September 2008
Arkib Bulanan
September 25, 2008
9 peserta PPRT terima durian runtuh sepanjang Ramadan
JERANTUT: Sembilan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Rang, Pulau Tawar dekat sini menerima pendapatan lumayan sebanyak RM45,000 apabila ladang tebu seluas lapan hektar yang mereka usahakan mengeluarkan hasil sepanjang Ramadan tahun ini.
Pegawai Penyelaras Projek Kelompok Pertanian PPRT Bukit Rang, Pulau Tawar, Jamalukhair Mohd Rashid, berkata mereka menerima durian runtuh itu selepas hasil tebu mereka mendapat tempahan daripada peniaga di pasar Ramadan.
Katanya, berkat usaha gigih mereka sejak enam bulan lalu itu membuahkan hasil apabila projek tebu itu mendapat perhatian peraih tebu dari Jerantut, Jengka, Temerloh dan Kuantan yang berminat untuk memasarkannya khususnya pada bulan puasa.
Jamalukhair berkata, pada awal Ramadan lalu peraih datang melihat kawasan projek dan meletakkan pembiayaan awal sejumlah RM45,000, bagi mendapatkan bekalan untuk perniagaan sepanjang Ramadan.
“Tempahan dan pembayaran awal yang dilakukan membolehkan peraih mendapat bekalan tanpa putus untuk jangka masa yang diperlukan.
“Bermula awal Ramadan lalu, tebu dibeli secara borong di ladang dengan nilaian tebu dijual sehingga kini mencecah jumlah 60,000 batang,” katanya.
Beliau berkata, sebatang tebu panjangnya dua meter dan lebih dijual pada harga RM1.20, yang mana peserta PPRT ini akan menerima sebanyak RM27,000 lagi sebagai baki bayaran, daripada bayaran penuh RM72,000.
Katanya, usaha gigih di bidang pertanian, khususnya tanaman tebu yang dilakukan oleh sembilan peserta terbabit boleh mendatangkan pulangan lumayan kerana ia sentiasa mendapat pasaran yang tinggi.
Katanya, kelompok peserta PPRT lain boleh mencontohi usaha gigih mereka ini kerana ia dapat meningkatkan pendapatan keluarga melalui hasil pertanian.
Sementara itu, Ketua Projek Kelompok Pertanian PPRT, Noor Ahmad Kamal Mohamad, berkata tebu mempunyai pasaran yang luas, dan berbekalkan khidmat nasihat yang diberikan, ia membantu merubah nasib kelompok masyarakat miskin di sini.
Katanya, pertanian menjanjikan keuntungan yang sangat lumayan jika ia diuruskan dengan tekun dan bersungguh-sungguh sekali gus dapat merubah nasib peserta ke arah lebih baik dan meningkatkan ekonomi peserta.
Ternyata projek yang diusahakan dengan bantuan Jabatan Pertanian benar-benar membantu meningkatkan sosioekonomi peserta PPRT, yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS),” katanya.
Noor Ahmad berkata, projek yang diusahakan itu mendatangkan rezeki Ramadan dan Aidilfitri untuk peserta PPRT, turut membantu menjadikan Pulau Tawar sebagai lokasi pengeluar produk pertanian utama di daerah ini.
Katanya, tempahan tebu yang diterima sehingga kini datangnya daripada peraih sekitar Kuantan, Jerantut, Jengka dan Temerloh, dengan purata tuaian setiap hari sekitar 4,000 batang.
September 24, 2008
Posted by harizamrry under
Agro - biz [2] Comments
 |
|
Hayani Azrari (kiri) dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan kuih bahulu di bengkelnya di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam.
- Gambar TAJUL SAFUAN ABU HASSAN
|
SUNGAI SIPUT 23 Sept. – Penyediaan kuih dan biskut tradisional negeri Perak kini bukan sekadar untuk disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri tetapi ia kini muncul sebagai makanan sepanjang musim.
Kemunculannya dapat bertahan begitu lama hasil daripada ciptaan serta pengubahsuaian resipi baru supaya ia terus diminati sebagai bahan sajian untuk dinikmati sesiapa sahaja.
Bagi Hayani Azrari, 30, beliau menyediakan lebih 16 kuih tradisional asli sepanjang masa sejak 14 tahun lalu dan sehingga kini ia terus mendapat permintaan yang semakin bertambah.
Katanya, antara kuih tradisional asli Melayu yang popular ialah kuih bakar, baulu, rempeyek, tumpi, kuih siput, kerepek dan pelbagai lagi.
Beliau berkata, setelah begitu lama berkecimpung dalam perusahaan tersebut, pelbagai usaha dicetuskan untuk menghasilkan kuih tradisional yang lebih bermutu dengan memasukkan adunan-adunan terbaru.
“Bagi kuih bakar sahaja saya mencipta beberapa resipi baru seperti kuih bakar dengan perasa strawberi, coklat dan pandan berbanding kuih bakar berwarna putih yang sudah dikenali sebelum ini.
“Apa yang menarik lagi tentang kuih bakar yang dihasilkan ini ia mudah cair, gebu, lazat dan boleh dimakan begitu sahaja dan menjadi makanan ringan sepanjang musim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hayani yang mengusahakan bersama keluarganya dengan jenama ‘Sri Ayunie’ membuat kuih-muih tradisional ini hasil bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia.
Oleh kerana ciptaan kuih bakarnya yang menarik dan lazat beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kuih tradisional Melayu peringkat kebangsaan yang diadakan di sini baru-baru ini.
Katanya, beliau mempelajari resipi ini yang diwarisi daripada saudaranya sejak 16 tahun yang lalu dan kini beliau menghasilkan secara sepenuh masa mengeluarkan kuih-muih tersebut.
Beliau berkata, selain mengusahakan sendiri beliau juga turut memasarkan produk-produk yang diambil daripada pengusaha lain.
Hayani berkata, semasa musim perayaan Aidilfitri ini, beliau menghasilkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 paket kuih itu sehari untuk dipasarkan ke seluruh negara.
Katanya, sepanjang Aidilfitri ini beliau menjangka dapat menghasilkan sebanyak 80,000 hingga 100,00 paket kuih untuk dipasarkan ke seluruh negara.
“Kita dapati kuih tradisional ini mendapat permintaan yang menggalakkan asalkan kita mengekalkan kualiti yang baik kerana pengguna kini sangat mementingkan kualiti serta keunikan produk,” katanya.
Ketika ditanya langkah yang diambilnya bagi membendung kenaikan bahan mentah seperti tepung, minyak dan keperluan lain untuk pembuatan kuih, beliau berkata, apa yang penting ialah mengekalkan kualitinya.
Katanya, walaupun harga bahan mentah telah meningkat antara 30 hingga 40 peratus, namun kualiti perlu dijaga tetapi harga tidak akan dinaikkan.
“Apa yang dilakukan ialah mengurangkan sedikit kuantiti supaya semua pihak merasakan keenakan kuih tradisional ini,” katanya.
Untuk keterangan lanjut mengenai kuih tradisional Sri Ayunie boleh menghubunginya di 61 Kampung Jalong, Sungai Siput Utara Perak. Tel 05-597 1429 atau 019-4771 283.
September 23, 2008
Sejarah Rumpai Laut
* Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
* Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut.
* Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat.
* Tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah.
* Jabatan menerusi Projek Pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan;
* Mengenalpasti tapak pengkulturan dan spesis rumpai laut yang bernilai komersial
* Kaedah pengkulturan yang mudah dan murah
* Proses pengeringan, dan
* Menarik minat nelayan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut ini
* Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh jabatan ini mencapai kejayaan pada tahun 1989
* Syarikat Food Manufacturing Corporation (FMC) dari Denmark merupakan agen tunggal pembeli rumpai laut kering telah didaftarkan pada tahun 1988. Syarikat ini berhenti beroperasi pada tahun 1998.
