Ikan laga janjikan pulangan lumayan

MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasanapatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.

Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius. Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.

Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. “Menariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,’’ ujarnya.

Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari. Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.

Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. “Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,’’ katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.

Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan. Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.

Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah. Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.

Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.

Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. “Sekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,’’ katanya. Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru.

105 thoughts on “Ikan laga janjikan pulangan lumayan

  1. boleh saya tahu kat mane ladang puan?
    saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang betta & berminat nak join rancangan puan.

  2. saya berminat untuk melawat ke tempat puan Mariyati. boleh saya dapatkan alalamt ladang dan num telefon untuk lawatan ke ladang?

  3. salam.
    saya mula minat bela ikan2 ni sejak kecil lagi.
    tapi bila dah bekerja makan gaji ni minat nak meniaga ikan
    hiasan ni meluap2 plak. yelah gaji bukan besar mana pun.

    boleh tak akak bagitau kat mana kolam ikan laga akak ni?
    saya minat sungguh dgn ikan hiasan ni

    tq

  4. salam..
    saya nak tahu bagaimana untuk memelihara ikan laga dan cara untuk membiakkannya kalau puan tidak keberatan…
    saya minat memelihara ikan laga sejak kecil dan tertanya-tanya bagaimana untuk membiakkan nya..
    terima kasih

  5. diharap akak dapat memberi alamat kedai ikan akak..
    dan saya juga ingin tahu cara menternak ikan laga..
    pernah gak saya cuba dulu..
    tapi bila dah jadi ank byk ug mati..
    tak sempat pun nk jdi besar batang mancis..

  6. Terima kasih kepada tuan punya blog ni kerana tidak kedekut ilmu. Semoga Tuhan akan memberi rezeki kepada anda berlipat kali ganda lagi.

    Industri ikan laga ini menarik minat saya untuk mencuba.

  7. Salam…

    Saya berminat membela & menternak ikan pelaga. Sekarang ni saya ade membela 4 ekor ikan pelaga, 2 ekor jantan & 2 ekor betina. Saya ingin tau cara membiakkan ikan pelaga ini. Boleh saya tau dimana ladang puan, saya ingin melihat dgn lebih dkat pelbagai jenis ikan pelaga & mempelajari cara membiakkannya.

  8. sy ucapkan semoga akak berjaya dan seterusnya menjadi penternak ikan yang berjaya. orang lain dah lama buat kerja macam ini, syabas untuk akak, teruskan..
    anyway beri saya tip sikit nak bezakan ikan jantan dengan ikan betina. saya memang berminat dengan ikan laga ni semasa masih duduk kampung lagi, masa tu parit tak kotor lagi ikan pun banyak tapi sekarang saya kena beli kat kedai ikan tu pun kena beli jantan dulu sebab yang jantan banyak dan nak yang betina kena order dulu dan tunggu lagi.

  9. saya telah membaca mengenai ladang puan, boleh bagi tau alamat tempat puan membuka ladang peliharaan kerana saya ingin melawat sambil belajar mengenai ikan ini…

  10. sy n aiman pn nk plera gak,kte org mude,perlu dberi pluang.sy ade 1halfmoon dari thai,1double dari singapore,14eko halfmoon semua jantan.1eko halfmoon,4eko plakat

  11. nak tanya puan maryati..

    saya ni kira baru je minat nak ternak ikan laga ni. Tetapi.. saya kurang tahu mengenai bagaimana nak jaga n ternak ikan laga ni.. kalau tak kebaratan, saya mohon tunjuk ajar dari puan.. terima kasih :)

  12. slm kak…
    tahniah coz berjaya menjadi breeder bettas yg mungkin menjadi contoh kepada breder bumiputra… kak maryati ade website ke?
    mane tau bleh order betta dlm internet? kolam dimana?

  13. sye pernah bela ikan laga…. paling maxsimum pnah bela sampai 9 ekor.. cara pembiakan ikan laga sya tahu….tapi..tapi.. bila ank ikan laga dah menetas sya xtau nk kasi mkan ape… kak bley bantu x??????

  14. saya pn bercadang hendak menternak ikan laga ni dgn jumlah yang lebih besar tapi…. takut tak menjadi sebb tak tahu cara hendah menjaga anak ikan laga ni dengan cara yg betul….nanti tak sempat besar dah mati..

