PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN

salted20egg.jpg

Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

  • Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
  • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
  • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
  • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
  • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
  • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
  • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

25 thoughts on “PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN

  1. Pingback: Panduan Ternakan Itik Telur, usahawan telur masin, cari duit tambahan
  2. Saya cuba membuat telor masin tapi apabila 25 hari ada telor masin yang dah busuk. Apa sebabnya. Dan bagaimana menghasilkan isi telor masin berwarna merah.

  3. saya penternak baru itik telur di kedah sebanyak 700 ekor tetapi masih tak tahu dimana saya nak jual telur2 itik saya ,siapa yang tahu dan dapat bantu masaalah saya ini hubunggi saya di 0197710101 (norazaman) ,wslm

  4. Norazman, kalau tuan ada masalah nak pasarkan telur itik call saya- 017-2460140 Halim Idris. anak itik dapat suply dari mana. kalau perlukan anak itik boleh contact saya. harganya RM3.30 bagi itik penelur. Itik daging mascovy (nila)RM3.00 (tiga bulan boleh dijual, berat +- 1.6-1.8 bagi betina, Jantan-boleh mencecah 2.5-3.0kg)

      • Rizal, anak itik yang terbaik sebaik-baiknya didapatkan dari pembekal yang terhampir dan berkualiti. Jangan ambil dari orang tengah tau broker anak itik.

        Nanti anda akan menyesal tak sudah bila itik tak bertelur atau itk bercampur JANTAN BETINA. DiJohor ada beberapa pembekal anak itik. Kim Poh antara yang terbaik.

  5. saya tidak mempunyai sekam padi dan tanah liat, saya ingin menggunakan garam dan ayer bagaimana bancuhannya. katakanlah telor itek itu dalm 100 biji atau 50 biji bagaimana bancuhannya jika menggunakan ayer dan garam. T.K.

  6. sy menternak itik sebyk 800 ekor di perak dan bercadang utk mengurangkan bilangan ternakan sy. Sy ingin menjual itik betina baka khaki campbell berumur 6-7bulan pada harga RM25/ekor.Pada siapa yg berminat dan serius boleh berbincang dgn sy. Hubungi 012-9890499(ari).tq

  7. Ramai yang meraba cara sebenar dan masalah dalam ternak itik. Saya juga seorang penternak itik yang baru berkecimpung. Saya tak ada kursus mana-mana cuma lebih kepada pemeerhatian dan mendapatkan ilmu dari pakar itik.

    Bukan dari jabatan haiwan tetapi dari ladang sebenar. Dari mereka yang sudah masak dalam selok belok itik.

    Di sini rahsia sebenar telur masin dan pemeliharaan itik dapat diteladani.

    Telur masin paling enak dimakan pada usia 12 hari. Pada waktu inilah telur masin mencapai harga TINGGI. Untuk makluman anda telur masin yang dijual dikedai makan kebanyakannya berusia 3 -5 hari sahaja!

    Telur jadi busuk atau hitam kerana ia pecah atau ada lubang halus yang ditembusi. Telur perlu dipilih dan ianya bersih. Telur yang dibasuh biasanya akan menurunkan kualiti telur masin. Lap shaja dengan flannel kering. Kerana itu reban anda perlu kering jika perlu beralaskan pasir.

    Telur masih dibasuh ketika hendak direbus. Ketika lapisan tanah dibuang.

    Gunakan garam kasar. Garam halus sebenarnya bukan garam. Ia sudah diproses. 1 kg garam kasar untuk 1 gelen air. Tanah merah ikut kepekatan sesuai.

    Pasaran telur masin di kuala lumpur sangat besar. Malahan tidak cukup. Saya sendiri memerlukan 100k biji sebulan untuk permintaan pelanggan. Jika ada pembekal telur mengikut standard yang sama apa salahnya.

    Penternak bumiputera perlu networking.

    • tuan faie, saya ingin tahu dari mana tuan dapat bekalan baka itik? saya baru hendak memulakan penternakan itik telur dan untuk makluman, sekarang saya berada di sabah. pertolongan tuan amat dihargai. terima kasih.

    • salam faie…saye nih baru jer menternak itik untuk menghasilkan telur masin…aritu saye ade bwat pencubaan…tapi telor tuh saye beli kat kedai….jadi elok jer…tapi cume kuning telor x jadi cantik…cume warne kuning mude…mintak dibantu…itik akan menetas +- dalam bulan 7 nih…tempat muar johor….0197977569

  8. kalo ikut cara mak saya wat telor masin nih senang jer,korang rendam jer dalam air garam yang di bancuh selama seminggu dan setelah itu salut dgn tanah liat lagi cepar dan produktif….

    bagi telor ayam dan itik masa dalam 1 minggu
    dan yg paling latest kami pernah mencuba mengunakan telor burung unta (kasawari/ostrich)ia mengambil masa 1.5 bulan dan rasanya lebih lemak berbanding telor itik dan ayam

    p/s : 1 biji telor burung unta boleh makan 7-10 orang…..hehehehhe meriahkan untuk keluarga besar tapi mahal beb.

  9. hi ecik faie’
    saya sebenarnya memang tgh survey ternak itik ni. tapi saya dgr kalu kita bela sendiri itik telur ni kos pemakanannya mahal . betul ke?
    dan lagi satu saya nak tanya betul ke permintaan tidak mencukupi? boleh saya tau lokasi en.faie? dan boleh saya dptkan no tel .t.kasih

  10. “tumpang iklan tuan rumah~sesiapa ingin bekalan telur itik segar n telur masin untuk mjls keraian, jualan runcit dll hubungi kami fariz 0122505124/www.buminiaga-bm.blogspot.com”

    pembelian dlm kuantiti byk dialu2kn…TQVM

    • salam, saya ada ternak itik, saya kalau buleh nak pasarkan, tapi, saya tak tau nak pasarkan kat mana?? tolong hubungi no ni h/p: 0174874882….
      terima kasih….salam…tolong hubungi no di atas….sapa buleh tolong……

      • senang ja tu.psarkan jer kat bazar2…macam saya kat sabah nie..jual kat tamu ( bzar ) setiap hari ahad jer..bawa 300 – 500 biji.. 2-3 jam abis..tp kena jual ikut saiz.yg kecik jual 80sen bsar sikit jual $1..

  11. hai.. encik faie,
    sya ingin btnya, adakah menternak itik telur ni memerlukan itik jantan dan bgaimna kh hendan mengetahui sma ada itik itu jantan kah betina?

  12. Salam semua..saya nk cari tabung telor masin yang kecil.,boleh muat dalam 6 – 9 biji.biasanya ia bertangkai, warna merah.kat mana ada jual?hardware saya dah cari, tapi x jumpa.. harap, ada pembaca yang sudi membantu.. call @ sms : 019 9755920 – mohd yusof

Tinggalkan Jawapan kepada rosnin Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s