Agro – Journal Pertanian


SETELAH sekian lama dilihat sebagai salah satu sektor terpinggir dan kurang memberangsangkan, sektor perikanan msewajarnya memerlukan satu anjakan bagi merubah paradigma tersebut. Justeru pengenalan projek berimpak tinggi (HIP) seperti Zon Industri Akuakultur (ZIA) dilihat tepat pada masanya dalam usaha mengukuhkan lagi sosio ekonomi masyarakat nelayan seterusnya memacu ekonomi negara yang disumbangkan oleh sektor berkenaan. Berkonsepkan taman industri, ZIA memerlukan penggemblengan tenaga kesemua agensi dan jabatan berkaitan akuakultur untuk sama-sama menjayakannya dan memastikannya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Salah satu agensi yang terlibat ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal ekonomi masyarakat nelayan keseluruhannya. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Annas Khatib Jaafar, dalam pembangunan ZIA, LKIM secara umumnya menyediakan infrastruktur asas untuk pembangunan zon tersebut termasuk sempadan atau pagar, jalan masuk utama dan bekalan elektrik serta air.

SEORANG pekerja memeriksa ternakan kerang muara Sungai Mas Trong, Perak.

Infrastruktur asas ini penting memandangkan ia merupakan syarat utama bagi membolehkan sesebuah zon itu beroperasi dengan lancar dan sempurna seterusnya menarik kemasukan pelabur dengan mudah.

“Di samping itu, LKIM juga memberi sokongan dari sudut latihan teknikal kepada nelayan-nelayan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran ZIA yang lebih kepada perniagaan dan pemasaran hasil akuakultur mereka,” ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya di ibu negara, baru-baru ini.

Sebagai pemudah cara kepada nelayan serta pembimbing dan penyedia insentif, LKIM juga b e r t a n g g u n g j aw a b menyediakan persekitaran ZIA yang kondusif bukan sahaja kepada nelayan malah kepada pihak swasta.

Ia termasuk kelengkapan berteknologi tinggi yang membolehkan semua aktiviti bermula daripada pendaratan ikan sehinggalah kepada pemasaran produk dijalankan secara berkelompok di bawah satu bumbung secara komersial.

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta yang diterima di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), LKIM dan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM118 juta yang dipohon, kesemua ZIA tersebut akan digerakkan dengan lebih cemerlang sesuai dengan matlamat menjadikan nelayan sebagai usahawan.

Peruntukan itu juga akan digunakan untuk menggerakkan pelbagai program dan aktiviti lain di bawah agensi itu dalam usaha untuk mencapai sasaran peningkatan hasil sepanjang RMK-9 seperti yang telah ditetapkan. Sasaran tersebut mengikut komoditi akuakultur utama iaitu bagi ternakan udang laut sebanyak RM42.56 juta, ternakan ikan dalam tangki (RM3,3363 juta), kerang-kerangan (RM2.52 juta), rumpai laut (RM3.42 juta) dan pembenihan ikan (13.5 juta).

“Walaupun masih terlalu awal untuk menetapkan sasaran ini, namun dengan sokongan program seperti ZIA serta kelengkapan dan teknologi tinggi yang digunakan, kita menjangkakan mampu menjana pulangan yang lebih baik,” ujar beliau.

Selain itu, bagi menggalakkan pertanian secara komersial dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga, LKIM telah mengemukakan sebanyak 11 buah projek yang berpotensi dengan kos berjumlah RM202 juta.

Projek-projek itu termasuk pemasaran ikan, pembesaran ternakan ikan laut dalam sangkar, pembangunan ladang kupang bertaraf komersial, penangkapan ikan tuna Lautan Hindi dan pengeluaran isi ikan dan keropok moden, kilang memproses hasil perikanan Chendering, Terengganu.

LKIM juga telah mengenalpasti empat projek yang akan dilaksanakan di bawah program Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kos sebanyak RM1.4 bilion antaranya pembinaan pejabat dan kuaters LKIM di atas tanah seluas 40 hektar di Puchong, Selangor. Usaha memajukan lagi sektor perikanan juga ujar Annas meliputi pembangunan dan penyediaan kelengkapan asas termoden di 27 kompleks pendaratan ikan dan pusat-pusat pemeriksaan ikan di seluruh negara.

Kesemua kompleks pendaratan ikan ini termasuk sebuah lagi yang kini sedang giat dibangunkan iaitu Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis (PPLDTM), Sarawak akan beroperasi sebagai satu pusat pertumbuhan untuk kegiatan ekonomi nelayan.

Dengan kemampuan menguruskan sehingga 200 kapal nelayan dalam satu-satu masa, PPLDTM misalnya akan memastikan lebih banyak aktiviti pendaratan ikan laut dalam berlangsung seterusnya memacu sektor itu untuk lebih berdaya saing.

KEPAH yang diternak di Sungai Mas Trong, Perak.

Ia juga sejajar dengan usaha LKIM dalam transformasi masyarakat nelayan sekali gus meningkatkan ekonomi menerusi medium perniagaan dengan menjadikan mereka sebagai seorang usahawan.

Pusat-pusat pendaratan ikan ini juga akan bertindak sebagai satu payung untuk mengumpulkan kesemua nelayan dalam satu kelompok yang besar seterusnya menjalankan aktiviti berasaskan perikanan secara komersial.

Ia termasuk suntikan modal dan teknologi-teknologi tinggi bagi membolehkan nelayan menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh seterusnya memastikan hasil tangkapan yang lebih besar. Pada masa yang sama ujar beliau, nelayan dan persatuan nelayan akan dibimbing untuk menceburi industri pelancongan nelayan dan agro pelancongan menerusi aktiviti seperti perikanan rekreasi, medan ikan bakar, homestay, calet nelayan dan kraftangan.

Penglibatan persatuan nelayan yang ketika ini berjumlah sebanyak 92 persatuan bertujuan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan dalam masa yang sama menggalakkan mereka menceburi sektor hiliran.

“Sebagai perbandingan pada tahun lalu, 64 projek pelancongan telah dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan penglibatan seramai 120 orang nelayan. “Pastinya tahun ini kita mensasarkan untuk mengadakan lebih banyak projek seumpamanya dengan penglibatan lebih ramai keluarga nelayan,’’ tambah beliau.

PROJEK ternakan kepah LKIM di Sungai Mas Trong, Perak.

Ketika ini, terdapat 13 kawasan ZIA di bawah pengurusan dan kendalian LKIM iaitu:

● Projek Ternakan Udang Sebatu, Melaka
● Projek Ternakan Udang Pantai Merdeka, Kedah
● Projek Ternakan Udang Telaga Air, Sarawak
● Projek Ternakan Udang Fikri, Terengganu
● Taman Akuakultur LKIM Sebatu, Melaka
● Taman Akuakultur LKIM Telaga Air, Sarawak
● Taman Akuakultur LKIM Badong, Pahang
– Projek Ternakan Udang
– Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki
● Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki Fish Protech, Sepang, Selangor
● Projek Ternakan Kerang Jarum Mas, Perak
● Pusat Pembenihan Udang/Ikan Setiu, Terengganu
● Pusat Pembenihan Udang/Ikan Telaga Air, Sarawak
● Projek Pengkulturan Rumpai Laut Kudat, Sabah

Objektif

•Pengawal populasi rodensia.

•Mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh rodensia.

Rodensia perlu dibasmi kerana:-•
•Pembawa penyakit salmonellosis
••Pembawa penyakit Pasteurellosis, Leptospirosis,

Cirit birit khinzir (swine dysentery), Trichinosis,

•Mencemarkan makanan ternakan

Toxoplasmosis pada haiwan lain

Merosakkan struktur kayu dan pendawaian

Merosakkan penyebatan (insulation) reban

Merosakkan struktur kayu dan pendawaian

Merosakkan struktur kayu dan pendawaian

Merosakkan penyebatan (insulation) reban

mengurangkan keuntungan

Kajian penyelidikan infeksi S. Enteritidis menunjukkan:-


•Dose infeksi sekurang-kurangnya 15 organisma salmonella·.

