Ternakan lembu tingkatkan pendapatan petani

 

PETUGAS Jabatan Perkhidmatan Haiwan memeriksa tahap kesihatan lembu
di Pusat Pemasaran dan Ternakan Lembu Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampung Paya Rajin, Jerantut, semalam.

 

JERANTUT – Pusat Pemasaran dan Ternakan Lembu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampung Paya Rajin di sini merupakan pengendali utama ternakan dan pasaran lembu di Pahang yang dijalankan secara sistematik untuk menambah pendapatan petani luar bandar.

Projek itu menjadi perintis ternakan komersial di kawasan Pahang Barat seiring program Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) yang mula dinikmati di kalangan petani di Jerantut, Maran, Temerloh, Raub dan Kuala Lipis.

Pusat itu mula beroperasi pada 1998 dengan suntikan modal sebanyak RM300,000 di tiga buah kandang dengan kapasiti sebanyak 300 ekor lembu.

Penubuhan pusat itu sejajar dengan permintaan daging lembu yang kian meningkat pada masa ini.

Pusat ternakan baka kacukan Kedah dan Kelantan atau dikenali sebagai ‘Berahman’ itu mempunyai kemudahan padang ternak, pusat pemprosesan makanan, kolam, pejabat selain bekalan elektrik, air dan lojistik.

Pegawai FAMA daerah, Mohd. Lokman Mohd. Isa berkata, usaha agensi berkenaan merupakan konsep baru berasaskan pendekatan integrasi rantaian bekalan.

Modus operandi Fama, menurut beliau, sebagai pusat pembelian, stok dan memasarkan haiwan berkenaan kepada pemborong di pasar tani, peniaga dan penternak di seluruh negeri.

Beliau berkata, usaha itu juga diperluaskan kepada usahawan ternakan dan pemborong di Selangor, Melaka, Perak, Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang yang menjadi rangkaian urusniaga dengan pusat itu.

”Projek ini merupakan pemangkin industri ternakan terbesar untuk memberi peluang kepada petani dan belia di luar bandar menceburi bidang keusahawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Paya Rajin di sini hari ini.

Sejak beroperasi, menurutnya, pusat itu berjaya membantu 250 orang penternak, empat syarikat swasta, sembilan usahawan dan urusniaga bekalan kepada Felda, Risda, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Lembaga Getah Malaysia yang membabitkan perjanjian kontrak pemasaran dan pemindahan teknologi.

Kata Mohd. Lokman, bermula dengan hanya 37 ekor lembu, kini pusat ternakan itu mencatat pulangan sebanyak RM2 juta setahun dengan lebih 1,500 ekor lembu pada masa ini.

”Peranan projek ini bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi di pasaran malah dapat membantu mana-mana rangkaian pasar tani dan ladang ternakan di Pahang yang menghadapi kekurangan bekalan pada waktu tertentu,” katanya.

FAMA Pahang, tambahnya, mempunyai stok bekalan lembu antara 1,500 hingga 2,000 ekor untuk keperluan pasar tani dan pusat jualan bagi persiapan umat Islam menyambut perayaan dan majlis tertentu,” katanya.

Beliau memberitahu, jumlah itu tidak termasuk pembelian lembu dari tempat lain untuk menambah bilangan haiwan berkenaan dalam stok yang ada bagi pasaran tahun depan.

Mohd. Lokman berkata, projek itu bertujuan menyediakan persekitaran pemasaran yang kondusif bagi meningkatkan penglibatan golongan sasar dan pelabur swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi sektor ternakan yang lebih efisien.

”Kita tidak akan lari daripada matlamat asal untuk membantu petani yang berpendapatan rendah di Pahang Barat untuk bergiat dalam bidang ternakan menerusi pembelian dan sistem khidmat bantuan ternakan dan pasaran,” katanya.

Selain pasaran, katanya, khidmat lain yang diberikan termasuk penyelenggaraan berkaitan pencegahan penyakit, pemberian vitamin, ujian darah, ubat-ubatan serta permit membawa masuk dan keluar yang mendapat kerjasama JPH daerah.

Mohd. Lokman yang merupakan pencetus idea projek tersebut berkata, urusan pusat tersebut dikendalikan seorang Pegawai Pusat Pemasaran

Fama dengan dibantu dua petugas menjaga kandang dan pengurusan tertentu sepenuh masa.

“Purata kita memasarkan lembu berjumlah antara 150 hingga 200 ekor lembu seminggu dan dijangka meningkatkan menjelang musim perayaan,” katanya.

Menurut beliau, pusat itu banyak menerima tempahan lembu daripada pengusaha dan usahawan di Pekan, Maran, Kuantan dan negeri-negeri lain.