* Pada masa ini terdapat 8 buah syarikat tempatan bergiat aktif memasarkan rumpai laut keluar negeri dan sebuah syarikat OMN-GEL Sdn. Bhd. mengusahakan kilang mengekstrak rumpai laut menjadi tepung.
1.2 Status Industri Rumpai Laut
1.2.1 Kawasan/ladang pengkulturan
Kreteria tapak pengkulturan rumpai laut adalah:
a. Perairan laut terlindung
b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.
1.2.3 Kaedah Pengkulturan
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu;
1. Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35′x35′/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.
2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15′x85′/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.
3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300′/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.
Pada masa ini tapak pengkulturan rumpai laut adalah;
1. Daerah Semporna: 800 ekar (Kerindingan, Pulau Bum-Bum (bahagian timur laut), Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Sibuan, Pulau Pababag dan Pulau Omadal (utara dan barat)
2. Daerah Kunak: 100 ekar (Pulau Pababag dan Kunak Jaya)
3. Daerah Lahad Datu: 50 ekar (Bakapit dan Kg. Silam)
4. Daerah Kudat: 50 ekar (Pulau Balambangan dan Banggi)
5. Daerah Kota Belud: 2 ekar (Kg. Baru-Baru)
1.2.2 Jenis Rumpai Laut
Spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh)
Jadual 4. Perbandingan Kos Operasi Kaedah Pengkulturan Rumpai
| KAEDAH PENGKULTURAN |
KEDALAMAN
( m )
|
KOS / EKAR
( RM )
|
KADAR PERTUMBUHAN |
| 1. Pancang ( Stake ) |
0.3 – 1.5 |
600.00 – 1,000.00 |
2.0% – 4.0% |
| 2. Rawai ( Long Line ) |
2.0 – 5.0 |
600.00 – 1,000.00 |
3.5% – 8.0% |
| 3. Rakit MK II ( Raft Methode ) |
3.0 – 15.0 |
1,300.00
( untuk 15 buah rakit )
|
3.5% – 8.0% |
1.2.4 Kos pengeluaran
Pengkultur memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2”x2”x15′, tali nyalon, tie-tie, pelampung botol plastik, dan benih rumpai laut (200-400kg). Dalam masa 1 bulan rumpai laut mengalami pertumbuhan dan para-pengkultur memotong tunas dan mengkulturnya sehingga mencapai keluasan ½ – 1 ekar.
Dalam masa 45-55 hari rumpai laut di tuai, dikeringkan pada cahaya Matahari selama 3 hari, di bungkus (packing) dan dijual kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur.
1.2.5 Penglibatan Nelayan
Pada mulanya nelayan menjalankan usaha pengkulturan rumpai laut sebagai pendapatan sampingan, tetapi setelah menyedari pengkulturan rumpai laut dapat dioperasikan dengan lebih mudah dan memerlukan kos yang rendah dan tingginya permintaan, banyak dari nelayan di daerah Semporna mengusahakan pengkulturan rumpai laut sepenuh masa atau pengkultur tetap.
Nelayan mendirikan pondok di ladang rumpai laut milik mereka secara berkelompok.
Jumlah nelayan yang mengkultur rumpai lautadalah seperti berikut :-
i. Semporna : 2,048 orang
ii. Kunak : 60 orang
iii. Lahad Datu : 100 orang
iv. Kota Belud : 13 orang
v. Kudat : 17 orang
1.2.6 Pendapatan Pengkultur
Pendapatan nelayan (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450RM1,500/bulan dengan keluasan ladang 1 ekar.
1.2.7 Penglibatan Sektor Swasta
Syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam industri seperti Jadual 1.
Jadual 1. Eksporter Rumpai Laut, 2000
-
| No. |
Nama Syarikat |
Alamat |
Catatan |
| 01. |
Juta Fish Sdn. Bhd. |
Kota Kinabalu |
Beroperasi di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu |
| 02. |
Seng-Seng Lee |
Semporna |
Daerah Semporna |
| 03. |
Takara Sdn. Bhd. |
Tawau |
Daerah Semporna |
| 04. |
Syarikat Merimaju |
Tawau |
Daerah Semporna |
| 05. |
Mutira Bayu Sdn.Bhd |
Semporna |
Daerah Semporna |
| 06. |
Pua Brothers Sdn.Bhd. |
Semporna |
Daerah Semporna |
| 07. |
Prompt Acces Sdn.Bhd. |
Semporna |
Daerah Semporna |
| 08. |
Sabah Fish Marketing (FAMA) |
Kota Kinabalu |
Daerah Semporna |
1.2.8 Pengeluaran Rumpai Laut
Jadual 2. Jumlah Pengkultur, Keluasan dan Produksi Rumpai Laut Negeri Sabah (1989-2000)
| Tahun |
Jumlah Pengkultur |
Keluasan (ekar) |
Produksi Basah (mt) |
Produksi Kering (mt) |
| 1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
|
176
376
480
540
560
800
920
1,200
1,600
1,800
2,200
2,720
|
4
32
88
89
105
1,817
408
608
682
595
877
1,344
|
100
950
2,650
2,670
3,130
9,080 12,230 18,230 20,450 17,850 26,290 40,320
|
10
95
265
267
313
908
1,223
1,823
2,045
1,785
2,629
4,032
|
-
-
Sumber: DOF Sabah, 1989-2000
1.2.9 Produktiviti
Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah)
1.2.10 Harga
Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering.
1.2.11 Sumbangan Rumpai Laut Terhadap Eksport
Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang: 48%, rumpai laut: 33%, ternakan ikan hidup: 14% dan moluska: 4%).
Jadual 3: Eksport Rumpai Laut Sabah, 1989-2000
-
| Tahun |
Pengeluaran Rumpai Laut Kering ( m.t. ) |
Nilai Borong
( RM )
|
| 1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
|
10
95
265
267
313
908
1,223
1,823
2,045
1,785
2,629
4,032
|
9.32
85.09
238.06
264.84
513.544
656.75
110.58
2,006.32
1,861.89
3,570.00
5,358.96
6,853.04
|
Sumber: Annual Fisheries Statistic, DOF Sabah
1.2.12 Kegunaan Ekstrak Rumpai Laut
Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.
Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam :-
1. Industri pembuatan cat
2. Pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, spray serangga,
3. Agen pembersih,
4. Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan,
5. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan
6. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan)
7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.
2.0 PERANAN JABATAN PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT
2.1 Program pemindahan teknologi
2.1.1 Mengujudkan projek demonstrasi di kawasan pengkulturan nelayan
2.1.2 Kursus/Latihan
2.1.3 Pengembangan (lawatan keladang nelayan setiap 2 minggu atau sebulan sekali denganmengadakan dailog bagimengatsi masalah yang dihadapi oleh pengkultur)
2.1.4 Lawatan Sambil Belajar (nelayan (8-10 orang) dari daerah lain seperti Kudat dan Kota Belud dibawa melawat ke Semporna untuk pendedahan dan secara langsung dapat berbincang sesama rakan mereka yang telah berjaya mengkultur rumpai laut)
2.2 Program pakej insentif (bantuan/subsidi) untuk memulakan usaha pengkulturan
Peralatan yang diberikan terdiri dari tali rafia, tali nylon, tangsi, bakul rotan, kayu belian, pelampung, karung plastik, sampan dan pondok penjemuran (7-10 orang/pondok).
Benih rumpai laut antara 150-400 kg/orang.
