Computer terminology = BM vs BI…..Haru jadinya

Some computer terms translated to BM,

Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird?

Cakera Keras = Hard Disk

Tetikus = Mouse

Papan Kunci = Keyboard

CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) – Isn’t that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?

Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?

Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi?

Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then?

Sound Card = Kad Bunyi?

Sound Blaster = Peletup Bunyi?

Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup?

Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me.

VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?

Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)?

WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me.

Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :)) What about SIMMs and DIMMs and such…?

*laf* wonder what would you call ink jets then Pancutan Dakwat???

What about “Plug and Play [tm]”? Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not.

Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang
cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin
pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar
mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah,
bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam
keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan
tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira
kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

Tulisan berubah-ubah

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi.
Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya
dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu.
Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami
pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap
individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak
berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka
yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah
fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan
mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan

Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat
menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau
hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar
daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain,
mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan
pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah
ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena
tunggu lama!

Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi
luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang
yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu
timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan
tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya!
Cayalah!

Saiz tulisan

Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang
lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan
orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang
tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan
bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan
mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar
sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan
dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam
tindakannya.

Semakin kecil – Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup
berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup
berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan

Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri
dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara
sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati
teman-teman.

Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya
digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

Jarak tulisan

Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna
dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang
yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga
berfikiran terbuka.

Ruangan di tepi

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu.

Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah
sama besarnya
-Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat
sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar
membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai
banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Rahsia Sifat Lelaki Berdasarkan Pasangan Pilihan

Sally Beck,seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat
kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih
pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri.
Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan
mereka sendiri iaitu:

1. Wanita Gemuk

Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya
tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian
kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.

2. Wanita Bertubuh Sederhana

Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang
suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai
sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak
mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk
memuaskan perasaan pasangannya.

3.Wanita Kurus

Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak
tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.

4. Wanita Berbuah Dada Besar

Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar
adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan
kebebasan di dalam kehidupan.

5. Wanita Berbuah Dada Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung
kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah
keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan
yang bernas.

6. Wanita Berpunggung Besar

Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai
gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak
mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam
kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.

7. Wanita Berbetis Besar

Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka
menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan
pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.

8. Wanita Berbetis Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu
mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering
berusaha menarik perhatian orang lain.

Rahsia Warna Kegemaran Secara Umum

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari
sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran
dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru

Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta
kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat
romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta
kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat
dipercayai.

Warna Kuning

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.
Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong
merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah
seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu
pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang
kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih

Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke
dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta kamu.

Warna Merah

Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu
termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan
keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti
ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya
dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada
lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini,
dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia,
dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang
hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan
masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan
yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel Seseorang

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang
tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Tips Untuk Berjaya – Teknik Menjual

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Ahmad hendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.

Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

Layakkah Anda digelar Usahawan?

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;

Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.

Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.

Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya. Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut?

Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!

Khasiat dari sumber tumbuhan persekitaran kita

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak”. Surah Al-An’am 99

Khasiat Kemunting China

Ianya dapat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti

Kencing Manis
Lelah dan Semput
Ceret-beret
Sakit Kerongkong/guam
Sakit Gigi
Batuk biasa dan batuk seratus Hari
Rebuslah pokok tersebut bersama-sama akarnya lalu dibuat miniuman. Bagi sakit gigi getahnya atau asahkan akarnya lalu dibubuhkan ke gigi yang sakit. Untuk batuk pula asahkan akarnya bersama kemenyan lalu dibuat minum.

Khasiat Buah Kudu

Dapat menyembuhkan betis kaki yang kering dan bersisik atau jari-jari kaki yang pecah.
Caranya gosokkan buah kudu yang masak ke tempat-tempat tersebut dan biarkan selama15 minit. Kemudian cucikan dengan air hangat.

