Cara Syaitan Bogelkan Wanita

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati peha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahua’lam.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Thursyah

Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan artikel ini kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.

Wassalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh

DIMANA BOLEH CARI ORANG MELAYU…

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar
minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
bannerheboh0bj.jpg
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan,
dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak
berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun
sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah
dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun
baru
Terkinja-kinja best giler menari macam
hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal
cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan
Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan
muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat
bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang
nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor
satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan
toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung
minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas
selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa
dulu
pasal jambatan sengek atau siapa dia
penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu
mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun
dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca
bila nak halau hantu

‘DEMI MASA’ manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal
dunia (tahun)
70th
60th – 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia
antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di
perhitungkan amal baik atau buruknya
selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah
kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15
= 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari
satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=
146000 jam= 16 tahun 7 bulan;
dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17
tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kita akan tertidur dari dunia
untuk selamanya… …

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12
jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25
tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang
bekerja, atau bercinta, ada yang
belajar atau mengajar, ada yang
sekolah atau kuliah, ada yang makan
sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai
untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000
jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin
dihabiskan termenung di buai
khayalan…. ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50
tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang
bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah
bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk
merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan
Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu
ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
tetapi kebanyakannya belajar agar
mudah mencari pekerjaan. Sekiranya
belajar itu tidak membantu menambah
pendapatan kita, kita tidak akan
belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah
itu ibadah, tapi bekerja yang
bagaimana? Ramai orang bekerja untuk
hidup bermewah-mewahan dan amat kurang
sedekahnya.
” Jarang ada yang menolak untuk dipuji
dan dipuja tatkala berjaya “
masjid_al_haram_mecca_saudi_arabia.jpg
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap
sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar
pahalanya, solat amalan pertama yang
dihisab, solat jalan untuk membuka
pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan
diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50
tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat =
± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang
terpakai utk solat = 18250 hari x I
jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan
dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun
untuk solat ( ini kalau yg solat
10minit! Kalau solat macam ayam patuk
tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun
kesempatan kita….itupun belum tentu
solat kita bermakna berpahala dan di
terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama
2 tahun tidak sebanding dengan
perbuatan dosa-dosa kita selama 50
tahun; dalam percakapan kita yang
selalu dusta, baik yang sengaja
ataupun tidak, dalam pertuturan kita
yang sering mengguris orangtua kita,
dalam harta kekayaan kita yang selalu
kedekut terhadap orang faqir, dalam
setiap perbuatan kita yang selalu
bergelumang dosa…

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat
akhir zaman akan berhamburan di neraka
untuk mendapatkan balasan
kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang
percuma selama manusia hidup di dunia
dan semuanya itu akan menjadi
bencana….. …….

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu
berlalu cepat, isilah ia dengan
sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izinnya.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan
lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnya
dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd
isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada
ada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).. Di akhirat kelak,
seorang
lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH… sayangnya ALLAH pada wanita ….

P/S- keratan ni diamik dari email sorang membe kat aku, dan ianye dicopy dari blog sorang membe die gak. Untuk renungan bersame…tapi aku pelik kaum ni gak la yang bnyk diheret ke neraka…ish..ish..sian…

Kenali Gaya Kentut

Masa depan seseorang itu sebenarnya boleh dilihat sejak beliau masih kecil lagi. Salah satu caranya ialah dengan memerhati sifat atau tabiatnya terhadap sesuatu perkara. Salah satu daripadanya ialah kaitan dirinya dengan GAYA KENTUT.

SENYAP-SENYAP

Bebudak yang suka KENTUT SENYAP-SENYAP dan meninggalkan bau ni cerah masa depan kerjanya nanti melenyapkan harta syarikat tapi orang lain yang tanggung beban.

MENERAN

Bebudak yang suka MEMAKSA diri untuk KENTUT ni ada kemungkinan bila besar nanti suka paksa diri buat jahat untuk dapat nama tapi sebaliknya malu yang dapat.

KEPIT

Bebudak yang suka KENTUT sambil MENGEPIT punggung ni pulak ada harapan hidup dalam keadaan tersepit antara susah dan senang.

MAIN LEPAS

Bebudak yang suka LEPAS KENTUT ikot suka hati mak bapak dier ajer ni pulak tak mustahil berjaya dalam hidupnya tanpa mempedulikan orang lain di sekelilingnya.

