PENANAMAN UBI KELEDEK

PENGENALAN

Nama Saintifik: Ipomoea batatas

Asal: Bahagian Tropika Benua Amerika

Famili: Convolculaceaenew-picture.jpgnew-picture.jpg

Sesuai ditanam: Kawasan 40o U hingga 30o S.

Kandungan Zat Makanan: Karbohidrat, Vitamin A

JENIS :

Ubi Berair

Ubi ini menjadi lembut apabila direbus atau digoreng. Di Malaysia, ubi keledek yang berkulit merah tergolong dalam jenis berair. Jenis ini biasanya mengeluarkan hasil yang tinggi. Varieti Cina tergolong dalam kumpulan ini.

 

Ubi Jenis Kering

Jenis ini tidak mudah lembut apabila digoreng atau direbus. Lazimnya berkulit putih manakala hasilnya kurang sedikit berbanding dengan jenis berair. Varieti Gendut tergolong dalam kumpulan ini.

VARIETI :    

(i) Varieti Gendut (MSP 94)

Varieti ini diperolehi dari MARDI Semenanjung.
Kandungan kanji: 23%
Kandungan Karotena: 31 ug/100g
Brix: 10.0 %
Kualiti Pemakanan: isinya empuk dan tekstur isi kering setelah direbus atau digoreng

Ciri kualiti pemakanan ini sesuai untuk makanan segar disamping boleh mengganti ubi kentang dalam masakan kari.

Berdasarkan ciri-ciri ini, Jabatan telah mengesyorkan penanaman varieti ini.

 

Ciri-ciri Varieti Gendut

Daun berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau muda dan gagang hijau. Batang warna hijau, kulit ubi berwarna aperang kekuningan, licin dan nipis sementara isinya berwarna putih.


Gambar menunjukkan ubi keledek Varieti Gendut

<(ii) Varieti Cina

Varieti ini agak popular di kalangan penduduk tempatan. Isinya empuk dan agak basah apabila direbus atau digoreng.


Gambar menunjukkan ubi keledek Varieti Cina

 

Ciri-ciri Varieti Cina

Daun berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau dengan garisan ungu di tepi daun dan gagang daun hijau dengan ungu di bahagian berhampiran batang.

Batang hampir keseluruhan berwarna ungu, kulit ubi berwarna jingga, menggerutu dan nipis sementara isinya juga berwarna jingga.

KESESUAIAN TANAH

Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan.

Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditabama di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan tidak empuk isinya.

Namun, ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau.

Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik.

Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang.

Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima.

Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik.

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

Tapak penanaman perlu dibajak dan diputar. Sekali bajak dan putar sudah mencukupi. Batas berukuran 60 cm lebar dan 30 cm tinggi disediakan.

Penyediaan Bahan Tanaman

Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi.

Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.

Penanaman Di Ladang

Keratan ditanam secara condong, 20 cm daripada keratan dalam tanah dan 10 cm di atas permukaan tanah. Jarak tanaman adalah disyorkan sebanyak 1.0m x 0.3m. Sekiranya cuaca sangat panas dan kering, siramkan keratan yang telah dikerat sekali sehari. Tanaman yang menjalar perlu dikutip dan diletakkan atas batas untuk mengelak akar tumbuh pada nod sepanjang batangnya. Ini boleh menyebabkan ubi kecil dikeluarkan pada batang utamanya. Perkara ini boleh dilakukan sebulan sekali bergantung kepada pertumbuhan.

PENGURUSAN LADANG

Merumpai

Rumpai di antara barisan dan di atas batas (cangkul atau bahan kimia). Racun rumput pra-cambah tidak mendatangkan bahaya kepada keratan-keratan yang baru ditanam. Sebaiknya meracun rumpai dilakukan sebelum penanaman keratan di ladang.

Pembajaan

Pengapuran pada kadar 1.0 mt/ha perlu dilakukan 3 minggu sebelum penanaman. Pengapuran pada kadar 600 kg baja 15:15:15 se hektar dilakukan seminggu sebelum penanaman. Sebulan selepas penanaman, pembajaan 600 kg of 15:15:15 sekali lagi.

