RAMAI pesakit mengalami satu episod yang peribadi di dalam hidupnya apabila seorang ahli keluarga yang telah berumur atau yang disayangi menderita akibat penyakit jantung yang melumpuhkan.
Lama sebelum itu, timbul persoalan sama ada mereka juga bakal menghadapi risiko penyakit yang sama. Walaupun ramai orang muda mengaitkan penyakit jantung dengan generasi warga emas, kenyataannya, ia boleh menyerang kita semua tanpa mengira umur.
Gabungan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang serta kekurangan nutrisi/zat makanan boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular (CVD) dan lain-lain penyakit yang mengancam nyawa.
Apabila orang ramai makin menyedari keadaan-keadaan ini, ia menjadi pencetus dan pendorong untuk mereka mengubah amalan gaya hidup yang tidak sihat.
Jantung sihat dari mula
Penyumbang terbesar CVD adalah aterosklerosis, di mana berlakunya penebalan kolesterol serta bahan berserat yang dikenali sebagai plak, di sepanjang dinding arteri.
Ini menyebabkan arteri tersumbat dan akhirnya mengehadkan aliran oksigen dan darah ke jantung serta otak anda.
Dalam kes-kes di mana jantung tiba-tiba menerima aliran darah yang tidak mencukupi, kesakitan pada dada serta serangan jantung yang lebih serius boleh berlaku.
Persatuan Jantung Amerika menggambarkan aterosklerosis sebagai penyakit perlahan dan beransur-ansur yang selalunya bermula ketika zaman kanak-kanak dan berkembang cepat menjelang dekad ketiga hidup seorang mangsa.
Kebanyakan orang yang telah melalui ujian darah dalam hidup mereka akan diberitahu mengenai kehadiran lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik, dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolestrol jahat dalam saluran darah mereka.
Tahap HDL lebih tinggi memberi perlindungan dari serangan jantung manakala tahap LDL yang lebih tinggi hanya meningkatkan kebarangkalian serangan jantung. Rosuvastatin, ahli terbaru dalam keluarga ubat jenis statins yang berfungsi mengurangkan tahap kolesterol, didapati telah memberikan kesan positif terhadap aterosklerosis.
Penemuan terbaru dari sebuah ujian penting di mana para pesakit yang mempunyai risiko penyakit koronari jantung yang rendah telah diberi rosuvastatin, mengalami 49 peratus pengurangan kolesterol jahat, dan 8 peratus peningkatan kolesterol baik.
Dikenali secara tradisi sebagai rawatan tetap penyakit jantung koronari, rosuvastation telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Bagaimanapun, para pesakit digesa mendapatkan nasihat doktor mereka terlebih dahulu untuk analisis rawatan aterosklerosis yang lebih mendalam sebelum mencuba sebarang terapi perubatan.
Cara semula jadi
Tiada tandingan bagi pendekatan semula jadi dalam merendahkan faktor risiko mendapat penyakit jantung. Penyebaran penyakit jantung di kalangan populasi muda pada abad ini sangat memeranjatkan.
Dengan godaan makanan segera serta hidangan berkalori tinggi, adalah amat penting bagi golongan muda mengamalkan gaya hidup lebih sihat bagi mengurangkan risiko peningkatan tahap kolestrol jahat.
Pertama sekali, teruskan pemeriksaan rutin bersama pakar perubatan anda. Mengetahui lebih awal bahagian kesihatan anda yang bermasalah dapat membantu mencegah penyakit serius dalam jangka masa panjang serta merancang satu pelan kesihatan yang boleh anda ikuti.
Katakan tidak kepada rokok
Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok. Merokok boleh menyebabkan darah beku, kerosakan arteri serta menaikkan tahap kolesterol tubuh badan.
Dengan memberhentikan amalan merokok, anda boleh mengurangkan peluang terkena serangan jantung secara ketara, tidak termasuk menidakkan kesan sampingan asap rokok pasif kepada orang tersayang.
Mendapatkan berat badan ideal
Tahap kegemukan abdomen di Malaysia sedang meningkat. Amat memeranjatkan apabila 48.6 peratus lelaki dan 57.1 peratus wanita menderita akibat kegemukan, sekali gus meningkatkan risiko metabolik kardio.
Senaman tetap serta aktiviti fizikal mampu memperbaiki kesihatan jantung serta mengawal berat badan anda. Malahan, senaman meningkatkan jumlah kolesterol baik dan membantu mengurangkan tekanan.
