Pengenalan

Lalat rumah atau musco domestica daripada kelas Insecta merupakan serangga cosmopolitan dan didapti sangat berkait rapat dengan aktiviti manusia. Seperti di lain-lain Negara penyebaran lalat rumah adalah sangat luas dan boleh didapati dengan banyaknya di kawasan penternakan seperti ternakan ayam, ladang lembu tenusu dan pedaging, kawasan tanaman sayur dan juga kawasan buangan sampah.

Kitaran hidup lalat rumah melibatkan empat peringkat iaitu peringkat telur, larva, pupa atau kepompong dan lalat dewasa. Cuaca yang panas dan lembap merupakan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakan lalat rumah. Biasanya masa untuk satu kitaran hidup lalat adalah antara tujuh hingga sepuloh hari.

Telur lalat berwarna putih dengan panjang 1.2mm. Seekor lalat betina boleh menghasilkan sehingga 500 biji telur dalam tempoh masa empat hingga lima hari. Telur ini akan menetas menjadi larva dalam tempoh antara 8 hingga 20 jam.

Saiz larva adalah 3 hingga 9mm berwarna putih kekuningan. Pada peringkat ini larva akan makan ditempat pembiakan atau najis ayam sebelum bertukar menjadi kepompong yang berwarna coklat kehitaman.

Lalat rumah akan menetas daripada kepompong menjadi lalat dewasa. Pada kebiasaannya lalat dewasa akan terbang antara 1 hingga 2 km tetapi lalat dewasa ini juga boleh terbang hingga 20km. Lalat dewasa biasanya hidup selama 15 hingga 25 hari. Lalat ini tidak aktif pada waktu malam dan biasanya akan hinggap di dinding atau siling rumah, di dahan-dahan kayu atau kandang ternakan.

Populasi lalat rumah yang banyak akan menyebabkan gangguan kepada manusia, ia juga boleh menjadi agen pembawa penyakit kepada manusia seperti penyakit yang disebabkan oleh bacteria atau virus.

Didalam perancangan sesuatu program kawalan lalat rumah adalah penting untuk mengetahui kepadatan atau populasi lalat disesuatu tempat sebelum kawalan dapat dilakukan. Dengan adanya maklumat berkaitan populasi tersebut maka keberkesanan kawalan yang dibuat dapat dinilai.

Beberapa method boleh digunakan untuk mengetahui populasi lalat antaranya secara matakasar melihat kepada bilangan lalat dewasa atau peringkat larva ditempatkan pembiakan seperti dibawah reban. Cara lain adalah dengan mengira jumlah lalat pada umpan (baits) yang diletakkan di suatu tempat, kiraan lalat pada sesuatu permukaan menggunakan perangkap seperti baited traps, sticky traps, light traps, sticky fly ribbon, spots cards dan Scudder Grill method.

Fly Index Untuk Kawalan Lalat Rumah

Berikut adalah fly index yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mengawal lalat rumah disuatu tempat. Pengiraan ini dibuat menggunakan kaedah scudder grill dimana suatu peralatan grill diletakkan di kawasan yang banyak terdapat lalat seprti di bawah reban atau sebagainya. Lalat yang hinggap pada grill tersebut dalam tempoh 30 saat akan dikira bilangannya. Sekiranya bilangan lalat disesuatu tempat melebihi index yang ditetapkan maka bilangan atau populasi lalat ditempat tersebut dikira banyak dan perlu dikawal.

Tempat/lokasi Bilangan lalat rumah(ekor)
Tempat buangan sampah 20
Ladang ternakan ayam 14
Kebun sayur 14
Ladang ternakan lembu 12
Pasar 9
Kawasan kilang pemprosesan makanan 8
Restoran 5

Kaedah-Kaedah Kawalan Lalat Rumah

Kawalan lalat yang efektif dan ekonomik bergantung kepada pengurusan ladang yang baik. Kawasan pembiakan lalat termasuklah najis ayam dan juga kawasan tumpahan makanan perlu diperiksa setiap minggu dan kawalan serangga dilakukan bila perlu.

Aktiviti penternakan ayam terutama sistem reban terbuka, lalat rumah merupakan satu masalah yang perlu diatasi dengan segera, ini adalah kerana kawasan ladang merupakan kawasan yang sesuai untuk pembiakan lalat disamping kepadatan lalat di kawasan ladang adlah sangat tinggi. Tahap kepadatan lalat rumah bergantung kepada banyak faktor antaranya penggunaan atau terdapatnya agen kawalan secara biologi seperti sejenis tebuan, populasi ternakan disesuatu lokasi kerana bialngan yang banyak akan menyumbangkan kepada tempat pembiakan lalat.

Dengan kepadatan pembangunan menyebabkan ladang-ladang ayam terletak berhampiran dengan penempatan. Ini menyebabkan kawalan terhadap lalat rumah di kawasan ladang menjadi lebih penting.

Lalat rumah dapat membiak di kawasan najis ternakan dan sisa-sisa makanan yang tumpah di kawasan reban ayam. Di ladang-ladang ayam terutamanya ayam penelur dimana ayam disimpan didalam sangkar dalam jangkamasa yang lama menyebabkan berlakunya pengumpulan najis di bawah sangkar. Keadaan ini adalah sangat sesuai untuk pembiakan lalat terutama bila najis menjadi lembap.

Kesesuaian racun serangga yang boleh dan berkesan untuk digunakan adalah terhad. Ini adalah kerana kos untuk menghasilkan sesuatu racun serangga adalah sangat tinggi dan kadar pembentukan resistant pula juga tinggi jika digunakan dengan betul.

Kawalan lalat yang berkesan memerlukan perancangan teliti dan melibatkan 5 peringkat iaitu:

1. Identifikasi lalat rumah – Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk memastikan masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh lalat rumah dan kawalan berkaitan boleh dilakukan

2. Pemeriksaan yang melibatkan mengenalpasti lokasi pembiakan lalat dan larva. Pemeriksaan ini boleh dilakukan di waktu malam kerana biasanya lalat rumah akan berehat di kawasan berhampiran sumber makanan dan kawasan pembiakan larva.

3. Program sanitasi dimana tempat pembiakan larva dibersihkan dan dibuang untuk memastikan sampah sarap dan najis ternakan yang menjadi tempat pembiakan lalat dibersihkan. Kawalan juga boleh dilakukan dengan cara menguruskan najis dengan betul dimana najis dikeringkan atau dibersihkan daripada kawasan reban lebih kerap. Cara lain ialah menempatakn najis disesuatu tempat lain jauh daripada reban “conveyor belt” Cara-cara untuk memastikan najis sentiasa dalam keadaan kering adalah :

a. Elakkan air minuman meleleh atau melimpah ke bawah reban
b. Elakkan air hujan, longkang mengalir ke kawasan reban
c. Tingkatkan kadar ventilasi di kawasan reban
d. Suhu reban mestilah tidak terlalu panas untuk mengelakkan ayam banyak minum dan najis alan lebih keras.

4. Kawalan mekanikal yang melibatkan kawasan reban ditutup rapat untuk mengelakkan pergerakan dan pembiakan lalat dengan bebas seperti system penternakan ayam secara reban tertutup.

5. Kawalan lalat secara menggunakan bahan kimia racun serangga secara biological, perangkap alalt atau secara integrasi antara bahan kimia, perangkap alalt dan diikuti dengan penggunaan tebuan di dalam kaedah secara biological.

Kaedah biological

Di dalam penternakan ayam pembuangan najis seminggu sekali adalah tidak praktikal, kaedah lain kawalan lalat rumah adalah penggunaan sejenis tebuan atau juga dinamakan parasitoid. Tebuan betina akan bertelur di dalam pupa atau kepompong lalat rumah dan membesar didalamnya dengan memakan pupa tersebut. Dengan cara ini lalat rumah tidak dapat melengkapkan kitaran hidupnya dan sekiranya jumlah tebuan ini dilepaskan di kawasan reban dengan jumlah yang banyak maka populasi lalat rumah dapat dikawal bukan sahaja di dalam reban tetapi juga di kawasan sekitarnya. Tebuan ini juga hanya memberi kesan kepada lalat rumah dan tidak menyengat manusia atau pun ternakan. Kebaikan penggunaan kawalan cara ini adalah mudah digunakan disamping tidak mencemar alam sekitar. Selain daripada itu masalah pembentukan resistant tidak akan berlaku dalam kaedah ini. Contoh parasitoid untuk mengawal lalat rumah adalah Splangia spp.

Kaedah Insecticides atau Bahan Kimia

Residual dan bait sprays digunakan dengan cara menyembur racun serangga di kawasan tempat lalat hinggap untuk membunuh lalat dewasa. Penggunaan residual sprays yang berpanjangan tanpa kawalan yang betul akan menyebabkan berlakunya insecticide resistant. Selain daripada itu penggunaan sprays ini juga akan membunuh serangga lain seperti tebuan yang menjadi musuh semulajadi lalat rumah. Contoh residual sprays adalah Permethrin dimana penggunaanya dengan cara sprays insecticide tersebut dipermukaan dinding atau siling tempat lalat selalu hinggap. Racun serangga ini boleh berfungsi selama 2 minggu untuk membunuh lalat selepas disembur.

Larvicide sprays adalah salah satu cara mengawal lalat dan berkesan membunuh lalat peringkat larva. Penggunaan tanpa kawalan akan menyebabkan berlaku resistant. Contohnya adalah Cygon (dimethoate) dimana racun serangga ini dispray pada najis ayam menjadi tempat pembiakan lalat. Larvicide ini perlu disembur setiap 7 – 10 hari untuk memastikan keberkesannya.

Space spray dimana insecticide yang mempunyai kesan yang sangat cepat membunuh lalat rumah tetapi tidak mempunyai residue. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengawal lalat di kawasan yang populasinya sangat tinggi. Contohnya ialah syntetic pyrethroids tetapi penggunaanya perlu dikawal untuk mengelakkan resistant. Penggunaan alat spray khas diwaktu pagi akan menghasilkan partikal aerosol yang halus dan terampai lebih lama di udara dapat membantu keberkesanan pengunaan kaedah space spray ini kerana ianya memberi lebih masa untuk racun serangga ini terkena pada lalat seterusnya membunuh lalat berkenaan.

Penggunaan baits samada dalam bentuk basah atau kering seperti methomyl atau trichlorfon. Baits ini bertindak dengan cara meransang lalat memakannya dan seterusnya membunuh lalat tersebut kerana bait ini mengandungi racun serangga. Biasanya baits diletakkan di kawasan pembiakan lalat atau di tempat dimana terdapat banyak populasi lalat.

Insecticide resistant biasanya terjadi akibat daripada penggunaan racun serangga yang sama atau dalam kumpulan yang sama untuk satu tempoh yang lama. Keadaan ini terjadi akibat daripada keupayaan populasi lalat untuk terus hidup walaupun telah terdedah kepada insecticide. Lalat ini akan menghasilkan anak yang dapat bertahan dengan racun serangga yang digunakan tersebut sehinggalah insecticide tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan pada populasi seterusnya.

Kesimpulan

Di dalam merancang sesuatu program kawalan lalat rumah kaedah yang paling berkesan adalah dengan cara mengintegrate ketiga-tiga kaedah kawalan yang meliputi aspek kebersihan dan pengurusan sisa ternakan, diikuti dengan penggunaan racun serangga untuk mengurangkan populasi lalat di kawasan kandang dan akhirnya menggunakan kaedah parasitoid untuk memastikan populasi lalat berada pada tahap yang rendah.

 

Masbahal Aquatic merupakan sebuah syarikat milik Bumiputra yang beroperasi di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Masbahal Aquatic telah mula beroperasi semenjak 16 tahun yang lalu dan telah didaftarkan secara rasmi pada 16hb Februari 1998. Masbahal Aquatic merupakan sebuah syarikat milik Bumiputra yang beroperasi di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Masbahal Aquatic telah mula beroperasi semenjak 16 tahun yang lalu dan telah didaftarkan secara rasmi pada 16hb Februari 1998. Pengasas Masbahal Aquatic iaitu En.Mokthar Hamzah selaku pengarah urusan dan juga beliau adalah bendahari Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT).

Masbahal Aquatic bermula dengan mengusahakan kolam-kolam simen yang menjalankan aktiviti-aktiviti pembenihan ikan air tawar,penternakan ikan air tawar dan juga ikan hiasan.


Kolam Asuhan Pejabat Urusan

Produk-produk yang dihasilkan berasaskan akuakultur dimana proses pengoperasian dikendalikan secara bersistematik dan berteknologi bagi menghasilkan benih-benih ikan yang bermutu tinggi.

Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin HALAL , BERSIH dan BERKHASIAT dimana bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman binatang.Masbahal telah membuat kajian bersama Universiti Kebangsaan Malaysia & MARDI dimana Ikan Keli yang dihasilkan mengandungi OMEGA 3 ,6 ,dan 9 serta kandungan protein tinggi dan tanpa kabohidrat.

Kolam ternakan ini terletak di tapak operasi syarikat iaitu di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Kawasan kolam ternakan ini mempunyai keluasan seluas 2 ekar dan dibekalkan dengan sumber air


Kolam Ternakan Keli Omega


Talapia Merah Tempat Pembenihan

MASBAHAL AQUATIC CENTRE ini terletak dilokasi yang strategik dimana berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan iaitu diantara Kuala Lumpur dan Johor serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa 30 minit perjalanan.

PRODUK & PERKHIDMATAN

Masbahal Aquatic menawarkan produk-produk dan perkhidmatan kepada pasaran seperti berikut :

Jenis-Jenis Produk yang disediakan :

-Membekalkan benih-benih ikan air tawar dan ikan hiasan kepada penternak-penternak tempatan

-Membekalkan ikan keli dan ikan tilapia hidup yang matang kepada pasaran tempatan

-Membekalkan ikan keli dan ikan tilapia salai (Smoke Fish) kepada pasaran tempatan

-Memproses dan mengeluarkan pellet makan ikan yang halal, bersih dan berkhasiat kepada penternak-penternak tempatan

- Menjual mesin pembuat pellet makanan ikan kepada pasaran tempatan.

- Agen pengedar STARBIO iaitu produk bagi ternakan yang berasaskan kajian biological untuk semua ternakan.


Hasil Ternakan Mesin Memproses Makanan Ikan


Ikan Salai Kursus Sangkut Akuakultur

Jenis-Jenis Perkhidmatan yang dijalankan :

Menjadi Jururunding kepada penternak-penternak baru didalam pembuatan kolam simen, sistem pengurusan dan teknik penternakan yang bersistematik.

-Menjalankan penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan benih ikan yang berkualiti dan pellet yang bermutu tinggi (Halal,Bersih & Berkhasiat).

– Menjalankan perkhidmatan Latihan Kursus Sangkut Keusahawanan Bidang Akuakultur kepada penternak-penternak tempatan melalui anjuran Kementerian Pertanian & Asas Tani dan juga individu persendirian.

Masbahal Aquatic juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor pembekal ternakan / baka ternakan,pembekal peralatan pertanian & ternakan,pembekal makanan & ubat-ubatan ternakan serta tenaga pengajar.

Sekiranya anda berminat, boleh menghubungi terus ke alamat tertera dibawah:


MASBAHAL AQUATIC

Batu 15, Lenggeng, 71750 Lenggeng, N.Sembilan, MALAYSIA.
TEL:6019-3945455, 6019-6231901, 603-8766 7477
Email: masbahal@myjaring.net


Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Sistem Akuafonik Biotek Dan ICT

Skim Usahawan Agro (Akuakultur) adalah satu skim penternakan ikan yang menggunakan kaedah penternakan dalam kanvas aplikasi bioteknologi dan ICT, skim ini juga merupakan sistem penternakan secara “Contract Farming” selama 5 tahun yang mempunyai skim pembelian balik oleh pihak syarikat. Skim ini mampu memberikan pendapatan bulanan bersih sehingga RM1,000 – RM1,300 sebulan kepada peserta.

Kelebihan Ikan Keli

* Jangkamasa pembesaran dan penternakan yang cepat iaitu 70 ke 80 hari, membolehkan mendapat pulangan yang cepat dan mempunyai nilai ekonomi.

* Tahan lasak terutama dari serangan penyakit, perubahan cuaca dan persekitaran.

* Mempunyai nilai pemakanan yang tinggi terutamanya protein dan kandungan asid lemak Omega 3 yang baik untuk kesihatan.

* Spesis yang digemari oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

* Mempunyai prospek pasaran yang luas melalui kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan dari ikan keli.

* Mudah diternak dan dibiakkan.

Objektif

Memperkenalkan Suatu Teknik Penternakan Ikan Air Tawar Secara Moden Serta Berteknologi Tinggi Seiring Dengan Hasrat Kerajaan Menjadikan Penternakan Adalah Suatu Perniagaan Disamping Meningkatkan Pendapatan Rakyat Khususnya Dan Ekonomi Negara Amnya Serta Menerapkan Nilai-Nilai Kebersihan Demi Menghasilkan Produk Yang Suci Lagi Halal Serta Berkualiti Tinggi Yang Boleh Dimakan Oleh Setiap Golongan Masyarakat.

Kaedah Yang Digunakan

1) Pengunaan Kanvas Sebagai Kolam
- Mudah Alih, Ekonomi, Mudah Diselenggara & Sistematik
- Selamat Daripada Ancaman Pemangsa
- Menjimatkan Ruang
- Mutu & Hasil Berkualiti Tinggi

2) Sumber-Sumber Air
- Air dari sumber semulajadi
- Air yang diproses

3) Adaptasi Teknologi Biotek
- Sistem Rawatan Air
- Rawatan Penyakit Tanpa Antibiotik
- Kawalan Penyakit Tanpa Antibiotik
- Formulasi Makanan Yang Halal

4) Pengunaan ICT
- pH – Keasidan & Kealkalian
- Larutan Oksigen (D/O)
- Kelikatan Air – Amonia / Asid Nitrat (Conductivity)
- Suhu (Temperature)

Konsep Perlaksanaan

*Pengurusan penternakan dan pertanian moden secara bersepadu dan terpusat serta sistematik, tersusun dan berteknologi tinggi demi memastikan kejayaan skim dan menghasilkan mutu produk yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

*Pengurusan ‘skim & projek’, meliputi segala aspek projek merangkumi pengurusan, latihan, kewangan dan pinjaman, pembekalan infrastruktur, prosedur dan operasi ternakan, pemasaran dan R&D

*Peserta akan diurus secara “contract farming” dan diselia oleh syarikat dan hanya terlibat secara khusus dalam fasa pengurusan psosedur dan operasi ternakan sahaja Peserta akan terikat dengan syarikat pemaju melalui satu perjanjian “contract farming” untuk jangkamasa yang ditetapkan

Pungutan Hasil

*Tempoh Ikan Akan Mencapai Saiz Pasaran yang dikehendaki:-

> 70 ke 75 Hari

*Ikan Sesuai Dijual Apabila Mencapai Saiz Pasaran:-

> Berat Ikan 150gram – 200gram Sekor atau
> 5 Ke 7 Ekor Sekilogram

*Hasil Ternakan Yang Matang Pada Tempoh Penuaian Adalah Dijamin Pasaran Dan Dibeli Semula:-

> RM5.00 sekilogram

Sekiranya berminat boleh hubungi:

Aquakultur Puncak Rezeki
Ibupejabat – No. 1, Tingkat Atas
Kedai MDSB
45200 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-3216 1705
012-220 2102
019-347 6779
019-253 9629

Email : puncakrezeki@yahoo.com

Pusat R&D – Kampong Belia Satu,
Sungai Panjang
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

HULU TERENGGANU 11 Nov. – Terdapat peneroka Felda negeri ini kini menikmati pendapatan bulanan yang mencecah lingkungan RM10,000 hingga RM12,000 sebulan.

Menurut Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Abdul Hadi Mohd. Yusof, pendapatan sehingga RM12,000 sebulan itu juga dinikmati oleh peneroka di negeri-negeri lain.

‘‘Kenaikan harga sawit secara mendadak sehingga RM580 bagi satu tan metrik berlaku sejak dua tiga bulan lalu berbanding harga sawit sebelum ini hanya RM200 bagi satu tan metrik.

‘‘Pengurusan Felda yakin jika semua peneroka mengusahakan ladang sawit secara sistematik, pendapatan mereka mampu mencecah pulangan yang lebih tinggi,” kata Abdul Hadi kepada Utusan Malaysia selepas meraikan peneroka Felda yang bakal mengerjakan haji di Masjid Felda Bukit Bading di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan Felda mengenal pasti seramai 100 peneroka daripada keseluruhan 7,463 peneroka dari 15 rancangan Felda di negeri ini telah memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Para peneroka selebihnya menikmati pendapatan dalam lingkungan RM2,000 hingga RM6,000 sebulan.

‘‘Peningkatan itu berlaku mungkin ekoran kenaikan harga kelapa sawit di pasaran selain kehidupan peneroka sudah mengalami peningkatan,” ujar Abdul Hadi.

Sementara itu, seorang daripada peneroka yang akan menunaikan haji, Awang Abdullah, 68, berkata, beliau sekarang memperoleh pendapatan RM6,000 sebulan selepas sawit yang diusahakan di kawasan seluas 10 hektar memperoleh hasil yang cukup lumayan.

‘‘Saya bersyukur kepada Allah kerana hasil keringat saya dulu sudah memberikan hasil yang lumayan. Dulu saya cuma dapat RM1,000 tetapi kini RM6,000 sebulan,” katanya.

-Utusan Malaysia-

** Berita baik untuk sesiapa yang mengusahakan tanaman kelapa sawit termasuk aku..hehehehe

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, sukulen dan aromanya seharum kesturi. Ia kaya dengan vitamin A dan C.

Pokok betik tumbuh tegak meninggi dan batangnya penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun. Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada sebelah atas bahagian pokok. Semua bahagian pokok betik termasuk daun, mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.

Pokok betik membesar dengan baiknya di kawasan tropika. Ia hidup subur di kawasan yang menerima jumlah hujan yang sama sepanjang tahun tanpa banjir atau air bertakung, dan tempatnya terlindung daripada tiupan angin yang kencang.

Betik ditanam secara komersial di Selangor, Perak dan Johor. Di Johor pengeluaran betik varieti Eksotika secara komersial agak terhad akibat serangan virus bintik cecincin.

Antara pengeksport betik dunia, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Mexico. Empat destinasi utama betik Malaysia ialah Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi. Pada tahun 2002 nilai eksport buah betik dianggarkan sebanyak RM69 juta.

Selain dimakan segar, betik juga digunakan sebagai bahan dalam jem, pengawet dan ditinkan sebagai koktel buah-buahan. Buah yang muda dimakan sebagai sayuran atau dijeruk. Papain iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.

Terdapat banyak varieti baka tulen yang nyata di dunia pada masa kini. Kebanyakannya diwujudkan daripada program pembiakan yang sistematik dan selainnya daripada pemilihan yang dilakukan oleh penanam betik sendiri. Baru-baru ini kaedah bioteknologi telah digunakan untuk mewujudkan betik varieti transgenik. Varieti betik boleh dihasilkan melalui pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang. Pada amnya, varieti ginodiesius (mempunyai pokok hermafrodit dan betina) mengalami pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang, manakala varieti diesius (mempunyai pokok betina dan jantan) didebungakan dengan tangan.

Varieti tempatan

Eksotika ialah baka seturunan berpendebungaan sendiri yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Sunrise Solo kecuali saiz buahnya lebih besar. Di Malaysia ia amat popular untuk eksport dan pasaran tempatan. Hasil buahnya agak baik, lebih kurang 60 t/ha/tahun. Buahnya bersaiz kecil ke sederhana (400-800 g). Isinya berwarna oren-merah berbau harum dan kandungan gulanya tinggi iaitu 12-14 o Brix tetapi tidak tahan lama kerana teksturnya yang lembut. Ia juga agak rentan terhadap penyakit bintik buah dan penyakit daun atas berumpun/berkerekot.

Betik Sekaki atau dikenali sebagai betik Hong Kong ialah varieti kedua popular di Malaysia selepas Eksotika. Ia varieti pendebungaan silang dan pengeluar hasil yang prolifik (60-70 t/ha/tahun) dengan saiz buah yang sederhana iaitu 1.5-2.0 kg. Pokoknya agak rendah dan berbuah hampir ke tanah. Di ladang ia mudah diurus kerana sifatnya yang rintang terhadap penyakit daun atas berumpun/berkerekot. Betik Sekaki ini amat menarik, kulitnya licin, warna sekata dan bebas daripada bintik-bintik. Isinya merah, pejal tetapi kandungan gulanya tidak berapa tinggi iaitu 10 o Brix atau lebih rendah lagi.

Di Malaysia, hibrid F1 yang dinamakan Eksotika II telah diwujudkan daripada penghibridan titisan 19 dengan saudara sekandungnya, Eksotika (sebelumnya titisan 20). Hibrid ini telah diisytiharkan dalam tahun 1991, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Eksotika tetapi pengeluaran hasilnya 14-33% lebih tinggi kerana buahnya lebih besar dengan berat 600-800 kg sebiji. Rupa betik ini lebih menarik dengan kulit yang licin dan tahan terhadap bintik-bintik. Isinya lebih pejal dan tahan lebih lama, menjadikan ia lebih digemari untuk dieksport berbanding dengan varieti sebelumnya.