Dapat menyembuhkan darah tinggi.
Caranya perahkan buah kudu yang masak dan ambil airnya lalu ditapis dan minumlah dipagi hari sebelum memakan sesuatu atau meminum sesuatu, buatlah selama satu minggu berturut-turut kemudian berhenti dahulu, bila tekanan darah meningkat semula lakukan amalan seperti di atas pula

Mengubati penyakit batuk
Caranya dengan memakan buah kudu yang sudah masak dengan garam, di dalam jangka masa yang tidak lama gatal-gatal ditekak, serak dan batuk akan hilang.

Khasiat Rumput Jarum Emas/Rumput Rempah Padang

Dipercayai dapat mengubati penyakit seperti :

Sakit Pinggang
Sakit Urat
Mengecutkan/Mengempiskan rahim
Menguatkan tenaga Batih
Mengemas/Meyempitkan lubang Faraj, khususnya bagi perempuan yang sudah bersalin
Melancarkan perjalanan Haid
Caranya :
Ambil 4-5 urat rumput tersebut, kemudian rebuskan bersama air sebanyak 1 cerek 11/2 liter. Setelah sejuk lalu diminum sebanyak 1 gelas. Minumlah 2 gelas sehari.

Khasiat Isi Cekor Merah

Bagaimana mengenaili Isi Cekor Merah?
Ambil isi cekor itu dan gosokkan pada batang pokok yang telah dipotong, jika kelihatan kemerahan airnya maka ianya adalah cekor merah

Ianya dapat mengubati penyakit-penyakit ini yang berikut :

Kencing Manis
Darah Tinggi
Penyakit-penyakit kulit
Ambil isi cekor merah sebesar jari manis sepanjang 1/2 cm lalu dimakan.

Khasiat Duri Kabu

Dapat menyembuhkan segala penyakit kulit
Menyembuhkan penyakit kudis dan gatal-gatal
Menyembuhkan bisul-bisul dan demam (bisul Kepala)
Mengubati luka-luka
Mengubati penyakit jerawat batu dan jerawat biasa.
Boleh megubati penyakit kayap
Pecah-pecah kulit
Benjolan
Ambil 5 duri atau sekadar yang sesuai kemudian asahkan di atas belakang pasu dengan sedikit pekat kemudian sapukan ke tempat yang sakit.

Khasiat Pokok Dukung Anak

Dapat menyembuhkan penyakit karang, kencing berdarah dan demam kuning.
Caranya dengan mengambil pohonnya beserta akarnya sekali, kemudian tumbuk sehingga lumat (bubuh sedikit air) lalu diambil airnya dan diberi minum kepada pesakit.

Dapat menyembuhkan penyakit beser/dedas, kencing manis dan anak-anak kencing malam.
Caranya dengan mengambil pohonnya beserta akarnya sekali, lalu dijemur sehingga kering setelah itu rebus dan minum airnya.

Khasiat Pokok Belimbing Tanah

Dapat mengubati penyakit kencing manis
Mengubati penyakit darah tinggi
Dapat mengubati penyakit lemah jantung
Dapat mengubati penyakit buah pinggang
Caranya :
Ambil tumbuhan ini termasuk akarnya dan buahnya lalu direbus sehingga mendidih, sejukkan dan minumlah airnya 2x sehari.

Khasiat Halia

Membantu untuk menghadamkan makanan
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambah air mani
Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkumm, jika halia itu dicampurkan dengan sedikit gula yang diminum dengan air panas.
Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

Khasiat Madu Lebah Asli

Dapat mengubati penyakit dalam perut
Dapat mengubati penyakit medu
Dapat membuang kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar – Perut
Dapat megubati penyakit ketagihan dadah. Caranya Madu dicampurkan dengan minyak/air bunga mawar yang panas lalu diminum.
Dapat melawaskan pembuangan air besar
Boleh mencerahkan mata. Caranya lumurkan me bahagian kening/alir mata
Boleh memutihkan gigi dan menguatkan dengan menjadikannya sebagai ubat gigi
Menghilangkan penyakit banyak kahak
Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru.
Mencerdaskan otak kanak-kanak
Menghilangkan kesan terkena api, air panas, dan minyak. Sapukan pada tempat yang terkena
Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, caranya ambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum.

