KOTA KINABALU: Pengurus Kawasan Tekun Nasional dan Pegawai Mara Daerah dibenarkan meluluskan pinjaman kecil kepada usahawan Bumiputera tanpa merujuk kepada ibu pejabat masing-masing.
Kebenaran itu khusus untuk pinjaman kurang RM10,000 bagi Tekun Nasional, manakala RM20,000 bagi Mara, bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi yang melambatkan proses kelulusan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata menerusi langkah itu, kelulusan berkenaan mampu diberikan serta merta.
Katanya, langkah itu bukan saja menjimatkan masa, malah meningkatkan keyakinan usahawan kerana tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman masing-masing.
“Sebelum ini permohonan Tekun Nasional yang kurang RM10,000 perlu diproses di ibu pejabat Tekun Nasional di Kuala Lumpur dan ia mengambil masa berbulan-bulan.
“Menyedari proses itu terlalu lama, saya meminta Tekun Nasional menurunkan kuasa meluluskan pinjaman kepada Pengurus Kawasan di setiap Parlimen di negeri ini.
“Kalau layak, permohonan kurang RM10,000 boleh diluluskan dan kalau sebaliknya, dia kena berikan sebab kenapa tidak diluluskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Pusat Pembangunan Usahawan Tekun Cawangan Sabah oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, di Plaza Wawasan, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.
Noh berkata, Mara turut lambat meluluskan permohonan pinjaman usahawan tetapi ia diatasi selepas Pegawai Mara Daerah diberikan kuasa meluluskan pinjaman kurang RM20,000.
Bagaimanapun, katanya, pengurus dan pegawai yang diberikan kuasa memberi kelulusan perlu bersikap telus bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.
Bagi Tekun Nasional, RM41.3 juta pinjaman sudah diagihkan kepada hampir 10,000 usahawan Bumiputera di negeri ini sejak 1999.
Belau juga berkata, kementerian itu akan menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Parlimen (MPUP) di setiap kawasan Parlimen di negeri ini untuk melaksanakan aktiviti keusahawanan.
Disember 19, 2008 at 12:47 pm
saya nie blaclist,boleh ke jika saya ak buat pinjaman tekun?
Mei 6, 2009 at 12:04 am
tekun lambat sangat luluskan pinjaman ramai usahawan2 bumi putra mengeluh..kata nk usahawan bumiputra maju konon tpi bila pohon lambat kalau tak pohon cakap bumiputra tak pandai rebut peluang yg d sediakan kerajaan…..
Mei 17, 2009 at 11:45 pm
ok.saya da mulakan perniagaan cybercafe.modal setakat ini saya sendiri keluarkan.so.saya nk tambah peralatan skit.bleh tak nak pinjam kat tekun ni??berapa lama proses pinjaman dan berapa kadar faedah yang tekun ambik??
Jun 10, 2009 at 12:02 am
saya pun sama..saya dah apply since bulan 3 sampai skarg result takder..kata 14 hari jer..kol hq tekun cakap skrg tgh urus application bulan satu ngan 2..memang melampau betul.adakah patut yang officer yang incharge 10 org jer untuk satu malaysia ni..patut lah slow..saya dah report kat biro pengaduan awam..harap2 lah bole pakai drg tu.tau lah.kerajaan banyak dah tak bole pakai
Julai 30, 2009 at 11:18 pm
Kesian kat Doto Sri Najib.berusaha keras utk majukan rakyat dan negara.kakitangan kerajaan bawahan yg lain ibarat dah pencen tpi trpasa kepejabat.makan gaji buta.kakitangan kerajaan yg malas bekerja tu cuma nak tunggu pencen je.. dok goyang kaki tetap dapat duit.kakitangan swasta bertungkus lumus bekerja semasa bekerja.kakitangan kerajaan bagaikan tido disiang hari.Tunggu je la..Dato Sri Najib akan pantau smua ni..