( Nota: Pemberian bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat, pemohon dan kawasan pengkulturan diperiksa terlebih dahulu dan diputuskan oleh AJK Pakej Insentif peringkat cawangan. )
Kos pelaksanaan program diperolehi dari Projek Pembangunan Persekutuan (P19 248000).
Jadual 5. Jumlah Perbelanjaan Program Pakej Insentif Rumpai Laut, 1990-2000
| Tahun |
Jumlah ( RM ) |
| 1990 |
40 360 |
| 1991 |
10 903 |
| 1992 |
56 899 |
| 1993 |
44 047 |
| 1994 |
58 028 |
| 1995 |
54 597 |
| 1996 |
41 000 |
| 1997 |
54 700 |
| 1998 |
46 000 |
| 1999 |
55 000 |
| 2000 |
165 000 |
| 2000 |
132 000 |
2.3 Melaksanakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
Jabatan melaksanakan kerja (bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar) seperti pemberian kursus, penghantaran bantuan peralatan dan benih, dan kerja-kerja susulan (pengembangan) bagi menjayakan program ini.
2.4 Pengeluaran benih rumpai laut
Jabatan menjalankan usaha mengkultur benih rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna seluas 3 ekar bagi menampung permintaan jumlah benih yang semakin meningkat dari nelayan. Sebanyak 10,000 – 20,000 kg dikeluarkan setiap tahun.
Bagi mengatasi masalah ini jabatan membimbing beberapa pengkultur yang rajin berusaha untuk mengeluarkanbenih dan menjualnya kepada pengkultur baru dengan
harga RM0.50/pokok.
2.5 Pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan
Bagi membantu Jabatan Tanah & Ukur meluluskan permohonan tapak pengkulturan kepada nelayan dan syarikat, jabatan membuat pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan rumpai laut. Sebanyak 30 – 50 permohonan diterima setiap tahun bagi tujuan tersebut.
3.0 MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUT
3.1 Keselamatan
3.1.1 Gangguan ilanun/permopak mengakibatkan pengkultur rumpailaut menghentikan usaha mereka kerana sering terjadi rompakan hartabenda.
3.1.2 Keselamatan yang tidak terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin menceburi industri ini
2. Sikap
Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya;
3.2.1 Tunggu dan Lihat
3.2.2 Tidak Berkeyakinan
3.2.3 Dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang lain maju)
3.2.4 Sikap terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi
3.2.5 Tidak rajin dan komited terhadap kerja
3.3 Tenaga Kerja
Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpailaut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunaka tenaga kerja dari kalangan anggota keluarga.
3.4 Penyakit Rumpai Laut
3.4.1 Ais-Ais (reput batang)
Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh pengkultur kurang memberikan perhatian kepada tanamannya.
3.4.2 Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’)
Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini
3.4.3 Penyu
Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur.
3.5 Harga rumpai laut
Harga benih berfluktuasi antara RM0.35 – RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut kering diantara RM0.80 – RM2.20.
4.0 PELAN PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT
4.1 Sasaran pengeluaran
10,500 mt dengan anggaran bernilai RM52 juta tahun 2010
4.2 Teknologi
Kaedah rawai dimajukan dengan menggunakan pelampung yang tahan, peralatan mekanisasi dalam penuaian dan menambah jumlah pokok rumpai laut setiap ekar sehingga produktivitinya meningkat.
4.3 Meningkatkan jumlah peserta dan keluasan pengkulturan
Jumlah pengkultur ditambah sehingga 5,000 orang dan syarikat kepada 20 buah
Keluasan tapak pengkulturan ditingkatkan kepada 10,000 ekar di perairan yang berpotensi melalui pengwartaan kawasan pembangunan rumpailaut. Dengan pembahagian tapak kepada nelayan: 2-5 ekar dan syarikat:100-200 ekar.
Skim mesra pengkultur dengan menumpukan perhatian beberapa kelaurga nelayan yang berminat di kawasan tertentu terlebih dahulu dengan menjalankan kursus setempat diikuti dengan pemberian pakej insentif (peralatan, benih dan kemudahan sokongan)
Jadual 6. Unjuran Jumlah nelayan dan Sektor Swasta yang terlibat dalam Industri Rumpai Laut, 2010
| Bil. |
Daerah |
Nelayan |
Sektor Swasta |
| 01. |
Semporna |
Nelayan:6,000 orang |
Syarikat: 11 buah |
| 02. |
Kunak |
Nelayan:500 orang |
Syarikat: 1 buah |
| 03. |
Lahad Datu |
Nelayan:500 orang |
Syarikat: 1 buah |
| 04. |
Pitas |
Nelayan: 50 orang |
- |
| 05. |
Kudat |
Nelayan: 200 orang |
Syarikat: 1 buah |
| 06. |
Kota Belud |
Nelayan: 25 orang |
|
| 07. |
Kota Kinabalu |
- |
Syarikat: 10 buah |
Jadual 7. Kawasan Berpotensi Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah
| Bil |
Daerah |
Lokasi |
Keluasan (ekar) |
| 01. |
Semporna |
Kerindingan Pulau Bum-Bum (timurlaut)
Pulau Selakan
Sebangkat
Sibuan
Pulau Pababag
Pulau Omadal |
15,000
3,500
1,000
7,000
5,000
2,500
10,000
|
| 02. |
Kunak |
Pulau Timbun Mata Pulau Pababag |
3,000
2,500
|
| 03. |
Lahad Datu |
Silam Membatu
Lok Giong |
1,000
500
500
|
| 04. |
Pitas |
MalubangTanjung Piring |
250
500
|
| 05. |
Kudat |
Sibogo Laksian
Teluk Long |
1,000
1,000
1,000
|
| 06. |
Kota Belud |
Kg. Baru-Baru Buah Pandai
Pulau Mantani |
200
100
500
|
| 07. |
Kota Kinabalu |
Perairan Pulau Karang-Karangan,
Pulau Mengalum |
50,000 |
4.4 Pembangunan Industri Hiliran
Menggalakkan pembangunan kilang ‘ekstrak carraganen’ oleh sektor swasta.
4.5. Tenaga kerja
Kursus-kursus dilaksanakan di IPT, Institut Kemaharian MARA, dan lain-lain agensi.
4.6 Pembangunan dan Penyelidikan
Kajian pencegahan penyakit rumpailaut dan automasi dalam pengkulturan dan pengeringan yang akan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau sektor swasta.
5.0 UNJURAN PENGELUARAN RUMPAI LAUT
Dalam masa 10 tahun akan datang unjuran ran rumpailaut negeri Sabah adalah seperti jadual berikut;
Jadual 8 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut Sabah, 2000-2010
| Tahun |
Kuantiti Rumpai Laut Basah
( m.t.)
|
Kuantiti Rumpai Laut Kering
( m.t.)
