Roslan gigih usahakan perusahaan kerepek

BATU PAHAT 11 Jun – Walaupun tanpa segulung ijazah, namun berbekalkan semangat ingin menjadi usahawan berjaya, Roslan Yahmin, 32, sanggup bertungkus lumus dan bekerja keras setiap hari mengusahakan makanan ringan di Senggarang, dekat sini.

Dengan modal permulaan sebanyak RM7,000 lima tahun lalu, Roslan memulakan perniagaan membuat kerepek ubi berperisa kari dengan bantuan keluarganya.

Berkat kegigihannya, perusahaannya semakin meningkat dan kini jumlah pengeluaran kerepek ubi, pisang dan keledek yang dihasilkannya turut bertambah.

Roslan memberitahu, pada mulanya dia hanya mengeluarkan satu produk iaitu kerepek ubi, namun kini dipelbagaikan dengan kerepek pisang dan keledek kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama ketika tiba musim perayaan.

Katanya, perusahaan itu juga secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat khususnya kaum wanita di sekitar kampungnya di Kampung Parit Kadir, Senggarang dekat sini.

Kini setelah lima tahun berkecimpung dalam penghasilan makanan ringan berkenaan, dia mampu tersenyum apabila perniagaannya bertambah maju dan berkembang dengan membina kilang baru yang turut diiktiraf sebagai Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Kilang baru itu kini bernilai RM300,000 dan mempunyai 20 pekerja.

Daripada satu jenis kerepek, kini Roslan mempunyai 20 jenis produk atas jenama Roslan Sri Trading dan mempunyai pasaran tetap di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur selain di daerah ini.

Sementara itu, beliau turut menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian berbentuk mesin mengadun dan menggoreng selain membeli tiga mesin lagi.

Memandang permintaan amat menggalakkan, sehingga mencecah enam tan sehari, Roslan bercadang untuk menambah mesin menggoreng sebanyak dua unit lagi.

Katanya, penambahan mesin itu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat terutama menjelang musim perayaan tidak lama lagi kerana pada masa ini dia tidak dapat menampung permintaan yang tinggi daripada pelanggannya.

14 thoughts on “Roslan gigih usahakan perusahaan kerepek

  1. area2 utara xde cawangan ke?seperti di p.pinang,kedah, atau perlis…saya sedang buat research mengenai perusahaan kerepek ini,jd sy ingin meminta sdikit pndangan if pihak cik sudi utk berkongsi pengalaman..

  2. Saya bercadang ingin membuka perniagaan kerepek di kawasan kuala terengganu. Harap dapat beri tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman dalam proses membuka perniagaan tersebut. Sekiranya ada latihan serta kursus2 yang berkenaan, harap dapat diberitahu.

  3. ader pape, cara x yg boleh sy berhubung dgn en. roslan?…sy sedang menyiapkan kerja kursus untuk subjek keusahawanan ting 5..
    kerjasama pihak tuan amat sy harapkan… – pelajar teknik kl

  4. A’kum,

    Saya berminat untuk menjadi pembekal kerepek pihak tuan di kawasan ampangan, ns. Harap dapat makluma lanjut.

    hubungi 012-6265475

  5. saya en azman dari kuantan, bagaimana dengan harga belian borong atau bundle.. boleh senaraikan harga pelbagai kerepek dan kuih muih, tel o17-5808339, saya tengah membuat pernigan kecilX lan. wassalam.

  6. Saya dari syarikat HBA machinery menyediakan perkhidmatan design mesin memproses makanan dan packaging jika pihak tuan memerlukan mechine sila contact kami HBA machinery 0192746246

  7. saya dr melaka,saya sdg cuba utk menjadi usahawan kerepek.saya ingin dpt kan latihan bagaimana cara membuat kerepek ubi,pisang dan keledek.boleh en bantu saya?

  8. saya nakjadi pengedar kerepek ditrg khususnya disekolah2 kawasan kuala terengganu. tlg bagi no hp dan bagaimana nak berurusan

  9. Sy ada bekalan ubi dlm kuantiti yg byk..sila hubungi sy jika berminat, 0127090570. Lokasi rengit, kulai, kota tinggi, simpang renggam,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s