·Tikus dijangkiti kuman terus menjadi pembawa penyakit·.

·Penyakit merebak dengan pantas di dalam sekoloni tikus·.

Memiindahkan kuman penyakit kepada anak.

·Tinja tikus yang berpenyakit mengandungi 1000 organisma
salmonella

·Infeksi lebih mudarat kepada unggas setelah menjangkiti tikus·

·Tinja yang mencemari makanan ternakan, air minuman
atau sarap (litter) ia masih boleh menjangkiti unggas

Program Pengawalan Rodensia
Enam langkah ke arah pengawalan rodensia yang berkesan:-
1. Pengawasan (inspection)
2. Mengenalpasti
3. Sanitasi / pembersihan
4. Tidak telus rodensia
5. Racun tikus
6. Perangkap

Pengawasan
Periksa semua kawasan gelap

mengenalpasti tempat untuk pembersihan dan cara-cara untuk menghapuskan masaalah rodensia.
Mengenalpasti
•ciri-ciri yang berbeza yang membolehkan strategi peracunan dijalankan mengikut jenis rodensia.

Tanda-tanda kehadiran rodensia.

Sanitasi
Tindakan perlu diambil:-
Rumput di persekitaran reban.
Ranting pokok yang mencecah reban.
Membuang sampah sarap, peralatan lama, paip-paip,
longgokan kayu dan lain-lain.
•Membuang karkas unggas dengan segera.
Memastikan setor makanan tidak telus rodensia.
Membersihkan semua tumpahan makanan.
Memastikan peparitan bersih.

Tidak Telus Rodensia

lubang bersaiz ¼ inci hingga ½ inci perlu ditutup.
Semua segi-segi reban yang boleh digigit boleh rodensia
hendaklah dibalut dengan lapisan keluli (metal sheet) atau kain.
Perkakasan (hardware cloth).
Buat pemeriksaan reban sekurang- kurangnya sekali dalam seminggu.

Racun Tikus
Racun tikus di dalam bekas yang berlabel.
Ikut semua arahan penggunaan racun tikus.
Letakkan racun di kawasan perjalanan tikus dan di bawah tempat berlindung.
Penggunaan Kotak umpan beracun.
•Tindakan sanitasi dan tindakan tidak telus rodensia hendaklah diteruskan.
Penggunaan produk kawalan tikus bersama umpan racun boleh menambahkan peluang untuk kawalan sepenuhnya.
Rawatan intensif keracunan tikus dijalankan sebaik saja reban dikosongkan.

Perangkap
·penggunaan perangkap mencakup (snap) atau kotak perangkap serta papan perekat.
ikan, daging mentega kacang dan kekacang sebagai umpan.

Tinggalkan umpan di perangkap yang belum dipasang selama 4-5 hari untuk membiasakan tikus dengan perangkap tersebut.
·Pastikan umpan sebelumnya dimakan sebelum perangkap dipasang.
Letakkan perangkap di tepi dinding, di belakang sesuatu objekc atau di tempat gelap dimana tinja tikus dapat dilihat.

Jika perangkap dipasang di tepi dinding, pastikan perangkap tersebut diletakkan pada sudut tepat dengan umpannya terdekat dengan dinding.

Makanan yang banyak tidak memberi kesan baik untuk memerangkap tikus, sebelum menjalankan program kawalan, pastikan punca makanan adalah di tahap minima.
·Untuk lebih berkesan, adalah disyorkan supaya menggunakan sebanyak 50-100 perangkap bagi setiap ladang unggas yang mempunyai infestasi yang sederhana.

Apabila menggendalikan tikus yang mati, gunakan sarung tangan plastik dan masukkan tikus di dalam beg plastik.

Perangkap yang telah digunakan, hendaklah dibersihkan dan dibasmikuman dengan disinfektan, dan dikeringkan sebelum digunakan semula

Anggaran Indeks Tikus

·Dua belas perangkap tikus berumpan hendaklah diletakkan di tempat yang berkemungkinan besar dapat memerangkap tikus seperti yang telah ditentukan dari pengawasan terdahulu.
·Perangkap tanpa tikus hendaklah dipindahkan ke lokasi lain.
·Perangkap hendaklah diperiksa setiap hari dan bilangan tikus yang ditangkap selama tempoh tujuh hari dicatitkan.

·Kadar infestasi tikus adalah di kira seperti di jadual berikut:-

INDEKS

BILANGAN TIKUS

TAFSIRAN
0 0 Tidak signifikan
1 1 – 10 Sedikit
2 11 – 25 Sederhana
3 Lebih dari 26 Banyak

Indeks tikus adalah berdasarkan kepada bilangan tikus yang ditangkap dari 12 perangkap dalam masa 7 hari. ·Jika kurang atau lebih bilangan perangkap yang digunakan dalam tempoh lebih atau kurang dari 7 hari, formula berikut hendaklah digunakan:-
Bilangan tikus ditangkap:-
Bil. tikus ditangkap dari kesemua perangkap ¸ Bil. perangkap yang berfungsi ¸ Bil. hari semenjak hitungan terakhir ´ 12 ´ 7 = Bil. tikus untuk Indeks tikus.


Nangka yang sampai di tempat pengumpulan akan dikupas dan diambil ulasnya sebelum dibungkus.

RAMAI yang gemar memakan nangka tetapi masalah buahnya yang besar dan kulitnya yang tebal ditambah dengan getahnya yang melekit, kadang kala merencatkan selera penggemar buah tersebut untuk menikmatinya.

Dengan gaya hidup yang ringkas dan pantas, tidak ramai yang akan menghabiskan masa hanya untuk mengupas dan membersihkan buah nangka.

Biasanya perubahan mutu akan berlaku melibatkan warna, bau dan tekstur jika nangka yang telah dibuka tidak disimpan dengan betul.

Ini kerana proses metabolisme masih berlaku pada ulas nangka yang menyebabkan perubahan pada bau, warna dan zat makanan.

Pengawalan kadar metabolisme amat penting bagi mengekalkan mutu ulas-ulas nangka semasa penyimpanan.

Justeru Pengawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Latifah Mohd. Nor menjalankan kajian bagi penjualan nangka dalam bentuk ulas yang sedia dimakan.

“Kaedah pemprosesan minimum membolehkan kita menikmati nangka dengan mudah tanpa menjejaskan mutu, kesegaran dan paling penting tanpa getahnya.

“Kaedah ini akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual nangka mengendalikan buah tersebut,” katanya semasa ditemui, baru-baru ini.

Menerusi kaedah pemprosesan minimum, nangka terbaik akan dipilih daripada ladang-ladang seluruh negara.

Latifah berkata, buah nangka yang telah matang secara komersial iaitu 70 peratus dituai kerana nangka merupakan buah ‘climatic’ yang masih menjalani proses hidup yang berterusan semasa dibungkus.

Buah nangka yang sampai dari ladang ke kilang akan dibersihkan dan dibasuh dengan merendamnya dalam cecair klorin sebanyak 100 bahagian per sejuta (ppm) selama 10 minit bagi membuang segala mikrob yang ada.

Selepas itu, gas dimasukkan ke dalam peti sejuk pada suhu 10 darjah Celsius (C) bagi mengurangkan getahnya.

“Kemudian buah nangka tadi akan dibelah dan diasingkan ulas-ulas daripada kulit serta jerami.

“Ulas-ulas yang telah diasingkan kemudian dibungkus menggunakan bekas plastik propilena yang boleh dibeli di kedai menjual barangan plastik,” katanya.

