 1.50 – 1.60 / ekor
      atau 12.00 / kg
      Kelantan 100 gm / ekor
      110 gm / ekor
      160 gm / ekor
      180 gm / ekor
      12.00 / kg
      13.00 / kg
      18.00 / kg
      20.00 / kg
    3. Puyuh GorengPuyuh pedaging untuk dimakan yang sangat popular adalah dalam bentuk goreng. Boleh dikatakan peratusan yang tinggi puyuh dijual dalam bentuk ini yang banyak terdapat di pasar malam, pasar tani, warung dan restoran. Harga yang dikenakan tidak menentu dan mengikut kawasan pasaran. Sebagai contoh, dibandar Johor Bahru seekor puyuh goreng berharga RM2.50 – RM3.00/ekor. Walaubagaimanapun ada juga terdapat puyuh dijual dalam bentuk masakan lain di restoran.
    4. PromosiUntuk menggalakkan perkembangan industri ternakan puyuh pedaging, promosi perlu dijalankan untuk mendedahkan pengguna kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Jabatan Perkhidmatan Haiwan melalui negeri-negeri dan FAMA sering mengadakan promosi daging puyuh bagi tujuan tersebut. Pengguna telah didedahkan kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Sambutan yang menggalakan dari pengguna menunjukkan puyuh boleh diterima. Penyebaran promosi masih lagi terhad kepada pengguna dibandar. Walaubagaiamanapun, pengusaha puyuh pedaging perlu juga memainkan peranan untuk mencapai pengambilan daging puyuh ketahap yang lebih tinggi.

    Piawaian Puyuh Pedaging IKTA

    Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )

    1 hari 10 gram
    7 hari 40 gram
    14 hari 90 gram
    21 hari 160 gram
    28 hari 220 gram
    35 hari 270 gram
    42 hari 290 gram

    Kadar Penukaran Makanan

    7 hari 1.07
    14 hari 1.58
    21 hari 1.89
    28 hari 2.18
    35 hari 2.64
    42 hari 3.03

    Kadar Kematian ( Kumulatif )

    7 hari 1.07 – 1.90
    14 hari 1.58 – 2.90
    21 hari 1.89 – 3.90
    28 hari 2.18 – 4.90
    35 hari 2.64 – 5.90
    42 hari 3.03 – 6.50

    Senarai Pengusaha Puyuh Baka/ Bekalan Anak Puyuh

    Nama Alamat Telefon
    Ishak bin Zainon Bt.17, Jalan Naka
    06760 Pokok Sena
    Kedah
    04-7821605
    Shahridzo bin Md Eunos d/a Ladang Infoternak
    Jabatan Haiwan Negeri Perak
    31100 Sg. Siput (U)
    Perak
    05-8914706
    Mohd Fauzi bin Mohd Yusof d/a Ladang Infoternak
    Jabatan Haiwan Negeri Perak
    31100 Sg. Siput (U)
    Perak
    05-8914706
    Ruzlan bin Othman No.30, Jalan Kubur
    Kg Cherang Lali
    17500 Tanah Merah
    Kelantan
    09-9556524
    Muhamad Kama bin Mohd Amin Jalan Pengkalan Baru
    Kg. Jeram
    21200 Manur
    Kuala Terengganu
    09-6151776
    Azri bin Haron Kg Bayas
    Ulu Melaka
    07000 Langkawi
    Kedah
    04-9652387
    Jamaludun bin Ali Lot 278, Kg Bahru
    27000 Jerantut
    Pahang
    09-2671018

    Senarai Pengusaha Bekalan Puyuh Proses

    Nama Alamat Telefon
    Shahridzo bin Md Eunos d/a Ladang Infoternak
    Jabatan Haiwan Negeri Perak
    31100 Sg. Siput (U)
    Perak
    05-8914706
    Mohd Fauzi bin Mohd Yusof d/a Ladang Infoternak
    Jabatan Haiwan Negeri Perak
    31100 Sg. Siput (U)
    Perak
    05-8914706
    Ruzlan bin Othman No.30, Jalan Kubur
    Kg Cherang Lali
    17500 Tanah Merah
    Kelantan
    09-9556524
    Muhamad Kama bin Mohd Amin Jalan Pengkalan Baru
    Kg. Jeram
    21200 Manur
    Kuala Terengganu
    09-6151776
    Azri bin Haron Kg Bayas
    Ulu Melaka
    07000 Langkawi
    Kedah
    04-9652387
    Jamaludun bin Ali Lot 278, Kg Bahru
    27000 Jerantut
    Pahang
    09-2671018
    Nasiman bin Kassan Jalan Nasiman, Kg. SC
    Sg. Tiram, Johor Bahru
    Harun/Idris bin Baba Kg. Pengkalan Pauh,
    78100 Lubok China,
    Melaka
    06 – 6967981
     Hj. Daud Muhamad Jalan Lubok Rotan
    17500 Tanah Merah,
    Kelantan

    Penternakan Puyuh Penelur

    Kedudukan ladang Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :

    1. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
    2. Jauh dari ladang unggas yang lain.
    3. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
    4. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
    5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

    Perumahan

    Perumahan bagi penternakan puyuh penelur mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

    1. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
    2. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
    3. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
    4. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
    5. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
    6. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
    7. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
    8. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
    9. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

    Pengurusan Penternakan Sistem Pengurusan

    Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

    Peringkat Perindukan

    Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.

    Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 – 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.

    Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 – 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis ‘corrugated paper’. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan ‘polyethelene sheets’. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

    Peringkat Pembesaran

    Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42 hari.

    Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.

    Peringkat Pengeluaran

    Setelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.

    Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 – 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.

    Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang. Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40 -50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru. Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.

    Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan peralatan tersebut.

    Pengurusan Alam Sekitar

    Pengusaha puyuh penelur dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan peneternakan puyuh penelur. Tentukan najis-najis dibangsal pengeluaran sentiasa dibersihi untuk menggelakan berbau busuk atau pembiakan lalat. Pengurusan najis yang sempurna dapat merendahkan masalah tersebut. Najis-najis dibegkan kedalam guni dan boleh dijual sebagai baja.

    Kesihatan

    Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan ‘flighty behaviour’ dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

    Pengurusan Bahan Buangan Ladang

    Ladang puyuh penelur perlu mengamalkan pengurusan yang baik untuk bahan-bahan buangan ladang. Ini adalah penting untuk mengelakkan masalah bau busuk dan lalat. Bahan buangan yang utama adalah sampah sarap dari pemeliharaan semasa pembesaran, najis, dan bangkai puyuh.

    Sampah sarap digunakan untuk keselesaan puyuh semasa pemeliharaan dengan mengambil kira keberkesanan menyerap air. Gunakan sampah sarap yang baru setiap kali pemeliharaan puyuh. Ketaman kayu merupakan jenis sarap yang biasa digunakan. Ketaman kayu hendaklah dari kayu yang bersih dan tiada mudarat kepada puyuh. Jangan gunakan ketaman kayu dari kayu yang telah diawet. Tambah ketaman kayu kedalam bangsal apabila diperlukan. Sarap yang basah perlu dikeluarkan dan diganti dengan sarap baru. Setelah tamat pemeliharaan sarap ini hendaklah dimasukkan kedalam guni dan dimusnahkan. Biasanya sarap jenis ini tidak disukai untuk dijadikan baja kerana berkayu.

    Najis dari bangsal pengeluaran hendaklah sentiasa dikeluarkan. Najis hendaklah dibegkan dan boleh digunakan sebagai baja. Tentukan penyimpanan yang teratur dan bersih serta kering.

    Bangkai puyuh hendaklah dimasukkan kedalam beg dan dimusnahkan samada dibakar atau ditanam. Peraturan alam sekitar perlu dipatuhi.

    Penyimpanan Rekod

    Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.

    Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik
    (Good Animal Husbandry Practices – GAHP)

    Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.

    Pembersihan Bangsal

    Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

    1. Keluarkan sampah sarap lama/najis
    2. Keluarkan dan cuci peralatan makanan
    3. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
    4. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
    5. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan ‘High pressure sprayer’ amat digalakan.
    6. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

    Persiapan Penerimaan Anak Puyuh

    Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan ‘polyethelene sheets’ bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

    Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas dari jenis ‘ corrugated paper ‘ untuk dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

    Perindukan

    Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 – 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubatan.

    Pembesaran

    Bagi sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, selepas sahaja perindukan, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk sekurangnya 200 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.

    Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 100 ekor (satu petak). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

    Pengurusan Lain

    Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.

    Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk ‘withdrawal period’ sebelum puyuh diproses.

    Penangkapan Puyuh untuk Dipindahkan.

    Apabila puyuh berumur 35 hari, aktiviti memindahkan puyuh kebangsal pengeluaran hendaklah dijalankan. Puyuh-puyuh betina dipilih dan dimasukkan kedalam bakul untuk dipindahkan ke bangsal pengeluaran. Muatkan secukupnya puyuh penelur dan elakkan berlaku kesesakan didalam bakul. Puyuh-puyuh perlu dipindahkan dengan segera ke bangsal pengeluaran. Tentukan penangkapan puyuh dari bangsal kedalam bakul dan dari dalam bakul kedalam sangkar khas dilakukan dengan cermat dan elakkan berlaku kecederaan. Masukkan puyuh kedalam sangkar dengan memasukkan kepala dahulu. Jangan memaksa semasa menempatkan puyuh kedalam sangkar. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku selepas penempatan puyuh ke dalam sangkar. Tentukan air dan makanan disediakan dahulu sebelum kemasukan puyuh.

