How to Choose the Right Shade of Lipstick for Your Skin Coloring thumbnail
Selecting the most attractive color

Have you noticed how when someone is wearing the wrong shade of lip color they look terrible no matter how nice the outfit. Many women choose their lipstick color to match their outfit and it can be a disaster. There is a really easy way to choose what is best for you. Exercise a few simple steps and it is easy.

 Things You’ll Need

  • A mirror
  • Good lighting

Instructions

    • Wrong on left and right on right image

      Bring your bottom lip down and look at the color. Your lipstick should be a shade that is as close as possible to that color. I studied this in make-up class in skin care school. This is the color that will look best with your complexion. Notice how the actress in the image here looks much better on the left. The color on the right is way to light for her. She does not look as attractive on the left. The color on the left is artificially light. Now one looks good in that color as it is way to far way from real skin tones.

    • 2
      Too orange in color

      The model in this image looks better but it is still too orange. The art of wearing lipstick is that it looks like real lips enhanced. These look artificial. The idea is enhancement of your beauty not neon.

    • 3
      Too light for her skin tones.

      This lipstick is way too light for a woman of color. It is like she does not want to be who she is. She has lovely skin but that bright pink shine does not enhance her beauty. She would look better with her natural lips. This color takes away. She is beautiful but the lipstick is too glaring.

    • 4
      Beautiful lips

      This model looks gorgeous. Her lip color is exciting and enhances her lovely skin tones and she looks vibrant. Study some models and magazines and see what really works well. Keep in mind if a woman is beautiful it is hard to make her look bad with the wrong lipstick but the right one looks way better. For the rest of us we had better get it right not to look like clowns. I hope you enjoyed this!

Tips & Warnings

  • Really observe others for a few days to see what works.
  • Go through your cabinet of colors and be objective.
  • Don’t worry about the money you have wasted on the wrong products. Trade with a friend after cleaning off your lipsticks with an alcohol wipe. Help each other out.

Source:http://www.ehow.com/how_2168007_right-shade-lipstick-skin-coloring.html

PANDANGAN pertama, lazimnya mata akan terus tertumpu penampilan diri seseorang dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lebih meyakinkan dan bertambah lengkap personaliti seseorang sekiranya mereka tidak melupakan setiap perkara yang boleh mencacatkan pandangan di mata orang sekeliling.

Selalunya, mata menjadi penghubung pertama sebelum pandangan mata turun ke bahagian mulut. Hakikatnya, selain menonjol dengan gerak bahasa badan hampir semua orang yang berkomunikasi antara satu sama lain turut melihat gerak bibir lantas gigi antara deria yang turut menjadi perhatian tatkala ketika bercakap, tersenyum mahupun ketawa.

 Bagaimanapun, apa pula pandangan masyarakat apabila berkomunikasi dengan seseorang yang bergigi kotor, tidak rata, kuning, rosak dan berlubang apatah lagi mendatangkan bau kurang menyenangkan. Ini akan menyebabkan komunikasi akan terganggu dek kerana gigi yang tidak dijaga dengan baik.
 Perunding Imej Gaya dan Warna, Cynthia Soh, berkata tidak ramai yang dilahirkan memiliki gigi semula jadi putih dan cantik bentuknya. Setiap bentuk sama ada berlapis, panjang, jarang dan tersusun rapi sementara warna gigi baik kuning mahupun putih adalah bergantung kepada faktor genetik serta latar belakang keluarga seseorang.

 

“Memiliki gigi cantik dan sihat bagaimanapun bermula dengan penjagaan yang penuh berdisiplin, iaitu setiap kali bangun pagi, sebelum tidur dan setiap kali selepas makan atau menghisap rokok perlu menggosok gigi. Namun, warna gigi juga akan berubah putih apabila mengamalkan rutin pembersihan dengan teliti.

“Bagaimanapun, jika masih nampak kuning tidak bermakna gigi kita tidak sihat. Sebaliknya, secara peribadi, ia menjejaskan personaliti dan keyakinan diri seseorang yang berkerjaya akan terjejas apabila mengalami masalah gigi ketika berdepan dengan pelanggan syarikat, mahupun masyarakat sekeliling,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tidak dinafikan rupa dan warna gigi yang kurang elok sekali gus menjejaskan penampilan seseorang. Cantik mana sekalipun gaya fesyen dan solekan wajah seseorang, jika gigi tidak elok akan memberi kesan negatif kepada pandangan sekeliling lebih-lebih lagi terhadap pasangan masing-masing.
Cynthia yang berkhidmat secara sendiri dalam industri kecantikan sejak lebih 20 tahun lalu berkata, penampilan dan keyakinan akan terjejas apabila gigi kelihatan tidak rata, nampak karang pada bahagian luar, sopak, berlubang, hitam dan kotor. Ini memerlukan rawatan pakar pergigian tanpa boleh diubah menerusi teknik solekan.

