Agro – Journal Pertanian


Meskipun landak raya dikategorikan sebagai haiwan buruan seperti pelanduk, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyokong usaha menternak haiwan tersebut untuk meningkatkan populasinya.

Mereka yang berminat untuk berjinak-jinak dengan ternakan komersial itu bagaimanapun perlu mendapatkan permit khas dari Perhilitan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.

Sebagai contoh landak raya yang ingin diternak merupakan spesies dilindungi yang mana permit khas seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 51(d) Akta Perlindungan Hidupan Liar (Akta 1972/76) yang memerlukan kelulusan menteri.

Antara kandungan akta tersebut ialah ‘Walau apa pun yang terkandung dalam akta ini, menteri boleh memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada pemohon untuk menangkap, mengurung membiakkan, menyimpan, mengimport atau mengeksport mana-mana binatang buruan atau mana-mana burung buruan atau sebahagian daripadanya.’

Menurut Pengarah Bahagian Ex-Situ Perhilitan, Khairiah Mohd Shariff, pihaknya mendapati ramai yang berminat untuk menternak landak dan beberapa kelulusan telah diberi.

“Bagaimanapun ada sesetengahnya belum dapat memulakan projek mungkin ada sebab tertentu.

“Kita dapati antara masalahnya ialah kesukaran mendapat baka kerana ia jenis liar,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Justeru, katanya, mereka diperlukan mendapatkan permit tersebut terutama untuk baka.

Katanya, projek komersial yang dijalankan oleh penternak akan dapat meningkatkan populasi haiwan tersebut.

Bagi menyokong usaha penternak, Perhilitan pada tahun lepas memulakan projek pembiakbakaan di bawah Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun, Selangor untuk tujuan pembiakbakaan beberapa spesies haiwan liar.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun

Berdasarkan laman web Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun ini siap sepenuh pembinaannya pada bulan April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3.6 juta.

Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi Badak Sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini.

Namun pada 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan badak sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi badak cipan (Tapirus indicus).

Selain badak cipan, spesies hidupan lain seperti buaya julung-julung (Tomistoma schlegelii), landak raya (Hystrix brachyura) dan kongkang (Nycticebus coucang) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini.

Menurut Khairiah, dalam pembiakbakaan landak raya, teknologi DNA juga telah digunakan untuk tujuan tersebut.

Teknologi DNA yang dijalankan memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di negara ini.

Ia penting bagi mengenal pasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan.

Menurutnya lagi sejak projek dimulakan pada 2006 dan hingga kini landak yang dibiak dan dipasangkan telah melahirkan 25 ekor anak iaitu sembilan ekor pada tahun lalu dan 16 ekor pada tahun ini.

Katanya, produktiviti landak raya rendah kerana ia memerlukan masa untuk stabil sebelum membiak.

“Pengalaman di Vietnam yang juga menjalankan pembiakbakaan landak sejak 20 tahun lalu telah berjaya melahirkan anak yang banyak. Landak memerlukan masa untuk membiak,’’ ujarnya.

Beliau berkata, anak-anak landak yang di lahirkan itu ditawarkan kepada penternak berminat untuk dijadikan baka dengan harga mengikut saiz antara RM200 dan RM400 seekor.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lima atau enam penternak yang telah menjalankan projek dan sekiranya berjaya, mereka membantu meningkatkan populasi haiwan tersebut.

Landak, kata beliau, sejenis haiwan yang senang diternak memandangkan sifat pemakanannya.

Landak makan apa sahaja produk semula jadi daripada pertanian seperti ubi, sayur-sayuran atau sisa pertanian.

“Tidak mustahil ramai yang berminat menternaknya dan kita memang menggalakkan,’’ ujarnya.

Bagaimanapun katanya, meskipun Perhilitan menggalakkan penternakan landak, orang ramai diharap tidak terlalu ghairah untuk menceburinya memandangkan masalah kekurangan baka.

Masalah tersebut dijangka akan dapat diatasi dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi dengan menggunakan bioteknologi.

Selain untuk daging, ternakan landak mempunyai potensi dikembangkan untuk tujuan lain seperti kraf memanfaatkan durinya.

Info

Pembiakabakaan dan Konservasi Ex Situ dui Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar.

Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Perhilitan negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang disenaraikan seperti di bawah.

Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan.

Senarai Pusat Konservasi Hidupan Liar:

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis.

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah.

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Perak

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor

*Zoo Melaka

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor.

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang, Johor

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan

*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu


LKIM perkenal kaedah terkini jana hasil kualiti tinggi

BERTANI di tengah lautan, pendapatan mampu mencecah sekitar RM5,000 hingga RM25,000 sebulan menjadikan pengusaha itu layak digelar petani kaya, apatah lagi hidup di kawasan yang kos sara hidupnya sangat rendah.

Sekali dengar, bagai sukar untuk dipercayai. Namun, selepas dihitung secara logik memang selayaknya mereka mampu memperoleh pendapatan sebanyak itu, jika kena dengan cara dan menggunakan kaedah yang betul.

