Tanaman cili hibrid beri pulangan lumayan petani

MUAR 12 Mei – Kegigihan tiga pen- duduk Kampung Paya Panjang, Pagoh de- kat sini mengusahakan tanaman cili hibrid sejak beberapa bulan lalu nyata memberi pulangan lumayan apabila ia berjaya di- komersialkan sejak dua bulan lalu.

Setiap pokok cili hibrid itu yang dikenali sebagai hibrid S223 oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), mampu menghasilkan tiga kilo- gram (kg) cili selepas dua bulan ditanam dan kini dipasarkan di sekitar mukim tersebut.

Salah seorang pengusaha, Jamain Rahmat, 56, berkata, cili tersebut mampu mencapai saiz sehingga 20 sentimeter (sm) panjang serta berwarna hijau tua dan merah apabila masak dan dijual antara RM8 dan RM10 sekilogram.

“Saya memulakan tanaman cili hibrid ini kira-kira dua bulan lalu selepas menantu lelaki saya, Mohd. Nizam Daros mengikuti bengkel tanaman cili secara komersial di Kedah.

“Bersama seorang lagi penduduk, Jasmee Mohd. Noor, kami mengusahakan tanaman cili hibrid di sebuah kawasan bersebelahan rumah menantu saya di kampung ini dan alhamdulillah, ia membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui di Kampung Paya Panjang, dekat sini hari ini.

Menurut Jamain, dia dan menantu serta rakan sekampungnya itu mula menanam sebanyak 1,000 pokok cili dan selepas dua bulan, tanaman cili itu mula mendapat permintaan daripada penduduk kampung.

Katanya, hasil daripada tanaman itu, ada antara penduduk yang membeli pokok cili hibrid itu untuk ditanam di rumah mereka dan kisah tanaman cili itu juga mula tersebar di kampung-kampung berdekatan.

Pada permulaan, katanya, mereka hanya berhasrat menjual hasil tanaman itu di pa- sar-pasar berdekatan namun kehadiran sekumpulan pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke tapak tanaman itu baru-baru ini telah mengubah segal-galanya.

“Salah seorang daripada pegawai FAMA itu mencadangkan supaya tanaman cili itu dikomersialkan dengan dipasarkan di peringkat yang lebih luas.

“Antaranya ialah memasarkannya kepada penduduk setempat secara meluas kerana tanaman cili ini boleh ditanam oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan bekas kecil,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Nizam berkata, mereka bercadang mengadakan promosi selama tiga hari mulai 17 Mei depan dengan menawarkan baja percuma untuk setiap belian satu unit pokok cili itu.

Menurutnya, tanaman cili hibrid itu mempunyai jangka hayat kurang daripada setahun dan ketika ia mula mengeluarkan hasil yang semakin mengecil, pokok cili yang baru perlu disemai.

“Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa asap rokok berhampiran tanaman itu akan menyebabkan tanaman itu kurang mengeluarkan hasil,” jelasnya.

13 thoughts on “Tanaman cili hibrid beri pulangan lumayan petani

  1. salam sejahtera
    Projek tanaman cili, merupakan projek yang berdaya saing kerana permintaan yang tinggi.

    Dimana boleh saya mengikuti kursus tanaman cili hibrid

    Terima kasih

    Wassalam

  2. Assalammualaikum…
    Saya berminat utk menceburi bidang penanaman cili ini.
    Di mana dan bilakah kursus tanaman cili hibrid ini
    akan diadakan?… kalau boleh saya nak gambaran berapakah
    modal yang diperlukan untuk ditanam di tanah yg seluasnya
    1 ekar… minta pertolongan…019-2636863

    Terima kasih

    Wassalam…

  3. assalamualaikum,
    saya berminat untuk menceburi bidang penanaman padi. bilakah kursus akan diadakan..bolehkah berikan anggaran kos permulaan untuk mengusahakan penanaman cili ini? saya menetap di cheras.
    terima kasih

  4. saya boleh menghasilkan hasil tanaman cili merah. cuba anda semua berikan petunjuk kpg semua bagaimana dgn pasarannya. kita orang melayu boleh tanam tapi soal pasaran kita kalah pada “orang lain”

  5. Assalammualaikum…
    Saya berminat utk menceburi bidang penanaman cili ini.
    Di mana dan bilakah kursus tanaman cili hibrid ini
    akan diadakan?… kalau boleh saya nak gambaran berapakah
    modal yang diperlukan untuk ditanam di tanah yg seluasnya
    1 ekar
    Terima kasih

    Wassalam…

  6. saya orang baru dalam bidang ini saya ingin mengetahui bagaimana teknik penanaman cili yang betul.Dan di mana dan bila dapat menghadiri kursus

  7. assalammualaikum….
    saya berminat untuk menjadi usahawan dan bercadang untuk membuat projek penanaman cili. Dimana bleh sy mengetahui lebih lanjut tentang projek ini? jika terdapat informasi terkini tentang kursus projek bleh khabarkan pada sy. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s