
JANA PERTUMBUHAN: Peter Chin menyiram pokok sawit sambil diperhatikan (dari kanan) Ismail, Sabri dan Kohilan (kiri) selepas Seminar Pemindahan Teknologi 2008, di Bangi, semalam.
BANGI: Klon terbaru baka kelapa sawit, P456 yang dihasilkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka mampu mengeluarkan hasil dua kali ganda bagi sebatang pokok dalam tempoh setahun iaitu lapan hingga 10 tan berbanding 3.8 tan ketika ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata MPOB sudah menanam baka P456 di ladang percubaan selama tujuh tahun dan mendapati masa diambil untuk menghasilkan buah sawit dapat dikurangkan kepada antara dua hingga tiga tahun.
Katanya, Malaysia bakal menghasilkan lebih 30 juta tan minyak sawit pada masa akan datang jika baka P456 ditanam secara komersial.
“Penanaman baka P456 secara komersial masih pada peringkat kajian kerana ia mengambil masa untuk pengusaha membuat penanaman semula,” katanya selepas Seminar Pemindahan Teknologi (TOT) 2008, di sini, semalam.
Hadir sama timbalannya, Senator Kohilan Pillay; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wira Ismail Saleh; Pengerusi MPOB, Datuk Sabri Ahmad; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Tan Sri Dr Yusof Basiron.
Sementara itu, pada seminar semalam, MPOB melancarkan 34 teknologi baru dan 16 perkhidmatan terkini, sekali gus menyumbang 412 teknologi yang sudah dilancarkan secara keseluruhan sehingga kini.
Sabri berkata, antara teknologi diketengahkan termasuk sabun wangi lutsinar, krim antirekahan tumit dan bahan pembasuh pinggan berasaskan sawit.
Beliau berkata, perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti penyediaan kemudahan kilang perintis, pengeluaran komposit panel daripada pokok sawit dan mengenal pasti kandungan arsenik dalam makanan haiwan.
Susulan pelancaran teknologi baru itu, katanya, MPOB akan menganjurkan minggu Demonstrasi Teknologi selama lima hari bermula 23 Jun ini.
“Ia bagi membolehkan pihak yang berminat dengan pengkomersialan teknologi dan perkhidmatan berkaitan industri sawit untuk melihat sendiri dan berinteraksi dengan pakar sainsnya,” katanya.
Mengulas Hak Harta Intelektual (IP) MPOB, Sabri berkata, MPOB sudah memperoleh 51 paten daripada 153 paten yang difailkan.
Jun 24, 2008 at 2:01 pm
mana nak dapat anak benih p456 ni, jika ada yang menjual saya nak beli, kelapa sawit saya dah tinggi nak tukar yang baru
Julai 8, 2008 at 7:23 pm
nak tahu tentang anak kelapa sawit jenis
Oktober 24, 2008 at 10:26 am
Anda boleh bertanya kepada MARDI.
Jika anda menetap di Selangor anda boleh menghubungi mereka, seperti di bawah.
Pejabat MARDI Negeri Selangor
MARDI Jalan Kebun
Peti Surat 186
41720 Klang, Selangor
Tel:603-51616392/51611588
Faks:603-51613967
Atau ikuti link di bawah ke laman,
Gagasan Badan Ekonomi Melayu.
http://gabem-selangor.syrimo.com/index.php/Senarai-Badan-Berkanun.html
Oktober 24, 2008 at 10:49 am
mana nak dapat benih ni….di sarawak. berapa harga sebijik
Oktober 4, 2009 at 2:50 pm
mana nk dpat benih nieyh??
n mana nk dpat benih jenis dxp simalungun
Oktober 4, 2009 at 2:55 pm
mana nk dpat benih nieyh??
n mana nk dpat benih jenis dxp simalungun
lw ade leh cntc sye kt num 0175221533/0134247780…
n brape harga sepokok benih yg nk tolak???
yg msih dlam tabung uji??