![]() |
|
ikan arowana yang baru menetas dan hanya memakan kuning telur.
|
TERNAKAN ikan arowana merupakan industri ikan hiasan yang semakin berkembang pesat di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak.
Terdapat banyak syarikat yang mula berjinak-jinak menternak arowana – antara ikan hiasan paling mahal di dunia.
Antara sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah M U Arowana Aquaculture berhampiran Bukit Merah, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sahibol Anwar Arba’e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu.
“Ketika itu saya mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor dan selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor.
“Pada masa itu saya menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan,” katanya yang sebelum ini banyak menceburkan diri dalam perlbagai jenis perniagaan.
Mengkaji mengenai habitat arowana pada awal 2006, Sahibol memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki.
Pada pertengahan tahun yang sama, beliau mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 betina.
Ikan arowana bertelur setahun sekali selepas usia matang biasanya antara dua hingga tiga tahun dan semasa proses berkenaan ikan akan berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma.
Telur yang telah disenyawakan akan dikutip oleh ikan jantan yang akan mengeram selama dua bulan di dalam mulut sebelum diluahkan apabila anak-anak mula berenang sendiri.
“Dalam tempoh berkenaan, ikan jantan akan ‘berpuasa’ sehingga anak-anak dilepaskan pada tempat-tempat berlainan bagi mengurangkan risiko pemangsa,” katanya.
Bagaimanapun bagi tujuan komersial, mulut ikan akan diperiksa setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak dan diletakkan di dalam inkubator yang lebih kurang sama keadaannya seperti dalam mulut induk.
Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 hingga 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa.
Sahibol berkata, bagi pasaran tempatan anak-anak ikan yang boleh berenang sudah boleh dijual.
M U Arowana Aquaculture memberikan penekanan dalam menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia gold arowana, red arowana dari Kalimantan dan Indonesia gold.
Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia red gold adalah RM1,600 hingga RM2,000, red arowana RM1,200 hingga RM1,500 dan Indonesia gold adalah RM500.
Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit.
Menyentuh mengenai aspek pemakanan, Sahibol berkata, arowana memakan anak ikan seluang selain makanan tambahan seperti udang, cengkerik, katak dan lipan dua kali sehari.
“Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal, ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.
“Ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan.
“Malah ikan arowana adalah haiwan akuatik yang dilindungi kerana mengalami ancaman kepupusan,” katanya.
Sehingga kini M U Arowana Aquaculture beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam.
Sahibol berkata, pihaknya mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi pada tahun ini.
“Kami juga menitikberatkan masalah keselamatan dan penyelenggaraan dengan pemantauan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
“Ini bukan saja untuk tujuan keselamatan kerana harga ikan yang mahal tetapi bagi memastikan keselesaan ikan jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba,” katanya.
Apa yang lebih menarik M U Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan.
“Di sini, mereka boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan pengurusan.
“Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak,” katanya.
Bercerita mengenai arowana, kata Sahibol, ikan ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh.
Memandangkan permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India, pengeksport perlu mendapat kelulusan Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang diluluskan oleh 72 negara.
Di bawah CITES, ikan arowana disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi berkelas tinggi dan perlu ditanam cip di bawah kulit untuk tujuan eksport bagi pengenalan.
Sahibol berkata, kajian menunjukkan arowana adalah spesies ikan yang primitif dari zaman Jurassic.
Fosilnya membuktikan ikan berkenaan tahan lasak sehingga boleh hidup dengan baik sehingga ke hari ini.

April 7, 2009 at 9:38 pm
bagus tu kampung saya tu…………..
April 21, 2009 at 8:56 am
me too…berbangga dgn hasil serta kejayaan yg ditunjukkan anak jati Kg Padang Lalang..hidup Abg Awai ngan Abg.Fadil…Perak no 1..:)p
Mei 13, 2009 at 7:09 pm
jaga ikan adk elok2 ……….minta2 thun ni ikan adk adala hasil.
