Mari Belajar Asas Forex

E-Book Asas Belajar Forex menggunakan Platform Marketiva.. E-Book ni aku beli melalui orang yang aktif bermain forex. Melalui panduan yang diberi dalam E-Book ni, aku akhirnya mencuba sendiri pengalaman bermain forex. Aku mulakan dengan modal USD 80 je…Boleh la kalau nak untung sikit-sikit. Minggu pertama aku bermain aku untung USD 90 ..tapi minggu kedua aku rugi banyak jugak la lebih kurang USD 40 ..sebabnya aku lupa nak set stop loss semasa pergi bercuti kat kampung…So aku kena start balik la cari keuntungan..Tapi takpe , ni baru langkah permulaan..untung rugi ni memang dah biasa dalam bisnes…Kalau nak berjaya berani la ambik risiko.

Dare to be different..

Ingin memilikinya..masuk sini…http://www.harizamrry.cc.cc/s1p_BASIC_FOREX_EBOOK_Malay_Language_238137

Gigi berlubang risiko jangkitan mulut

SIAPA berus gigi sekali sahaja dalam sehari? Ramainya! Patutlah sembilan daripada 10 rakyat Malaysia giginya berlubang-lubang.

Data penggunaan pasaran Asia mendapati, rakyat Malaysia secara puratanya menggosok gigi kurang sekali sehari berbanding saranan doktor gigi, sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berflourida.

Doktor turut menyarankan berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau empat kali setahun. Tetapi, tahukah anda? Purata rakyat Malaysia hanya menukar berus gigi mereka setelah masuk bulan ketujuh.

Tidak hairanlah sekiranya penggunaan regimen kebersihan mulut yang lengkap termasuk flos/penyerat gigi dan kumuran di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara Asean lain.

‘‘Kesihatan mulut mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit seperti diabetes, jantung dan bayi dilahirkan kurang berat badan bagi ibu bapa yang menghidap penyakit gusi kronik. Pun begitu, ia sering diabaikan.

“Kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat, banyak kerosakan yang telah terjadi,’’ kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Wong Foot Meow.

Menurutnya, kaviti atau lubang pada gigi sangat dipengaruhi oleh gaya hidup, pemakanan – makanan dan minuman yang manis dan cara mana kita menjaga kebersihan gigi. Apabila bakteria dan gula bertindak balas di atas permukaan gigi dan kekal di situ, kerosakan boleh berlaku.

“Kaviti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan paling biasa di dunia. Walaupun ia selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak namun orang dewasa dan bayi tidak terkecuali.

“Jika tidak dirawat, lubang bertambah besar dan kereputan semakin teruk hingga menyebabkan sakit gigi serius, jangkitan, gigi rongak dan lain-lain komplikasi,’’ ujarnya.

Simptom

Sakit gigi berdenyut-denyut hingga terjaga dari tidur – gigi sensitif – gigi berlubang – kesakitan yang ringan hingga menusuk apabila makan atau minum sesuatu yang sejuk, panas atau manis – bengkak muka dan kelenjar leher – demam – nanah sekeliling gigi.

Faktor risiko

* Jika anda tidak memberus gigi selepas makan atau minum, plak akan terbina dan menghakis gigi anda

* Makanan dan minuman tertentu. Karbohidrat penapaian seperti gula dan kanji hampir masak merupakan masalah terbesar. Contohnya, susu, madu, gula, soda, kismis, kek, gula-gula keras, pudina pernafasan, buah-buahan kering, biskut, bijirin kering, roti dan kerepek kentang.

Sebaliknya, sesetengah makanan yang dianggap penyebab utama kerosakan gigi sebenarnya tidak. Misalnya gula-gula, jeli kacang dan karamel melekit dan manis seperti gula senang disingkirkan oleh air liur berbanding kerepek kentang yang melekat pada gigi.

* Kerap mengudap atau menghirup sesuatu seperti soda, memberikan asid lebih masa untuk menyerang gigi. Ibu bapa tidak digalakkan memberi anak-anak mereka botol penuh berisi susu, jus atau lain-lain cecair bergula pada waktu tidur, yang akan kekal pada gigi selama beberapa jam lalu menyebabkan hakisan kereputan gigi botol bayi.

* Minum air botol atau air ditapis yang tidak mengandungi fluorida. Fluorida berlebihan juga tidak baik untuk kanak-kanak dan bayi.

