SIK, 16 Ogos (Bernama) — Siti Fatimah Abdul Razak, 22, adalah antara 40 penduduk kampung KEDA Bendang Man di sini yang menanti penuh sabar ketibaan hujung tahun ini untuk melihat pulangan hasil kepada titik peluh yang dicurahkan mereka dalam projek ternakan ikan hiasan, bidang yang jelas begitu asing bagi kebanyakan mereka.

Kebanyakan peserta projek yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu adalah dari kalangan penoreh getah yang berpendapatan sekitar RM350 dan RM650 sebulan.

Projek di atas kawasan tanah terbiar seluas 4.45 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang membabitkan kos RM2.03 juta itu digerakkan selaras dengan usaha dan impian kerajaan menggandakan pendapatan penduduk kawasan berkenaan.

Siti Fatimah adalah antara penduduk kampung itu yang terbabit sepenuh masa dalam projek ternakan ikan hiasan yang dimulakan beberapa bulan lalu, yang bakal menjadikan daerah berkenaan sebagai pengeluar utama ikan-ikan hiasan.

Yang pasti bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir itu kini sudah mula melihat kilauan ikan emas bermain-main di dalam ratusan kolam ikan ternakan yang diusahakannya. Beliau bersama para peserta projek itu kini mengendalikan 314 buah kolam konkrit dan 19 buah kolam tanah, yang di dalamnya anak-anak ikan emas atau nama saintifiknya “Carassius Auratus” sudah mula membesar.

Mereka yang sebelum ini pernah mengikuti kursus dan latihan amali mengenai ternakan ikan hiasan anjuran Jabatan Perikanan di Perak, kini tidak lagi sabar untuk melihat hasil tuaian pertama mereka sebelum akhir tahun ini.

Jabatan Perikanan dalam kertas cadangan projek itu meletakkan sasaran pengeluaran ikan hiasan daripada projek itu sebanyak 960,000 ekor setahun, menghasilkan pendapatan kira-kira RM960,000 berasaskan harga pasaran RM1 seekor.

Projek itu dibangunkan di bawah program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) daerah Sik pada 2004, manakala kerja-kerja membangunkan prasarananya bermula tahun lepas, dan ia mula beroperasi beberapa bulan lalu.

Kawasan itu dipilih berdasarkan kesesuaian fizikalnya termasuk kualiti tanah, kemudahan jalan raya serta sumber air yang mudah diperolehi daripada Sungai Semeliang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang pernah beberapa kali meninjau projek itu memberitahu Bernama, projek itu antara lain akan berupaya membebaskan para pesertanya daripada belenggu kemiskinan, dan menurutnya banyak lagi projek ekonomi berasaskan pertanian sedang dirancang di daerah itu.

Sik, daerah terbesar di Kedah dengan keluasan 1,634.6 km persegi adalah antara daerah yang dikenalpasti termiskin di Kedah dan usaha membebaskan para penduduk daripada kitaran ganas kemiskinan sedang giat diusahakan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan berada di Sik Khamis ini akan turut melancarkan “blue print” pembangunan usahawan tani di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.

Beliau juga dijadualkan untuk menyampaikan anugerah pengusaha industri asas tani daerah Sik pada majlis itu, sebelum melawat projek ternakan ikan hiasan di Bendang Man.

Siti Fatimah sudah pasti adalah antara penduduk tempatan yang tidak sabar-sabar ingin menyambut kehadiran perancang kemajuan negara itu.

– BERNAMA

Kemudahan Pembiayaan Perniagaan disediakan untuk membantu Usahawan Bumiputera dalam sektor pertanian bagi menambah modal untuk meningkat atau memulakan perniagaan. Pembiayaan berasaskan Konsep ISLAM YANG BEBAS DARI RIBA.