Gambar 1 : Sekaki, varieti buah besar yang popular di Malaysia


Gambar 2 : Eksotika II,varieti kecil untuk dieksport dari Malaysia


Gambar 3 : Rainbow, betik transgenik komersial dunia yang pertama dari Hawaii

Keterangan botani

Pokok betik mempunyai batang yang tegak meninggi dengan ketinggiannya mencapai 8 m dan tidak bercabang. Lilitan pangkal pokok 30-40 cm. Getah akan meleleh keluar dari mana-mana bahagian pokok yang tercedera atau terluka. Daun tumbuh dari bahagian puncak pokok, tersusun melingkari batang. Tangkai daun ini agak panjang dan mendatar dengan ukuran 35-105 cm. Daunnya besar dan lebar, terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata bentuknya. Tulang dan urat daun berwarna kuning. Pokok betik boleh mengeluarkan bunga betina, jantan atau hermafrodit (sempurna). Bunganya wangi berisi dan licin mempunyai lima kelopak. Bunga berlainan jantina yang dihasilkan oleh pokok betik ini bergantung pada keadaan persekitaran dan tegasan.

Bentuk buah betik bujur hingga bulat dengan ukuran panjang 15-50 cm dan lebar 10-20 cm. Buah yang besar boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Buah yang belum masak berwarna hijau dan keras dengan getah yang putih. Kulit buah yang masak berwarna kuning cair hingga ke kuning pekat, manakala isinya yang sukulen berwarna kuning, oren, jingga atau merah. Isinya juga manis berjus dengan bau haruman kesturi. Biji betik di dalam buah biasanya berwarna hitam dan dikelilingi selaput berisi yang lut sinar.

Pertumbuhan dan pembentukan
Pokok betik ialah pokok yang cepat membesar dan memerlukan bekalan nutrien yang banyak untuk mengeluarkan hasil yang tinggi. Pokok betik biasanya ditanam daripada biji benih yang mengambil masa selama 2-3 minggu untuk bercambah.

Pokok betik boleh hidup sehingga 25 tahun atau lebih tetapi produktivitinya menurun mengikut umur. Bagi pengeluaran betik dan papain segar, pokok betik elok ditanam semula setiap 3 tahun. Kadar pertumbuhan awal yang tinggi akan mengaruh pembungaan awal (dalam masa 6 bulan selepas ditanam) dan pembuahan awal (buah matang selepas 4-5 bulan pembungaan). Kadar pertumbuhan buah yang sederhana tetapi stabil dan secara relatifnya agak cepat, perlu dikekalkan bagi menghasilkan buah sepanjang tahun dan dalam kuantiti yang tinggi.

Ekologi
Buah betik ialah spesies tropika dan hampir tropika, terbatas dalam kawasan antara 32° Utara dan 32° Selatan dari Khatulistiwa, dengan julat suhu 21-33°C. Ia memerlukan hujan atau pengairan yang banyak tetapi mesti mempunyai saliran yang baik. Ladang betik seharusnya terletak di lokasi yang terlindung atau dikelilingi oleh pengadang angin kerana angin yang kuat akan merosakkan, terutamanya pada tanah yang tak dapat bertahan dengan kehilangan air akibat perpeluhan yang banyak.

Pokok betik tumbuh dengan baiknya pada tanah cepat salir, yang kaya dengan bahan organik dan pH tanah 6.0-6.5. Ia tahan terhadap apa jua jenis tanah dengan syarat tanah tersebut cepat salir dan tidak terlalu kering. Tanah yang sangat berasid boleh dipulihkan dengan penambahan kapur pada kadar 2.4-4.8 t/ha. Pada tanah organik yang kaya dengan nutrien, pokok betik tumbuh dengan baik dan berbuah dengan banyak tetapi buahnya berkualiti rendah. Akar pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Banjir boleh memusnahkan pokok betik walaupun dalam tempoh yang singkat.

Asal dan sejarah
Walaupun tempat sebenar asal pokok betik tidak diketahui, namun dipercayai bahawa pokok betik ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika, mungkin Selatan Mexico dan Amerika Tengah. Biji benih dibawa ke Panama, kemudian ke Republik Dominica sebelum 1525. Penanamannya merebak ke seluruh Amerika Selatan dan Tengah, selatan Mexico, India Barat dan Bahamas dan ke Bermuda pada tahun 1616. Pelayar bangsa Sepanyol membawa biji benih ke Filipina di sekitar 1550 dan seterusnya ke Melaka dan India. Kemudian biji benih dihantar dari India ke Nepal pada tahun 1626. Ia sampai ke Hawaii pada 1800-1820. Kini betik terkenal hampir ke seluruh kawasan tropika.

Pembiakan

Pokok betik biasanya dibiak menggunakan biji benih. Biji benih diambil daripada buah yang masak, dibasuh dahulu bagi membuang selaput gelatinnya, dikeringkan dan didebukan dengan racun kulat. Biji benih ini perlu disemai dengan segera kerana kebolehhidupannya akan hilang dengan cepat semasa dalam simpanan. Selepas direndam semalaman, biji betik boleh disemai di batas pasir atau disemai terus ke dalam beg politena. Bagi memberi saliran yang baik, campuran tanah yang digunakan ialah 50% pasir, 25% baja organik dan 25% tanah atas. Biasanya, sebanyak 30-50 g biji benih (kering) diperlukan bagi keluasan sehektar. Biji benih disemai sedalam 1 cm pada jarak 2.5 cm di bawah 75% teduhan.

Tanah mungkin perlu dilencunkan dengan racun kulat benomyl atau captan bagi menghalang penyakit lecur (sp. Pythium ). Campuran tanah yang steril boleh juga digunakan kerana anak benih betik mempunyai kadar kematian yang tinggi akibat penyakit lecuh. Bagi menyediakan campuran tanah yang steril, letakkan 50:50 tanah kepada ‘vermiculite’ di dalam ketuhar pada suhu 93°C selama sejam. Dalam keadaan yang ideal, biji benih biasanya bercambah dalam masa 2 minggu, tetapi kadang-kadang memakan masa selama 3-5 minggu. Asid giberelik boleh digunakan untuk mempercepat percambahan. Selepas 6-8 minggu, anak benih sedia untuk diubah ke ladang. Anak benih tidak berapa baik responnya semasa mengubah. Mengubah perlu dilakukan dengan berhati-hati dan pastikan ia diubah sekali sahaja. Semasa mengubah pastikan akar yang dibaluti tanah itu tidak rosak. Anak pokok yang diubah perlu kerap disiram sehingga pertumbuhannya mantap.

Walaupun tidak biasa diamalkan, pokok betik boleh dibiakkan daripada keratan tampang. Keratan in dibiarkan mengeras selama beberapa hari, kemudiannya disokong dengan hujungnya menyentuh tanah lembap yang subur sehingga keluar akar. Apabila keratan separa kayu keras ini ditanam, ia akan berakar

Penanaman
Keadaan iklim mempunyai kesan yang ketara terhadap pertumbuhan pokok betik. Pada keseluruhannya, prestasi pokok betik adalah yang terbaik di kawasan tropika, yang mempunyai ciri-ciri suhu yang panas, kelembapan tinggi dan taburan hujan yang baik. Ia tumbuh dengan baiknya di kawasan yang menerima taburan hujan yang seragam sepanjang tahun tanpa banjir kilat atau keadaan air yang bertakung. Oleh sebab pokok betik mempunyai akar yang cetek, ia amat mudah rosak atau mudah rebah apabila terdedah kepada angin yang kuat. Taufan yang kuat kerap menyebabkan pokok tercabut, batang pokok patah, daun koyak atau pengabsisan bunga. Pemulihan pokok yang terjejas agak lambat dan buah yang dikeluarkan agak kecil.

Pokok betik membesar dengan baiknya apabila menerima cahaya matahari yang secukupnya. Namun, ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan di bawah pokok kelapa atau sebagai tanaman kontan di antara anak pokok buah-buahan seperti mangga, sitrus atau rambutan.

Penyediaan tanah

Kawasan yang hendak ditanam dengan pokok betik perlu dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan kerana pokok betik amat sensitif terhadap persaingan. Pada kebanyakan tanah, satu pusingan bajak piring diikuti dengan satu pusingan bajak putar sudah memadai. Pada tanah yang mampat, subtanah dibajak sedalam 50 cm bagi membolehkan akar tembus jauh ke dalam tanah. Pembajakan subtanah membekalkan saliran yang lebih baik jika dibuat selari dengan garisan kontur tanah.

Kebanyakan tanah di kawasan tropika berasid dan memerlukan pengapuran sehingga mencapai pH 6 sebelum menanam pokok betik. Kawasan penanaman betik yang mendapat baja kapur yang cukup akan mengeluarkan buah lebih awal dan hasilnya lebih tinggi. Masa terbaik untuk menabur kapur (kalsium karbonat atau batu kapur magnesium kisar) ke tanah ialah selepas dua pusingan bajak piring. Sebanyak 3-4 t/ha diperlukan dan ia ditabur rata sama ada menggunakan traktor atau dengan menggunakan tangan. Selepas menabur, kapur dimasukkan ke dalam tanah dengan sekali pusingan bajak putar.

Selepas kapur disatukan ke dalam tanah, semburan menyeluruh kawasan yang dibajak menggunakan racun herba pracambah disyorkan. Ini bagi memastikan bahawa kawasan tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu pertama pertumbuhan.

Pengapuran seharusnya dilaksanakan mengikut garis kontur dan setiap barisan jaraknya 2.7 m. Di dalam barisan, lubang digali pada jarak 1.8 m. Dengan jarak ini sebanyak 2000 pokok/ha boleh ditanam. Saiz lubang bergantung pada keadaan semula jadi tanah. Jika ia tanah yang rapuh, lubang sedalam 30 cm sudah memadai tetapi jika tanah itu jenis yang mampat atau tanah laterit yang keras ia digali sedalam 45 cm.

Mengubah anak benih

Peringkat unggul untuk mengubah anak benih dari nurseri ke ladang ialah di peringkat 8-12 helai daun pada anak benih. Di peringkat ini anak benih mengalami kejutan paling sedikit kerana saiznya yang optimum dan kecederaan akar yang minimum semasa mengeluarkan anak pokok ini dari polibeg.

Sebelum penanaman, 200 g TSP yang mengandungi 45% P2O5 dimasukkan ke dalam lubang dan digaul rata bersama tanah. Baja TSP lebih digemari berbanding Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) walaupun harganya murah, kerana nutrien dalam TSP sedia untuk digunakan oleh anak pokok. Seperti yang telah dinyatakan, kebanyakan tanah di Malaysia berasid dan rendah kandungan fosfatnya. Dengan itu, suntikan awal fosfat akan mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan awal akar dan pucuk.

Proses penanaman sebenarnya mudah. Tanah di sekeliling lubang dimasukkan semula ke dalam lubang dan digaul dengan TSP yang sudah dimasukkan sebelumnya. Satu lubang kecil yang boleh memuatkan beg plastik anak pokok dibuat. Plastik polibeg dikoyak dengan berhati-hati supaya ketulan tanah berakar tidak terganggu dan ia di masukkan ke dalam lubang. Tanah di sekeliling pangkal pokok ditekan. Amalan menghentak-hentak tanah dengan kaki tidak digalakkan, kerana dengan cara ini tanah di sekeliling pokok menjadi cepat padat. Kedalaman penanaman yang paling baik ialah apabila aras tanah menutupi pangkal pokok setinggi 2 cm. Jika lebih cetek dari aras ini, anak pokok menghadapi risiko pendedahan permukaan akar akibat hakisan, manakala penanaman yang terlalu dalam akan menyebabkan penyakit reput pangkal.

Sistem penanaman dua dan tiga titik (tapak) pada amnya melibatkan penanaman dua atau tiga anak pokok pada satu titik pada jarak 30 cm antara satu sama lain. Selepas lebih kurang 3 bulan, apabila pokok mula berbunga, jantina pokok ketika ini boleh dibezakan dengan memeriksa bunganya. Bunga hermafrodit lebih panjang manakala bunga betina berbentuk bulat. Pokok yang betina dibuang meninggalkan hanya satu pokok hermafrodit pada satu titik. Apabila terdapat kes semua pokok betina tumbuh pada satu titik, hanya satu pokok betina ditinggalkan. Dengan menggunakan sistem ini, pencapaiannya ialah pokok hermafrodit 80-85% bagi penanaman dua titik dan lebih 90% bagi penanaman tiga titik.

Sungkupan polietilena di atas batas dapat mengurangkan kehilangan lembapan, larut lesap baja dan dapat mengawal rumpai dengan berkesan. Sungkupan organik seperti rumput, tatal kayu, sekam padi, tandan kosong kelapa sawit dan bahan-bahan yang lain juga boleh digunakan.

Jadual berikut menunjukkan jarak dan kepadatan tanaman

Jarak penanaman (m) Kepadatan tanaman (pokok/ha)
2.5 x 2.5 1,600
3.0 x 3.0 1,111

Pengurusan rumpai
Pengurusan rumpai ialah bahagian yang penting dalam penanaman pokok betik. Selepas pembersihan dan pembajakan piring, kawasan yang hendak ditanam itu perlu disembur secara menyeluruh dengan racun herba pracambah seperti diuron supaya tanah tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu. Penggunaan racun herba yang minimum di peringkat awal pertumbuhan amat penting kerana batang anak pokok yang lembut sangat rentan terhadap kecederaan yang disebabkan oleh racun ini.

Selepas 3 bulan penanaman, rumpai mungkin muncul bertompok-tompok. Keadaan ini perlu diberi perhatian segera. Semburan perlu dilakukan di sebelah pagi apabila angin tidak kuat (kelajuan kurang daripada 1 m/saat) bagi mengelakkan pokok daripada terkena racun herba. Batang pokok betik kekal hijau selama 4-5 bulan selepas ditanam di ladang. Sentuhan secara langsung dengan racun herba boleh menyebabkan nekrosis, reput batang dan pokok akan rebah.

Bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kerosakan akibat racun herba semasa peringkat kritikal iaitu ketika batang pokok masih hijau, sungkupan pada setiap batang pokok amat disyorkan. Sungkupan serta merta di pangkal batang pokok dapat mengurangkan keperluan menggunakan racun herba di sekeliling pokok. Rumpai yang muncul sekali sekala boleh diracun atau dicangkul.

Merumpai menggunakan bahan kimia boleh dijalankan setiap 6 minggu. Namun, penyemburan bulanan mungkin perlu semasa musim lembap. Walaupun kosnya agak tinggi, basta disyorkan untuk digunakan dalam tempoh pertumbuhan awal kerana ia kurang fitotoksik terhadap anak pokok betik. Apabila pokok mencapai umur lebih 6 bulan, racun herba yang lebih murah boleh digunakan.

Mencantas
Pokok betik tidak perlu dicantas. Namun, ramai juga penanam yang mencubit anak pokok atau memotong pokok dewasa bagi menggalakkan percabangan bagi menghasilkan lebih banyak buah.

Pengairan

Pengairan merupakan aspek paling kritikal dalam penanaman pokok betik, terutamanya semasa peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang panjang. Pada amnya, pokok betik perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kering bagi mengelakkan penyakit bawaan udara (e.g. Phythophthora ) iaitu reput akar, tetapi ia memerlukan air yang cukup untuk daunnya yang besar. Kekurangan lembapan biasanya membantutkan pertumbuhan pokok dan menyebabkan bunga dan putik gugur. Oleh itu, bekalan air yang mencukupi melalui pengairan amatlah genting dan ia dapat membantu dalam meningkatkan saiz dan bilangan buah yang dapat dipasarkan. Namun, perlu berhati-hati supaya tiada lembapan berlebihan kerana ia akan menyebabkan kejadian penyakit yang tinggi.

Jumlah hujan bulanan yang minimum sebanyak 100 mm diperlukan tanpa pengairan tambahan bagi pengeluaran yang sederhana. Pengeluaran yang baik diperoleh dengan pemberian air 90 L/pokok/minggu sebaik saja selepas menanam atau semasa musim basah dan 120-240 L/pokok/minggu dalam tempoh kering.

Saliran yang baik perlu dipertimbangkan kerana pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Akar akan reput selepas 24 jam terendam. Pokok yang terjejas akan kekal bantut. Daun bahagian bawah akan layu, menjadi kuning dan gugur, meninggalkan beberapa helai daun di puncak pokok. Apabila air surut, akar adventitius yang baru akan tumbuh dari akar yang masih sihat, tetapi pemulihan pokok amat lambat dan hasilnya tidak ekonomik. Pokok kerap tumbang kerana hilang tapak pegangan. Bagi mengatasi masalah ini, pastikan kawasan yang dipilih untuk menanam itu mempunyai tekstur tanah yang baik dengan saliran yang mencukupi.

Pengurusan rumpai
Pengurusan rumpai ialah bahagian yang penting dalam penanaman pokok betik. Selepas pembersihan dan pembajakan piring, kawasan yang hendak ditanam itu perlu disembur secara menyeluruh dengan racun herba pracambah seperti diuron supaya tanah tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu. Penggunaan racun herba yang minimum di peringkat awal pertumbuhan amat penting kerana batang anak pokok yang lembut sangat rentan terhadap kecederaan yang disebabkan oleh racun ini.

Selepas 3 bulan penanaman, rumpai mungkin muncul bertompok-tompok. Keadaan ini perlu diberi perhatian segera. Semburan perlu dilakukan di sebelah pagi apabila angin tidak kuat (kelajuan kurang daripada 1 m/saat) bagi mengelakkan pokok daripada terkena racun herba. Batang pokok betik kekal hijau selama 4-5 bulan selepas ditanam di ladang. Sentuhan secara langsung dengan racun herba boleh menyebabkan nekrosis, reput batang dan pokok akan rebah.

Bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kerosakan akibat racun herba semasa peringkat kritikal iaitu ketika batang pokok masih hijau, sungkupan pada setiap batang pokok amat disyorkan. Sungkupan serta merta di pangkal batang pokok dapat mengurangkan keperluan menggunakan racun herba di sekeliling pokok. Rumpai yang muncul sekali sekala boleh diracun atau dicangkul.

Merumpai menggunakan bahan kimia boleh dijalankan setiap 6 minggu. Namun, penyemburan bulanan mungkin perlu semasa musim lembap. Walaupun kosnya agak tinggi, basta disyorkan untuk digunakan dalam tempoh pertumbuhan awal kerana ia kurang fitotoksik terhadap anak pokok betik. Apabila pokok mencapai umur lebih 6 bulan, racun herba yang lebih murah boleh digunakan.

Mencantas
Pokok betik tidak perlu dicantas. Namun, ramai juga penanam yang mencubit anak pokok atau memotong pokok dewasa bagi menggalakkan percabangan bagi menghasilkan lebih banyak buah.

Pengairan
Pengairan merupakan aspek paling kritikal dalam penanaman pokok betik, terutamanya semasa peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang panjang. Pada amnya, pokok betik perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kering bagi mengelakkan penyakit bawaan udara (e.g. Phythophthora ) iaitu reput akar, tetapi ia memerlukan air yang cukup untuk daunnya yang besar. Kekurangan lembapan biasanya membantutkan pertumbuhan pokok dan menyebabkan bunga dan putik gugur. Oleh itu, bekalan air yang mencukupi melalui pengairan amatlah genting dan ia dapat membantu dalam meningkatkan saiz dan bilangan buah yang dapat dipasarkan. Namun, perlu berhati-hati supaya tiada lembapan berlebihan kerana ia akan menyebabkan kejadian penyakit yang tinggi.

Jumlah hujan bulanan yang minimum sebanyak 100 mm diperlukan tanpa pengairan tambahan bagi pengeluaran yang sederhana. Pengeluaran yang baik diperoleh dengan pemberian air 90 L/pokok/minggu sebaik saja selepas menanam atau semasa musim basah dan 120-240 L/pokok/minggu dalam tempoh kering.

Saliran yang baik perlu dipertimbangkan kerana pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Akar akan reput selepas 24 jam terendam. Pokok yang terjejas akan kekal bantut. Daun bahagian bawah akan layu, menjadi kuning dan gugur, meninggalkan beberapa helai daun di puncak pokok. Apabila air surut, akar adventitius yang baru akan tumbuh dari akar yang masih sihat, tetapi pemulihan pokok amat lambat dan hasilnya tidak ekonomik. Pokok kerap tumbang kerana hilang tapak pegangan. Bagi mengatasi masalah ini, pastikan kawasan yang dipilih untuk menanam itu mempunyai tekstur tanah yang baik dengan saliran yang mencukupi.

Pembajaan

Dalam pengurusan yang baik, pokok betik yang membesar dengan pantas dan berterusan mempunyai potensi pengeluaran buah sepanjang bulan di sepanjang tahun. Dengan itu, bekalan nutrien yang banyak pada tempoh yang tetap untuk pertumbuhan yang baik dan pengeluaran buah yang berkualiti amat kritikal. Pengapuran tanah sebelum menanam ialah amalan yang baik, kerana pH tanah 6-6.5 dianggap optimum untuk pertumbuhan dan prestasi hasil bagi pokok betik. Bagi kebanyakan tanah di kawasan tropika, 3-4 t/ha kapur diperlukan. Pokok betik yang mendapat cukup baja kapur, berbuah lebih awal dengan hasil yang tinggi dan dapat dipasarkan.

Semasa peringkat awal pertumbuhan, bekalan nitrogen dan fosforus yang cukup perlu dibekalkan bagi memastikan pertumbuhan tampang yang baik. Pada peringkat pembuahan, aras kalium perlu ditambah bagi meningkatkan kualiti buah (supaya warna isi lebih menarik, lebih manis dan lebih pejal). Pada masa yang sama, aras fosforus pula perlu dikurangkan bagi mengekalkan saiz buah yang besar. Bagi nitrogen, arasnya tidak berubah di sepanjang peringkat tampang dan pembuahan. Namun, baja bernitrogen yang berlebihan terutamanya baja organik perlu dielakkan kerana ini akan menggalakkan balikan seks daripada bunga hermafrodit kepada bunga betina yang menghasilkan buah yang tidak menentu bentuknya.

Faktor kepelbagaian jenis tanah, keadaan cuaca dan amalan pengurusan, membuatkannya perlu untuk membentuk pengesyoran bagi sesuatu kawasan yang khusus berasaskan analisis tanah dan foliar. Di Malaysia sebanyak 50-100 g/pokok rumusan 15:15:15 diberikan setiap bulan sehingga anak pokok berumur 4 bulan. Selepas itu, rumusan 12:12:17:2 diberikan sebanyak 180 g/pokok setiap bulan. Sebagai tambahan kepada baja bukan organik yang disyorkan, tahi ayam, efluen kilang kelapa sawit atau baja organik yang lain ditambah dalam tempoh yang tetap. Pemberian baja organik ini perlu dihadkan kepada 2 kg/pokok dalam tempoh 4 bulan kerana pemberian baja organik yang tinggi mengaruh pertumbuhan tampang secara berlebihan dan mengurangkan hasil dan kualiti buah.

Kekurangan nutrien
Kekurangan boron amat penting dalam penanaman betik, terutamanya apabila ditanam di tanah berpasir. Bagi pokok yang sedang membesar, daun yang muda menjadi rapuh dan berbentuk mencengkam. Pada peringkat pembuahan, simptomnya ditunjukkan pada buah yang menjadi herot dengan kulit yang kasar dan permukaan buah berbenjol-benjol (Gambar 1). Pokok yang terjejas terbantut pertumbuhannya, pembentukan buah merosot teruk manakala buah yang terjejas tidak menghasilkan biji, tidak terbentuk dengan baik dan pemasakan tidak sekata dengan kandungan gula yang rendah. Kekurangan boron boleh dirawat dengan menggunakan borax sebanyak 5-10 g/pokok atau semburan foliar dengan 0.25% larutan borax .


Gambar 1: Permukaan buah betik yang kasar atau berbenjol-benjol kerana kekurangan boron. Foto oleh P. Raveendranathan

FERTILISER APPLICATION

Fasa

Umur pokok*(bulan ) Jenis baja Kadar/bulan Masa membaja
Vegetatif 1 15:15:15 (NPK) 50g Sekali setiap bulan
3 15:15:15 (NPK) 100g Sekali setiap bulan

* Pada tempoh ½ tahun 2 kg/pokok bahan organik tanaman diberikan TSP1 = Triple Super Phosphate

Baja borax (1-5 g/pokok) perlu ditambah jika simptom kekurangan boron kelihatan.

Pembungaan dan pembuahan

Pokok betik boleh dibezakan berasaskan jenis seksual, iaitu sama ada pokok hermafrodit, pokok jantan atau pokok betina. Pokok hermafrodit biasanya mengeluarkan satu atau beberapa bunga dwiseks pada setiap buku ruas. Bunga dwiseks ini sensitif terhadap persekitaran dan dari semasa ke semasa boleh berubah ke balikan seksnya sama ada menjadi bunga betina atau bunga jantan. Pokok betina menghasilkan satu atau dua bunga betina pada setiap buku ruas, manakala pokok jantan tidak berbuah tetapi mengeluarkan banyak pendulus bunga jantan yang panjang. Walaupun kedua-dua pokok betina dan hermafrodit boleh berbuah, pokok betina menghasilkan buah yang bulat manakala pokok hermafrodit menghasilkan buah yang agak panjang berbentuk silinder.