Itulah senario yang bakal dinikmati lebih 100 penduduk di sekitar Semporna dan ramai lagi di kawasan perairan Sabah apabila projek pengkulturan rumpai laut menggunakan teknologi terkini diperkenalkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Meskipun perusahaan rumpai laut sudah dimulakan sejak berpuluh tahun di situ, namun selama ini hasilnya sering tidak menentu, malah ada yang langsung tidak membuahkan hasil kerana sering berdepan dengan masalah ketidakstabilan cuaca, selain teknologi yang tidak menjamin kualiti pengeluaran.

Ini kerana, sejak sekian lama, pengusaha rumpai laut menggunakan kaedah selari atau dikenali sebagai ‘long line’ yang selalu mendedahkan tanaman itu kepada banyak risiko termasuk kerugian akibat tali yang digunakan putus, selain menyebabkan ia tenggelam ke dasar laut.

KAKITANGAN LKIM memeriksa keadaan rumpai laut yang dibiak menggunakan sistem raga.

Selain itu, kualiti rumpai laut yang menggunakan kaedah lama itu juga rendah serta kuantiti penghasilannya yang tidak menentu akibat diancam hidupan laut seperti penyu yang gemar memakan tanaman itu terutama ketika ia dalam proses matang.

Menyedari industri rumpai laut semakin mendapat permintaan tinggi terutama dari negara pengeluar produk pemakanan dan kesihatan, LKIM sentiasa mencari alternatif menghasilkannya dalam kuantiti yang besar di samping memastikan ia bebas daripada semua risiko itu.

Dengan bantuan dan komitmen bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Ismail Abdul Rahman, pelbagai kajian dan ujian dibuat bagi memastikan penanaman rumpai laut mampu mendatangkan hasil lumayan kepada pengusahanya.

Selepas beberapa percubaan, LKIM memilih untuk menggunakan sistem raga iaitu pembiakan rumpai laut di dalam raga bagi menggantikan sistem ‘long line’, namun ia juga tidak membuahkan hasil lantaran turut berdepan risiko utama iaitu raga yang terbalik tiap kali laut bergelora.

NASIR Sarail sedang menyiapkan raga yang dibekalkan LKIM.

Mengambil masa selama tiga bulan bagi mencari kaedah terbaik menggunakan sistem raga, Ismail berjaya menemui penyelesaian kepada penggunaan sistem raga dengan mengubah suai raga asal dan menambah kepingan kayu dan diikat secara jahitan untuk menjadikannya lebih kukuh.

Hasilnya, teknologi raga dengan pengubahsuaian itu berjaya menghasilkan rumpai laut yang bukan saja bebas daripada ancaman risiko lain tetapi juga mempunyai kualiti yang setaraf malah lebih tinggi daripada negara pengeluar tetap rumpai laut seperti Filipina.

Berbalik kepada keuntungan yang bakal menjana pendapatan lumayan kepada pengusaha, Ismail berkata, setiap ekar pembiakan rumpai laut secara sistem raga boleh memberi pulangan paling minimum sebanyak RM5,000 sebulan.

“Kebanyakan peserta projek prausahawan di perairan Sabah mempunyai purata lima ekar kawasan pembiakan rumpai laut. Jika ia diusahakan secara betul dan mengikut prosedur yang sepatutnya, ia mampu menjana pendapatan sehingga RM25,000 sebulan tiap seorang. Ia bukan mustahil.

“Malah, selepas dihitung keuntungan yang boleh dijana daripada pertanian ini, negara sebenarnya mampu memperoleh sehingga RM1.5 bilion pendapatan setahun jika semua kawasan pembiakan rumpai laut menggunakan kaedah yang sama,” katanya.

Bagi menambahkan keyakinan pembeli rumpai laut dari negara luar, LKIM sudah berusaha mendapatkan bantuan Sirim, Mardi, Jabatan Pertanian dan Fama untuk meletakkan gred khas supaya dapat bersaing dengan rumpai laut dari Filipina.

Selepas melihat sendiri kejayaan yang terbukti hasil penggunaan sistem raga, kebanyakan pengusaha rumpai laut secara ‘long line’ kini sudah tidak sabar untuk menukar sistem itu kepada penggunaan raga, cuma masih menunggu bantuan bagi pembelian raga.

Nasib agak menyebelahi mereka kerana kejayaan yang ditunjukkan itu sudah meyakinkan Agro Bank untuk menyuntik dana sebagai pinjaman sebanyak RM20,000 tanpa cagaran dan penjamin bagi 100 peserta untuk memulakan projek itu di bawah skim prausahawan.

Keuntungan daripada pembiakan rumpai laut juga dijangka akan melonjakkan keuntungan yang lebih lumayan kerana permintaannya yang sangat tinggi. Ia terbukti apabila harga bagi rumpai laut kering yang sebelum ini hanya RM2 sekilogram (kg) sudah mencecah hampir RM7 sekarang dan ia dijangka akan meningkat kepada RM10 dalam masa beberapa bulan akan datang.

