PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.
PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit
Pembersihan:
Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang
Pembarisan:
Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima
Kekacang penutup bumi:
Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang
Penutup bumi adalah untuk:
Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
- Centrosema pubescens
- Pueraria phaseoloides
- Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
- Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
- Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
- Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
- Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
- Kekacang Kg/ha
- Centrocema pubescens 4.0
- Pueraria phaseoloides 1.1
- Calopogonium caeruleum 0.6
- Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
- Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang | Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha) |
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) | 112 |
2 bulan | 112 |
6 bulan | 112 |
>8 bulan | 112 |
12 bulan | >112 |
-
Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
-
Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
-
Taburkan 150g – 200g baja Fosfat didalam lubang.
-
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
-
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
-
Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
-
Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
-
Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
-
Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak Jumlah Pokok Meter (Kaki) Hektar (Ekar) 8.5 (28) 160 (65) 8.7 (29) 148 (60) 9.0 (30) 136 (55)
- Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
Tanaman selingan::
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
-
- Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
-
-
- Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
-
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
- Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.
Ternakan :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
Blog anda penuh informasi. Tahniah. Sebelum ni susah sangat nak cari info about agricultural.
Tanaman perlu di lestarikan.
telah terbit ebook penting yang harus anda baca. klik
http://www.sangatpenting.com
Terima kasih atas infonya. Saya dari Aceh No. Hp. 0852 9650 1972
Saya nak tahu proses membaja pokok selepas 3 tahun ditanam. Berapa kali setahun baja diperlukan dan sehingga bila perlu dibaja. tq
Saya nak tahu proses membaja pokok sawit selepas 3 tahun ditanam. Berapa kali setahun baja diperlukan dan sehingga bila perlu dibaja. tq
membaja 3 bln sekali baru buah ranum
sya nak tau sistem peparitan bagi kelapa sawit yg berumur over 19thn
salamz
saudara saya ingin mendapatkan e-book untuk panduan sebagai asas untuk memulakan penanaman kelapa sawit,
yang mengharap
jey
saya baru nak tanam sawit. saya baru buka tanah 24 ekor di jeli kelantan. Hajat nak tanam sawit. pihak mana yg perlu sy rujuk yg dekat dgn jeli.
tima kasih
sekarang saya baru memulakan aktiviti menanam pokok kelapa sawit dalam sekitar 30 ekar, adakah pihak kerajaan ada memberikan bantuan seperti baja ataupun racun atau munkin juga khidmat nasihat kepada penanam baru seperti saya. terima kasih
Saya telah mula menanam kelapa sawit di kg.
Umur sawit masa di beli lebih kurang 12 tahun, dan suda 4 bulan di tanam.
1. Saya nak tanya setiap berapa bulan sawit tersebut di baja?
2. Baja apa yang sesuai digunakan?
3. Racun rumput apa yang sesuai digunakan?
Terima kasih.
Saya sudah sodak tanah untuk ditanam kelapa sawit seluas 23 ekar.bagaimana saya hendak mengatasi serangan perosak
bagaimana nak dapatkan blog utk cara2 dan sistem pembajaan yang sesuai. dan tlg nyatakan jenis2 baja.
adakah tanaman sawit di gunung yang tinggi akan menjejaskan hasil buah nya…?
sesuai tak baja organik digunakan untuk kelapa sawit?
Saya ertarikh dengan artikel anda. Cuma saya nak tahu di mana boleh dapat biji benih kekacang penutup bumu di sekitar ipoh, teluk intan, manjung, kuala kangsar. Atau mana tempat yang boleh dihubungi.
Saya memerlukan benih kekacang untuk cover cerun projek konstraktion. Boleh saudara beri tahu dimana saya boleh beli. Terima kasih.
bagi menentukan penberian baja yang cukup dan perlu (diskriminasi), kaeadah persempelan daun sawit perlu dilakukan.ia akan mengambarkan berapa byk kadar Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok iaitu N,P,k,Mg n Boron .jadi tiada berlaku pembaziran di situ.
inginkan perkhidmatan persempelan pelepah no 17?
email saya 0127765231
bagi menentukan penberian baja yang cukup dan perlu (diskriminasi), kaeadah persempelan daun sawit perlu dilakukan.ia akan mengambarkan berapa byk kadar Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok iaitu N,P,k,Mg n Boron .jadi tiada berlaku pembaziran di situ.
inginkan perkhidmatan persempelan pelepah no 17?
email saya tigger_male09@yahoo.com
call :0127765231
kt mana nk dapatkn benih sawit
yg bagu??
0139669407
saya sedang mencari orang yg betul-2 mahir untuk membuat pancang kelapa sawit di kebun.Tanah saya di kawasan parit panjang,kedah.
contact:0194043299
saya mau minta tolong kepada siapa pun tentang hal-hal dibawah ini :
1. Bagaimana caranya menanam Kelapa Sawit diatas Tanah Gambut dalam ( 3 meter)
2. Apakah bisa kita menanam Kelapa sawit diatas Tanah Gambut yg dalam ( 3 meter)
3. Apakah kelebihan dan kekurangan Tanah gambut dalam (3 meter)
4. Selain kelapa sawit > apakah kita bisa menanam tanaman lain diatas tanah gambut ?
5. Siapa bisa tolong saya menanam Sawit di atas lahan Gambut dalam (3 meter) seluas 20 ha
Terima kasih atas maklumat yang bermanafaat ini. Saya ingin tahu berapa kos yang diperlukan untuk penanaman kelapa sawit ini bagi setiap ekar penanaman nya. Mohon informasi segera kerana saya bercadang untuk menceburi bidang penanaman kelapa sawit ini dalam masa terdekat. Terima kasih
bagi menentukan penberian baja yang cukup dan perlu (diskriminasi), kaeadah persempelan daun sawit perlu dilakukan.ia akan mengambarkan berapa byk kadar Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok iaitu N,P,k,Mg n Boron .jadi tiada berlaku pembaziran di situ.
inginkan perkhidmatan persempelan pelepah no 17?
hubungi saya 0137282325
hevea_81@yahoo.com