PANDUAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Berikut adalah maklumat ringkas ternakan lobster air tawar.

Pemilihan induk

  • Saiz matang Lobster Air Tawar utk dijadikan induk adalah yg berumur 7-10 bulan.
  • Saiz sesuai : Jantan bersaiz 4in ke atas manakala betina pula saiz 3.5in- 4in keatas. Boleh menghasilkan 80- 300 biji telur setiap kali bertelor.

Anatomi kelamin lobster air tawar, kiri betina dan kanan jantan


https://harizamrry.com/wp-content/uploads/2015/03/4f9e7-redclaw.jpg

Lobster air tawar  jantan

Makanan

  • Pemberian makanan : 2x sehari. 30 % waktu pagi dan 70 % waktu petang.
  • Palet makanan yang tenggelam dalam air.
  • Kekacang dan sayuran yang seeloknya dimasak terlebih dahulu/dikisar halus.
Tempat ternakan
  • Kolam simen
  • Kolam kanvas
  • Bak fiber

  • Poly tank

  • Aquarium (sbg hiasan)

Kualiti air

  • Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.
  • Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.
  • Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin.
  • Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius.
  • pH air sesuai 7-9.
  • Pastikan air sentiasa jernih.
  • Beri garam air -bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna.

Kandungan oksigen

  • Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting. Perlu pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen.
  • Pam perlu beroperasi 24 jam.

Tempat persembunyian

  • Penting semasa hari siang dan bersalin kulit.
  • Contoh: hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung.
  • paip pvc/kayu yang sesuai dengan saiz lobster.

Proses bersalin kulit

  • Untuk pembesaran. Perlu tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme.
  • Kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme.

Penetasan anak udang dan pembesaran

  • Penetasan telur dilakukan di akuarium dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat.
  • Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 4o cm x 3o cm x 3o cm.
  • Setelah 8-15 hari,  anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip ­induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya.
  • Benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam.
  • Pemeliharaan pertama selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster  20-30 g/ekor.

                                                             Anak lobster yang baru ditetaskan.

Sumber: http://infobudidayadanbeternak.blogspot.com,  http://udanggaloh.blogspot.com, http://danielkawalo.blogspot.com