”Kita mempunyai logistik sendiri iaitu menggunakan beberapa lori untuk menghantar lembu berkenaan ke pusat ternakan dan ladang milik persendirian di seluruh Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha ternakan di Seri Jaya, Kuantan, Koh Wai Kiat, 33, berkata, syarikatnya telah berurusan dengan pusat itu sejak hampir dua tahun lalu dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya dari segi harga dan jumlah lembu yang dikehendaki.

”Sebagai penternak yang baru menceburkan diri dalam bidang ini, Fama banyak mengajar saya mengenai teknik pengurusan ternakan lembu, aspek infrastruktur dan kewangan sehingga membolehkan perniagaan saya berjaya,” katanya.

Dia menambah, syarikatnya membeli antara 30 hingga 50 ekor lembu betina jenis Berahman dari pusat itu untuk diternak bersama baka lembu jantan di ladang ternakan di Seri Jaya.

11 thoughts on “Ternakan lembu tingkatkan pendapatan petani

  1. saya sebagai seorang remaja berminat dengan ternakan lembu dan kambing berasaskan intergrasi krn ayah saya ada ladang sawit dan saya ingin jadi seorang penternak bagi megelakkan saya membuang masa dan terjebak dengan gejala kurang sihat..saya ingin belajar cara penternakan..mohon jasa baik dari pihak tuan…

  2. salam…saya memang berminat nak jadi penternak…lembu ke kambing…tapi tak tau macamana nak start…tanah pun takda…pengalaman lagilah takda…sekarang ni saya makan gaji jer….macamana yek nak buat.

  3. salam…. boleh saya tahu mcm mane cara terbaik untuk menbuat ternakan lembu?.Saya pung sama mcm Rizal, tanah x ader,pengalaman x ader,just makan gaji.ayah ader bela beberapa ekor lembu,dan ayah banyak beritahu yang lembu boleh buat ternakan..mcm mane saya nk tahu tentang latihan untuk ternakan nie?.ader x pihak tertentu mengadakan latihan seperti ini? ader x latihan untuk ternakan ini di ilkankan kt mane-mana?.saya boleh mula dari bawah,tpi saya x ader pengalaman,takut nanti sia-sia ajer.saya harap ader pihak yang boleh beri jawapan untuk seolan saya.

  4. semekom.. sye azizan dari felda kemahang,kel.. keluarga saye telah membuat ternakan lembu secara kecil2an dan bapak saye ingin membuat ternakan secara besar2an akan tetapi keluarga saye takut susah untuk dipasarkn kerana kami tidak mempunyai pengalaman tentang pemasaran lembu secara besar2an.. saye mohon jasa baik tuan memberitahu mcm mne cara terbaik untuk lembu saye di pasarkn dan boleh terangkan secara terperinci supaya saye dapat memasarkannya dengan baik dan tidak memusnahkan perniagaan keluarga saye..tq..

  5. ayah saya seorang penternak lembu di tanah rancangan felda terengganu. dia membuat pinjaman dari badan kerajaan seramai lima orang berjumlah rm500 ribu sama rata dengan melantik seorang ketua. lebih 2 tahun ayah saya mengusahakan ternakan tersebut tapi hasilnya ayah saya hanya mendapat tidak lebih dari rm500 sebulan,kadang-kadang tak dapat langsung alasanya salah seorang dr mereka telah mengambil wang hasil dr jualan lembu tersebut. saya kesiankan ayah saya yang kuat bekerja tetapi hasilnya tidak berbaloi kerana ketuanya yang sangat tidak adil,suka menyumpah seranah orang bawahan. masalah saya sekarang ialah macam mana saya nak buat report dan dimana tempatnya. tq

  6. Assalamualaikum, saya perlukan idea bagaimana nak memulakan projek penternakan lembu/kambing, saya tidak mempunyai modal ataupun tanah untuk memulakan projek tersebut, kemungkinan mengambil kemudahan overdraf drpd bank dengan mencagarkan rumah saya. Walaupun begitu, saya perlukan cadangan untuk memulakan plan awal penternakan ini drpd pihak Tuan.

  7. salam…..
    mintak jasa baik tuan untuk memberikan nama tempat penternakan lembu di sekitar pahang kerana saya ingin mendapatkan tahi lembu segar untuk dijadikan makanan cacing
    tq.

  8. Kepada mereka yang berminat untuk menternak lembu sila hubungi saya, insyaallah saya akan membatu anda untuk mendapatkan pendidikan berkenaan ternankan lembu ini dari pihak yang terbabit dan kepada mereka yang telah menternak lembu sekiranya menghadapi masalah mendapatkan makanan juga boleh menghubungi saya di talian 014-7543557

  9. sya tinggal dicameron highland,dan mempunyai sedikit pengalaman dalam pemeliharaan lembu,terutamanya dari segi untuk mendapatkan bekalan lembu dari kelantan.modal dan tempat pemeliharaan tidak ada,tetapi saya sangat berminat menceburi dalam bidang ini.jika ada kawan yang sanggup berkongsi,sya sangat mengalu-alukan.ctat saya 019-9828729.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s