Produktiviti pokok betik boleh terjejas teruk disebabkan keadaan cuaca. Terutamanya, hujan, suhu, kelembapan relatif dan taufan yang amat mempengaruhi pembungaan, pembuahan, kejadian penyakit dan kematangan buah. Kemarau yang panjang yang dikaitkan dengan suhu yang tinggi, menjejaskan pengeluaran buah dengan teruk kerana keadaan tersebut mengaruh penguguran struktur bunga dan buah yang menyebabkan fasa steril atau putus buah pada batang pokok (Gambar 2).
Di sebaliknya pula, suhu dingin dan keadaan yang basah akan menyebabkan bunga hermafrodit berbalik menjadi bunga betina, menghasilkan buah yang tidak menentu bentuknya (Gambar 3), yang tidak dapat dipasarkan. Keadaan cuaca yang panas tidak memberikan kesan terhadap hasil betik di Malaysia.

Penjarangan buah ialah amalan penting yang akan mengawal pengeluaran dan meningkatkan peratusan buah yang mempunyai saiz yang seragam yang boleh dipasarkan. Selepas berputik, peringkat awal pembentukan buah sangat cepat. Putik yang lambat membesar selepas lebih kurang seminggu berputik, mungkin tidak akan menjadi buah yang boleh dipasarkan. Oleh sebab buah seperti ini tidak berbiji dan kecil saiznya, ia harus dibuang. Buah lain yang perlu dibuang ialah putik yang tidak menentu bentuknya dan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Pada amnya, disyorkan supaya hanya sebiji buah ditinggalkan pada setiap buku ruas. Apabila terdapat banyak putik pada satu buku ruas hanya yang terbesar sahaja disimpan.

Oleh sebab pokok betik tidak dapat ditentukan jantan betinanya sehingga mula berbunga, iaitu selepas 6 bulan percambahan, jadi dalam ladang yang kecil, pastikan hanya 3 atau 4 pokok betina atau tanam pokok hermafrodit. Buah menjadi matang selepas 4 bulan pembungaan. Bergantung pada varieti yang ditanam, keadaan iklim dan amalan pengurusan kultur, hasil buah betik yang boleh dipasarkan berjulat daripada serendah beberapa tan hingga ke 60 t/ha. Biasanya sebanyak 100 biji/pokok boleh didapati dalam tempoh penuaian 1.5-2 tahun. Selepas itu bahagian pokok sebelah atas boleh dicantas bagi mengeluarkan cabang sekunder bagi menghasilkan lebih buah. Untuk tahun pertama, lebih kurang 15-20 t/ha buah boleh diperoleh dan 30-50 t/ha pada tahun kedua.

RINGKASAN PROSES PENGELUARAN BUAH BETIK

Tindakan Apa tindakan perlu diambil? Bagaimana tindakan dilakukan? Bila tindakan diambil? Kenapa tindakan dilakukan?
Membuat baris dan lubang Membaris dan memacak pancang pada jarak 1.8 m x 2.7 m di sepanjang garis kontur, gali lubang 30 cm x 30 cm x 30 cm Membuat baris, secara manual gali lubang dengan tangan atau menggunakan mesin.
Mengubah Tambah 200 g TSP, aras tanah 2 cm dari pangkal pokok Secara manual Anak benih mempunyai 8-12 helai daun. Peringkat anak benih mengalami paling sedikit kejutan, suntikan awal fosfat untuk anak benih
Pengairan 60–90 L/pokok/minggu selepas menanam dan semasa musim lembap, 120-240 L/pokok/minggu semasa tempoh kering Pembanjiran alur, perenjis mikro, jet, pemancar titis. Kritikal di peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang berpanjangan Kekurangan lembapan membantutkan pertumbuhan tetapi air yang berlebihan membawa kepada penyakit akar.
Kawalan rumpai Racun herba pracambah, semburan tompok, sungkupan di sekeliling pangkal pokok. Secara manual Sebelum menanam, setiap 6 minggu Bagi menghalang saingan dengan pokok betik
Penuaian Buah dipetik dengan tangan Secara manual atau menggunakan galah panjang yang mempunyai bakul dawai. 17-20 minggu selepas antesis bunga, indeks warna 2 atau 3

Kematangan buah
Pokok betik di kawasan tropika mula berbunga 3- 4 bulan selepas ditanam dan buah matang 5 bulan kemudian. Selepas antesis bunga iaitu antara 17-20 minggu, terdapat pelbagai peringkat kematangan buah yang optimum. Kepelbagaian ini dipengaruhi oleh cuaca dan umur pokok. Menuai pada peringkat kematangan yang sesuai sangat perlu bagi memastikan kualiti dan tempoh penyimpanan dapat dimaksimumkan.

Penuaian
Buah hendaklah dipetik pada indeks warna 2 atau 3 bagi membolehkan masa yang lebih untuk pengendalian dan penyimpanan seterusnya. Pada peringkat ini terdapat juga sedikit kerosakan yang disebabkan oleh antraknos atau lalat buah. Buah pada indeks warna 1 tidak sesuai dipetik untuk dimakan segar kerana belum matang dan ia tidak akan menjadi lembut atau berubah warna. Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5 juga tidak sesuai kerana sudah masak dan tidak boleh disimpan lama untuk tujuan pemasaran.
Buah sulung keluar lebih kurang 1-1.4 m dari aras tanah, jadi memetik buah dengan menggunakan tangan pada tahun pertama agak selesa. Pada tahun kedua pemetikan buah menjadi rumit kerana buah melebihi aras yang boleh dicapai tangan. Dalam keadaan ini, bagi memudahkan pemetikan buah, galah panjang yang mempunyai bakul dawai yang beralaskan span di hujungnya boleh digunakan. Selain itu, di hujung galah juga boleh dipasangkan jaring nilon yang diikat pada bingkai bulat, gunanya untuk menadah buah yang tanggal dari pokok. Buah yang dipetik disusun dalam bakul plastik yang dilapis kain atau surat khabar bagi menghalang kecederaan pada buah.

Kemusiman pengeluaran buah
Buah betik dianggap buah yang tidak bermusim tetapi menunjukkan puncak pengeluaran yang nyata dalam kitaran hayatnya. Puncak pengeluaran berlaku setiap 3 bulan, bermula dengan puncak pertama pada bulan ke 11 selepas penanaman. Fasa pengeluaran terbaik ialah di sekitar bulan ke 13 dan 14. Puncak-puncak selepas ini kurang nyata sehinggalah pokok mencapai penghujung jangka hayatnya lebih kurang 18-24 bulan. Corak pengeluaran boleh dipengaruh oleh keadaan cuaca terutamanya taburan hujan. Dalam keadaan kemarau, pemasakan buah terlambat selama 2 minggu atau lebih dan beberapa biji buah pada pokok yang sama masak serentak apabila hujan mula turun.

Corak pengeluaran buah betik Eksotika
Mengatur tarikh penanaman yang berperingkat-peringkat tidak menjamin puncak pengeluaran yang disasarkan (juga berperingkat-peringkat), kerana pokok betik amat sensitif terhadap perubahan cuaca dan pengeluaran bunga paling prolifik semasa musim hujan. Dengan itu, semua pokok betik dalam lokasi yang sama, akan memberi respon sewajarnya dan menunjukkan persamaan dalam corak pengeluaran tanpa mengira umur. Corak pembuahan yang ditunjukkan oleh tempoh puncak dan kurang daya pengeluaran akibat kepelbagaian keadaan cuaca menyebabkan bekalan dan harga betik tidak stabil.

Rajah pengendalian lepas tuai

Pengendalian lepas tuai bagi buah betik memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi. Buah betik rentan terhadap beberapa faktor yang boleh mengurangkan kebolehpasaran, termasuklah suhu yang terlampau tinggi atau rendah atau suhu yang kerap turun naik, lembapan, penyakit dan kerosakan mekanikal. Pendedahan kepada faktor-faktor ini melalui pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan buah tidak atau terlebih masak, kualiti tidak konsisten dan rasa tidak sedap. Ini menyebabkan kerugian lepas tuai yang tinggi. Jika dikendali dengan baik, buah betik boleh mengekalkan tempoh simpan selama 4-6 bulan dalam keadaan tropika yang ambien (25-28°C), atau sehingga 3 minggu pada suhu rendah (10-12°C).

PENGGREDAN

Bagi tujuan eksport hanya buah hermafrodit berbentuk piriform dipilih dan digred mengikut peringkat kematangan (indeks kematangan) dan saiz. Buah dikelaskan sebagai besar (601-800 g), sederhana (361-600 g) dan kecil (250-350 g). Buah yang besar dan sederhana biasanya dieksport ke Singapura, China dan Timur Tengah, manakala buah yang kecil dipasarkan ke Eropah. Pada masa ini betik Eksotika tidak dieksport ke Jepun, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat kerana negara-negara tersebut mempunyai peraturan kuarantin yang ketat yang memerlukan penyahserangan lepas tuai.

Indeks warna

Kematangan betik Eksotika dibahagikan kepada 6 peringkat warna kulit seperti berikut:

Indeks warna 1 : Hijau keseluruhan
Indeks warna 2 : Hijau dengan kesan warna kuning
Indeks warna 3 : Lebih warna hijau daripada warna kuning
Indeks warna 4 : Lebih warna kuning daripada warna hijau
Indeks warna 5 : Kuning dengan kesan warna hijau
Indeks warna 6 : Kuning keseluruhan


Gambar 1 : Indeks kematangan buah betik
Baris atas, kiri ke kanan : Indeks 1-3

Baris bawah, kiri ke kanan : indeks 4-6

Pemilihan dan pembasuhan

Di rumah pembungkusan buah betik dipilih mengikut saiz, bentuk (jantan/betina), indeks warna, kecacatan (buah berkarpel) dan kerosakan yang disebabkan perosak, penyakit, kecederaan mekanikal dll. Bagi betik Eksotika buah yang beratnya kurang daripada 250 g atau melebihi 800 g dianggap dalam julat yang tidak boleh diterima. Buah yang rosak, cacat, terlalu masak dan berbentuk bulat (betina) juga ditolak. Pemilihan amat penting terutamanya pada buah yang hendak dieksport. Hanya buah dengan indeks warna 2 diterima untuk eksport. Buah yang mempunyai indeks warna 3 hingga 5 biasanya dijual di pasaran tempatan. Buah dengan indeks warna 6 terlalu masak dan ditolak. Selepas pemilihan, tangkai buah dipotong tidak melebihi 5 mm. Buah-buah ini kemudian dibasuh di bawah air paip yang mengalir bagi membuang getah, kotoran, serangga dan benda asing.

Kerosakan mekanikal

Kerosakan pada kulit selepas sahaja dipetik akibat pengendalian yang cuai, mengisi buah ke dalam kotak secara berlebihan dan pergerakan yang berlebihan semasa diangkut di ladang akan meninggalkan kesan bergetah, tercucuk, parut dan lebam. Semasa proses pemasakan bahagian yang lebam akan menjadi lembut dan berwarna gelap, dan mudah dijangkiti kulat serta bakteria. Kesan yang sama boleh terjadi akibat pengendalian yang kurang cermat semasa membasuh, menggred dan membungkus. Dengan mengambil langkah-langkah pengawalan di sepanjang prosedur pengendalian, kerosakan dapat dikurangkan. Pekerja perlu dilatih tentang teknik penuaian, perlunya pelapik diletakkan di dalam kotak di bahagian bawah dan kotak hanya boleh diisi dengan satu lapisan buah sahaja. Di ladang, tangkai betik perlu dibuang bagi menghalang buah daripada tercucuk atau tercalar dengan buah yang bersebelahan. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut buah dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dipandu dengan perlahan dan berhati-hati. Semasa pengendalian di rumah pembungkusan, buah tidak boleh sama sekali dibaling atau terjatuh, dan dalam operasi automatik pula, semua mesin yang digunakan perlu dilapik.

Lelasan pada kulit akan menyebabkan warna buah berbelak-belak seperti pulau (bahagian kulit kekal hijau dan tenggelam apabila buah betul-betul masak). Keadaan ini mempercepat kadar kehilangan air. Kecederaan seperti lelasan dan tercucuk lebih penting daripada kecederaan impak terhadap buah betik.

POST HARVEST TREATMENTS

Gangguan-gangguan patologi
Penyakit antraknos (sp. Colletotrichum) mudah tersebar luas dalam tempoh penyimpanan yang lama di ladang yang lembap dan kawalan penyakit sebelum tuai yang tidak sesuai atau ladang yang tidak bersih. Kehadiran penyakit ditunjukkan dengan tompok-tompok hitam atau perang yang halus yang menjadi semakin besar dan bergabung lalu tenggelam.

Reput phomopsis yang disebabkan oleh Phomopsis caricae-papayae bermula di pangkal buah atau luka pada kulit buah. Penyakit ini cepat menular pada buah yang masak. Tisu terjangkit menjadi lembut dan sedikit gelap.

Reput alternaria disebabkan oleh Alternaria alternata berlaku selepas kecederaan dingin pada buah betik yang disimpan pada suhu kurang daripada -12°C.

Masalah suhu rendah

Menyimpan buah betik yang belum masak pada suhu 10°C akan menyebabkan kecederaan dingin. Simptomnya termasuklah permukaan buah menjadi lekuk, penyahwarnaan pada kulit dan isi, pemasakan tidak sempurna, rasa tidak sedap dan kerentanan terhadap kejadian penyakit meningkat. Buah betik yang masak tahan disimpan pada suhu rendah, tetapi pengangkutan buah yang masak (lebih 50% kuning) tidak disyorkan kerana kerentanan terhadap kerosakan mekanikal dan lebam.

Masalah suhu tinggi

Mendedahkan buah betik pada suhu lebih 30°C dan melebihi 10 hari akan menyebabkan kecederaan haba (masak tidak sekata, masak berbelak, warna tidak cantik, pelembutan tidak normal, lekuk permukaan dan cepat busuk). Penyejukan segera ke suhu 13°C selepas rawatan haba dapat meminimumkan kecederaan haba.

Rawatan air panas
Ramai pengeksport mengamalkan kaedah rawatan ini bagi mengurangkan penyakit lepas tuai terutamanya apabila buah dieksport melalui jalan laut. Rawatan ini tidak perlu jika buah diangkut melalui udara atau dipasarkan di pasaran tempatan. Selepas dibasuh, buah dicelup ke dalam air panas pada suhu 49°C selama 10 minit. Kemudian buah ini disejukkan di bawah air paip yang mengalir selama 10 minit sebelum dirawat dengan racun kulat.

Pencelupan dengan racun kulat

Buah yang dimakan segar tidak perlu dirawat dengan racun kulat. Namun, buah yang hendak disimpan atau dieksport perlu dirawat dengan suspensi propiconazole yang mengandungi 250 bpj bahan aktif selama 5 minit. Mencelup buah ke dalam racun kulat dapat mengawal penyakit lepas tuai seperti antraknos (Colletotrichum) dan reput hujung batang (Botryodiplodia, Phomopsis). Selepas dicelup, buah dikeringkan di atas rak pengeringan yang sudah dialas dengan pelapik poliuretana atau span. Kipas boleh digunakan bagi mempercepat pengeringan.

Pembungkusan
Buah betik dibungkus dalam kotak teleskopik papan gentian beralun (CFB) dengan bahagian tangkai buah menghala ke lantai kotak. Sebelum menyusun buah ke dalam kotak CFB, setiap biji buah disampul dengan sampul poliuretana atau dibungkus dengan surat khabar. Bahan pembalut ini akan dapat mengelakkan kecederaan terhadap buah semasa buah diangkut. Buah ini dipek dalam kotak 6 kg, yang biasanya mengandungi 6-18 biji buah sekotak. Pembungkusan sebegini biasanya untuk dieksport melalui udara atau pengangkutan jarak dekat melalui laut ke Hong Kong. Bagi varieti Sekaki yang lebih besar, ia dipek di dalam kotak 20 kg. Setiap kotak mengandungi 12-18 biji buah


Gambar 2 : Kotak pembungkusan betik Eksotika 6 kg yang standard untuk dieksport

Bagi pengangkutan jarak jauh yang menggunakan kapal laut, buah dipek di dalam bungkusan atmosfera terubahsuai (MAP). Bagi mengadakan suasana atmosfera terubah suai (MA), kotak CFB dilapis dengan beg polietilena berketumpatan rendah (LDPE) setebal 0.04 mm. Mulut beg diikat dengan gelang getah. Di dalam setiap beg, 40 g penyerap etilena (nama dagangan ‘cleanpack’) dibungkus bersama-sama dengan buah bagi membantutkan pemasakan buah semasa dalam perjalanan. Dengan menggunakan kaedah pembungkusan sebegini, buah boleh dieksport ke Timur Tengah melalui jalan laut. MAP dengan suhu penyimpanan 10-12°C dapat mengekalkan kualiti buah betik Eksotika selama 3 minggu. Tempoh ini cukup untuk perjalanan yang jauh (10-12 hari), pemeriksaan kastam dan kuarantin di pelabuhan (1-2 hari) dan pengedaran dan pemasaran buah (6-7 hari).

Penyimpanan
Buah yang mempunyai indeks warna 2 dan 3 boleh disimpan dalam keadaan ambien (25-30°C) selama 5-7 hari, manakala buah yang mempunyai indeks warna 4 dan 5 hanya boleh bertahan selama 2-3 hari. Buah yang hendak diangkut melalui udara mengelilingi dunia perlu disimpan pada suhu 10-12°C, tahan disimpan selama 2 minggu atau lebih. Dengan MAP tempoh simpan boleh dipanjangkan ke 3 minggu iaitu cukup tempoh untuk pengangkutan laut ke Hong Kong dan Timur Tengah.

Pengangkutan

Pasaran domestik
Pasaran domestik jarang memerlukan nilai tambah atau pembungkusan yang canggih. Dengan itu buah betik pada indeks warna 2 dan 3 dibungkus di dalam bakul plastik yang boleh disusun bertingkat-tingkat, bakul atau bekas yang boleh diguna semula dan diangkut menggunakan lori tanpa pendinginan.

Pasaran eksport

Kontena sejuk yang beroperasi pada suhu 10-12°C sesuai untuk buah betik di dalam kotak CFB (dengan atau tanpa MAP) yang menggunakan pengangkutan laut. Kontena berukuran 40 kaki boleh memuatkan 2000 hingga 3500 kotak betik Eksotika (kotak 6 kg) dan betik Sekaki (kotak 20 kg). Bagi eksport melalui udara, setiap palet boleh mengisi 204 kotak betik Eksotika (kotak 6 kg).


Gambar 3 : Kontena sejuk berukuran 40 kaki untuk pengangkutan laut betik Eksotika ke Hong Kong

Buah betik masak pada suhu 15-30°C. Suhu kurang daripada 15°C (seperti di dalam kontena dingin) dan suhu yang rendah semasa musim sejuk akan membantutkan pemasakan buah. Bagi mengatasi masalah ini, apabila sampai ke destinasi, buah dipindahkan dari pembungkusan MAP ke dalam bilik pemasakan ‘flow-through’ yang mempunyai kelembapan relatif 85-90% untuk pemasakan. Buah diaruh untuk masak dengan didedahkan kepada 5 bpj etilena selama 24 jam. Satu lagi kaedah untuk mengaruh kemasakan buah ialah dengan pendedahan singkat kepada etilena sebelum dibungkus ke dalam kontena dingin.

Mangga ( Mangifera indica ) ialah buah yang popular di tropika. Biasanya buah ini berbentuk ginjal, walaupun ada varieti yang berbentuk bujur dan bulat. Kulit buah yang masak berwarna hijau atau kuning. Pada beberapa varieti terdapat sedikit warna merah atau oren. Isi mangga yang berwarna kuning atau oren ialah adunan rasa manis dan masam yang enak dan mempunyai aroma yang wangi.

Pokok mangga tumbuh cepat dan menegak dan mempunyai kanopi yang lebar atau bulat. Pokok ini boleh hidup lama dan berbuah secara berterusan sepanjang hayatnya. Pokok mangga yang ditanam secara komersial dibiakkan secara cantuman. Pokok cantuman mula berbuah pada usia 3-5 tahun. Biasanya satu musim berbuah dalam setahun, kecuali jika pekebun menggunakan bahan perangsang untuk mengaruh pembungaan di luar musim.

Pokok mangga boleh hidup di pelbagai jenis tanah, walaupun ia lebih subur di tanah dalam yang subur dengan pH 5.5-7.5. Pokok mangga amat sesuai di kawasan yang mempunyai tempoh kering (2-4 bulan) yang nyata dalam setahun dan suhunya 24-30 o C. Cuaca kering semasa tempoh berbunga ialah masa terbaik untuk pengeluaran buah.

Pokok mangga banyak ditanam di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Dusun yang kecil juga terdapat di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Kebanyakan buah mangga Malaysia dieksport ke Singapura, Brunei, Indonesia dan China. Dalam tahun 2000, nilai eksport mangga adalah sebanyak RM5 juta.

Sungguhpun mangga popular untuk dimakan segar sebagai pencuci mulut, ia juga diproses untuk dijadikan jus mangga, serbet, jeli, cutni, dan jeruk. Mangga boleh juga dikeringkan, didihidratkan atau disejukbekukan. Kedua-dua buah yang hijau dan yang masak juga boleh digunakan dalam hidangan berperisa.

Hanya dua varieti iaitu Chokanan dan Masmuda disyorkan untuk penanaman secara komersial.

Varieti Bentuk Berat Warna TSS (%) Tekstur dan rasa buah
Harumanis Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat) 350-550g Kulit hijau gelap dengan sedikit warna kuning pada bahu buah dan isinya warna oren kuning 16-17% Halus, manis, beraroma
Masmuda Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat) 400-500g Kulit dan isi kuning 14 -15% Pejal, halus, manis, sedikit beraroma
MAHA 65 Oblong (segi empat memanjang) 500-600g Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning pucat 14 -15% Halus, manis, sedikit beraroma

Plate 1: Selected commercial mango varieties


Chok Anan


Harumanis


Masmuda


Sala


Siam Panjang


MAHA 65

KETERANGAN BOTANI

Tabiat pertumbuhan: Pokok mangga tumbuh menegak dengan cepat dan mempunyai kanopi yang lebar dan bulat dengan silara yang lampai. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 40 m tetapi biasanya ketinggian pokok yang ditanam dikekalkan pada 10 m. Pokok mangga boleh hidup lebih 300 tahun dan masih boleh berbuah. Akar tunjangnya boleh mencapai kedalaman sehingga 60 cm di tanah yang dalam.

Daun : Daunnya berwarna hijau gelap di permukaan daun bahagian atas dan perang pucat pada bahagian bawah daun. Daunnya keras dengan tulang daun yang nyata. Daun yang cukup besar berukuran 12-30 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Daun yang muda berwarna merah dan lembut. Daun ini tumbuh dalam bentuk jambak pucuk yang membesar dan mengeras hingga menjadi hijau terang sebelum pucuk baru muncul.

Bunga : Jambak bunga mangga muncul pada hujung ranting, berwarna kekuning-kuningan atau kemerah-merahan. Setiap tangkai bunga yang padat mengandungi 2,000 bunga yang kecil. Tangkai bunga ini berbentuk kon yang tidak berapa lebar atau lebar dan berukuran sehingga 45 cm panjang. Bunganya 1-70% dwiseks dan selebihnya merupakan bunga jantan.

Kebanyakan bunga mangga didebungakan oleh serangga – lalat, ‘hoverflies’, tetapi jarang didebungakan oleh lebah. Pokok mangga daripada jenis monoesius dan subur sendiri dan boleh berbuah tanpa pendebungaan silang.

Buah: Buah mangga tergantung pada tangkai buah yang panjang terkeluar dari kanopi pokok. Buah ini dari jenis drup yang besar, julat saiznya dari 5-22 cm panjang. Buahnya berbentuk ginjal, ovat atau bulat (jarang). Kulitnya kuning atau hijau. Banyak kultivar yang mempunyai sedikit warna merah atau oren pada kulitnya. Kulitnya berlilin dan licin. Kulit ini tidak boleh dimakan dan mungkin mengandungi sap yang boleh menyebabkan kerengsaan kepada kebanyakan orang. Isi buah berwarna kuning atau oren. Isi ini berjus, rasanya berjulat daripada rasa masam hinggalah kepada rasa manis. Buah yang berkualiti tinggi tidak mempunyai serabut yang banyak. Biji buah besar berbentuk ginjal mengandungi satu atau lebih embrio yang besar dan melekit.

Pertumbuhan dan pembesaran

Pokok mangga biasanya dibiakkan daripada cantuman mata tunas, cantuman baji atau pendekatan cantuman yang memastikan pokok yang dihasilkan nanti akan betul-betul mengikut jenisnya dan berbuah lebih awal. Pokok cantuman mula berbuah dalam masa 3-5 tahun, yang ditanam daripada biji berbuah pada umur 6-10 tahun. Pokok mangga kekal produktif selama 40 tahun atau lebih. Biasanya pokok berbunga dan berbuah sekali setahun. Namun ada juga penanam yang mengaruh pembungaan menggunakan kalium nitrat di luar musim. Buah matang selepas 3-5 bulan berbunga. Sesetengah varieti juga menunjukkan corak pembuahan yang berselang iaitu menghasilkan buah dengan banyak berselang tahun.

Ekologi

Pokok mangga boleh ditanam pada julat jenis tanah yang luas, daripada tanah lom berpasir yang ringan hingga tanah liat yang merah. Tanah yang mempunyai pH 5.5 hingga 7.5 sesuai untuk pokok mangga. Tanah dalam yang subur akan mengeluarkan hasil yang terbaik dan buah yang berkualiti. Kawasan yang sedikit bercerun juga disyorkan bagi menghalang air daripada bertakung. Tanah dalam tanpa lapisan tak telap membolehkan akar tunjang pergi jauh ke dalam tanah dan dapat membantu ketahanan terhadap kemarau dan kerintangan terhadap angin.