~~ Amaran ~~
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun Cina) bersama-sama dengan madu.
Dipercayai boleh keracunan yang membawa maut.

Khasiat Buah Delima

– Membaiki usus-usus dan menguatkannya
– Untuk membersihkan bahagian halkum, sesuai untuk mengubati batuk
– Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur
– Tidak sesuai untuk orang yang sedang demam

Khasiat Buah Delima yang Masam

– Melawaskan kencing
– Menyucikan perut, mencecah dari muntah
– Menurunkan kepanasan hati, menguatkan anggota badan.
– Mencegah penyakit bagi hati dan penyakit duduna
– Mengubati penyakit kuning mata putih

Caranya ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.

Khasiat Biji Delima

Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk
Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu

Khasiat Ikan Solomon dan Mackerel

Dapat menghindarkan dari terkena penyakit lemah jantung dan juga merawat penyakit tersebut

Memakan buah tembikai (Timun Cina) dengan buah Tamar

Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan.
Caranya : Hendaklah dimakan kedua-dua buah tersebut sebelum memakan makanan lain atau sarapan.

Khasiat Buah Kayu Bidara
Buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam a.s

Ianya boleh dimakan samada buah masih segar atau yang telah dikeringkan.

– Boleh menguatkan kecerdasan otak
– Melicinkan perjalanan usus-usus
– Menghilangkan penyakit kuning
– Mencantikkan kulit
– Membuka selera makan
– Menghilangkan kahak
– Menghilangkan penyakit lambat hadam

Khasiat Buah Tin

Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak)

– Terhindar dari bahan-bahan keracunan
– Melicinkan tekak dan dada
– Mencuci hati dan jantung
– Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus
– Jika dimakan masih basah

Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat
Menghilangkan penyakit buasir

Penanaman tebu

Tebu..tebu..tebu…kalau tahu pasal tebu dan rajin pula boleh buat duit nih. Tapi bagi mereka yang tak tahu boleh lah dapatkan artikel-artikel mengenainya. Tak rugi kalau memcuba bisnes tebu nih sebab pasarannya besar. Tengok kes isu kekurangan gula hari tu….kecoh satu Malaysia hingga Perdana Menteri sendiri sound… So, kepada individu yang berminat,cuba-cubalah mengusahakannya..Mana tahu boleh jadi jutawan gula pulak…

BUDIDAYA TANAMAN TEBU
( Saccharum officinarum )

I. SYARAT PERTUMBUHAN

1.1. Iklim

a) Hujan yang merata diperlukan setelah tanaman berumur 8 bulan dan kebutuhan ini berkurang sampai menjelang panen.

b) Tanaman tumbuh baik pada daerah beriklim panas dan lembab. Kelembaban yang baik untuk pertumbuhan tanaman ini > 70%

c) Suhu udara berkisar antara 28-34 derajat C.

1.2. Media Tanam

a) Tanah yang terbaik adalah tanah subur dan cukup air tetapi tidak tergenang

b) Jika ditanam di tanah sawah dengan irigasi pengairan mudah di atur tetapi jika ditanam di ladang/tanah kering yang tadah hujan penanaman harus dilakukan di musim hujan.

1.3. Ketinggian Tempat

Ketinggian tempat yang baik untuk pertumbuhan tebu adalah 5-500 m dpl.

II. PEDOMAN TEKNIS BUDIDAYA

2.1. Pembibitan

Bibit yang akan ditanam berupa

(1) bibit pucuk,
(2)bibit batang muda,
(3) bibit rayungan dan
(4) bibit siwilan

a) Bibit pucuk

Bibit diambil dari bagian pucuk tebu yang akan digiling berumur 12 bulan. Jumlah mata (bakal tunas baru) yang diambil 2-3 sepanjang 20 cm. Daun kering yang membungkus batang tidak dibuang agar melindungi mata tebu.
Biaya bibit lebih murah karena tidak memerlukan pembibitan, bibit mudah diangkut karena tidak mudah rusak, pertumbuhan bibit pucuk tidak memerlukan banyak air. Penggunaan bibit pucuk hanya dapat dilakukan jika kebun telah berporduksi.

