Pastura

(1) Permohonan daripada penternak (kumpulan penternak)

(2) Buat lawatan siasatan, tidak sesuai maklumkan semula pada penternak
& jika sesuai buat surat sokongan hantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)

(3) PTD terima surat sokongan dan memereksa sama ada kawasan tersebut bebas atau telah ada perancangan lain. Jika masih bebas, PTD akan hantar borang (Jadual 1, Peraturan 2) kepada JPH (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) untuk diisi.

(4) Mengisi borang Jadual 1, Peraturan 2 dan menghantar kepada SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk ditandatangani.

(5) SUK tandatangani surat/borang yang telah dipenuhi dan hantar kembali kepada JPH

(6) JPH terima surat/borang dari SUK yang telah ditandatangani dan memajukan kepada PTG
(Pejabat Tanah & Galian)

(7) PTG menerima borang/surat yang telah
ditandatangani oleh SUK, akan menyediakan
kertas minit mesyuarat Exco.

PANDUAN MENANAM PASTURA DAN FODDER
PENDAHULUAN

Faktor paling utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan ruminan ialah makanan yang mana sebahagian besarnya adalah makanan hijau terdiri daripada rumput pastura dan foder,ataupun rumput yang disipan sebagai hay atau silag. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.
Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.

PASTURA/FODER BERMUTU


Ciri-ciri Pastura / foder yang diingini

  • Hasil yang tinggi sepanjang masa (iaitu kandungan bahan kering)
  • Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar
  • Mempunyai nilai penghadaman yang baik
  • Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula penjagaannya
  • Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong / diragut) yang cepat
  • Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi
  • Mudah bercampur dengan spesis lain terutama kekacang
  • Berekonomik untuk diusahakan
  • Lazat, iaitu digemari oleh ternakan.
  • SENARAI PASTURA / FODER DAN KEKACANG

    Pastura / Foder

    Nama Biasa Nama Saintifik
    Rumput Star Cynodon plectostachyus
    Rumput Signal Brachiaria decumbens
      Brachiaria humidecola
    Rumput Para Brachiaria mutica
    Rumput Kuda / Guinea Panicum maximum
      cv.- Colonio
      cv. Hamil
      cv. –Typica
    Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum
    Rumput Kazungula Setaria sphacelata cv. kazungula
    Rumput Splendida Setaria sphacelata var. splendida
    Rumput MARDI Digit/Pangola daun Lebar Digitaria setivalva

    Kekacang

    Nama Biasa Nama Saintifik
    Centro Centrosema pubscens
    Stylo Stylosanthes guyanensis
    Puero / Kudzu Tropika Pueraria phaseoloides
    Calapo Calapogonium mucunoides
    Petai Belalang /Ipil-ipil Leucaena leucocephala

    Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada:-

  • Jenis ternakan (lembu, kambing/bebiri)
  • Keadaan topografi dan jenis tanah
  • Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong
  • PENYEDIAAN TANAH

    Sebelum kerja menyediakan tanah untuk menanam rumput dijalankan, adalah perlu kawasaan berkenaan dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang tumbuhan, kawasan hutan ditolak dan belukar ditebang-tebas. Segala batang-batang pokok, tunggul kayu, akar-akar dan sebagainya dilonggokkan kemudian dibakar dan diperun sehingga menjadi abu.
    Jika kawasan tersebut berair adalah disyorkan agar dibuat perparitan untuk mengalirkan air dan sekiranya kawasan tidak rata seperti terdapat banyak busut atau longgokan tanah, perlu diratakan terlebih dahulu.

    Kerja-kerja penyediaan tanah boleh dibuat dengan mengunakan jentera atau tenaga manusia sahaja, iaitu dengan mengunakan cangkul dan parang jika kawasan tersebut kecil. Traktor dan lain-lain jentera pertanian biasanya digunakan untuk kawasan yang luas. Kerja-kerja ini sebaik-baiknya dibuat di awal musim kering/kemarau.

    3 Peringkat Penyediaan Tanah

    • Membajak
    • Menyikat / memecah
    • Memutar

    Membajak
    Bertujuan untuk memecah tanah, membalikkan permukaan tanah yang diatas kebawah dan mendedahkan tanah yang dibawah keatas, supaya akar-akar tumbuhan dan rumpai terdedah kepada cahaya matahari.

    Alat pertanian yang digunakan ialah bajak 2 piring atau 3 piring (2 disc/ 3 disc plough)

    Terdapat 2 peringkat pembajakan

    • Membajak kali pertama
    • Membajak kali kedua atau membajak silang

    Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah anggaran 2 – 4 minggu bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk membolehkan akar-akar rumpai dan lain-lain musuh tanaman cukup terdedah kepada cahaya matahari dan musnah serta memberi cukup masa untuk melembutkan tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (texture) tanah yang baik.

    Menyikat/memecah
    Bertujuan untuk memecahkan ketulan-ketulan tanah yang besar tadi kepada ketulan yang lebih kecil. Alat yang biasa digunakan ialah “disc harrow”. Ini dilakukan lebih kurang 2-3 minggu selepas siap pembajakan silang.

    Memutar
    Peringkat terakhir ini dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat/memecah tanah selesai. Peringkat ini bertujuan untuk mendapatkan struktur yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, sesuai untuk pertumbuhan akar-akar rumput. Sekiranya tanah adalah gembur, peringkat ini mungkin tidak perlu dibuat. Alat pertanian yang digunakan ialah “Rotovator / Rotary Tiller”

    Adalah disyorkan agar segala saki-baki kayu, tunggul akar-akar rumpai, batu dan sebagainya dibuangkan semasa menjalankan setiap peringkat penyediaan tanah tadi dan kerja-kerja disetiap peringkat dilakukan dengan sempurna. Ini penting untuk memastikan agar:-

    • Mendapatkan permukaan tanah yang baik, tiada tunggul atau batu yang menjadi halangan dan boleh merosakkan peralatan pertanian dalam kerja-kerja seterusnya atau sebagai punca kecelakan/kemalangan
    • Mendapatkan struktur (texture) tanah yang sesuai, agar mempunyai ruang-ruang udara yang mencukupi dan daya pemegang air dapat dibaiki. Faktor ini penting untuk perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya
    • Segala baki rumpai yang tidak dikehendaki dapat dihapuskan.

    Menabur Kapur
    Kadangkala kemasaman (pH) tanah tidak begitu sesuai untuk tujuan penanaman pastura terutamanya apabila kekacang ditanam.

    Kebanyakan tanah-tanah di Semenanjung Malaysia adalah jenis masam iaitu nilai pH adalah rendah. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 – 7.0 Serbuk batu kapor yang biasa digunakan ialah Calcium Magnesium Carbonate (CaMgCO3)

    Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak lebih kurang 2-3 tan metrik kapur/hektar atau 1 tan metrik/ekar diperlukan dan dijangka dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5 Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum kemasaman diperbaiki kerana tanah yang masam akan mengganggu penyerapan baja oleh tumbuhan.

    Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada peringkat memutar tanah, iaitu 2 minggu sebelum menanam. Mengapur boleh dibuat dengan mengunakan “Spinner broadcaster” atau dengan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan hendaklah dipakai untuk mengelakkan gangguan penafasan dan melecur.

    Menanam
    Menanam rumput sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu taburan hujan di satu-satu kawasan perlu di ketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang mencukupi/sesuai diperlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan mengunakan ” Irrigator” dan “sprinkler” juga sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung kepada hujan. Bagi kawasan yang terlalu berair, saliran pula perlu untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan.

    Kadar kuantiti biji benih sehektar ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini.

    Ada 2 cara menanam :-

    • Mengunakan biji benih
    • Menanam secara tampang/keratan batang

    Menanam Mengunakan Biji Benih

    Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan baik, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

    Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna) :-

    Benih rumput

    Biji benih rumput

    Kadar semaian (kg/hektar)

    Rumput Kuda/Guinea 2 – 6
    Rumput Para 2 – 6
    Rumput Setaria 2 – 5
    Rumput Brachiaria decumben 3 – 6
    Rumput Brachiaria humidecola 5 – 7

    Kadar di atas adalah sesuai jika biji benih tersebut betul-betul bermutu tinggi dimana peratus percambahannya lebih kurang 60 % . Jika percambahan rendah iaitu kurang daripada 30 % maka lebih baik kadar diatas diberi 2 kali ganda.