Di Malaysia jenis tanah yang sesuai untuk pokok mangga ialah jenis Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong. Tanah terbiar seperti tanah bekas lombong boleh ditanam dengan mangga, asalkan langkah-langkah pemulihan diambil. Tanah yang bersaliran baik juga disyorkan.

Pokok mangga akan hidup dari aras laut hingga ke ketinggian lebih kurang 450 m, tetapi paling produktif pada aras kurang daripada 365 m. Pokok mangga sangat sesuai di kawasan panas dan terlindung daripada angin, yang menerima hujan kurang daripada 150 cm setahun. Namun di kawasan sebegini pengairan tambahan diperlukan bagi pengeluaran hasil yang tinggi. Penyakit antraknos biasanya memusnahkan bunga dan putik di kawasan lembap dan banyak hujan.

Pokok mangga amat sesuai di kawasan yang mempunyai tempoh kering yang nyata (antara 2-4 bulan) dalam setahun pada suhu sekitar 24-30 o C. Cuaca kering semasa tempoh pembungaan ialah tempoh terbaik untuk pengeluaran buah. Angin boleh musnahkan bunga dan mengurangkan hasil. Pokok mangga perlu dikawal daripada angin yang kuat, tetapi pokok penahan angin yang berlindung dan bersaing dengan pokok mangga perlu dielakkan.

Asal dan sejarah
Genus Mangifera dipercayai berasal dari Asia Tenggara, walaupun M. indica mungkin tumbuhan semula jadi India, yang ditanam beribu tahun dahulu. Dari India ia merebak ke Asia Tenggara, kemudiannya ke dunia baru dan Afrika.

Penyebaran geografis
Mangga banyak ditanam di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak. Namun, pekebun kecil juga terdapat di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Senarai kawasan pengeluaran

  • Perlis
  • Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Star, Pendang, Kuala Muda, Yan, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baru
  • Penang : Timur Laut, Barat Daya, Seberang Prai
  • Perak: Kuala Kangsar, Larut Matang, Hulu Perak, Manjong, Perak Tengah, Kinta, Batang Padang, Hilir Perak
  • Melaka: Alor Gajah, Jasin, Melaka Tengah
  • Negri Sembilan: Rembau, Port Dickson, Jempol, Tampin
  • Johor: Segamat
  • Pahang: Bera, Lipis, Raub, Maran, Jerantut, Bentung, Temerloh
  • Negeri Keluasan (ha) Kawasan Pengeluaran (ha) Produk Pengeluaran (t)ion
    KEDAH 1,261 792 2,990
    MELAKA 773 335 1,005
    PAHANG 279 131 590
    PERLIS 1,161 833 2,271
    SELANGOR 521 459 1,784
    SEMENANJUNG MALAYSIA 7,450 3,918 14,967
    SARAWAK 1,287 N.A N.A

    Pembiakan

    Mangga boleh dibiakkan menggunakan biji atau secara vegetatif. Walaupun pembiakan menggunakan biji mudah dan murah, ia tidak dapat mengekalkan ciri-ciri pokok induk kerana kebanyakan varieti komersial melalui pendebungaan silang. Pokok ini juga lambat berbuah. Dengan itu, pokok mangga lebih baik dibiakkan secara vegetatif. Anak pokok yang akan digunakan seelok-eloknya dijadikan pokok penanti. Untuk tujuan ini, biji benih mangga disemai pada batas yang telah dicampurkan dengan baja organik yang sudah terurai dengan baik pada kadar 8-10 t/ha. Sebagai alternatif, baja nitrogen sebanyak 25 kg/ha boleh digunakan dalam bentuk urea, dalam dua peringkat pada sela 2 bulan selepas daun menghijau. Apabila anak benih berumur 2-3 bulan, ia dipindahkan ke batas yang disediakan dengan baik atau ke dalam pasu. Perlu berhati-hati apabila dalam pengairan anak pokok yang baru dipindahkan.

    Kaedah berikut boleh digunakan untuk pembiakan mangga:

    Cantuman sanding: Kaedah ini agak rumit dan memakan masa, tetapi masih menjadi kaedah utama dalam pembiakan pokok mangga secara komersial. Kaedah ini mencantumkan pucuk terpilih (sion) daripada pokok yang diperakukan (pokok induk) dengan anak pokok yang telah disediakan di dalam pasu atau anak pokok yang telah dipindahkan (pokok penanti) dengan cara sandingan. Untuk tujuan ini, anak pokok yang berumur satu tahun dan ketinggiannya lebih kurang 30-45 cm dan ketebalan batang 0.75-1.5 cm amat sesuai sebagai pokok penanti. Pokok penanti ini sama ada ditanam di dalam pasu atau di bawah pokok induk di mana cantuman akan dilakukan , bergantung pada kesediaadaan cabang yang sesuai. Pada amnya pucuk yang berumur satu tahun, sepanjang 60 cm dan ketebalan batang hampir sama dengan batang pokok penanti dijadikan sion untuk cantuman. Pokok muda yang belum berbuah tidak boleh dipilih sebagai pokok induk.

    Cantuman sanding dilakukan semasa dalam tempoh pertumbuhan kerana dalam tempoh ini pertumbuhan pokok sangat aktif. Keadaan panas, sangat kering ataupun hujan yang lebat tidak sesuai untuk melakukan cantuman sanding.

    Satu potongan nipis kulit dan kayu, lebih kurang 5 cm panjang, 7.5 mm lebar dan 2 mm dalam, dibuang pada kedua-dua sion dan pokok penanti dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam. Ukuran ini boleh dikurangkan atau dilebihkan sewajarnya bergantung pada ketebalan batang pokok penanti dan sion. Potongan yang dibuat mestilah rata, bersih, berbentuk bot, sekata dan licin. Hujung potongan mestilah bulat tidak bersudut. Permukaan yang dipotong bagi kedua-dua sion dan pokok penanti mestilah sesuai apabila ditemukan antara satu sama lain dan tidak ada ruang antara kedua-duanya. Kedua-dua permukaan ini diikat dengan kuat menggunakan lembaran polietena/alkatena , lebih kurang 1.5 cm lebar dan ketebalannya 200 gauge bahan pengikat yang telah terbukti terbaik.

    Selepas sebulan operasi, sion di bawah permukaan cantuman dan pokok penanti di atas permukaan cantuman perlu diberikan cahaya, ‘shape cuts’ setiap minggu supaya cantuman ini akhirnya boleh ditanggalkan sambil membuat potongan keempat. Pada peringkat akhir, bahagian atas pokok penanti di atas cantuman dibuang semuanya.

    Cantuman Veneer : Kaedah pembiakan ini berpotensi dalam pembiakan untuk tujuan komersial dalam skala yang besar. Kaedahnya mudah dan boleh dilakukan dengan jayanya. Pokok penanti seperti yang disebutkan dalam cantuman sanding sesuai untuk kaedah ini.

    Cantuman mata tunas : Walaupun telah ada laporan tentang kejayaan cantuman ini bagi pokok mangga di awal abad ini, cantuman mata tunas bagi pembiakan komersial masih lagi dalam peringkat percubaan.

    Cantuman epikotil biji mangga : Pada amnya pokok mangga dibiakkan melalui cantuman sanding dan cantuman veneer. Kaedah ini memakan masa. Cantuman epikotil biji ialah teknik baru dalam pembiakan pokok mangga. Kaedah ini mudah, murah dan cepat. Biji mangga yang segar ditanam di batas semaian di nurseri. Selepas bercambah, anak pokok yang masih mempunyai batang yang lembut dan daun berwarna tembaga dicabut bersama-sama bijinya. Tanah dibersihkan, biji dan akar dicelup ke dalam 0.1% larutan Bavistin selama 5 minit. Batang anak biji ini dipotong meninggalkan batang setinggi 6-8 cm. Belahan memanjang sepanjang 4-6 cm dibuat pada batang ini. Pada bahagian bawah batang sion potongan berbentuk baji dibuat. Sion ini hendaklah berumur 4-6 bulan dan panjangnya 10-15 cm dan mempunyai mata tunas pucuk. Batang sion ini kemudian diselitkan ke dalam belahan batang anak biji tadi dan diikat dengan lembaran politena. Cantuman ini kemudiannya ditanam di dalam beg polietilena yang mengandungi campuran tanah. Beg ini diletakkan di bawah teduhan supaya terlindung daripada hujan lebat. Apabila sion bercambah dan daun menjadi hijau, pokok cantuman ini perlu ditanam di batas nurseri. Bulan Julai paling sesuai untuk cantuman biji.

    Penanaman

    Pokok mangga hidup dengan amat baik di tanah, lom lempung atau lom lodak yang dalam. Ia memerlukan saliran yang baik dan tumbuh dengan baik pada tanah yang rata atau sedikit beralun , 0-1,200 m di atas aras laut. Julat pH 5.5-7.5 ialah yang terbaik. Kawasan yang ideal untuk pengeluaran mangga ialah kawasan di dalam zon agroiklim 1 dan 2, dengan tempoh kering 2-3 bulan yang nyata dan menerima hujan 75-375 mm setahun.

    Sistem penanaman yang paling biasa digunakan ialah sistem segi empat pada jarak 7.5 m x 7.5 m (178 pokok/ha) hingga 10 m x 10 m (100 pokok/ha) bergantung pada klon. MA 224 biasanya ditanam pada jarak yang lebih rapat berbanding dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.

    Bagi penanaman berkepadatan tinggi (HDP), sistem pepagar tunggal digunakan. Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 700-800 pokok/ha dengan jarak tanaman 2.1-2.4 x 6 m. Kelebihan HDP dalam penanaman buah mangga ialah pokok cepat berbuah dan memberi pulangan lebih awal, mengekalkan hasil yang tinggi, pengurusan tanaman lebih mudah, input dan tenaga buruh berkurangan dan memudahkan penggunaan jentera yang meningkatkan kecekapan operasi.

    Lubang untuk penanaman bersaiz 0.6m x 0.6m x 0.6m digali dan dibiarkan terdedah selama 2-4 minggu. Baja organik atau kompos sebanyak 5-10 kg/lubang dan baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) sebanyak 200 g/lubang dimasukkan ke dalam lubang dan digaul. Anak pokok yang sihat ditanam ke dalam lubang ini. Perlu berhati-hati supaya akar anak pokok tidak rosak.

    Amalan penanaman
    Merumpai

    Mengawal rumpai amat penting dari tempoh penanaman di ladang hingga umur pokok 3-4 tahun. Oleh sebab pokok tumbuh merimbun secara mendatar, maka rumpai yang tumbuh di bawah kanopi semakin berkurangan kerana terlindung daripada cahaya matahari. Semasa pertumbuhan awal ini, rumpai di sekeliling pangkal pokok boleh dikawal secara manual. Sungkupan juga disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di pangkal pokok ini, juga untuk mengekalkan lembapan. Sungkupan organik sangat-sangat disyorkan kerana ia mengayakan kandungan tanah di sekeliling pokok. Rumpai di antara baris pokok boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai jenis sentuh atau dengan menanam tanaman penutup bumi.

    Pencantasan
    Pencantasan diamalkan secara tetap pada semua peringkat pertumbuhan dan pembentukan pokok. Semasa peringkat awal perkembangan pokok, pencantasan untuk membentuk struktur pokok amat perlu bagi melatih pokok untuk mendapatkan bentuk terbuka di bahagian tengah, mengurangkan ketinggian dan mempunyai bilangan cabang yang produktif sahaja. Pokok matang yang berbuah juga perlu dicantas secara tetap bagi mengurangkan pertumbuhan vegetatif yang berlebihan dan meningkatkan keupayaan pokok untuk berbunga.

    Pencantasan

    Pencantasan diamalkan secara tetap pada semua peringkat pertumbuhan dan pembentukan pokok. Semasa peringkat awal perkembangan pokok, pencantasan untuk membentuk struktur pokok amat perlu bagi melatih pokok untuk mendapatkan bentuk terbuka di bahagian tengah, mengurangkan ketinggian dan mempunyai bilangan cabang yang produktif sahaja. Pokok matang yang berbuah juga perlu dicantas secara tetap bagi mengurangkan pertumbuhan vegetatif yang berlebihan dan meningkatkan keupayaan pokok untuk berbunga.

    Bagi penanaman yang lazim, pokok dilatih dan dicantas mengikut sistem tengah terbuka 136 atau 139. Saiz kanopi yang optimum dikekalkan dengan latihan dan teknik pencantasan penjagaan yang betul iaitu dengan membuang tunas air, membuang dahan atau ranting yang melentur, yang rapat, yang bersilang atau yang terlindung dan membuang ranting yang mati, lemah, berpenyakit dan yang diserang penyakit.

    Bagi penanaman berkepadatan tinggi penggunaan bahan tanaman yang bercabang akan menghasilkan bentuk dan struktur asas pokok seperti pokok palma yang terubah suai. Pokok dilatih menjadi seperti pokok palma bersatah tunggal yang terubah suai. Bagi penembusan dan taburan cahaya yang optimum di dalam dan melalui kanopi, ketinggian pokok perlu dikekalkan kurang daripada 2.6 m atau 1.6 kali lebar laluan antara pokok. Laluan traktor perlu dikekalkan selebar 1.6 m. Saiz kanopi yang optimum ialah 4.4 m dan panjang dari bahagian tengah kanopi pokok hingga ke hujungnya 2.2 m. Saiz kanopi yang optimum dikekalkan dengan teknik latihan dan pencantasan yang betul iaitu dengan membuang tunas air, membuang dahan atau ranting yang melentur, yang rapat, yang bersilang atau yang terlindung dan membuang ranting yang mati, lemah, berpenyakit dan yang diserang penyakit.

    Pengairan

    Pengairan sangat penting apabila pokok mula berbuah hingga ke peringkat kematangan yang optimum bagi meningkatkan hasil dan kualiti buah. Sistem pengairan mikro-jet disyorkan. Namun, pengairan tidak diperlukan semasa pengaruhan bunga dan peringkat buah masak.

    Penggunaan jentera

    Beberapa operasi ladang dan penyelenggaraan tanaman yang utama mesti dijalankan dengan menggunakan jentera, sama ada separa atau sepenuhnya, terutamanya bagi penanaman berkepadatan tinggi untuk mengurangkan kos buruh, meningkatkan kecekapan penggunaan buruh dan memudahkan pengurusan. Jentera yang ada dan telah diuji ketika ini ialah:

    Untuk kegunaan umum

    Traktor kecil (48”) tetapi amat berkuasa (45-80 hp) yang mempunyai kabin terkawal dan membawa peralatan ladang PTO. Kabin terkawal dapat memberi pelindungan kepada pemandu traktor daripada percikan bahan kimia dan bahaya kesihatan.

    Pencantasan dan latihan
    Pencantas pneumatik yang berkuasa untuk membentuk dan mencantas pokok. Pencantas /‘hedger’ mekanikal untuk mencantas bahagian atas dan mencantikkan pokok.

    Kawalan perosak dan penyakit

    Pemancut air dan penyembur kabus untuk kanopi dan ‘row-volume spray’ untuk mengawal perosak dan penyakit.

    Penggunaan baja

    Penabur baja untuk menabur baja, kapur dan baja organik dalam barisan di sepanjang barisan pokok.

    Kawalan Rumpai

    Penyembur racun berbentuk joran untuk mengawal rumpai di sepanjang baris pokok.

    Kitaran Bahan Organik
    Traktor yang dipasang dengan pencincang dan penebas bagi menebas rumpai dan menghancurkan ranting dan pucuk untuk dijadikan sungkupan organik. Kaedah ini mempunyai objektif jangka panjang untuk mengurangkan input baja dan meningkatkan kandungan fizikal dan kimia tanah.

    Pembajaan

    Pokok mangga memerlukan penggunaan baja nitrogen yang tetap bagi memastikan pertumbuhan pucuk yang baik dan pengeluaran bunga.

    Sebagai panduan umum, jangan bubuh baja selepas mengalih sehinggalah keluar pucuk baru. Selepas keluar pucuk, gunakan 0.1 kg ammonium sulfat empat kali setahun untuk tiga tahun pertama. Selepas itu, guna 0.6 kg NPK (14:14:14) setahun dalam empat dos yang sama. Elakkan membaja sebelum bunga keluar. Semasa berbuah pembajaan nitrogen yang berlebihan akan mengakibatkan buah berkualiti rendah – ‘soft nose’, buah hijau, masak tidak seragam dan ‘poor blush’.

    Baja organik sangat baik digunakan kerana pokok mudah mengalami lecuh akibat baja. Anak-anak pokok sangat sensitif terhadap baja yang berlebihan, tetapi bertindak balas dengan baik kepada emulsi ikan. Tanah berpasir memerlukan baja yang lebih berbanding dengan tanah lom atau tanah liat.

    Penggunaan mikro nutrien secara rutin tidak disyorkan. Apabila terdapat kekurangan mikro nutrien, dinasihatkan supaya menggunakan mikro nutrien melalui semburan foliar.

    Pembungaan dan pembuahan

    Pokok mangga mengeluarkan hanya sedikit debunga. Bunga mangga ialah panikel hujung cabang yang panjangnya 10-60 cm, mengandungi beberapa ratus hingga beberapa ribu bunga individu, yang memerlukan masa sehingga satu bulan untuk kembang sepenuhnya. Bilangan panikel berjulat antara 200-300 setiap pokok, dengan 500-10,000 kuntum bunga setiap panikel yang menghasilkan sebanyak 100,000 hingga 30 juta bunga setiap pokok. Kadang-kadang keseluruhan pokok dipenuhi bunga dalam satu masa dan pokok tersebut diselubungi bau bunga yang harum. Bunga kembang di awal pagi dan stigmanya segera menjadi reseptif. Waktu peluruhan debunga yang maksimum ialah pada pukul 8 pagi hingga ke tengah hari. Apabila bunga terbuka, ia mengeluarkan nektar dalam jumlah yang banyak, yang dapat menarik perhatian banyak serangga. Namun, secara relatifnya hanya sedikit debunga dikeluarkan pada anter.

    Bunga mangga didebungakan dengan pelbagai cara. Ada persenyawaan sendiri, ada yang didebungakan oleh angin dan serangga (lebah, semut dan lalat) memainkan peranan yang paling penting. Serangga pelawat paling penting bagi bunga mangga ialah lebah madu. Koloni lebah madu yang ada di dalam ladang mangga meningkatkan jumlah bunga yang diseri dan pembentukan putik menjadi lebih stabil. Bunga mangga tidaklah berapa menarik untuk dilawati oleh lebah madu kerana ia terbuka pada waktu yang sama dalam satu tahun. Dalam waktu yang sama bunga lain turut berkembang, jadi lawatan lebah ke dusun komersial jauh lebih rendah daripada yang diperlukan untuk lawatan yang maksimum. Dalam kes sebegini, koloni lebah yang banyak di dalam dusun, mungkin 6-12 koloni per hektar diperlukan untuk mendapatkan pembentukan putik yang maksimum.

    Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Mangga

    Tindakan Apa tindakan diambil? Bagaimana tindakan dilakukan? Bila tindakan dilakukan? Kenapa tindakan dilakukan?
    Bahan tanaman Sediakan atau beli bahan tanaman   4-6 bulan sebelum ditanam di ladang  
    Penggunaan baja (lihat bahagian penggunaan baja) Masukkan ke dalam tanah pada tahun pertama, ditabur tahun berikutnya 4 kali/tahun Memerlukan input baja yang tinggi, terutamanya semasa berbuah
    Kawalan perosak dan penyakit Pantau perosak dan penyakit yang berlaku. Kawal sewajarnya Pemeriksaan yang tetap terhadap tanaman Seperti yang diperlukan Bagi mengurangkan serangan perosak dan meningkatkan pengeluaran
    Pencantasan dan latihan Pencantasan membentuk pokok supaya terbuka di tengah, mengurangkan ketinggian pokok. Bentuk pokok dan buang tunas air dan mengurangkan pertumbuhan vegetatif yang berlebihan Dicantas secara manual Sebagaimana diperlukan Menubuhkan rangka kerja yang kukuh , menggalakkan batang berbuah dan memudahkan pemetikan buah.

    Pratuai

    Bagi mengawal perosak yang paling serius bagi pokok mangga, sebagai prosedur yang rutin buahnya dibungkus menggunakan kertas surat khabar apabila putik buah mencapai saiz sebesar ibu jari. Dengan cara ini penggunaan semburan racun dapat dikurangkan dan buah berkualiti tinggi dapat dipastikan. Sebagai alternatif, program penyemburan yang menggabungkan racun serangga, racun kulat dan baja foliar boleh diamalkan.

    Indeks kematangan

    Buah dituai pada peringkat kematangan yang optimum merupakan amalan yang baik bagi mendapatkan buah yang berkualiti tinggi dengan hayat simpan yang optimum. Namun, jika buah hendak dihantar ke destinasi yang agak jauh, penuaian perlu dilakukan pada peringkat kematangan yang minimum iaitu kualiti buah boleh diterima apabila masak dan dapat memastikan hayat simpan yang maksimum.

    Indeks kematangan yang boleh diharap perlu digunakan bagi menentukan masa terbaik untuk menuai. Terdapat beberapa indeks yang biasa digunakan untuk meramal peringkat kematangan buah mangga yang sesuai untuk dituai. Ini termasuklah umur buah, rupa luaran, warna isi dan kepadatan buah. Kesesuaian indeks ini mungkin berbeza bergantung pada varieti buah.

    Mengira umur buah berdasarkan haribulan pada kalendar ialah cara yang paling mudah untuk meramal kematangan buah dengan betul untuk dituai. Kaedah ini diterima pakai dengan meluas oleh penanam mangga di negara ASEAN walaupun perubahan fizikal, kimia dan fisiologi di peringkat pembesaran buah tidak disedari.

    Umur yang sesuai untuk memetik buah mangga boleh dikira sama ada dari tarikh mula berbunga atau keluarnya putik. Masa yang sesuai untuk menuai beberapa varieti mangga di Malaysia ditunjukkan dalam Jadual 1 .

    Penggunaan umur buah sebagai indeks kematangan menjadi lebih penting apabila buah dibungkus di pokok dan buah tersebut tidak kelihatan. Kebanyakan penanaman gemar memetik buah yang lebih matang atau separa matang. Buah ini dikatakan lebih manis dan lebih sedap. Namun, memetik buah pada peringkat separa matang – selepas 12 minggu dari mula berputik – tidak disyorkan bagi varieti Chokanan kerana buah ini mudah diserang simptom biji berjeli yang menjejaskan kualiti buah.

    Perubahan bentuk dan rupa fizikal buah pada beberapa varieti mangga dapat dilihat dengan jelas apabila buah mencapai peringkat kematangan yang betul untuk dituai. Kebanyakan buah mangga berbentuk leper pada peringkat belum matang. Buah yang matang mempunyai pipi buah yang penuh, bahagian apeks yang lebih lebar, dan bahagian hujung ventral yang membulat dengan kulit yang tegang, licin dan berkilat. Perubahan ini biasanya ditunjukkan oleh varieti Harumanis, Sala, Masmuda, Nam Dorkmai, Lebai Mohamad dan Chokanan (Gambar 1).


    Gambar 1. Buah yang matang mempunyai bahagian apeks yang lebar dengan pipi yang penuh dan kulit licin. Pada beberapa varieti terdapat bahan seperti bedak berwarna putih di permukaan kulit buah.

    Keadaan bahu buah juga boleh digunakan untuk mengenal pasti kematangan pada varieti Masmuda. Buah yang mempunyai bahagian bahu ventral yang membengkak (outgrown) atau bahu sama aras dengan hujung tangkai, sedia untuk dipetik. Kebanyakan penanam menentukan kematangan buah dengan melihat warna isi. Buah yang matang menunjukkan isi putih kekuning-kuningan (Gambar 2) dengan kulit biji yang berserabut. Buah yang isinya masih putih menunjukkan yang ia belum matang lagi.


    Gambar 2. Buah pada peringkat kematangan 80% dengan isi putih kekuning-kuningan.

    Jadual 1. Umur yang disyorkan sebagai peringkat kematangan yang minimum untuk penuaian bagi varieti mangga yang berbeza

    Varieti Umur (selepas putik muncul, minggu)
    Masmuda 13
    Chokanan 10
    Tok Boon 15
    Malgoa 12
    Maha 65 16

    Kehadiran bahan seperti bedak berwarna putih yang dinamakan ‘bloom’ pada permukaan buah boleh berlaku pada buah di beberapa peringkat pembentukan buah hampir dengan kematangan. Pembentukan ‘bloom’ juga boleh digunakan sebagai indeks kematangan bagi beberapa varieti seperti Harumanis dan Masmuda (Gambar 1)

    Buah boleh dituai lebih kurang seminggu selepas ‘bloom’ putih terbentuk. Pada peringkat ini ‘bloom’ mudah dibuang dari permukaan terutamanya apabila buah dikesat. Kulit buah kelihatan berkilat dan berlilin di bawah ‘bloom’.

    Perubahan pada ketumpatan atau graviti tentu buah semasa pertumbuhan dan pembentukan buah berkait dengan kematangan buah. Ketumpatan buah boleh diukur dengan menggunakan kaedah pengapungan dengan mengapungkan buah di dalam air. Buah yang tenggelam mempunyai ketumpatan lebih daripada satu dan dianggap matang, manakala buah yang tidak matang mempunyai ketumpatan kurang daripada satu dan timbul di permukaan air. Namun, kegunaan ketumpatan buah sebagai indeks kematangan hanya sesuai untuk varieti seperti Masmuda, Nam Dorkmai dan Chokanan.