Bekas propilena digunakan bagi memudahkannya disusun secara bertingkat dan dapat menjimatkan ruang.

Selain bekas propilena, dulang polisterin boleh digunakan dan dibalut dengan filem regang polivinal klorida (PVC).

Masalahnya, kata Latifah, dulang polisterin tidak boleh disusun secara bertingkat kerana akan menyebabkan kecederaan kepada ulas nangka.

Selain itu, kehilangan berat dan bau boleh berlaku bagi ulas nangka yang dibungkus menggunakan filem regang kerana cirinya yang memudahkan pergerakan gas dan air.

“Selepas dibungkus, ulas nangka perlu disimpan dalam kotak penebat yang dilapisi dengan thermal freeze yang berfungsi mengekalkan suhu rendah dalam kotak.

“Perubahan mutu ulas nangka yang disimpan bergantung kepada perubahan suhu thermal freeze,” katanya.

Mutu akan berubah lebih cepat jika kotak penebat diletakkan pada suhu tinggi kerana thermal freeze akan cepat cair.

Ulas nangka tahan disimpan selama tiga hari pada suhu bilik atau persekitaran biasa dan boleh tahan lebih lama jika disimpan pada suhu rendah misalnya seminggu pada suhu 10 darjah C dan tiga minggu pada 2 darjah C.

Latifah berkata, inovasi berkenaan telah dikomersialkan dan digunakan oleh tiga buah syarikat tempatan untuk mengeksport ulas nangka keluar negara iaitu South Fruits (M) Sdn Bhd., SJ Premium Fruits Sdn. Bhd. dan sebuah syarikat milik Victor J. Francis bagi pasaran ke Dubai, Singapura, Hong Kong, Eropah dan Australia.

Malah inovasi pemprosesan nangka secara minimum ini juga berjaya memikat para juri mengondol pingat emas semasa Pameran Innovasi British (Bis2007) di Alexandra Palace di London.

Inovasi ini juga merupakan pemenang Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 2007 (AIPB 2007).

BAKTERIA baik digunakan untuk mengawal perkembangan patogen pada lada kapsikum.


HASIL penyelidikan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS) Amerika Syarikat (AS) telah berjaya menemui teknik rawatan keselamatan makanan dengan menggunakan kaedah sanitasi.

Melalui kaedah itu, ahli mikrobiologi ARS, Ching Hsing Liao telah menjalankan ujian terhadap beberapa bakteria bermanfaat yang berpotensi untuk menghapuskan patogen berbahaya.

Bakteria bermanfaat ini berfungsi menghalang pertumbuhan serta pembiakan patogen dari peringkat awal sama ada secara fizikal atau secara kimia.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Liao di Pusat Penyelidikan Serantau Timur (ERRC) ARS, beliau telah menemui tiga jenis bakteria antagonis yang digunakan dalam keselamatan makan.

Kajian tersebut dilakukan dengan melihat kesan yang berlaku pada patogen Salmonella dan E. coli O157:H70 apabila kepingan kapsikum dicelupkan ke dalam air yang mengandungi bakteria bermanfaat.

Kesan yang amat efektif dapat dilihat apabila lada itu dicelupkan ke dalam air yang mengandungi bakteria bermanfaat Pseudomonas fluorescens 2-79 (Pf 2-79) di mana dalam masa dua minit sahaja, pembiakan patogen pada lada tersebut dapat dihentikan.

Sebenarnya, populasi patogen pada lada boleh berkembang sehingga 100,000 kali jika kapsikum tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna serta disimpan pada suhu 20 darjah Celsius selama dua hari.

Tetapi, melalui rawatan menggunakan bakteria Pf 2-79, perkembangan itu akan dapat dihentikan dan seterusnya menghalang pembiakan patogen secara besar-besaran sehingga boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Bakteria bermanfaat Pf 2-79 ini mudah untuk dibiak dan dihasilkan kerana ia boleh hidup pada suhu yang sejuk.

Ia juga boleh menjadi agen kawalan yang efektif untuk menghapuskan pembiakan patogen seperti Listeria monocytogenes dan Yersinia enterocolitica.

Liao dan rakan penyelidiknya bercadang untuk meluaskan proses penyelidikan mereka pada skala yang lebih besar untuk mengenalpasti beberapa lagi patogen yang boleh dihapuskan dengan menggunakan Pf 2-79 demi menjaga kualiti dan keselamatan makanan.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghapuskan patogen pada makanan mereka melalui beberapa amalan penjagaan makanan yang mudah seperti mengupas, membasuh makanan dan memasak makanan tersebut dengan sempurna.

sarang burung yang telah diproses mempunyai nilai yang tinggi dipasaran.


HARGA sarang burung yang siap diproses kini boleh mencecah RM15,000 hingga RM25,000 sekilogram di China. Perkembangan terbaru itu semestinya mendorong penternak burung layang-layang di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk melihat sumber pendapatan yang lebih tinggi memandangkan lebih banyak pusat penternakan kini dibuka di wilayah itu.

Kelantan merupakan pusat penternakan burung layang-layang kedua terbesar di negara ini selepas Perak yang menghasilkan sarang burung bernilai tinggi serta menjadi idaman ramai iaitu hidangan yang mahal dihasilkan daripada ekstrak air liur burung layang-layang.

Sehingga Jun 2004, terdapat 300 sarang burung layang-layang di negeri itu terutama di Kota Bahru, Tumpat dan Rantau Panjang.

Kawasan lain termasuk dalam kawasan ECER adalah di Pasir Mas di Kelantan; Kampong Air Papan di Mersing; Kuala Besut, Kuala Terengganu; Tok Soboh, Kampung Pinang di Terengganu; dan juga Rompin serta Pekan di Pahang.

Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung yang boleh dimakan dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus, selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus).

Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36,000 burung layang-layang di seluruh negara dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 35 peratus setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.

Jumlah nilai pengambilan keseluruhan sarang burung yang boleh dimakan di seluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 bilion hingga RM12 bilion.

Hong Kong merupakan negara pembeli sarang burung terbesar iaitu sebanyak 50 peratus manakala China (lapan peratus), Taiwan (empat peratus) dan Macau (tiga peratus) dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.

Sekilogram sarang burung berwarna putih yang boleh dimakan belum diproses dijual pada harga RM4,500 hingga RM6,000 pada tahun 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong.

Lonjakan

Industri penternakan burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan untuk tempoh lapan tahun sebelum ini.

Ladang-ladang ternak kebanyakannya dibina di bandar-bandar kecil di mana sumber makanan melimpah dan tahap pencemaran masih rendah.

Kerajaan Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk peladangan burung layang-layang, manakala Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru.

Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman eko bagi tujuan tersebut.

Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85 peratus berikutan perusahaan sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat pengusahaan sarang burung bagi menjalankan usahasama perniagaan dengan gerakan koperasi di seluruh Malaysia di bawah program pemadanan perniagaan (business matching).

Namun begitu, perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang, Abdul Aziz Mohd. Rejab dari GEM Sdn. Bhd., memaklumkan buat masa ini hanya 20 peratus daripada keperluan dunia dapat dipenuhi.

Bagi memenuhi keperluan pasaran, GEM Sdn. Bhd. bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menganjurkan seminar dan kursus kepada para usahawan yang berminat.

Lumayan

Penternak burung layang-layang mendapat pendapatan lumayan dengan menjual sarang burung yang boleh dimakan, menguruskan ladang-ladang ternakan burung layang-layang dengan berjaya atau menyediakan khidmat perundingan mengenai penternakan burung layang-layang.

Pengarah Urusan Nespure Birdnest Sdn. Bhd, Ng Ching Phock berkata, penternakan burung layang-layang telah menjadi industri baru untuk membangkitkan ekonomi negeri Kelantan selain menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di situ.