SKOP PEMBIAYAAN

Projek -projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersil seperti berikut :-

1. PERTANIAN
Tanaman kontan (Cash crop) seperti jagung dan sebagainya

2. PERIKANAN
Membuka Kolam ikan / Udang, ternakan ikan / udang dalam sangkar dan sebagainya

3. PENTERNAKAN
Menternak lembu, kambing, ayam, itik,burung puyuh, burung unta dan sebagainya

4. TANAMAN HIASAN (FLORIKULTUR)
Tanaman bunga-bungaan, tanaman hiasan dan benih pokok.

Pembiayaan yang disediakan meliputi :-

a. Modal untuk pembersihan/ penyelenggaraan ladang
b. Penyediaan kolam / sangkar ikan
c. Penyediaan untuk membina / menyenggara kawasan / tempat penternakan
d. Pembelian benih / baka dan sebagainya
e. Pembelian peralatan / jentera
f. Modal Pusingan

KELAYAKAN PEMOHON

**Warganegara Malaysia terdiri dari keturunan Melayu atau Bumiputera lain yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun

**Mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam bidang pertanian / penternakan yang telah /bakal dijalankan

**Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam usaha tani yang dibiayai oleh MARA

**Projek pertanian / penternakan yang halal, tidak bertentangan dengan syariat islam dan dibenarkan oleh kerajaan

**Mempunyai tanah / ladang sendiri yang boleh diusahakan. Jika disewa perlulan mengemukakan surat perjanjian sewa / pajakan bagi tempoh minimum 5 tahun

**Dapat menyumbangkan modal sendiri atas jumlah yang berpatutan dengan projek pertanian / penternakan yang dijalankan iaitu tidak kurang 10% daripada kos projek

**Bagi permohonan pembiayaan melebihi RM50,000.00 ke atas, pengusaha dapat mengemukakan tanah atau jaminan atau kedua-duanya sekali sebagai cagaran mengikut peraturan yang sedia ada

**Pengusaha perlu mengemukakan ringkasan teknikal projek yang hendak dibiayai seperti jenis projek, tapak /lokasi,tempoh kutipan hasil / tuaian dan pasaran hasil berkaitan

SYARAT PEMBIAYAAN

1. Had pembiayaan : MAKSIMUM RM250,000.00

2. Tempoh Ansuran Pembiayaan: Tidak lebih daripada 5 tahun atau 4 pusingan tuaian yang mana lebih dahulu

3. Kadar Keuntungan : 5% setahun

BAYARAN PEMEROSESAN

Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah
Bayaran Proses : RM5.00

Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM20,000.00
Bayaran Proses : RM20.00

Pembiayaan RM20,001.00 hingga RM50,000.00
Bayaran Proses : RM50.00

Pembiayaan RM50,001 hingga RM250,000.00
Bayaran Proses : RM100.00


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang RP2 Pertanian yang boleh diperolehi daripada pejabat MARA Negeri Terengganu / Daerah yang berhampiran.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat MARA Daerah di mana projek diusahakan.


UNTUK KETERANGAN LANJUT

SILA HUBUNGI KAMI

Urusan Pembiayaan Perniagaan MARA
*Hj Alias Bin Yusoff
*Cik Anisah Binti Jusoh
*Puan Fazidah Binti Othman

No Tel : 09-6222070 / 09-6222077
No faks : 09-6221070 / 6203856

Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi yang datang dari sumber makanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi kadar asid linolek (LA) yang banyak. Dalam tubuh manusia, ALA juga boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA. Walau bagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua

Apakah Asid Lemak Omega 3

Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)
Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia

Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-

- Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi

- Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis

- Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis

- Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)

- Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang

- Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin

- Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi

- Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia

- Menggalakkan kecerdasan fikiran

Oleh Akmal Ilham

70 pengusaha akuakultur dipilih daripada 750 ahli GPMM untuk jalankan perusahaan melalui sistem konvensional

KOTA BHARU: Lebih 100 pengusaha akuakultur semalam menyertai usaha menternak ikan keli secara organik untuk pasaran eksklusif di negara ini, menerusi kontrak ternakan.

Ikan keli organik itu diternak dalam kolam kanvas dengan pemakanannya dipastikan bebas daripada sebarang bahan kimia dan antibiotik serta sisa haiwan.