    Kekacang

    Biji Benih Kekacang

    Kadar semaian (kg/hektar)

    Centro 3 – 5
    Stylo 2 – 5
    Puero 1 – 3
    Calapo 1 – 3
    Petai belalang / epil-epil 4 – 6

    Dalam pastura campuran (rumput/kekacang) nisbah haruslah tidak melebihi 40%
    CARA-CARA MENENAM RUMPUT, KEKACANG DAN POKOK RENEK

    Jenis Benih kg/ha Dengan keratan tampang/anak

    Jarak tanaman
    (sm)

    Rumput Signal

    2 – 4

    tunggul

    50 x 50
    Brachiaria humidecola

    3 – 5

    tunggul

    50 x 50
    Rumput Setaria      
    – kazunngula

    2 – 5

    tunggul 30 – 50
    – splendida

    tunggul

    30 – 50
    Rumput Guinea

    2 – 6

    tunggul 30 – 50
    Rumput Napier

    keratan 30 – 50
    Rumput African Star

    keratan/jalaran 50 -50
    Rumput Para

    keratan/jalaran 50 -50
    Rumput Digitaria

    tunggul 30 – 50
           
    Kekacang      
    Calapo 1 – 3

    Centro 3 – 5

    Stylo 2 – 5

    Desmodium 1 – 2

           
    Pokok Renek      
    Petai Belalang 2 – 6

    keratan

    50 x 50

    Turi

    keratan

    50 x 50

    Glirisidia

    keratan

    50 x 50

    Ubi Kayu

    keratan

    50 x 50

    MENUAI/MEMOTONG PASTURA DAN FODER

    Pemotongan Pertama
    Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakan pertumbuhan rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Secara umumnya ia boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Ragutan awal secara terkawal (light garzing) selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh mengalakkan pertumbuhan.

    Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, pangola ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah mula gugur.

    Keadaan ini dapat dijangka dengan pemerhatian apabila sebahagian kecil rumput dikawasan tersebut mula berbunga. Pada ketika ini peratus kandungan bahan kering adalah ditahap tertinggi dan peratus kandungan protein kasar juga tinggi.
    Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur, tetapi kandungan protein kasar rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti dibawah ini :-

    Jenis Rumput Umur (hari)
    Brachiaria decumbens 18 – 21
    Para 18 – 21
    Guinea 18 – 21
    Setaria 18 – 21
    Napier 35 – 42

    Tinggi Pemotongan
    Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 10 – 15 cm dari paras tanah, manakala ketinggian bagi rumput Napier ialah 7 cm dari paras tanah.

    Pemotongan seterusnuya.
    Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragut. Melaluai kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan;

    Jenis pastura/foder

    Jangk masa rehat (minggu)

    Rumput Signal (Brachiaria decumben) 4 – 5
    Rumput Para (Brachiaria mutica) 3 – 4
    Rumput Kud/Guinea (Panicum maximum) 4 – 5
    Rumput Setaria 4 – 5
    Rumput Napier 5 – 6

    Selain dari faktur baja yang disyorkan secara umum kepada kebanyakan jenis pastura dan kekacang yang tumbuh mengalak ialah 10-15 cm. dari paras tanah. Untuk Napier, pemotongan pertama adalah 7 cm. dari paras tanah, untuk membolehkan lebeh banyak tunas baru tumbuh. Pemotong berkuatnya boleh dilakukan setiggi 10-15cm. dari paras tanah.
    Hasil Bahan Kering
    Berikut adalah purata hasil bahan kering (tan/hektar/tahun) beberapa jenis pasture/foder yang dipotong setiap 6 minggu dari dua siri tanah;

    Rumput Pastura/FoderPurata

    DM (tan/hektar/tahun)

    Rumput Signal

    25.5

    Rumput Para

    12.1

    Rumput Star 16.2
    Rumput Guinea –
    cv. Colonio 18.6
    cv. Hamil 17.6
    Rumput Napier – Local 23.2
    – Uganda 16.9
    >Rumput Splendida 17.6
    Rumput Kazungula 18.2

    (Lapuran MARDI No.76.P.13)

    ZAT PEMAKANAN TUMBUHAN
    Terdapat lebih kurang 17 zat pemakanan yang perlu untuk tumbuhan zat-zat tersebut ialah karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Posforus (P), Kaliam (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangganan (Mn), Kuperum (Cu), Kobalt (Co), Zingkom (Zn), Boron (Bo), Kloran (Cl) dan Molibdenum (Mo). Zat pemakanan ini dibekalkan oleh tanah, air dan udara.

    Melalui proses fotosintesis zat pemakanan seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan udara dan air kepada tumbuhan.
    Zat pemakanan selain dari Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan oleh tanah.

    PEMBAJAAN
    Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrigen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat;

    • Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
    • Jangkamasa hidup yang panjang

    Jenis Baja

    • Baja asli (najis ternakan dan kompos)
    • Baja kimia

    Jenis Pembajaan

    • Pembajaan Permulaan
    • Pembajaan Pengurusan

    Pembajaan Permulaan
    Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya.

    Kadar Pembajaan
    Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysiaialah;

    N: P: K = 60 : 30 : 30

    60 kg. Nitrogen/hektar

    30 kg. P2O5/hektar

    30 kg. K2O/hektar

    Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?
    Urea : Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg. N
    untuk 60 kg. N = 100 x 60 = 130 kg. Urea/ha
    46

    TSP : Setiap 100 kg. TSP terdapat 46 kg. P2O5 untuk 30 kg. P2O5 = 100 x 30 = 65 kg TSP/ha 46
    MOP : Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg. K2O untuk 30 kg. K2O = 100 x 30 = 50 kg. MOP/ha
    60

    Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar.

    Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah;-

    P : K = 30 : 30

    Iaitu 30 kg. Phosporus/hektar (65 kg. T.S.P/hektar)

    30 kg.Kalium (Potash)/hektar (50 kg. Muriate of Potash/hektar)

    Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam.

    Pembajaan pengurusan
    Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos.

    BAJA NITROGEN

    Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah.
    Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein.

    Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan.
    Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok.
    Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun.
    Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N.

    BAJA POSFORUS

    Keperluan Posforus (P) oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi.
    P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.
    Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P biasa diperolehi dari baja CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza.

    BAJA KALIUM (K)
    Unsur Kalium (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat.
    Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:-

    1. Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji
    2. Metabolisma nitrogen dan sintesis protein
    3. Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu
    4. Peneutralan asid-asid organik penting
    5. Pengaktifan enzim
    6. Perkembangan tumbesaran tisu meristem
    7. Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air

    Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah.
    Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik
    Fungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion Na diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.


    Kadar Baja Pengurusan

    Jenis tanaman dan pengurusan

    Kadar baja(kg./hektar/tahun)

    Rumput tulen :  
    Pengurusan secara ragutan 150-200 N (326-435 UREA)
      40-60 P (87-130 TSP)
      50-100 K (83-166 MOP)

    Jenis tanaman dan pengurusan

    Kadar baja(kg./hektar/tahun)

    Rumput tulen :  
    Pengurusan secara potong dan angkut 200-300 N (435-652 UREA)
      40-60 P (87-130 TSP)
      100-150 K (166-250 MOP)

     

    Jenis tanaman dan pengurusan

    Kadar baja(kg./hektar/tahun)

    Rumput & Kekacang :  
    Pengurusan secara ragutan 40-50 P (87-108 TSP)
      50-100 K (83-166 MOP)
      (tanpa baja Nitrogen)

    Jenis tanaman dan pengurusan

    Kadar baja(kg./hektar/tahun)

    Rumput & Kekacang :  
    Pengurusan secara potong dan angkut 50-60 P (108-130 TSP)
      150 200 K (250-333 MOP)
      (tanpa baja Nitrogen)

     

    Jenis tanaman dan pengurusan

    Kadar baja(kg./hektar/tahun)

    Pembajaan petai belalang/ipil-ipil 40-60 P (87-130 TSP)
      50-100 K (63-166 MoP)

    PASTURA CAMPUR KEKACANG

    Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:

    1. Mengurangkan kos membaja, Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50-250 kg/hektar/tahun.

    2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan

    Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

    1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama

    2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

    Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.

    PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA
    Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula. Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan sifat fizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri. Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough, Harrow dan rotovate.

    Pemulihan Pedok
    Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan pertambahan pertumbuhan rumpai.

    Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:-

    • Pembajakan ringan (Light/lenient total area ’tillage’) – diikuti dengan penaburan biji benih

    • Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) – diikuti dengan penaburan biji benih

    • Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip – tillage) – diikuti dengan penaburan biji benih

    • Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah – Overseeding without tillage

    Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau rumput guinea.
    Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan.

    Penanaman semula

    Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 % , maka penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan tanah dibuat pada keseluruhan kawasan.

    Note: Rujukan dari Unit Pemakanan Ternakan
    Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
    Institut Haiwan (Panduanpasture&Foder.html)


    KOS PEMBANGUNAN KAWASAN PASTURA SEHEKTAR

    A Kos Upah Membersihkan Kawasan RM/Hektar

    1. Menolak pokok dan belukar 1000.00

    2. Membersih & mengumpul akar kayu, batang & tunggul kayu memerun 600.00
    & membakar, mengumpul dan membakar semula sehingga
    menjadi abu.

    3. Penyediaan tanah, membajak 2 kali dan merotor 1 kali 940.00 setiap perengkat pembajakan rehat 2 minggu

    4. Menabur baja permulaan TSP sebanyak 250 kg/ha 150.00

    5. Menyemai biji benih rumput 10 kg/ha & centrosema 2.5 kg.ha 150.00

    6. Menyelengara kawasan selama 3 bulan selepas ditanam termasuk 250.00
    kerja-kerja menyulam semula, merumpai serta menabur baja UREA
    dan MOP pada kadar 250 kg/ha setiap jenis baja

    Jumlah A 3,090.00

    >B Kos Bahan RM/Hektar

    1. Benih rumput

    Brachiaria decumbens RM 38.00/kg
    Guinea RM 41.00/kg

    Harga : RM 26.00 / kg
    Kuantiti : 10 kg/ha
    Kos/ha : 26.00 x 10 260.00

    2. Kekacang

    Harga : RM 7.00 /kg
    Kuantiti : 2.5 kg/ha
    Kos/ha : 6.50 x 2.5 16.25

    3. Baja Permulaan (Hanya TSP digunakan)

    Harga : RM 950.00 metric tan – (RM1,400.00/mt)
    Kuantiti : 125 kg/ha
    Kos/hektar : 750.00 x 125 ÷ 1000 118.75

    4. Baja Penyelengaraan (3 bulan selepas ditanam)
    Jenis : UREA
    Harga : RM 750.00 /metric tan – (RM1,000.00/mt)
    Kuantiti : 125 kg
    Kos/ha : 750 x 125 ÷ 1000 93.75

    Jenis : MOP
    Harga : RM 650.00 /metric tan – (RM800.00/mt)
    Kuantiti : 125 kg
    Kos/ha : 650.00 x 125 ÷ 1000 81.25

    Jumlah B 570.00

    C Kos Upah Memagar RM/Hektar

    1. Kos Buroh

    Upah mengali lubang dan menanam tiang pagar
    (jarak 10 kaki) tiap satu dan memasang dan menegang
    dawai duri (4 lapis) 2,320.00

    2. Kos turus pagar

    Harga : RM 6.00/batang
    Kuantiti : 220 batang/hektar
    Kos/ha : 6.00 x 220 1,320.00

    3. Kos dawai duri

    Harga : RM 200.00 (RM250.00/gulong ) 500 meter atau 1,500 kaki

    1 Hektar = 107,636.76² – 328.08 sebelahan x 4 sempadan
    = 1,312.32 ukuran keliling
    x 4 lapis dawai = 5,249,286′ ÷ 1,500 / gulong dawai duri
    = 3.49 gulong / hektar

    Kos/gulong = RM250.00

    3.49 x250.00 = RM872.50 875.50

    Jumlah C 4,515.50

    KOS KESELURUHAN : A + B + C

    : RM 3,090.00 + RM 570.00 + RM 4,515.50

    JUMLAH BESAR : RM 8,175.50

    Note:

    ( ) Harga pada Jun 2004
    Anggaran kos pembangunan tahun 2004
    Unit Agronomi & Pemakanan Ternakan
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak

    Silaj

     

    SILAJ

    Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.


    PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ

    Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

    Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35 % akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65 – 75 % (25 – 35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

    KAEDAH MEMBUAT SILAJ

    Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

    Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.

    Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

    KENAPA SILAJ DIPERLUKAN

    Kefahaman mengenai asas keperlan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak berwap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha untuk menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

    PEMERAMAN SILAJ

    Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

    Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, baunya tidak menyenangkan dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

    Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.

    Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta system penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan aerobic. Disamping itu jenis silo yang digunakan ini, tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa diisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang akan dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktikal jika digunakan adalah seperti berikut:-

    SILAJ TONG PLASTIK

    Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

    Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

    Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.

    Mesin ini juga dilengkapi dengan penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

    Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan adalah terjamin.

    MODUS OPERANDI MESIN PEMAMPAT MEKANIKAL

    Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi menambah bahan foraj ke dalam tong plastik.

    Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian diklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalu injap.

    BANDELA BERBUNGKUS (SILAWRAP)

    Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.

    Silaj boleh diperam dengan membungkusnya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagung/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dank keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.

    Sebelum membungkus, mesin pembandela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk silinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

    SILAJ BATANG JAGUNG MANIS

    Jagung manis jenis Thai Super Sweet merupakan satu tanaman kontan atau tanaman jangka pendek yang popular kerana ia mempunyai nilai jualan dan pasaran yang baik. Projek tanaman jagung manis boleh ditambahnilai jika ianya dapat diintegrasikan dengan pemeliharaan lembu fidlot. Gabungan kedua-dua aktiviti penternakan dan tanaman akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber tanah, gunatenaga dan sisi tanaman dijadikan sebagai makanan asas penggemukan lembu. Kos pembajaan akan dapat dikurangkan jika tinja daripada kandang lembu dapat disalurkan ke kawasan tanaman jagung.

    Pokok jagung adalah satu tanaman yang berpotensi untuk dibuat silaj. Di negara barat, silaj jagung dibuat bersama-sama dengan jagungnya sekali. Silaj yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Di negara kita, jika silaj jagung bersama jagungnya sekali dibuat silaj, ia tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi.

    Keuntungan yang optimum diperolehi sekiranya batang jagung sahaja diproses untuk silaj dan hasil jagung boleh dijual secara berasingan. 20 – 25 kg silaj batang jagung manis diperlukan oleh seekor lembu tenusu untuk sehari bersama foraj lain dan konsentrat.

    Daripada kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 17 tan metrik silaj batang jagung dapat dihasilkan daripada sehektar tanaman setelah diambil kira kehilangan bahan kering semasa proses membuat silaj dijalankan.

    Pokok-pokok jagung dipotong dan dikumpulkan pada umur 75 hari selepas menanam. Sisa jagung hendaklah dipastikan tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung sediaada akan memudahkan kemampatan bahan-bahan hancur dan menggalakkan keadaan anaerobic. Terdapat dua cara pungutan dan pemotongan batang jagung iaitu:-

    i) – potong batang jagung secara manual

    – angkut secara manual atau dengan treler

    – cincang batang jagung dengan shredder

    ii) – potong dan hancurkan batang jagung dengan forage harvester

    – angkut dengan treler

    Kerja memotong batang jagung perlu dilakukan dalam masa 3 hari selepas penuaian buah jagung dan diangkut dengan treler dari ladang ke kandang. Pemotongan batang jagung kepada keratan kecil untuk pemampatan dan proses pemeraman dijalankan dengan penggunaan forage chopper di tapak silo. Silaj yang dihasilkan dengan kaedah yang betul boleh digunakan selepas 3 hingga 4 minggu diawet tanpa terdedah kepada udara. Untuk meningkatkan mutu dan mempercepatkan proses fermentasi silaj sebanyak 1 % cairan molas disiram ke atas batang jagung semasa pemampatan. Sebanyak 10 kg molas/tan metrik silaj digunakan dengan kadar pencairan 1 kg molas kepada 5 liter air. Selepas tungkul jagung dituai, batangnya masih mengandungi sumber nutrien yang tinggi dan sesuai untuk ternakan. Semasa umur penuaian iaitu 75 hari kandungan protin kasar ialah 9.6 % dan tenaga ungkaibina (ME) adalah 7.82 MJ/kg boleh didapati dari batang jagung (jadual 1). Dengan kandungan nutrien yang agak tinggi pengawetan bahan tersebut perlu dijalankan bagi menampung kekurangan makanan ternakan semasa musim kurang baik.