Dengan memiliki ladang serta pusat jualan sendiri iaitu di Kota Bharu, Nespure Birdsnest memasarkan produk sarang burungnya di rangkaian kedainya serta menjualnya kepada pihak ketiga.

“Sarang-sarang burung hasil keluaran tempatan adalah antara yang terbaik di dunia dari segi kualiti dan mendapat permintaan daripada pasaran antarabangsa sama ada yang mentah atau pun yang siap diproses,’’ kata Ching Phock.

Katanya, di Nespure Birdsnest, pekerja-pekerja digaji untuk memungut, membersih dan memproses sarang-sarang burung berkualiti dengan menggunakan kaedah tradisional.’

Syarikat itu juga merupakan yang pertama membuka pusat jualan di Pantai Timur dengan memasarkan produk sarang burung layang-layang laut termasuk puding longan dan puding sarang burung; dan juga soya dengan sarang burung.

“Sarang burung layang-layang laut adalah berkualiti. Ia dipasarkan di luar negara dan dieksport ke beberapa negara di Asia Barat,’’ tambahnya.

Menurut Dr. Christopher Lim, yang merupakan salah seorang pengendali ladang ternakan burung layang-layang paling berjaya di Malaysia dan turut memegang rekod pencapaian ‘pertumbuhan kedua terpantas dalam pengeluaran sarang burung yang boleh dimakan’ di negara ini, ladang yang berjaya mesti mampu menghasilkan satu sarang burung yang boleh dimakan bagi setiap kaki persegi setiap empat bulan sekali.

Dr. Lim yang juga pakar buah pinggang serta ketua Unit Nefrologi dan pensyarah kanan perubatan di Universiti Putra Malaysia telah melibatkan diri dalam penternakan burung layang-layang sejak Jun 2005.

Beliau berkata, sebuah rumah kedai dua tingkat dengan keluasan 20 kaki dan 70 kaki serta ruang binaan 2,800 kaki persegi sepatutnya berkeupayaan menghasilkan 2,800 sarang burung setiap empat bulan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengeluaran sebanyak 8,400 sarang burung yang boleh dimakan setahun dan menjangkakan harga jualan sebanyak RM4,500 sekilogram, maka pulangan pelaburan adakah sebanyak RM342,000 setahun.

“Populasi burung layang-layang begitu menggalakkan sehingga ruang untuk menghasilkan sarang burung menjadi sesak kebiasaannya untuk tempoh lima hingga tujuh tahun.

“Apabila keadaan ini terjadi, burung layang-layang sedia ada tidak akan berhijrah, tetapi anak-anak burung layang-layang yang menetas di pusat penternakan itu terpaksa mencari tempat kediaman baru. Inilah masanya untuk sesebuah pusat penternakan itu diperbesarkan atau ditambah keluasannya.’’

Bio Research Centre (M) Sdn. Bhd yang lebih dikenali sebagai BRC iaitu salah sebuah pusat penternakan burung layang-layang terbesar di Perak turut menjelajah ke Mersing, Kota Baru dan juga di Kuantan serta Kuala Rompin di Pahang.

Pengarah Urusan BRC, Loke Teu Loong berkata, sejak pengeluaran secara komersial sarang burung yang boleh dimakan mula berkembang pada tahun 1998, semakin banyak ahli perniagaan dan usahawan industri kecil sederhana, tuan tanah serta para pelabur mula menyedari potensi kewangan hasil industri penternakan burung-burung layang di Malaysia.

“Ladang-ladang burung layang-layang mestilah terletak di jajaran terbang burung layang-layang iaitu dari tengah hutan simpan, kawasan paya bakau, ladang-ladang, sungai dan laut. Ini membentuk suasana yang sempurna untuk burung layang-layang,’’ kata Teu Loong.

80 peratus gagal

Ketiga-tiga pengusaha ladang ternak burung layang-layang itu bersetuju bahawa semua orang boleh menceburi bidang tersebut walaupun 80 peratus daripada mereka tidak berjaya.

Ini disebabkan, mereka tidak memiliki pengetahuan mengenai tingkah laku burung layang-layang, menternak di lokasi yang tidak betul atau reka bentuk ladang yang tidak sempurna.

“Berbanding 20 tahun lalu, burung layang-layang di Malaysia sekarang ini mempunyai banyak pilihan.

“Jika mereka tidak terbang dan mendiami ladang anda, terdapat 25,000 ladang lain menunggu, kerana itu seseorang pengusaha tidak boleh melakukan sebarang kesilapan,’’ tegas Dr. Lim.

Pada 2004, industri penternakan burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi negara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternakan Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara.

Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk penternakan burung layang-layang.

Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan.

Sarang-sarang burung dibina semasa musim mengawan dengan burung layang-layang jantan mengeluarkan jaluran air liur untuk tempoh 35 hari.

Bentuknya ketika itu seakan-akan cawan mungkum yang melekat pada siling atau dinding.

Malaysia mempunyai kira-kira 15,000 spesies tumbuhan yang diketahui, di mana 3,700 jenis spesies dikenal pasti berguna dan selebihnya belum lagi diterokai. Tumbuhan akuatik dan binatang-binatang juga mempunyai sumber kepelbagaian bioaktif yang berpotensi. Spesies-spesies ini merangkumi sumber biologikal utama bagi pembangunan produk asli istimewa atau SNP.

Dasar Pertanian Negara (1998-2010) merujuk SNP sebagai produk semulajadi berasaskan botanikal (herba, tumbuhan ubatan, spesies dan tumbuhan aromatik), tumbuhan akuatik dan binatang. Malaysia mengiktiraf potensi sektor SNP terutama yang merangkumi aplikasi perindustrian, farmaseutikal, ubatan herba tradisional, perasa dan pewangi.

Menyedari tentang peningkatan permintaan produk asli istimewa khususnya untuk penjagaan kesihatan, kosmetik dan bagi alat-alat dandanan diri, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar ke atas kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyelaras pembangunan sektor SNP.

Terdapat beberapa hasil penemuan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh industri. Bagaimanapun terdapat keperluan untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada organisasi penyelidikan dan sektor swasta untuk bekerjasama bagi memastikan hasil penemuan R&D daripada SNP dapat dikormersilkan secara berkesan.

Gabungan penyelidikan-industri seperti ini dapat menambahkan nilai produk berasaskan semulajadi dan meningkatkan kelebihan kompetitif kepada syarikat-syarikat dalam sektor swasta serta pada masa yang sama menyelaraskan pembangunan teknologi tempatan. Ketika negara sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi, inovasi teknologi melalui penggunaan R&D di dalam industri juga menjadi lebih penting.

Sabah amat cenderung untuk memanfaatkan kepelbagaian hayatnya yang kaya pada masa negeri ini giat membangunkan sektor SNP. Oleh itu terdapat keperluan untuk menerokai lebih lanjut mekanisme untuk usahasamsa dan pengkomersilan hasil penemuan penyelidikan serta pembangunan SNP daripada organisasi penyelidikan (akademia dan institusi penyelidikan) kepada sektor swasta.

Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk melibatkan diri dalam gabungan penyelidikan-industri ini melalui pembangunan Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP). Secara ringkas, kawasan ini merupakan medan ujian kepada pembangunan perindustrian agro melalui persaingan berkelompok yang dipandu oleh pengetahuan, inovasi teknologi dan penyelidikan serta komunikasi dan teknologi maklumat. Satu daripada fokus utama pembangunan SNP ialah ubat-ubatan herba dan tradisional, kosmetik dan alat dandanan diri serta produk farmaseutikel yang meliputi aspek hiliran dan huluan.