* Pertambahan usia dan faktor genetik

* Mulut kering. Air liur memainkan peranan penting untuk mencegah gigi mereput kerana ia menyahkan makanan dan plak. Mineral di dalam air liur membantu memperbaiki kereputan gigi yang baru bermula. Di samping meneutralkan asid, air liur turut mengehadkan pertambahan bakteria yang melarutkan enamel gigi dan mendorong jangkitan mulut.

* Tampalan gigi yang bertambah lemah selepas beberapa tahun mungkin tertanggal atau menyebabkan sisinya menjadi kasar. Ini akan membentuk plak

* Gusi yang menyusut memberikan ruang kepada plak terbentuk pada akar gigi

* Gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia boleh mencetuskan kaviti dan hakisan gigi ketara hasil asid perut daripada muntah

* Pedih ulu hati menyebabkan asid perut mengalir keluar memasuki mulut

* Rawatan kanser tertentu seperti radiasi kepala dan leher

Bila perlu berjumpa doktor

Sakit gigi/gigi sensitif terhadap makanan atau manis, panas atau sejuk – anda mengelak daripada membersihkan bahagian gigi tertentu kerana sakit – gigi berlubang – gusi merah dan bengkak – gusi berdarah semasa memberus gigi – gusi menyusut/terdedah di sepanjang garis gusi/pangkal gigi-gusi, menjadikan gigi kelihatan lebih panjang – gigi menjadi jarang, longgar – rasa tidak sedap di dalam mulut – nafas berbau – perubahan pada cara gigi atas dan bawah bersentuh – nanah sekitar gusi dan gigi.

Komplikasi

Kesakitan – gigi bernanah – gigi tercabut – gigi patah – masalah mengunyah – jangkitan serius. anda mungkin tidak ambil kisah jika gigi susu anak-anak berlubang kerana ia biasa terjadi.

“Jangan ambil mudah kerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan berpanjangan sekalipun kanak-kanak belum tumbuh gigi kekal. Apabila kesakitan semakin teruk, ia boleh menjejaskan kehidupan seharian seperti menghalang pesakit ke sekolah atau bekerja,’’ jelas Dr. Wong.

Seterusnya, pesakit sukar untuk mengunyah atau makan, berat badan merosot dan mengalami masalah pemakanan.

Gigi rongak boleh meninggalkan kesan terhadap harga diri seseorang. Dalam kes-kes terpencil, nanah boleh mencetuskan jangkitan serius malah mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Rawatan

* Rawatan fluorida. Mineral dalam bentuk cecair, gel, busa, varnis atau tablet yang diberus ke gigi atau ditempatkan di dalam bekas yang dimuatkan pada gigi ini berupaya meningkatkan ketahanan gigi daripada menjadi reput.

* Tampalan. Mengisikan bahan yang tersedia khas ke dalam gigi berlubang yang telah siap dikorek oleh doktor gigi. Ia merupakan pilihan rawatan utama apabila kereputan telah berkembang melebihi proses penghakisan enamel awal.

* Korona/crown. Pemulihan pergigian yang menutup kebanyakan atau semua korona semulajadi, bagi kes kereputan meluas.

* Saluran/kanal akar. Apabila kereputan sudah teruk dan sampai ke dalaman gigi, pulpa gigi akan dikeluarkan dan digantikan dengan tampalan.

* Gigi yang reput teruk mungkin terpaksa dicabut keluar sepenuhnya.

Pencegahan

* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari – selepas makan dan sebelum tidur atau berkumurlah selepas makan minum. Gunakan serat gigi/floss untuk membersihkan celahannya.

* Lakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional secara berkala – kanak-kanak bermula usia dua tahun setelah semua gigi susunya tanggal manakala bagi orang dewasa, purata sekurang-kurangnya setahun sekali

* Elakkan terlalu kerap mengudap dan menghirup sesuatu

* Hindari makanan yang boleh terperangkap di alur dan lubang gigi untuk jangka masa panjang. Contohnya, kerepek, gula-gula atau biskut. Sebaliknya, makan makanan yang mampu memberikan perlindungan kepada gigi seperti keju yang berdasarkan beberapa kajian mendapati, ia membantu mencegah kaviti.

Begitu juga dengan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang meningkatkan aliran air liur dan; kopi tanpa pemanis, teh serta gula-gula getah tanpa gula yang menyingkirkan partikel makanan.