“Namun, bagi mereka yang mengalami masalah gigi kuning tetapi susunannya cantik dan rata masih mampu lagi untuk tampil yakin dengan menggunakan teknik pemilihan warna gincu bibir yang tepat. Pemilihan warna gincu perlu bersesuaian dengan warna kulit seseorang supaya dapat disorokkan sedikit warna gigi yang kuning itu.

“Wanita berkulit sawo matang atau sedikit gelap disarankan memilih warna gincu coklat berasakan jingga, coral, bitter sweet dan peach supaya warna gigi yang kuning tidak kelihatan ketara. Bagi mereka yang berkulit cerah pula, saya sarankan supaya menggunakan gincu warna berasaskan merah seperti merah bata, merah rose, ungu, merah jambu, warna orkid dan fusia,” katanya.

Katanya, imej bagi mereka yang berdepan ramai orang lebih-lebih lagi mewakili syarikat korporat perlu dijaga dengan baik. Walaupun ramai wanita sekarang merokok, penjagaan mulut penting dan perlu bijak menjaganya dengan memakan gula-gula getah berangin, berkumur dengan bahan pencuci mulut serta mengamalkan menggunakan floss.

“Saya menasihatkan mereka yang menyertai seminar, menonton wayang ataupun ke tempat yang kurang banyak bercakap supaya tidak meminum minuman seperti kopi kerana ia akan menyebabkan mulut semakin berbau dan gigi menjadi lebih kuning akibat kaffien yang banyak. Ia juga menjejaskan imej dan penampilan apabila bercakap dalam keadaan mulut berbau,” katanya.

Bagaimanapun, gigi menjadi semakin kuning dan menjadi kotor apabila rasa sakit setiap kali memberus gigi. Hal itu menyebabkan ada juga orang yang tidak suka memberus gigi kerana rasa sensitif pada gigi. Apabila pemasalahan itu tidak dapat diredakan, ia memberi kesan berpanjangan menjadikan gigi semakin kuning dan rosak lantas mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Memberus menggunakan berus gigi yang betul juga membantu kita membersihkan gigi secara sistematik. Lantaran itu juga ubat gigi Colgate Sensitive Pro Relief Whitening membantu membersihkan gigi tanpa rasa sakit sekali gus membantu gigi tampak lebih putih.

Panduan menjaga penampilan gigi dan mulut

  • Pilih berus gigi yang bersesuaian dengan gigi dan mulut sama ada jenis keras, sederhana dan lembut.
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan sebelum tidur.
  • Gosok gigi selepas setiap kali makan untuk kebersihan gigi dan mulut.
  • Tukar berus gigi dalam setiap dua bulan sekali bergantung kepada berus
  • Lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan gigi enam bulan sekali
  • Elakkan meminum minuman kopi dan teh kerana boleh menyebabkan gigi lebih kuning
  • Jangan meminum kopi sebelum memasuki mana-mana seminar kerana mulut boleh mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
  • Sentiasa membawa ubat kumur mulut, floss gigi dan gula-gula getah di dalam beg.
  • Perlu bijak memilih warna gincu supaya gigi tidak nampak terlalu kuning.

Sumber: berita harian

Jurusolek terkemuka, Bobbi Brown menasihatkan pemilihan warna yang baik ialah dengan mencari warna seperti warna kulit anda. Bagaimanakah caranya?

SEKIRANYA seorang wanita diberi pilihan untuk memiliki satu alat solek, beliau besar kemungkinan akan memilih sebatang gincu. Gincu bukan sahaja menyerlahkan wajah, ia juga menyerikan muka dengan sentuhan sedikit warna.

Gincu juga penyeri segera kerana ia memberikan kecantikan maksimum dengan usaha yang minimum.

Sebagai bonus tambahan, wanita juga mempunyai insiden yang rendah kanser kulit bibir – spekulasi yang dibuat oleh saintis kerana disebabkan oleh kebanyakan wanita yang memakainya. Ini tidak bermakna anda harus mengabaikan krim perlindungan, tetapi kehadiran gincu adalah lebih baik berbanding tiada langsung.

Hampir semua wanita memilikinya. Tersembunyi dalam beg dan laci, pasti akan ada gincu.

Oleh itu, jika bibir anda pucat, warna gincu seharusnya kuning air, sandy atau merah jambu lembut. Warna bibir yang sederhana memerlukan gincu berwarna perang dan merah ros, sementara bibir gelap warna raisin adalah bersesuaian.

Sekiranya anda berkulit gelap dan mempunyai bibir berwarna ungu atau perang tua, pilihlah warna coklat dan beri hitam. Untuk sebelah malam, tingkatkan warna yang digunakan pada siang hari. Contohnya, sekiranya anda memilih kilauan beri pada sebelah siang, warna burgundy lembut akan kelihatan lebih dramatik untuk sebelah malam.