    Buah yang matang seterusnya boleh diasingkan ke tahap darjah kematangan dengan mengapungkan buah di dalam larutan brine (natrium klorida) pada kepekatan yang berbeza (Jadual 2).

    Jadual 2. Pengasingan mangga Masmuda mengikut darjah kematangan

    Kumpulan yang matang Di dalam air

    Di dalam larutan brine

    1%

    2%

    3%

    Mature 0 Timbul
    Mature 1 Tenggelam

    Timbul

    Mature 3

    Tenggelam

    Timbul

    Matang 0 = Belum matang
    Matang 1 = Kurang matang
    Matang 4 = Cukup matang

    Hanya buah yang matang sahaja perlu dituai bagi memastikan buah mangga berkualiti tinggi apabila masak sepenuhnya. Menuai mesti dijalankan dengan betul dan berhati-hati bagi meminimumkan kecederaan mekanikal terhadap buah. Penuaian perlu dilakukan oleh penuai yang berpengalaman dan ia perlu dilengkapkan dengan peralatan penuaian yang mencukupi.

    Pencantasan perlu dilakukan semasa memetik supaya buah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sehingga ke daun yang paling hujung dengan menggunakan gunting pemotong. Namun kaedah penuaian ini hanya dapat dilakukan pada pokok yang rendang yang buahnya boleh dicapai tangan.

    Bagi pokok yang tinggi dan buahnya tak tercapai tangan, tangga atau peralatan yang lain boleh digunakan. Galah panjang dengan hujungnya dipasangkan bulatan dawai berjaring juga boleh digunakan (Gambar 3). Batang besi yang kecil berbentuk jejari dipasangkan pada dawai bulat ini, gunanya untuk memisahkan buah dari tangkai. Buah yang dipetik jatuh ke dalam jaring


    Gambar 3. Galah panjang yang mempunyai bulatan dawai berjaring boleh digunakan sebagai alat untuk memetik mangga

    Buah mangga dipetik dengan tangkainya sekali (Gambar 4 ). Getah yang keluar daripada buah yang tanggal dari tangkai boleh meninggalkan kesan pada kulit buah dan akan menurunkan kualiti buah tersebut. Bagi mengurangkan masalah getah, penuaian bolehlah dilakukan antara pertengahan pagi dengan pertengahan tengah hari, apabila kepejalan buah berkurangan dan lelehan getah pada tahap yang minimum


    Gambar 4. Buah yang dipetik masih mempunyai tangkai yang panjang

    Satu lagi teknik mengurangkan kesan getah adalah dengan menanggalkan tangkai buah selepas dipetik dan letakkan buah dengan bahagian tangkai menghadap ke bawah di atas karung guni atau helaian kertas selama beberapa jam bagi membiarkan getah mengalir hingga habis.

    Kesan getah juga boleh dielakkan dengan membasuh buah tersebut segera selepas dipetik dan dibiarkan mengering dengan bahagian tangkai buah menghadap ke bawah.

    Penuaian seelok-eloknya dijalankan semasa cuaca masih sejuk. Pada awal pagi atau lewat petang. Jangan petik buah ketika basah akibat embun atau hujan, kerana buah yang basah akan menjadi terlalu panas jika tidak mendapat pengudaraan secukupnya dan kemungkinan akan busuk.

    Pengendalian di ladang
    Biasanya pemetik buah akan memikul bakul semasa memetik buah. Apabila bakul ini penuh, buah dipindahkan ke dalam bekas yang sesuai, biasanya bakul buluh atau bekas plastik yang boleh diguna semula. Bekas ini diletakkan di tempat yang strategik, kemudiannya diangkut ke pusat pengumpulan di ladang atau ke rumah pembungkusan. Elakkan daripada mengisi buah terlalu padat di dalam bakul, kerana keadaan ini akan menyebabkan kerosakan pada buah akibat terjatuh atau dihempap bakul ketika diangkut.

    Buah yang dipetik diletakkan di tempat teduh sementara menanti untuk diangkut ke pusat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Buah yang dibiarkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari akan menjadi sangat panas dan mudah rosak. Kejadian buah cedera semasa pengendalian boleh diminimumkan dengan menggunakan bekas yang dialas dengan bahan pelapik yang sesuai seperti karung guni, kertas surat khabar atau span dan penyusunan buah yang betul.

    Lori kecil atau trailer yang disambung ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut buah ke pusat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan dalam ladang seharusnya berkeadaan baik. Jalan yang tidak elok akan menyebabkan kerosakan pada buah yang diangkut oleh kenderaan yang tidak sesuai. Bekas buah mesti diangkut ke atas kenderaan dengan berhati-hati dan disusun dengan elok supaya ia tidak bergerak atau tergolek, yang akan merosakkan kandungan bekas tersebut.

    Lepas tuai

    Carta alir 1. Operasi pengendalian buah mangga di pasaran tempatan

    Operasi di rumah pembungkusan

    Rumah pembungkusan ialah tempat penyediaan produk yang hendak dipasarkan. Ia boleh di bina di dalam ladang itu sendiri atau di kawasan lain yang mempunyai infrastruktur yang lebih baik. Rumah pembungkusan boleh jadi sebuah pondok kecil yang sama seperti pusat pengumpulan di ladang atau sebuah kompleks yang dilengkapkan dengan kemudahan canggih yang diperlukan (Gambar 1 ).

    Proses Lepas Tuai

    Sebuah rumah pembungkusan yang praktikal seharusnya mempunyai bekalan air yang bersih, elektrik, kawasan untuk membasuh dan mengeringkan buah, ruang untuk membungkus dan menyimpan. Operasi di dalam rumah pembungkusan boleh dijalankan sama ada secara manual atau separa jentera. Di dalam rumah pembungkusan buah-buah akan melalui satu siri operasi iaitu pemilihan, pembasuhan, rawatan kulat, pengeringan, penggredan, pelabelan, pembungkusan dan penyimpanan sementara sebelum diagihkan ke pasaran (Carta alir 1).


    Gambar 1. Membungkus buah di dalam rumah pembungkusan

    Pemilihan

    Apabila sampai ke rumah pembungkusan, bahan yang membalut buah semasa di ladang dibuang. Buah yang matang tetapi masih hijau dengan sedikit cacat rupa dan bebas daripada kerosakan dan penyakit dipilih untuk operasi seterusnya.

    Pembasuhan

    Buah segera dibasuh dengan air bersih yang ditambah dengan 100 bpj natrium hipoklorida untuk menanggalkan habuk, tanah, kotoran, sisa bahan kimia dan kesan lelehan getah pada permukaan buah. Apabila kering kesan getah sukar dihilangkan dan akan menjejaskan rupa buah. Kain yang lembut atau span boleh digunakan untuk membersihkan buah tetapi perlu berhati-hati kerana buah mangga mudah lebam apabila di kesat.

    Rawatan menggunakan racun kulat

    Penyakit paling kerap berlaku semasa penyimpanan dan pemasakan ialah antraknos. Penyakit ini boleh dikawal dengan mencelupkan buah ke dalam air panas (52 o C) yang mengandungi 500-1000 bpj benomil selama 5 minit. Rawatan racun kulat juga mengurangkan kejadian reput pangkal buah.

    Pengeringan
    Selepas membasuh dan merawat dengan racun kulat, buah segera dikeringkan bagi menghilangkan air yang berlebihan di permukaan buah. Alat penghembus boleh digunakan bagi mempercepat proses pengeringan dengan menghembus udara hangat pada buah.

    Penggredan

    Buah mangga perlu digred dengan berhati-hati mengikut kriteria yang khusus, seperti varieti, kematangan, keseragaman saiz, kepejalan, kebersihan, dan tiada bahan asing , penyakit, kerosakan akibat serangan serangga dan kecederaan mekanikal (Jadual 3 dan 4 ).

    Spesifikasi gred dan klasifikasi saiz buah mangga

    Table 1. Gred klasifikasi mangga

    Grade

    Specification

    Tolerance

    1

    Fruit must be from the same variety, fresh and clean. It must be uniform in maturity and size, and also free of disease or injury Maturity =5%
    Freshness =5% Injury =5%
    Defect =10%
    Size uniformity =10%

    Table 2. Saiz klasifikasi mangga

    Size

    Code

    Weight (g)

    Large L >500 >300
    Small S <350 <200

    Pelabelan
    Setiap buah berkualiti tinggi perlu dilabel menggunakan pelekat jenama syarikat

    Pembungkusan

    Tujuan pembungkusan ialah untuk mencantikkan persembahan produk dan memberi perlindungan pada produk. Dengan itu, bahan yang digunakan untuk membungkus mestilah kuat, tahan lasak dan rintang terhadap tekanan. Bekas seperti bakul buluh dan bekas plastik yang boleh disusun, biasa digunakan dalam pembungkusan buah mangga secara pukal.

    Sebagai alternatif, kartun papan gentian beralun teleskopik juga biasa digunakan. Kartun ini dilubangkan bagi membekalkan pengudaraan. Dinding kartun yang licin mengurangkan kecederaan mekanikal terhadap buah.

    Buah disusun selapis di dalam kartun. Setiap buah dibalut dengan net polistirina atau kartun tersebut dialas dengan bahan kusyen seperti kertas akhbar, span atau kertas yang disiat-siat bagi meminimumkan kecederaan mekanikal terhadap buah semasa diangkut. Maklumat seperti varieti, saiz, berat dan negara asal dicetak di bahagian luar kartun.

    Penyimpanan sementara

    Kadang-kadang buah perlu disimpan sementara sebelum diangkut ke pasaran. Penyimpanan pada suhu yang rendah meningkatkan hayat simpan buah. Buah mangga boleh disimpan sehingga 3 minggu pada suhu 12-15 °C dengan kelembapan relatif 80-85%. Penyimpanan pada suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan kecederaan dingin pada buah.

    Pemasakan

    Buah mangga biasanya dimasakkan dahulu sebelum diagihkan ke pasaran runcit. Buah yang betul-betul matang akan masak dalam masa 3-6 hari dalam keadaan ambien. Namun, buah tidak semuanya masak serentak. Bagi memastikan buah mangga masak seragam, ia diaruh dengan mendedahkan buah tersebut kepada 5 bpj gas etilena pada suhu 25 ºC selama 24 jam. Buah masak dalam masa 2-3 hari selepas diaruh.

    Quarantine treatment
    Buah mangga yang dieksport ke Singapura, Hong Kong, Timur Tengah dan Eropah tidak dikenakan sebarang sekatan kuarantin. Namun beberapa buah negara mengenakan sekatan kuaratin yang amat ketat terhadap pengimportan buah mangga dari Malaysia kerana mangga merupakan perumah lalat buah (Bactrocera papayae dan B. carambolae) yang penting.

    Negara ini termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan New Zealand. Sebelum dieksport ke negara-negara ini, buah tersebut mestilah melalui rawatan kuarantin tertentu bagi memastikan tiada lalat buah yang hidup di dalam buah.

    Rawatan kuarantin bagi mangga Harumanis telah dibangunkan. Buah yang dipetik pada peringkat kematangan yang betul (12 minggu selepas keluar putik) didedahkan pada suhu 46.5 °C dan kelembapan relatif 50% selama 20 minit di dalam bilik wap haba. Buah yang dirawat segera disejukkan dengan air sejuk atau di dalam bilik hawa dingin selama satu jam sebelum dibungkus dalam kartun papan gentian beralun.

    Pemiawaian dan kawalan mutu

    Pemiawaian dan kawalan mutu produk paling penting bagi memastikan pemasaran produk segar yang konsisten dan cekap. Standard bagi mangga yang berkualiti telah dibangunkan oleh SIRIM.

    Penjual dan pembeli perlu ada penyataan bertulis yang menyatakan apa yang sepatutnya dihantar oleh penjual, dan apa yang akan diterima oleh pembeli. Pada amnya standard ini memberi keterangan tentang rupa produk, kebersihan, kematangan, warna, bentuk, tiada yang busuk atau cacat dan keseragaman saiz. Biasanya standard untuk pasaran tempatan lebih rendah daripada pasaran eksport.

    Sistem pengesahan kualiti (QA) untuk pengeluaran buah mangga diperlukan bagi memantau kualiti buah segar mengikut permintaan pengguna. Komponen di dalam sistem QA termasuklah pengawalan bahan mentah, operasi lepas tuai, sanitasi di peringkat rumah pembungkusan dan kawalan produk akhir.

    Sistem kawalan kualiti bersepadu amat penting dari ladang hinggalah ke operasi rumah pembungkusan. Contohnya, kawalan penyakit lepas tuai perlu dilakukan di dalam dusun sebelum hasil dituai. Serangga seperti lalat buah dan penebuk buah mesti dikawal di ladang kerana pengawalan perosak ini dengan menggunakan rawatan kimia tidak digalakkan. Usaha perlu diperkua bagi mengurangkan jumlah inokulum yang sampai ke permukaan buah. Ia boleh dilaksanakan dengan membuang buah yang busuk keluar dari dusun, menggunakan bekas pengisi buah yang bersih dan amalan sanitasi yang baik di rumah pembungkusan.

    Spesifikasi eksport bagi varieti Chokanan

    Negara pengimport Brunei, UK, Eropah Barat
    Gred, Berat sebiji A, <12 g
    B, 100-119 g
    Suhu penyimpanan 10°C
    Tempoh simpan / kerintangan 2 minggu
    Pembungkusan
    1. Saiz kartun: 345 x 280 x 145 mm
    2. Bilangan/kartun: 18 biji
    3. Berat bersih/kartun: 5.0 kg

     

    Sumber: FAMA

    Genus Citrus mengandungi banyak spesies yang boleh dimakan termasuklah oren, lemon, limau, limau bali dan limau mandarin. Di Malaysia, sebanyak 10 spesies yang biasa ditanam. Kebanyakan spesies sitrus adalah serasi silang dan boleh dibuat cantuman antara satu sama lain dengan mudah.

    Kebiasaannya pokok sitrus adalah rendah dan rendang atau pokok renek yang tinggi dan boleh ditanam sama ada terus di tanah atau di dalam bekas. Pokok sitrus kelihatan sangat menarik dan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan terutamanya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.

    Kebanyakan jenis sitrus boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim lembap subtropika. Varieti yang lebih berasid seperti limau nipis (lime) adalah lebih sesuai dengan iklim tropika seperti Malaysia. Di samping itu, sitrus tidak menghasilkan warna kulit jingga di kawasan tropika. Oleh sebab itu, kebanyakan sitrus yang ditanam di Malaysia mempunyai kulit berwarna hijau apabila masak.

    Aspek penting tentang sitrus ialah keharumannya yang terdapat di daun, bunga dan buah. Daun sitrus mengandungi minyak sitrus dan menghasilkan haruman limau apabila dihancurkan atau diperah.

    Selain dimakan sebagai buah segar dan dibuat jus, sitrus mempunyai banyak kegunaan. Kulitnya boleh dijadikan halwa, digunakan di dalam produk minyak wangi atau sabun, atau sebagai minyak pati. Bunga, buah dan daun amat berpotensi dalam industri minyak pati di Malaysia.

    Buah dan daunnya juga adalah bahan penting dalam hidangan masakan Asia Tenggara.

    Berikut ialah spesies sitrus yang biasa ditanam di Malaysia:

    * Citrus suhueinsis or C. reticulata (limau kupas atau limau mandarin)
    * C. maxima (limau bali atau pomelo)
    * C. hystrix (limau purut atau kaffir lime)
    * C. madurensis (limau kesturi atau sweet lime)
    * C. aurantifolia (limau or limau nipis)
    * C. sinensis (limau manis atau sweet orange)

    Berikut ialah spesies sitrus yang kadangkala ditanam tidak secara komersial:

    * C. aurantium (limau masam atau sour orange)
    * C. medica (limau hantu)
    * C. paradisi (limau gedangsa atau grapefruit)
    * C. limon (limau asam atau lemon)

    Spesies dan ciri-ciri

    Spesies Bentuk buah Saiz buah Warna buah Jumlah Pepejal Larut Tekstur buah Rasa
    C. maxima Bulat, bentuk buah pear Besar, lebih besar daripada grapefruit boleh mencapai >2 kg Hijau hingga kuning 7-14% Berserabut hingga halus Masam hingga sangat manis
    C. madurensis Bulat Kecil Hijau hingga kuning kehijauan TA Berserabut hingga halus Masam hingga manis, harum
    C. sinensis Bulat Kecil hingga sederhana Hijau hingga jingga 10-15% Halus hingga berserabut Manis hingga sangat manis
    C. medica Bulat hingga oblong Kecil hingga sederhana Hijau hingga kuning TA Kulit tebal, isi nipis Hambar hingga masam
    C. limon Bulat hingga berbentuk lemon Kecil hingga sederhana Hijau hingga warna lemon TA Halus hingga berserabut Masam

    Keterangan botani

    Tabiat pertumbuhan: Pokoknya renek, tumbuh perlahan atau pokok kecil mencapai 2.4–4.5 m tinggi dengan dahan dan ranting yang keras dan duri pendek atau panjang di aksil daun.

    Daun: Anak daun sentiasa hijau, berbau limau, berbentuk seperti bujur panjang dan berukuran 6.25–18 cm panjang. Daunnya bak kulit dengan petiol pendek tanpa sayap atau hampir tanpa sayap.

    Bunga: Putik bunga besar dan putih atau keunguan. Bunga harum kira-kira 4 cm lebar dan dijumpai dalam kelompok pendek. Bunga mempunyai 4–5 petal kemerahan samar dan keunguan dengan 30–60 stamen.

    Buah: Buahnya harum dan kebanyakannya oblong atau bujur. Kadangkala berbentuk seperti ‘pitcher’. Bagaimanapun, bentuknya terlalu pelbagai dan kadangkala pelbagai bentuk buah, licin dan kasar dijumpai pada dahan yang sama. Buah juga berbeza saiz, antara 9–30 cm panjang. Kulitnya kuning apabila cukup masak dan lazimnya kasar dan berbonggol-bonggol tetapi kadangkala licin. Kebanyakan kulit sangat tebal, berisi dan melekat kuat. Pulpanya kuning pucat atau kehijauan dan dibahagikan kepada 14–15 segmen. Buahnya pejal, tidak berjus sangat, berasid atau manis dan mengandungi banyak biji licin dan berwarna putih.

    Pertumbuhan dan perkembangan

    Ekologi

    Limau nipis/citron tumbuh subur di kawasan yang suhunya tidak ekstrem. Daun dan buah boleh tercedera kerana panas yang terik. Pokok boleh hidup di pelbagai jenis tanah tetapi memerlukan pengudaraan yang baik.

    Asal dan sejarah

    Asal limau nipis/citron tidak diketahui walaupun pokok ini telah dijumpai seawal 4000 BC. Limau nipis/citron telah dicatatkan pada masa Kerajaan Rom dan dipercayai telah ditanam dan digunakan di seluruh Mediterranean. Terdapat limau nipis/citron liar di Chittagong, Bukit Sitakund, Khasi dan Bukit Garo di India Utara.

    Limau nipis/citron mungkin merupakan pertambahan baru kepada pertanian di Malaysia dengan kebanyakan varietinya lebih ditanam sebagai pokok hiasan atau untuk tujuan upacara atau istiadat.

    Penyebaran geografis

    Dalam Semenanjung Malaysia, kawasan utama pengeluaran ialah di Bera, Dungun, Gua Musang, Hulu Perak, Hulu Terengganu, Jelebu, Jeli, Johor Bahru, Kemaman, Kluang, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kangsar, Kuala Kerai, Kubang Pasu, Langkawi, Larut Matang, Macang, Mersing, Pandang Terap, Pasir Mas, Pendang, Perlis, Pokok Sena, Rompin, Segamat, Tampin dan Tanah Merah.

    Keluasan mengikut jenis limau di Semenanjung Malaysia, 1999

    Species Limau Bali Limau Kesturi Tangerin Oren Lime Jumlah
    Kelantan 88 7 0 97 165 357
    N. Sembilan 38 16 40 93 20 207
    P. Pinang 14 27 15 0 13 69
    Perlis 18 0 0 1 7 26
    Terengganu 12 3 906 411 51 1383

    Di Sarawak, pengeluaran sitrus meliputi kawasan seluas 1,500 ekar dan kebanyakannya di Daerah Binatang dan Sarikei di Bahagian ke-3 dan Daerah Bau, Serian dan Pedalaman Kuching di Bahagian Pertama. Kawasan penanaman kecil terdapat di Bahagian ke-2, ke-4 dan ke-5.

    Di Sabah, hanya 514 hektar limau manis dihasilkan pada tahun 2001 di Tawau, Sandakan, Kudat, di pantai barat dan bahagian pedalaman.

    Pembiakan

    Kebanyakan dusun menggunakan anak benih cantuman sebagai bahan tanaman. Anak benih cantuman dicantum menggunakan kaedah T atau T songsang. Sebagai pilihan, cantuman tunas serpihan juga diamalkan. Kebiasaannya cantuman mata tunas dijalankan selepas pengumpulan kayu mata tunas. Pokok penanti dicantum lebih tinggi dari permukaan tanah untuk mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah seperti Phytophthora.

    Beberapa spesies sitrus dibiakkan dengan cara tut. Pokok sitrus dan limau nipis yang ditut menghasilkan buah dalam masa setahun ditanam. Walau bagaimanapun, lebih 30 jenis patogen sitrus yang boleh menular melalui pembiakan tampang dengan cara tut. Oleh itu untuk menyediakan dusun limau, perlulah membeli anak benih muda yang sihat daripada pembekal yang mutunya telah disahkan.

    Di sesetengah kawasan sitrus juga ditanam daripada biji benih tetapi amalan ini jarang dilakukan untuk tujuan komersial. Walau bagaimanapun, kebanyakan pokok penanti yang digunakan untuk cantuman mata tunas ditanam daripada biji benih.

    Pokok penanti

    Pokok sitrus yang ditanam daripada biji benih selalunya mempunyai tempoh juvenil yang berlanjutan. Pokok ini juga rentan terhadap beberapa masalah berkaitan tanah dan kemungkinan tidak tulen bagi beberapa kultivar dengan kadar embrio nuselus yang rendah. Oleh itu, kebanyakan dusun sitrus komersial menanam pokok yang dicantum pada pokok penanti yang dipilih. Amalan ini menggabungkan sifat-sifat sion dan pokok penanti yang sesuai. Lebih daripada 20 ciri-ciri hortikultur yang dipengaruhi oleh pokok penanti. Penggunaan pokok penanti membolehkan varieti sitrus ditanam di pelbagai jenis iklim dan tanah. Sesetengahnya rintang terhadap penyakit, kemarau, air bertakung, air masin dan nematod. Tidak seperti kebanyakan pokok buah-buahan yang lain, pemilihan pokok penanti perlu diberi pertimbangan utama apabila hendak memulakan dusun sitrus. Amatlah penting pemilihan pokok penanti dibuat berdasarkan faktor pengehad pengeluaran yang paling utama.

    Beberapa pokok penanti yang biasa digunakan dan ciri-ciri utamanya adalah seperti yang berikut:

    Citrange (C. sinensis x Poncirus trifoliata)

    Penggunaannya meluas. Troyer dan Carrizo ialah dua kultivar yang sering digunakan dan sesuai bagi kebanyakan sitrus kecuali lemon Eureka dan kumquat. Secara amnya, pokok penanti ini adalah yang terbaik dan menghasilkan buah dan hasil yang baik. Walau bagaimanapun pokok penanti ini rentan terhadap penyakit hawar, ‘exocortis’ dan tidak berapa rintang terhadap garam dan pH yang tinggi. Pokok penanti ini tumbuh sihat di tanah lom liat.

    Trifoliata (Poncirus trifoliata)

    Sesuai untuk iklim sejuk seperti di tanah tinggi. Pokok daripada penanti ini menghasilkan buah dengan mutu yang terbaik bagi pokok yang bersaiz kecil dan sederhana dengan kerintangan yang tinggi terhadap tanah yang sangat basah dan lembap, kulat akar dan nematod. Bagaimanapun, prestasinya tidak memuaskan di tanah yang tinggi kandungan kapur, alkali dan garam.

    Cleopatra mandarin (C. reticulata var. reshni)

    Merupakan pokok penanti utama untuk limau tangerine dan hibrid kerana mutu buah yang terbaik. Juga rintang terhadap tristeza, ‘exocortis’, hawar Phytophthora, garam dan pH yang tinggi. Dua sebab utama tidak digalakkan untuk digunakan pada grapefruit dan limau untuk proses:

    1. Pokok lambat berbuah
    2. Saiz buah kecil

    Pokok tumbuh dengan tempoh produktif yang panjang dan menghasilkan buah yang agak kecil tetapi bermutu tinggi.

    Swingle citrumelo (C. paradisi x P. trifoliata)

    Pokok bersaiz besar dan mempunyai kerintangan yang rendah terhadap tanah yang bersaliran lambat, tinggi kandungan kapur dan alkali. Kerintangan termasuklah terhadap nematod sitrus, penyakit hawar dan virus tristeza.

    Limau Rangpur (C. limonia)

    Banyak persamaan ciri-ciri dengan lemon kasar, tetapi secara keseluruhannya menghasilkan buah yang lebih bermutu dan lebih rintang terhadap pH dan garam yang tinggi. Walau bagaimanapun, limau ini sangat rentan terhadap ‘exocortis’ tetapi rintang terhadap virus tristeza.