Selain itu, Ismail berkata, perusahaan rumpai laut sangat mudah dan tidak memerlukan modal pusingan yang besar. Benih atau bibit rumpai laut hanya dibeli untuk kali pertama dan untuk seterusnya, pengusaha boleh menggunakan sebahagian daripada hasil yang sudah matang.

“Modal untuk membeli raga pula hanya tidak sampai RM250 satu raga. Ia mampu bertahan antara 10 hingga 15 tahun. Dalam tiga hingga empat kali pengeluaran, kos pembelian raga sudah dapat diperoleh semula.

“Pembajaannya juga mudah. Tak perlu keluar sebarang belanja kerana rumpai laut dibaja secara semula jadi dengan lumut daripada batu karang. Ia memang banyak di kawasan pembiakan ini,” katanya.

Mengenai peluang jualan, Ismail berkata, permintaan terhadap rumpai laut sangat tinggi kerana ia terbukti boleh menghasilkan hampir 500 produk termasuk makanan, perubatan dan kegunaan harian. Malah, katanya, difahamkan beberapa kilang di China terpaksa ditutup kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah rumpai laut.

“Jika rumpai laut Sabah berjaya digredkan, saya yakin bila-bila masa saja ia boleh menembusi pasaran China dan beberapa negara Eropah lain. Saya tak rasa kita ada masalah memasarkannya.

“Tambahan pula, teknologi yang kita gunakan boleh dikatakan terunggul di dunia menjadikan kualitinya sangat tinggi,” katanya.

Justeru, melihat kepada semua peluang yang ada dan keuntungan yang bakal dijana, Ismail mengharapkan kerjasama kerajaan supaya memandang serius projek ini yang boleh dijadikan satu penjanaan ekonomi yang menguntungkan kepada negara.

BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO

Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih berkualiti. Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman. Mengandungi N 6%, P 4%, K 2%, GA 0.2%, HA 5%, om 35%.

Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan. Ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan. Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.

Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran. Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat mahupun panjang. Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan penggunaan (over dosage).

Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:

Sayuran:
75 kg – 150 kg / hektar

Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok

Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi – 500 gm / pokok

Padi
Permulaan tanam / membajak – 150 kg / hektar
Pengeringan air – 150 kg / hektar

BAJA BIO-ORGANIK ALAM HIJAU

Baja organik sisa kelapa sawit yang dikompos (dihancurkan) dengan menggunakan tekonologi terkini dan mengandungi mikroorganisma berfaedah yang diasing dan dibiak melalui kaedah bioteknologi.

Pengertian Baja Bio-Organik

Bio – Kehidupan; menggunakan mikrob seperti kulat (fungsi) dan bakteria sebagai bahan utama.
Organik – Bahan-bahan berasal dari kehidupan, bukan dari bahan kimia dan galian.

Proses Pengeluaran

Pereputan:

Sisa kelapa sawit direputkan dengan menggunakan mikrob pengurai (lebih 1.2 spesis) bakteria, kulat dan protozoa seperti Bacillus sp., Actinomycetes sp., Trichoderma sp., Aspergillus sp., Azetobacter, Acetobacter, Psb. dan lain-lain.

Pengkayaan:

Baja organik yang dihasilkan melalui perebutan, diperkayakan dengan menggunakan mikroorganisma berfaedah seperti Mycorrhiza sp., Trichoderma sp., mineral berfaedah semulajadi dan sumber nitrogen organik.

Kebaikan

- menguntungkan, membawa hasil yang lebih tanpa bahan kimia dan sisa toksik.
– bahan organik reput dengan sempurna dengan nisbah Carbon:Nitrogen yang rendah.
– bebas kuman pembawa penyakit (E.coli dan Salmonella).
– kombinasi miktorb dan mineral berfaedah yang tinggi.
– kandungan nutrien yang tinggi.
– mengitar semula nutrien, mesra alam, membaiki kandungan tanah.

Faedah penggunaan

- meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.
– menggalakkan perkembangan akar dan tunas.
– meninggikan kecekapan penyerapan air dan nutrien.
– memperbaiki ciri fizikal tanah.

Kaedah dan Dos Penggunaan

Kegunaan Tanaman Kadar Kekerapan/Tahun
Kelapa sawit nurseri 3 – 5 kg/lubang 1 kali
Penanaman ke ladang 2 – 3 kg/lubang 1 kali
Kelapa sawit belum matang 3 – 5 kg/lubang 2- 3 kali/tahun
Kelapa sawit matang 3 – 5 kg/pokok 2 – 4 kali
Buah-buahan 250 – 300 kg/ekar 2 – 4 kali
Sayur-sayuran 300 – 500 kg/ekar Semusim
Padi 300 – 500 kg/ekar Semusim
Tanaman Landskap:
Pokok/Plam 3 – 5 kg/pokok 2 – 4 kali
Renek 11 – 2 kg.pokok
Penutup bumi/rumput 300 – 500 kg/ekar 2 kali
Media penanaman Ikut keperluan pokok. (Dicampur dengan tanah dan pasir) Ikut keperluan
Sungkupan Bila perlu Bila perlu

Tanah-tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah gambut boleh dimajukan untuk pertanian dengan memilih tanaman-tanaman yang sesuai.