Pada 24 April 2001, Marditech Corporation Sdn. Bhd., IDS dan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (IPKS) telah menganjurkan bersama satu seminar dua-hari mengenai Sumber Kepelbagaian Hayat Merujuk kepada Produk Asli Istimewa: Prospek untuk menggunakan hasil penemuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Sabah.

Objektif seminar ini adalah untuk:

a. memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuat ke atas produk asli istimewa di Malaysia dan skop bagi pengkomersilan;

b. mengaitkan badan-badan penyelidikan dengan industri untuk meninjau prospek mengkomersilkan hasil penemuan penyelidikan dan Pembangunan (R&D);

c. mempelajari dan mendapatkan manfaat daripada pengalaman sektor swasta dalam usahasama mereka dengan organisasi penyelidikan dalam mengkomersilkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan; dan

d. menyebarkan maklumat mengenai jenis-jenis bantuan kewangan dan teknologi yang ada bagi sektor swasta di dalam proses pengkomersilan.

Menteri Kewangan, Datuk Musa Haji Aman telah menyampaikan ucaptama pada upacara perasmian seminar tersebut. Dalam ucapannya, menteri itu berkata Kerajaan Negeri melalui Dasar Pertanian Negeri ke-2 (1999-2010) mengiktiraf tentang kekayaan sumber semulajadi Sabah yang belum diterokai dan menekankan perlunya untuk membangunkan dan mengeksploitasi potensi sektor SNP. “Ini memerlukan penumpuan yang lebih terhadap aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta lain-lain perkhidmatan sokongan,” tambah beliau.

Beliau berkata beberapa organisasi telah pun menjalankan program-program untuk menyelaraskan pembangunan sektor SNP, sementara Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai skim teknikal dan kewangan. Memandangkan ini, Datuk Musa Aman menambah peluang-peluang untuk menceburkan diri dalam industri berasaskan SNP masih terbuka luas dan sektor swasta perlu tahu tentang perkara ini.

Seramai 100 peserta terdiri dari pegawai-pegawai organisasi kerajaan yang berkaitan dengan SNP, akademia, institusi R&D dan kewangan, usahawan dan pelabur berpotensi hadir pada seminar itu.

Peserta seminar telah diterangkan secara menyeluruh tentang aktiviti penyelidikan dan pembangunan SNP di Malaysia dan teknologi yang ada untuk tujuan pengeluaran dan pemprosesan. Tumpuan telah diberikan kepada beberapa perkongsian pintar di dalam penyelidikan dan pembangunan kepelbagaian hayat. Banyak maklumat telah diterangkan mengenai pelbagai bantuan teknikal dan kewangan oleh Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC), Marditech Corporation Sdn. Bhd. dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMIDEC) di dalam proses pengkomersilan SNP.

Satu daripada kertas kerja seminar telah membincangkan tentang aspek pemasaran produk herba sementara dua penceramah berkongsi pengalaman dengan syarikat mereka masing-masing dalam mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal serta bagaimana mereka menggunakan wang tersebut dalam membangunkan produk dengan bantuan organisasi penyelidikan.

Peserta seminar juga menyumbang kepada seminar tersebut melalui komen mereka, meminta penjelasan daripada penceramah dan mengajukan pelbagai soalan ketika sesi soal jawab. Isu dan cabaran yang dibangkitkan dan dibincangkan termasuklah kesukaran dalam mendapatkan bahan tanaman yang baik untuk tujuan penanaman, kekurangan teknologi benih, keperluan untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas penanaman komersil dan pembangunan produk serta garis panduan bagi penanaman herba.

Gerai pameran juga telah didirikan oleh Marditech Corporation Sdn. Bhd. dan Konsortium Pasifik Sama Sdn. Bhd. untuk menerangkan kepada peserta seminar tentang pelbagai aktiviti, program dan produk herba mereka.

Adalah diharapkan bahawa seminar tersebut dapat memberi dorongan kepada sektor swasta untuk menghargai nilai yang terdapat pada sumber kepelbagaian hayat di Sabah dan seterusnya meninjau peluang-peluang dan potensi yang luas di dalam industri SNP di Malaysia. Tidak dinafikan usaha mereka memasuki industri tersebut boleh dilengkapkan oleh pelbagai sokongan teknikal dan kewangan dari kerajaan beserta dengan pengetahuan dan kemahiran institusi penyelidikan untuk memastikan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan SNP adalah bermutu tinggi.

1. LATAR BELAKANG

Menurut sejarah, rantau ini merupakan pusat penting untuk perdagangan dan pembekalan herba dan rempah-ratus. Pihak kolonial Eropah telah mengembara ke timur mencari rempah dan herba untuk berdagang dan memasarkan barangan mereka. Pemerintah British membawa bersama-sama mereka pentadbir, penyelidik dan saintis bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya kehadiran mereka dengan menggali dan mengkaji berbagai-bagai khazanah dari bumi ini, seperti yang terbukti dalam ratusan dokumen yang ditulis berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh kaum peribumi yang masih utuh hingga kini, sebahagiannya masih menjadi rujukan penting bagi masyarakat saintis hingga sekarang (Burkill 1966, Gimlette 1981).

Pada masa kini dunia sedang mengalami suatu renaisans herba yang memeprlihatkan pola peningkatan pengunaan dan penjualan herba di seluruh dunia. Banyak persidangan dan pertemuan professional telah diadakan yang mengesahkan fenomena ini dan setiap peringkat masyarakat amat prihatin serta ingin memastikan bahaw apotensi herba dimanfaatkan sepenuhnya dan pengunaannya dioptimumkan.

Sains dan teknologi herba yang terdapat di negara ini amat memerlukan bantuan daripada berbagai-bagai aspek, mulai daripada sumber bahan mentah, aktiviti penyelidikan dan pembangunan pelbagai disiplin sehinggalah pembuatan, perundangan dan penguatkuasaan, pendidikan, hak harta intelek (IPR) dan sebagainya. Teknologi pembuatan herba yang merupakan tulang belakang kepada usaha ke arah kebangkitan industri herba moden harus seiring dengan teknologi pengekstrakan yang semakin canggh yang dpaat menjamin produk herba piawai berkualiti tinggi. Arus kesedaran ini semkain meningkat, namun persiapan dari segi pembangunan sumber manusia terlatih serta pendidikan pada semua peringkat belum menunjukkan kemajuan. Ahli profesional dan saintis dalam bidang kesihatan perlu lebih peka dan bersedia menghadapi kemasukan produk herba dalam arus perdana perubatan. Senario ini merupakan satu trend dalam komuniti Eropah dan negara maju yang lain. Justeru itu, dlam usaha kita mengawal serta memantau perubatan herba, tidak ramai yang memahami serta menghargai masalah dan kesukaran yang terdapat dalam bidang ini.

2. INDUSTRI HERBA MALAYSA: STATUS DAN PELAN TINDAKAN

Satu rangka tindakan (blueprint) tentang Industri Produk Herba telah disediakan oleh kumpulan MIGHT Interest Group in Herbal Products di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mewakili sektor awam dan swasta (National Herbal Products Blueprint 2002). Dokumen ini memberikan pandangan menyeluruh industri herba di malaysia dan pada peringkat global di samping menggariskan strategi cadangan, syor-syor dan pelan tindakan yang dirangka untuk membangunkan dan meningkatkan kemampuan industri herba tempatan dan berperanan lebih besar pada peringkat global.

Kerajaan Malaysia berhasrat untuk menukarkan Malaysia sebagai sebuah pusat dunia dalam pemuliharaan (konservasi), penyelidikan dan pengunaan kepelbagaian biologi tropika menjelang tahun 2020 dan untuk mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti produk-produk baru dan industri-industri yang boleh dibangunkan daripada sumber biologi negara. Antaranya adalah produk-produk farmaseutikal, ubat-ubatan herba, penjagaan diri, kosmetik, dan biokimia (Azizol dan Zhari 1997).

