Madu lebah beri untung lumayan

Pengusaha miliki 300 kotak simpan sarang mampu peroleh pendapatan RM6,000 sebulan

BERDASARKAN sejarah, khasiat dan latar belakang, madu lebah dikenali sejak zaman Firaun memerintah Mesir sekitar 300 Sebelum Masihi hingga melangkau tamadun Parsi, Greek dan Rom sebagai antara kaedah penjagaan kesihatan.

Di Asia Barat, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian, manakala bagi masyarakat China, memberi madu lebah kepada anak sejak kecil adalah amalan turun-temurun.

Di Sabah, permintaan tinggi terhadap madu lebah dan harganya yang mahal menjadi faktor pendorong terhadap kemajuan industri itu.

Malah, minat terhadap potensi industri madu lebah terus meningkat kerana ia bukan saja mampu meningkatkan ekonomi tetapi juga berupaya mengubah kehidupan pengusahanya.

Pengusaha madu lebah dianggar boleh menikmati sehingga RM6,000 sebulan atau RM72,000 setahun, berdasarkan pemilikan 300 haif (kotak penyimpanan sarang lebah).

Justeru, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) menerusi Pusat Lebah Madu Borneo di Sikuati, Kudat, yang menaruh keyakinan tinggi terhadap potensi madu lebah aktif membangunkan industri itu secara terancang.

Mula mengambil peserta awal sekitar 1990-an dan kini mempunyai lebih 300 peserta, KPD aktif di utara Sabah merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Pengurus Projek Lebah Madu KPD, Benjamin Subinon, berkata madu yang dihasilkan KPD bukan saja mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan tetapi juga negara luar yang mementingkan produk halal seperti negara Asia Barat.

“Permintaan memang sukar ditampung kerana hasil sedia ada cuma cukup bagi memenuhi pasaran tempatan buat masa ini dan kita akan menggandakan usaha bagi meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Perangkaan menunjukkan KPD menghasilkan 20.43 tan metrik madu tahun lalu, manakala sasaran tahun ini ialah 26 tan metrik, dengan pengeluaran setakat bulan lalu mencecah 10 tan metrik.

Pusat Lebah Madu Borneo adalah pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembotolan madu lebah keluaran KPD. Ia turut menyediakan kursus ternakan lebah madu kepada yang berminat.

Benjamin berkata, masa menuai madu lebah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Mac hingga Jun dan Ogos hingga Oktober, lazimnya tiga kali menuai setahun.

“Koloni lebah dalam satu haif boleh menghasilkan tiga kilogram madu bagi sekali tuaian, manakala secara purata, setiap peserta mampu memperoleh sembilan kilogram madu bagi satu haif menerusi tiga tuaian.

“Bagaimanapun, ada juga yang memperoleh 12 kg madu lebah setahun jika proses penternakan dijaga dengan baik,” katanya sambil menambah hasil pengeluaran madu KPD tujuh tahun lalu hanya mencecah tiga tan metrik.

Benjamin berkata, tanah seluas 0.4 hektar hingga 0.8 hektar memadai bagi menternak lebah madu, dengan syarat mempunyai tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.

Bagi menuai madu daripada haif, sebahagian besar peserta menggunakan mesin penggempar atau `extractor’ sejak 1990-an lagi walaupun masih ada yang mengekalkan alat toresan atau saringan.

“Menuai menggunakan mesin penggempar lebih baik kerana sarang berisi madu tidak dimusnahkan, berbanding kaedah toresan yang menghancurkan sarang,” katanya.

INFO: Peralatan penternakan lebah madu
# Pengasap
# sarung muka
# haif
# golodok
# pakaian/sarung muka
# pahat
# berus pembersih
# penggempar
# toresan
# bekas yang bersih

FAKTA NOMBOR
# 800 anggaran – Peserta menjelang 2009
# 4 spesies – Lebah di Sabah iatu Apis dorsata, Apis cerana, Apis florea dan Trigona spp.

16 thoughts on “Madu lebah beri untung lumayan

  1. Saya berminat untuk belajar dan membeli alat penternakan lebah. Dimana saya dapat belajar dan bagaimana cara membeli peralatan?

    Terima kasih

  2. Saya berasal dari Limbang, Sarawak dan berminat untuk belajar menternak lebah madu. Saya ingin tahu bagaimana saya boleh mengikuti kursus dan bila kah jadual kursus dijalankan supaya saya boleh mendaftar?

    Sekian, terima kasih.

  3. dimanakah alamat di semenanjung malaysia yang bolih sya hubungi untuk mendpat keterangan lanjut tentang kursus menternak lebah madu

  4. saya berasal dari sandakan bandar dan saya berminat sangat dendan perusahaan madu lebah. masalahnya, saya tidak tahu bagaimana nak mulakan perusahaan ini dan adakah ianya melibatkan pengunaan kos yang banyak?
    adakah saya boleh mendapat bantuan dari pihak tertentu bagi memulakan perusahaan ini bermula dari 0%.

  5. saya berasal dari sabah.Saya ingin mengikuti kursus menternak madu lebah.boleh sesiapa beri saya maklumat tentang tempat,no.tel,atau masa kursus yg diadakan????contact sy 0189623075.

  6. Saya mempunyai tanah dekat dengan kawasan hutan di Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan Seluas kira-kira 50 ekar. Struktur tanah saya berbukit. Saya berminat untuk mengusahakan penternakan lebah madu di sana. Bagaimana harus saya dapatkan bantuan dr segi tunjuk ajar & juga kewangan jika ada?

  7. saya berasal dari sabah menetap di sarawak..berminat utk menternak lebah tapi semuanya belum ada alat-alat yang diperlukan..Apakah ada bantuan disediakan?Terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s