Tip memilih warna gincu:

Gaya hidup

Pertimbangkan gaya hidup yang diamalkan dan situasi di mana warna itu dipakai. Adakah ia untuk ke tempat kerja? Jika demikian, warna burgundy ungu gelap mungkin kelihatan menakutkan dan tidak sesuai sama sekali. Seperti juga jika anda memakai warna neutral yang cantik pada sebelah siang, ia mungkin tidak memberikan kesan dramatik yang sama untuk sebelah malam.

Ton warna kulit

Sebelum membeli gincu, lihat warna kulit anda. Wanita berkulit gelap lebih sesuai menggayakan warna-warna dramatik, terang dan gelap. Mereka yang mempunyai bayangan kulit kekuningan warna-warna panas adalah lebih sesuai.

Warna plum, wain dan merah tua amat sempurna untuk mereka yang berkulit gelap, sementara warna-warna perang lembut, kuning air dengan bayangan warna merah jambu dan oren sesuai dengan mereka yang mempunyai ton kulit cerah. Kulit sawa matang sesuai dengan warna-warna merah keperangan, perang muda dan julat warna keungguan.

Alternatif lain ialah melihat sama ada barang kemas perak atau emas yang lebih sesuai dengan anda. Warna yang menyerahkan kulit merupakan indikasi terbaik sama ada anda mempunyai ton warna kulit. Emas sesuai untuk kulit cerah, manakala perak menyerlahkan kulit sejuk.

Menurut jurusolek dan konsultan warna untuk No7, Lisa Eldridge, bahagian dalam lengan boleh menunjukkannya. Sekiranya kulit pucat dan urat kelihatan biru cerah, anda mempunyai ton warna kulit yang sejuk.

Saiz bibir

Sekiranya bibir anda nipis daripada biasa, anda patut memilih warna-warna lembut dan bukan gelap kerana warna gelap menyebabkan bibir kelihatan kecil. Sebaliknya warna terang yang berkilauan boleh menyebabkan bibir kelihatan penuh dan besar.

Waktu

Kekalkan warna-warna lembut untuk siang dan lebih gelap untuk malam. Kemasan matte dan krim menawarkan penampilan yang lebih lembut untuk siang hari, sementara kemasan berkilat memberikan elemen glamor pada sebelah petang dan malam. Warna nipis dan kelihatan natural dengan sedikit kilauan juga elok digayakan pada sebelah siang.

Tekstur

Anda harus menilai kepentingan tekstur. Adakah anda mahu warna matte yang boleh berkekalan sepanjang hari? Tetapi jika anda dapati warna matte terlalu mengeringkan, pilihlah matte yang mempunyai tekstur berkrim.

BEZAKAN penggunaan gincu pada sebelah siang dan malam.

 

 

Tetapi jika anda lebih menggemari sesuatu yang lebih nipis dan atau sedikit berwarna-warni, pertimbangkan sama ada anda kisah menyapukan beberapa lapisan gincu berkilau dan bukan hanya sekali dua dengan sesuatu yang lebih tahan lama.

Berani mencuba

Pergi ke pusat beli-belah berhampiran dan minta bantuan jurusolek untuk mencuba beberapa warna di bibir anda. Sungguhpun demikian, adalah dinasihatkan agar anda tidak mengenakan terus daripada tiub ujian kerana ia telah digunakan oleh pelanggan terdahulu. Sekiranya perlu, cuba di pergelangan tangan anda. Jika boleh, cuba di bawah lampu seperti keadaan semula jadi untuk melihat padanan sebenar warna tersebut di kulit anda.

Satu lagi alternatif ialah mencubanya di tapak tangan dan bukan di sisi, kerana ia lebih mirip warna sebenar bibir. Ini juga akan menunjukkan tekstur gincu tersebut – sama ada ia sangat nipis, matte sepenuhnya, berkilau dan sebagainya.

Sekiranya warna yang dicuba tidak memuaskan hati, hasilkan warna anda sendiri dengan menggabungkan beberapa warna. Cara paling senang untuk melakukannya ialah dengan menyapukan setiap warna dengan menggunakan dan mencampurkannya menggunakan berus bibir.

Penggaris bibir

Pilih penggaris bibir yang satu ton warna lebih gelap berbanding gincu anda, tetapi pastikan ia masih dalam satu famili warna. Gariskan bibir selepas menyapu gincu, bukan sebelum. Dengan cara itu anda tidak akan mempunyai garisan bibir yang gelap apabila gincu telah hilang.

Sesuaikan dengan solekan

Warna gincu yang terang dan gelap sesuai digandingkan dengan solekan mata yang lembut, sementara warna gincu yang lembut atau neutral kelihatan lebih baik dengan solekan yang berat.

Pelindung ultra lembayung

Sekiranya boleh, belilah gincu yang mempunyai ramuan perlindungan sinar ultra lembayung UVA dan UVB. Sekiranya ia tidak mempunyai perlindungan matahari, pastikan anda menyapukan krim perlindungan sebelum mengenakan gincu.

Sumber: Kosmo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 160 other followers