    Jadual 1 : Kandungan nutrien batang jagung manis segar dan silaj

    Nutrien

    Segar

    Silaj

    40 hari

    60 hari

    75 hari

    Silaj Tanpa molas

    Dicampur
    1 % molas

    Dicampur
    2 % molas

    Bahan kering

    16.4

    16.5

    25

    23.3

    28.1

    26.8

    Protin kasar

    12.5

    11.9

    9.6

    8.2

    11.2

    12.4

    Serat kasar

    30.8

    32.4

    34.5

    33.8

    29.7

    31.9

    Fosforus

    0.2

    0.16

    0.15

    0.22

    0.17

    0.2

    Kalsium

    0.26

    0.37

    0.46

    0.46

    0.67

    0.53

    TenagaUngkaibina (MJ/kg)

    8.4

    8.19

    5.86

    5.86

    6.27

    6.09

    SILAJ NAPIER (rumput gajah)

    Di antara beberapa sepsis rumput terpilih yang didapati di negara ini, rumput gajah adalah yang paling sesuai untuk dijadikan silaj. Ini berdasarkan kepada penghasilan dan kandungan karbohidrat yang tinggi. Kajian menunjukkan rumput gajah perlu dipotong pada peringkat umur 40 hari untuk mendapatkan zat nutrien yang optimum. Kandungan protin kasar dan tenaga ungkaibina akan menurun dengan mendadak pada peringkat umur 75 hari (Jadual 2).

    Jadual 2: Kandungan nutrien rumput napier segar dan silaj

    Nutrien

    Segar

    Silaj

    40hari

    60Hari

    75hari

    40 hari

    40 hari
    dicampur
    1 % molas

    75 hari
    tanpa molas

    75 hari
    dicampur
    1 % molas

    Bahan kering

    14.8

    31.6

    15.3

    19.6

    28.6

    36.2

    Protin kasar

    15.6

    8.6

    7.8

    13.5

    12.4

    6.2

    7.4

    Serat kasar

    33.5

    36.4

    46.9

    32.8

    26.5

    38.1

    27.5

    Fosforus

    0.18

    0.15

    0.16

    0.36

    0.19

    0.14

    0.14

    Kalsium

    0.30

    0.41

    0.36

    0.40

    0.67

    0.34

    0.72

    Tenaga Ungkaibina(MJ/kg)

    7.92

    6.46

    6.45

    7.43

    7.57

    5.95

    7.12

    Pengambilan silaj oleh ternakan dijangkakan ada kaitan dengan kandungan zat nutrien seperti bahan kering, peratus protin, kadar asid laktik dan asetik serta paras ammonia di dalam silaj (Jadual 3). Keputusan kajian menunjukkan pengambilan silaj oleh ternakan adalah lebih tinggi apabila peratus bahan kering melebihi 40.

    Jadual 3 : kesan peratus bahan kering dalam silaj ke atas pengambilan silaj oleh bebiri

    Bahan

    Bahan Kering Dalam Silaj (%)

    22

    40

    45

    80

    pH silaj

    4.48

    4.49

    4.53

    5.89

    Kandungan asid Laktik, % DM

    5.06

    4.11

    3.19

    0.19

    Kandungan asid Asetik, % DM

    4.91

    3.21

    2.88

    0.62

    Jumlah Asid Lemak Berwap (VFA)

    10.46

    7.53

    6.26

    1.0

    Pengambilan bahan kering, g/kg berat badan W

    49.1

    57.3

    58.8

    63.2

    Kadar Penghadaman Bahan Kering, %

    58.2

    60.1

    60.0

    61.1

    Pengambilan N, g/hari

    14.2

    16.2

    18.3

    19.6

    N kekal, g/hari

    0.9

    1.0

    2.6

    2.9

    Kadar Penghadaman N, %

    70.5

    72.2

    72.0

    70.0

    Pengambilan air, g/g DRY MATTER

    3.5

    2.4

    2.4

    2.2

    Satu kajian perbandingan telah dijalankan menggunakan batang jagung manis dan rumput napier, dicampur dengan urea dan molas. Silaj batang jagung manis yang dicampur molas dan urea mengandungi Asid Detergent Fibre (ADF), Neutral Detergent Fibre (NDF), hemiselulosa dan selulosa (beberapa peringkat serat) yang lebih rendah, kandungan protin dan tenaga metabolisma yang lebih tinggi, dibandingkan dengan silaj yang tidak dicampur molas dan urea. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rumput napier.

    Satu kajian lain yang dijalankan di luar negara membuat perbandingan ke atas silaj jagung pada dua peringkat umur dan campuran urea adalah seperti di Jadual 4.

    Jadual 4: Perbandingan Silaj Jagung pada 2 peringkat umur dan Campuran Urea

    Perlakuan/Nilai nutrien

    Silaj jagung

    Silaj jagung
    (campur urea)

    1

    2

    1

    2

    Bahan kering, %

    26.0

    39.1

    26.1

    38.8

    Protin kasar, %

    9.6

    7.7

    13.5

    11.2

    Karbohidrat mudah hadam, %

    14.5

    16.4

    14.0

    16.0

    pH

    3.7

    3.7

    3.7

    3.9

    Asid Laktik, %

    7.3

    4.7

    7.9

    5.3

    Asid Asetik, %

    1.9

    1.1

    1.9

    1.3

    Pengambilan makanan, g/hari

    881

    816

    844

    1000

    Kajian tersebut menunjukkan nilai protin dan kegemaran serta pengambilan makanan oleh ternakan meningkat apabila silaj mengandungi urea.

    Silaj adalah kaedah pengawetan yang mudah dan praktikal apabila terdapat foraj yang berlebihan. Ianya boleh disimpan lama dan digunakan semasa kekurangan foraj. Kualiti silaj adalah lebih baik jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah-kaedah lain. Rasanya lebih enak disamping terdapat penambahan zat nutrien seperti tenaga, protin dan kadar penghadaman yang lebih tinggi.

    SOAL JAWAB BERKAITAN SILAJ

    i. Apakah ciri-ciri hibrid jagung silaj yang baik?

    Ciri-ciri jagung silaj yang baik ialah hibrid yang dapat menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu di antara 30 – 36 % dan apabila 60 – 80 % daripada biji jagung mencapai kematangan.

    ii. Manakah lebih baik diantara penuaian dilakukan pada peringkat awal daripada penuaian lewat?

    Penuaian awal bagi tanaman seperti bijirin jagung, sekoi dan gandum adalah lebih baik daripada lewat. Tetapi kehilangan nutrien hendaklah dielakkan (jangan menuai bahan tanaman yang mengandungi kelembapan melebihi 70 %). Silaj yang dituai awal mempunyai pH yang rendah, kandungan asid yang tinggi dan berkemungkinan kehilangan bahan kering jika dibandingkan dengan penuaian lewat. Penuaian terlampau lewat akan merumitkan pemotongan dan pemadatan.

    iii. Bagaimana membuat silaj daripada rumput tropika yang mengandungi kelembapan yang tinggi?

    Foraj yang dipotong hendaklah dilayukan sehingga mengandungi 30 % bahan kering. Kemudian 10 – 25 kg molas ditambah bagi setiap satu tan metrik foraj segar.

    iv. Berapakah saiz pemotongan yang sesuai?

    3/8 inci (10-12 mm) bagi jagung, sekoi dan gandum

    ½ hingga 1 inci bagi rumput

    Saiz pemotongan yang lebih pendek diperlukan bagi foraj yang agak kering berbanding dengan foraj basah.

    HASIL DAN POTENSI EKONOMI

    SILAJ

    Dengan pengeluaran sebanyak 1,100,040 kg setahun, kos pembangunan yang diperlukan adalah berjumlah RM113,490.00. Kos ini termasuk peralatan, mesin silager, tong penyimpanan dan sebagainya. Kos pengendalian sebanyak RM53,808.00 setahun diperlukan untuk mengeluarkan silaj tersebut.