|
| 2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
|
47,000
56,000
68,000
80,000
87,000
96,000
108,000
117,000
125,000
135,000
|
4,700
5,600
6,800
8,000
8,700
9,600
10,800
11,700
12,500
13,500
|
6.0 STRATEGI JABATAN PERIKANAN
Dalam mencapai matlamat pembangunan industri rumpai laut, jabatan telah mengatur beberapa langkah dalam masa jangka panjang (10 tahun) seperti berikut;
6.1 Kawasan pembangunan rumpai laut
6.1.1 Membuat kajian terperinci kesesuaian tapak pengkulturan
6.1.2 Jabatan membuat kertas kerja pelan pembangunan setiap daerah dan dikemukakan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah berkenaan
6.1.3 Jabatan mewartakan ladang pengkulturan dengan menandakan tapak ladang untuk dibahagi-bahagikan kepada nelayan dan syarikat yang berminat disetiap kawasan yang telah dikenalpasti sesuai
6.1.4 Kawasan pembangunan rumpai laut diterbitkan dalam bentuk risalah
6.1.5 Program ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan untuk satu daerah
6.2 Mula mengembangkan projek
6.2.1 Kenalpasti 2-5 orang nelayan berminat disetiap kawasan untuk memulakan projek pengkulturan rumpai laut
6.2.2 Jabatan memberikan pakej insentif penuh kepada nelayan berkenaan dan anggota jabatan bersama para nelayan tersebut membuat ladang pengkulturan
6.2.3 Untuk pengkultur yang telah maju, jabatan menggalakkan pengkultur mengusahakan pengeluaran benih dan jabatan membeli benih dari nelayan tersebut sebagai insentif
6.3 Pembangunan secara berkelompok
Jabatan menggerakkan pengkultur rumpai laut menubuhkan persatuan berdasarkan kawasan/ladang yang dinamakan mengikut kawasan. Kaedah ini untuk memudahkan jabatan membuat program pengembangan atau lawatan kerja susulan
6.4 Usahasama sektor swasta – pengkultur rumpai laut
Jabatan sebagai penggerak mempelawa eksporter rumpai laut mengurus ladang pengkultur dengan berdasarkan ‘çontract farming’.
6.5 Kursus/Latihan
Dijalankan pada kawasan bakal pengkultur dengan mempastikan nelayan betul-betul berminat atau kursus setempat dalam masa 1-3 hari.
Panduan kursus dikemukan kepada institut-institut tempatan untuk dapat diajarkan kepada pelajarnya.
6.6 Pakej insentif (Bantuan peralatan dan benih rumpai laut)
Jabatan hanya memberikan pakej insnetif sebanyak 2 kali untuk setiap pengkultur.
6.7 Sarana dan kemudahan
Untuk setiap kawasan atau kelompok pengkultur sebanyak 2-5 orang didirikan pondok penjemuran dan kemudahan ini hanya diberikan sekali. Kerosakan dibaiki oleh kelompok pengkultur berkenaan.
6.8 Pengembangan
Kegiatan lawatan kerja susulan oleh anggota jabatan dijadualkan sekurang-kurang setiap minggu untuk kawasan yang baru memulakan usaha dan selama 2 atau 4 minggu untuk pengkultur yang telah berjaya.
6.9 Penyelidikan
Jabatan membuat penyelidikan melalui IRPA (dijalankan oleh Cawangan Penyelidikan) dan kertas kerja dikemukakan kepada IPT berkenaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai masalah tertentu atau berfaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh industri rumpai laut.
7.0 PENUTUP
7.1 Pengenalan industri rumpai laut ini dapat dijadikan sebagai maklumat oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negeri bagi menjalankan usaha ini secara skala besar kerana memberikan pulangan ekonomi yang lumayan.
7.2 Jabatan Perikanan akan memberikan bantuan selaras dengan kemampuannya.
September 23, 2008
Malaysia terkenal dengan pelbagai kawasan dan pantai indah yang dilawati oleh ribuan pelancong saban tahun. Kejernihan airnya, keputihan pasirnya dan keindahan pemandangan sekelilingnya menjadi daya tarikan kepada pengunjung. Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas adalah antara beberapa buah pulau yang menjadi tumpuan kewujudan terumbu karang yang mempesonakan dan menarik minat pencinta alam. Oleh kerana hampir keseluruhan manusia menghabiskan hayatnya di daratan, maka kehadiran flora samudera terutamanya rumpai laut kurang dirasai kewujudannya yang penuh keunikan dan keanehan. Rumpai laut sebenarnya mempunyai peranan ekologi yang sama seperti yang dimainkan oleh tumbuhan darat. Melalui proses fotosintesis, tumbuhan ini dapat menukarkan bahan tak organik kepada bahan organik yang kemudiannya dapat digunakan oleh hidupan samudera yang lain. Oksigen yang dihasilkan boleh digunakan bukan sahaja oleh organisma samudera itu sendiri, malah juga oleh organisma yang hidup jauh di daratan.
Rumpai laut begitu berharga disebabkan kemampuannya memberi faedah dan kegunaan dalam kehidupan manusia. Masyarakat daripada pelbagai kebudayaan sejak berkurun-kurun telah menyedari bahawa beberapa jenis rumpai laut terutamanya alga perang dan alga merah boleh dimakan di samping beberapa jenis rumpai laut lain boleh dijadikan makanan haiwan dan baja. Justeru itu, kehadiran rumpai laut dalam kehidupan manusia terutamanya haruslah dihargai..
Kehadiran sebarang tumbuhan yang boleh menjejaskan penghasilan pertanian umumnya akan dikategorikan sebagai rumpai. Di ekosistem daratan misalnya, rumput dan lalang mempunyai peranan dalam ekosistem. Namun disebabkan tumbuhan ini mampu mengurangkan hasil pertanian manusia, maka ia ditakrifkan sebagai rumpai. Begitu juga di lautan, tumbuhan tak vaskular daripada kumpulan alga adalah rumpai. Kehadirannya di persisiran pantai telah menyebabkan manusia menggolongkannya sebagai rumpai laut, walaupun ia tidak menjejaskan sebarang aktiviti pertanian.
Sekali imbas tumbuhan ini tidak mempunyai sebarang fungsi. Malah kehadirannya menimbulkan masalah kepada manusia. Flora lautan ini akan dihanyutkan ombak dan berkumpul di pantai.Kehadirannya yang banyak di gigi air memburukkan pemandangan. Tumbuhan ini kemudiannya mereput dan meninggalkan kesan busuk di persekitaran dan sekaligus kawasan itu sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan kawasan rekreasi. Selain daripada itu, kegiatan penangkapan ikan dan pelayaran juga turut terjejas akibat daripada kelimpahannya yang tidak terkawal. Ekoran daripada masalah yang ditimbulkannya, maka tumbuhan ini sangat menepati pengertian rumpai yang diketahui umum.
Pengertian rumpai secara negatif timbul apabila sesuatu tumbuhan itu wujud dengan banyak dan seterusnya menjejaskan kesejahtaraan manusia samada secara langsung atau tidak langsung. Jika diteliti dengan lebih mendalam, rumpai ini bukan sahaja penting malah perlu untuk kemandirian sesuatu ekosistem. Melalui proses fotosintesis, tumbuhan ini membentuk asas kepada jaringan makanan. Hidupan laut pula sangat bergantung secara langsung atau tidak langsung pada bahan organik yang dihasilkan oleh tumbuhan ini.
Persekitaran samudera dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan alga. Alga membentuk hampir 94% daripada keseluruhan spesies tumbuhan yang ditemui di laut(lampiran 1). Tumbuhan tinggi, yang merupakan tumbuhan yang dominan di ekosistem daratan, hanya membentuk 0.5% daripada keseluruhan spesies tumbuhan samudera. Tumbuhan ini diwakili oleh lebih kurang 50 spesies tumbuhan monokot yang dikenali sebagai rumput laut. Briofit dan pteridofit tidak mempunyai wakil di persekitaran samudera. Kulat dan liken pula diwakili oleh lebih kurang 500 spesies dan 15 spesies masing-masing di persekitaran samudera.
Secara teknikal, rumpai laut boleh ditakrifkan sebagai alga samudera daripada divisi Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta yang bersifat makroskopik. Jasadnya atau talus jelas dilihat dengan mata kasar. Pada amnya, kita tidaklah perlu manggunakan mikroskop untuk mengecam flora ini sekurang-kurangnya kepada peringkat genus. Di persekitaran samudera, alga merah (Rhodophyta) mempunyai ahli yang terbesar, dianggar terdapat lebih kurang 2500 spesies alga merah. Ini diikuti pula oleh alga perang (Phaeophyta) yang diwakili oleh lebih kurang 1000 spesies. Walaupun terdapat lebih daripada 7000 spesies alga hijau (Chlorophyta), namun sebahagian besarnya ditemui di persekitaran air tawar. Di laut hanya terdapat 900 spesies alga hijau.