TAHAN

Bebudak yang suka TAHAN dari KENTUT pulak bila besar nanti tak mustahil sanggup menyusahkan diri sendiri demi kesenangan orang lain.

SENGGENG

Bebudak yang suka KENTUT sambil SENGGENG punggung ni pulak tidak syak lagi bakal menjadi mat rempit bila besar nanti.

Jadi pada bakal ibu-ibu dan bakal bapak-bapak sila ler ambik perhatian terhadap artikel GAYA KENTUT ni supaya nanti korang senang nak corakkan masa depan bakal anak korang. Hikhik!!

Zakat Kambing & Biri-Biri

Dalam kita bersungguh-sungguh menternak kambing, janganlah lupa pula untuk mengeluarkan zakat. Sesungguhnya Allah dah berjanji bahawa dengan mengeluarkan zakat, akan menyuburkan harta.

Syarat wajid zakat ternakan.
1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.

Kambing yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat.” (Surah Al-Baqarah:267)

KADAR NISAB

KADAR ZAKAT

40 – 120

1 ekor biri-biri

atau
1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

201 – 399

3 ekor biri-biri

atau
3 ekor kambing>

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.

  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

 

 

    Surat Untuk Abang VS Surat Untuk Ayang

    Dear abang,
    ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

    harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

    tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

    sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

    kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

    kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

    kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

    kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

    paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

    ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..

    jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..

    pesanan ayang.. :-

    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

    ayang

    dear ayang,

    bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..

    abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..

    nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

    sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..

    sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer ..

    tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital..

    abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana….tgk laa sendiri gambar tu..

    ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

    love,
    abang

    Sejarah Melaka

    1908 > alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk
    meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan asia tenggara
    dan juga laluan penting perdagagan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

    1909> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

    Oct 1910> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

    1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula

    feb 1912 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan…

    Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

    Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

    Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan ( sabil bertabik)

    al fonso > selamat pagi

    Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan
    pulau pinang

    al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan
    bongkak)

    Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

    Perisik 3 > Betoi tu tuan…antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu man,hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu ,bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana

    Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang

    Memujuk AWEK Merajuk?

    Tengah syok² “ngedate” tiba² awek korang buat muka empat belas, muncung dier dah panjang sejengkal, bijik mata dier jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. Pendek kata awek korang tu dah merajuk ler.. Tau ker korang camner nak “mengayat” mood awek korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tip kat bawah neih.. Huhu!

    ♀ SENYUM > sebelum merajuk mesti start gadoh² dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.

    ♀ BUAT LAWAK > Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal² bertelur dahi korang. Kalau menjadi, silap² awek korang yang merajuk tu terkekeh² ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

    ♀ BELI HADIAH > Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidam²kan oleh awek korang yang tengah merajuk tu. Kompem terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Ahaks!

    ♀ HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS > Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik enpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.

    ♀ BUAT BODOH > Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Kompem awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Heheh!

    ♀ MERAJUK BALIK > Tip ni paling berkesan dalam memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah tentu ler dier pulak kena pujuk korang.. Tapi kalo dier pulak pakai tip “buat bodoh” kat atas ni, dak Qis tak bertanggungjawab

    7 langkah menjadi jutawan kambing

    Tips 7 Langkah menjadi jutawan kambing (dari kaprima yahoogroups)

    7 langkah menjadi jutawan kambing – modal RM40,000 dalam 5 tahun.

    1. Cari tanah 3 atau 4 ekar dan sewa. Pastikan jauh sedikit dan tidak
    mengangu manusia.
    2. Cari pekerja 1 atau 2 orang buat dan dirikan kandang ikut
    specification.
    3. Cari baka dan induk dan siapkan rekod. Untuk daging – Boer, untuk
    Susu – Sanaen
    4. Tetapkan formula makan dan ubatan. Tanam rumput gajah. Ikut ramuan
    pakar.
    5. Jual kambing jika 40kg keatas dalam anggaran 6 bulan.
    6. Urus kesihatan kambing dari kecil hingga dewasa. Post-motem setiap
    kematian.
    7. Pastikan kadar pertumbuhan 1.80/tahun dan anda telah berjaya.

    Sifat Gandaan dalam perniagaan
    0 – 40,000
    1- 80,000
    2- 160,000
    3- 320,000
    4- 640,000
    5- 1,280,000

    Anda akan menjadi jutawan dalam 5 tahun. inshallah.

    so macamna?percaya?tepuk dada tanya lah hati…lebih baik anda percaya dari percayakan skim2 cepat kaya yang semakin berluasa sekarang….hehehe.