  1. TANAH BEKAS LOMBONG

    Tanah bekas lombong keadaannya tidak sama, ada yang mengandungi banyak lumpur, ada yang seratus peratus pasir dan ada pula yang mengandungi lumpur dan pasir halus.  Tanah yang mengandungi liat sehingga 100 cm adalah sesuai ditanam dengan tanaman kekal seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan.  Tanah yang mengandungi banyak pasir memerlukan campuran tanah liat gembur atau tanah atas dan bahan organan yang dimasukkan ke dalam lubang menanam untuk membolehkan akar dapat zat makanan dan menjadi asas yang kukuh supaya pokok tidak mudah tumbang.

    Pengurusan tanah untuk pertanian agak tinggi termasuklah penggunaan baja organan dan kimia, pengairan yang mencukupi dan bahan sungkupan yang diletakkan pada pangkal pokok untuk mengurangkan kekeringan dan menyejukkan akar.  Pembajaan kimia perlu dibuat sedikit-sedikit tetapi lebih kerap.  Ini adalah kerana tanah pasir tidak dapat menyimpan baja dalam jangkamasa yang lama.  Pembajaan sebanyak 2-3 kali sebulan adalah sesuai.  Tanah bekas lombong yang mengandungi banyak lumpur pun perlu dibaja.  Ini adalah kerana tanah bekas lombong telah hilang zat-zat pemakanan dalam tanah semasa kerja-kerja perlombongan.

    Tanaman-tanaman yang telah didapati berjaya ditanam di atas tanah bekas lombong adalah jambu batu, betik, belimbing besi, limau bali dan mempelam.  Banyak tanaman lain yang berpotensi boleh ditanam di atas tanah bekas lombong seperti cempedak, nangka, ciku, limau dan manggis dengan syarat pengurusan tanah dan tanaman dibuat dengan betul.

  2. TANAH BEKAS BENDANG

  3. Tanah bekas bendang dan tanah paya mengandungi liat yang tinggi.  Pada keadaan semulajadinya ia sesuai untuk padi dan sagu atau dijadikan kolam ternakan ikan atau udang.  Tetapi jika saliran dibuat ia dapat ditanam dengan berbagai tanaman singkat masa dan tanaman kekal.  Peringkat awal persediaan ladang melibatkan kerja-kerja membuat saliran atau parit untuk mengeringkan tanah.  Kebanyakan tanah bekas bendang atau paya berkeadaan masam selepas dikeringkan.  Oleh itu pengapuran adalah perlu untuk menaikkan pH dan juga membaiki keadaan tanah liat supaya menjadi lebih gembur.  Kadar kapur yang diberi adalah mengikut keadaan kemasaman tanah yang dapat ditentukan melalui analisa di makmal.  Kapur ditabur di atas seluruh permukaan dan dibajak ke dalam tanah.  Penambahan bahan-bahan organan juga dapat membaiki keadaan tanah disamping menjadi baja pada tanaman.  Bahan organan elok dibubuh dalam lubang menanam.

  4. TANAH GAMBUT

    Tanah gambut merupakan salah satu tanah bermasalah.  Ianya kurang sesuai untuk pertanian oleh kerana keadaannya tidak berstruktur, selalunya masam dan paras air dalam tanah selalunya tinggi.  Terdapat tiga jenis tanah gambut iaitu tanah gambut tidak hancur, gambut separuh hancur dan gambut hancur.

    Tanah gambut sesuai untuk tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, jagung dan nenas.  Untuk tanaman kekal ketebalan gambut mestilah kurang dari 1 meter.  Pengurusan tanah gambut yang penting ialah mengawal paras air dalam tanah.  Air dalam tanah perlu disalirkan berperingkat-peringkat.  Peringkat awal parit cetek sedalam 30-45 cm dibuat dan selepas beberapa tahun, parit ini didalamkan lagi.  Ini adalah supaya pereputan gambut tidak berlaku dengan cepat.  Jika paras air diturunkan dengan cepat, gambut akan cepat reput dan tanah menjadi susut dengan banyak dan juga terjadi pengeringan tidak berbalik pada tanah.  Pengapuran mesti dibuat untuk mengurangkan kemasaman disamping menambahkan zat pemakanan dalam tanah.  Pembajaan yang betul mesti dibuat.  Jika terdapat tanda-tanda pokok tidak subur pembajaan unsur-unsur pekit seperti Boron dan Kuperam mungkin perlu dibuat kerana tanah gambut kurang unsur pekit.

    Untuk menanam tanaman kekal, anak pokok perlu ditanam secara sistem lubang dalam lubang, di mana perlu dibuat lubang besar dalam anggaran 120 cm lebar panjang 30 cm dan 60 cm dalam mengikut ketebalan gambut.  Dalam lubang besar ini dibuat lubang menanam dan ditimbus hanya lubang menanam sahaja.