Rumpai laut sangat pelbagai. Flora ini melihat kerencaman bukan sahaja dari segi saizdan bentuk malah dari segi warna. Satu perkara yang nyata ialah sebahagian besar rumpai laut bersifat melekap, mencengkam kuat pada substrat dengan bantuan organ pelekap. Tumbuhan ini boleh hidup di atas pelbagai substrat seperti pasir, lumpur, batu, serpihan batu karang atau kerikil. Kadangkala rumpai laut boleh hidup secara epifit pada tumbuhan vaskular atau rumpai laut lain. Ada juga yang menggunakan tubuh haiwan (epizoik) sebagai tempat untuk hidup. Walaupun sebahagian besar rumpai laut hidup secara bentik, namun terdapat juga tumbuhan ini yang menghabiskan sebahagian atau keseluruhan hidupnya terapung (pelagik). Beberapa spesies Sargassum tergolong dalam kumpulan ini. Di laut Sargasso, wujud kelompok Sargassum natan dan Sargassum fluitans pelagik yang banyak.
KEPENTINGAN RUMPAI LAUT
Memandangkan rumpai laut merupakan kumpulan tumbuhan yang banyak mendiami persekitaran laut, maka tumbuhan ini mempunyai peranan yang besar dalam kemandirian sistem ini. Memandangkan sumbangan besar yang dimainkan oleh tumbuhan tidak vaskular ini untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia, maka dirasakan kurang adil istilah rumpai digunakan pada flora ini. Lebih tepat lagi kita istilahkannya sebagai sayur-sayuran memandangkan tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas sebagai makanan.
Kepentingan ekonomi
a) Makanan pencuci mulut
Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai ‘limu’ telah menjadi makanan kegemaran sejak turun temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha prolifera (alga hijau) dan Gracilaria coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga merah) yang dikenali sebagai ‘purple laver’ dimakan dengan beberapa cara. Alga merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat ‘blancmange’ dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai ‘dulse’ masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.
b) Membuat teh dan kandi
Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau ‘kombu’) dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat the dan kandi. Undaria atau ‘wakame’ ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat ‘nori’ (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus ‘sushi’ (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).
Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.
c) Makanan haiwan dan baja
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kembing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.
d) Bidang perubatan
Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.
e) Menghasilkan bahan kimia
Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik.
Fikokoloid kedua yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus (‘irish moss’) di Atlantik Utara dan Eucheuma di kawasan tropika. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping membaiki tekstur roti dan sup.
Kepentingan ekologi
a) Ekologi samudera
Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai laut terutama alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu membendung dan mengurangkan daya ombak yang merempuh pantai. Selain itu, rumpai laut bersama-sama rumput laut (tumbuhan berbunga) bertindak untuk menstabilkan pinggir pantai dan mengurangkan hakisan.
b) Menyediakan habitat
Rumpai laut menyediakan habitat yang sesuai untuk berbagai-bagai jenis hidupan laut seperti ketam, buran laut, tapak sulaiman, teritip, bunga karang dan alga kecil yang lain. Bentuknya yang rimbun mampu memberikan perlindungan daripada ombak dan juga pemangsa organisma-organisma ini. Organisma yang bersembunyi di celah-celah lamina rumpai laut ini kemudiannya menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut itu sendiri menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut terutama makanan untuk moluska. Rumpai laut yang terdampar di pantai akan mengalami pereputan dan memungkinkan kunjungan pelbagai jenis serangga terutama lalat. Organisma yang makan dan berlindung pada rumpai yang reput ini kemudiannya akan menjadi makanan kepada hidupan lain.
Alga merah koralin mempunyai peranan yang tersendiri terutama di terumbu karang. Alga merah seperti Porolithon, Lithothamnion dan Lithopyllum menyumbangkan kalsium karbonat untuk pertumbuhan terumbu batu karang, malah kadangkala sumbangan kalsium karbonat ini lebih besar daripada yang diberikan oleh haiwan karang.
Sumbangan rumpai laut dalam kehidupan manusia ternyata amat memberangsangkan. Peranannya sama seperti yang dimainkan oleh tumbuhan daratan samada sumbangannya dalam sistem ekologi mahupun ekonomi. Keanehan dan keunikannya pula dapat menarik minat ribuan para pencinta alam dan keadaan ini akan memberi impak yang besar dalam industri pelancongan negara. Justeru itu, kehadiran rumpai laut dalam sistem ekologi sewajarnya dihargai.
September 23, 2008
Posted by harizamrry under
Agro - Info Buletin 1 Comment
SEMPORNA – Projek pengkulturan rumpai laut telah membantu penduduk miskin di Semporna menikmati kehidupan lebih baik dengan pendapatan tetap RM600 hingga RM1,500 sebulan.
Seorang peserta projek itu di Kampung Pulau Selakan, Robani Isnin, 62, berkata, sebelum menyertai projek itu dia bekerja sebagai nelayan tanpa pendapatan yang tetap.
“Pekerjaan saya dahulu sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi sekarang lebih terjamin,” katanya.
Selain di Pulau Selakan, projek pengkulturan rumpai laut turut dilaksanakan di pulau Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat, Sibuan, Pababag dan Omadal.
Projek ini sesuai dilaksanakan di perairan Semporna yang mempunyai perairan laut terlindung, kualiti air laut yang baik dan dasar laut berpasir dan berbatu karang.
Robani berkata, di kampungnya terdapat 40 peserta projek itu yang dimulakan pada 1994 dan diselia oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Seorang peserta projek itu di Pulau Selakan, Mansor Mandong, 42, berkata, pengkulturan rumpai laut mengambil masa dua bulan, dan selepas itu ia akan dituai dan dijemur selama tiga hingga empat hari.
Rumpai laut yang kering itu kemudian dijual kepada sebuah kilang.
Beliau berkata, pengkulturan rumpai laut di ladang memerlukan pengawasan rapi bagi memastikan ia tidak diserang penyakit ‘Ais-Ais’ yang mereputkan batang rumpai laut atau daripada penyu yang memakannya.
Antara kegunaan rumpai laut adalah sebagai bahan campuran dalam industri pembuatan cat, syampu, dakwat, penyembur racun serangga dan bahan kosmetik.
September 23, 2008
Posted by harizamrry under
Agro - Info Buletin 1 Comment
Ikan merupakan komoditi yang mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan betul bermula dari atas vesel menangkap ikan hingga menjadi menu. Di Malaysia, ikan lebih cepat rosak kerana bercuaca tropika. Penurunan kualiti ikan dalam bentuk fizikal, kimia dan biologi berpunca dari pengendalian hasil tangkapan yang tidak sempurna seperti kurang menggunakan ais dan tidak menggunakan peti ikan yang sesuai termasuk semasa memprosesnya. Sehubungan itu, aspek pengendalian ikan dijadikan agenda utama dalam usaha memperbaiki dan menjamin kualiti hasil tangkapan nelayan dan penternak.
Di Malaysia, kajian menunjukkan 25% hingga 30% ikan yang didaratkan mengalami kerosakan apa yang dipanggil “post harvest loses”. Peratusan ini dianggap tinggi dan boleh menjejaskan aktiviti pemprosesan hasil perikanan yang turut menjejaskan pendapatan nelayan itu sendiri. Jika peratusan ini dapat dikurangkan, hasil tangkapan termasuk ikan campur boleh diproses menjadikan produk tambah nilai (value added) seperti otoshimi, bebola ikan dan lain-lain.