    Dari pengeluaran tersebut pengeluaran se kilogram adalah sebanyak RM0.059 dan ia adalah baik memandangkan harga silaj adalah RM0.15 se kilogram. Dalam analisis ini menunjukkan bahawa kadar pulangan adalah melebihi 40 %. Ini menunjukkan projek ini berdaya maju manakala nilai kini bersih yang positif dan tinggi menunjukkan bahawa projek ini amat positif dan menunjukkan keuntungan di masa hadapan. Manakala tempoh pulangan modal yang pendek iaitu kurang dari tiga tahun adalah amat sesuai .

    Kos Pengeluaran per kg silaj

    RM0.059

    Jumlah kos tetap

    RM113,490.00

    Jumlah kos kendalian

    RM53,806.00

    Dayamaju Kewangan:

    Kadar pulangan dalaman (IRR) 42.16 %

    Nilai kini bersih (NPV) @ 10 % RM373,243.00

    Nisbah faedah kos (BCR) @ 10 % 1.95

    Tempoh pulang modal (PBP) 2.48

     

    SILAJ
    (Rumput Peram)

     

    Silaj ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.

    Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.

    Perinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.

    Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.

    Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.

    Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.

    Keperluan untuk menghasiklan silaj yang baik

    • Menghidarkan dari udara (silo yang kedap udara) untuk mengurangkan pernafasan sel-sel dan aktiviti enzim

    • Kandungan air dalam bahan diantara 65-75%

    • Kandungan karbohaidrat yang mencukupi (lebeh dari 3%) jika bijiran tidak menjadi bahan yang diperam, penambahan unsur karbohaidrat seperti jagung atau molasses adalah perlu untuk mengalakan pengeluaran asid asetik atau laktik dan menghindarkan aktiviti bakteria asid butitik.

    • Bahan hendaklah dipadatkan didalam silo dan pemeraman dilakukan dengan secepat mungkin.

    • Elakan foder yang diperam dari bercampur dengan bahan-bahan asing seperti tanah dan sebagainya.

    Sifat-sifat silaj yang baik
    a. Ph (tahap kemasaman) 4.5
    b. Kandungan asid laktik 3 – 13 %
    c. Kandungan asid butirik 0.2 %
    d. Warna hijau – kekuningan / hijau keperangan
    e. Bau menyenangkan, tidak busuk, saolah-olah bau cuka
    f. Tahap basah tidak ada lilihan nutrien
    g. Keperisiaan boleh diterima makan oleh ternakan
    h. Nilai pemakanan hampir-hampir menyerupai dengan bahan -bahan asal

    Kehilangan nutrien dalam proses pemeraman silaj

    Pemeraman melibatkan perubahan kimia, jadi kehilangan nutrien tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan. Jenis-jenis kehilangan ialah:-

    • Kehilangan nutrien (seepage losses) dalam benruk karbohidrat larutan air atau asid-asid meruap adalah dianggarkan 10 % dari bahan kering. Ini boleh dikurangkan dengan memotong foraj apabila mencapai tahap berat kering 30 – 35 % atau melayukan foder ketahap 65-75 % kandungan air sebelum diperam atau menambah bahan-bahan seperti jerami padi atau tongkol-tongkol jagong sebagai bahan mendap.

    • Kehilangan nutrien disebabkan oleh proses fermentasi ialah dianggarkan 5 % hingga 10 %

    • Kerosakan dipermukaan silaj dan juga dinding silo juga berlaku. kerosakan ini ialah diantara 0-25 % bergantung samada foder itu dipotong halus, padatan yang elok, kemasukan air hujan dan kegunaan penutup plastik yang baik.

    • Ada juga kerugian semasa memotong foder diladang

    Jenis-jenis silo

    1. Tower – silo (silo bulat)

    2. Trench silo (silo dalam tanah)

    3. Bunker silo (silo atas tanah)

    4. Plastik covered stack silo (menutup longgokan rumput dengan kain plastik)

     

    MENGUNAKAN SEMULA SISA TANAMAN (BATANG) JAGUNG UNTUK MAKANAN (SILAJ)
    TERNAKAN LEMBU PEDAGING

     

    PROSES MEMBUAT SILAJ BATANG JAGUNG (100 KG)

    Batang jagung segar dicincang


    Masuk dan memampatkan
    Kedalam bekas kedap udara


    Siram dengan larutan
    Garam 1kg.+ UREA 1/2 kg.
    Molases 1kg. + Air 4 liter


    Tutup rapat
    (Kedap udara)


    Peram selama 21 hari


    silaj


    (
    Warna hijau kekuningan & Wangi seperti bau cuka)

    CONTOH KEPADA PETANI / PENTERNAK

    Luas tanaman jagung manis – 1 ekar

    Hasil jagung : 10,000 tongkol

    Pendapatan semusim : ( @ 0.30 / tongkol )

    = RM 3,000.00

    atau

    = RM 936.00 / bulan

    Hasil daripada batang jagung

    Silaj : 6.4 m.t

    atau

    Boleh menternak 6 ekor lembu untuk tempoh 8 bulan

    Pendapatan dari jualan lembu : RM 387.00 X 6 ekor = RM 290.25 / bulan
    8 bulan

    • Pendapatan Petani Sebulan : RM 936.00 + RM 290.25 = RM 1226.25
      (tidak termasuk kos buruh)

    Kos Pengeluaran Jagung per ekar

    Tenaga : Membajak =

    Input : Baja, Benih & Racun = RM 64.00 x 3 bulan RM 192.00

    PEMILIHAN LEMBU FIDLOT

    Anak lembu Jantan

    Umor > 12 bulan

    Berat badan 150 – 200 kg.

    Baka disyorkan :

    • Fresian sahiwal
    • Brahman
    • Hereford
    • Draughtmaster
    • Kacukan tempatan

    Tempoh pemeliharaan 8 bulan

    KEPERLUAN MAKANAN (saekor lembu)

    Silaj : Purata Kadar = 5.0 kg. sehari
    atau
    1,200 kg untuk 8 bulan

    PKC : Purata kadar = 4.5 kg. sehari
    atau
    1,080 kg. untuk 8 bulan

    Nisbah : PKC : Silaj
    1,080 : 1,200
    47 % : 53 %

     

    PROJEK FIDLOT DI INSTITUT PERTANIAN

    Baka FS, DM
    Bil 10 Ekor
    Mula Julai 1998
    Makanan PKC + SILAJ
    Berat badan ( 1 ekor )

    1. Julai 1998 180 kg.
    2. Mac 1999 345 kg

    Kadar pertambahan berat badan 0.82 kg. sehari (purata)

    KANDUNGAN NUTRIEN JAGUNG MANIS VS RUMPUT NAPIER

    Nutrien Silaj Jagung Manis Rumput Napier
    Bahan Kering 23.3 (25.0) 31.6
    Protein Kasar 8.2 (9.6) 8.6
    Crude fibre 33.8 (34.5) 46.9
    Crude fat 1.6 (1.6) 1.9
    Total Ash 8.2 (8.2) 6.9
    N-free extract 48.2 (46.1) 35.7
    Phosphorus 0.22 (0.15) 0.16
    Calcium 0.46 (0.46) 0.36
    Metaboliszable (energy) 5.86 (7.28) 6.45

    TANAMAN JAGUNG MANIS

    Umor 70 – 75 hari

    Hasil Jagong
    25,000 tongkol / ha

    10,000 tongkol / ekar

    2,500 tongkol / ¼ ekar

    Silaj
    16 m.t / hektar (6.4 m.t / ekar)

    1.6 mt / ¼ ekar

    ANGARAN PENDAPATAN (Bagi saekor lembu berat – 300 kg.)