September 26, 2009 at 10:59 pm
tahniah atas kejayaan anda. saya minat melabur….bole bagi plan nya
September 30, 2009 at 11:07 pm
nak beli dalam 5ekor bole x?? kureng modal r…
Januari 16, 2010 at 10:21 pm
beli satu pun ada yang jual..cuma kena tgk jenis, usia dan saiz ikan baru tahu sesuai dgn bajet atau tidak..kelisa apa yang anda berminat?
September 30, 2009 at 11:12 pm
ade x yg murah2 sket?? harga bole runding lg x?? aquarium da ade ni… tp tgh survey harga anak ikan ni…please call me.. 0137139317.
Oktober 5, 2009 at 2:45 pm
assalamualikum
saya berminat menternak ikan arowana.boleh buat krusus cara menternak atau membuat benih.sekian terima kasih.
Oktober 5, 2009 at 3:34 pm
berapa harga seekor ikan ye?saya minat melabur..bagi harga semua jenis ikan arowana di email sy @ di telefon sy ye 0172554898..insya allah saya nk join melabur skali nie..
Oktober 5, 2009 at 9:32 pm
Salam..saya berminat utk melabur.sila beri syarat2nya dan berapakah yg perlu dilaburkan?sila hubungi melalui email atau talipon 012-6753356…terima kasih..
Oktober 10, 2009 at 1:23 am
salam.saya berminat utk melabur.dan minat ngan ikan arowana gold. tapi mcm mana cara nak melabur dan berapakah yang perlu saya laburkan? contact saya 0173208513 or by my email orait….
Oktober 20, 2009 at 3:46 pm
Saya melihat satu fiksyen majalah terbitan tV3 tidak berapa lama dahulu. ternak ikan hiasan ini sememangnya seronok bahkan boleh membawa keuntungan pulak tu. macam mana kalau kita nak tumpang sekaki nak buat pelaburan di syarikat yang sedia ada berapa kos dan apa lagi syarat-syaratnya yang perlu?.
TQ
Oktober 21, 2009 at 7:12 pm
Saya begitu tertarik dengan potensi perternakan ikan ni. saya berminat dengan konsep perkongsian untung yang dilaksanakan. sekiranya saya ingin turut serta bagaimana dengan prosedur dan jumlah modal yang perlu?
Oktober 25, 2009 at 12:29 pm
saya ingin tahu dan berminat dengan bisnes ini..019-9976868
Oktober 25, 2009 at 4:25 pm
Soalan saya seperti:9(azaihar 10(fauzi)/11(kuismail)/12(hasby)>inshaallah modal ada tapi cara kembangkan tak ada>no h/p:0124697535
Oktober 28, 2009 at 4:27 pm
saya berminat dengan bisnes ini…
tolong beri INFO PENUH..
MODAL..PERJANJIAN…pulangan
November 19, 2009 at 12:52 pm
nama Haszahdi Bin Hassan, saya berminat dengan bisnes ini…
tolong beri INFO PENUH..
MODAL..PERJANJIAN…pulangan
no, HP : 0125330016
November 19, 2009 at 10:59 pm
salam.
sy berminat utk mengetahui lbh lanjut mengenai pelaburan n cara2 menternak ikan ni.
blh sy dptkan maklumat lbh lanjut n secara detail.hntarkn kat e-mail sy.
terima kasih
November 21, 2009 at 11:09 pm
salam..sy mnt dgn bisnes blh bg cdgan cmna nk bt permulaan bisnes…
xpi modal da xpi kurang…tlg mmg sy amat berminat..
Disember 15, 2009 at 11:37 am
hi, saya nak beli anak ikan arowana.. bagi saya setiap senarai harga ikan tersebut mengikut jenis.. call 0198440807
Disember 15, 2009 at 11:39 am
hi, saya nak tahu juga, ada perniaga nak beli ikan talipia dengan ikan duai?