b) Bibit batang muda

Dikenal pula dengan nama bibit mentah / bibit krecekan. Berasal dari tanaman berumur 5-7 bulan. Seluruh batang tebu dapat diambil dan dijadikan 3 stek. Setiap stek terdiri atas 2-3 mata tunas. Untuk mendapatkan bibit, tanaman dipotong, daun pembungkus batang tidak dibuang. 1 hektar tanaman kebun bibit bagal dapat menghasilkan bibit untuk keperluan 10 hektar.


c) Bibit rayungan (1 atau 2 tunas)

Bibit diambil dari tanaman tebu khusus untuk pembibitan berupa stek yang tumbuh tunasnya tetapi akar belum keluar. Bibit ini dibuat dengan cara:

1. Melepas daun-daun agar pertumbuhan mata tunas tidak terhambat
2. Batang tanaman tebu dipangkas 1 bulan sebelum bibit rayungan dipakai.
3. Tanaman tebu dipupuk sebanyak 50 kg/ha

Bibit ini memerlukan banyak air dan pertumbuhannya lebih cepat daripada bibit bagal. 1 hektar tanaman kebun bibit rayungan dapat menghasilkan bibit untuk 10 hektar areal tebu.
Kelemahan bibit rayungan adalah tunas sering rusak pada waktu pengangkutan dan tidak dapat disimpan lama seperti halnya bibit bagal.


d) Bibit siwilan

Bibit ini diambil dari tunas-tunas baru dari tanaman yang pucuknya sudah mati. Perawatan bibit siwilan sama dengan bibit rayungan.


2.2. Pengolahan Media Tanam

Terdapat dua jenis cara mempersiapkan lahan perkebunan tebu yaitu cara reynoso dan bajak.

2.2.1. Persiapan

Disebut juga dengan cara Cemplongan dan dilakukan di tanah sawah. Pada cara ini tanah tidak seluruhnya diolah, yang digali hanya lubang tanamnya

2.2.2. Pembukaan Lahan

a) Pada lahan sawah dibuat petakan berukuran 1.000 m2. Parit membujur, melintang dibuat dengan lebar 50 cm dan dalam 50 cm. Selanjutnya dibuat parit keliling yang berjarak 1,3 m dari tepi lahan.

b) Lubang tanam dibuat berupa parit dengan kedalaman 35 cm dengan jarak antar lubang tanam (parit) sejauh 1 m. Tanah galian ditumpuk di atas larikan diantara lubang tanam membentuk guludan. Setelah tanam, tanah guludan ini dipindahkan lagi ke tempat semula.

2.3. Teknik Penanaman

2.3.1. Penentuan Pola Tanam

Umumnya tebu ditanam pada pola monokultur pada bulan Juni-Agustus (di tanah berpengairan) atau pada akhir musim hujan (di tanah tegalan/sawah tadah hujan).

Terdapat dua cara bertanam tebu yaitu dalam aluran dan pada lubang tanam. Pada cara pertama bibit diletakkan sepanjang aluran, ditutup tanah setebal 2-3 cm dan disiram. Cara ini banyak dilakukan dikebun Reynoso. Cara kedua bibit diletakan melintang sepanjang solokan penanaman dengan jarak 30-40 cm. Pada kedua cara di atas bibit tebu diletakkan dengan cara direbahkan.

Bibit yang diperlukan dalam 1 ha adalah 20.000 bibit.

2.3.2. Cara Penanaman

Sebelum tanam, tanah disiram agar bibit bisa melekat ke tanah.

a) Bibit stek (potongan tebu) ditanam berimpitan secara memanjang agar jumlah anakan yang dihasilkan banyak. Dibutuhkan 70.000 bibit stek/ha.

b) Untuk bibit bagal/generasi, tanah digaris dengan kedalaman 5-10 cm, bibit dimasukkan ke dalamnya dengan mata menghadap ke samping lalu bibit ditimbun dengan tanah.