*

Status

Di bawah Dasar Pertanian Kebangsaan Ketiga (1998-2010) produk herba telah dikategorikan di bawah produk khusus (specialty product) yang telah dikenal pasti sebagai salah satu industri berpotensi yang akan dibangunkan untuk Malaysia pada abad ke-21. Produk herba lazimnya ditakrifkan sebagai mengandungi bahan semulajadi herba, rempah, tumbuh-tumbuhan beraroma dan berubat, di samping hasilan laut dan haiwan. Bahan mentah, ekstrak dan minyak daripada tumbuhan herba digunakan dengan meluas dalam makanan dan minuman, bahan farmaseutikal, ubat tradisional, bahan penjagaan kesihatan, makanan kesihatan (nutriceutical), kosmetik dan produk penjagaan diri (toiletries). Saiz pasaran produk herba global pada tahun 1996 sekitar US$14 bilion dan diramalkan pada tahun 2008 mencapai US$200 bilion dan pada tahun 2050, US$5 trilion (Joerg 1998; Jean-Francois 1999). Sementara di Malaysia saiz pasaran pada tahun 2000 sekitar RM2 bilion dan kandungan bahan tempatan ialah 5% iaitu sekitar RM100 juta, sementara yang lainnya diimport. Disarankan jika Malaysia ingin bersaing secara global, maka kandungan bahan tempatan perlu ditingkatkan menjadi 15% pada tahun 2005 dan 48% pada tahun 2010.

Berbagai-bagai kegiatan berkaitan dengan industri herba dapat diceburi. Bidang usaha berkaitan dengan penanaman dan pemuliharaan mampu mengurangkan import bahan mentah dan menyokong industri tempatan dan luar negara. Bidang pemprosesan herba tempatan untuk menjadikan bahan terproses separa atau produk terproses sepenuhnya bagi tujuan tempatan atau eksport merupakan suatu usaha yang berpotensi besar. Bidang-bidang lain yang mempunyai peluang cerah ialah pengimportan bahan mentah atau bahan terproses separa untuk dijadikan produk yang dibungkus dan didaftar di Malaysia. Melalui kegiatan sebegini kebanyakan produk herba luar yang terdaftar telah memasuki pasaran tempatan. Aktiviti yang berkaitan dengan bidang penyelidikan dan pembangunan herba serta khidmat analisis herba merupakan usaha yang keperluannya adalah sangat mendesak yang berupaya untuk menambah nilai serta meningkatkan kualiti dan membekalkan herba piawai yang bermutu tinggi. Ada beberapa alasan yang dapat diberikan untuk membangunkan industri herba di negara ini, iaitu:

* Sektor ini telah terbukti pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan,
* Memantapkan keselamatan negara dalam bidang ubat-ubatan,
* Mengoptimumkan penggunaan hasilan sumber biologi,
* Menukar ganti bahan import bagi mengimbangkan pembayaran negara,
* Menjana peluang pekerjaan,
* Berupaya meningkatkan kemampuan diri sendiri dalam bidang teknologi, dan
* Memupuk asas R&D yang kukuh dan mantap.

Analisis strategik yang dilakukan terhadap industri herba di Malaysia menunjukkan ada beberapa kekuatan. Antaranya adalah

* Terdapat sumber kepelbagaian biologi yang kaya,
* Terdapat koleksi germplasma yang banyak,
* Cuaca yang baik bagi pertumbuhan herba secara optimum,
* Adanya sumber R&D dalam kalangan saintis dan penyelidik tempatan,
* Penerimaan dan peningkatan permintaan untuk produk khusus semulajadi terutamanya dalam penjagaan kesihatan primer dan kosmetik,
* Adanya pengetahuan asli peribumi dan keupayaan dalam formulasi herba tempatan, dan
* Adanya komitmen kerajaan yang mengiktiraf potensi industri ini dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu diatasi, antaranya:

* Kekurangan bekalan bahan mentah bagi keprluan industri yang berkembang pesat.
* Tiada/kurang teknologi asas untuk memproses herba.
* Kurangnya aktiviti penanaman besar-besaran herba ubatan dan beraroma yang berpotensi ekonomi.
* Kurangnya amalan penggredan, akreditasi, dan skim piawaian tempatan.
* Kurangnya sumber manuasia berpengetahuan mahir.
* Aktiviti terbatas pada SME (Small Medium Enterprise) dengan pengetahuan teknikan dan pengurusan yang rendah.
* Kurang penglibatan syarikat besar.
* Tiada pempiawaian dan kawalan mutu dalam kalangan SME yang menyebabkan penghasilan produk bermutu rendah.
* Kurannya program R&D yang melayani keperluan jangka pendek dan panjang industri herba.
* Ketiadaan/kekurangan bukti saintifik untuk dakwaan berkaitan dengan kesihatan.

Peluang yang terbentang bagi pengusaha herba adalah luas dan banyak. Antaranya adalah:

* Pembangunan produk baru dan lebih baik berasaskan sumber kekayaan yang terdapat di negara ini.
* Pembangunan proses baru yang lebih baik dalam pemprosesan teknologi pembungkusan untuk menghasilkan produk akhir yang lebih baik.
* Pengunaan bioteknologi dan teknologi kultur sel untuk membaiki bahan genetik.
* Meningkatkan input daripada teknologi pengkomputeran dan maklumat untuk meningkatkan sistem pemprosesan, R&D, industri servis dan sokongan di samping pemasaran dan pengurusan.

Beberapa cabaran dan ancaman telah dipastikan yang akan menentukan nasib projek herba. Antara perkara yang penting adalah:

* Terdapatnya kebanjiran produk herba dari negara-negara seperti indonesia, China, India dan Thailand yang lebih murah;
* Kemasukan produk palsu dan yang tidak bermutu; dan
* Adanya peningkatan dan kemajuan pesat dalam industri herba di China, India dan Indonesia (Azizol dan Zhari 1997).

3. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) HERBA

Sebuah pusat R&D herba yang bermakna dan berkesan akan terdiri daripada ahli sains dan profesional daripada berbagai-bagai disiplin yang merancang, menyediakan program, meyelaras dan mentadbir kegiatan R&D secara integratif. Pusat ini melibatkan ahli farmakognosis (pakar ubat mentah daripada alam semula jadi), ahli-ahli botani, agronomi, fitokimia, farmasi, farmakologi, toksilogi, mikrobiologi, bioteknologi, pakar klinikal, teknologi maklumat, dan pengamal perubatan tradisional dan moden.

Pada asalnya, kurikulum farmasi menyediakan kebanyakan kursus ilmu sains dan teknologi berkaitan herba. Pada tahun 1980 dan 1990, berlaku pengurangan yang nyata kursus berkaitan sains herba. Akibatnya minat dalam bidang ini mulai menurun dan mengalih kepada bidang fitokimia sebagai gantinya. Sejak kebelakangan ini minat terhadap bidang herba mulai meningkat dan nampaknya terus berkembang tetapi dengan wajah yang baru sebagai hasil sumbangan yang diberikan oleh bidang-bidang lain sains yang berkaitan. Komponen Sains Herba termasuklah Farmakognosi, Botani/Agronomi, Fitokimia dan Analisis, Etnofarmakologi/Farmakologi serta Farmakognosi Klinikal (Zahri 1997).

1. Farmakognosi

Bidang Farmakognosi (farmakon=bahan ubat, gnosis=pengetahuan) lazimnya dikaitkan dengan ilmu interdisiplin tentang ubat-ubatan semula jadi. Takrifan ini kian diperluas sesuai dengan tuntutan era yang kini juga sedang mengalami peubahan paradigma yang menekankan aspek akauntabiliti berkaitan kualiti, keselamatan dan dakwaan tentang kegunaan memenuhi tuntutan era perubatan yang berlandaskan bukti (evidence based medicine).

