Wanita Melalui Bentuk Hidung

Aduh!! Selepas ini hati-hati bila seseorang asyik memerhatikan hidung anda
kerana mungkin dia sedang menafsirkan keperibadian anda melalui bentuk
hidung!

Hidung agak besar

-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak
pemalas.

Hidung agak besar dan bulat

-mencerminkan dia seseorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung agak besar bagian bawah

-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang,
selalu berfikir yang baik2 sahaja.

Hidung agak besar tapi mancung

-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung agak besar tapi penyek

-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung agak kecil

-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.

Hidung agak sederhana

-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung agak mancung agak runcing

-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.

Hidung dengan lubang hidung agak lebar

-mencerminkan dia seorang yang suka menginginkan milik orang lain.

Hidung dengan lubang hidung agak kecil

-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap
dan mudah tergoda.

Sifat wanita Berdasarkan Rambutnya

1) RAMBUT LURUS

– bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang
kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

– kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO

– bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

– bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

– bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

– bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

– kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada
masalah.

8) RAMBUT TEBAL

– bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

– sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN

-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri.

RAHSIA MATA WANITA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Mata juga
mengungkap pelbagai makna….firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah
sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama
yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan
semata-mata….

Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi
bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan
kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat
penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan,
bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas,
pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah
tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan
sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti,
setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan
membahagiakan.

Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh
sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila
anda susah dia tidak peduli.

Mata redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati,
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah,
menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam,
tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Wanita Melalui bentuk Gigi

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi
mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan
seseorang.Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah.
Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi,
siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga
mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu
baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang
tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai
atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah!
Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi
seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang
baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada
yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin
sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira.
Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati
kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik
nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi
awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang
dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu
harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan
sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan
kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya
keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang
tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah
dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan
dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka
ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak
cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka
ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman
bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat
meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat.
Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan
kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang
lain.

Seolah masuk ke dalam.

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam
dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang kekasih yang hebat

Wanita Di Sebalik Cara Makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya ” Ish! Pelahapnya dia makan!
‘Cancel’ nak buat makwe!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak
dilapnya. Eiii….teruknya.” Perhatikan gaya teman kamu makan!
Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan,
ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada!
Ha…jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan
gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah
bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan.
Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih
‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di
sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang
tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu
tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan
tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau
makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok
saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga
yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So,
usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih
lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan
kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan!
Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’
sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak!
Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak
luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok
dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia
marah. ‘Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang
dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada
date dengan jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua
menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok
saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka
seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan
macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah!
Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang
dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan
kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat
mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi,
jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka di meja sebelah walaupun
sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Perwatakan Wanita Melalui Bantal

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur
menggunakan bantal ? . Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita
berdasarkan cara memanfaatkan bantal:
Terdapat beberapa kategori dan perwatakan wanita:

1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera. Perasaan mereka
halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa
yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sgt prihatin terhadap
kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk
memiliki badan yang kurus.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri .Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan
orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.Mereka jarang bergaul dgn org
ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung
bersifat egois.Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai
cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu
over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang
lain.

8 Rahsia Perbezaan antara Lelaki dan Wanita

1.lelaki tidak detail dlm percakapan

COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi

COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaN- i sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh kEs- alam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip

Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”

AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

ContOh kEs- Elaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”

Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!

Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.

COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?

AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain…

Kenali Personaliti Anda Melalui Kentut

Susulan dari journal merapu Kenali gaya kentut anda semasa kecil…kini aku bagi lagi bagaimanakah personaliti anda melalui kentut pulak…

Seperti yg kita tahu Kentut adalah sebuah proses alamiah dan merupakan kegiatan rutin yang tidak kenal jadual. Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin bisa menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.

ORANG YANG TIDAK JUJUR :
Orang yang kalau kentut salahkan orang lain.

ORANG BANGANG :
Orang yang tak sedar kalau dia tengah kentut

ORANG SENGSARA :
Orang yang nak kentut tapi tak boleh

ORANG YANG MISTERI :
Jika dia kentut, orang lain tak tau

ORANG GUGUP :
Orang yang tiba2 menahan kentutnya saat kentut

ORANG BANGGA :
Orang yang ingat kentut dia wangi

ORANG SADIS :
Orang yang kalau habis kentut, kentutnya dikibaskan dekat orang lain

ORANG PEMALU :
Orang yang kentut tak bunyi, tapi malu sendiri

ORANG BANYAK IDEA :
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak

ORANG YANG BERJIMAT :
Orang yang habis kentut, menghirup kentutnya sendiri untuk menggantikan kentutnya yang keluar. ..

ORANG PEMARAH :
Kentutnya sungguh panas berapi.

ORANG SOMBONG :
Orang yang kalau dia terkentut, akan diceritakan kentutnya itu berasal dari restoran mahal

ORANG BOSAN:
Orang yang kalau kentut atau orang lain kentut, riak mukanya sama sahaja seperti tiada apa2 berlaku

ORANG RAMAH :
Orang yang suka mencium kentut orang lain

ORANG YANG AKUATIK :
Orang yang hobi kentut di dalam air.

ORANG YANG ATHLETIC :
Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG JUJUR :
Orang yang mengaku bila habis kentut meskipun orang lain tak tanya

ORANG KUAT INGATAN :
Orang yang boleh tahu kentut orang lain dengan bau, bunyi serta kehangatannya.

ORANG MALANG :
Orang lain yang kentut, tapi dia yang selalu kena.

ORANG MUZIK :
Orang yang kentutnya berirama

ORANG INTERNET :
Orang yang bunyi kentutnya macam bunyi modem.

ORANG KERAS KEPALA :
Orang yang terus balas kentut jika ada orang lain yang berani kentut di depannya

ORANG TAK GUNA :
Orang yang mengentuti orang lain tepat di mukanya.