JURUTERA MUDA USAHAWAN LIMAU MADU

Meskipun tanpa pengetahuan mendalam mahupun pengalaman luas dalam bidang pertanian, seorang anak muda kelahiran Kubang Pasu, Kedah telah memperjudikan nasibnya dengan mengusahakan limau madu secara komersil. Nazri Nayan, 31 tahun, ayah kepada 4 orang cahayamata merupakan seorang jurutera awam dan mempunyai syarikat kejuruteraannya sendiri di Salak Tinggi, Selangor. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dari UTM berazam meneroka sektor pertanian dengan berjaya.

Ekoran dari kegawatan ekonomi yang telah menjejaskan kedudukan pelbagai sektor pada sekitar 1998 termasuklah sektor pembinaan yang diceburinya, Nazri membuat keputusan mencuba bidang pertanian memandangkan ianya adalah yang terbaik, malah merupakan penyumbang kepada pendapatan negara.

Dengan bantuan seorang rakan kongsi iaitu abang ipar beliau sendiri, Bukhari bin Haji Ahmad, mereka berdua mengkaji corak pasaran dan permintaan semasa, lalu memilih untuk mengusahakan limau madu di atas tanah seluas 21.3 relong. Tanah ini dibeli dengan modal persendirian sebanyak RM300,000. Nazri memulakan langkah dengan memohon RM60,000 bagi projek limau ini pada tahun 2000. Kedudukan tanah pertanian yang terletak kira-kira 30 km dari Pekan Sik itu agak strategik memandangkan ianya berdekatan dengan sebatang sungai serta dilengkapi satu punca mata air telah memberi kelebihan daripada segi pengairan kepada kawasan tersebut.

Memandangkan tanaman limau madu memerlukan masa selama 3-5 tahun setengah untuk mengeluarkan hasilnya beliau telah menjalankan tanaman jangka pendek iaitu cili, tembakau dan pisang yang ditanam secara sistem giliran supaya kesuburan tanah terpelihara disamping mengelakkan jangkitan pada pokok limau madu yang sedang membesar. Hasil jualan tanaman berkenaan juga dapat digunakan bagi menampung kos perbelanjaan pekerja dan keperluan input projek semasa.

Menurut beliau, bidang pertanian mempunyai risiko yang rendah berbanding sektor lain cuma ia memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk mendapatkan hasilnya. Tanaman limau madu dapat mengeluarkan hasil sebanyak 8 tan sehektar pada tahun keempat dan dianggarkan mencecah 24 tan sehektar pada tahun ke 6 di mana tempoh hayat bagi tanaman ini adalah antara 15-20 tahun. Limau madu adalah daripada spesis tanaman buah-buahan yang tidak bermusim yang mana ini memberikan satu kelebihan. Ianya juga mempunyai musim utama pengeluaran iaitu sekitar Oktober hingga ke November dan Mac hingga April di mana hasil pengeluaran maksima boleh diperolehi.

Beliau yang menetap di Kuala Lumpur akan kembali ke Sik setiap bulan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan hasil tanaman beliau. Jadual waktu yang padat untuk menguruskan syarikat kejuruteraannya tidak melemahkan semangatnya kerana beliau yakin kemampuan rakan kongsinya yang menguruskan keseluruhan tanaman berkenaan.

Kini, Nazri merasa lebih yakin dengan kemampuan diri beliau dan menanam hasrat untuk memperbesarkan lagi kawasan tanaman tersebut disamping mempelbagaikan aktiviti sedia ada. Pinjaman kedua beliau sebanyak RM100,000 juga telah diluluskan oleh BPM di bawah Skim Pembiayaan 3F pada 2001 dan ini seterusnya memberi dorongan baru kepada beliau. Dengan sumber tenaga pekerja tetap seramai 4 orang, Encik Nazri mengatakan kemungkinan untuk kawasan tersebut dibuka kepada umum pada satu hari kelak dengan menjadikannya kawasan agro-tourism. Untuk tujuan tersebut, Encik Nazri merancang untuk menambah keluasan tanah sedia ada, menjalankan aktiviti projek hiliran merangkumi penternakan ayam dan lembu. Disamping itu, kini beliau juga telah mula menanam pokok buah-buahan seperti nangka madu dan petai serta menjalankan ternakan ikan dalam kolam. Di sinilah dapat kita lihat keazaman diikuti perancangan yang teliti sememangnya menjanjikan kejayaan yang berpanjangan.

Nazri menyarankan agar golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian terutamanya yang berasaskan makanan dan dengan adanya Skim Pembiayaan 3F yang diperkenalkan oleh BPM memberi peluang kepada golongan ini menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Tanah anugerah Tuhan yang perlu dimanfaatkan, bakti yang dicurah dan keringat yang yang mengalir InsyaAllah akan memberi pulangan yang tidak merugikan.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

One thought on “JURUTERA MUDA USAHAWAN LIMAU MADU

  1. Saya ada menanam limau madu di Naka Kedah. saya nak belajar cara-cara menjaganya. Pokok saya dah berumur 5 thn. lebih dan hasilnya kurang memuaskan. Buah suka luruh dan tak membesar. Baja NPK dan tinja ayam juga gunakan berselang seli dengan foliar.
    Saya perlu tunjuk ajar dari tuan. Bolehkah saya dapatkan no telefon dan saya ingin melawat ke kebun tuan pada waktu terdekat ini, Terimakasih di atas kerjasama tuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s