Julai 30, 2009 at 11:25 pm
Untuk wargakerja Tekun Nasional semoga TEKUN bekerja. Cergas, Ceria, Cekap dan Pantas. Semangat mesti ada demi Bangsa dan Negara. Kelewatan anda menjalankan tugas dengan sempurna telah mengakibatkan banyak perniagaan bumiputra yg telah beroperasi yg menunggu bantuan Tekun yg terlalu Lambat kini Gulung Tikar.. Renung2kan..
Ogos 5, 2009 at 6:48 am
sy komplitkan smua dokumen utk pinjaman dan di hantar kat tekun pertama kompleks dari bulan mac lagi,permohanan sy dihantar ke pejabat pusat 2bulan kemudian,persoalanya skrg bila sy pergi ke pejabat tanya knapa proses pinjaman sy lambat mcm2 alasan yg diberi cuti emergencila kurang staff la sy akur dan sabar lagi,1bln kmudian sy pegi lag utk semak permohonan alasan yg dberi lain plak seangkan orang yg sama,walaupun dalam hati memang marah gile tap sy tetap hormati sebab sy betul2 memerlukan pinjaman tekun utk besarkan perniagaan telefon bimbit sy,setelah sy crita masalah yg sy hadapi pegawai yg trlibat brjanji akan beri keutamaan kes sy sbab dh tlalu lama permohanan sy tetapi sampai skrg sy blom dapat apa2 jawapan,sy semak mlalui internet tetap sama masih dalam peroses,sampai bila harus sy menunggu,kepada pihak pejabat pusat dan yg berkenaan tolongla sy sudah bermacam usaha sy lakukan tetap jugak sama,sy amat merayupada pihak tuan pcepatkanla permohonan sy sy dah tak tahu nak buat apa,
Ogos 22, 2009 at 12:34 am
salam sejahtera kepada semua staf Tekun yg goyang kaki tolak YB-YB dan Tan Seri2,ni apa crita ni pihak kerajaan mati-matian membentuk kerajaan,ni apa crita dgn staf Tekun mati-matian membentuk perut,yg beria-ia ingin maju tapi tidak di pedulikan,tapi yg sudah maju tinggi menggunung didulukan, apa mau makan komisen kahh…ataupun mau bawa meja dulu baru lulus,beginikah caranya bumiputra mau maju.Dahulukan orang yg memerlukan apa juga bukannya byak sangat yg dipinjam bukan crita juta-juta.cakap byak pun susah mau merayu bukan juga dibantu,yg didulukan saudara2 yg dekat duit suda habis dipengakhir crita alasan tidak layak borang tak lengkap apa crita disuruh memohon balik,last-last sampai becucu belum ada lagi,(permohonan sedang proses itu aja alasan)saya merasa hampa dengan segelintir staf Tekun kerja sambil lewa makan gaji buta,kalau tidak mau kerja baik berhenti byak lagi yg boleh ganti.sekian dari bumiputra yang hampa (Apa cerita).
November 10, 2009 at 2:26 pm
kalau nak cerita pasal Tekun ni.. malas betul aku… permohonan dah hantar bln 4 lagi.. sampai skrg tak de jawapan… mase rujuk kat pejabat cawangan dorg kate tak tahu sb kerja bagi kelulusan semua dari pihak atasan… yg dorg ni cume jalankan temuduga dan hantar borang kat ibu pejabat… adoi tension aku… kalau mcm ni la kerajaan skrg… PRU akan datang aku kempen semua peduduk daerah aku terutamanya yg berniaga untuk undi pembangkang… dorg tak tau pun kita undi sape….
Disember 29, 2009 at 4:19 pm
saya nak memenjam . .so mcm mna saya nak mendapatkan nya peminjaman tu?
Disember 29, 2009 at 4:20 pm
dengan secepat munggkin . .
Jun 6, 2010 at 9:52 pm
sy nk mohon pinjaman tekun utk wat perniagaan kecil kecilan jer..apakah syarat yg perlu ade..kalau ssm ade ckup ke kelayakan utk memohon..
