Azhar usahawan makanan sejuk beku

Azhar Hasan memasukkan popia ke dalam plastik di kilangnya di Batu 10, Kampung Bukit Batu, Senggarang, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT 21 Julai – Minat yang mendalam dalam perniagaan mendorong Azhar Hasan, 36, membuat keputusan nekad berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan menjual makanan sejuk beku tiga tahun lalu.

Azhar dari Senggarang kini boleh berbangga kerana usahanya dengan dibantu oleh isterinya, Saezah Sedek, 32, membuahkan hasil dan memberi pendapatan bulanan yang menggalakkan.

Walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun ia tidak menghalangnya untuk berusaha gigih dengan berbekalkan modal permulaan RM500 untuk membeli bahan mentah bagi mengeluarkan makanan karipap segera berperisa daging, ayam dan sardin.

Bagi memantapkan lagi perniagaannya, Azhar mengikuti pelbagai kursus makanan dan keusahawanan anjuran Pejabat Pertanian Daerah.

Menurutnya, produknya kini didaftarkan atas nama Balqis Food yang menyediakan makanan sejuk beku antaranya karipap, pau, donat, popia, otak-otak, kuih kasturi, getuk ubi, roti canai dan puteri ayu.

Tambahnya lagi, antara produknya yang popular ialah karipap dengan pengeluaran 4,000 biji sehari, donat (2,000 biji), samosa (1,800 biji), pau dan puteri ayu (2,000 biji) dibungkus antara 10 hingga 12 biji sebungkus mengikut kategori dengan harga RM3.50 sebungkus.

Katanya lagi setakat ini produknya dipasarkan di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru juga pasaran tempatan atas nama syarikat Azhar Frozen Food.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai seorang kerani di Johor Bahru kini berasa puas kerana produk keluarannya mula mendapat tempat di hati masyarakat.

Isterinya yang memang minat membuat kuih memudahkan lagi perusahaan mereka kerana tanpa minat baginya sesuatu usaha itu tidak akan berjaya.

Beliau yang juga mendapat pemantauan daripada Pejabat Pertanian dan menerima bantuan bangunan kilang sebanyak RM20,000 dan RM10,000 berupa mesin meleper tepung, menguli, pemotong, sebuah meja khas untuk membuat kuih dan sebuah peti pendingin beku.

Tambah Azhar, pendapatan bersihnya ialah RM2,000 ke RM2,500 sebulan bergantung kepada jualan dan permintaan daripada pelanggan dan mengikut musim.

About these ads

22 thoughts on “Azhar usahawan makanan sejuk beku

  1. salams,
    Saya ingin mendapatkan no talipon encik azhar untuk order product saudara. dan di mana kah boleh saya dapat product saudara di johor bahru.

    wasalam

  2. salams,
    Saya ingin mendapatkan no talipon encik azhar untuk order product saudara. dan di mana kah boleh saya dapat product saudara di johor bahru.

    wasalam

  3. assalamualaikum en azhar. tahniah kerana jualan yang memberansangkan. tapi, kenapa pendapatan hanya RM 2000 – 2500 sebulan? macam sikit sangat jer. thanx

  4. salam..
    en azhar..kami berminat untuk menemuramah en.
    boleh tak kami ingin mendapatkan no telefon encik untuk susulan lanjut

  5. Salam…..

    En Azhar,
    Saya pernah makan karipap buatan En Azhar. Memang sedap karipap tu. Saya orang KL. Bagaimana nak dapatkan stok sebagai pengedar dan berapa bayaran harga karipap sebungkus?

  6. saya berminat untuk membuka pernigaan makanan sejuk beku. kalau boleh saya nak agar encik azhar boleh menjadi salah seorang mentor saya..tq.

  7. Encik Azhar.

    Bagaiman untuk mendapatkan produk sejukbeku keluaran syarikat tuan. saya di ampang, selangor. Pembelian secara borong. mharap dapat jawapan. Ada sampel produk tak?

  8. TAWARAN KHAS UNTUK USAHAWAN MUSLIM AGRIBAZAAR- MENCARI PENGEDAR SAMPINGAN UNTUK PRODUK-PRODUK MAKANAN MUSLIM HALAL TERBARU DI PASARAN KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN MALAYSIA !!!

    WAKIL PENGEDAR KAWASAN PRODUK-PRODUK MAKANAN MUSLIM HALAL (RESEPI MEKKAH) DIPERLUKAN SEGERA !!

    Sekiranya berminat bolehlah menghubungi terus wakil kami di 016-6389553
    ( En Abdul Rahman ) atau email ke abdul_rahman_MN@yahoo.com

    * GUNAKANLAH PRODUK-PRODUK MUSLIM *

    BERSIH* HALAL* SUCI* BERKAT !

    “MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM”

    SEJARAH PRODUK-PRODUK MAKANAN MUSLIM HALAL (RESEPI MEKKAH)

    Hajjah Rahimah merupakan anak jati rakyat Malaysia yang telah dibesarkan dan menetap di Mekkah, Arab Saudi lebih kurang 50 tahun yang lalu. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang masakan lebih 30 tahun di dalam menyediakan masakan untuk jemaah Haji dan Umrah dari Malaysia dan Thailand. Resepi Mekkah ini merupakan cetusan idea rahsia resepi campuran masakan Arab beliau dan anaknya ( Ustaz Naim ) semasa berada di Mekkah. Jestru itu lahirlah PRODUK-PRODUK MAKANAN MUSLIM HALAL (RESEPI MEKKAH).

    (P/S: Mohon sebarkan kepada individu yang berminat untuk menceburi
    perniagaan dan keusahawanan sebagai pilihan penambahan pendapatan dan ekonomi keluarga)

  9. assalamualaikum … semoga sukses dengan bisnes yang ada,En.Azhar bagaimana cara untuk saya dapatkan produk frozen dan saya berminat untuk menjadi pengedar … boleh emailkan no telifon . terima kasih

    • boleh sy mntak no tel en zaujun nor….sy juga mempunyai produk sejuk beku seperti rt cnai,karipap,pau,popia dll lagi

  10. boleh email sy sebut harga mknan sejuk beku.sy sdg mencari pengeluar sejuk beku halal! tq!!!!.mencari yg hahalitu fardu.sy dr melaka.mn th blh jd pemborg kwsn melaka.i.Alllah.

  11. salam en azhar. sy bermint nk edrkan produk di daerah bera pahang. respons me. lg baik en azhar tgglkn no phone. ni no phone saya. 0179471967

  12. salam encik azhar,saya ahmad bin amin bermiant ingin tahu harga setiap barangan makanan sejuk beku encik azhar itu.syarikat saya berada didaerah pasir gudang,johor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s