    Kutipan Telur

    Telur hendaklah dikutip setiap hari. Gunakan bekas telur khas untuk telur puyuh. Asingkan telur bersih dari telur kotor,retak dan pecah. Kebersihan perlu dijaga untuk kesemua peralatan yang terlibat dengan telur. Pengendalian telur dengan cermat mengelakkan berlakunya kerosakan telur yang merugikan.

    Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik khas yang dingin dengan kelembapan yang tinggi. Mutu telur akan berkurangan dengan setiap hari ianya disimpan. Penjualan segera menentukan kualiti telur yang tinggi. Bilik simpanan telur hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. Telur-telur yang pecah,retak dan kotor disimpan dibilik berasingan atau dimusnahkan.

    Penjualan Telur

    Telur-telur puyuh dijual tanpa gred. Justeru itu tiada pengredan diperlukan dan telur-telur boleh dijual terus. Gunakan ‘packing’ yang sesuai untuk menarik minat pembeli. Semasa penghantaran telur, elakkan dari pengendalian yang kasar untuk mengelakkan berlakunya telur pecah. Jangan ditindih bekas-bekas telur keparas yang tinggi. Jika boleh jangan lebih 12 tray telur.

    Pemasaran Telur puyuh banyak dijual di pasar , pasar malam dan pasar tani. Sebahgian pasaraya telah mula menjual komoditi ini. Pengambilan telur puyuh oleh rakyat negara ini masih ditahap yang rendah. Pengguna banyak menganggap bahawa telur puyuh mengandungi kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol didalam 4 biji telur puyuh bersamaan dengan sebiji telur ayam. Jumlah pengambilan telur puyuh berpotensi tinggi kerana pengguna biasanya memakan lebih dari satu biji dalam satu masa. Dengan pendedahan yang luas penggunaan telur puyuh akan mendapat tempat di selera pengguna.

    Telur dijual tanpa gred dan kebanyakannya dibungkus biasa dengan satu bungkusan melebihi 10 biji. Harga pasaran amatlah murah bagi sebiji . Rajah 4 menunjukkan pemasaran yang dijalankan mengikut negeri. Dengan harga yang ditawarkan dipasaran boleh dibeli oleh segenap lapisan masyarakat maka potensi industri puyuh penelur akan dapat dikembangkan lagi.

    Harga jualan telur puyuh

    Negeri Harga Anak puyuh Pedaging
    (sen / ekor)
    Johor 3-5
    Kedah 5-7
    Kelantan 5-6
    Negeri Sembilan 4
    Pahang 6
    Perak 6-7
    Pulau Pinang 6-7
    Terengganu 4-5
    Selangor 6-7
    Sabah 7-8
    Sarawak 6-13
    WP Labuan 9-10

    Promosi

    Promosi penggunaan telur puyuh patut diadakan dengan meluas lagi dengan majlis penerangan kebaikan telur puyuh. Masyarakat perlu dididik akan khasiat telur puyuh dan pelbagaian kegunaan agar setanding dengan telur ayam. Potensi industri ini amatlah luas sekiranya penggunaan telur puyuh per kapita dapat ditingkatkan.

    Senarai Penternak Puyuh Penelur Baka / Komersil
    List of Breeder/Commercial Layer Quail Farmers

    Nama (Name) Alamat (Address)
    Toh Thiang Seng 84, Taman Jaya 2,
    Batu 3, Jalan Bakri,
    Muar, Johor
    Koh Kian Soon 6608, Jalan Bakariah,
    Muar
    Johor
    Tan Ley Kuan Batu 8.5, Jalan Bukit Kangkar,
    Sungai Mati,
    Muar, Johor
    Ng Chong Seng 172, Batu 7,
    Jalan Senggarang,
    Tanjung Laboh,
    Batu Pahat, Johor
    Lau Ah Soon 36, Kampong Bintang,
    Mukim 3,
    83000 Batu Pahat
    Johor
    Hanafiah bin Tukiman Batu 2, Jalan Air Hitam,
    Mukim 18, Parit Sulong,
    Muar, Johor
    Chan Soon Seng 49, Batu 4,
    Jalan Besar, Parit Sulong,
    83500 Batu Pahat,
    Johor
    Hj. Daud bin Muhamad Jalan Lubok Rotan,
    17500 Tanah Merah,
    Kelantan
    Wan Zaini bin Wan Mohamad 2314, Kg. Larak, Pendek,
    15100 Kota Bahru,
    Kelantan

    update 18/3/09 : Perniagaan telah ditutup

    Sharifah Zaharah bt Syed Omar PLA 235, Jalan Istana Permai,
    26600 Pekan,
    Pahang
    Mohamad / Rozik bin Ismail Kg. Jambu Bongkok,
    Marang,
    Kelantan
    Abdul Kadir bin Samin Kg. Sg. Serai,
    Kuang, Gombak,
    Selangor

    harap maaf: perniagaan beliau telah ditutup.