* Sesetengah orang sememangnya rentan terhadap kereputan gigi, misalnya disebabkan oleh masalah perubatan tertentu

* Memakai bahan pengetat penutup rekahan pada permukaan gigi

Tip menguruskan sakit gigi

* Bersihkan semua bahagian gigi dan mulut anda, tidak ketinggalan kawasan yang sakit

* Gunakan air suam untuk memberus gigi

* Gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif

* Elakkan makanan atau minuman panas, sejuk atau manis yang boleh mencetuskan kesakitan

* Dapatkan pelega kesakitan dari farmasi sebagaimana yang disarankan oleh doktor anda

– MDA dengan kerjasama Colgate-Palmolive baru-baru ini melancarkan Bulan Kesihatan Mulut/Oral 2007 yang memasuki tahun keempat penganjurannya, kali ini dengan tema Kaviti Sifar Senyuman Lebih Sihat.

Sebanyak 430 pengamal pergigian seluruh negara mengambil bahagian dengan menawarkan pemeriksaan kepada orang ramai di klinik-klinik mereka, tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Pameran bergerak turut diadakan di empat stesen pergigian utama di Kuala Lumpur; Kota Bharu, Kelantan; Johor Bahru, Johor dan Pulau Pinang yang berjaya menarik lebih 100,000 penyertaan rakyat Malaysia.

Colgate turut berbesar hati mengagihagihkan sampel produk mereka secara percuma kepada orang ramai yang ‘berani’ melakukan pemeriksaan sepanjang berlangsungnya kempen tersebut.

Jangan ‘bertuhankan’ syaitan

Syeikh Sya’rawi berkata: Selepas Allah menceritakan berkenaan jenis-jenis manusia yang menerima dakwah sama ada kufur, nifak dan benar-benar beriman, lantas di sini Allah berfirman berkenaan orang-orang yang beriman: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 208 & 209)

Firman Allah s.w.t: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya.

Terdapat tiga pandangan ulama berkenaan sebab turun ayat ini:

* Kepada siapa yang beragama Islam di kalangan Ahli Kitab. Di mana mereka selepas Islam amat berhati-hati dengan hari Sabtu dan daging unta dan apa-apa yang dijauhi oleh Ahli Kitab. Inilah yang diriwayatkan oleh Abu Solih daripada Ibn Abbas.

* Diturunkan kepada Ahli Kitab yang tidak beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w lantas diperintahkan supaya mereka memeluk Islam seperti riwayat Ibn Abbas. Ini adalah pendapat al-Dahhak.

* Diturunkan kepada orang Islam supaya masuk dalam syariat Islam semuanya seperti kata Mujahid dan Qatadah.

Seterusnya maksud silmi di sini dengan dua pendapat. Pertama, ia bermaksud Islam seperti kata Ibn Abbas, Ikrimah, Qatadah, al-Dahhak, al-Suddi, Ibn Qutaibah dan al-Zajjaj.

Kedua, adalah ketaatan seperti riwayat Ibn Abbas juga, pendapat Abi al-‘Aliah dan al-Rabi’.

Seterusnya perkataan kaffah iaitu keselamatannya membawa maksud dengan tiga perkara:

* Perintah kepada orang yang beriman dengan lidah-lidah mereka supaya beriman juga dengan hati-hati mereka.

* Perintah kepada orang yang beriman supaya mereka beriman kepada seluruh syariatnya.

* Perintah supaya thabit atas agama Islam.

Sayid Qutub berkata: Itulah seruan kepada orang-orang mukmin dengan nama keimanan iaitu seruan dengan sifat yang disukai mereka dan membezakan mereka, sifat yang menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka agar seluruh mereka ke dalam kedamaian.

Maksud pertama dari seruan ini ialah supaya orang-orang mukmin menyerah jiwa raga mereka kepada Allah dan menyerah segala urusan mereka sama ada kecil atau besar kepada Allah.

Mereka hendaklah memberi ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dengan penuh keyakinan dan kerelaan. Mereka hendaklah menyerah diri kepada kudrat Allah yang memimpin langkah-langkah mereka dengan keyakinan bahawa Allah mahukan mereka mendapat kebaikan, pengajaran dan petunjuk. Seterusnya membawa kepada kesudahan yang baik dunia dan akhirat.

Matlamat dakwah yang seperti ini kepada orang-orang yang beriman itu membayangkan bahawa di sana ada orang-orang yang masih teragak-agak untuk taat dan patuh yang mutlak kepada Allah sama ada di dalam sulit atau di dalam terang.