    Jenis-jenis tanaman kekal yang sesuai ditanam ialah kelapa sawit, kopi, koko dan buah-buahan seperti cempedak, nangka, rambutan dan mempelam serta lain-lain tanaman yang berakar cetek dan sederhana dalam.

  5. TANAH BRIS

    Merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan.  Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun.  Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar untuk diurus.  Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya menyimpan air dan nutrien adalah rendah.  akibatnya tanah cepat kering dan proses larut resap nutrien adalah tinggi.  Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah.

    Membaiki tanah Bris

    Memilih baja yang sesuai adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja pengurusan pembajaan tanah bris.  Disamping baja kimia, tanah bris memerluakn baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja.  Baja organan yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, ‘sludge’ kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan tanah gambut.  Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun.  Bahan organan perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang sebelum penanaman dijalankan.  Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa.  Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.

    Pembajaan duan nutrien mikro (Fetrilon Combi Red, 3 kg/hektar) dan pengapuran (0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok.  Pembajaan mesti dipecahkan ke beberapa kali yang dianggap ekonomik supaya kehilangan nutrien melalui larut resap dapat dikurangkan.

    Sistem pengairan

    Tanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna untuk membekalkan air kepada tanaman secukupnya.  Pengairan titis perlu disediakan untuk menyiram pokok mengikut kelembapan tanah.  Pada musim kemarau pengairan perlu dibuat selama 2 jam (45 liter/pokok).

REAKSI TANAH DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN

Biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), ph=7 (neutral) dan pH lebih daripada 7 (alkali).  Nilai pH tanah berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim.  Biasanya kebanyakan tanaman hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lengkongan 6.0 – 7.5.  Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 – 4.8.  Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari 3.8.

Pengaruh tanah biasanya pH tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas.  Ia mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asis Karbonik.  Tanah menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H+.  Keadaan ini disebabkan oleh larut resap.  Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.  Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid.

Tiap-tiap tanaman mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH.  Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 – 6.5.  Tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar.  Jagung/lobak merah hidup subur pada pH 5-6.  Bagi sesetengah tanaman pula menyukai tanah masam.

Membaiki pH yang rendah dan pengapuran

Untuk meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm).  Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan di atas ialah:-

  • kapur  bakar / kalsium silika – Slag
  • basic acid
  • ground magnesium limestone

Cara Pemberian Kapur

Bagi tanah-tanah daerah tropika keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik).  Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain.  Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan.

Kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur.  Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar.  Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar.  Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.

Lazimnya, campuran tanah atas, pasir dan bahan organik digunakan sebagai media untuk polibeg.  Bekalan tanah permukaan sukar diperolehi disamping masalah berat polibeg yang akan menyukarkan pengangkutan, pengurusan dan pengendalian semaian.  Kini, terhadap kaedah penyediaan tanah untuk polibeg yang lebih mudah iaitu sabut buah kelapa sawit (oil palm fibre).

Campuran bagi media semaian ini adalah:-

4 bahagian sabut buah kelapa sawit
1/2 bahagian tanah
1/2 bahagian pasir
4 kg. bahan organik bagi setiap 100 polibeg saiz 8″ x 14″.

Sabut kelapa sawit yang digunakan adalah yang telah reput kerana ia dapat membekalkan unsur pemakanan kepada anak pokok semaian disamping berupaya memegang air  di dalam polibeg.

Setelah media diisi ke dalam polibeg dan disusun atur di tapak semaian, semburan racun serangga dan racun pra cambah seperti Lasso (Alachlor) perlu dilakukan untuk mengawal hamama dan rumpai.

Antara kelebihan mengguna media campuran sabut kelapa sawit ialah;-

  • Media tidak mudah kering, dan kandungan air mencukupi untuk keperluan anak semaian

  • Dapat mengurangkan kos sehingga RM0.10 / polibeg jika dibandingkan dengan penggunaan kaedah campuran lama

  • Polibeg lebih ringan dan memudahkan pengendaliannya.

  • Pertumbuhan anak benih lebih baik.

  • Ianya lebih ringan, mudah didapati dan murah.

Campuran media ini sesuai digunakan untuk semaian anak pokok buah-buahan terutama biji benih limau dan boleh juga digunakan untuk semaian biji benih sayur-sayuran.

Pengenalan:

Silaj jagung ialah sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu dan biri-biri.  Ia dibuat daripada sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung.

Pengeluaran dan penggunaan silaj jagung dapat mengurangkan perbelanjaan membeli bahan makanan ternakan seperti Palm Kernel Concentrate dan sangat sesuai dalam perladangan intergrasi seperti menternak lembu cara fidlot dengan menanam jagung manis.

Kandungan Nutrien Silaj

Perkara Silaj
Jagung (%)
Rumput
P.Purpureum
Bahan Kering
Protin Mentah
Gentian Mentah
Lemak Mentah
Fosforus
Kalsium
Tenaga Metabolisma

23.3
8.2
33.8
1.6
0.22
0.46
5.86 mj/kg

28.6% berat basah
6.2% berat kering
38.1% berat kering
2.7% berat kering
0.14% berat kering
0.34% berat kering
5.94 mj/kg.