Disember 18, 2009 at 11:15 pm
saya berminat untuk membeli anak ikan arowana emas..pls contact 0123762400.
Januari 17, 2010 at 11:13 pm
kalau en syukri boleh bagi ukuran anak insyaallah boleh diusahakan.
Disember 19, 2009 at 9:08 pm
pak cik latip,jaga ikan afif!!
Januari 6, 2010 at 5:47 pm
Saya berminat,dgn ternakan ikan kelisa.
blh bagi maklunat lanjut mengenai pelaburan & pembelian anak ikan arowana merah.
012 3019723
Januari 16, 2010 at 10:19 pm
saudara nazli boleh hubungi saya di talian 017-5767147 atau boleh datang melawat tapak kolam di bukit merah untuk mengetahui maklumat lanjut tentang ikan kelisa.
Januari 8, 2010 at 4:11 pm
sy btl2 berminat utk bela ikan kelisa,tp hanya dlm akutium je la n dah 2 kali mcuba tp kedua2 gagal,harap2 dgn info yg ada blh membantu sy utk kali ini.sy nk tahu blh kah ikan kelisa d bela 2 ekor serentak dlm satu aqurium ? ( jatan n betina ).sy keliru dgn jenis ikan kelisa skrg ni emas,merah,hiback.mg,rtial dan bermcm2 lg.klu dlm 1k jenis mana sy blh dpt ? perlu bantuan rakan2……
Januari 13, 2010 at 12:57 pm
Assalamualaikum.
Saya pelajar agriculture engineering.
Tahun ni saya praktikal. Boleh tak saya nak praktikal di syarikat encik. Saya amat berminat pada ikan hiasan.
Januari 14, 2010 at 10:26 pm
i am one of the owner of arowana breeding farm at bukit merah. specialising in breeding and hatching various kind of arowana. had wide experiences in arowana breeding and had been employed by MU Arowana for almost 9 years as technical director.i am currently searching for interested investors to fill up another newly open farm.any inquiries do feel free to call me, 017-5767147. or email me at cumijaf@yahoo.com or leave a message via facebook, azmi yusuf.
Januari 17, 2010 at 11:43 pm
saya dah servey presedur wat loan.
cuma bank x bgtahu bape saya leh pinjam klu gaji saya hanya 2500(kerja kat company public listed)
ada idea x atau khidmat nasihat.
masalhnya.
1 kolam modal tingi tp mcmne nk wat klu dapat pinjam ciput je.hahahha
x pe.ti saya turun bkt merah.. mane2 agen yg rasa saya ada potensi jadik pelabur leh contact. arbak-0173652374
skg saya independence & lom ada comitmen pd mana2 agrement kat company c 2
Januari 27, 2010 at 4:41 pm
xsemestinya satu kolam satu investor.ada je yg share dgn kawan2 1kolam dlm 5 org investor. datanglah round2 bukit merah check farm yg ada.bnyak farm yg ada so terserahlah nak melabur ke tidak.
Januari 19, 2010 at 10:17 am
tgk ikan ni mmg cantik..ade hati n keinginan nak bela kat umah..tgk hg die mak ai…tak mampu ar..mahal sgt bai…
Januari 19, 2010 at 10:23 am
ikan kelisa pun ade ke..ingatkan kereta kelisa je ade..hehehe..x tau pun jenis2 ikan ni..tp skg ade hati n keinginan nak bela ikan perhiasan kat umah..
Februari 3, 2010 at 10:31 am
berapa harga anak m/gold. mana&bila boleh dpt.
kalau bela sikit2 boleh jual pd siapa? kalu 2 tahun gold/ highback berapa agaknya?
Februari 19, 2010 at 11:51 pm
Hi,
Macam mana nak contact u?
Februari 25, 2010 at 3:54 pm
Salam..
Skim Perkongsian Keuntungan…nampak cam menarik..dan memang saya berminat utk mengetahui…boleh tlg explain..??
Februari 25, 2010 at 4:00 pm
Salam..
