Sifat Wanita Dan Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui

Lima sifat wanita yang disukai lelaki :

  1. Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
  2. Prihatin dan menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
  3. Menjaga penampilan – Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
  4. Bijak berbicara – Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
  5. Solehah – Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

  1. Percaya diri – Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
  2. Lelaki lucu – Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
  3. Romantik – Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
  4. Bijak – Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
  5. Kemas – Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

Pandanglah diri dimanakah anda?

2 thoughts on “Sifat Wanita Dan Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui

  1. Pingback: » Sifat Wanita Dan Lelaki Yang Perlu Anda Ketahui WeLcoMe tO ic@n_c00L
  2. saya bermimpi…..mendapatkan tanah warisan dari mendiang ayah…dan saya sedang menjelaskan kepada seorang calon pembeli yang rencananya warisan tersebut di jual…tapi tiba-tiba saya mendengar kabar dari kakak laki-laki tertua bahwa ibu telah wafat dari penyakit yang di deritanya…saat itu saya langsung menugaskan kaka saya tersebut untuk mengurus dan almarhumah ibu dan saya berusaha agar wafisan dari mendiang ayah dapat terjual……memang menjual warisan ini awalnya untuk biyaya pengobatan ibu….

    lantas apa makna cerita mimpi yang saya alami ini saya harap ada yang bisa bantu menjelaskannya……mohon pencerahanya…….

    terimakasih saya tunggu infonya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s