    Pendapatan Kasar :

       

    RM

    Daging (30 %) 90 kg. x 14.00 1260.00
    Tulang (7.5 %) 25 kg. x 9.00 225.00
    Organ dalam 10 kg. x 8.00 80.00
    DLL   50.00
    Jumlah   1,615.00


    KOS PENGELUARAN

     

    RM

    Anak Lembu 130 kg. @ RM 5.60 328.00
    Makanan (PKC + dll 500.00
    Jumlah 1,228.00

    Pendapatan Bersih:

    RM 1,615 – 1,228 = RM 387.00

    Note: Pemerosesan silaj dari batang jagong telah dibut di
    Institut Pertanian Titi Gantung, Perak. Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada
    Pengetua Institut Perrtanian Titi Gantung
    Tell: 053761244

    GARIS PANDUAN AMALAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING YANG BAIK

    PENGENALAN

    Persaingan pasaran komoditi ayam masa kini samada di pasaran antarabangsa mahupun dalam negeri menjadi semakin sengit. Harga, kualiti dan kebersihan hasilan adalah antara faktor utama kepada jaminan pasaran. Penilaian orang ramai dan pengguna terhadap keselamatan makanan, kualiti alam sekitar, kesejahteraan kehidupan dan kebajikan ternakan juga turut berubah.

    . Pengeluar harus peka dengan perubahan kehendak pasaran dan orang ramai. Maka itu, kaedah amalan pengurusan perladangan perlu berubah. Ladang harus diurus dengan lebih cekap supaya menjadi lebih produktif, berdayasaing, aktiviti perladangan mesra alam dan hasilan sesuai untuk makanan pengguna. Keperluan kebajikan ternakan dan pekerja juga harus diberi perhatian. Keyakinan tinggi pengguna dan orang ramai terhadap perladangan ayam perlu dibentuk, dengan itu akan membantu menjaminkan pengeluaran berterusan dan pulangan pelaburan.

    Kertas Garis Panduan Amalan Perladangan Ayam Pedaging Yang Baik ini disediakan untuk panduan kepada pengusaha ayam daging menerapkan amalan perladangan yang baik bagi meningkatkan mutu perladangan ke arah mewujudkan ladang yang berkualiti, produktif, berdayasaing tinggi dan mesra sosio-persekitaran.


    1. PENGURUSAN

    Kesihatan Pekerja

    Menentukan semua pekerja mempunyai tahap kesihatan yang baik. Program berkala pemeriksaan kesihatan pekerja diaturkan

    Tugas Pekerja

    Menyediakan senarai tugas setiap pekerja
    Setiap pekerja ladang jelas tugas dan tanggungjawab mereka
    Menyelia tugas pekerja, mengenalpasti kelemahan dan mengambil tindakan pembaikan sewajarnya

    Latihan

    Menyediakan dan melaksanakan program latihan kepada pekerja dari masa ke semasa
    2. MEMBANGUN LADANG DAN PRASARANA


    2.1 Lokasi
    a) Lokasi tapak untuk membangunkan ladang tidak termasuk dalam kawasan struktur perancangan pembangunan daerah atau berhampiran dengan kawasan yang berkemungkinan tinggi akan dibangunkan untuk kepentingan awam

    b) Lokasi yang mempunyai kemudahan dan prasarana asas yang baik, sempurna dan mencukupi (Perhubungan jalanraya/ jalan ladang, sistem saliran, sumber bekalan elektrik dan sebagainya)

    c) Lokasi yang mempunyai ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5 kilometer jarak dari ladang unggas yang terhampir.

    d) Sekurang-kurangnya 0.20 kilometer dari kawasan pembangunan seperti kawasan perbandaran, perindustrian, pelancongan, penempatan awam dan kemudahan awam.

    e) Ladang tidak dibangunkan berhampiran tasik, kolam dan sebagainya yang selalu disinggahi oleh “migratory birds”

    2.2 Reban
    a) Reban dibina di kawasan berasingan dari kawasan premis-premis bukan pengeluaran dan dipagar memisahkan antara keduanya

    b) Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam

    c) Rekabentuk, ukuran, binaan reban dan bahan digunakan membolehkan:

    • Ventilasi dalam reban yang optimum, selesa dan tidak menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan ayam serta keselesaan dan kesihatan pekerja
    • Kerja sucihama yang berkesan

    Ventilasi reban :
    a) Suhu dalam reban di bawah 30°C (suhu optimum 22-26°C). Kadar kelembapan dalam reban kurang dari 70 peratus

    b) Bangunan atau pokok-pokok berhampiran reban tidak menghalang peredaran udara.

    Rekabentuk reban :

    PERKARA JENIS TERBUKA JENIS TERTUTUP
    Lebar reban tidak kurang dari 10 meter tidak lebih dari 12 meter
    Panjang reban bergantung kepada keperluan tidak lebih dari 150 meter
    Tinggi dinding ke atap sekurangnya 2.7 meter

    Tinggi lantai ke bumbung sekurangnya 3.6 meter

    4 meter

    Tinggi lantai ke siling

    2.1 – 3.0 meter

    Tinggi tanah ke lantai ( pungut tahi ayam secara manual) : 1.95 meter (pungut tahi ayam secara manual) : 1.95 meter
    Panjang tepi atap sekurangnya 0.9-1.2 meter

    sama

    Cerun atap sekurangnya 1-20 darjah

    sama

    a) Paksi memanjang reban sebaiknya mengarah timur-barat untuk mengurangkan kesan langsung pancaran matahari ke atas ayam

    b) Jarak antara reban sekurangnya sama dengan lebar reban

    c) Reka bentuk tidak mendedahkan ayam kepada kecederaan.

    d) Reban mempunyai pintu yang cukup untuk keselamatan pekerja dan ayam semasa kecemasan. Bagi reban jenis tertutup seeloknya dipasang alat amaran kecemasan (alarm signal)

    2.3 Pelan Ladang
    a) Menyediakan pelan struktur ladang yang menunjukkan jalan utama ke ladang , pembangunan persekitaran seperti kampung, pekan dan sumber air berhampiran.

    b) Menyediakan pelan struktur yang menunjukkan kedudukan reban-reban dan lain-lain prasarana ladang.

    3. MAKANAN
    3.1 Makanan
    a) Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersamaan dengannya oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

    b) Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu, pertumbuhan kulat dan pembiakan serangga.

    c) Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung.

    d) Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan.

    e) Makanan tidak disimpan lama. Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang 15sm. f) Memantau mutu dan kebersihan makanan dari masa ke semasa.

    3.2 Air Minum
    a) Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan

    b) Mengelakkan air minuman dari dicemari. AIr minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci.

    c) Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan.

    d) Memantau kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna) dari masa ke semasa.

    Kandungan air minuman yang baik
    pH 6.5 – 8.0
    Jumlah pepejal terlarut < 550 ppm
    Klorida < 250 ppm
    Besi < 0.3 ppm
    Sulfat < 250 ppm
    Nitrat < 10 ppm
    Nitrit < 1 ppm
    Klorin < 0.05 ppm
    Oksigen 7 – 14

    4. TERNAKAN


    4.1 Anak Ayam
    a) Memperolehi anak ayam dari ladang baka atau ladang penetasan yang diakreditasi oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau yang mengamalkan prosedur pengurusan yang diperakukan bersamaan dengan syarat akreditasi

    b) Melakukan kawalan mutu anak ayam semasa penerimaan.

    c) Sebaiknya anak ayam diperolehi dari induk yang sama “flock” atau sama umur.

    d) Anak ayam dari sumber berlainan tidak dipelihara di dalam “flock” yang sama.

    5. PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN


    5.1 Panduan Pengurusan
    a) Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk minum, pengurusan ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan berkaitan b) Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja 5.2 Kawalan dan Jaminan Kualiti
    a) Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik. b) Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan perladangan tidak menyebabkan :

    • pencemaran dan gangguan kepada persekitaran
    • perebakan penyakit

    c) Menyediakan program kepastian kualiti

    5.3Rekod Ladang

    Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian vaksin dan lain-lain). Rekod-rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.

    5.4 Memantau Prestasi
    a) Menyediakan norma-norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan pengurusan. b) Menilai kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.

    6. KESIHATAN TERNAKAN


    6.1 Program Keishatan
    a) Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya dengan betul.

    b) Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf

    c) Program kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa.

    6.2 Kawalan Penyakit
    a) Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.

    b) Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria), c) Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

    6.3 Biosekuriti
    a) Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan melaksanakannya dengan betul.

    b) Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna

    • Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya dengan ‘chain link’ dan diselelenggara baik
    • Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang
    • Menyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan.
    • Menyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.

    c) Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuriti

    • Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja digunakan.

    • Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.

    • Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahan

    d)Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja. e) Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu.