Untuk bibit rayungan bermata satu, bibit dipendam dan tunasnya dihadapkan ke samping dengan kemiringan 45 derajat, sedangkan untuk rayungan bermata dua bibit dipendam dan tunasnya dihadapkan ke samping dengan kedalaman 1 cm.

Satu hari setelah tanam lakukan penyiraman jika tidak turun hujan. Penyiraman ini tidak boleh terlambat tetapi juga tidak boleh terlalu banyak.

3.4. Pemeliharaan Tanaman

2.4.1. Penjarangan dan Penyulaman

a) Sulaman pertama untuk tanaman yang berasal dari bibit rayungan bermata satu dilakukan 5-7 hari setelah tanam. Bibit rayungan sulaman disiapkan di dekat tanaman yang diragukan pertumbuhannya. Setelah itu tanaman disiram. Penyulaman kedua dilakukan 3-4 minggu setelah penyulaman pertama.

b) Sulaman untuk tanaman yang berasal dari bibit rayungan bermata dua dilakukan tiga minggu setelah tanam (tanaman berdaun 3-4 helai). Sulaman diambil dari persediaan bibit dengan cara membongkar tanaman beserta akar dan tanah padat di sekitarnya. Bibit yang mati dicabut, lubang diisi tanah gembur kering yang diambil dari guludan, tanah disirami dan bibit ditanam dan akhirnya ditimbun tanah. Tanah disiram lagi dan dipadatkan.

c) Sulaman untuk tanaman yang berasal dari bibit pucuk. Penyulaman pertama dilakukan pada minggu ke 3. Penyulaman kedua dilakukan bersamaan dengan pemupukan dan penyiraman ke dua yaitu 1,5 bulan setelah tanam. Kedua penyulaman ini dilakukan dengan cara yang sama dengan point (b) di atas.

d) Penyulaman ekstra dilakukan jika perlu beberapa hari sebelum pembumbunan ke 6. Adanya penyulaman ekstra menunjukkan cara penanaman yang kurang baik.

e) Penyulaman bongkaran. Hanya boleh dilakukan jika ada bencana alam atau serangan penyakit yang menyebabkan 50% tanaman mati.

Tanaman sehat yang sudah besar dibongkar dengan hati-hati dan dipakai menyulan tanaman mati. Kurangi daun-daun tanaman sulaman agar penguapan tidak terlalu banyak dan beri pupuk 100-200 Kg/ha.

2.4.2. Penyiangan

Penyiangan gulma dilakukan bersamaan dengan saat pembubunan tanah dan dilakukan beberapa kali tergantung dari pertumbuhan gulma. Pemberantasan gulma dengan herbisida di kebun dilaksanakan pada bulan Agustus sampai November dengan campuran 2-4 Kg Gesapas 80 dan 3-4 Kg Hedanol power.

2.4.3. Pembubunan

Sebelum pembubunan tanah harus disirami sampai jenuh agar struktur tanah tidak rusak.

a) Pembumbunan pertama dilakukan pada waktu umur 3-4 minggu. Tebal bumbunan tidak boleh lebih dari 5-8 cm secara merata. Ruas bibit harus tertimbun tanah agar tidak cepat mengering.

b) Pembumbun ke dua dilakukan pada waktu umur 2 bulan.

c) Pembumbuna ke tiga dilakukan pada waktu umur 3 bulan.

2.4.4. Perempalan

Daun-daun kering harus dilepaskan sehingga ruas-ruas tebu bersih dari daun tebu kering dan menghindari kebakaran. Bersamaan dengan pelepasan daun kering, anakan tebu yang tidak tumbuh baik dibuang. Perempalan pertama dilakukan pada saat 4 bulan setelah tanam dan yang kedua ketika tebu berumur 6-7 bulan.