  15. anak laga sy br menetas hari ni dh 4hr..sy bagi makan telur kuning dan frozen worm.
    Bagaimana pula perjagaan air, sy lihat air sudah mulai kotor boleh ker sy tukar airnya dan sy ingin tahu perjagaan selajutnya.

  16. akak x buat ker kursus untuk ikan laga. saya amat berminat nak menyertai ternak ikan laga. kalo ada akak siarlah dlm internet, saya rasa ramai yang akan sertainya.

  17. akak,saya dari kedah & peminat ikan laga.bleh tak bagitau cara penjagaan ikan ini.setiap kali saya bela selang 2,3 bulan mesti dia akan mati. kenapa ye??saya teringin nak dapatkan benih3 dari akak….

  18. ala xsusah nak buat benih ikan laga ni…
    tengok kat laman web banyak cara² nak breed dia..
    konfem jadi.. aku dah try..
    skang dah banyak ikan…
    tapi xwat secara komersial lagi.. suka2 ja..hobi..
    kalau naktau cara email aku kat deadsmileyface88@yahoo.com

  19. salam…

    sy berminat dgn akak pny hobi..dimana sy penjual ikan laga di kg baru kuala lumpur..
    sy berminat sekiranya akak boleh supply kepada sy..
    boleh saya tahu di mana lokasi akak…
    kuantiti sy perlukan setiap minggu dalam 1000 ke 2000…
    plz mail me…

  20. aslam sy brminat dgn akak punya hobi..sy brumur 13 tahun..dah bnyk ikan sy pelihararnya..tpi sy ttap suka ikan laga..ndak tau ni knapa..bolh tak akak beri sy tips2 hndak membiakkan ikan laga dan cara menjaga anaknya supaya x mati tanpa sebab dan jgn lupa mcm rupa ikan laga betina yg sht……………..

  21. salam..puan..saya baru berjinak-jinak dengan dunia betta..harap puan dapat beri tunjuk ajar tentang aspek-aspek yang perlu ditekankan tentang penjagaan dan bisnes betta ini..harap dapat kerjasama dari pihak puan

  22. salam..puan..saya berminat untuk menjalankan bisnes ikan laga atau betta ini..juster saya harapkan bantuan dari pihak puan mengai tips2 untuk mengusahakan bisnes ini..diharap dapat bantuan dari pihak puan..tq

  23. saya ada menjual ikan laga yang berbaka baik. untuk tujuan peliharaan atau laga.

    harga dari rm100 -rm200

    telefon untuk pertanyaan atau temujanji
    0123009059

  24. thaniah kepada mak cik !!!sya juga salah satu peminat ikan laga!!!sya juga telah berjaya menhasihkan benih ikan laga !!!! dengan maklumat yg diberi di net@@@@ tgerima kasih!!!!jason dari australia !!!!!

  25. salam akak,tempat akak ni kat rawang belah mane?
    g thu ar alamat..nk jumpe akak laa..
    minat sangt nii pasal ikan laga.
    tgh cari stok lagi,,,skngg pun tgh berusaha ternak ikan laga..biasenyee jantan haflmoon betine yg murah je..leh akak reply msg ni
    tak pun msg sye ,nnti sye call,saye area kundang jaya.012662239

  26. assalamualaikum kak maryati saya ni pengemar sangat2 dengan ikan laga. boleh tak kak maryati cakap berapa harga ikan laga betina kak maryati yang paling murah dan kat mana kak maryati berniaga.

  27. Assalamualaikum semua,terlebih dahulu saya memohon ribuan maaf kerana tidak pun menyedari ada ramai yang tercari-cari serta ingin tahu tentang perusahaan ternakan ikan laga halfmoon saya sehinggalah hari ini dimana dgn secara tidak sengaja ‘terserempak’ dengan laman blog en harizamrry ini.

    Saya rasa agak terharu bila melihat sejak dari tahun 2008 lagi banyak yang bertanya itu ini berkenaan ikan2 ini tapi tiada jawapan. Maafkan saya sekali lagi kerana tidak mengetahuinya. Ya, saya tahu banyak juga tentang selok belok industri ini. Ceritanya panjang, pertanyaan yang saya terima juga banyak,beri saya sedikit masa untuk fikirkan cara mana paling sesuai untuk saya penuhi berbagai permintaan yg diajukan. juga, terima kasih banyak2 pada en harizamrry, penulis blog ini kerana punyai semangat menyokong anak bangsa sendiri dalam bidang pertanian ini. InsyaAllah, jumpa lagi.