Wujudnya orang-orang yang seumpama ini di dalam masyarakat Islam di samping golongan orang-orang yang penuh yakin dan reda itu memanglah satu perkara biasa. Dakwah ini adalah ditunjukkan setiap masa kepada orang-orang yang beriman.

Ia supaya mereka sentiasa ikhlas kepada Allah dan aliran fikiran serta perasaan mereka selaras dengan kehendak Allah terhadap mereka. Juga selaras dengan matlamat yang dipimpin oleh Nabi dan agama mereka tanpa digugat oleh sebarang keraguan.

Apabila seseorang Islam menyambut dakwah itu dengan sambutan sedemikian, bererti dia memasuki sebuah alam yang seluruhnya diselubungi kedamaian dan keamanan. Sebuah alam yang seluruhnya dipenuhi kepercayaan dan keyakinan, kerelaan dan kemantapan di mana tidak terdapat lagi sebarang kerunsingan dan kegelisahan.

Kedamaian dengan seluruh alam buana dan seluruh yang maujud, kedamaian dan keimanan yang menerangi liku-liku hati, kedamaian dan keamanan yang memayungi kehidupan dan masyarakat, kedamaian dan keamanan di bumi dan di langit.

Firman Allah s.w.t: Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Berkenaan dengan syaitan, wajib memerangi dan mengalahkannya disebabkan dua perkara:

Syaitan adalah musuh yang nyata menyesatkan kita. Tidak boleh mengharapkan kebaikan dan perdamaian, sebab mereka akan puas jika mampu membinasakan kita. Oleh sebab itu, tidak ada alasan untuk kita merasa tenteram dengan syaitan dan kita harus mengingatinya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Yasin, ayat 60 yang bermaksud: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Ini merupakan peringatan yang sangat penting kepada kita.

Sudah menjadi tabiat syaitan untuk selalu memusuhi anak cucu Adam. Mereka akan selalu memerangi kita siang dan malam. Sedangkan kita sering lalai akan hal ini.

Perlu diperhatikan, bahawa kita beribadat kepada Allah dan mengajak orang lain kepada keredaan Allah dengan lisan dan perbuatan. Semua itu bertentangan dengan perbuatan, cita-cita, kemahuan dan usaha syaitan.

Hal itu bererti kita telah bersiap untuk memerangi, melawan dan berusaha mengalahkannya. Pada pihak yang lain, syaitan telah bersiap sedia dan berusaha memerangi, menipu dan membinasakan kita. Bahkan, syaitan inginkan kehancuran kita kerana syaitan merasa tidak aman dengan kita.

Sesungguhnya orang kafir adalah teman-teman syaitan. Orang kafir tidak pernah memerangi dan membencinya. Padahal syaitan akan membinasakan mereka. Walau sebenarnya, syaitan akan tetap memusuhi orang-orang yang mengikutinya. Kepada orang-orang yang memusuhinya, syaitan menganggapnya sebagai masalah khusus dan penting.

Syaitan juga banyak pembantu untuk menghancurkan kita, yang paling ganas ialah hawa nafsu.

Selain itu, masih banyak lagi celah baginya untuk masuk ke dalam diri seseorang dan manusia tidak akan menyedarinya.

Yahya bin Mu’az al-Razi berkata, syaitan itu suka menganggu, ia mempunyai banyak waktu untuk menjalankan rencananya. Sedangkan manusia selalu sibuk dan syaitan mengetahuinya. Tetapi, kita tidak melihatnya, kita lupa terhadapnya namun syaitan selalu mengingatkan kita. Syaitan akan cuba mengalahkan kita dan syaitan mempunyai ramai pembantu.

Oleh sebab itu kita harus bertekad untuk mengalahkan dan memeranginya. Jika tidak, kita tidak akan aman dari kebinasaan dan kehancuran. Dengan cara apa kita harus mengalahkannya? Di sini dinyatakan dua cara untuk mengalahkannya:

Menurut pendapat sebahagian ulama, cara menghalau syaitan dan berlindung darinya adalah dengan memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. Ini kerana syaitan ibarat anjing yang diberi kekuatan untuk menggoda kita.

Jika kita terus menerus menghalau dan memeranginya, nescaya kita akan kehabisan waktu, sehingga ia dapat menggigit dan melukai kita. Dengan demikian, sebaik-baik jalan adalah langsung bermohon kepada Allah yang menguasai anjing itu agar menjauhi kita.

