Akumulasi kalsium dalam tisu lembut punca masalah kesihatan

SATU penyelidikan perubatan pelengkap yang berorientasi ekologi menyimpulkan ketidakseimbangan dalam bendalir badan membawa kepada akumulasi kalsium dalam tisu lembut tubuh yang menjadi punca banyak daripada gangguan kesihatan yang lazim, di sebalik pendapat saintik.

Pakar ekologi Dr V.M. Palaniappan yang menjalankan kajian pencegahan penyakit bagi lebih tiga dekad berkata penemuannya pasti merevolusi bidang sains kesihatan.

“Saya yakin penduduk dunia akan menyedari penemuan signifikan ini yang sebenarnya menyediakan strategi yang boleh dipercayai bagi meneruskan dengan kehidupan yang bebas daripada masalah kesihatan,” kata bekas pensyarah University Malaya ini yang dikenali mesra sebagai Dr Palani.

FAKTOR PENYUMBANG LAIN

Dr Palani, apabila ditemui di pejabatnya di Bandar Sri Damansara dekat sini, berkata beliau percaya yang terdapat faktor penyumbang lain bagi penyakit dan gangguan kesihatan yang kini dianggap mempunyai kaitan genetik.

Dr Palani mempunyai pendapat berlainan mengenai bagaimana masalah kesihatan berpunca, memandangkan kajian dan pemerhatian beliau mendedahkan beberapa trend menarik yang kesemuanya berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan ketidakseimbangan bendalir (air) yang seterusnya menyebabkan akumulasi kalsium dalam tisu-tisu lembut.

Beliau percaya seseorang yang minum lebih kurang 2 hingga 2 1/2 liter air setiap hari dan mengeluarkan kesemuanya dengan pengencingan sebanyak 810 kali, selain memakan dalam kuantiti sederhana, mengelakkan akumulasi racun daripada sumber luar dan dalaman, dan meneruskan dengan aktiviti fizikal hariannya tanpa berpeluh tidak perlu bimbang akan masalah kesihatan selain daripada selesema biasa.

Selesema harus dilihat sebagai satu ganguan kesihatan mesra tubuh, memandangkan ia membetulkan keseimbangan asid alkali dalam tubuh, yang perlu bagi kesejahteraan kesihatan manusia.

TREND YANG DIPERHATIKAN

Minum air secara liberal (lebih kurang 4 liter setiap hari), kurang pengencingan (kurang daripada 4 kali), aktiviti yang menyebabkan peluh yang turut termasuk senaman fizikal teruk, mandi air panas dan penggunaan kipas pada kelajuan tinggi boleh mencetuskan asma, batuk tegar, masalah sinus, berpeluh dengan banyak dan pengencingan kerap yang dikenali sebagai diabetes insipidus.

Pengencingan yang kurang (kurang tiga kali sehari) dengan meminum air lebih kurang 1 hingga 4 liter dan mengelakkan makanan karbohidrat dan gula membawa kepada diabetes melitus Type2 dan diabetes semasa mengandung.

Sembelit kronik dan aktiviti yang menyebabkan peluh nampaknya memburukkan lagi keadaan kesemua tiga jenis diabetes yang dinyatakan di atas.

Dr Palani juga berpendapat bahawa pengambilan karbohidrat berlebihan atau gula, dan pengencingan yang kurang (tidak kira kuantiti air yang diminum) menyebabkan diabetes yang disebabkan oleh kekurangan insulin dan tidak kena mengena dengan mana-mana masalah kesihatan lain.

Pengurangan ketara dalam isipadu air yang diminum (contoh kurang 200 ml sehari), terlalu kurang pengencingan (contoh 100ml sehari) serta sembelit kronik boleh menimbulkan kusta.

Dr Palani berkata bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium leprae hanya penceroboh sekunder dan ia dengan sendiri tidak menyebabkan kusta.

Ulser duodenal berlaku kerana kekurangan tenaga daripada makanan, dan bakteria H. pylori yang dikatakan punca bagi penyakit ini sebenarnya hanya penceroboh sekunder.

MASALAH BERKAITAN DENGAN KURANG PENGENCINGAN

Pengencingan yang kurang (sebagai contoh, kurang daripada 3 kali sehari) menyebabkan akumulasi berlebihan kalsium dalam tisu-tisu lembut tubuh, pengambilan air yang kurang (sebagai contoh, setengah liter sehari), sembelit kronik, dan mengambil makanan diperkaya kalsium dan vitamin D membawa kepada masalah berikut: obesiti yang menyebabkan penyakit, gumpulan pada payudara, sista, fibroid, kehamilan di luar rahim, barah servikal, tenaga batin berkurang, kemandulan wanita dan lelaki, baligh lewat, haid tidak menentu, putus haid awal, lelehan putih, masalah pemutihan kulit (vitiligo), batu ginjal, masalah prostat, kelenjar tiroid bengkak, tekanan darah tinggi, peningkatan dalam saiz dan bilangan sel darah putih, leukaemia mieloid, penebalan saluran darah dan sekatan pada saluran darah jantung, sakit jantung, strok pada lelaki, ketumbuhan dan kebanyakan daripada kanser dan kehilangan daya pendengaran.

Menurut Dr Palani, punca yang sama seperti dinyatakan di atas juga bertanggungjawab bagi osteoporosis dan sakit jantung pada wanita yang putus haid dan leukaemia limfositik.

Di sebaliknya, pendedahan teruk kepada sinaran berbahaya dan pengambilan kimia beracun juga boleh menyebabkan leukaemia mieloid akut.

Walaupun kalsium berlebihan boleh menyebabkan beberapa penyakit utama, ia juga menyediakan kekebalan terhadap jangkitan virus.

PENGENCINGAN BERLEBIHAN JUGA MENJADI MASALAH

Di sebaliknya, Dr Palani menunjukkan bahawa pengencingan berlebihan (contoh lebih daripada 14 kali sehari) selepas meminum air berlebihan (contoh lebih daripada 4 liter sehari) boleh membawa kepada masalah kesihatan berikut: badan kurus dan tulang jelas dapat dilihat, ulser duodenal, tekanan darah rendah, denyutan cepat jantung, stres, payudara yang tidak berkembang dengan sempurna, sakit pra haid yang teruk, haid tidak menentu, rabun dekat, tingkah laku hiperaktif pada kanak-kanak, reumatisme, artritis, gout, rambut uban lebih awal, sakit tekak, selesema, dan kehilangan kekebalan terhadap penyakit yang dibawa virus.

Beliau menjelaskan pengurangan drastik dalam pengambilan makanan sahaja, tanpa meningkatkan isipadu air yang diminum dan bilangan kali pengencingan, tidak dapat membantu dalam mencegah gangguan dan penyakit.

Lagipun, aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh menyebabkan bilangan kali pengencingan berkurang dan ini hanya mempercepatkan perkembangan semua masalah kesihatan utama.

Selain daripada menyebabkan penyakit terus merosot, sembelit kronik nampaknya bertanggungjawab bagi peningkatan dalam paras kolesterol dan gula dalam darah, barah pada kolon dan juga masalah tertentu kulit.

Dr Palani kini menjalankan program terapi berkumpulan bagi mereka yang daif, dan sibuk menulis buku berikut mengenai diabetes. Beliau boleh dihubungi di talian: (603) 62722284 atau emel: vmpalani@streamyx.com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s