KAYA dengan vitamin A, D, E, K dan I, minyak isirung sawit terpilih menjadi bahan asas utama penghasilan produk kosmetik berjenama Dezaia.

Menariknya, kejayaan menghasilkan produk ini adalah hasil kerjasama R&D dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pengarah Urusan dan Pengasas Dezaia Procare Beauty, Zarina Bashir Ahmad, berkata kerjasama kajian keselamatan dan toksik selama dua tahun berkenaan berjaya memformulasi satu cabang kosmetik yang selamat, halal, dan berkesan.

“Produk Dezaia dijamin selamat dan halal berikutan ketelitian R&D MPOB dalam mengawal kualiti, mampu memenuhi kehendak pelanggan dan bebas toksid,” katanya pada majlis pelancaran produk Beginning Pack, Dezaia Procare Beauty di Hotel De Palma, Ampang, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah. Turut hadir, penyelidik MPOB, wakil Mara dan bakal pengedar terpilih.

Produk utama dilancarkan adalah ‘Beginning Pack’ yang merangkumi tujuh produk, iaitu Beauty Diamond Cleansing Milk, Beauty Diamond Cleansing Gel dan Beauty Diamond Cleansing Toner serta produk Beauty Diamond Whitening Cream, Sun Block, Skrub Jojoba dan sabun Tawas.

“Produk Beauty Diamond Cleansing Milk mampu menanggalkan kotoran kesan alat solek pada wajah. Ia sangat sesuai digunakan pada waktu malam. Produk ini selamat digunakan kerana mengandungi 79 peratus asas sawit dan juga ekstrak calendula untuk menyegar kulit serta ekstrak oat bagi melembutkan kulit secara semula jadi,” katanya.
Bagi wajah berjerawat, disarankan menggunakan Beauty Diamond Cleansing Gel kerana ia berkesan menghilangkan daki, pigmentasi dan menghasilkan sudahan kulit sehalus bayi.

Pemilik kulit biasa, penyelidik MPOB menggunakan glycerin sebagai formula pelembap dan vitamin E sawit yang berkhasiat bagi menjaga kesihatan kulit dan ia terkandung dalam produk Beauty Diamond Cleansing Toner.

“Carboner, glycerin,asid kojic, asid laktik, licorice, dan transutol pula formula kreatif dalam proses penghasilan krim pencerah dengan tindakan mengenyahkan noda hitam dan parut bekas jerawat dalam jangka masa tiga minggu saja,” kata Zarina sambil menegaskan pengguna pasti berbaloi memilikinya!

Adunan formula SPF15 dan vitamin E dalam produk Sun Block yang dirumus khas demi tindakan proaktif dwifungsi mampu memulihkan kulit secara fizikal. Di samping itu, ia boleh dijadikan bedak asas dan dapat melindungi kulit daripada sinaran penyebab kanser kulit, ultraviolet (UV).

Untuk penggunaan minimum, terutama lelaki, mereka hanya perlu memiliki skrub Jojoba dan sabun Tawas saja. Fungsi melembap dengan ejen pembersih ekstrak jojoba pasti menawan hati anda manakala rumusan 3 peratus tawas dan ekstrak minyak sawit sesuai mengubati resdung dan kulit sensitif.

“Dengan harga RM79.90 satu pek selain harga ala-carte berbeza, kualiti produk kecantikan isirung sawit ini mampu bersaing dengan produk luar malahan kualitinya dikatakan lebih bermutu dan terbaik,” katanya.

Penggunaan tokotrenol, tokoferol dan Vitamin E dalam produk kecantikan Dezaia turut diiktiraf berkualiti dan selamat digunakan oleh Persatuan Kosmetik Antarabangsa yang diakui di peringkat antarabangsa sebagai Cosmetics, Toiletries and Fragrances Association (CTFA).

Bagaimanapun, yang membezakan produk Dezaia dengan produk luar negara ialah huraian proses pemeringkatan pada label produk. Bagi label produk kosmetik luar negara, ia lebih `detail’ dan panjang berbanding produk keluaran Malaysia yang telus dan ringkas.

Berkecimpung selama 20 tahun dalam industri kecantikan kosmetik, Zarina pernah melancarkan produk Dezaia atas nama syarikat, Millenium Pro Care pada 2004. Begitu pun, kesilapan percaturan menyaksikan ia tersungkur sehinggalah di pek semula mengikut piawaian baru yang lebih ketat pada 2007.

Bangkit dengan semangat baru, huluran bantuan terutama daripada pihak kerajaan membantunya gah mencari idea terbaik buat pengguna di luar sana. Tidak ketinggalan, pihak MPOB yang banyak merealisasikan impiannya kembali.

“Saya sama-sama berada di makmal, menyertai kajian yang dijalankan penyelidik MPOB, dan turun padang demi memenuhi potensi diri dan mengharungi dunia kosmetik yang semakin mendapat perhatian umum.

Mendapat idea menggunakan bahan semula jadi berasaskan sawit berikutan menghargai sumber alam yang dianggap bebas daripada bahan kimia, ibu kental ini menghargai sokongan penuh dan layanan memberangsangkan daripada MPOB sepanjang lapan tahun bekerjasama.

Tidak mustahil bagi Zarina mengatakan MPOB adalah badan dan tulang belakang penggerak produk keluarannya itu. Gunaan teknologi, kepakaran mesin dan curahan idea kritis bersama memungkinkan kehadiran produk kosmetik sedemikian di pasaran Malaysia.

Atas faktor sedemikian membuatkan Zarina memilih MPOB. Kejayaan MPOB tidak dapat disangkal lagi dan harapan beliau kini ialah melihat sambutan yang positif daripada pelanggan.

Wawasan beliau adalah untuk memastikan produk kecantikan Dezaia menjadi pilihan utama pengguna di seluruh negara dalam masa terdekat dan seterusnya melangkau batasan Asia untuk ke peringkat global yang lebih luas pasarannya.

Malahan, dedikasi dengan pelbagai idea kreatif, beliau juga berkira-kira mengetengahkan pelbagai produk baru berasaskan sawit dengan menjadikan MPOB sebagai hub utama pemprosesan produk keluarannya, kelak.

INFO

n Produk: Beginning Pack

n Harga: RM79.90

n Bahan: Bahan mentah berasaskan sawit seperti isirung dan minyak sawit

n Pengiktirafan: Rumusan gred kosmetik oleh Persatuan Kosmetik Antarabangsa dan diakui Cosmetics, Toiletries and Fragrances Association (CTFA).

n Alamat: Tingkat 1, No 36, Jalan 8/23e Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur

n Talian: 03-40255200

n Hotline: 019-3567979, 013-3870101, 017-9323200

n Laman web: http://www.dezaia.net.

About these ads