

Pengenalan
Halia (Zingiber officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat.
Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.
Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
Jenis-jenis Halia
Jenis-jenis utama yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia Indonesia.
Jenis Bentong – Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair).
Warnanya keputih-putihan.
Jenis Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
Jenis Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.
PENANAMAN
Tanah dan Iklim:
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN
Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAH
Tenggala dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara batas.
MENANAM DI LADANG
Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu percambahan rizom-rozom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi; dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,796 pokok sehektar.
Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ menghala ke atas. Kambus dan kejapkan tanah. Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.
PENJAGAAN
Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.
Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar. Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os dan 112 kg K20 sehektar.
Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
MEMUNGUT HASIL
Halia dituai sebagai halia muda yang berumur 41/2 – 5 bulan dan halia tua berumur 9 bulan selepas menanam. Kelewatan memungut hasilnya akan meninggikan kandungan sabut.
Januari 18, 2009 at 4:18 pm
emm..menarik..tapi kalau disertakan dengan cara penanaman halia secara fertigasi lagi menarik..:d
Julai 26, 2009 at 1:18 am
ya di sertakan modal dari kerajaan
Februari 3, 2009 at 2:23 am
agk menarik…
fana…cm knl jerk:-d
Februari 5, 2009 at 11:24 am
bagus jg idea nie, bleh saya manfaatkan tanah yg ada terbiar.
Julai 16, 2009 at 1:01 pm
camne nak wat minyak halia ke??serai wangi kee??
ape bhn2 y msti de??
Julai 26, 2009 at 1:20 am
baru lah boleh usahawan… sama2 lah kita pergi momorumput
September 29, 2009 at 3:40 pm
salam,
saya ingin memasarkan halia secara besar-besaran.sekiranye memerlukan sumber halia..
boleh hubungi saya..
bob 016-2640428.
saya amat hargai sekiranya ada pihak tertentu dapat meluaskan pasaran halia saya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Oktober 7, 2009 at 12:15 am
Salam kengkawan,
Alhamdulilah akhir nya sya temui page nie,
boleh tak dptkan saya page utk proses penanaman nya..
Oktober 12, 2009 at 1:37 pm
mana nk dpt baka yg bek tp mrah yer?? nk tnm byk ni
Mei 10, 2010 at 4:48 pm
encik loy hendak berapa banyak baka halia 2??
Januari 4, 2010 at 11:44 am
Mana nak dapat baka dan siapa yang akan membeli halia?
April 11, 2010 at 12:56 am
saya amat berminat
tentang penanaman halia
kat mana ada contoh ladang halia
Jun 11, 2010 at 1:22 pm
potensi halia dari segi pasaran dan hiliran amat tinggi.
Julai 13, 2010 at 10:06 pm
saya nak mulakan tanaman halia ni,di mana saya boleh dapatkan benihnya?