2.4.5. Pemupukan

Pemupukan dilakukan dua kali yaitu (1) saat tanam atau sampai 7 hari setelah tanam dengan dosis 7 gram urea, 8 gram TSP dan 35 gram KCl per tanaman (120 kg urea, 160 kg TSP dan 300 kg KCl/ha).dan (2) pada 30 hari setelah pemupukan ke satu dengan 10 gram urea per tanaman atau 200 kg urea per hektar.

Pupuk diletakkan di lubang pupuk (dibuat dengan tugal) sejauh 7-10 cm dari bibit dan ditimbun tanah. Setelah pemupukan semua petak segera disiram supaya pupuk tidak keluar dari daerah perakaran tebu. Pemupukan dan penyiraman harus selesai dalam satu hari.

Agar rendeman tebu tinggi, digunakan zat pengatur tumbuh seperti Cytozyme (1 liter/ha) yang diberikan dua kali pada 45 dan 75 hst.

2.4.6. Pengairan dan Penyiraman

Pengairan dilakukan dengan berbagai cara:

a) Air dari bendungan dialirkan melalui saluran penanaman.

b) Penyiraman lubang tanam ketika tebu masih muda. Waktu tanaman berumur 3 bulan, dilakukan pengairan lagi melalui saluran-saluran kebun.

c) Air siraman diambil dari saluran pengairan dan disiramkan ke tanaman.

d) Membendung got-got sehingga air mengalir ke lubang tanam.

Pengairan dilakukan pada saat:
a) Waktu tanam
b) Tanaman berada pada fase pertumbuhan vegetatif
c) Pematangan.

2.5. Hama dan Penyakit

2.5.1. Hama

a) Penggerek batang bergaris (Proceras cacchariphagus), penggerek batang berkilat (Chilitrae auricilia), penggerek batang abu-abu (Eucosma schismacaena), penggerek batang kuning (Chilotraea infuscatella), penggerek batang jambon (Sesmia inferens)

Gejala: daun yang terbuka mengalami khlorosis pada bagian pangkalnya; pada serangan hebat, bentuk daun berubah, terdapat titik-titik atau garis-garis berwarna merah di pangkal daun; sebagian daun tidak dapat tumbuh lagi; kadang-kadang batang menjadi busuk dan berbau tidak enak. Pengendalian: dengan suntikan insektisida Furadan 3G (0,5 kg/ha) pada waktu tanaman berumur 3-5 bulan. Suntikan dilakukan jika terdapat 400 tanaman terserang dalam 1 hektar.

b) Tikus
Pengendalian: dengan gropyokan secara bersama atau pengemposan belerang pada lubang yang dihuni tikus.

2.5.2. Penyakit

a) Pokkahbung

Penyebab: Gibbrela moniliformis. Bagian yang diserang adalah daun, pada stadium lanjut dapat menyerang batang. Gejala: terdapat noda merah pada bintik khlorosis di helai daun, lubang-lubang yang tersebar di daun, sehingga daun dapat robek, daun tidak membuka (cacat bentuk), garis-garis merah tua di batang, ruas membengkak. Pengendalian: memakai bibit resisten, insektisida Bulur Bordeaux 1% dan pengembusan tepung kapur tembaga.

b) Dongkelan

Penyebab: jamur Marasnius sach-hari Bagian yang diserang adalah jaringan tanaman sebelah dalam dan bibit di dederan/persemaian. Gejala: tanaman tua dalam rumpun mati tiba-tiba, daun tua mengering, kemudian daun muda, warna daun menjadi hijau kekuningan dan terdapat lapisan jamur seperti kertas di sekeliling batang. Pengendalian: tanah dijaga agar tetap kering.

c) Noda kuning

Penyebab: jamur Cercospora kopkei . Bagian yang diserang daun dan bagian-bagaian dengan kelembaban tinggi. Gejala: noda kuning pucat pada daun muda yang berubah menjadi kuning terang. Timbul noda berwarna merah darah tidak teratur; bagian bawah tertutup lapisan puiih kotor. Helai daun mati berwarna agak kehitaman. Pengendalian: adalah dengan memangkas dan membakar daun yang terserang. Kemudian menyemprot dengan tepung belerang ditambah kalium permanganat.