Menerusi kontrak itu, semua ikan keli organik yang diternak penduduk yang menyertai Gabungan Pengusaha Makanan Bumiputera Malaysia (GPMM) akan dibeli Berintam (M) Sdn Bhd pada harga RM5 sekilogram.

Pengarah Urusan Berintam, Aminuddin Tamjis, berkata projek itu disertai lebih 30 pengusaha di Pantai Barat dan 70 pengusaha akuakultur yang menyertai GPMM di Kelantan, masing-masing mengusahakan 10 kolam kanvas.

Beliau berkata, pihaknya membuat kajian selama tiga tahun dengan kerjasama Faaza Biotech (M) Sdn Bhd yang menyediakan bioteknologi dalam makanan dan rawatan air ikan keli yang diternak penduduk.

“Permintaan terhadap ikan keli negara ketika ini tinggi iaitu mencecah 12,000 kilogram sehari. Oleh itu, kita perlu menyatukan pengusaha yang berselerak di bawah satu badan bagi menjamin bekalan berterusan.

“Selain pulangan lumayan, ikan keli organik dijamin halal dan dapat mengatasi masalah pemberian makanan yang meragukan seperti sisa haiwan. Makanannya bebas kimia dibuat daripada kulit udang, nipah, madu dan buah-buahan yang berupaya meningkatkan kualiti ikan keli,” katanya.

Beliau memberitahu demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman ternakan dan pemasaran ikan keli organik biotek halal hab antara Berintam dan GPMM di Bangunan Mara di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Ahamad Sabki Mahmood; Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Abdullah Jaafar, dan Pengarah Mara Kelantan, Mohd Yunus Razali.

Aminuddin berkata, semua ikan keli organik itu tidak akan dijual di pasar awam, sebaliknya dipasarkan terus kepada pengusaha makanan terutama restoran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk memasarkan ikan keli organik ke luar negara, tetapi mahu memastikan mempunyai bekalan yang mencukupi sebelum memulakan langkah itu.

Sementara itu, Ahamad Sabki yakin ternakan ikan keli organik dengan amalan akuakultur baik menggunakan sistem kanvas mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

“Ia mempunyai jaminan keselamatan dan kualiti kerana kita merancang mempelbagaikan kegunaan ikan keli, selain untuk memperluaskan pasarannya ke peringkat antarabangsa juga.

“Usaha sama ini mampu menghasilkan 120 tan ikan keli organik sebulan. Selain untuk bekalan mentah, ikan keli ini akan ditinkan untuk eksport ke negara luar,” katanya.

Beliau berkata, kajian saintis juga mendapati ikan keli organik boleh diguna untuk merawat lelah dan buah pinggang selain menguatkan tenaga batin kerana mempunyai Omega 3 seperti ikan linang,” katanya.

Pengerusi GPMM, Kassim Ahmad, berkata 70 pengusaha projek itu dipilih daripada 750 ahlinya di seluruh negeri dan mengikuti kursus intensif anjuran beberapa jabatan kerajaan.

“Kami menganggarkan pendapatan RM400 semusim yang diperoleh melalui sistem konvensional selama ini mampu meningkat kepada RM4,000 semusim menerusi usaha ini,” katanya.

Berita Harian, Rabu, 11 April 2007

Projek Perdana Dusun Penawar merupakan salah satu projek tanaman campuran di bawah pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang. Projek tanaman buah-buahan ini pernah memenangi Anugerah Pengurusan Projek Terbaik bagi Kategori Tanaman Buah-buahan bagi tahun 2003.

Projek ini telah mula diusahakan pada tahun 1990 dengan kawasan seluas 9 hektar, dan dengan tanaman belimbing dan tembikai. Selaras dengan penganugerahan Projek Perdana Komoditi buah-buahan, PPK telah menukar tanaman tembikai dengan limau dan jambu air dengan keseluruhan keluasan projek sebanyak 12 hektar. Selain itu, terdapat juga tanaman buah-buahan hiliran lain seperti durian, durian belanda, dan nangka.