    6.4 Ubatan, Racun dan Bahan Kimia
    a) Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengiukut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.

    b) Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.

    c) Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

    6.5 Vaksin dan Program Pemvaksinan

    Umur Jenis Vaksin Kaedah
    1 hari ND + IB Intranasal
    7 hari ND + IB Intranasal
    14 hari IBD Oral
    21 hari ND + IB Oral

    a) Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan melaksanakannya dengan betul.

    b) Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.

    c) Vaksin disimpan, dikendali dan diguna mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya,

    d) Baki vaksin yang telah diguna tidak digalak diguna semula.

    e) Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.

    f) Memantau keberkesanan pemvaksinan yang dijalankan.

    6.6 Sucihama
    a) Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk.

    b) Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali digunakan, menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum diguna semula.

    c) Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat.

    7. SANITASI


    7.1 Kebersihan
    a) Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan premis.

    b) Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam kawasan ladang.

    c) Menyelenggara baik sistem saliran ladang.

    7.2 Pelupusan Sisa Ladang
    a) Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna: ditanam di dalam lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar di tempat bertutup, dikompos.

    b) Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.

    c) Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.

    d) Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan sumber air

    8. KAWALAN MAKHLUK PEROSAK
    8.1Protokol Kawalan

    Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan diperbaiki jika perlu.

    8.2 Binaan Reban dan Setor
    a) Membina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis tikus.

    b) Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal burung dari memasuki ke dalam reban dan setor, saiz dan pemasangannya mempastikan burung tidak boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala dibuat untuk mementukan ianya sentiasa berkeadaan baik.

    c) Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan ladang yang menarik tikus dan burung membuat sarang.

    8.3 Tumbuhan dan Pokok
    a) Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban. Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran dengan reban diselenggara baik.

    b) Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput dalam jarak 30 meter dari kawasan reban supaya tidak melebihi 15 sentimeter bagi mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-kurangnya dalam jarak 0.9m. sekeliling reban.

    8.4 Kawalan Tikus
    a) Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod sempurna.

    b) Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10

    c) Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.

    9. KAWALAN PENCEMARAN


    9.1 Kawalan Lalat
    a) Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.

    b) Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini.

    9.2 Kawalan Bau
    a) Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.

    b) Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran.

    9.3 Kawalan Habuk

    Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.

    9.4 Pencemaran Bunyi

    Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.

    10. KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA


    10.1 Pengurusan Ternakan Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan, penangkapan dan pengangkutan.

    • Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupi
    • Sesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masa
    • Mempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang memudaratkan kesihatan
    • Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat pembesaran ayam
    • Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai dengan peringkat pembesaran
    • Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.
    • Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannya
    • Mengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem ventilasi yang baik
    • Menyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada kenderaan yang mengangkut ayam

    10.2 Pengurusan VentilasiMemantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja.

    Paras gas hendaklah seperti berikut:

    Gas ammonia di bawah 20 ppm
    Gas karbon monosida di bawah 40 ppm
    Gas karbon dioksida di bawah 0.3%
    Gas oksigen di atas 16%
    Gas hidrogen sulfida di bawah 5 ppm

    10.3 Kemudahan Pekerja
    a) Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.

    b) Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang c) Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

    GARIS PANDUAN AMALAN PENTERNAKAN AYAM PENELUR YANG BAIK

    Globilisasi pasaran, perubahan nilai pengguna dan orang ramai terhadap produk, kualiti alam dan kebajikan ternakan akan mengancam aktiviti perladangan dan pengeluaran telur ayam. Kaedah perladangan yang dapat meningkatkan dayasaing, perladangan yang mesra sosio-persekitaran, menjamin kesihatan pengguna dan menjaga kebajikan ternakan dan pekerja perlu diterapkan untuk jaminan pengeluaran dan pasaran yang berterusan. Perubahan ini perlu dilakukan bagi mempastikan dayamaju
    pelaburan yang dibuat. Garis Panduan Amalan Perladangan Ayam Penelur Yang Baik ini disediakan untuk memandu pengusaha ayam penelur dalam meningkatkan kualiti pengurusan ladang ke arah mewujudkan industri ayam penelur yang berkualiti, berdayasaing dan diyakini oleh pengguna dan orang ramai.


    PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN

    Panduan Pengurusan

    Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang berkaitan

    Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja

    Kawalan dan Jaminan Kualiti

    Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik..

    Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan tidak menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta perebakan penyakit.

    Menyediakan program kepastian kualiti

    Mengendali Ayam dan Telur

    Memungut telur beberapa kali sehari

    Menyimpan telur yang bersih berasingan dari yang kotor dan pecah.

    Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian telur dipastikan bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan.

    Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan bersih. Ruang menggred telur dicuci selepas selesai kerja pada hari berkenaan.

    Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang bersih, bersuhu rendah dan ventilasi yang baik.


    Rekod Ladang

  • Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian vaksin, pengeluaran telur, gred telur dan lain-lain). Rekod-rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.
  • Memantau Prestasi
  • Menyediakan norma-norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan pengurusan menilai kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.(index productivity)
  • KESIHATAN TERNAKAN

    Program Kesihatan

  • Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya dengan betul.
  • Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf
  • Program kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa.
  • Kawalan Penyakit

  • Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
  • Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria),
  • Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

  • Biosekuriti

  • Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan melaksanakannya dengan betul.
  • Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna
  • Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya dengan ‘chain link’ dan diselelenggara baik
  • Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang
  • Menyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan
  • Menyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.
  • Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuriti
  • Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja digunakan.
  • Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.
    Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahan
  • Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja.
    Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu.
  • Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

  • Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.
  • Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.
  • Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

  • Vaksin dan Program Pemvaksinan

  • Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan melaksanakannya dengan betul
  • Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.
  • Vaksin disimpan. dikendali dan diguna mengiukut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.
  • Baki vaksin yang telah dighuna tidak digalak diguna oleh kerajaan sahaja
  • Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.
  • Memantau keberkesanan pemvakasinan yang dijalankan.
  • Sucihama

  • Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk.
  • Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali digunakan dan menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum diguna semula.
  • Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat
  • .

    SANITASI


    Kebersihan

  • Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan premis.
  • Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam kawasan ladang.
  • Menyelenggara baik sistem saliran ladang.

  • Pelupusan Sisa Ladang

  • Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna ( ditanam di dalam lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar di tempat bertutup, dikompos).
  • Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.
  • Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.
  • Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan sumber air

  • KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

    Protokol Kawalan

  • Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan diperbaiki jika perlu.
  • Binaan Reban dan Setor
  • Membina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis tikus.
  • Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal burung dari memasuki ke dalam reban dan setor, saiz dan pemasangannya mempastikan burung tidak boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala dibuat untuk mementukan ianya sentiasa berkeadaan baik.
  • Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan ladang yang menarik tikus dan burung membuat sarang.

  • Tumbuhan dan Pokok

    Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban. Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran dengan reban diselenggara baik.

    Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput dalam jarak 30 meter dari kawasan reban supaya tidak melebihi 15 sentimeter bagi mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-kurangnya dalam jarak 90 sm. di sekeliling reban.

    Kawalan Tikus

    Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.


    KAWALAN PENCEMARAN

    Kawalan Lalat

  • Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.
  • Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini.
  • Kawalan Bau

  • Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.
  • Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran.
  • Kawalan Habuk

  • Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.
  • Pencemaran Bunyi

  • Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.
  • KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA

    Pengurusan Ternakan
    Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan, penangkapan dan pengangkutan.

  • Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupi
  • Sesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masa
  • Mempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang memudaratkan kesihatan
  • Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat pembesaran ayam
  • Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai dengan peringkat pembesaran
  • Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.
  • Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannya
  • Mengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem ventilasi yang baik
  • Menyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada kenderaan yang mengangkut ayam
  • Pengurusan Ventilasi
    Memantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Paras gas hendaklah seperti berikut:

    Gas ammonia di bawah 20 ppm
    Gas karbon monosida di bawah 40 ppm
    Gas karbon dioksida di bawah 0.3%
    Gas oksigen di atas 16%
    Gas hidrogen sulfida di bawah 5 ppm

    Kemudahan Pekerja

    Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.

    Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang
    Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

    Galeri Ayam Penelur

    ayam.jpg
    Mengutip telur ayam

    ayam2.jpg
    sangkar ayam

    PANDUAN MENTERNAK AYAM PEDAGING


    PERANCANGAN PROJEK

     


    Di dalam mengusahakan sesuatu projek, empat perkara perlu diberi perhatian, iaitu:

    • Modal
    • Ladang
    • Pengurusan
    • Pasaran

    Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai satu kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan, besar kemungkinan usaha tersebut akan menemui kegagalan.


