80 ahli PPK Kerdau tanam nangka madu

BANDAR JENGKA: Seramai 80 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Kerdau dari Kampung Gunung Senyum dekat sini mengusahakan 40 hektar tanah kosong terbiar dengan tanaman nangka madu bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jemaah Pengurus PPK Kerdau Borhan Nordin Hamid berkata sejumlah 10,000 batang pokok nangka madu mula ditanam sejak setahun lalu dan dijangka mengeluarkan hasil tidak lama lagi.

Katanya, usaha penanaman nangka madu mendapat kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP) berikutan agensi itu mengeluarkan bantuan sejumlah RM240,000 bagi memastikan projek pertanian PPK sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan ahlinya di samping menggalakkan mereka mengusahakan tanah kosong terbiar dengan kegiatan pertanian yang memberikan keuntungan.

“Nangka madu dijangka mampu mengeluarkan hasilnya selepas 18 bulan ditanam jika penjagaan dan pembajaannya dilakukan secara bersistematik serta mematuhi piawaiannya.

“Dijangkakan pekebun kecil mampu menikmati pendapatan bulanan sehingga RM2,000 sebulan setiap hektar berikutan harga buah nangka madu yang semakin tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Borhan berkata, nangka madu jenis Mastura adalah paling terkenal dan sesuai ditanam di kawasan berkenaan serta mampu mengeluarkan buah yang bermutu tinggi sehingga boleh dieksport ke luar negara.

Mengenai pemasaran nangka madu, beliau berkata pihaknya sudah mengadakan tinjauan awal dan mendapati permintaan nangka madu adalah tinggi di pasaran tempatan terutama kepada peniaga pekan sehari dan pasar raya.

Katanya, dengan adanya sumber pemasaran boleh membantu pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka sekaligus memberikan pendapatan tetap kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanaman itu.

Beliau berkata, harga runcit buah nangka madu yang dijual peniaga tempatan boleh mencecah antara RM3 dan RM4 sekilogram berikutan kandungan vitaminnya sesuai untuk pertumbuhan badan.

6 thoughts on “80 ahli PPK Kerdau tanam nangka madu

  1. SYA BERASAL DARI CHENOR,INGIN MENANYA BAGAIMANA CARANYA NAK TERLIBAT DGN PROGRAM INI DAN MENJADI AHLI

  2. kebun nangka bermasalah,ditebang,ditanam oleh persatuan Peladang,selepas ditanam dibiar tanpa maklum kepada pemunya tanah,sepatah haram tak da khabar berita oleh perstuan peladang,ada buah sikit2 dimakan babi dan monyet,sedih

  3. saya sedang dan telah menjalankan pengekspotan nangka madu ke luar negara dan mengalu-alukan kepada mereka yang ada lambakan nangka mad saya sedia terima degan harga yang di persetujui bersama .
    012-560 8204 | 04-922 1870
    Paktam Changloon Kedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s