Pokok Jambu yang ditanam adalah dari jenis Thailand dan Indonesia yang mula ditanam pada 1993, manakala jenis limau yang dihasilkan adalah melalui pokok penanti terdiri daripada Cleopatra dan Troyer Citrange. Pokok jambu dan limau ini telah mula mengeluarkan hasil pada 2001 dan sehingga tahun 2003, sebanyak 38 tan metrik telah dapat dihasilkan.

Ternyata usaha perubahan tanaman yang telah dilakukan ini tidak sia-sia. Sehingga kini, projek tanaman ini adalah antara yang paling berjaya dan telah meraih banyak anugerah pertanian sepanjang tahun 2003 yang lalu, iaitu:

-Tempat Pertama: Kategori Belimbing, Pertandingan Hasil Pertanian

-Tempat Pertama: Kategori Jambu Air, Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Johor

- Tempat Kedua: Kategori Buah Limau Madu, Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan

Dalam pengurusan ladang, PPK telah menggunakan teknologi seperti Drip System, amalan IPM, dan penggunaan traktor untuk semburan penyakit dan perosak tanaman. Amalan lain ialah pembajaan semburan daun yang dibuat pada pucuk yang baru berkembang bertujuan untuk meningkatkan hasil tanaman limau. Teknik pembajaan tumbuhan yang digunakan pula adalah seratus peratus menggunakan baja organik. Ini penting demi memastikan buah-buahan yang dihasilkan lebih elok, bersih dan terjamin selamat untuk dimakan. Dari segi pasaran pula, buat masa ini kebanyakan hasil tanaman dijual untuk pasaran tempatan. Hanya buah-buahan yang telah digredkan mengikut mutu piawaian yang telah ditetapkan sahaja dikeluarkan untuk diedarkan.

Kini, Dusun Penawar telah turut dibuka untuk pengunjung-pengunjung luar yang ingin membeli buah-buahan hasil tanaman dusun secara langsung. Ia juga dibuka untuk pelawat-pelawat dari dalam mahupun luar negara seperti pelajar sekolah, pelajar universiti, serta sektor awam dan swasta yang ingin membuat kajian, mempelajari serta menimba ilmu pengetahuan mengenai teknik penanaman perladangan yang lebih bersistematik dari PPK Pengerang.

Lokasi : Lot No. 7, Kawasan Tanaman Buah-buahan Campuran Chemaran II, Bandar Penawar 81900 Kota Tinggi, Johor

No. Telefon : 07-8252240/8222242 (En Yahya b Gono)

SEKITAR PROJEK PERDANA DUSUN PENAWAR PPK PENGERANG

Pintu masuk ke Projek Perdana Dusun Penawar En Yahya b Gono, Pengurus Projek (berkemeja putih)

bersama En Ahmad b Satu, Penyelia Projek

 

 

TANAMAN LIMAU MADU

Tanaman Limau Madu En Ahmad menunjukkan hasil tanaman Limau Madu

 

TANAMAN BELIMBING

Kerja-kerja pembungkusan belimbing untuk Hasil belimbing yang telah digredkan sedia

mengelakkan serangan serangga untuk dipasarkan

 

Hasil belimbing yang telah Pengiktirafan Tempat Pertama

digredkan dan diisihkan bagi Kategori Belimbing pada

Pertandingan Hasil-hasil Pertanian

Sempena Hari Peladang, Penternak

& Nelayan Peringkat Negeri Johor

2003

 

 

TANAMAN JAMBU

 

Proses pembungkusan untuk pengawalan Antara pekerja Dusun Penawar PPK Pengerang

serangga perosak

 

Buah Jambu Air yang masak ranum Antara hasil pungutan tanaman

Jambu Air

 

TANAMAN HILIRAN – DURIAN

 

En Yahya Gono menunjukkan hasil tanaman Antara hasil tanaman durian

durian, salah satu tanaman hiliran yang

turut diusahakan

 

Hasil durian yang sedia untuk dipasarkan Sedapnya…

Projek Ayam Daging Tertutup Kg. Sungai Kapal merupakan projek pertanian/penternakan milik ahli-ahli Unit Peladang Kawasan Pengerang di bawah pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang. Projek ini terletak di Kampung Sungai Kapal, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan ke Pengerang dari Bandar Penawar. Baru-baru ini, projek ternakan ini telah berjaya memenangi Anugerah Pengurusan Projek Ternakan Terbaik peringkat PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor) bagi tahun 2005.