Penggunaan ais sangat penting dalam pengendalian ikan kerana ia bertindak sebagai pengawet yang dapat mengekalkan suhu pada tahap 0oC. Bekalannya juga senang diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti tiub, blok, kiub, keping (flake), hancur (crushed) dan flo-ice(binary ice). Penggunaan ais adalah murah, efektif dan selamat kerana ia dihasilkan dari air yang bersih. Ais berfungsi sebagai bahan penyejuk yang merendahkan suhu ikan. Keadaan ini akan melambatkan aktiviti bakteria yang merupakan penyebab utama ikan menjadi rosak. Ais juga berfungsi menyingkirkan lendir, bakteria dan kotoran pada ikan yang dibuang melalui aliran ais yang cair.
Terdapat kelemahan dalam penggunaan ais di kalangan nelayan, pemborong, peraih dan pengendali ikan kerana tidak menggunakan ais yang betul dan mencukupi. Berikut adalah teknik yang betul mengguna ais bermula dari proses menangkap ikan sehingga sampai kepada pengguna:
• Pengendalian di atas vesel atau di kolam
Hasil tangkapan hendaklah dibersihkan dan diaiskan selepas sahaja didaratkan. Bersihkan kotak dan peti ikan sebelum memasukkan ikan. Kotak untuk pengaisan dan penghantaran hendaklah dari jenis plastik yang dinamakan kotak berinsulasi atau kotak HDPE yang mempunyai lubang di bawahnya untuk mengalirkan ais yang cair. Bagi ikan yang ditangkap dari kolam/ sangkar, ia hendaklah dibasuh dengan air bersih terutama di bahagian sisik dan insang. Untuk penghantaran dan penyimpanan yang memakan masa yang panjang, insang dan perut hendaklah dibuang bagi ikan yang melebihi berat 500 gram/ekor.
Sebelum ikan disusun di dalam kotak, ais hancur perlu dimasukkan dengan ketebalan tiga inci hingga empat inci. Untuk lapisan setrusnya, nisbah ikan dan ais hancur hendaklah 1:2 (satu bahagian ikan disusun berbaring atau menegak dengan perut ke bawah). Seterusnya ketebalan ais hancur di bahagian atas sekali hendaklah di antara tiga inci hingga empat inci.
• Pengendalian di pusat pendaratan
Ikan perlu dipunggah dengan menggunakan alat yang efektif supaya tidak mengambil masa yang lama bagi mengelakkan penurunan kualitinya. Cara pengendalian ikan yang kasar dengan cara melonggokkan di atas lantai serta di persekitaran yang tidak hygenic turut mempengaruhi kesegaran ikan. Ikan perlu dimasukkan ke dalam kotak dengan teknik seperti di atas.
• Pengangkutan
Pengangkutan yang digunakan mestilah dalam keadaan bersih dandilengkapi dengan sistem penyejukan
yang baik. Begitu juga dengan peraih atau penjaja yang berkenderaan kecil perlu menggunakan ais yang mencukupi kerana bakteria dapat membiak pada suhu yang tinggi.
• Pengendalian di pasar
Penjual ikan di pasar perlu menyusun ikan di dalam petak bersama ais. Pembeli dilarang memicit ikan kerana ini akan menjejaskan kualiti ikan.
• Pengguna
Pengguna perlu menyenaraikan ikan sebagai perkara terakhir yang dibeli di pasar. Ikan perlu dibersih dan disimpan dengan cepat sekembalinya dari pasar.
Penggunaan ais amat penting untuk mengekalkan kualiti, khasiat dan harga ikan. Secara tidak langsung dapat mengembangkan industri pemprosesan ikan dengan penghasilan produk yang berkualiti dan selamat dimakan.

Keterangan gambar:
1. Bersihkan kotak ikan dan petak ikan
2. Aiskan ikan secepat mungkin
3. Gunakan ais yang bersih dan sesuai
4. Lapiskan ais dan ikan dengan betul (berselang-seli) bermula dan berakhir dengan lapisan ais
September 23, 2008
Perdagangan ikan hiasan kini semakin berkembang di dunia. Ini termasuk negara kita Malaysia yang menjadi salah satu pengeksport ikan hiasan utama di dunia. Negara-negara pengimport utama ikan hiasan Malaysia terdiri dari Jepun, Indonesia, Perancis, Jerman, Hong Kong, China, Australia dan Brunei.
Apabila diperkatakan industri ikan hiasan, ia juga bermaksud peralatan akuarium, batu dan pasir, makanan ikan, ubat-ubatan dan tumbuhan akuatik. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport utama tumbuhan akuatik di mana Johor merupakan satu-satunya negeri pengeluar tumbuhan akuatik di Malaysia. Singapura menjadi pengimport utama tumbuhan akuatik dari Malaysia.
Perangkaan pengeksportan tumbuhan akuatik dari tahun 2002 hingga 2004 melalui Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin (PPKIK), Gelang Patah, Johor adalah seperti rajah di bawah:

Di Malaysia terdapat lebih 200 jenis tumbuhan akuatik yang dieksport antaranya ialah Riccia fluitans, Azolla japonica, Salvinia auriculata, Marsilea angustifolia, Ceratopteris thalicroides, Bolbitis heudelotii dan lain-lain. Bagi meningkatkan industri tumbuhan akuatik ini, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Jelebu, Negeri Sembilan telah berjaya mengkultur beberapa tumbuhan akuatik secara tisu didik seperti Cryptocoryne lucens danBacopa monneira.
Kelebihan dan kebaikan kaedah tisu didik ini bagi tumbuhan akuatik antaranya adalah:
• Ia akan mempercepatkan kadar tumbesaran dan penghasilan tumbuhan ini dalam jumlah yang banyak.
• Tumbuhan yang dihasilkan terjamin kualitinya kerana ia terhasil dari klon-klon yang terpilih.
• Tumbuhan yang terhasil juga bebas dari sebarang makhluk perosak seperti serangga, kulat dan bakteria.
• Variati-variati baru juga boleh dihasilkan melalui manipulasi genetik.
Teknik Tisu Didik Tumbuhan Akuatik
Peringkat 1:
• Tumbuhan akuatik diambil dari kawasan semulajadi atau dari ladang tumbuhan akuatik.
Peringkat 2:
• Penyediaan stok dan media
• Pengsterilan media dengan kaedah autoklaf
• Pengsterilan tumbuhan akuatik
Peringkat 3:
• Pengkulturan tumbuhan di dalam media
• Inkubasi tumbuhan akuatik
Peringkat 4:
• Penanaman tisu didik tumbuhan akuatik di dalam akuarium
Keterangan gambar:
1. Ladang tumbuhan akuatik
2. Penyediaan media
3. Media dimasukkan ke dalam botol sebelum diautoklaf.
4. Peralatan untuk mengkultur tumbuhan akuatik yang disediakan dalam keadaan steril di dalam alat laminar air flow.
5. Tumbuhan akuatik dikerat kecil-kecil sebelum dibiak di dalam botol kultur
6. Keadaan tisu didik pada hari pertama
7. Peralatan untuk mengkultur tumbuhan akuatik yang disediakan dalam keadaan steril di dalam alat laminar air flow.
8. Tumbuhan akuatik dikerat kecil-kecil sebelum dibiak di dalam botol kultur
9. Keadaan tisu didik pada hari pertama
10. Tisu didik pada hari kesepuluh
11. Tisu didik Cryptocoryne lucens selepas 40 hari
12. Tisu didik Bacopa monniera selepas 30 hari
13. Tisu didik Cryptocoryne lucens di dalam botol-botol kultur.
14. Inkubasi tisu tumbuhan akuatik di dalam bilik kultur
September 23, 2008
SETELAH sekian lama dilihat sebagai salah satu sektor terpinggir dan kurang memberangsangkan, sektor perikanan msewajarnya memerlukan satu anjakan bagi merubah paradigma tersebut. Justeru pengenalan projek berimpak tinggi (HIP) seperti Zon Industri Akuakultur (ZIA) dilihat tepat pada masanya dalam usaha mengukuhkan lagi sosio ekonomi masyarakat nelayan seterusnya memacu ekonomi negara yang disumbangkan oleh sektor berkenaan. Berkonsepkan taman industri, ZIA memerlukan penggemblengan tenaga kesemua agensi dan jabatan berkaitan akuakultur untuk sama-sama menjayakannya dan memastikannya berjalan dengan lancar dan sempurna.