Adakan pelan pemakanan berkhasiat yang memberi tumpuan kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
Jauhi makanan yang mengandungi lemak buatan seperti snek dan makanan yang telah diproses, serta lemak tepu. Mulakan pelaburan kesihatan jantung pada umur muda dan nikmati masa tua yang bakal mendatang.
Dr. Khoo Kah Lin ber pengalaman meluas dalam bidang penambahbaikan serta kemajuan rawatan kardiovaskular sejak dulu lagi. Maklumat yang diterbitkan di dalam artikel ini tidak bermaksud mengganti, mengambil tempat atau menambah kepada rundingan yang diberikan oleh pakar perubatan tentang penjagaan perubatan individu pembaca.
* Datuk Dr. Khoo Kah Lin – Pengarah Pertubuhan Jantung Malaysia merangkap Presiden Persatuan Perubatan Malaysia
Asalamualaikum.. salam ziarah..saya minta izin copy paste maklumat penting ini.Tq..dari etuzawarna.
salam,sahabat2 semua,saya dah jumpa satu ubat dari rawatan herba yang memang berkesan untuk mencegah penyakit jantung koronari. kerana ibu bapa saya juga pakcik yang mengidap strok serta masalah jantung dapat dipulihkan melalui pembersihan dalam pembuluh darah.
apabila darah dapat jalan dengan stabil,masalah jantung dan strok dapat di atasi.
rawatan yang dikenakan untuk melihat keadaan pembuluh darah hanya RM10 sahaja,berbanding dihospital yang mengenakan bayaran RM380++. kerana status hospital. untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di 012-2008782 (hazwani) / 017-6261597 (athirah).
dapatlah rawatan segera sebelum terlambat. untuk anda / orang2 lain yang anda kenali/sayangi
Salam,
Nutri blend 1000 makanan kesihatan menyeluruh, 100% bahan semulajadi, Penawar bagi penyakit jantung untuk semua tahap keseriusan.
Nutri blend mampu menyembuhkan 100% penyakit jantung yang anda hidapi. Untuk mendapatkannya hubungi saya di talian 014-2616232`Syahrizan Salim atau 019-2225353 En. Khirul anwar.
Salam Sejahtera buat semua.
Segala penyakit bermula dengannya sifat serta sikap di dalam diri sendiri.
Sifat riak, angkuh, takabbur, hasad hasad dengki dan sombong bersarang di diri.
Itulah punca yang ramai tak sedari.
Sakitnya jantung derita sekali tapi fikirlah kenapa orang KAYA yang kerap ia hinggapi.
Ini kerana sifatnya mereka orang yang KAYA…ANGKUHnya tinggi sekali.
Timbul di diri persoalan, “mengapa diri ini miskin segala tetapi diri sakit ia tak terkata?”.
Malang sekali si kaya tatkala dah mati, ROHnya itu buruk sekali.
Allah tak terima kerana ia tak suci.
Bila diri sudahpun mati,sifatnya ANGKUH “keluar” mencari…siapa lagi yang ia kan masuki kalau bukan anak cucu sendiri.
Miskin atau kaya, tua atau muda ia tak peduli. Inilah jawapan pada persoalannya tadi.
Adapun jantung andainya dibedah, ditoreh dipintas, sifatnya angkuh masih tetap di diri.
…mengalah ia jauh sekali, masa dan ketika ia menanti.
Adapun ubat andainya penawar, tentulah sakit semuanya keluar.
sifatnya angkuh tetap di diri, jantung tetap digigit lagi…sakit lain pun singgahlah sekali.
Wahai doktor yang bodoh-bodoh semua, kerja doktor tiada guna. Torehan Doktor hanya sia-sia, hanya menambah derita sahaja. Ramai pesakit menjadi mangsa…diri doktor pun sakit macam-macam ada.
Wahai ustaz mengapa cakap kosong saja, mengaji merata sampai ke mesir sana, tapi pesakit jantung di malaysia tetap ada juga. Ayat Al-Quran andainya penawar, mengapa ustaz tidak buktikan?. Bacalah ayat pada yang kesakitan, mengapa hasil Allah tak tunjukkan?.
ANGKUH juga ustaz berkata-kata, Jantung ustaz pun kena gigit sama…mengapa ya?.
Jangan disalahkan makanan di bumi kerana penawar di dalamnya banyak sekali.
Tiada zalim Allah itu, kasih Allah segala-gala.
Mengapa ANGKUH tidak ‘diserahkan’, barulah sempurna segala-gala. Kardiovaskular pergi, bahagialah diri.