Dari segi kandungan nutrien, silaj mengandungi protin mentah dan ‘metabolizable energy’ setanding dengan rumput lain (kandungan nutrien bagi sisa tanaman jagung manis dikutip hasil 75 hari selepas ditanam berbanding dengan rumput P. purpureum yang dikutip pada waktu yang sama).

Peralatan untuk membuat silaj jagung

Untuk memungut sisa pokok jagung manis di ladang, ia boleh dilakukan secara manual atau mengguna jentera seperti forage harvester dan treler.  Sisa-sisa pokok jagung perlu dihancurkan atau dicincang halus mengguna mesin shredder untuk membungkus sisa tanaman jagung yang telah dihancurkan, alat-alat yang diperlukan ialah seperti berikut:-

  1. Beg plastik polletilina hitam berukuran 213 cm x 275 cm (84″ x 108″),
    tebal 0.18 mm dan muatan 600 kg.

  2. Rangka kayu berukuran 113 cm lebar empat segi x 122 cm tinggi.

  3. Tali atau tiub basikal untuk mengikat.

Tempat untuk menyusun dan menyimpan beg silaj hendaklah dekat dengan kandang lembu supaya senang diambil untuk diberi makan kepada lembu setiap hari.

Teknik membuat silaj jagung

  1. Pokok-pokok jagung dipotong pada umur 75 hari selepas menanam dan dikumpulkan.  Pastikan pokok jagung tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung dapat dikekalkan.  Batang jagung dipotong dan diangkat secara manual dan dihancurkan dengan mesin shredder atau dipotong dan dihancurkan dengan mesin forage haverster, kemudian diangkut dengan treler.

  2. Pokok jagung yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka kayu mudahalih yang mudah dipasang dan mudah dibuka.

  3. Pokok jagung yang telah dihancur ini dipadatkan dengan cara memijak untuk mengurangkan ruang udara  di dalam beg.

  4. Selepas beg plastik diisi dengan penuh, beg diikatkan dengan tali atau tiub plastik dengan sempurna dan disimpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.

  5. Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk dan ini boleh menyebabkan silaj rosak dan menjadi kompos.  Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk.  Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat.

Hasil silaj jagung

Satu hektar jagung manis boleh mengeluarkan 15-20 metrik tan silaj semusim pada kelembapan 70%.  Jumlah tersebut dapat menampung sebanyak 10 ekor lembu bagi tempoh dua hingga tiga bulan.  Berat silaj yang harus dibekalkan kepada seekor lembu setiap hari ialah 10% daripada berat badan.  Pemakanan daripada silaj biasa ditambah dengan PKC tetapi kurang daripada biasa, iaitu 3% daripada berat badan.

Kos pengeluaran silaj

Kos pengeluaran silaj dengan menggunakan beg plastik hitam polietilena ialah RM43.00 setan atau 43 sen sekilogram.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Pokok kopi memerlukan taburan hujan di antara 2000-3000 mm setahun.  Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering semasa pembentukan primordia bunga bagi pengeluaran hasil yang baik.  Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 19oC – 28oC serta kelembapan di antara 70-80%.

Faktor tanah

Pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah.  Ini termasuk tanah-tanah yang berasal daripada lahar, granit, shales serta batu pasir.  Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai.  Tanah terebut mestilah mempunyai saliran air yang baik serta nilai pH diantara 4.5 – 6.5 disamping mempunyai unsur-unsur pemakanan yang mencukupi seperti nitrogen, fosforus, kalium, mangnesium serta bahan organik.

Faktor-faktor tanah dan kesesuaian untuk tanaman kopi

Sifat tanah

Kesesuaian

Sesuai Sederhana sesuai
Kecerunan 0 – 12o 12 – 20o
Saliran Tak sempurna salir ke salir* Agak sangat salir
Kedalam tanah berkesan > 75 cm 50 – 70 cm
Tekstur dan struktur Selain dari pasir yang tidak berstruktur
dan lempung masif
Lempung masif
Kemasinan > 50 cm 25 – 50 cm
pH 4.5 – 6.5
Ketebalan gambut < 25 cm 25 – 50 cm
Kandungan batu < 25% tersebar sama rata atau terdapat
di bawah kedalaman 75 cm
25-75% tersebar sama rata atau terdapat di bawah kedalaman 75 cm.
Ketidak seimbangan nutrien Tiada kandungan nutrien mikro yang berlebihan atau CEC dari sederhana
rendah ke rendah
CEC sederhana rendah

* Tak sempurna salir bermaksud mata air (water table) diantara 50-75 cm.
Air bertakung semasa hujan tetapi keadaan pulih selepas hujan

Tanah-tanah sederhana sesuai untuk tanaman kopi

Jenis tanah (siri) Masalah Pengurusan
Batu hitam, chunglun, gong, chenak, harimau, holyrood, kawang, kerayong, klau, lalat, lating, lintang, lubuk kiat, medang, merapoh, penambang, rengam, sagu, serada, serdang, tai tak, tampin, tampoi, tangga, tawar, tebok, telaga, telemong, terah, weng.