Skop farmakognosi termasuk kajian sifat-sifat ubat semula jadi dari aspek fizikal, kimia, biokimia, dan biologi. Pencarian ubat baru daripada sumber semula jadi juga termasuk dalam kajian ini. Penyelidikannya merangkumi bidang-bidang fitokimia, kimia mikrobial, biosentesis, biotransformasi, kemotaksonomi, dan bidang-bidang sains biologi dan kimia yang lain.

Renaisans perubatan herba menyebabkan permintaan yang tinggi bagi kursus sains farmakognosi. Dari sudut amali, ia mencakupi kawalan mutu (identiti, ketulenan, konsisten), kemujaraban, (indikasi terapeutik, kajian klinikal, kajian farmakologi) dan keselamatan (kesan advers, interaksi dadah, kontraindikasi, pengawasan).

Secara takrifan, farmakognosi ialah ilmu tentang ubat-ubatan yang berasal daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan mineral dari laut atau daratan. Di beberapa institusi pendidikan farmasi, disiplin ini masih merupakan disiplin utama dalam pendidikan farmasi. Ilmu bidang ini juga merangkumi aspek perdagangan dan kualiti bahan mentah ubat-ubatan. Parameter ujian farmakognosi masih kekal dan beerguna di dalam prosedur pempiawaian kini tetapi malangnya pakar dalam bidang ini sukar dicari.

2. Botani/Agronomi

Botani, iaitgu ilmu tentang tumbuhan ialah bidang multidisiplin yang mencakupi pengenalpastian (taksonomi), genetik, penanaman dan sebagainya. Penggunaan tumbuhan sebagai bahan ubat memerlukan aspek-aspek seperti ketulenan, kualiti, dan pengawetan.

Pengenalpastian materia medika (bahan ubat) berdasarkan kriteria taksonomi merupakan bahagian integral dalam mengesahkan suatu sampel. Memandangkan kegiatan pengumpulan bahan mentah daripada sumber liar atau hutan akan berkurangan dan terbatas, sumber herba kini dan yang akan datang akan banyak bergantung pada sains dan teknologi agronomi dan pertanian yang akan menentukan kualiti dan kuantiti kandungan juzuk dalam herba. Aktiviti R&D bidang ini termasuklah pengumpulan, penyediaan dan penyebaran bahan rujukan herbaria dan kajian mendalam botani herba. Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengumpulan Baik (GCP) merupakan syarat asas bagi menjamin sumber bahan mentah herba yang berkualiti (Zhari 2002; EMEA/HMPWP/31/99 Rev.1.2001).

3. Fitokimia/Analisis

Pencirian kimai bahan tumbuhan adalah penting kerana ia mengaitkannya dengan kesan terapeutik. Jelas bahawa spesis tumbuhan yang berbeza akan memiliki profit kimia yang berlainan. Perbezaan ini juga kelihatan pada varieti yang berbeza, atau varieti yang sama ditanam pada lokasi yang lain atau dituai pada musim yang lain. Bahagian tumbuhan seperti akar, daun, bunga dan biji juga berkemungkinan mempunyai profil yang amat berbeza.

Analisis kualitatif, fizikal dan kimia merupakan sebahagian analisis herba. Pelbagai kaedah dan peralatan dapat digunakan untuk mwengukur dan menganalisis berbagai-bagai parameter dan ini termasuk UV, IR, AAS, TLC, HPTLC, GC, HPLC, LC-MS, NMR, alat sensor, dan sebagainya. Data yang terkumpul memberikan maklumat penting tentang kandungan, ketulenan, dan kualiti spesimen herba. Penyediaan bahan ujian dalam beberapa bentuk ekstrak, kajian kuantitatif, profil cap jari, pemisahan, pemencilan dan pengenalpastian komponen kimia aktif dan sebatian penunjuk yang berpotensi adalah antara aktiviti penyelidikan yang dijalankan.

4. Etnofarmokologi/Farmakologi dan Toksikologi

Kebanyakan bahan kimia yang terkandung dalam tumbuhan memiliki kesan biologi pada haiwan termasuk manusia. Aktiviti biologi keseluruhan tumbuhan, ekstraknya dan atau juzuk isolatnya dapat diukur melalui berbagai-bagai cara. Secara terus, melihat kesannya kepada manusia melalui pemerhatian klinikal. Tindakan pada haiwan, tisu, sel kultur dan/atau enzim digunakan untuk meramalkan kesan kepada manusia atau mengkaji mod tindakan.

Aktiviti R&D dalam disiplin ini melibatkan pengesahan penggunaan tradisional dan kajian profil sesuatu herba. Penentuan ketoksikan akut dan kronik serta ketoksikan khusus lainnya dilakukan dalam bidang ini. Kajian berkaitan kandungan dan aktiviti herba juga dilakukan untuk mencari alasan kegunaan terapeutik apabila kandungan kimianya sudah dapat dipastikan.

5. Farmakologi Klinikal

Farmakologi klinikal merupakan bidang baru yang sedang diperkenalkan walaupun di beberapa negara formulasi herba telah pun digunakan secara klinikal dengan meluas. Pada asasnya bahan herba perlu dipiawai terlebih dahulu dan potensi dosnya dijamin. Pakar klinikal perlu berkeyakinan penuh akan ubat ini berdasarkan maklumat asas yang lengkap yang telah diperoleh. Penyediaan protokol kajian dan kajian double-blind­ yang terkawal adalah antara tatacara yang terlibat yang akan membawa penghasilan formula terapeutik yang baru.

6. Teknologi Herba

Bidang ini membezakan herba tradisional dan moden. Teknologi kini harus mematuhi kriteria dan piawai dalam memenuhi keperluan Agensi Pengawalan. Keperluan asas berkaitan kualiti, keselamatan dan kemujaraban herba moden boleh dicapai jika ia memanfaatkan teknologi yang bersesuaian. Teknologi herba merupakan bidang yang berkembang dengan cepat dan pesat di beberapa negara maju. Malaysia perlu meningkatkan daya usaha R&D dalam bidang ini untuk maju bagi mencapai taraf global. Bidang-bidang yang berkaitan ialah bioteknologi herba, farmaseutik herba, teknologi pembuatan herba, jaminan dan kawalan mutu herba dan teknologi maklumat herba.

7. Bioteknologi

Pembekalan dan sumber bahan mentah herba akan terus merupakan faktor penentuan dalam industri herba. Kaedah pembiakan baru akan sentiasa dicari dan melalui bioteknologi isu ini dapat memberikan harapan. Pembiakan spesimen melalui kultur sel ialah aktiviti utama dalam usaha mencari klon unggul yang menjadi harapan penyelidik. Pembiakan benih unggul melalui kaedah ini dapat menjanjikan bahan-bahan yang piawai dan seragam yang diperlukan industri.

8. Farmaseutik

Herba moden lazimnya didispen dalam bentuk dosej moden seperti tablet dan kapsul, walaupun bentuk uncang masih popular. Perkembangan pempiawaian persediaan fitoterapi memerlukan maklumat daripada kajian dalam bidang teknologi farmaseutik. Kajian teknikal dan pempiawaian ubat herba melibatkan penentuan spesifikasi piawaian dan kajian formulasi, kestabilan dan biofarmaseutik yang mengkaji aspek berkaitan penyerapan, taburan, metabolisme dan perkumuhan bahan herba.