Salah satu agensi yang terlibat ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal ekonomi masyarakat nelayan keseluruhannya. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Annas Khatib Jaafar, dalam pembangunan ZIA, LKIM secara umumnya menyediakan infrastruktur asas untuk pembangunan zon tersebut termasuk sempadan atau pagar, jalan masuk utama dan bekalan elektrik serta air.

SEORANG pekerja memeriksa ternakan kerang muara Sungai Mas Trong, Perak.
Infrastruktur asas ini penting memandangkan ia merupakan syarat utama bagi membolehkan sesebuah zon itu beroperasi dengan lancar dan sempurna seterusnya menarik kemasukan pelabur dengan mudah.
“Di samping itu, LKIM juga memberi sokongan dari sudut latihan teknikal kepada nelayan-nelayan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran ZIA yang lebih kepada perniagaan dan pemasaran hasil akuakultur mereka,” ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya di ibu negara, baru-baru ini.
Sebagai pemudah cara kepada nelayan serta pembimbing dan penyedia insentif, LKIM juga b e r t a n g g u n g j aw a b menyediakan persekitaran ZIA yang kondusif bukan sahaja kepada nelayan malah kepada pihak swasta.
Ia termasuk kelengkapan berteknologi tinggi yang membolehkan semua aktiviti bermula daripada pendaratan ikan sehinggalah kepada pemasaran produk dijalankan secara berkelompok di bawah satu bumbung secara komersial.
Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta yang diterima di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), LKIM dan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM118 juta yang dipohon, kesemua ZIA tersebut akan digerakkan dengan lebih cemerlang sesuai dengan matlamat menjadikan nelayan sebagai usahawan.
Peruntukan itu juga akan digunakan untuk menggerakkan pelbagai program dan aktiviti lain di bawah agensi itu dalam usaha untuk mencapai sasaran peningkatan hasil sepanjang RMK-9 seperti yang telah ditetapkan. Sasaran tersebut mengikut komoditi akuakultur utama iaitu bagi ternakan udang laut sebanyak RM42.56 juta, ternakan ikan dalam tangki (RM3,3363 juta), kerang-kerangan (RM2.52 juta), rumpai laut (RM3.42 juta) dan pembenihan ikan (13.5 juta).
“Walaupun masih terlalu awal untuk menetapkan sasaran ini, namun dengan sokongan program seperti ZIA serta kelengkapan dan teknologi tinggi yang digunakan, kita menjangkakan mampu menjana pulangan yang lebih baik,” ujar beliau.
Selain itu, bagi menggalakkan pertanian secara komersial dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga, LKIM telah mengemukakan sebanyak 11 buah projek yang berpotensi dengan kos berjumlah RM202 juta.
Projek-projek itu termasuk pemasaran ikan, pembesaran ternakan ikan laut dalam sangkar, pembangunan ladang kupang bertaraf komersial, penangkapan ikan tuna Lautan Hindi dan pengeluaran isi ikan dan keropok moden, kilang memproses hasil perikanan Chendering, Terengganu.
LKIM juga telah mengenalpasti empat projek yang akan dilaksanakan di bawah program Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kos sebanyak RM1.4 bilion antaranya pembinaan pejabat dan kuaters LKIM di atas tanah seluas 40 hektar di Puchong, Selangor. Usaha memajukan lagi sektor perikanan juga ujar Annas meliputi pembangunan dan penyediaan kelengkapan asas termoden di 27 kompleks pendaratan ikan dan pusat-pusat pemeriksaan ikan di seluruh negara.
Kesemua kompleks pendaratan ikan ini termasuk sebuah lagi yang kini sedang giat dibangunkan iaitu Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis (PPLDTM), Sarawak akan beroperasi sebagai satu pusat pertumbuhan untuk kegiatan ekonomi nelayan.
Dengan kemampuan menguruskan sehingga 200 kapal nelayan dalam satu-satu masa, PPLDTM misalnya akan memastikan lebih banyak aktiviti pendaratan ikan laut dalam berlangsung seterusnya memacu sektor itu untuk lebih berdaya saing.

KEPAH yang diternak di Sungai Mas Trong, Perak.
Ia juga sejajar dengan usaha LKIM dalam transformasi masyarakat nelayan sekali gus meningkatkan ekonomi menerusi medium perniagaan dengan menjadikan mereka sebagai seorang usahawan.
Pusat-pusat pendaratan ikan ini juga akan bertindak sebagai satu payung untuk mengumpulkan kesemua nelayan dalam satu kelompok yang besar seterusnya menjalankan aktiviti berasaskan perikanan secara komersial.
Ia termasuk suntikan modal dan teknologi-teknologi tinggi bagi membolehkan nelayan menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh seterusnya memastikan hasil tangkapan yang lebih besar. Pada masa yang sama ujar beliau, nelayan dan persatuan nelayan akan dibimbing untuk menceburi industri pelancongan nelayan dan agro pelancongan menerusi aktiviti seperti perikanan rekreasi, medan ikan bakar, homestay, calet nelayan dan kraftangan.
Penglibatan persatuan nelayan yang ketika ini berjumlah sebanyak 92 persatuan bertujuan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan dalam masa yang sama menggalakkan mereka menceburi sektor hiliran.
“Sebagai perbandingan pada tahun lalu, 64 projek pelancongan telah dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan penglibatan seramai 120 orang nelayan. “Pastinya tahun ini kita mensasarkan untuk mengadakan lebih banyak projek seumpamanya dengan penglibatan lebih ramai keluarga nelayan,’’ tambah beliau.

PROJEK ternakan kepah LKIM di Sungai Mas Trong, Perak.
Ketika ini, terdapat 13 kawasan ZIA di bawah pengurusan dan kendalian LKIM iaitu:
● Projek Ternakan Udang Sebatu, Melaka
● Projek Ternakan Udang Pantai Merdeka, Kedah
● Projek Ternakan Udang Telaga Air, Sarawak
● Projek Ternakan Udang Fikri, Terengganu
● Taman Akuakultur LKIM Sebatu, Melaka
● Taman Akuakultur LKIM Telaga Air, Sarawak
● Taman Akuakultur LKIM Badong, Pahang
- Projek Ternakan Udang
- Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki
● Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki Fish Protech, Sepang, Selangor
● Projek Ternakan Kerang Jarum Mas, Perak
● Pusat Pembenihan Udang/Ikan Setiu, Terengganu
● Pusat Pembenihan Udang/Ikan Telaga Air, Sarawak
● Projek Pengkulturan Rumpai Laut Kudat, Sabah
September 23, 2008
JOHOR BAHARU — Pemenang Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor, sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun ini, Saipul Bahri Shuib, 46, gembira kerana pembabitannya dalam sektor pertanian dan ternakan, mendapat pengiktirafan kerajaan negeri.
