Rahsia Sifat Wanita Menurut kitab lama Jawa

Dalam memilih bakal isteri, masyarakat Melayu dahulu kala menggariskan
beberapa falsafah bagi mengenal sifat-sifat batiniah wanita berdasarkan
kejadian tubuh badannya. Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Lama
Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan dari guru kepada muridnya.
Segala catatan ini adalah untuk menambah pengetahuan semata-mata.

Beras Tumpah

Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga
ada tahi lalat.
Dia lekas nak darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

Bintang Kesiangan

Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis mata redup
seperti mengantuk.
Dia senang bersama dan mesra dengan suami.

Durgasari

Muka bujur telur berwarna sedikit keemerahan, leher jinjang.
Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.

Silasari

Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil,
tahi lalat di cuping telinga.
Suka naik darah dan pemboros

Emping hijau

Kulit gelap, rambut hitam lembut, muuka panjang, badan tegap,kaki kecil
dan kering, kuku panajng dan kecil.
Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah
orang tuanya.

Matahari Jatuh

Kulit kuning, urat nampak hijau, aliis lentik, mata redup, wajah manis.
Sabar, bertutur dengan berhati-hati,, berbudi bahasa, dapat menerima
dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki.

Puspa Mekar

Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki
seakan bertemu, ruas betis panjang.
Dia dapat melayani kehendak suami.

Galak Ulat

Kulit kuning, rambut keras dan luruss, hujung rambut warna merah.
Dia sering menolak kehendak suami.

Gandasari

Kulit kuning, rambut hitam berkilat,, leher agak pendek , gerak tubuh
seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis
dipandang.
Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam
melaksanakan kewajipan.

Sinar Kencana

Duduknya tenang, agak pendiam, berkuulit gelap, rambu lembut, hitam dan
halus, bertubuh besar.
Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.

Sirih Terlentang

Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji

Bunga Lawang

Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar,
sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana.
Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga
dan keluarga.

Matahari Terbenam

Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis
mata tebal.
Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai
sebagai sahabat.

Sari Maya

Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan.
Tak pandai meminta2, menerima apa sahaja keadaan,taat perintah Allah.

Kunci Kencana

Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek.
Dia amat bosan kepada suami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s