CED 5-10
meq/100 g tanah

CEC sederhana rendah.  Ikuti program pembajaan yang disyorkan.  Gunakan tambahan baja organik.
Kangar Lempong Organik dan Muk

Lapisan padat

Lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu.  Pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu.
Chenian

Langkawi

Curam

Sangat Salir

Sangat salir.  Adakan sistem pengairan.  Sediakan pokok-pokok pelindung secukupnya.
Gambut Nami

Benta

Lapisan gambut

CEC 5-10 meg/
100 g tanah

Curam
Lapisan padat

Ikuti syor pembajaan yang disyorkan.  Buat lubang tanaman di dalam lubang.  Sediakan sistem saliran.
Setiawan

Tekstur sederhana kasar dan struktur lemah.  CEC 5010 meq/100g tanah

Baling, Batang Merbau, Chat, Beserah, Bungor, Yong Peng, Jerangau, Kala, Kampong Kolam, Kangkar, Katong, Kekura, Laka, Lambak, Pohoi, Lancang, Munchong, Musang.

Curam.  CEC 5-10
meq/100g tanah

Kuantan

Sangat salir.  CEC 5-10 meq/100g tanah

Chuping, Kodiang, Masai, Pokok Sena dan Tavy

Berbatu. CEC 5-10g
meg/100g tanah

Tekstur halus/kasar.  Ikuti pgoram pembajaan yang disyorkan.  Gunakan tambahan baja organik.  Elak kerja-kerja penyediaan tanah ketiak tanah basah dan sediakan sistem saliran untuk tanah-tanah berstruktur halus.
Durian Curam.  Tekstur halus dan struktur kasar dan halus Elakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak pentas.
Apek Lapisan padat.  Tekstur sederhana halus dan struktur lemah.  CEC 5-10 meg/100 g tanah.
Asahan

Berbatu, lapisan padat.
CEC 5-10 meq/100g tanah

Hanya dua spesies kopi sahaja yang sesuai ditanam di negara ini, iaitu Kopi Liberica dan Kopi Robusta.  Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia (terutama Johor dan Selangor).  Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di Sabah dan Sarawak.  Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka.  Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6-15 m sekiranya tidak dikawal.

Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai 0.5- 6.0 m manakala pertumbuhan akar sisi pula adalah diantara 2-3 m.  Kebiasannya sebanyak 4-8 akar sisi akan keluar daripada akar tunjang dan tumbuah secara mendatar.

Bagi kopi jenis Robusta pula,  pertumbuhan akar tunjangnya adalah lebih pendek dan biasanya tidak melebihi 0.5 m.  Ini diikuti dengan pertumbuhan akar sisi yang kebanyakannya tumbuh secara mendatar diikuti dengan pertumbuhan akar rerambut dalam lingkungan 0.3 m menghala permukaan tanah.

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang.  Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6-9 bulan selepas ditanam  Kopi Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak.

SEMAIAN

  1. Menggunakan biji benih

    Biji kopi terpilih disemai di dalam kotak semaian atau terus ke dalam polibeg.  Penyemaian terus ke dalam polibeg dapat mengurangkan kerossakan anak pokok semasa menjalankan kerja-kerja mengubah dan menjamin anak pokok kopi yang lebih seragam.  Biji benih mula bercambah 4-7 minggu selepas tarikh disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8-10 minggu.  anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4-6 bulan.

  2. Pembiakan Secara Tampang

    Terdapat dua cara pembiakan tampang yang biasa digunakan di dalam pembiakan kopi, iaitu cara keratan dan cara cantuman.

    Cara Keratan:
    Pembiakan ini sangat sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica.

    Cara Cantuman:
    Anak benih kopi yang ditanam di dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6-8 bulan. 

SISTEM TANAMAN

  1. Tanaman tunggal
    Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3 m segitiga sama dan dapat memberikan sebanyak 1,280 pokok sehektar.

  2. Tanaman Selingan Dengan Kelapa
    Tanaman boleh dibuat menggunakan jarak tanaman 3m x 3m di mana dua barisan kopi ditanam diantara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m.  Sebanyak 790 pokok boleh ditanam untuk setiap hektar.

PEMBAJAAN

Panduan membajaan kopi mengikut siri tanah seperti berikut:-

Selangor:

Jenis tanah:  Selangor, Briah, Kangkong
Di lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP dalam tiap-tiap lubang

Umur Pokok

Baja Bagi Sepokok

Bulan

N 26 CIRP KCI
gm oz gm oz gm oz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
57
57
85
85
0.5
0.7
1.5
1.5
2.0
2.0
3.0
3.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
170 6.0 42 1.5 28 1.0

Johor:

Jenis tanah:  Shallow Phase, Parit Botak Briah
Di lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) Serbuk Batu Kapur dalam tiap-tiap lubang

Umur Pokok

Baja Bagi Sepokok

Bulan

N 26 CIRP KCI
gm oz gm oz gm oz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
99
99
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
3.5
3.5
-
-
14
14
14
14
28
28
-
-
0.5
0.5
0.5
0.5
1.0
1.0
-
-
14
14
23
23
28
28
-
-
0.5
0.5
0.8
0.8
1.0
1.0
Pokok besar
(6 bulan sekali)
198 7.0 57 2.0 71 2.5

Untuk tanah jenis Johor, tabur serbuk batukapur atau GML sebanyak 227 gm (8 oz), jarak 0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa  hendak menanam dan dilakukan sekali setahun atau tabur sebanyak 454 gm (16 oz) tiap-tiap dua tahun.