9. Amalan Pengilangan Baik (GMP)

Pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) sebagai suatu cara pempiawaian dalam pengeluaran herba merupakan salah satu syarat penilaian bagi permohonan lesen pengeluaran untuk produk herba. Pengguna berhak kepada produk bermutu tinggi yang bergantung pada kualiti bahan mentah, proses pengeluaran, infrastruktur, peralatan dan mesin, dan tenaga kerja. Falsafah asas “kualiti harus terbina, bukan diuji” menggambarkan betapa pentingnya GMP dalam memelihara kualiti herba.

Input amalan pengeluaran moden ke dalam pengeluaran herba telah memberikan beberapa kesan. Walaupun ia berjaya dilaksanakan namun kritikan tentang keberkesanannya untuk meningkatkan mutu herba tempatan perlu ditangani dengan bijak. GMP untuk herba harus sesuai dengan keperluan dan ciri khusus yang terdapat pada herba. Pendidikan dan penerangan tentang GMP herba perlu ditingkatkan agar pengeluar dan pengusaha herba dapat memahami dan mematuhi budaya GMP dengan baik.

10. Jaminan Kualiti

Jaminan kualiti termasuk kawalan kualiti ialah gabungan urusan tersusun yang dibuat untuk memastikan produk herba memenuhi kualiti yang ditetapkan yang melibatkan GMP dan spesifikasi-spesifikasi lain seperti penetapan masa hayat produk dan pembungkusan produk.

11. Teknologi Maklumat

Era teknologi maklumat merupakan ciri terpenting era globalisasi. Ia suatu peluang yang harus diambil kesempatan sepenuhnya. Penggunaan pangkalan data dan laman web perlu ditingkatkan dan dihubungkan dengan laman-laman brkepentingan untuk menambahkan kandungan tempatan untuk tatapan global. Potensi dan peluang terbuka luas bagi pengusaha yang gigih. Pelaksanaan e-ekonomi dan k-ekonomi bergantung sepenuhnya pada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Penyelidik dan pengusaha herba akan hanya mendapat manfaat daripada ICT jika berkemahiran dalam penggunaan teknologi canggih ini dan berbagai-bagai urusan dapat dilakukan, seperti mencari maklumat, berdagang, pemasaran, berkomunikasi dan sebagainya. Namun demikian, maklumat dan data yang diberikan atau diterima memerlukan penapisan kerana ini mendedahkan kewibawaan dan keyakinan pihak-pihak yang berurusan. Untuk memudahkan penerimaan daripada golongan profesional atau saintifik, pembuktian dakwaan produk yang dipaparkan harus disertakan bersama atau mudah dicari melalui pautan yang disarankan.

4. PENYELIDIKAN FARMAKOGNOSI

Penyelidkikan farmakognosi bertujuan memastikan aspek kualiti, keselamatan dan kemujaraban herba akan sentiasa terpelihara sepanjang hayat perjalanan pemprosesan herba tersebut; bermula dari penanaman, penuaian/pengumpulan, penyimpanan, pengekstrakkan, formulasi dan pengilangan menjadi produk herba. Konstantin (1996) menerangkan pengalaman penilaian produk herba di beberapa negara Eropah. Beberapa jenis ujian kawalan dan jaminan mutu herba telah pun di atur untuk melaksanakan tugas tersebut yang melibatkan suatu siri ujian farmakognostik, fizikal, kimia, biologi dan mikrobiologi. De Smet (1999) memberikan gambaran meluas tentang kesan dan implikasi kawalan mutu herba, dan Werner (2000) melaporkan signifikannya aspek kualiti terhadap kemujaraban dan keselamatan produk ubatan herba. Zhari et al. (2000) telah melaporkan kepentingan kawalan mutu bahan mentah dalam kes Tongkat Ali dan Pegaga bagi menjaga ketulenan dan kualiti produk.

Kawalan dan Jaminan Mutu Herba

Rudolf (1998) menegaskan untuk pengurusan kualiti yang serius, amat perlu ditakrifkan kriteria dan spesifikasi setiap bahan dalam bentuk monograf yang komprehensif. Pemeriksaan bahan herba mencakupi suatu siri ujian farmakognostik, fizikal, kimia, biologi dan mikrobiologi. Antaranya ialah:

* Pemeriksaan makro dan mikro untuk pengenalpastian.
* Kromatografi lapisan nipis (TLC) untuk pengenalpastian.
* Pemeriksaan bahn cemar asing tak organik dan organik.
* Penentuan kandungan air dan susut pengeringan.
* Penentuan abu.
* Penentuan serat mentah
* Penentuan komponen terekstrak.
* Penentuan bahan aktif (jika diketahui).
* Penentuan kontaminasi mikrobial dan ketiadaan.
* Penentuan sisa pestisid, aflatoksin, dan herbasid.

Kinghorn dan Eun-Kyoung (1998) telah memperkenalkan kaedah gabungan kromatografi/kromatografi spektroskopi bagi analisis herba, sementara Edward et al. (1998) menggunakan kromatografi cecair/spektroskopi jisim bagi mengenal pasti bahan kimia dalam herba.

5. PROJEK MONOGRAF HERBA MALAYSIA

Projek ini ialah usaha untuk menyediakan dokumen herba tempatan yang memenuhi kriteria global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka dokumen Guidelines for the Assesment of Herbal Medicines yang bertujuan mentakrifkan kriteria asas bagi penilaian kualiti, keselamatan dan kemujaraban ubat herba. Dokumen ini memudahkan kerja dan tugas agensi pengawalan, badan saintifik dan industri dan menyediakan suatu dokumen teknikal Model Monographs of Wideley Used Medicinal Plants yang memasukkan aspek-aspek botani, kimia dan farmakologi. Negara Jerman merupakan negara termaju dalam perubatan herba telah mengeluarkan monograf Commission E yang dihasilkan di bawah naungan suatu badan khusus yang dikenali sebagai Commission E danmemuatkan maklumat berhubung dengan indikasi, kontraindikasi, kesan sampingan, interaksi, dos, cara kegunaan dan kesan. Sehingga julai 1988, sebanyak 200 monograf disediakan dan Kesatuan Eropah telah menerima pendekatan ini.

Monograf ESCOP (European Scientific Cooperative on Phytotherapy) (Barbara 1999) yang dikeluarkan oleh Negara Kesatuan Eropah merupakan dokumen yang mengandungi maklumaqt berharga dan overview terkini daripada pustaka saintifik. Monograf ini menghindar kerja duplikasi dan mengharmonikan cara penilaian produk herba. Kepentingan dan keprluan monograf semakin mendesak apabila agensi pengawalan mensyaratkan setiap pendaftaran produk herba harus disertakan dokumen tentang maklumat kimia, farmasi, dan biologi seperti yang terdapat dalam monograf herba. Jika tiada dokumen yang sedemikian, maka spesifikasi yang komprehensif harus disediakan bagi herba berkenaan.

Penyediaan Malaysian Herbal Monograph Jilid 1 dan 2 (Monograph Committee 1999) telah mengambil kira segala aspek yang dinyatakan di atas dan kini usaha untuk menerbitkan jilid kedua sedang dijalankan. Banyak masa dan keperluan telah dicurahkan yang seharusnya ditangani oleh tenaga profesional yang terlatih dalam bidang-bidang kawalan mutu dan dokumentasi. Makmal lengkap yang memenuhi persyaratan tuntutan amalan makmal baik (GLP) amat diperlukan agar kerja-kerja berkaitan penyediaan monograf dilaksanakan dengan sempurna. Usaha untuk memperluas kepakaran dalam pembahagian kerja sedang dilaksanakan di pelbagai Institusi Kerajaan seperti Universiti, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang betindak sebagai sekretariat tetap dan penerbit monograf. Namun demikian, masalah yang dihadapi ialah kekurangan tenaga pakar, peruntukan dan kurang minat yang ditunjukkan oleh pihak yang berkepentingan terutama pihak industri herba tempatan (Zhari et al. 1995)

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 185 other followers