
DR. MUSTAPA menujukkan contoh perhiasan yang boleh dibuat daripada tanduk rusa.
SEREMBAN 15 Feb. – Kejayaan pakar-pakar veterinar tempatan membiakkan lembu dan kambing baka baik di pusat ternakan di negara ini menjadi aspirasi bagi ternakan rusa di negeri ini.
Jenis ternakan lembu ‘droughmaster’ dan kambing bermutu tinggi seperti Jermasia (Jerman-Malaysia), Feral Australia dan Boer dari Afrika amat berbeza dengan saiz tempatan.
Mengikut statistik Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri, kaedah yang diperkenalkan kepada para penternak di negara ini khususnya di ladang integrasi telah mampu meraih nilai jualan sebanyak RM2.31 juta daripada 1,653 ekor ternakan.
Bagi meluaskan skop penternakan, kerajaan Negeri Sembilan telah mengorak langkah mencuba bidang ternakan rusa yang dikatakan lebih berpotensi dan dalam suasana baru.
Sejak ternakan itu dikomersialkan, permintaan daripada masyarakat semakin menggalakkan malah pembiakan yang dirancang semakin berjaya sehingga mampu menambah bilangan binatang itu dalam jangkamasa yang penuh sistematik.
Bagaimanapun, disebabkan skop ternakan itu masih dianggap baru dan belum menguasai keseluruhan arus penternakan di negara ini, konsep pemasaran secara besar-besaran belum boleh dilakukan lagi kerana bekalan yang agak kurang.
Walaupun begitu, perkembangan pesat terkini di kalangan penternak dijangka dapat mengurangkan kos jualan daging haiwan itu iaitu dari RM60 sekilogram bagi daging rusa import kepada RM45 sekilogram untuk daging tempatan.
Meskipun perbandingan harga daging rusa turun sebanyak RM15 dalam sukatan sekilogram namun kedudukan harga yang disyorkan masih memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha.
Pengenalan ternakan rusa oleh kerajaan Negeri itu mengambil kira potensi daging rusa di pasaran mengikut perubahan cita rasa masyarakat dalam memilih menu makanan pada zaman ini.
Daripada kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan tempatan mendapati, masyarakat hari ini lebih mementingkan makanan berkhasiat, berprotein tinggi, kurang lemak, kandungan kalori rendah dan kolestrol minimum yang ada pada daging rusa.
Pada hari ini, pembangunan di bidang ternakan rusa bukan sahaja melibatkan usaha kerajaan tetapi telah menarik minat pihak swasta dan orang persendirian untuk mengusahakannya secara besar-besaran.
Di ladang rusa Gemencheh dan Pusat Sumber Ternakan di Seliau, dianggarkan lebih 300 ekor rusa berjaya dibiakkan sehingga menolak habitat semula jadi rusa di dalam rimba.
Sementara itu, di Juasseh dan Serting di Daerah Jempol, beberapa syarikat swasta dan agensi kerajaan seperti DK Ternak Sdn. Bhd. telah menggembleng tenaga mewujudkan dua ladang ternakan rusa.
Projek komersial ini mula mengorak langkah pada penghujung tahun 1992 apabila sebanyak 368 ekor rusa telah diimport dari New Caledonia dan daripada jumlah itu sebanyak 108 ekor ditempatkan di ladang Juasseh dan selainnya dihantar ke ladang ternakan di Serting Hilir, Jempol.
Berdasarkan laporan yang diperolehi dari JPHN, kemajuan ladang-ladang itu amat memberangsangkan dan pada masa yang sama ia mempunyai bilangan ternakan rusa melebihi 1,600 ekor serta mula mengutip hasil melalui jualan rusa hidup.
Di peringkat JPHN pula, sebanyak 100 ekor rusa hidup telah dijual dengan nilai jualan sebanyak RM150,000 bagi memenuhi citarasa individu yang gemarkan keenakan daging rusa.
Justeru itu, dianggarkan jumlah stok rusa yang dipelihara adalah sebanyak 2,500 ekor dengan nilai harga sebanyak RM4.15 juta dan perkembangan yang ditunjukkan itu membolehkan negeri ini menjadi pembekal utama daging rusa di Semenanjung.
Dan pada masa yang sama, kerajaan negeri turut menjangkakan pengeluaran stok rusa dapat ditingkatkan kepada 7,000 ekor dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7).
Jun 1, 2008 at 3:56 pm
saya amat tertarik dengan info penternakan rusa ini. saya juga berhasrat untuk menjadi penternak rusa pada masa akan datang.saya mendapati di kawasan negeri perak juga terdapat banyak padang ragut yang diwartakan, memandangkan saya juga berasal dari negeri perak saya amat bangga kerana di perak juga mempunyai ladang menternak rusa yang dikelolakan oleh jabatan haiwan negeri perak di sekitar sg siput. bagi saya perniagaan ini amat menguntungkan,,.dan memberi jaminan pulangan yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. dulu saya amat selesa bekerja di pejabat, tetapi sekarang saya berminat untuk menyertai kursus menternak rusa ini. lagipun bagi saya ” sampai bila saya nak bekerja bawah majikan” …. sekarang saya sedang mengumpul modal untuk merialisasikan impian saya ini… insyaallah..