Bagi tanah jenis Selangor, cara menabur sama seperti tanah jenis Johor disebabkan mempunyai keasidan tanah yang sama. Baja sebatian boleh juga digunakan selain daripada baja tunggal (straight fertilizers).  Selain daripada N-26 atau Urea, Calcium Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan kadar yang berpatutan.  Di tanah yang lebih asid, baja yang mengandungi sulphate hendaklah dielakkan.

Jenis tanah:  Shallow Phase, Parit Botak Briah
Di lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML

Umur Pokok

Baja Bagi Sepokok

Bulan

N 26 CIRP KCI
gm oz gm oz gm oz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
113
113
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
14
14
28
28
42
42
57
57
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0
Pokok besar
(6 bulan sekali)
227 8.0 42 1.5 170 6.0

Jenis tanah:  Gambut Cetek
Di lubang tanaman:  113 (4 oz ) CIRP + 227 gm (8 oz) GML + 7 gm Copper Sulphate

Umur Pokok

Baja Bagi Sepokok

Bulan

N 26 CIRP KCI CuSO4
gm oz gm oz gm oz gm oz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
85
85
142
142
0.5
0.8
1.5
1.5
3.0
3.0
5.0
5.0
-
-
14
-
14
14
14
14
-
-
0.5
-
0.5
0.5
0.5
0.5
14
14
28
28
57
57
85
85
0.5
0.5
1.0
1.0
2.0
2.0
3.0
3.0
-
-
7
-
-
14
-
14
-
-
0.25
-
-
0.5
-
0.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
283 10.0 42 1.5 255 9.0 - -

Tabur serbuk batukapur atau GML sebanyak 0.5 kg (1 lb) jarak 0.9 m (3 kaki) di sekeliling lubang semasa hendak menanam dan dilakukan sekali setahun.  Di tanah yang lebih asid seperti Siri Linau, tabur sebanyak 0.9 kg (2 lb) tiap-tiap tahun.  Tanah gembur cetek boleh berlaku kekurangan unsur-unsur pekit (trace element) selain daripada Cu seperti Zu dan B.  Oleh itu analisa daun (foliar analysis) diperlukan.

Jenis tanah:  Tanah tinggi asal setempat (upland sedentary soils)
Di lubang tanaman:  1170 gm (6 oz) CIRP

Umur Pokok

Baja Bagi Sepokok

Bulan

N 26 CIRP KCI CuSO4
gm oz gm oz gm oz gm oz
2
6
10
14
18
22
26
30
14
23
42
42
71
71
113
113
0.5
0.8
1.5
1.5
2.5
2.5
4.0
4.0
-
-
14
14
28
28
42
42
-
-
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
14
14
28
28
42
42
57
57
0.5
0.5
1.0
1.0
1.5
1.5
2.0
2.0
-
14
-
14
-
28
-
42
-
0.5
-
0.5
-
1.0
-
1.5
Pokok besar
(6 bulan sekali)
227 8.0 85 3.0 170 6.0 - -


MEMUNGUT HASIL

Hasil pertama untuk jenis Liberica sudah boleh diperolehi selepas berumur 2 1/2 – 3 tahun.  Hanya buah masak dipungut setiap 2 minggu sekali.  Buah-buah kopi boleh diperolehi di sepanjang tahun tetapi musim yang berhasil tinggi ialah dari bulan Oktober ke Februari dan musim kecil dari bulan Mei dan Jun.

HASIL PENGELUARAN

Hasil kopi jenis Liberica yang didapati oleh pekebun-pekebun kecil ialah seperti berikut:-

  • Tanaman kopi tunggal
    6.7 – 9 ton.  – kopi jambu/ha/tahun (45-60 pikul/ekar/tahun) atau (5-6 pikul biji kering).

  • Kopi sebagai tanaman (selingan dengan kelapa)
    6 – 7.5 ton – kp\opi jambu/ha tahun (40-50 pikul/ekar/tahun) atau (4-5 pikul biji kering).

Hasil kopi jenis Robusta:

4.5 – 5.2 ton – kopi jambu/ha/tahun (30-35 pikul/ekar/tahun) atau (7-8 pikul biji kering).

Kadar pertukaran kopi jambu/biji kering ialah:-   Liberica (10:1)     Robusta (4.5:1)       Arabica (5.5:1)

PANDUAN MENCANTAS POKOK

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 184 other followers