Julai 16, 2010 at 12:15 pm
Salam. macam2 masalah dan kepayahan bila nak buat permohonan TEKUN. Ramai yang salahkan kerajaan kerana kegagalan badan/agensi kerajaan macam ni… tapi yang bertugas tu bukan semuanya penyokong kerajaan.Harap dato Noh atau DS Najib pantau sama, tak perlu gong p sana sini bagi tau nak bantu rakyat tapi jentera yang melaksanakn tugas tu tempang… buat penat ja. Dato dan kesian pula, niat nak bantu tapi dapat nama busuk…. dan yang dah berjaya dapat pinjaman tu pandai2lah bayar balik sebab duit tu akan buat pusingan untuk peminjam baru macam kami ni. ni tak masa minta tak tapat melalak… bila dah dapat time bayaq menikus… saya pun dapat tahu kalau kita ada sedara mara dalam TEKUN ni mudah… yang tak ada kable tu macam saya ni kita berserahlah pada ALLAH… nanti yang di amanahkan tu tak jalan tugas dengan betul… nanti jawablahlah yer di dalam tanah 7 kaki dalam. tapi yang pasti nya dah 4 bulan hantar permohonan tapi habuk pun tarak… model sendiri dah berpuluh ribu habis nak majukan kedai.. adik beradik depan buat rumah pun pinjam tekun. lebai tinggi kelangit tapi tak tahu dah ambil hak orang… so bereintilah dok keluar minum satu hari 5, 6 kali proses cepat..kot nanti tak boleh menjawab kot. !!!
Julai 21, 2010 at 12:03 pm
hantar permohonan dr bulan 2, sampai la ni masih dok proses…dah dekat 6 bulan menunggu…sedih betul…
Julai 24, 2010 at 12:50 am
hello,nak tanya ni boleh ka pinjam 5ooo or 8000 je..nak buat besnes..apa yg kamu perlu sekiranya pinjam duit?tq
Jun 5, 2012 at 6:54 pm
rasenye sy mangsa terbaru pengurusan tekun. loan bwh 5000 janji 10 hari bkeje,ni dh mkn 2 bulan..ape cite. bsnes sy pun dh kurang ,tmpahan asyk kne tolak d sebabkn modal tesangkut..dan td sy siap kne marah ngn operator tekun sb asyik cal.biar betul nk tolong anak bangsa dgn cara mcmni.
Jun 23, 2012 at 2:12 am
anak ayam kampong ada ke brape harga sya dri rembau rakan berhampiran ada brani
nak bolo
September 20, 2012 at 2:33 pm
Sy pun ada wat permohonan Tekun tp bila dgr mcm ni terus patah semangat semua komen negatif jer… tapi semasa proses permulaan pun sy dah rasa mcm ada yg tak kena jer dgn Pegawai Tekun ni cara dia mcm nak reject jer tak nal bantu langsung.. Org mcm ni nampak sgt pembangkang kerajaan tp keje dgn kerajaan coz nak burukkan nama kerajaan.. Kalau sy dah hilang sabar nak jer saya sebut nama pegawai tersebut.
September 26, 2012 at 12:36 pm
Salam. macam2 masalah bila nak buat permohonan TEKUN.
borang sumit da 2 bulan-3bulan masih tiada jawapan lagi.
cuba kol hq kata nya pemohonan lebih 5k.borang telalu banyak.
saya jumpe 10 orang peminjam tekun.semua ckp tekun proses lambat bebulan2.
kenapa la mereka tak nak pertingkatan servis tu.
kenapa tak buat pinjaman bawah 10k diproses kelulusan di cawangan sahaja.tak perlu hq yang proses.
kan lebih baik.
baru objektif menolong bumiputra berjaya.
ini peminjam menunggu lama kelulusan akhirnya bungkus
Oktober 12, 2012 at 5:07 pm
Adik saya buat pinjaman dan da lulus 6bln lepas tapi smpai skrg duit xdpt.
Julai 5, 2012 at 1:29 am
Salam Tia, ada masalah dengan Tekun? Borang dah hantar? Ada salinan borang (fotocopy)? Hubungi saya secepat mungkin di maingame888@gmail.com