Projek ini telah mula diusahakan pada tahun 2004 di atas kawasan seluas 1.5 ekar. Apa yang menarik tentang projek ini ialah ia menggunakan kaedah reban tertutup dan berhawa dingin sepenuhnya. Terdapat 2 buah reban ayam tertutup yang dilengkapi dengan sistem penyejuk khas dipasang di reban tersebut. Dengan keluasan kandang kira-kira 230′ x 33′, ia mampu menampung sehingga 30,000 ekor ayam untuk sekali pusingan. Sehingga kini, anggaran kasar pulangan dari projek penternakan ini mampu memberikan pendapatan kasar sebanyak RM 30,000 sekali pusingan.

Kebanyakan pengeluaran hasil ayam daging ini dipasarkan kepada PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor) untuk dipasarkan kemudiannya bagi memenuhi permintaan ayam daging yang cukup besar dari seluruh Semenanjung Malaysia serta Singapura.

Lokasi :PTD 2061, Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Kota Tinggi, Johor

No. Telefon : 07-8252240/8252791 (En Mohd Kamil b Mahmud)

 

 

SEKITAR PROJEK AYAM DAGING TERTUTUP KG. SUNGAI KAPAL

 

Dua buah reban ayam tertutup

 

Reban yang dilengkapi dengan Berat ayam dipantau untuk proses pengawalan

sistem pendingin hawa khas kualiti anak ayam daging yang baru tiba

Tanaman buah naga di Sungai Mati telah diusahakan oleh sebuah keluarga berbangsa cina. Perusahaan buah naga ini merupakan warisan keluarga turun-temurun dan baru dikormesialkan dan diusahakan di Sungai Mati sejak 3 tahun yang lalu. Terdapat beberapa kawasan penanaman buah naga dengan keluasan lebih kurang 30 hektar setiap ladang di sekitar Sungai Mati . Antaranya ialah di Kampung Belemang, Kampung Wali, Kampung Kolam, Serom 4 dan di Serom 3. Sebanyak 1 tan buah naga dapat dihasilkan dalam masa satu bulan dan sedia untuk dipasarkan ke pasaran tempatan mahupun pasaran luar.

Profil Pengusaha

Nama Pengusaha : Soh Cher

Nama Perusahaan : Soh Cher Enterprise

No Telefon : 06-9751096 / 012-2650368

Alamat : Serom 3, Sungai Mati, Muar, Johor

Cara Tanaman Buah Naga

*Benih buah naga adalah daripada batang pokok naga yang dibeli dari negara Taiwan.

*Batang pokok naga sepanjang 8/7 inci di potong dan dijadikan benih.

*Batang pokok naga akan di tanam di sebelah tiang yang telah di pacak dan diatasnya diletakkan satu tayar bagi menyokong pokok naga apabila sudah membesar.

*Pokok naga tidak memerlukan tanah yang spesifik. Ia boleh di tanam di mana- mana sahaja.

*Baja yang digunakan adalah baja organik yang dibeli dari pembekal di Johor Bahru.

Pasaran

Sekitar negeri Johor dan juga Singapura

Produk Keluaran

1) Buah Naga Isi Merah

2) Buah Naga Isi Putih

Selain daripada buah naga, bunga pokok buah naga juga dapat memberikan banyak khasiat. Ianya diambil pada waktu malam ketika bunga pokok buah naga mengembang. Pada ketika ini bunga buah naga menghasilkan debunga yang dapat dijadikan ubat yang boleh membantu dalam mengurangkan beberapa jenis penyakit. Namun begitu, ubat yang dihasilkan belum lagi dikormesialkan dan hanya digunakan untuk kegunaan keluarga sahaja,

Harga Barangan

Harga Pemborong :

1) Buah naga isi merah = RM 8.00 sekilo

2) Buah naga isi putih = RM 6.00 sekilo

Nama Pengusaha : En. Ishar Bin Jahuri / Puan Roziah Sapawi

No Telefon : 07-8965119 / 019-7867296

 

Dalam RMK-9 bidang pertanian menjadi tumpuan negara apabila bidang pertanian akan diberi penekanan kerana mempunyai potensi untuk dimajukan. Selain itu sektor pertanian sekarang memiliki nilai pasaran global hampir RM27 billion.