  28. dimana lokasi tempat pembiakan ikan laga akak usahakan? kami sekawan berhajat ingin berkunjung kesana. kami ingin mengetahui dgn lebih lanjut tentang cara-cara pembiakan ikan laga.

  29. makanan ape yg boleh diberikan untuk anak ikan laga yang baru menetas sebaik- baiknya yang senang untuk dicari .

  30. saya juga berminat dengan ikan laga ni,kalau boleh nak komersialkan kalau dah pandai nak biak dan bela.
    sapa sapa yang berminat nak join bisnes nanti boleh ar kontek no saya di 019-5959292(saiful)

  31. saya ni tak berapa reti nak e mail atau facebook2 ni… harap sapa yang nak join contact je no saya di atas..TQ

  32. puan,blh i tanya sikit,macam mana nak tahu,buih itu sudah bertelur.??? dan apabilla anak sudah menetas,apa makanan yg perlu bagi kepada anak ikan ini.??? terima kasih…

  33. saya ingin membeli ikan laga dengan puan.bagaimana saya nak hubungi puan..saya berada di sabah..untuk pengetahuan puan saya ingin baka ikan laga yang jarang-jarang ditemui,warna hitam keseluruhan plakat silver,hijau dan kuning…puan ada plakat betina tak yang ingin d jual..

  34. Salam… Puan…Mariyati.. Bole saya tahu kat maner tempat Puan menternak ikan tu.. sebab saya memang berminat dgn ikan laga dan cara utk membiakkan nyer..

  35. sesiapa minat nak tengok tempat biak jomke rumah saya di wakaf che yeh .mesej dulu ke no 014 -5454348 nanti alamat saya bagitahu..

  36. assalamualaikum kak mariyati..
    saya nk thu bape lama proses penetasan telur iakn tu dan mcm mn nk bg warna kulit ikan tu berwarna-warni..
    sbbnye ikan sy tu warna sama shja..
    itu saja lah yg sy ingn thu dari kak mariyati…
    sekian…

  37. saya ada dua pasang ikanlaga…
    1) pasangan yg pertama tu da bertelur dan dah menetas pon anaknya semalam… betina saya da asingkan dari akuarium… dan yg jantan perlu ke diasingkan juga selepas 2 hari anak ikan tu menetas???

    2) pasangn yg kedua tu saya tengok da mengawan.. tapi bila si betina tu dah bertelur yg jantan tu plak makan.. kenapa ye??? yg jantan dia x buat buih pon.. heran saya?? boleh tolong bg tau???

  38. salam.. leh sy tau ladang kak mariyati dmana? sy nak tau mkanan ape yg sesuai tuk fry(ank ikan laga) yg berumur shari-sminggu?

  39. salam,
    makcik, boleh ke saya tau camne nk membiakkan ikan laga ni???
    saya minat sgt ngn ikan laga nii tp x tau sgt cara nk membiakkan..itu pon klo makcik sudi beritahu…
    wassalam.

  40. salam…akak kat mane area ladang akak…sye nie bru jerk start plihara ikan betta nie..kat umah ade 4 jenis 1-halfmoon supe delta..1-halfmoon..1-black short tail plakat..1-crown tail…sye mmg minat care2 nak membiak ikan betta nih…tlg eh.

  41. assalammualaikum…bleh saya tahu anak ikan laga yg baru menetas perlu ditukar ke dalam bekas lain secara berasingan atau diletakkan secara beramai-ramai???

  42. salam kak…. ladang ternakkan ni kat mana yea..
    saya tgh cari ikan laga nie nak beli borong
    ( rege yg dlm rm30 ke bwh je ) nak buat jual kat kedai saya…blh sms saya tak 0196157659.

  43. Assalam Tn Admin,

    Blh tau x apa perkembangan terbaru Pn.Mariyati dgn ternakan ikan laga beliau? Blh tau mana lokasi farm nya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s