Hasil organik

15org1.jpg

SOM patut digunakan sebagai piawaian untuk elak petani dakwa keluar produk guna kaedah semula jadi

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, ramai mengerut dahi apabila mendengar istilah pertanian organik. Hari ini, kaedah pertanian ini bukan saja dikenali malah ada kedai khusus menjual produk pertanian organik.

Sejak diperkenalkan 1987, perkembangan pertanian organik di Malaysia amat perlahan. Pada 2001, hanya ada 131 hektar kawasan pertanian organik. Bagaimanapun keluasan kawasan pertanian organik meningkat mendadak hingga 2,367 hektar tahun lalu.

Pakar pertanian melihat peningkatan permintaan terhadap produk pertanian organik mempunyai kaitan rapat dengan kemajuan negara, terutama dari segi perubahan gaya hidup, kemahuan dan cita rasa penduduk.

Jika dulu, makan sayur dianggap baik untuk kesihatan, tetapi anggapan itu tidak lagi diterima sepenuhnya kerana amalan penggunaan racun perosak secara berleluasa menimbulkan risiko bahaya terhadap kesihatan manusia.

Ini diakui Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Sofian Mohd Salleh, yang berpendapat perkembangan pesat pertanian organik adalah hasil kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang bukan saja sedap, tetapi selamat.
15org2.jpg
TANAMAN organik di Lembah Kenaboi, Jelebu.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Aini Zakaria, berkata penggunaan bahan kimia dalam pertanian konvensional menyebabkan tanah berasid dan keupayaan memegang air menurun, selain memusnahkan mikrob organisme yang bermanfaat kepada tanaman.

Katanya, pertanian organik seboleh-bolehnya mahu bergantung kepada alam semula jadi dengan mikrob organisme membekalkan nutrien kepada tanaman.

“Penggunaan bahan kimia, sama ada baja atau racun menyebabkan bahan ini larut dalam tanah dan apabila hujan, dibawa arus air dan menjadi sumber pencemaran.

“Petunjuk pencemaran dapat dilihat apabila projek pertanian dijalankan di atas bukit, kawasan bawah bukit kehijauan menunjukkan nitrat banyak di situ. Nitrat yang memasuki sungai boleh menjejaskan hidupan sungai,” katanya.

Bagaimanapun, pertanian organik menghadapi beberapa cabaran, terutama dari segi ketulenan produk organik yang dijual di pasaran.

Antara kebimbangan utama ialah keghairahan pengguna mendapatkan makanan selamat mendorong pengeluar produk bukan organik atau tidak memenuhi piawaian organik berlumba-lumba melabelkan produk masing-masing dengan nama organik.

Ini juga didorong harga produk organik lebih mahal. Sesetengah jenis sayur-sayuran organik seperti kacang panjang berharga RM12 sekilogram, berbanding RM2.60 dari ladang konvensional.

Ketika ini, sesiapa pun boleh mendakwa mengeluarkan produk organik walaupun kaedah yang digunakan tidak sepenuhnya organik.

Antara kaedah pihak tidak bertanggungjawab termasuk menggunakan racun kimia kepekatan rendah untuk membunuh serangga kerana lebih menjimatkan, berbanding kaedah organik yang lebih rumit.

Persijilan Skim Organik Malaysia (SOM) yang diperkenalkan Jabatan Pertanian adalah jawapannya kerana mengenakan syarat sebelum sesebuah ladang boleh mengaku mengeluarkan produk organik.

SOM adalah berasaskan Malaysian Standard MS 1529:2001 serta dua standard antarabangsa, iaitu IFOAM (Persekutuan Gerakan Pertanian Organik Antarabangsa) dan Standard Codex FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Piawaian SOM menggariskan keperluan berkaitan pengeluaran, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan penjualan yang bertujuan memastikan produk organik di pasaran dikeluarkan mengikut kaedah dan standard ditetapkan.

Berdasarkan standard yang ketat, hanya tujuh dari 70 ladang yang mengemukakan permohonan mendapat persijilan SOM sejak diperkenalkan pada 2004.