Katanya, dengan pengiktirafan itu sekurang-kurangnya telah dapat mengubat perit jerihnya yang berkecimpung dalam bidang itu selama lima tahun di ladang ternakannya seluas 120 hektar di Pagoh, Muar.
“Saya tidak sangka kejayaan saya dalam bidang pertanian dan ternakan ini selain daripada memberi pulangan yang baik turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan,” katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah tersebut di sebuah hotel di sini malam tadi.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyampaikan anugerah itu sempena upacara perasmian mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan pelancaran Dana Peladang Negeri.
Selain menternak beratus ekor lembu, kambing, ikan air tawar dan menanam buah-buahan, Pengarah Urusan Syarikat Duta Kiara Sdn Bhd itu turut melibatkan diri dalam bidang pengilangan makanan ternakan bernilai jutaan ringgit di ladang berkenaan.
Syarikatnya juga merupakan syarikat tunggal yang diberi kebenaran oleh kerajaan Indonesia untuk membawa masuk baka lembu jenis Barley yang mendapat permintaan tinggi di negara ini.
Di peringkat awal penglibatannya dalam bidang itu, Saipul tidak yakin dengan kebolehan dirinya mengurus ladang ternakan secara komersial.
“Dan hasilnya, memanglah benar bahawa bidang ternakan dan pertanian boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka yang mahu melibatkan diri secara komersial dan sepenuh masa,” katanya sambil menyatakan, syarikatnya turut membawa masuk benih lembu dari Afrika Selatan dan Australia untuk pasaran tempatan.
Beliau berazam menjadikan anugerah yang dimenanginya sebagai perangsang untuk meluaskan lagi penglibatannya dalam bidang tersebut pada masa depan.
Saipul meminta rakan-rakan yang berkelulusan tinggi supaya tidak lagi memandang rendah bidang pertanian dan ternakan kerana perusahaan pengeluaran makanan sememangnya menjanjikan pulangan lebih baik jika mereka sanggup berusaha bersungguh-sungguh.
– BERNAMA
September 23, 2008

PASAR tani kekal jadi pusat sehenti pelbagai produk pertanian. |
Kemudahan lengkap buat peniaga, pengunjung selesa
PERUBAHAN demi perubahan dapat dilihat pada konsep pasar tani sejak ia mula beroperasi pada 31 Januari 1985 di Larkin, Johor Bahru dan ketika itu, ia berkonsepkan pertemuan ‘pengeluar-pengguna’, berteraskan kepada jualan hasil pertanian saja secara terus kepada pengguna.
Ketika itu, kita melihat peniaga duduk di bawah payung pelbagai warna memasarkan hasil pertanian di tepi jalan, tanah lapang, tempat letak kereta dan di tepi bangunan dalam suasana tidak teratur dan sering berpindah randah.
Bermula dengan hanya 12 pasar tani, kini jumlahnya berkembang kepada 227 di seluruh pekan dan bandar dan terus menjadi pemangkin kepada petani untuk memasarkan hasil usaha mereka.
Malah, kewujudan pasar tani memberi peluang kepada 12,850 petani membabitkan diri dalam perniagaan berasaskan pertanian dengan jualan sebanyak RM374 juta setahun di seluruh negara.
Bagi memastikan pasar tani terus mendapat sambutan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) terus mengorak langkah mengubah wajah pasar tani sedia ada daripada sistem payung kepada menggunakan kanopi termasuk mewujudkan 65 pasar tani mega, tiga pasar tani borong, tiga pasar tani kekal dan 16 pasar tani desaraya.
 |
| MUSTAPA menyauk ikan patin dalam kolam selepas perasmian pasar tani kekal, Jerantut. |
Pengerusi Fama, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin, berkata pasar tani muncul sebagai ruang pasaran alternatif kepada pengguna, tetapi disebabkan operasinya satu atau dua kali seminggu, ia tidak dapat memenuhi keperluan pemasar dan pengguna.
“Fama terus berusaha mewujudkan suasana dan dimensi baru terhadap pasar tani dengan mewujudkan pasar tani kekal terutama di bandar dan pekan besar yang mempunyai bilangan petani dan penduduk yang ramai.
“Petani akan duduk di bangunan kekal, ruang niaga lebih luas, selesa, kemas dan peragaan barangan lebih teratur di bawah satu bumbung,” katanya.
Perasmian pasar tani kekal pertama di Jerantut baru-baru ini membuktikan perubahan yang berlaku dan usaha Fama untuk meningkatkan taraf hidup petani, sekali gus mengurangkan masalah pemasaran hasil pertanian.
Pasar tani kekal Jerantut adalah yang pertama di negara ini berharga RM2.17 juta dan mula beroperasi September tahun lalu membabitkan 105 peserta.
Badruddin berkata, dua lagi pasar tani kekal sedang dibina di Bukit Gambir, Johor dan Guar Chempedak, Kedah.
Sementara itu, Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata aktiviti pertanian tidak lagi boleh dilihat sebagai usaha sampingan.
Katanya, sistem pemasaran yang cekap, dinamik dan berkesan bukan saja dapat menyelesaikan sebahagian besar kemelut pengeluaran, malah dapat memberi satu motivasi kepada seluruh sektor pertanian.
“Infrastruktur pemasaran yang moden dan cekap dapat memastikan pengedaran bekalan dapat dilakukan dengan cepat, sekali gus menjamin petani mendapat pasaran hasil pertanian mereka.
“Membangunkan pasar tani sedia ada kepada pasar tani kekal melalui Fama boleh memberi faedah kepada industri pertanian dalam jangka panjang dan kementerian berhasrat mewujudkan lima lagi yang dijangka disiapkan sebelum berakhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
“Infrastruktur pemasaran dilengkapi sistem operasi bersesuaian dapat memastikan pengedaran bekalan makanan negara, dilakukan dengan cepat, adil dan telus bagi menjamin petani mendapat pasaran hasil pertanian mereka pada harga menguntungkan dan pengguna dijamin bahan makanan berterusan dengan mutu dan harga berpatutan,” katanya.
Beliau berkata, usaha Fama melalui pembangunan pasar tani kekal ini berupaya menyediakan ruang pemasaran yang memberi faedah kepada industri pertanian dalam jangka panjang.
“Saya percaya, projek ini akan berperanan sebagai ‘pusat sehenti’ bagi pelbagai produk di bawah satu bumbung.
“Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti promosi yang berupaya menarik lebih ramai pengunjung termasuk pelancong yang melalui kawasan ini dalam perjalanan ke Taman Negara,” katanya.
Beliau juga meminta petani tidak lagi membungkus sayuran dengan surat khabar, sebaliknya dibalut dengan pembungkusan plastik bersih, sekali gus imej pasar tani yang menyediakan hasil pertanian segar dapat dipertingkatkan.
Katanya, usahawan tani perlu memastikan produk dihasilkan berkualiti, lebih kompetitif, selamat dimakan dan dapat bersaing dengan pengeluar lain khususnya pasar raya besar.
Sementara itu, seorang peniaga sayuran, Zarina Kassim, 36, yang berniaga di pasar tani sejak lima tahun lalu, menyifatkan pasar tani kekal ini amat selesa dan teratur.
“Dulu, saya terpaksa berpanas dan berhujan berniaga di kawasan pasar tani ditetapkan tetapi kini, semua itu tidak menjadi masalah lagi kerana bangunan kekal ini amat selesa,” katanya.
Pengunjung, Jamaludin Samsudin, 38, menyifatkan reka bentuk pasar ini amat menarik selain memberi keselesaan kepada pembeli kerana suasananya tenang dan bersih.
Laman Berikutnya »