 

Selaras dengan seruan kerajaan yang ingin mengembangkan bidang pertanian dan perternakan sepasang suami isteri, En. Ishar Bin Jahuri dan Puan Roziah Sapawi telah mengorak langkah mempelajari dan membuat kajian mengenai perternakan ayam berhawa dingin. Dengan berbekalkan modal pinjaman sebanyak RM400,000.00 pasangan suami isteri tersebut telah menyertai Skim Intensif Usahawan FELDA (SIUF) dan menggunakan teknologi Mesin Jenset dikenali sebagai

 

 

System Automatic Close House yang berupaya mengawal pemakanan dan minuman ayam-ayam ternakan secara automatik. Mereka telah membuka ladang ternakan pada Januari 2005

 

Dengan keluasan ladang dua ekar dan menempatkan dua reban, ianya mampu menampung 16,000 ekor ayam untuk setiap reban. Ayam betina dan ayam diasingkan untuk setiap reban bagi mendapatkan ayam yang sihat dan gemuk. Pada peringkat matang iaitu 35 hari ayam-ayam tersebut boleh dipasarkan. Setakat ini ladang mereka telah menghasilkan pengeluaran ayam yang bermutu tinggi dan memberi hasil pendapatan yang lumayan.

 

Ladang ini mengupah dua orang pekerja untuk menyelenggara ladang tersebut. Di samping itu, mereka mempunyai kontrak dengan syarikat lain iaitu syarikat Farming dan syarikat CP Jaya untuk mendapatkan kerjasama dari segi makanan ayam, ubatan, khidmat nasihat, jualan dan penyediaan pekerja.

Faktor-faktor mereka memilih penternakan ayam berhawa dingin adalah :-

  • Ayam terhindar dari penyakit kerana mempunyai reban yang boleh mengawal suhu,makan dan minum

  • Dapat mengurangkan risiko ayam mati

  • Kualiti ayam yang segar dan bersih

Berita Harian, Ahad, 28 Oktober 2007

SEREMBAN: Sebuah syarikat tempatan, Distinct Agricultural Services Sdn Bhd berhasrat menjadikan ladang ternakan kambing Boer seluas 40.87 hektar di Serting Hilir untuk menghasilkan gene kambing Boer paling berkualiti dan bermutu untuk dipasarkan kepada penternak tempatan.

Ketua Eksekutifnya, Zainal Abd Ghani, berkata syarikat itu yang menggunakan jenama BODEN dijangka mula memasarkan gene kambing Boer kepada penternak tempatan pada tahun depan.

“selepas ini, kita tidak perlu mengimport kambing jenis ini dari luar negara kerana syarikat ini berupaya menghasilkan gene kambing Boer setanding yang diimport sebab ia sesuai dengan iklim dan mempunyai ketahanan melawan penyakit dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui di gerai pameran sempena Konvensyen Pertanian Kebangsaan di Allson Klana Resort di sini, semalam.

Zainal yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif sistem Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) berkata, selepas mula beroperasi pada 21 Disember tahun lalu, baka yang diternak di ladang berkenaan kini berupaya dipasarkan.

Katanya, kumpulan pertama dan kedua kambing yang disatukan membabitkan 146 ekor berjaya menghasilkan 216 ekor anak kambing termasuk 45 peratusnya adalah kembar untuk kemudiannya bagi memastikan anak kambing yag menetapi ciri-ciri bagi disimpan bagi dijadikan baka induk tambahan dan 40 peratus sekarang akan dipasarkan.

“Kita bermula dengan stok awal sebanyak 350 ekor dan ketika ini mempunyai 750 ekor kambing Boer,” katanya.