    MODAL

    Di dalam menjayakan projek ini, modal yang diperlukan adalah seperti berikut:

      • KOS TETAP:
    • Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 1 ekor 1 – 1 kaki persegi)
    • Tangki air (serta sambungan pvc)
    • Alat pemanas (jika menggunakan hover : 1 hover kecil = 500 ekor anak ayam)
    • Bekas minuman anak ayam ( 4 biji = 100 ekor)
    • Bekas makanan anak ayam ( palung panjang : 3 biji = 100 ekor)
    • Bekas minuman automatik ( 2 biji = 100 ekor)
    • Bekas makanan ayam jenis gantung (2 biji = 100 ekor)
    • Setor minyimpan peralatan dan makanan ayam
    • Lain-lain perbelanjaan luar jangka
      • KOS BERULANG
    • Anak ayam
    • Makanan Ayam – makanan permulaan dan makanan penghabisan
    • Elektrik/minyak tanah atau gas/air
    • Vaksin dan ubatan
    • Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
    • Susut nilai atas alatan (3 tahun)
    • Faedah pinjaman bank
    • Lain-lain perbelanjaan luar jangka

    KEPERLUAN ASAS LADANG

    Pemilihan Kawasan

    • Keluasan yang mencukupi

     

    • Mempunyai pengaliran yang sempurna
    • Seelok-elok di kawasan yang tinggi supaya mendapat udara yang baik
    • Jauh dari kesibukan, mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan letrik, bekalan air yang bersih dan selamat dari musuh ayam

     

    • Tidak bercampur aduk dengan ternakan lain seperti itik dan ayam kampong

     

    • Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan
    • Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran

    Sistem dan Bentuk Perumahan

    Rumah atau bangsal ayam mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

    • Peredaran udara yang sempurna. peredaran udara yang baik menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis ayam.
    • Saiz rumah, mestilah sesuai dengan jumlah ayam. Jangan membina terllu kecil atau besar kerana ianya tidak menguntungkan. Saiz yang sesuai ialah 1 kaki persegi bagi satu ekor ayam dewasa.

    Contoh: 5000 ekor ayam ialah 5000 kaki persegi.

    • Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki (1 bangsal) atau 25 kaki x 100 kaki (2 bangsal)
    • Kedudukan bangsal, seelok-eloknya hendaklah dibina mengikut arah Timur ke Barat supaya dapat mengurangkan kesan panas kepada ayam.

    Sistem Perumahan

    Boleh dibahagi kepada 2 iaitu:

    • Sistem Lantai Atas
    • Sistem Lantai Bawah

    PENGURUSAN

    Maju atau mundur sesuatu projek adalah bergantung kepada kecekapan pengurusan. Penternak yang cekap akan menitikberatkan semua aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos perbelanjaan yang minima.

    Di dalam pengurusan ayam daging, beberapa aspek pengurusan mestilah tersemat di dalam diri penternak. antaranya ialah:


    PEMILIHAN BAKA

    Ciri-ciri anak ayam yang berkualiti

    • Aktif, mata terang dan bulat, kaki kuat, berdiri dengan baik dan bulunya kering dan lembut.
    • Saiznya tidak terlalu kecil dan mempunyai saiz yang sama .
    • Bebas dari kecacatan seperti kaki bengkok, tali pusat yang tidak kering, kepak patah, buta dan sebagainya.
    • Belilah anak-anak ayam daripada pembekal atau mendapat keterangan lanjut.

    PEMAKANAN

    Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan oleh penternak. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan. Penternak mestilah memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan dan menyimpan.

    Terdapat 2 jenis makanan ayam pedaging:

    • Makanan permulaan untuk ayam berumur 1 hari – 4 minggu

    (kandungan protin kasar = 22 – 24 %)

    • Makanan pengemok/penghabisan untuk ayam berumur 5 minggu – 7 minggu/jual

    (kandungan protin kasar = 19 – 20 %)

    • Makanan diberi tanpa had.


    PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT

    Terdapat banyak jenis penyakit ayam. Penyakit yang biasa menyerang dan memerlukan kawalan diperingkat awal ialah:

    • Sampar
    • Puru ayam
    • Saluran Pernafasan
    • Pullorum (Berak Kapor)

    Oleh itu jadual untuk menyuntik ayam-ayam bagi melawan serangan penyakit seperti sampar dan puru ayam perlulah diadakan.jadual suntikan yang mesti diikuti oleh setiap penternak ialah:

    Umur 1 hari – Sampar “F”

    Umur 3 minggu – Cacar puru

    Umur 6 minggu – Sampar “S”

    Selain itu penternak haruslah mengawal kawasan rumah ayam tersebut dari dicerobohi oleh anasir-anasir pembawa kuman seperti burung, ayam kampong dan lain-laian ternakan. Kemasukan orang luar dan pelawat haruslah ditegah sama sekali.


    PEMASARAN

    Pemasaran ayam yang telah meningkat dewasa adalah patut difikirkan. Pasaran yang baik dari segi permintan dan harga menjamin kejayaan projek.

    Strategi Pemasaran

    Empat faktor penting yang boleh dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaannya:

    • Tempat (Berdekatan dengan pasaran, tiada masalah perhubungan).
    • Pengeluaran (Boleh dijual dalam bentuk hidup, bersih dibekukan, dan bahagian berpotong dll.)
    • Harga (Berbeza mengikut tempat dan saluran pemasaran)
    • Pengiklanan (Biasanya dilakukan oleh pengusaha besar)

    Pendapatan

    Pendapatan – Kos Berulang


    Kos Pengeluaran Se kg

    Kos Berulang
    Berat ayam


    PENYIMPANAN REKOD

    Penternak hendaklah menyediakan catitan setiap aktiviti melibatkan kewangan. 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah:-

    1. Rekod Pengurusan

    • Untuk membaiki kelemahan pengurusan disetiap peringkat
    • Menentukan baka ayam yang baik
    • Menentukan jenis makanan yang baik
    • Mengurangkan kadar kematian
    • Menggunakan ubat-ubat yang sesuai.

    2. Rekod Kewangan

    • Menentukan paras keuntungan/kerugian
    • Mengurangkan kos-kos yang membazir
    • membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan projek dimasa-masa akan datang.

    PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN

    salted20egg.jpg

    Pendahuluan

    Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

    Bahan Mentah

    Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

    BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
    Telur Itik (biji) 2500 500 100
    Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
    Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
    Air (liter) 15 5.0 0.60
    Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

    Cara memproses

    • Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
    • Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
    • Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
    • Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
    • Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
    • Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
    • Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

    PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

    PENDAHULUAN

    Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

    TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

    Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

  • Telur dan daging untuk makanan keluarga
  • Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  • Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
  • KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
  • SISTEM PERUMAHAN

  • Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
  • 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  • kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  • gunakan peralatan makan/minum yang murah.
  • PEMAKANAN AYAM

    Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain
  • PENGURUSAN

    Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

  • Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  • Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  • Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

  • Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  • Boleh dilepaskan pada siang hari
  • Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  • Sediakan sarang bertelur
  • Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
  • PEMBIAKAN

  • Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  • 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  • Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  • Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  • Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
  • KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

    Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  • Warisan
  • Pemakanan
  • Pengurusan
  • Persekitaran
  • Jangkitan
  • Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  • Reban sentiasa bersih
  • Anak ayam bebas dari penyakit
  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  • Pelawat perlu dikawal
  • Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
  • Program Pencegahan penyakit

  • Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  • Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  • Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

  • Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  • Kurang nafsu makan
  • Monyok dan tidak aktif
  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  • Muka bengkak
  • Berak cair atau berdarah
  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
  • JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  • Sampar ayam (ND)
  • Penyakit Gumboro (IBD)
  • Puru
  • Salmonellosis
  • Pasteurellosis
  • Lain-lain
  • Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

    Galeri Ayam Kampung

    ayam054.jpg
    Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.

    ayam055.jpg
    Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)

    ayam56.jpg
    Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas

    ayam051.jpg
    Anak ayam yang berumur 1 bulan

    ayam052.jpg
    Anak ayam yang berumur 3 hari

    ayam053.jpg
    Anak ayam diletakkan dibawah pemanas

    ayampdrk1.jpg
    Ayam yang berumur 2 bulan