Bagaimanapun SOM belum diwajibkan di Malaysia menyebabkan ladang yang mempunyai SOM perlu bersaing dengan pengeluar lain yang kaedah pertanian organik tidak diketahui.

Ketika ini, setiap pasar raya yang membeli produk organik dari ladang mempunyai cara masing-masing untuk menentukan ketulenan produk yang dibeli dan mengabaikan SOM yang sepatutnya menjadi standard.

Ponak Plantation dapat pengiktirafan, sijil SOM

IMPIAN Pengerusi Eksekutif Ponak Plantation Sdn Bhd, Roslan Md Darus, ialah dalam tempoh beberapa tahun lagi, produk organik yang kini hanya dibeli golongan berada mampu dibeli semua peringkat rakyat.

Anak jati Kuala Pilah itu menceburi pertanian organik secara komersial pada 2002 walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian, apatah lagi organik yang masih baru di negara ini.

Selepas tujuh tahun, ladang organik di kawasan lembah Kenaboi, Jelebu, mula membuahkan hasil dan dijual di pasar raya hiper seperti Carrefour, Tesco dan Jaya Jusco seluruh negara.

Roslan, 48, berkata dia memilih tanaman organik kerana daripada pemerhatiannya mendapati ramai orang mati kerana makanan yang dimakan setiap hari tidak lagi selamat akibat penggunaan racun dan bahan kimia.

“Di Eropah dan Jepun, pertanian konvensional semakin ditinggalkan dan jika diamalkan, adalah separuh organik,” katanya.

Berbekalkan kesedaran itu dan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Roslan memajukan 28 hektar kawasan hutan yang dibalak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan kini berusaha meningkatkan pengeluaran di kawasan seluas 40 hektar.

Katanya, kos infrastruktur peringkat awal adalah tinggi dengan kemudahan pengairan saja menelan belanja RM8 juta.

“Perancangan Ponak Plantation ialah memajukan kawasan 161 hektar dengan sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan, termasuk ikan air tawar yang menggunakan kaedah organik,” katanya.

Katanya, antara keistimewaan Ladang Ponak ialah sumber air dari kawasan bukit yang tidak tercemar.

Kini Roslan boleh berbangga kerana ladang organik itu adalah antara tujuh ladang organik di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Skim Organik Malaysia (SOM).

Malah kepakaran Ponak Plantation mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memintanya menguruskan tanaman organik di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Roslan berkata, sayur organik dimakan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, yang ketika itu menghidap barah payudara.

Sementara itu Pengurus Ponak Plantation, Rosli Mansor, berkata selepas bantuan awal Jabatan Pertanian, syarikat membuat penyelidikan sendiri, terutama membuat kompos dan teknik melawan serangan serangga perosak.

Katanya, walaupun ada panduan membuat kompos, tetapi cabarannya adalah untuk menghasilkannya kerana sukatan yang tidak tepat menyebabkan hasil tidak menepati sasaran. Keadaan yang sama membabitkan membuat racun organik.

“Lokasi ladang berhampiran hutan menyebabkan pelbagai jenis serangga perosak datang. Kami menggunakan pelbagai cara seperti menanam pokok jagung yang bunganya menarik serangga yang membunuh serangga perosak.

“Kelambu juga dipasang dan ini berjaya mengurangkan tanaman dirosakkan serangga,” katanya.

7 thoughts on “Hasil organik

  1. Kepada para pengusaha pertanian atau penanaman sayuran organik, pengusaha Nursery , Lanskap dan perladangan.Anda tidak perlu risau akan kehabiasan bekalan BAJA ORGANIK…

    Kami dari OMSB group adalah pembekal utama baja organik VERMICAST / VERMICOMPOST. Kami mencari mereka-mereka yang memerlukan BAJA ORGANIK VERMICAST / VERMICOMPOST dalam skala yang besar dan juga pembekalan yang berterusan.