Baja ditabur rata pada setiap keratan. Baja tambahan pada kadar berpatutan boleh dilakukan sekiranya pertumbuhannya kurang menggalakkan. Pembajaan yang tidak seimbang boleh menyebabkan tanaman mengeluarkan daun dan ubi berlebihan.

MEMUNGUT HASIL

Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.

Varieti Gendut dan Cina boleh mengeluarkan hasil ubi segar sebanyak 20-25 mtan sehektar jika ditanam di tanah mineral dengan amalan agronomi yang disyorkan.

 

PENYAKIT DAN PEROSAK

Penyakit

(i) Keropeng (agen penyebab: Elsinae batatas)

Tanda-tanda:

Patogen ini menyebabkan binti-bintik pada urat daun, petiol, lai daun dan batang. Bintik-bintik ini kecil, bulat hingga eliptikal yang berwarna coklat yang dikelilingi oleh warna ungu.

Bahagian terkena jangkitan menjadi berkabus dan kemunculan keropeng, tisu-tisu menjadi berubah bentuk, cacat dan pertumbuhan terbantut.

Cadangan kawalan:

  1. Guna varieti tahan penyakit jika ada
  2. Guna sala satu racun kulat seperti Benomyl (Benlate), kuprum oksiklorid atau Maneb

(ii) Bintik Daun Cercospora

Organisma penyebab: Cercospora timorensis

Tanda-tanda:

Bintik-bintik halus berwarna perang , berbentuk bulat dan bersiku-siku pada daun. Serangan teruk menyebabkan daun luruh. Kerap terjadi dalam keadaan cuaca lembab.

Cadangan kawalan:

Serangan teruk – guna racun kulat seperti Maneb atau Zineb.

Perosak

(i) Kumbang (Cylas formicarius)

Serangga ini paling teruk merosakkan ubi keledek. Kumbang dewas memakan bahagian permukaan ubi dan larvanya membuat saluran dalam batang dan ubi. Serangan boleh dikesan apabila kelihatan lubang-lubang halus pada ubi.

Cadangan Kawalan:

  1. Amalkan penanaman bergilir
  2. Gunakan bahan tanaman bebas serangga perosak
  3. Remdam keratan dalam racun serangga selama 30 minit sebelum ditanam
  4. Taburkan racun butir carbofuran di sekeliling pangkal tanam-tanaman
  5. Segerakan penuaian bila ubi sudah sedia untuk dipungut hasil
  6. Timbus ubi-ubi yang terdedah

(ii) Tikus

Tikus biasa memakan yang terdedah di permukaan tanah. Seranggan yang serius boleh menyebabkan kerugian besar. Umpan yang mengandungi racun walfarin boleh digunakan.

ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEMUSIM

Anggaran untuk:
Kepadatan Penanaman : 33,333 kertan/hektar
Jarak Penanaman: 1.0 m x 0.3 m bagi satu hektar

Tempoh Matang: 4 bulan

Verieti keledek: Gendut atau Cina

Anggaran Pendapatan Semusim

new-picture.jpgnew-picture.jpg

Kos Pengeluaran

Jenis kerja atau bahan Harga bahan (RM) Tenaga Keluarga
Jumlah hari bekerja
Tenaga Keluarga
Kos sehari (RM)
Jumlah kos (RM)
1. Benih

3. Menanam

16

240.00

240.00

<4. Menyiram

12

180.00

180.00

5. Membaja

381.09

5

75.00

456.09

6. Merumpai

174.50

10

150.00

324.50

8. Menuai

48

720.00

720.00

One thought on “PENANAMAN UBI KELEDEK

  1. bolehkah kita menanam keledek pada ‘polybag’?..dan bolehlah kita menggunakan hampas padi yang telah di bakar sebagai tanah dalam ‘polybag’ tersebut?..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s