Julai 29, 2008 at 9:48 am
Salam Hasilah,
saya juga berhasrat dan minat untuk menjadi perternak rusa dan saya sedang mencari rakan kongsi dalam perniagaan.kalau berminat sila email saya.Thks
Wasalam
Disember 17, 2008 at 10:40 am
bagaimana nk dpt baka
Januari 10, 2009 at 1:19 pm
ada jual baka rusa ker..? boleh sy tau brapa harganya..?
Februari 2, 2009 at 5:04 pm
berapa kos tuk spasang induk rusa
Februari 16, 2009 at 11:13 am
Ingin membeli seekor rusa. Sila buat sebut harga:-
1. Nyatakan jantina
2. Kos penghantaran
3. Anggaran berat seekor
4. Lain2 syarat jika ada
Jun 17, 2009 at 12:32 pm
salam,
info yang bagus nie..saya dah start buat ternakan rusa ni..setakat ni baru ada 15 ekor..satu jantan dan yg lain betina..rakan2 yang berhajat nak bincang pasal rusa leh call saya 012-2260765..semoga bidang penternakan rusa ni semakin berkembang di negara kita.aminn
Disember 9, 2009 at 4:05 pm
Boleh saya tau dimana ladang En Zam?? Berminat nk tengok, belajar …
Oktober 22, 2009 at 8:53 pm
sya ada baka untuk dijual. ada lebih kurang 30 ekor. harga rm2500. rusa jenis timorensis bermata coklat. potensi untuk beranak kembar 50% sbb dah 5 ekor beranak kembar. cal 013 3787 424 untuk maklumat lanjut.
Oktober 22, 2009 at 8:55 pm
saya membekal daging rusa yang sudah siap dipek setiap sekg. herga rm29 sekg. pemborong dr KL, NS, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor adalah antara yang selalu ambil dengan saya. sesiapa yang berminat untuk menjadi peniaga daging rusa boleh berhubung dengan saya. 013 3787 424
Oktober 22, 2009 at 8:56 pm
saya sedang mencari unta. kalau ada sesiapa yang tahu atau ada yang nak jual unta cal saya 019 614 2421
Disember 9, 2009 at 4:04 pm
Salam
Saya nak pergi dan lihat mana2 ladang rusa yg berjaya. Boleh?? Area N9, Selangor or Johor ke …
TQ
Disember 29, 2009 at 1:09 am
saya berminat dengan pertenakkan rusa tp saya tidak tahu macam mana nak memulakan pertenakkan rusa di tempat saya.adakah kosnye tinggi dan adakah saluran-saluran pinjaman untuk memulakan pertenakkan ini.saya harap pihak tuan/puan sudi memberi keterangan.
Disember 29, 2009 at 1:47 pm
saya baru nak mula ternak rusa…apa yang perlu saya ada dan perlu saya lakukan……
Februari 24, 2010 at 9:22 pm
berapa harga 3 ekor rusa jantan ada tanduk siap proses buang perut saja ?nk sebelium 14hb3.2010
Februari 27, 2010 at 1:36 am
en.joe…berapa kg berat en.joe perlukan untuk timbang hidup…? dencivic@yahoo.com..for information
Jun 4, 2010 at 11:56 am
Salam
saya juga berhasrat dan minat untuk menjadi perternak rusa bagaimana nah dapat maklumat tentang ini can call 019-2421748 (VENU)
Jun 27, 2010 at 9:58 pm
salam
berapa kos utk sepasang rusa?
Julai 6, 2010 at 12:10 pm
Dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan acara Penjualan Lelong Awam pada 7 Julai 2010. Dan antara item yang akan dilelong adalah SEKANDANG (35 EKOR) RUSA PELIHARAAN MILIK DBKL yang ditempatkan di TAMAN RUSA TAMAN TASIK PERDANA, KL.
Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk menyertai/membeli rusa-rusa ini, boleh hubungi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, DBKL di talian 03-92060200 (Tn. Hj. Abd Jamil bin Abd Rahman)@ (Pn. Umiyati Haidar binti Kamaruzaman).
Terima Kasih.
Juruteknik Mekanikal J17
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Julai 6, 2010 at 12:13 pm
tambahan:
Harga lelongan sekandang rusa dibuka dari RM5,000.00.
Julai 9, 2010 at 12:18 pm
sesiape yang berminat untuk menternak rusa sila hubungi kami di talian:
017-3458849
012-6379835
ladang rusa di:
rawang, selangor.
sg lembing, kuantan, pahang.
Julai 19, 2010 at 1:47 am
saya ingin mengetahui harga pasaran daging rusa untuk sekilogram..
Ogos 10, 2010 at 10:38 pm
dimanakah boleh saya dapatkan rusa baka samba dan berapakah harga sepasang?
November 20, 2010 at 2:09 pm
rusa nilgai untuk dijual,kepada yang berminat sila call :017-3171944
Disember 14, 2010 at 12:47 pm
Saya ingin membeli rusa untuk ternak tapai tak tahu kat mana. tel saya 0139465622
Ogos 19, 2012 at 10:11 pm
syarikat kami sedang mencari penternak & ladang rusa yang boleh membekalkan daging rusa ke syarikat kami secara berterusan. sila hubungi 012-6642519 / parklandsfresh@yahoo.com