    Produk kami 100% organik dari cacing tanah berbentuk pallet dan jugak berbentuk serbuk. sekitar rm3 ke rm 5 sekilo (1KG). Pengambilan dalam skala yang besar kami akan memberi harga yang amat berpatutan..

    berminat sila hubungi :

    Mohd Shahreen 0122574058

    untuk pertanyaan,appointment dan perbincangan lanjut.

    Kami 100% syarikat Bumiputera

    P/S : AGEN dan STOKIS juga diperlukan SEGERA!!! ..KOMISYEN LUMAYAN menanti ANDA!!

  2. Assalamualaikum….
    Kepada semua petani2 yang mengamalkan skim pertanian organik,disini ada berita baik kami adalah salah sebuah syarikat yang membekalkan baja vermikompos(baja cacing) secara pukal yang menawarkan harga termurah iaitu RM1.50perkg.

    Jika ada sesiapa yang berminat sila hubungi di talian :012-4317005

    Harga masih boleh dirunding.

  3. Assalamualaikum…..

    Saya berminat menanam berbagai jenis sayuran seperti cili, terong, kacang, bende dan juga menanam beberapa jenis herba ulaman termasuk selom, ulam raja, pudina, kesom dan lain-lain. Pokok-pokok kedondong, roselle, nape, dukung anak, salam dan lain-lain juga ada saya tanam di halaman rumah.

    Persoalan saya, saya tidak suka mengguna racun perosak biasa atau daripada bahan kimia.

    Apakah pilihan saya untuk mengatasi masalah penyakit tanaman tanpa menggunakan racun kimia biasa?

  4. JUTAWAN GLOBAL

    SUPER BIO-1.
    BAJA CECAIR ORGANIK.

    KEARAH MEWARNAI PERTANIAN MALAYSIA LEBIH BERKUALITI.

    – SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.
    – PEMBAJAAN DILAKUKAN PADA MASA SUHU TANAH RENDAH IAITU SAMA ADA PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA SUPER BIO-1
    – MENGAWAL KELEMBAPAN DAN KADAR PENYERAPAN NUTRIENT.
    – MEMPERBAIKI EKOLOGI DAN STURKTUR TANAH.
    – MENINGKATKAN PENGUDARAAN DALAM TANAH.
    – MERENCATKAN PERTUMBUHAN BAKTERIA JAHAT/ PENYAKIT / SERANGGA.
    – MERAWAT BAU.
    – MENGGALAKKAN PENGAKARAN,PERTUMBUHAN DAN PEMBUNGAAN.
    – MENYAHTOKSIK SISA RACUN RUMPAI DAN RACUN SERANGGA DALAM TANAH.
    – MESRA ALAM TANPA KESAN SAMPINGAN.

    SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.

    KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SILALAH HUBUNGI KAMI DI NO YANG YERSEDIA.

    SHAM 013-7889917
    HAS 016-2911208
    NURUL 017-2966437
    HASRIN 017-3557264

    UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG SUPER BIO-1 SILA BACA ISI YANG SELANJUTNYA.

    KESAN – KESAN PENGGUNAAN BAJA CECAIR ORGANIK SUPER BIO-1 – TEKNOLOGI BIO.