    Lemon kasar (C. jambhiri)

    Pokok penanti ini rintang terhadap kemarau, kesuburan dan hasil yang tinggi walaupun pokok itu sendiri rendah kesuburannya. Bagaimanapun, isi buah bermutu rendah. Saiz buah adalah lebih besar daripada penanti lain. Tidak rintang terhadap hawar Phytophthora dan nematod tetapi rintang terhadap virus tristeza dan ‘exocortis’. Pokok penanti ini digunakan untuk grapefruit, oren dan lemon yang hasil dan mutunya tidak berapa penting; penanti yang baik untuk oren jus.

    Beberapa tindak balas pokok penanti terhadap penyakit dan nematod

    Varieti pokok penanti Virus tristeza Viroid ‘exocortis’ Busuk pangkal (Phytophthora citrophthora) Hawar ( Phytophthora spp.) Nematod pengorek (Radopholus similis) Nematod citrus (Tylenchulus semipenetrans)
    Cleopatra mandarin T 39.9 S S** S S
    Rusk citrange T 49.4 S S S S
    Limau Rangpur T 27.0 S S S S
    Swingle T T T ? S T

    T = Rintang S = Rentan HS = Sangat rentan
    **Kurang rentan daripada yang lain

    Pemilihan tapak

    Walaupun sitrus boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, pemilihan tapak yang mempunyai pengairan yang mencukupi adalah penting bagi kejayaan pengeluaran sitrus. Pertumbuhan limau terjejas jika ditanam di tanah yang kurang saliran atau jika terdapat lapisan liat kedap atau tanah keras di atas permukaan. Akar sitrus akan mati atau rosak disebabkan keadaan anaerob di ladang dan pokok tidak akan tumbuh sihat jika air bertakung untuk tempoh yang lama. Tambahan lagi, tanah yang bersaliran lambat akan menambahkan masalah reput pangkal dan akar Phytophthora dan penyakit bawaan tanah yang lain. Pertumbuhan akar dan pokok terbatas di tanah yang mengandungi lebih 50% liat.

    Pokok sitrus tumbuh sihat di tanah yang mempunyai pH 5.5–7.0 kerana adanya nutrien yang penting untuk pertumbuhan. Kapur dan sanga (slag) biasanya ditabur pada tanah berasid untuk menurunkan pH tanah. Suhu pertumbuhan yang sesuai bagi kebanyakan sitrus ialah 20–32 o C.


    Kepadatan tanaman

    Pemilihan jarak tanaman dan seterusnya populasi pokok bagi satu unit kawasan adalah ditentukan oleh tapak dusun, spesies sitrus dan jenis pokok penanti dan amalan pengurusan yang diamalkan oleh penanam. Jarak tanaman bagi beberapa jenis limau yang biasa ditanam adalah seperti yang berikut:

     

    Jenis sitrus Jarak tanaman (m)
    Langkat atau limau madu 5.5 x 5.5
    Limau manis 5.5 x 5.5
    Lemon 6 x 6
    Limau kesturi 5 x 5

    Pertumbuhan dan pemantapan pokok

    Anak benih yang terdedah akarnya perlulah ditanam secepat mungkin supaya akarnya tidak kering. Begitu juga dengan pokok di dalam bekas atau beg plastik tidak dibiarkan kering kerana sukar untuk membasahkannya apabila hendak ditanam di tanah. Pokok tidak ditanam terlalu dalam kerana keadaan ini mendedahkan sion yang rentan kepada reput pangkal dan seterusnya menurunkan nilai pokok penanti. Akar yang bengkok teruk perlulah dikerat sebelum diubah ke ladang. Daun dan pucuk yang merimbun perlulah dicantas. Pokok seeloknya diubah ke ladang pada awal musim lembap.

    Lubang tanaman perlulah 60–90 cm diameter dan sekurang-kurangnya 30 cm dalam. Elakkan menanam terlalu dalam kerana pokok sitrus menyerap nutrien di permukaan. Jangan gunakan kayu pancang kerana pokok sitrus tumbuh lebih kuat dan sihat tanpa kayu pancang.

    Litupi tanah di sekeliling anak benih (sehingga 1 m diameter) dengan rumput sehingga 10 cm tebal. Ini dapat mengelakkan pertumbuhan rumpai, mengawal suhu tanah dan membantu menyimpan air.

    Amalan penanaman

    Merumpai

    Rumpai bersaing dengan pokok sitrus untuk lembapan, nutrien dan ruang akar, oleh itu rumpai perlulah diminimumkan. Rumpai juga menghalang operasi penuaian dan menyumbat parit saliran. Rumpai dari jenis pokok menjalar memberikan masalah utama kerana rumpai ini dapat melitupi keseluruhan kanopi pokok sitrus. Pengawalan rumpai merupakan perbelanjaan utama terutamanya di kawasan tropika yang mengalami suhu dan hujan yang tinggi kerana keadaan ini menggalakkan pertumbuhan rumpai. Oleh itu, perlulah diadakan dan diselenggarakan program kawalan rumpai bagi mengurus dusun buah-buahan. Program yang diatur dengan baik bergantung kepada gabungan kaedah dengan bahan, dan bukannya bergantung kepada satu strategi sahaja.

    Kawasan tanaman yang bersih dan terang tidak disyorkan kerana akan merosakkan habitat serangga berfaedah yang dapat membantu mengawal perosak. Memotong rumput secara mekanikal biasa digunakan dan merupakan kaedah pengawalan rumpai yang berkesan terutamanya apabila ada masalah hakisan tanah. Memotong rumpai dari jenis tumbuhan saka akan membuang bahagian atas pokok dan mengurangkan bahan makanan simpanan dan seterunya melemahkan rumpai dan mengurangkan pertumbuhan selanjutnya. Rumpai dari jenis tumbuhan semusim perlulah dibuang sebelum tumbuhan tersebut mengeluarkan biji benih.

    Sitrus mempunyai sistem akar yang cetek dan mudah binasa. Oleh itu tanah di bawah pokok sitrus tidak boleh digemburkan.

    Pengawalan rumpai menggunakan racun rumpai mungkin akan merosakkan pokok sitrus. Oleh itu perlulah memilih racun rumpai yang betul dan sesuai dan berhati-hati ketika menggunakannya. Hampir semua racun rumpai boleh membahayakan pokok sitrus jika tidak digunakan dengan cara sepatutnya. Walau bagaimanapun, simptom kerosakan oleh racun rumpai tidak selalunya jelas dan mungkin dikelirukan dengan simptom gangguan nutrien, penyakit atau kerosakan mekanikal. Perlulah berhati-hati apabila menggunakan racun rumpai berdekatan pokok sitrus. Secara amnya, racun rumpai yang mengandungi glifosat adalah selamat asalkan racun rumpai ini digunakan pada kadar pengesyoran yang terendah dan tidak disemburkan pada daun atau batang. Penyemburan hanya dilakukan apabila tiada hujan diramalkan dan pengairan perlulah dielak selama 2–3 hari. Keadaan ini membolehkan pengambilan kimia yang terbanyak di dalam daun rumpai dan meminimumkan kemungkinan kerosakan akar pokok disebabkan oleh penyemburan. Sembur racun rumpai semasa rumpai masih kecil kerana ketika ini rumpai mudah dibinasakan dan kurang racun rumpai yang digunakan.

    Mencantas

    Pokok sitrus yang dewasa boleh tumbuh sehingga melebihi 10 m tinggi dan hampir 10 m lebar, jika cantasan, latihan dan pembentukan pokok tidak dilakukan mengikut jadual. Apabila pokok tumbuh serentak, dahan di bahagian bawah akan ternaung. Bahagian dalaman pokok menjadi beranting, dahan bawah mungkin mengalami mati rosot, di samping saiz buah dan hasil akan berkurangan. Pokok yang dibiarkan tumbuh tanpa pengawasan adalah sukar untuk dituai dan disembur bahan kimia.

    Proses cantasan

    1) membetulkan bentuk pokok dan nisbah rangka pokok dengan bahagian kanopi yang mengeluarkan buah,

    2) Mengubahsuai nisbah bahagian atas:akar,

    3) menukar status karbohidrat (simpanan makanan) pokok. Pengawalan pertumbuhan tampang perlu dikawal dengan betul untuk menyelenggarakan dusun limau yang sihat dan produktif. Oleh itu perlulah pokok limau dicantas sebelum bermasalah.

    Biasanya, pencantasan dan pembentukan pokok dimulakan apabila pokok berumur 1–3 tahun. Sebanyak 3–4 dahan utama, 50–70 cm dari aras tanah dikekalkan. Ini diikuti oleh cantasan pilihan dengan tangan yang dilakukan selang berjadual untuk mengawal saiz dan bentuk pokok. Cantasan ini melibatkan pengklipan dahan kecil di bahagian bawah yang dilakukan dengan tangan dan membuang kayu mati atau kering dari bahagian dalaman pokok. Kanopi pokok dinaikkan dari aras tanah untuk meminimumkan kerosakan buah akibat penyakit bawaan tanah.

    Cantasan pemulihan hanya digunakan apabila pokok telah tumbuh menjadi dusun berkanopi daun yang rimbun dan hasil menjadi tersangat terhad.

    Dinasihatkan supaya mengekalkan tinggi pokok tidak melebihi dua kali ganda jarak antara lebar kanopi untuk memaksimumkan pintasan cahaya dan membaiki permukaan pokok yang menghasilkan buah.

    Pengairan

    Tujuan pengairan adalah untuk meminimumkan kesan daripada tegangan air terhadap pertumbuhan, hasil dan mutu buah sitrus. Secara amnya, pokok sitrus memerlukan 1,000 hingga 1,600 mm air setahun untuk menggantikan air yang hilang melalui proses penyejatpeluhan. Di samping itu larian air juga mengakibatkan banyak kehilangan air. Pengairan membaiki hasil dengan meningkatkan saiz buah dan mengurangkan kejadian buah jatuh. Dalam keadaan yang terlalu kering, pengairan membaiki pembungaan dan pembentukan buah. Walau bagaimanapun pengairan yang berlebihan akan mengurangkan mutu buah.

    Kaedah lazim yang digunakan untuk menjadualkan pengairan sitrus adalah berdasarkan aras lembapan tanah dengan menggunakan tensiometer tanah untuk mengukur kandungan lembapan tanah.

    Kaedah pengairan yang biasa digunakan termasuklah pengairan alur atau pengairan banjir. Air dipamkan atau dialirkan ke dusun melalui graviti dan kemudiannya dipamkan keluar selepas 48–72 jam untuk meminimumkan kerosakan akar pokok akibat air bertakung. Dusun sitrus juga diairi menggunakan sprinkler kekal jenis atas atau bawah pokok. Pengairan mikro yang menggunakan kurang air daripada sistem pengairan alur atau sprinkler juga diamalkan.

    Di Malaysia, pengairan hanya diperlukan semasa tempoh pertumbuhan awal dan pada tahun awal pembungaan. Apabila pokok telah berumur lebih lapan tahun, pengairan tidak diperlukan lagi.

    pembajaan

    Pokok sitrus ialah penyerap kuat dan memerlukan semua nutrien dalam jumlah dan kadar yang mencukupi untuk tumbuh sihat dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Pemberian baja lebih-lebih lagi di kawasan yang sangat berpasir amatlah perlu terutamanya kawasan yang selalu mengalami hujan lebat.

    Ujian tanah dan analisis daun ialah cara yang baik untuk memantau status nutrien di dusun sitrus dan mengubahsuai pengurusan baja. Apabila penanam mengetahui status nutrien tanah dan pokok di dusunnya, maka bolehlah dia membuat jadual pengurusan yang dapat mengoptimumkan pemberian baja dan seterusnya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos.

    Baja boleh diberi mengikut cara-cara yang berikut:

    * Penyaluran bulatan:

    Alur dibuat, 20 cm lebar dan 30 cm dalam, mengelilingi pokok dalam bentuk bulatan di bawah luar kanopi.

    * Cara jalur:

    Cara ini sesuai untuk dusun tua yang pokoknya lebih daripada 10 tahun. Alur yang selari dibina, 20 cm lebar dan 30 cm dalam, di antara baris pokok.

    * Cara lubang:

    Empat hingga lima lubang digali di bawah luar kanopi setiap pokok. Lubang perlulah 15–20 cm diameter, dan sekurang-kurangnya 30 cm dalam

    Gangguan Nutrien

    Berlebihan atau kekurangan nitrogen

    Banyak dusun limau yang mempunyai daun yang tinggi kandungan nitrogennya kerana pemberian baja nitrogen yang banyak. Simptom utamanya ialah pertumbuhan pucuk muda yang berlebihan dengan daun berwarna hijau tua.

    Nitrogen yang berlebihan akan merendahkan mutu buah dengan kulit limau yang tebal, kandungan pepejal larut yang rendah (fakta ini yang menyumbang kepada perasa manis), melewatkan pecah warna dan tempoh simpan yang pendek.

    Kekurangan nitrogen yang teruk jarang dijumpai. Simptom utamanya ialah kekurangan hasil, daun hijau pucat atau kuning. Daun gugur lebih awal dari sepatutnya.


    Berlebihan atau kekurangan kalium

    Simptom utama kekurangan kalium ialah buah yang kecil dan aras gula serta keasidan yang rendah. Penanam patut memberi baja yang mengandungi kalium untuk meningkatkan saiz buah. Walau bagaimanapun, berlebihan kalium akan mewujudkan kekurangan magnesium. Keadaan ini berlaku kerana aras kalium yang tinggi akan mengurangkan pengambilan biasa magnesium. Status kalium yang tinggi juga memberi kesan negatif kepada buah yang membuatkan kulit buah kasar dan kandungan asidnya tinggi.

    Kekurangan kalsium

    Kekurangan kalsium selalunya dikaitkan dengan tanah yang sangat berasid dan cuaca yang selalu berawan dan selalu hujan.

    Buah dari dusun limau yang mempunyai kandungan kalsium dan nitrogen yang rendah di dalam daun cenderung mempunyai tinggi peratus buah busuk selepas tiga bulan disimpan. Kapur patut ditabur pada pokok. Ini akan membaiki tempoh simpan buah tersebut.


    Mikronutrien

    Sukar untuk memastikan yang pokok mengalami kekurangan mikronutrien dengan hanya berdasarkan simptom sahaja. Banyak simptom yang seakan-akan sama seperti yang dihasilkan oleh virus dan penyakit pokok. Kadang-kadang simptomnya hanyalah kejatuhan hasil.

    Cara yang terbaik untuk menilai sama ada pokok limau perlu tambahan nutrien sekunder dan mikronutrien adalah dengan menjalankan ujian tanah. Jika ujian ini boleh digabungkan dengan analisis daun, keputusannya nanti adalah lebih tepat. Jika tiada gangguan nutrien yang ditentukan atau dipastikan menerusi analisis tersebut, maka penanam tidak perlu memberi baja mikronutrien.

    Secara amnya penanam boleh menjangka kekurangan mikronutrien dalam keadaan yang berikut:

    Magnesium

    Kekurangan magnesium mempunyai simptom yang amat ketara iaitu daun bertukar warna menjadi kuning pucat pada hujungnya dan selalunya terdapat bentuk segi tiga hijau di pangkal daun matang. Buah dari pokok yang kekurangan magnesium selalunya bersaiz kecil dan kandungan gula dengan asid yang rendah. Pokok yang tumbuh di tanah berasid lebih cenderung mengalami kekurangan magnesium.

    Jika aras magnesium di dalam daun kurang daripada 0.25%, ini dianggap rendah dan pokok tersebut perlu diberi dolomite.

    Walaupun penggunaan dolomite adalah cara jangka panjang yang terbaik, tetapi kekurangan yang teruk boleh dibaiki dengan memberi magnesium sulfat atau garam Epson, pada kadar 1 kg sepokok. Cara lain yang juga berkesan adalah dengan memberi magnesium oksida, pada kadar 150–200 g sepokok.

    Baja daun 2–3% magnesium sulfat atau magnesium nitrat, 5 kali setahun juga disyorkan.

    Kadangkala kekurangan magnesium dapat dilihat pada pokok yang tumbuh di tanah neutral atau alkali. Dalam hal ini, penanam patut menyembur baja daun magnesium sulfat dan bukannya dolomite, ke tanah.

    Boron

    Kekurangan boron lebih berkemungkinan terjadi pada waktu kering terutamanya di tanah berkapur. Simptom kekurangan boron termasuklah kurang terbentuknya tiub debunga bunga, dan seterusnya kegagalan pendebungaan dan kurangnya pembentukan buah. Kekurangan boron juga sering menyebabkan bentuk buah menjadi tidak normal dan buah keras seperti batu. Buah-buah ini juga kurang berjus.

    Bagi dusun buah di tanah lom liat dan pokoknya lebih 10 tahun, kadar boron yang disyorkan ialah 50 g asid borik sepokok dan diberi dengan cara menabur.

    Boron tambahan diperlukan jika aras boron di dalam daun kurang daripada 20 mg/kg. Alternatif yang lain ialah menyembur baja daun 0.3% asid borik atau boraks dua kali setahun.

    Penanam perlu mengelak penggunaan boron yang berlebihan. Simptom ketoksikan selalunya muncul pada daun tua yang menunjukkan kesan hangus atau kekuningan di tepi atau hujung daun.

    Bintik-bintik perang kecil mungkin kelihatan di lai daun. Pokok yang mengalami ketoksikan boron yang teruk akan mengalami keguguran daun atau daun akan layu dan seterusnya mati.


    Zink

    Kekurangan zink menunjukkan simptom rintik pada daun muda yang mengakibatkan kawasan di antara urat daun menjadi kuning pucat. Dalam keadaan yang lebih teruk, daun bertukar menjadi kuning dan akhirnya mati rosot meninggalkan ranting mati. Usaha untuk mengeluarkan pucuk baru akan hanya menghasilkan roset daun yang kecil dan tidak subur. Analisis daun akan menunjukkan yang daun tersebut mempunyai kurang daripada 25 mg/kg zink.

    Kekurangan ini dapat diperbaik dengan 3 atau 4 kali semburan daun zink sulfat pada kadar 0.3–0.5%. Pepejal kalsium oksida (CaO) pada kadar yang sama perlu dicampurkan pada larutan semburan sebagai agen pengemulsi. Semburan daun perlulah dilakukan pada setiap 7–10 hari.

    Dalam sesetengah keadaan, kekurangan zink di dalam sitrus adalah disebabkan virus tristeza sitrus atau penyakit kulat seperti reput akar atau reput pangkal. Penanam boleh mengatasi kekurangan zink dengan pengawalan penyakit atau pengurusan nutrien, bergantung kepada sebab kekurangan.

    Mangan

    Simptom kekurangan mangan sangat menyamai simptom kekurangan zink. Walau bagaimanapun, urat hijau daun tidak mudah dikenal pasti dan kebiasaannya daun sentiasa hijau. Simptom mangan kelihatan sedikit seperti simptom zink pada peringkat awal tetapi tidak menyebabkan pertumbuhan daun kecil seperti yang terdapat dalam kekurangan zink.

    Simptom kekurangan mangan hanya kelihatan pada daun muda dan tidak pada daun tua. Simptom ini berkemungkinan muncul jika pH tanah melebihi 7.5.

    Pokok akan mengalami kekurangan mangan jika daun mengandungi kurang daripada 25 mg/kg mangan. Kekurangan ini diperbaik dengan 3–4 kali semburan daun mangan sulfat pada kadar 0.3–0.5%. Sebanyak itu juga kalsium oksida (CaO) pepejal perlu dicampur pada semburan sebagai agen pengemulsi. Semburan daun ini perlu dilakukan pada setiap 7–10 hari.

    Semburan daun mangan perlu dilakukan apabila pucuk daun tumbuh ½–3/4 daripada silara pokok. Walau bagaimanapun semburan daun perlu dielakkan pada waktu berbuah kerana bahan sebatian ini meninggalkan sisa berwarna gelap pada daun dan buah.

    PEMBERIAN BAJA

    Umur pokok
    (tahun)
    Jenis baja Kadar (kg/pokok/tahun) Waktu Pemberian
    1 NPK 15:15:15 0.13 Setiap 3 bulan
    3 NPK 12:12:17:2 +TE 0.63 Setiap 3 bulan
    5 NPK 12:12:17:2 +TE 1.67 Setiap 4 bulan

    * Sebagai tambahan, baja organik pada kadar 10–30 kg/pokok/tahun dan dolomite pada kadar 0.2–0.3 kg/pokok/tahun disyorkan

    Pembungaan dan pembuahan

    Pembungaan biasanya berlaku secara berterusan sepanjang tahun dengan aras puncak berlaku pada waktu hujan yang diikuti dengan cuaca kering. Keamatan pembungaan dikawal terutamanya oleh kedapatan air. Oleh itu, beberapa peringkat pembentukan bunga dan buah mungkin terdapat pada pokok yang sama. Keadaan ini menyukarkan pengusaha untuk menentukan kematangan buah dan waktu penuaian.

    Dalam banyak keadaan, pokok sitrus mengeluarkan lebih banyak bunga daripada bilangan akhir buah yang dituai. Seperti juga dalam spesies lain yang mengeluarkan banyak bunga, pembentukan buah dan bukannya bilangan bunga yang dijadikan parameter untuk menentukan hasil sitrus.

    Bunga sitrus muncul di sima dengan tunas bunga terminal dahulu diikuti dengan tunas bunga paling bawah di pucuk. Kebiasaannya, pucuk yang mempunyai nisbah daun:bunga yang tinggi akan mengeluarkan peratus buah hingga matang yang tertinggi. Peratus pengeluaran daun yang tinggi meningkatkan pembentukan buah dan juga hasil.

    Saiz buah selalunya kecil bagi pokok yang berbuah lebat. Di samping itu, penanaman berlebihan juga akan mengurangkan kesuburan pokok dan kadangkala boleh mengakibatkan pokok tumbang. Oleh itu, amalan yang biasa dilakukan ialah membenarkan hanya 1 hingga 2 buah setiap dahan. Buah dijarangkan ketika saiznya lebih kecil daripada saiz guli.

    Pendebungaan banyak dibantu oleh serangga terutamanya lebah madu. Debunga sitrus adalah berat dan melekit serta tidak ditiup angin. Kebanyakan spesies sitrus komersial tidak memerlukan pendebungaan silang untuk pembentukan dan penghasilan buah. Pengecualian ialah beberapa jenis limau bali dan beberapa limau mandarin dan hibrid. Untuk kultivar ini, pembentukan buah adalah bergantung kepada pendebungaan dengan kultivar lain yang serasi. Penanaman bercampur kultivar yang sesuai adalah disyorkan, dan kehadiran lebah madu yang mencukupi perlulah dipastikan.

    Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.

    Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

    Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.

    Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

    Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

    Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.

    Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).

    Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1

    Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas. Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40% berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid F 1 berubah dar setahun ke setahun.

    Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1½ kali ganda daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya mendapat harga premium di pasaran.

    Varieti popular

    Berikut ialah senarai varieti tembikai dan ciri-cirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.

    Jadual 1. Senarai hibrid F 1 .varieti tembikai yang mempunyai biji

    Varieti / kultivar Ciri-ciri

    New Dragon

    Buah bulat membujur (oblong) agak seragam, sederhana hingga agak besar dan berat lebih kurang 9 kg. Isi merah, bertekstur halus, sangat manis dan biji perang tua. Kulit mempunyai jalur hijau muda dan tua yang nyata, tahan lama dan sesuai untuk eksport melalui jalan laut.
    Dark Belle or Hitam manis Subur, buah oblong, hijau gelap dengan jalur gelap. Kulit nipis tetapi kuat, sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Isi merah gelap, lembut dan berair, kandungan gula 12-14%. Berat antara 2.5-3.5 kg. Matang selepas 102 hari ditanam.

    Little Boy

    Jenis kecil atau tembikai ‘icebox’dengan rasa yang sangat enak. Buah oblong pendek dengan kulit hijau gelap dan jalur hijau yang lebih gelap yang nyata. Kulit nipis tetapi keras, sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Beratnya 3-4 kg. Isi merah tua , berjus, lembut mempunyai kandungan gula 12%. Matang selepas 102 hari ditanam.

    China Dragon

    Varieti yang sama dengan New Dragon. Daun kecil dengan cuping tajam yang beropol dan dalam. Amat produktif dan berputik dengan baik. Matang agak awal iaitu 80 hari selepas menanam (95 hari selepas menyemai). Bentuk sedikit oblong. Mempunyai kulit berjalur yang nyata. Berat lebih kurang 12 kg. Isi merah, pejal dan sangat manis. Biji kecil dan hitam.

    Early Klondike

    Mempunyai kualiti isi dan kemanisan yang lebih baik. Sesuai untuk penghantaran jarak jauh menggunakan kapal laut. Berat lebih kurang 12 kg, berbentuk oblong dengan kulit hitam-hijau. Isi merah tua. Matang selepas 97 hari disemai.

    Red Delicious

    Buah kecil dan oblong, lebih kurang 2 kg. Rupa menarik dengan warna hijau yang seragam. Isi merah terang, lembut berjus, amat manis dan biji nya berwarna perang. Kulit nipis tetai keras. Matang selepas 90 hari disemai.
    Golden Crown Buah seragam, oblong saiz ‘icebox’, berat lebih kurang 2.5 kg dengan isi merah yang sangat cerah. Kemanisan lebih kurang 12% kandungan gula. Kulit sangat nipis tetapi kuat yang membolehkan ia diangkut melalui jalan laut.