d) Penyakit nanas
Penyebab: adalah jamur Ceratocytis paradoxa. Bagian yang diserang adalah bibit yang telah dipotong. Gejala: warna merah bercampur hitam pada tempat potongan, bau seperti buah nanas. Pengendalian: luka potongan diberi ter atau desinfeksi dengan 0,25% fenylraksa asetat.

e) Noda cincin

Bagian yang diserang daun, lebih banyak di daerah lembab daripada daerah kering. Penyebab: jamur Heptosphaeria sacchari, Helmintosporium sachhari, Phyllsticta saghina. Gejala: noda hijau tua di bawah helai daun, bagian tengah noda menjadi coklat; pada serangan lanjut, warna coklat menjadi jernih, daun kering. Pengendalian: mencabut tanaman sakit dan membakarnya.

f) Busuk bibit

Bagian yang diserang adalah bibit dengan gejala tanaman kekuningan dan layu. Penyebab: bakteri. Gejala: bibit yang baru ditanam busuk dan buku berwarna abu-abu sampai hitam. Pengendalian: menanam bibit sehat, perbaikan sistim pembuangan air yang baik, serta tanah dijaga tetap kering.

g) Blendok

Bagian yang diserang adalah daun tanaman muda berumur 1,5-2 bulan pada musim kemarau. Penyebab: Xanthomonas albilicans. Gejala: terdapat pada khlorosis pada daun; pada serangan hebat seluruh daun bergaris hijau dan putih; titik tumbah dan tunas berwarna merah. Pengendalian: Menanam bibit resisten (2878 POY, 3016 POY), Lakukan desinfeksi para pemotong bibit, merendam bibit dalam air panas 52,5oC dan lonjoran bibit dijemur 1-2 hari.

h) Virus mozaik
Penyebab: Virus. Pengendalian: menjauhkan tanaman inang, bibit yang sakit dicabut dan dibakar.

2.6. Panen

2.6.1. Ciri dan Umur Panen

Umur panen tergantung dari jenis tebu:
a) Varitas genjah masak optimal pada < 12 bulan
b) Varitas sedang masak optimal pada 12-14 bulan
c) Varitas dalam masak optimal pada > 14 bulan.

Panen dilakukan pada bulan Agustus pada saat rendeman (persentase gula tebu) maksimal dicapai.

2.6.2. Cara Panen

a) Mencangkul tanah di sekitar rumpun tebu sedalam 20 cm.

b) Pangkal tebu dipotong dengan arit jika tanaman akan ditumbuhkan kembali. Batang dipotong dengan menyisakan 3 buku dari pangkal batang.

c) Mencabut batang tebu sampai ke akarnya jika kebun akan dibongkar. Potong akar batang dan 3 buku dari permukaan pangkal batang.,

d) Pucuk dibuang.

e) Batang tebu diikat menjadi satu (30-50 batang/ikatan) untuk dibawa ke pabrik untuk segera digiling

Panen dilakukan satu kali di akhir musim tanam.

2.6.3. Perkiraan Produksi

Hasil Tebu Rakyat Intensifikasi I di tanah sawah adalah 120 ton/ha dengan rendemen gula 10% sedangkan hasil TRI II di tanah sawah adalah 100 ton dengan rendemen 9%. Di tanah tegalan produksi tebu lebih rendah lagi yaitu pada TRI I tegalan adalah 90 ton/ha dan pada TRI II tegalan sebesar 80 tom/ha.

2.7. Pascapanen

2.7.1. Pengumpulan

Hasil tanam dari lahan panen dikumpulkan dengan cara diikat untuk dibawa ke pengolahan.

2.7.2. Penyortiran dan Penggolongan

Syarat batang tebu siap giling supaya rendeman baik:
a) Tidak mengandung pucuk tebu
b) Bersih dari daduk-daduk (pelepah daun yang mengering)
c) Berumur maksimum 36 jam setelah tebang.