Menurut ahli yang menyingkirkan syaitan, kita harus berjuang sekuat tenaga menolak, mengusir, melawan dan menentang syaitan. Pertamanya, mohon perlindungan dari segala tipu daya syaitan. Sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Quran. Sesungguhnya mudah bagi Allah menyelamatkan manusia dari kejahatannya.

Kemudian, jika merasa masih boleh dikalahkan oleh syaitan, sesungguhnya itu adalah ujian Allah agar tampak kebenaran perjuangan dan kekuatan kita dalam menjalankan perintah Allah, dan untuk membuktikan kesabaran kita. Sebagaimana Allah memberikan kekuatan kepada kaum kafir untuk mengalahkan kita, sedangkan Allah sangat berkuasa menumpaskan kejahatan orang-orang kafir itu.

Iktibar dan pengajaran ayat:

* Mengikut ajaran Islam dengan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dengan berpaksikan kepada ilmu pengetahuan.

* Jangan mengikut tipu daya dan ajakan syaitan laknatullah.

* Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana

Rahsia Anggota Badan Bergerak-gerak

Kepala

Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga

Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga
Mata

Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan
Hidung

Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang
Telinga

Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
Bibir

Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik

Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih
Lidah&Lelangit

Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan
Kerongkong

Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh
Bahu

Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak
Siku

Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit
Telapak Tangan

Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.
Telunjuk

Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat
Dada

Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati
Rusuk

Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan
Pinggang

Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri
Kaki

Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan

Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan

Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru

RAHSIA TAPAK TANGAN

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

tangan.jpg

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. jangan tersalah tilik, sudah la!

Rahsia Dahi Dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!'” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ‘sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ‘simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ‘serasi’ dengan orang-orang yang ‘sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ‘satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Rahsia Hari Kelahiran dan tabiat wanita

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau
panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah
memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan
menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan,
dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat
rangsangannya
.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari
kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah
terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak
kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan
bimbingan dan
pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat
lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka
mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja
yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya
pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka
diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki
lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun
dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal
antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada
awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi,
jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga
diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja,
pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal
kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan
tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat
teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka
dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,
teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja
demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk
masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila
bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak
tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan
.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2
diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar
nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus
tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah
namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya
tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Rahsia Tahi Lalat

1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha

Rahsia Sifat Wanita Menurut kitab lama Jawa

Dalam memilih bakal isteri, masyarakat Melayu dahulu kala menggariskan
beberapa falsafah bagi mengenal sifat-sifat batiniah wanita berdasarkan
kejadian tubuh badannya. Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Lama
Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan dari guru kepada muridnya.
Segala catatan ini adalah untuk menambah pengetahuan semata-mata.

Beras Tumpah

Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga
ada tahi lalat.
Dia lekas nak darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

Bintang Kesiangan

Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis mata redup
seperti mengantuk.
Dia senang bersama dan mesra dengan suami.

Durgasari

Muka bujur telur berwarna sedikit keemerahan, leher jinjang.
Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.

Silasari

Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil,
tahi lalat di cuping telinga.
Suka naik darah dan pemboros

Emping hijau

Kulit gelap, rambut hitam lembut, muuka panjang, badan tegap,kaki kecil
dan kering, kuku panajng dan kecil.
Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah
orang tuanya.

Matahari Jatuh

Kulit kuning, urat nampak hijau, aliis lentik, mata redup, wajah manis.
Sabar, bertutur dengan berhati-hati,, berbudi bahasa, dapat menerima
dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki.

Puspa Mekar

Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki
seakan bertemu, ruas betis panjang.
Dia dapat melayani kehendak suami.

Galak Ulat

Kulit kuning, rambut keras dan luruss, hujung rambut warna merah.
Dia sering menolak kehendak suami.

Gandasari

Kulit kuning, rambut hitam berkilat,, leher agak pendek , gerak tubuh
seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis
dipandang.
Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam
melaksanakan kewajipan.

Sinar Kencana

Duduknya tenang, agak pendiam, berkuulit gelap, rambu lembut, hitam dan
halus, bertubuh besar.
Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.

Sirih Terlentang

Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji

Bunga Lawang

Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar,
sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana.
Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga
dan keluarga.

Matahari Terbenam

Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis
mata tebal.
Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai
sebagai sahabat.

Sari Maya

Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan.
Tak pandai meminta2, menerima apa sahaja keadaan,taat perintah Allah.

Kunci Kencana

Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek.
Dia amat bosan kepada suami.