    Funbell

    Tembikai ‘icebox’ yang sesuai pada pelbagai jenis tanah. Isi merah jambu, manis dan berjus. Buah bulat dan berat di sekitar 2 kg. Mudah mengenali kematangannya kerana jalur buah berubah daripada hijau kepada kuning. Buah matang selepas 80 hari disemai. Kulit kuning dengan jalur yang lebih cerah. Biji warna hitam perang yang sederhana.

    New Orchid

    Subur dan membiak dengan baik. Buah oblong. Berat lebih kurang 3 – 4 kg. Kulit hijau dengan jalur hijau gelap. Isi oren kuning, bertekstur halus dengan kandungan gula 12%. Amat sesuai diangkut melalui jalan laut.

    Full Orchid

    Subur dan membiak dengan baik. Berat lebih kurang 3 –5 kg. Kandungan gula 12%. Kulit kuat dengan jalur cerah yang nyata. Varieti yang berbuah awal, isi kuning. Buah seragam, jarang retak walaupun ditanam dalam keadaan suhu yang tinggi.

    Yellow Baby

    Berbuah awal, rasa manis, sedikit biji berbanding dengan tembikai ‘icebox’ yang lain. Warna isi kuning nanas. Diameter buah 15 cm, berat 4 kg. Kulit hijau muda dengan jalur hijau gelap, nipis tetapi kuat.

    Jadual 2. Senarai tembikai triploid, varieti tiada biji

    Varieti / kultivar Ciri-ciri
    Favorite Ball Mencapai kematangan awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah berbentuk glob. Kulit hijau dengan jalur hijau tua yang lebar. Berat lebih kurang 6-12 kg dan tahan lama. Isi merah, berjus dan enak dan boleh disimpan dengan baik.

    All Lucky No 2

    Mencapai kematangan awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah berbentuk glob Berat lebih kurang 7-8 kg. Kulit hijau muda dengan jalur hijau tua. Kandungan gula 12%. Isi merah terang, berjus dan enak dan jarang yang ada ‘hollow heart’.

    Prosperity

    Matang 95 hari selepas disemai. Buah bulat seperti glob dengan kulit hijau tua, berat lebih kurang 6 kg. Kulit nipis dan mempunyai kualiti penghantaran melalui jalan laut yang baik. Isi merah terang dan kurang mengalami ‘hollow heart’. Amat berjus dengan kandungan gula 12-15%. Kualiti yang amat memuaskan.

    Quality

    Kulit biru hijau dengan jalur hijau gelap dan tahan lama. Isi lembut, berjus dan rasa yang lebih baik. Baik dari segi pengangkutan dengan kapal laut dan penyimpanan. Berat lebih kurang 7.5 kg. Amat subur dan produktif. Matang 97 hari selepas disemai.

    Mindful (triploid)

    Subur dan berputik dengan baik. Buah bulat, bentuk seragam dan berat lebih kurang 5-7 kg. Kulit hijau kebiru-biruan yang cantik dengan jalur hijau gelap yang halus. Isi merah terang dengan kandungan gula 12%. Isi pejal, rasa sedap dan jarang mengalami ‘hollow heart’. Amat baik untuk penghantaran melalui laut dan penyimpanan. Matang selepas 97 hari disemai.

    Keterangan botani

    Pokok

    Pokok tembikai ialah pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur paut. Akarnya cetek (40-50 cm) dan (60-90 cm) lebar. Batang jalarnya berbulu, berbentuk sama ada bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik di bahagian batang.

    Daun
    Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan lebih kurang 10-20 cm panjang.

    Bunga

    Bunga tembikai daripada jenis monosius, i.e. bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu pokok yang sama. Setiap kuntum bunga lebarnya 1.5-2.0 cm dan berwarna kuning sulfur. Kadang-kadang ada juga bunga hermafrodit. Bunga keluar di antara daun dan didebungakan oleh serangga.

    Buah

    Buah tembikai berbentuk bulat atau oblong. Kulitnya licin. Berat yang standard ialah antara 7 dan 15 kg. Varieti baru dari Taiwan saiznya kecil (4-6 kg/biji). Warnanya pelbagai daripada hijau muda hingga hijau tua dan berjalur. Isinya boleh jadi putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah pekat. Bijinya kecil dan tertanam di dalam isi. Panjangnya lebih kurang 5-15 cm dan boleh berwarna putih, hitam, perang, kekuning-kuningan dan merah jambu.

    Pertumbuhan dan pembentukan

    Panjangnya tempoh pertumbuhan berjulat dari 80 hingga 110 hari, bergantung pada iklim. Tempoh pembesaran lebih pendek dalam iklim tropika iaitu 70-95 hari bergantung pada varieti.

    Peringkat pembentukan
    Peringkat pertumbuhan Pertumbuhan vegetatif permulaan (penubuhan) Pertumbuhan vegetatif akhir (Merayap atau peringkat menjalar) Pertumbuhan pembiakan permulaan (Pembungaan dan pengeluaran putik) Pertumbuhan pembiakan akhir (Pembentukan buah dan kematangan) Jumlah
    Tempoh peringkat (hari) 10-20 20-30 10-15 30 70-95

    Penuaian biasanya bermula 30 hari selepas berbunga sepenuhnya dan boleh berterusan selama beberapa minggu.

    Ekologi

    Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan suhu harian 22-30 °C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk pertumbuhan masing-masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang. Kebanyakan tanah yang bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.

    Asal dan sejarah

    Sudah berabad lamanya manusia di seluruh dunia menggemari tembikai. Orang Mesir telah menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi lukisan dinding dengan buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang. Pedagang mula menjual biji tembikai di sepanjang laluan dagangan Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai telah sampai ke negara China dan pada abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan tembikai ke Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan hamba abdi Afrika perlu diberi pujian kerana membawa tembikai ke Amerika Utara. Varieti tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi Afrika Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah Nil. Spesies ini masih hidup liar di kawasan pendalaman yang kering untuk membekalkan air kepada orang asli semasa musim kemarau. Tembikai liar atau ‘citron’ di Afrika berbentuk sfera, berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar. Isinya yang putih rasanya seperti kulit tembikai biasa. ‘Citron’ juga disebut ‘tembikai jeruk’ kerana kulit buah digunakan dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh sebab kandungan pektinnya yang tinggi ia ditambah ke dalam jus buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh menghasilkan sehingga 100 biji buah, dan biasanya diberi makan kepada ternakan.

    Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940. Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan dan Jepun pada tahun 70-an.

    Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke negeri Pahang, Melaka dan Perak.

    Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman meningkat kepada 6,500 hektar.

    Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

    Keluasan penanaman tembikai di Semenanjung Malaysia (hektar)

    Negeri Ha
    Kelantan 810
    N. Sembilan 36
    Pulau Pinang 13
    Perlis 101
    Terengganu 744

    Di Sabah tembikai ditanam di Tawau, Sandakan, Tuaran dan Papar.

    Pembiakan

    Biji tembikai boleh ditabur terus di ladang atau disemai di dalam beg plastik sebelum diubah ke ladang. Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering dan biji untuk diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.

    Tabur terus

    Biji benih direndam semalaman sebelum ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan (biasanya 1.2-2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahan dan jarak tanaman. Biji yang sah berlabel, seragam, bebas daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90% percambahan menjadi pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokok mempunyai 3-4 helai daun, anak benih ini dijarangkan iaitu meninggalkan satu batang pokok yang sihat di dalam satu lubang penanaman.

     

    Gambar 1: Anak pokok yang sihat daripada tanam terus

    Pengubahan

    Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:

    * Kecekapan penggunaan biji benih meningkat, sangat penting dengan biji benih hibrid dan triploid kerana harganya sangat mahal

    * Tanah berkerak atau terlalu kering dan tanah yang lembap menjejaskan pertumbuhan anak pokok, boleh dihilangkan atau dikurangkan.

    * Kedalaman penanaman lebih seragam.

    * Hasilnya dilihat pada penuaian awal.

    * Hanya cara yang berkesan kos untuk menanam tembikai tanpa biji

    Kelemahan pengubahan termasuklah:

    * kos berubah lebih tinggi,
    * kos buruh meningkat,
    * anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.

    Biji benih disemai di dalam beg plastik yang berisi tanah yang sudah dicampur dengan tahi ayam. Beg ini ditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawah teduhan. Ia akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untuk diubah dalam masa lebih kurang 11-12 hari. Jarak penanaman ialah 2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak pokok.


    Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan pokok

    Kerosakan pengendalian semasa pengubahan boleh berlaku pada anak pokok aras tanah. Bahagian atas anak pokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahan warna perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagi mengatasi masalah ini daripada kerosakan yang lebih teruk, anak pokok hendaklah ditanam lebih dalam ke dalam tanah.

    Penanaman

    Tembikai hendaklah ditanam di ladang yang tanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak cenderung kepada air bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secara berterusan di tanah yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah. Kesediaadaan sumber air untuk pengairan amat genting Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah liat atau tanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikai yang baik.

    Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat. Sistem saliran yang baik diperlukan

    Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih pelaksanaan operasi peningkatan kualiti tanah dan penyuburan anak pokok:

    1. menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan biji benih dan anak pokok (atau pengubahan)

    2. meningkatkan produktiviti dengan membekalkan struktur tanah yang terbaik untuk pertumbuhan dan pembesaran akar berikutnya, dan

    3. membantu mengawal masalah penyakit.

    Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan tanah untuk penanaman. Ini sebahagiannya ditentukan oleh sejarah penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah digunakan untuk penanaman selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras beberapa inci di bawah permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah pada tanah liat.

    Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanah yang mampat. Penyediaan tanah yang betul perlu menghapuskan atau mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepada tanah yang tidak mampat sahaja

    Amalan penanaman

    Merumpai

    Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang berkualiti. Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air. Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh menjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula menjalar.


    Gambar 1. ladang tembikai yang bersih

    Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat penting. Anak benih ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan semasa peringkat anak benih lagi.

    Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baik akan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.

    Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan penting dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus tersembunyi di dalam biji benihnya.

    Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau kehadiran secara semula jadi virus mozek timun (cucumber mosaic virus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut dapat dikesan pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan Crotalaria spp. Dalam satu kajian yang lain virus mozek ‘squash’ (SqMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides, Cleome rutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbia prunifolia, Eupatorium odoratum, Hyptis brevipes dan Mikania micrantha, manakala virus mozek zucchini kuning (ZYMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata. Dalam satu sampel A. conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan serentak, manakala SqMV dan CMV ditemui dalam sampel E. hirta dan E. odoratum .

    Kaedah pengawalan

    Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai, peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan kesediaadaannya.

    Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan dan selamat kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh digunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem akar yang ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman. Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga buruh.

    Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting, penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur. Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai menggunakan bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuang rumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan batang jalar.

    Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian ‘stale’ melibatkan pengawalan rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam bercambah. Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. ‘alachlor’ (sembur pada kadar 4 L/ha). Kaedah batas semaian ‘stale’ biasanya berganding dengan rawatan racun herba yang disembur sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.

    Gambar 2. Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai.

    Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai. Plastik hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik digunakan bagi menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambah dan tumbuh. Plastik yang menyungkup batas tanaman seharusnya sesuai dengan batas tersebut dan tepinya dikemaskan bagi menghalang gangguan angin.

    Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil dibuat pada plastik dan anak benih atau biji benih ditanam melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan racun herba yang didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar tembikai boleh menjalar hingga ke tengah baris dan menyentuh tanah yang dirawat.

    Pencantasan

    Mencantas batang jalar tembikai akan menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini mempunyai kelebihan dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya masak seragam. Batang jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh apabila tanaman berumur 15-20 hari.

    Pengairan

    Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang masak mengandungi lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman ini.

    Kekurangan air pada peringkat tembikai baru tumbuh, melewatkan kematangan dan boleh menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang paling serius hasil daripada tegasan air semasa pembungaan dan pembentukan buah.

    Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan dengan jayanya pada tanaman tembikai. Pemilihan terhadap jenis apa yang perlu dipilih akan berasaskan pada satu atau lebih faktor berikut:

    * Kesediaadaan peralatan
    * Bentuk dan saiz ladang
    * Jumlah dan kualiti air yang ada
    * Keperluan buruh
    * Keperluan bahan bakar
    * Kos

    Pengairan renjis

    Sistem ini termasuklah pangsi tengah, ‘linear move’, ‘travelling big gun’, set paip aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika digunakan dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan bererti wujud pada kos permulaan dan keperluan buruh.

    Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah.

    Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan ‘linear move’) boleh digunakan untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan mengurangkan larut lesap.

    Walaupun pengairan atas tidak digalakkan apabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana air boleh sampai ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar (melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah, terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.

    Pengairan titis

    Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan dengan atau tanpa sungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan titis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul. Kajian yang telah dijalankan di Florida, USA telah menunjukkan bahawa air yang diperlukan berkurangan sebanyak 40% pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis berbanding dengan sayuran berpengairan renjis. Masalah rumpai juga berkurangan kerana batas sahaja diberi air sedangkan baris tengah antara batas dalam keadaan kering. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan penghasilan awal dan meningkatkan saiz buah.


    Gambar 3. Pemasangan dan percubaan line pengairan titis pada batas tanaman dilakukan sebelum plastik sungkupan dibentangkan.

    Tiub yang menitis (atau ‘tape’) boleh dipasang di atas permukaan tanah atau ditanam di bawah permukaan tanah. Apabila digunakan bersama sungkupan plastik, ‘tape’ boleh dipasang serentak semasa membentang sungkupan plastik. Biasanya ‘tape’ diimbangi iaitu ke tepi sedikit daripada tengah batas. Ini akan menghalang ‘tape’ daripada rosak semasa membuat lubang dan operasi menanam anak pokok. Biasanya satu ‘tape’ titisan dipasangkan di sisi setiap baris.

    Sistem titisan mudah disesuaikan untuk penyuntikan baja. Ini membolehkan nutrien dibekalkan kepada tanaman di ladang sebagaimana diperlukan. Kaedah ini juga menghapuskan keperluan membaja yang banyak di awal musim menanam yang akan menyebabkan larut lesap di kawasan yang tidak boleh di capai akar atau akan menyebabkan ketoksikan garam. Hanya rumusan larut air boleh disuntik melalui sistem titis. Sistem perlu dibilas selepas setiap suntikan.

    Air yang digunakan dalam sistem titis perlu ditapis bagi membuang sebarang bahan yang boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat. Air perlu diuji kandungan mineralnya kerana ia juga boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat.

    Menjadualkan pengairan

    Air yang digunakan oleh tanaman dan menyejat dari tanah dinamakan penyejatpeluhan (ET). Kadar ET bagi tembikai telah dilaporkan setinggi ¾ cm sehari. Peringkat pertumbuhan tanaman, suhu, kelembapan bandingan, radiasi solar, angin dan jarak tanaman menjejaskan ET.

    Berikut ialah pengesyoran umum untuk kadar pengairan bagi tembikai yang menggunakan sistem pengairan renjis:

    * Daripada menanam hingga tanaman mula menjalar, guna 1¼ cm apabila tanah di atas 5 cm menjadi kering (lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)

    * Daripada pokok mula menjalar hingga pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5 hari semasa cuaca kering. Jika layu sebelum tengah hari tingkatkan kekerapan pengairan.

    * Daripada mula berbunga hingga dituai, guna 2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca kering. Semasa cuaca yang amat panas (melebihi 35 °C ), kekerapan pengairan ditingkatkan kepada setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.

    Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih kerap bagi menghalang tegasan lembapan.

    Sistem pengairan titis perlu dikendali lebih kerap daripada sistem renjis. Biasanya ia dikendali setiap hari atau setiap dua hari. Jangan beri air berlebihan terutamanya apabila menggunakan sungkupan plastik kerana plastik akan mengawal tanah daripada menjadi kering.

    Pembajaan

    Gangguan fisiologi

    Buah cacat rupa atau buah pahit (buah cacat)

    Buah yang cacat rupa atau buah pahit disebabkan oleh kemarau (tanah kering atau suhu tinggi), pendebungaan tidak sempurna, tanah tidak subur atau masalah pembentukan yang lain. Batang tembikai perlu diperiksa setiap minggu bagi membuang buah yang berpenyakit dan buah cacat. Buah yang rosak perlu dibuang di tengah baris bagi mengelakkannya diperiksa semula. Bergantung pada varieti, biasanya antara 2-5 biji buah akan matang daripada satu pokok. Kekalkan bilangan buah sebagaimana yang disyorkan oleh pembekal biji benih.

    • Buah berongga
    • Tembikai tanpa biji lebih rentan terhadap masalah ini. Pendebungaan yang baik amat penting bagi mengawal gangguan ini.

    • Rasa tidak enak dan kurang manis
    • Rasa tidak enak dan kurang manis mungkin disebabkan oleh tanah yang tidak subur dan kandungan kalium, magnesium atau boronnya rendah.

    Kekurangan nutrien

    Kekurangan nutrien bukan masalah biasa bagi penanam tembikai di Malaysia. Sebagai amalan biasa bagi mengawal berlakunya kekurangan nutrien, penanam tembikai menggunakan baja organik dalam bentuk tahi ayam atau kompos bioorganik. Pemakanan yang baik mungkin disebabkan penggunaan baja foliar seperti Grofas Yellow dan Grofas Red.

    Penggunaan batu kapur magnesium kisar (Ground Magnesium Limestone, GML) sebanyak 4-5 t/ha semasa penyediaan tanah merupakan amalan yang standard yang diamalkan oleh penanam tembikai. Ini mungkin menjadi sebab tiadanya masalah kekurangan Ca pada tembikai yang ditanam di Malaysia.

    Namun, sebarang bentuk kekurangan nutrien yang berlaku pada pertengahan musim menanam akan mengurangkan pengeluaran buah. Penggunaan baja yang cukup sangat penting bagi mengelakkan kekurangan baja. Jadual 1 menerangkan tentang simptom kekurangan nutrien pada buah tembikai dan bagaimana cara mengelakkannya.

    Jadual 1. Diagnosis masalah kekurangan nutrien pada buah tembikai

    Tanda-tanda kekurangan Kekurangan nutrien yang mungkin Tanah yang paling diperlukan Bagaimana mengelakkan kekurangan
    Pertumbuhan terbantut Nitrogen (N) Tanah berpasir Pembajaan asas daripada baja organik sebelum menyemai/menanam
    Daun kecil dan berwarna hijau pucat (petunjuk daun) Kawasan hujan sembur baja foliar yang mempunyai kandungan N yang tinggi
    Batang lemah      
    Tepi daun menjadi kuning kemudian perang Kalium (K2O) Tanah berpasir Baja asas dan baja foliar yang tinggi kandungan kaliumnya
    Hasil buah yang rendah (petunjuk bunga dan buah)   sembur baja yang mengandungi kalium yang tinggi
    Warna buah dan bunga kurang menarik      
    Kerintangan terhadap penyakit yang rendah      

    Jenis-jenis baja

    Hanya satu cara mengurus kesuburan dan pH tanah dengan tepat iaitu dengan menjalankan ujian terhadap tanah. Pensampelan tanah dijalankan begitu rupa seperti ia mewakili keseluruhan tanah ladang. Ini amat penting bagi memastikan keputusan yang tepat dan pengesyoran pembajaan yang betul. Program pembajaan yang baik untuk pengeluaran buah tembikai dapat menjawab empat soalan asas:

    1. Apakah bahan baja (termasuk kapur) yang perlu digunakan?
    2. Berapa banyakkan perlu digunakan?
    3. Berapa kerapkah baja ini digunakan?
    4. Kaedah bagaimanakah ia digunakan (cara tabur, cara jalur dll.)?

    Sebagai tambahan program pengurusan paling berjaya termasuklah penilaian dan pengubahsuaian yang kerap, jika perlu hadapi masalah di luar jangkaan seperti banjir, kemarau dan faktor-faktor lain yang menjejaskan keupayaan pokok menggunakan nutrien.

    Ukuran pH tanah menandakan keasidan atau kealkalian tanah. Tanah yang mempunyai pH 7 dianggap neutral, nilai lebih daripada 7 tanah dianggap beralkali dan nilai kurang daripada 7 tanah dianggap berasid. pH tanah mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan pokok, pembentukan dan akhirnya pengeluaran. pH tanah juga menjejaskan kesediaadaan nutrien untuk pokok membesar. Tanah yang sedikit berasid dengan pH 6-6.5 ideal untuk pokok tembikai.

    Hanya satu cara yang tepat untuk menentukan pH tanah iaitu dengan pengujian tanah. Analisis ini dapat menentukan sama ada kapur diperlukan atau tidak untuk meningkatkan pH. Kapur bertindak agak lambat dalam meningkatkan pH tanah dan secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah. Oleh sebab itu, kapur perlu ditambah 2-3 bulan sebelum menanam dan dicampurkan dengan 5-20 cm tanah bahagian atas. Tanah yang kekurangan magnesium perlu diberikan kapur dolomite bukan kapur kalsium.

    Untuk pengeluaran tembikai, jumlah nitrogen (N), fosforus (P 2 O 5 ) dan kalium (K 2 O) yang disyorkan ialah 136 kg/ha. Tembikai ialah tanaman yang mempunyai musim yang panjang. Dengan itu, penggunaan baja sedikit demi sedikit untuk beberapa kali, sepanjang musim akan memaksimumkan pengeluaran. Hujan dan pengairan atas boleh melarutkan nutrien daripada tanah, terutamanya N dan K jika sungkupan plastik tidak digunakan. Semua fosforus yang diperlukan boleh digunakan sebelum penanaman dan perlu dikekalkan di sepanjang musim membesar kerana secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah.

    Banyak kaedah yang berbeza wujud dalam penggunaan baja. Satu kaedah mudah ialah dengan menabur dan mencampurkan semua P dan K dan gunakan ½ jumlah N sebelum penanaman dan ½ lagi, 4-6 minggu selepas menyemai.

    Kaedah penggunaan yang lebih rumit biasanya untuk mengekalkan aras nutrien yang optimum di sepanjang musim membesar. Dalam kaedah seperti ini cara menabur yang diubahsuai iaitu dengan menumpukan baja di dalam kawasan akar berbanding dengan kaedah penaburan yang biasa. Dalam kaedah penaburan yang diubahsuai, baja ditabur seperti jalur 60-100 cm lebar di dalam baris sebelum menanam. Kaedah ini juga menghapuskan pembakaran tumbuhan lain yang muncul jika baja ditabur dalam jalur hampir dengan anak pokok yang baru hendak hidup. Dalam kaedah ini semua P digunakan sebelum menanam dengan sebarang mikro nutrien. Satu pertiga hingga ½ N dan K yang disyorkan juga digunakan dalam kaedah penaburan terubah suai ini. Selepas 3 minggu anak pokok muncul, gunakan ¼ N dan K yang tinggal lagi di bahagian sisi batas berdekatan dengan hujung batang yang bercambah. Selepas 6 minggu bercambah gunakan/habiskan N dan K yang masih ada.

    Bagi tanaman di bawah sungkupan plastik, kehilangan nutrien melalui larutan berkurangan. Dengan itu, semua N, P dan K yang diperlukan oleh tanaman boleh digunakan sebelum batas tanaman ditutup dengan plastik. Tambahan lagi, penggunaan baja berikutnya melalui tanah tidak dapat dilakukan tanpa merosakkan sungkupan plastik tersebut. Sebarang baja tambahan hanya boleh digunakan secara foliar atau titisan .

    Penanam tembikai kadang-kadang mengalami pengeluaran putik yang amat tidak memuaskan walaupun dengan aktiviti lebah yang mencukupi. Penyemburan foliar boron larut air (lebih kurang 25 g berat sebenar boron bagi setiap penyemburan) 2-3 kali pada sela seminggu yang berbetulan dengan mekarnya bunga betina yang pertama boleh menambahkan pendebungaan dan pembentukan putik dapat ditingkatkan. Program pengurusan pembajaan yang baik termasuklah pencerapan yang kerap pada tanaman bagi memerhatikan simptom kekurangan nutrien.

    Kandungan nutrien baja komersial yang ada di Malaysia

    Jenis baja Nitrogen
    (%)
    Fosfat (%) Kalium
    (%)
    Magnesium (%)
    Tahi ayam terproses (Avanti) Baja sebatian** 3.5 4.5 2.5 1.0
    NPK Green 15:15:15 15 15 15 -
    Grofas yellow 22:22:10:1 + TE*** 13 26 26 -

    * Baja organik yang biasanya lambat bertindak, membekalkan pokok dengan baja dalam tempoh yang lama
    ** Baja bukan organik, sebatian dan foliar pada amnya cepat bertindak, penggalak pada pokok apabila digunakan sebagai pembajaan tambah.
    ***TE = Unsur pekit

    Penggunaan Baja

    Baja hilang melalui larut lesap merupakan masalah utama pada tembikai yang ditanam tanpa sungkupan plastik, terutamanya pada tanah berpasir. Kehilangan nutrien akibat rumpai juga tidak dapat dielakkan kerana sukar untuk merumpai apabila pokok mula menjalar. Masalah ini ada dinyatakan dalam program pembajaan dengan meningkatkan jumlah baja yang digunakan dan diberikan secara berperingkat-peringkat. Jumlah baja yang digunakan bagi tembikai sehektar ialah 5-10 tan baja organik, 400 kg NPK 15:15:15 dan 1,000 kg NPK 12:12:17:2. Baja ini digunakan secara berperingkat-peringkat sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.