    1. PERTUMBUHAN POKOK AKAN LEBIH TERANGSANG DAN MENAMBAHKAN PENINGKATAN DALAM PEMBESARAN.
    2. MEMBANTU MENINGKATKAN HASIL YANG SEDIA ADA SUPAYA LEBIH BERKUALITI.
    3. MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN TUMBUHAN MEMBUAT MAKANAN MELALUI PROSES FOTOSINTESIS YANG MENJADIKAN DAUN LEBIH HIJAU.
    4. MENINGKATKAN KEMAMPUAN DALAM MENGHASILKAN BAJA ORGANIK YANG DIPERLUKAN OLEH TUMBUHAN.
    5. MEWUJUDKAN SATU SISTEM KETAHANAN DALAM TUMBUHAN YANG MENJADIKAN LEBIH TAHAN DALAM MENGHADAPI SERANGAN SERANGGA DAN PENYAKIT.
    6. KEADAAN TANAH AKAN DAPAT DIPULIHKAN KEPADA KEADAAN ASALNYA TANPA PENCEMARAN SAMA ADA DARI SEGI FIZIKAL ,KIMIA DAN BIOLOGINYA SECARA BERANSUR – ANSUR.
    7. MENGHALANG KEHADIRANPELBAGAI BAKTERIA DAN SERANGGA PEROSAK YANG DATANG DARI TANAH.
    8. MENGURANGKAN PENGAMBILAN BAJA KIMIA DAN SEKALIGUS MENGURANGKAN KOS DAN TENAGA PEKERJA KERANA TEKNOLOGI INI MAMPU MENJANA BAJA ORGANIK DARIPADA SISA – SISA TANAMAN , MAKANAN ,RUMPAI DAN KESUBURAN TANAH DAPAT DIKEKALKAN.
    9. HASIL YANG DIPEROLEHI MENINGKAT DAN LEBIH BERKUALITI DENGAN MASA PERTUMBUHAN YANG LEBIH CEPAT. PENUAIAN YANG PANTAS DAPAT MENGHINDAR DARIPADASERANGAN PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN.
    10. PERTUMBUHAN AKAR AKAN LEBIH AKTIF DAN KEUPAYAAN MENYERAP ZAT DAPAT DIPERTINGKATKAN DI SAMPING MENINGKATKAN KANDUNGAN AIR DALAM TANAH.
    11. MEMBEKALKAN TANAMAN DENGAN MAKRO DAN MAIKRO NUTREIN YANG SANGAT DIPERLUKAN OLEH TUMBUHAN.
    12. MENGURANGKAN KEASIDAN TANAH DAN MENINGKATKAN TAHAP PH DISAMPING MENGEKALKAN KESUBURANNYA.
    13. HASIL TANAMAN AKAN LEBH BERKUALITI KERANA DIHASILKAN SECARA ORGANIK.

    SUKATAN DAN CARA PENGGUNAAN BAJA CECAIR SUPER BIO-1

    JENIS TANAMAN.
    POKOK KELAPA SAWIT , POKOK GETAH DAN POKOK KELAPA.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. TEBUK TANAH SEDALAM 3 INCI DIANTARA JARAK 1 KAKI DARI PANGKAL POKOK KIRI DAN KANAN.
    2. TUANGKAN 100ML BAJA CECAIR PADA SETIAP KIRI DAN KANAN LUBANG. ( LAKUKAN 3 BULAN SEKALI )
    3. PEMBAJAAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    POKOK BUAH –BUAHAN : JAMBU , BETIK ,RAMBUTAN ,LIMAU , PISANG ,BUAH NAGA DAN LAIN – LAIN.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. TEBUK TANAH SEDALAM 3 INCI DIANTARA JARAK 1 KAKI DARI PANGKAL POKOK KIRI DAN KANAN.
    2. TUANGKAN 100ML BAJA CECAIR PADA SETIAP KIRI DAN KANAN LUBANG. ( LAKUKAN 3 BULAN SEKALI )
    3. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 500 LITER AIR.SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA AKAR ,PANGKAL POKOK,DAUN DAN BUAH. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    4. PEMBAJAAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    SAYUR – SAYURAN : CILI , TOMATO , TIMUN , TEMBIKAI , SEMUA JENIS SAYURAN BERDAUN , KEKACANG DAN LAIN – LAIN.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. RAWATAN TANAH 1 LITER = 500 LITER AIR SEMBUR KE TANAH.
    2. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA TANAH , AKAR , DAUN , SAYUR DAN BUAH. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    3. SEMBURAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    BUNGA LANSKAP.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA AKAR , DAUN DAN BUNGA. ( LAKUKAN 1 MINGGU SEKALI ).

    JENIS TANAMAN.
    PADI.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. RAWATAN TANAH 1 LITER = 500 LITER AIR SEMBUR KE TANAH.
    2. RAWAT AIR DENGAN MENGGUNAKANBAJA CECAIR (1:1000)
    3. MINGGU KE 4 , GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA TANAH , AKAR , DAN DAUN. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    4. SEMBURAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s