1)Berapakah modal yg di perlukan utk Skim
Perkongsian Keuntungan..??
Mac 3, 2010 at 10:43 pm
saya teringan sangat nak tau dan melihat dengan lebih dekat mungkin pada minggu depan saya akan turun ke bukit merah bolehkah awak mebawa saya melawat kawasan perternakan ikan kelisa ini
Mac 19, 2010 at 12:01 pm
berapa harga yelow arowana ckalang en??
April 26, 2010 at 7:11 pm
Saya ada ratusan ikan arowana perak ukt di jual , kalau minat , boleh email
yuenlin.tan@gmail.com
Mei 4, 2010 at 9:45 am
Salam tuan.
Mohon dapat maklumat penuh bagaimana untuk turut serta dalam usahama rakan kongsi/pawah. Berapakah modal minima ,tempoh kontrak dll. Saya berminat dengan projek ini .T/kasih
Mei 5, 2010 at 12:05 pm
congrats to all of u…
im proud of u… keep it d good work…
…sekarang kat bukit merah esp kat padang lalang dah x nampak org buat sawah…sawah penuh dengan pond arowana je..baru2 ni blk kg..wah.. tkejut giler tgk ke kiri kanan umah ayah saya (pak tam Ari) dah x sawah.btw…saya happy sgt tgk kg saya dah maju ckt tapi cuma lack… jalan masuk je lah.. ya rabbi…tlg le usahakan bagi jalan tu ok ckt…
Mei 22, 2010 at 12:44 pm
Ingin membeli anak ikan arowana
Jun 1, 2010 at 1:57 pm
Halo, Boleh Emailkan pada saya senarai harga MG saiz dari 6inchi-20inchi seekor. dan harga RTG dari 6inchi-20inchi. terima kasih
Jun 1, 2010 at 1:59 pm
Halo, saya baru nak cuba2 ternak MG dan RTG ada sapa2 yang boleh bagi pendapat. saya nak mulakn secara kecil2lan. agak2 berapa kos untuk beli anak ikan MG dan RTG dalam 10ekor. Maklum
Ogos 12, 2010 at 9:03 pm
salam..harga anak ikan mg sekarang rm2300 seekor, rtg rm660 seekor..sekiranya berminat bolehlah call saya azmi, 0175767147
Julai 7, 2010 at 5:59 pm
salam..
ble sy tau harga ank hi-back? sekitar 4-6 inch..
tq
Ogos 12, 2010 at 9:08 pm
harga sekarang dlm rm750
Julai 10, 2010 at 7:50 pm
salam brp harga bg anak aro hb n hb quality ukuran dlm 3@4inci skrg?saya bercadang nak bela dlm 5@10ekor..
Ogos 12, 2010 at 9:09 pm
hb sekarang dalam rm 650, hb quality dalam rm 800. kalau berminat bolehlah call saya azmi yusuf 0175767147. kalau berminat bolehlag datang farm tgk2. tapi anak ikan sekarang xbanyak..kena booking dulu.
Ogos 23, 2010 at 2:12 am
Salam…,
Saya ada sebidang tanah seluas 1 ekar… berapa kolam bleh saya dpt dgn keluasan yg terhad itu…? M U Arowana taknak JV ke dgn saya n buka branch di lembah kelang…?
Terima kasih
November 21, 2010 at 2:03 am
Assalamualaikum wbkt,
En Azmi,
Saya dari Sarawak dan salah seorang peminat ikan Arowana, sekarang saya ada seekor super red dan seekor chilli red, ingat nak tambah lagi dengan yang Gold, so insyaallah saya akan ada d Bukit Merah pada 26 Nov ni dan kalau ada masa saya nak survey sendiri kat tempat anda.Nak tanya la macam mana nak bawa balik ke Sarawak, dulu saya pernah nak bawa dan dimaklumkan kena isi borang di Jab Perikanan kat KLIA,so nak minta la sedikit tips atau bantuan lah menguruskan perkara ini. Thanks