    Jumlah baja yang hilang akibat larut lesap dalam iklim tropika sangat banyak terutamanya di tanah berpasir. Dengan itu, sungkupan plastik bersadur perak sangat-sangat digalakkan. Penyelidikan di tanah berpasir yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan bahawa jumlah baja yang diperlukan ialah ½ daripada yang diperlukan oleh tembikai yang tidak diberikan sungkupan. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang menggunakan sungkupan plastik ditunjukkan dalam Jadual 2. Semua baja organik dan NPK 15:15:15:2 diberi sebelum sungkupan plastik dipasangkan. Baja tambahan diberikan sebagai baja cecair yang disemburkan ke daun bersama-sama dengan racun serangga atau racun kulat yang diperlukan.

    Jadual 1. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang ditanam tanpa sungkupan plastik*

    Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah
    Baja asas
    0-2 hari sebelum menyemai atau mengubah NPK 15:15:15 50 g per tapak penanaman (200 kg/ha) Tabur dengan baik dan gaulkan dalam lubang penanaman
    Pembajaan tambah kedua
    Peringkat berbunga

    • 40 hari selepas menyemai
    • 30 hari selepas mengubah
    NPK 12:12:17:2 200 g per pokok (800 kg/ha) Bubuh dalam 2-3 poket lebih kurang 15-20 cm dari pokok

    * Kaedah menyemai terus biasanya digunakan untuk tembikai hibrid F1, manakala pengubahan digunakan untuk tembikai triploid tanpa biji.

    Jadual 2. Jadual penggunaan baja untuk tembikai yang ditanam menggunakan sungkupan plastik*

    Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah
    Selepas membentang sungkupan plastik
    0–2 hari sebelum menyemai atau mengubah NPK 15:15:15 50 g per tapak penanaman (200 kg/ha) Tabur rata dan gaulkan ke dalam lubang penanaman
    Penggunaan foliar kedua
    Permulaan peringkat menjalar:

    • 30 hari selepas menyemai
    • 20 hari selepas mengubah
    Baja foliar untuk peringkat vegetatif.
    i.e. Grofas Yellow
    Sembur hingga menitis Boleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun serangga
    Penggunaan foliar keempat
    Peringkat pembentukan buah:

    • 50 hari selepas menyemai
    • 40 hari selepas mengubah
    Baja foliar untuk peringkat vegetatif. i.e. Grofas Yellow Sembur hingga menitis Boleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun serangga

    * Lebar sungkupan plastik yang disyorkan ialah 1.8 m.

    Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Tembikai

    Tindakan Apa tindakan diambil? Bagaimana tindakan dilakukan? Bila tindakan dilakukan? Kenapa tindakan dilakukan?
    Bahan tanaman Biji benih direndam semalaman, 2-3 biji/lubang tanaman. Benih disemai dalam beg politena di tapak semaian   11-12 hari sebelum mengubah Untuk penuaian awal, satu-satunya cara menanam varieti tanpa biji.
    Penggunaan baja (lihat bahagian penggunaan baja) Secara manual 3 kali pembajaan berperingkat setiap musim Memerlukan input baja yang tinggi
    Kawalan perosak dan penyakit Pantau kehadiran perosak dan penyakit. Kawal sewajarnya Pemeriksaan tanaman yang tetap Seperti yang diperlukan Mengekalkan hasil dan rupa kosmetik
    Pendebungaan Pelihara lebah madu bagi meningkatkan pendebungaan 1 sarang lebah per ekar Pendebungaan berterusan Memastikan pengeluaran putik yang maksimum dan mengurangkan kejadian buah pelbagai bentuk
    Penuaian Buah dipetik dengan tangan Dipotong secara manual dari batang 30 hari selepas berbunga sepenuhnya  

    Kematangan dan penuaian

    Tempoh kematangan buah tembikai berbeza-beza antara varieti, keadaan cuaca dan kedah penanaman. Pada amnya penuaian bermula 30-45 hari selepas berbunga sepenuhnya apabila kandungan gula tertinggi dengan jumlah pepejal larut sekitar 10%. Penuaian dilakukan dalam masa beberapa minggu dengan 3-4 kali menuai pada sela 3-5 hari. Kematangan sukar ditentukan tetapi pada amnya ditunjukkan oleh:

    * Hujung batang yang berbuah dan sulur paut menjadi kuning.

    * Bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat.

    * Perubahan warna buah menyerupai ciri-ciri varieti.

    * Apabila buah diketuk dengan jari, bunyi berongga dihasilkan.


    Gambar 1. Apabila buah matang bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat

    Di bahagian dalam buah yang matang, isinya berubah warna kepada warna merah atau kuning. Bagi kultivar berbiji, peringkat kematangan yang optimum dicapai apabila lapisan bergelatin (aril) di sekeliling biji sudah tidak kelihatan dan bijinya keras. Dinasihatkan supaya membelah beberapa biji tembikai pada peringkat permulaan penuaian bagi memastikan penilaian kematangan luaran adalah tepat.

    Terdapat beberapa masalah dengan penuaian buah tembikai. Jika ladang menerima terlalu banyak air, buah yang banyak air (bengkak) akan retak dan pecah, terutamanya apabila menuai pada sebelah pagi. Penuaian dalam keadaan basah akan meningkatkan kecederaan mekanikal disebabkan lelasan oleh pasir atau tanah pada permukaan tembikai semasa menuai. Penuaian pada sebelah tengah hari, dengan memotong batang tembikai (tidak merentap buah dari batangnya) dapat mengurangkan risiko buah retak. Menyusun buah tembikai pada bahagian sisi (bukan ditegakkan) juga dapat mengurangkan risiko keretakan. Penuaian selepas hujan perlu dielakkan kerana buah lebih rentan terhadap penyakit lepas tuai.

    Semasa menuai, buah tembikai hendaklah dipotong, bukan ditarik, diputar atau direntap. Apabila buah ditarik,. terdapat ruang masuk untuk bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan buah jadi masam dan boleh menyebabkan isi buah menjadi busuk. Oleh sebab buah dipotong dari batang, bahagian bawah buah yang mudah melecur perlu diterbalikkan.

    Pengendalian di ladang

    Buah tembikai yang sudah dituai hendaklah diberi teduhan bagi meminimumkan pengeluaran haba kerana pancaran cahaya matahari secara langsung akan menurunkan kualiti buah. Suhu melebihi 32 °C akan menyebabkan bahagian dalam buah rosak dan cepat busuk. Kesannya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menjadi nyata. Jika pokok tembikai tidak terlalu basah, penuaian di sebelah pagi akan mengurangkan pengeluaran haba. Buah tembikai mesti kering semasa dipunggah.

    Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah tidak boleh jatuh, dibaling atau dipijak kerana akan berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan hancur. Pekerja yang memunggah buah di bawah seharusnya menghulurkan buah kepada penyusun buah di atas lori dengan menggunakan tangan, dan penyusun buah dengan berhati-hati meletakkan buah dalam timbunan di atas lori. Buah ‘pitching’ biasanya berlaku akibat daripada buah terjatuh atau digolekkan ke timbunan. Jangan sekali-kali menyusun buah dengan hujung buahnya ke bawah, kerana hujungnya yang nipis (bekas bunga) ialah kawasan yang paling rentan mengalami lebam. Buah jatuh daripada ketinggian 20 cm akan menyebabkan kerosakan dalaman, manakala jatuh daripada ketinggian 30 cm pula, bahagian dalam buah akan hancur atau buah akan pecah. Kartun yang berisi 3-5 biji tembikai dan bekas pukal dengan palet jika digunakan boleh melicinkan pengendalian dan mengurangkan kerosakan.

    Buah lebam dan cedera hasil daripada pemunggah membaling buah ke dalam trak di atas buah-buah yang lain. Penuai perlu berhati-hati supaya tidak terpotong atau terkupas kulit buah dengan pisau mereka. Kawasan seperti ini merupakan ruang masuk bagi patogen yang menyebabkan buah busuk. Tuai hanya apabila buah kering kerana ini akan mengurangkan lelasan disebabkan pasir yang bergesel dengan permukaan buah.

    Menuai atau memunggah semasa buah masih basah tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko buah busuk. Buah tembikai terdedah kepada kerosakan mampat dan kecederaan lelasan daripada permukaan yang kasar semasa dituai di ladang dan semasa diangkut ke tempat pengumpulan. Oleh sebab itu, dinding sisi, dinding depan dan belakang trak di ladang atau ‘wagon’ untuk mengangkut buah perlu dilapik.

    Lepas tuai

    Kerosakan akibat penyakit boleh menyebabkan kerugian yang serius pada peringkat lepas tuai tembikai.. Penyakit lepas tuai yang paling biasa ialah antraknos dan reput pangkal buah. Rawatan lepas tuai diperlukan untuk mengawal penyakit ini.

    Antraknos disebabkan oleh Colletotrichum orbiculare, yang boleh menembusi kutikel dan epidermis daun, batang dan buah. Ciri yang ditunjukkan ialah bulatan warna hijau gelap atau lesi memanjang yang menjejaskan permukaan buah. Lesi ini semakin membesar , menjadi perang dan tenggelam. Penyakit ini mungkin jangkitan pendam dari ladang yang menjadi nyata selepas dituai terutamanya dalam keadaan panas dan lembap. Penyakit ini mungkin menjangkiti buah lain melalui pencemaran silang dengan buah berpenyakit dan penggunaan bekas yang kotor. Antraknos boleh dikawal dengan melaksanakan langkah-langkah pengawalan sebelum tuai, termasuklah penggunaan mancozeb pada 8-10 g/4.5 L atau maneb pada 9-18 g/4.5 L.

    Reput pangkal buah disebabkan oleh Lasiodiplodia theobromae, yang menyebabkan kawasan pangkal buah menjadi perang, lembik dan bonyor. Patogen masuk ke dalam buah melalui permukaan tangkai buah yang terluka atau luka terbuka atau lebam. Ia boleh dikawal dengan membiarkan beberapa sentimeter tangkai buah melekat pada buah.

    Ringkasnya, faktor penting yang menentukan kualiti buah tembikai semasa menuai dan pengendalian ialah:

    * Tuai buah pada peringkat kematangan yang sesuai bagi tujuan pemasaran
    * Elakkan kecederaan semasa menuai, pengendalian, pembungkusan dan penghantaran.
    * Kekalkan suhu penyimpanan yang betul pada 10-15 °C

    Pembungkusan

    Buah tembikai diangkut sama ada secara penghantaran pukal atau dimuatkan di dalam bekas dan karton dan dipunggah ke atas trak pengangkutan. Penghantaran pukal dilakukan berdekatan dengan ladang yang menanam tembikai. Dalam proses ini buah tembikai perlu dielakkan daripada gegaran dan kecederaan pemindahan muatan semasa dalam perjalanan. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan jerami di lantai treler, di antara buah, dan di bahagian depan dan dinding sisi treler. Jumlah jerami yang banyak diperlukan di bahagian belakang iaitu antara buah tembikai dengan pintu belakang bagi mengelakkan kerosakan akibat treler berhenti dengan tiba-tiba. Semasa operasi pemunggahan, secara fizikalnya buah tembikai tidak dilindungi oleh apa-apa bungkusan. Dengan itu, pekerja tidak boleh duduk, berdiri atau berjalan di atas buah tembikai semasa pemunggahan kerana ini akan menyebabkan kecederaan mampat. Satu lapisan busa dapat mengelakkan buah daripada tercedera.

    Karton penghantaran boleh memuatkan tiga, empat atau lima biji tembikai bergantung pada saiz. Bekas papan gentian pula boleh mengisi purata 50 biji tembikai untuk penghantaran secara pukal. Kebaikan menggunakan bekas ini ialah kejadian buah lebam berkurangan kerana pengendalian buah individu yang sedikit. Pekerja di bahagian pembungkusan yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan bahagian dalam buah semasa mengisi buah ke dalam bekas atau karton. Mencampakkan buah ke dalam bekas akan menyebabkan gegaran hentaman dan berdiri atau duduk di atas buah tembikai yang sudah disusun di dalam bekas akan menyebabkan kecederaan mampatan. Semua pekerja yang mengendali buah perlu belajar bahawa walaupun tiada kecederaan luaran, ini tidak bermakna pengendalian telah sempurna, kerana kecederaan akan berlaku di bahagian dalam (isi buah) dahulu.

    Penghantaran

    Buah tembikai yang dihantar secara pukal mestilah dialas menggunakan jerami secukupnya bagi mengelakkan buah tersebut daripada tercedera dalam perjalanan.

    Sebagai tambahan, treler yang digunakan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang cukup. Treler yang tertutup mestilah mempunyai pintu berlubang, dua di bahagian hadapan dan dua di bahagian belakang bagi membolehkan laluan udara di antara timbunan buah di dalam treler. Jika tidak, haba berlebihan akan meningkatkan bilangan buah yang busuk dan kehilangan kualiti.

    Perkara seperti berikut boleh dilakukan bagi meminimumkan kecederaan buah di dalam bekas atau karton semasa penghantaran:

    * Gunakan palet yang saiznya sesuai dengan keluasan bekas bagi menghalang bekas yang disusun di bahagian atas daripada terjatuh ke bekas di bahagian bawah dan merosakkan buah tembikai.

    * Gunakan palet yang masih dalam keadaan baik bagi mengelakkannya daripada patah semasa dalam perjalanan dan serpihannya akan merosakkan buah tembikai di dalam bekas di bahagian bawah.

    * Pastikan palet bahagian atas diletakkan dengan betul di atas bekas bagi mengelakkan ia bergerak semasa dalam perjalanan.

    * Kukuhkan muatan di bahagian belakang treler dengan betul supaya karton tidak bergerak dan buah tidak rosak semasa dalam perjalanan.

    * Elakkan mengisi buah ke dalam bekas secara berlebihan supaya buah di dalamnya tidak rosak apabila bekas disusun di atasnya.

    * Ikatkan bekas yang paling atas dalam susunan pada palet bagi menghalang gegaran semasa dalam perjalanan yang boleh menyebabkan bekas ternaik ke atas bekas yang lain dan buah tergolek ke bawah.

    * Pastikan semua bekas, karton dan treler mempunyai pengudaraan yang cukup.

    Penyimpanan

    Pengurusan suhu amat penting untuk memastikan kualiti buah tembikai yang optimum. Pra pendinginan buah sebelum penyimpanan disyorkan bagi mencapai tempoh penyimpanan yang maksimum. Pra pendinginan boleh dilakukan dengan cara pendinginan bilik atau pendinginan udara paksa bagi mengurangkan suhu buah hampir kepada suhu optimum secepat mungkin.

    Suhu penyimpanan yang optimum bagi buah tembikai ialah 10-15 °C, dengan kelembapan relatif 85-90%. Tembikai yang disimpan pada suhu ini tahan selama 2-3 minggu.

    Kecederaan dingin boleh berlaku apabila buah disimpan pada suhu kurang daripada 10 °C. Kemerahan isi berkurangan dan jus dari isi buah akan meleleh dan permukaan buah akan melekuk. Kecederaan dingin juga boleh meningkatkan kerentanan terhadap kejadian busuk dan reput terutamanya selepas dikembalikan ke suhu ambien yang hangat selepas penyimpanan sejuk.

    Apabila buah tembikai dipotong/dibelah, ia hendaklah dibungkus menggunakan filem regang dan disimpan pada suhu 2-4 °C bagi mengelakkan rasa masam dan kekeringan permukaan.

    Buah tembikai biasanya diangkut di dalam trak yang terbuka atau tertutup dan treler tanpa penyejukan. Buah tembikai tidak boleh diangkut di dalam trak tertutup tanpa penyejukan. Buah tembikai tidak boleh disimpan bersama-sama dengan buah-buahan lain (e.g. pisang) dan sayur-sayuran (e.g. tomato) yang membebaskan etilena. Etilena ialah gas yang tidak berwarna yang dianggap sebagai hormon ketuaan atau kematangan semula jadi. Apabila terdedah kepada etilena, isi buah tembikai akan rosak dan bonyor. Keadaan ini akan mengakibatkan isi menjadi lembik dan kehilangan rasa.

    TUJUAN

  • Untuk mendapatkan hasil daging
  • Untuk meningkatkan pendapatan samada pendapatan utama atau pendapatan tambahan

  • Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding lembu tenusu. Hasil akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual samada untuk disembelih atau untuk pembiakan.lembu

    BAKA

    Baka lembu pedaging yang biasa dipelihara antaranya ialah:-

    * Kedah Kelantan (K-K)
    * Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal
    * Local Indian Dairy (LID)
    * Droughmaster
    * Brahman

    PENGURUSAN

  •   Cara meragut lepas bebas
  • Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut samada di kawasan sendiri atau bukan termasuklah di tepi-tepi jalan. Cara ini adalah kurang baik.
  • Cara berkurung atau fidlot
  • Lembu sentiasa di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih secukupnya. Makanan diberi samada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi pada kadar berat kering 3 – 5 % dari berat badan lembu setiap hari.

    Rumput diberi pada waktu pagi manakala dedak pada sebelah petang.

  • Cara separa intensif
  • Cara ini sempurna dan praktikal dinegara ini. Lembu yang dipelihara dibiar meragut dalam tempoh yang dihadkan. Lembu dihalau balik ke kandang untuk diberi makanan tambahan dan berteduh pada waktu malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kawasan ragutan yang mencukupi dan kandang.
  • Cara integrasi dengan tanaman utama
  • Di negara ini kawasan yang bertanam dengan kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banya rumput rampai yang subur.. Integrasi dengan tanaman ini akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan terkawal, 1 hektar ladang kelapa sawit dapat menampung 1 ekor ternakan dewasa.

    PERUMAHAN

  • Pembinaan kandang (keluasan: 1 ekor = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 – 10 kaki)

  • Palung makanan dan minuman (ruang makan = 1.5 kaki /ekor . Ruang minum 1 kaki/ekor)

  • Pasung/Trevis (sebesar saiz lembu, apabila dimasukkan ke dalam ia tidak dapat meronta)

  • PEMAKANAN

    Seekor lembu memerlukan 20 -30 kg rumput setiap hari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianyaya dari kualiti yang baik. Jika tidak makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Hasil buangan pertanian yang murah boleh dijadikan makanan tambahan.

    Contohnya: Kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulor nenas, pucuk tebu, pucuk jagung, batang sagu dan sebagainya.


    KAWALAN KESIHATAN

    Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.

    Penyakit yang biasa terjadi:-
    * Luka
    * Serangan cacing dan parasit luar badan dan di dalam darah
    * Anak-anak lembu pula mudah dijangkiti kuman di pusat.

    Bagi mengatasinya:-
    * Jauhkan lembu dari benda-benda yang tajam.
    * Berikan ubat cacing 2 – 3 kali setahun dan sembur ubat kutu setiap 2 bulan sekali.
    * Rawat pusat dan tali pusat anak lembu yang baru dilahirkan

    Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat untuk tindakan lanjut.

    PEMBIAKAN

    Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja boleh dikahwinkan. Pembiakan boleh berlaku secara:-

  • Tabie (menggunakan lembu pejantan)
  • Permanian beradas
  • Selepas melahirkan anak, lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40 – 60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5 – 6 kali beranak atau umur 8 – 10 tahun.

    PENJAGAAN LEMBU BUNTING

  • Tempoh bunting seekor lembu kira-kira 283 hari
  • Makanan bermutu dan air bersih dan cukup mesti diberikan dan diasingkan dalam kandang.
  • PENJAGAAN ANAK SELEPAS DILAHIRKAN

  • Anak yang lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya 4 hari pertama
  • Penyusuan seterusnya boleh diberi sehingga 3 bulan dan anak diceraikan dari ibunya.
  • *

    Perlahan-lahan anak diajar memakan rumput dan dedak hingga diceraikan terus dari ibunya.

    PENJAGAAN ANAK MEMBESAR

  • Anak jantan untuk dijadikan baka perlu dikasi (kembiri) supaya tidak mengganggu ibu-ibu lembu.
  • Tanduk perlu dibuang supaya memudahkan pengendalian apabila besar.
  • Anak betina pula tidak dikahwinkan sebelum umur 2 tahun
  • JUALAN

    Hasil boleh diperolehi daripada :-

    * Lembu singkiran untuk disembelih
    * Lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya
    * Anak muda jantan untuk pengganti

    Penternak digalakkan memasarkan sendiri ternakan dengan cara:-

    * Jualan sendiri
    Kepada sesiapa yang menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
    * Jualan lelong
    Kepada penyembelih yang menawarkan harga yang baik.
    * Menjual daging di pasar tani
    Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh menjual sendiri. Dengan cara ini penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih baik.

    KEWANGAN PROJEK

    Contoh Aliran Tunai;

    Berikut ialah aliran tunai bagi satu projek penggemukan ragutan separa intensif yang memelihara 10 ekor.
    Andaian:

    Berat awal lembu 150 kg @ RM3.30/kg.
    Berat akhir lembu 300 kg @ RM 3.30/kg
    Makanan PKC @ 2 kg sehari @ RM 0.25/kg

    Pendapatan

    Jualan lembu
    300 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 9,900.00

    Perbelanjaan

    a. Pembelian anak lembu
    150 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 4,950.00

    b. Kandang
    30 ka x 10 ka (susut nilai 5 tahun) RM 100.00

    c. Makanan, PKC
    600 kg x RM 0.25/kg x 10 RM 1,500.00

    d. Garam Galian RM 50.00

    e. Kemudahan air, bahan api dll RM 300.00

    f. Faedah bank @ 10 % RM 690.00

    Jumlah Perbelanjaan RM 7,590.00

    Pendapatan Bersih = RM 9,900.00 – RM 7,590.00 = RM 2,310.00

    ADA sesuatu yang menarik dalam trend pemakanan masa kini. Rata-rata di seluruh dunia, kalangan yang celik diet sihat memilih makanan yang disediakan secara organik.

    Sayur, susu soya, daging dan susu lembu serta lain-lain disediakan secara semula jadi. Bak kata Charlotte Vallaeys, Penganalisis Polisi Ladang dan Makanan dari Institut Cornucopia di United Kingdom, bahawa ramai pengguna menyedari makanan organik mengurangkan pendedahan mereka kepada racun perosak, hormon dan antibiotik. Tetapi kajian menunjukkan makanan organik turut menawarkan mutu pemakanan yang hebat.

    Kalangan warga di negara maju semakin taksub kepada makanan organik. Di Malaysia, makanan organik kebanyakan diambil kalangan pengguna kelas atas dan pertengahan. Sayur organik yang segar hanya dijual di pasar raya.

    Kita bercakap mengenai makanan organik kerana melihat betapa sebagai sebuah negara yang turut meletakkan harapan dan bekalan kepada akuakultur maka pengusaha harus meneroka ternakan ikan secara organik.

    Kita tahu makanan ikan sesetengahnya ikan mentah. Sesetengah lain sekadar dedak seperti yang dimakan ayam ternak. Lazimnya dalam makanan segera ada peratusan tertentu bahan antibiotik dan hormon pembesaran.

    Tujuannya supaya hasil ternakan lebih sihat dan cepat membesar di luar tempoh normal. Jelas, pengambilan makanan berasaskan hasil ternakan turut mengundang pelbagai kesan.

    Tetapi jika penternak akuakultur menukar skop perusahaan mereka dengan memperkenalkan makanan ternakan yang organik pasti nilai ternakan boleh ditingkatkan. Ini pasti lebih menguntungkan. Pengguna juga akan lebih sihat dan mendapat kesan baik daripada nutrisinya.

    Contoh kehebatan makanan organik ialah susu organik mengandungi sekurang-kurangnya lebih 64 peratus Omega 3 berbanding susu konvensional. Susu organik juga mengandungi paras lebih tinggi asid CLA yang akan mempertingkatkan sistem ketahanan badan.

    Tomato organik mengandungi lebih vitamin C, kerotin beta dan flavonoid yang ternyata berkesan untuk menghadapi ancaman barah dan penyakit jantung selain mengandungi lycopene – bagus mengatasi penuaan kulit, kencing manis serta osteoporosis.

    Kini ada kecenderungan mencampurkan asid Omega daripada ikan ke dalam susu organik untuk menghasilkan susu lebih berzat serta bermutu tinggi.

    Saya tidak tahu bagaimana makanan organik boleh diberi kepada pelbagai ternakan akuakultur.

    Kalangan penyelidik dan saintis pemakanan tahu bagaimana menyediakan sumber dan formula makanan itu.

    Namun yang lebih penting ialah ada kecenderungan yang mendalam di kalangan pengguna masa kini untuk membeli makanan organik yang disahkan lebih baik untuk kesihatan dan tumbesaran.

    Adalah langkah bijak jika pengusaha tempatan boleh membekalkan ikan yang diternak secara organik.

    Pengusaha siakap dan kerapu di Terengganu yang dilaporkan cergas menghasilkan ternakan mungkin boleh meneroka ternakan ikan organik sekiranya mereka mahu meneroka ruang pasaran yang maha luas di Eropah serta negara maju lain di rantau Asia Pasifik.

    Contohnya, pasaran makanan organik di United di Kingdom berkembang 30 peratus tahun lalu tetapi masalah yang dihadapi ialah soal bekalan tidak mencukupi!

    Ini bukan cadangan tin kosong (lebih bunyi daripada isi). Saya dalam meneliti beberapa laman web mengenai trend makanan organik di seluruh dunia mendapat bekalannya sangat terhad dan sering kehabisan bekalan.

    Justeru bidang pertanian negara harus menjurus kepada penghasilan yang organik bagi membolehkan petani dan penternak menikmati hasil lebih lumayan manakala pengguna memperoleh bekalan makanan yang bersih, sihat dan lebih berzat.

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 178 other followers