Dengan slogan syarikat – “Kambing Gembira – Kambing sihat”, Zainal berkata, pihaknya mensasarkan baka induk di ladang sebayak 1,000 ekor kambing dengan menghasilkan baka kambing 1,800 ekor setahun menjelang 2010.

“Di ladang ini, kita seperti menjual kereta mewah dan sebab itulah kita menggunakan teknik penjagaan yang amat rapi untuk menjaga kambing bagi menghasilkan gene bermutu dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, untuk mendapatkan baka berkualiti rekod setiap ekor kambing mesti dikemaskinikan supaya pembeli mengetahui latar belakang ternakan itu bermula dari kecil sehingga dijual.

Katanya, perisian khas untuk merekod kambing itu sedang ditingkatkan dan akan siap sebelum hujung tahun ini.

Encik Ahmad Nordin b. Che Wan Mat, ahli PPK Pelagat, Terengganu telah memulakan projek ternakan ikan siakap dalam sangkar ini semenjak bulan Februari 2005. Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau telah memasang 140 buah sangkar untuk menternak ikan siakap. Secara purata, terdapat 500 ekor ikan bagi setiap sangkar yang telah dimasukkan secara berperingkat semenjak bulan Mei 2005.

Bermula bulan Mei 2006 iaitu selepas 8 bulan pemeliharaan, ikan siakap yang matang akan mula dituai secara berperingkat mengikut gred yang telah ditetapkan untuk dijual kepada peraih tetap. Mengikut perancangan, sebanyak 5 tan metrik ikan akan dituai setiap minggu, dimana setiap ekor ikan telah mencapai berat sehingga 1.2 kg seekor. Pada masa kini, harga ikan siakap di pasaran adalah antara RM10 – RM12 sekilogram. Beliau tidak menghadapi sebarang masalah pemasaran kerana pada masa kini permintaan ikan siakap adalah sangat tinggi dan urusniaga di peringkat sangkar.

Encik Ahmad Nordin adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh dan berdaya maju. Beliau amat yakin projek ini berpotensi tinggi, oleh itu beliau telah mendapat kebenaran menggunakan secara TOL tanah Kerajaan seluas 50 ekar untuk tujuan pembinaan 90 buah kolam tambahan. Bermula bulan Mei 2006 beliau telah menggunakan 40 buah kolam tambahan tersebut untuk asuhan anak ikan siakap yang berukuran 2 inci sehingga mencapai berat 500 gram sebelum dipindahkan ke dalam sangkar. Anak ikan siakap ini bukan sahaja untuk kegunaan sangkar beliau sendiri, tetapi turut dijual kepada pengusaha yang berminat mendapatkan bekalan anak ikan.

Ternakan ikan dalam sangkar En. Ahmad Nordin Bin Che Wan Mat mempunyai prestasi fizikal yang baik. Perancangan usahawan melaksanakan projek kolam asuhan memungkinkan projek ini untuk berkembang.

Pembinaan sangkar dan kolam asuhan telah melibatkan kos melebihi RM1 juta. Jangkaan hasil yang akan diperolehi oleh Encik Ahmad Nordin adalah sebanyak RM672,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM134,400 sepusingan. Secara purata beliau mampu meraih pendapatan bersih sebanyak RM11,000 sebulan.


Gambar 1: Sejumlah 100 buah sangkar yang sedang digunakan untuk menternak ikan siakap.


Gambar 2 : En. Ahmad Nordin sedang memberikan ikan siakapnya makan ikan baja yang diperolehi daripada nelayan sekitar.


Gambar 3 : Salah sebuah daripada 140 sangkar ikan siakap milik En. Ahmad Nordin di Pelagat.


Gambar 4: Ikan siakap yang berumur 8 bulan dan hampir sedia untuk dituai.


Gambar 5: En. Ahmad Nordin memberikan penerangan di tapak baru pembinaan kolam mengasuh anak ikan siakap yang baru diteroka.


Gambar 6: Tanah TOL Kerajaan yang disewa seluas 50 ekar ini akan menempatkan 90 buah kolam berukuran 40’ X 200’ seunit.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 160 other followers