‘Matag’ ceriakan penanam kelapa Bangan Datoh

BAGAN DATOH: Mukim Bagan Datoh dan Rungkup di Daerah Hilir Perak, kira-kira 150 km dari Ipoh, memang dikenali sebagai kawasan penanaman kelapa sejak dari dulu lagi.

Industri berkenaan menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar penduduk setempat.

Selepas lebih 50 tahun meraih hasil dengan mengusahakan kelapa jenis Malaya Tinggi, industri itu mengalami zaman kemerosotan dan dijangka terus malap sekiranya tiada rancangan pemulihan.

Zaman ‘malap’ yang dihadapi sejak lebih 20 tahun lalu disebabkan, antaranya, kejatuhan harga dan kurangnya permintaan terhadap kopra kerana diganti dengan kelapa sawit.
Lebih 12,000 penduduk daerah tersebut, yang bergantung kepada tanaman kelapa, mengusahakan kawasan seluas 16,239 hektar dengan purata pengeluaran 3,500 biji setiap hektar setahun.

Bagaimanapun angka tersebut adalah tidak begitu memberangsangkan.

USAHA PULIH INDUSTRI KELAPA

Namun musim gelap industri kelapa mempunyai harapan kembali menyerlah apabila bekalan kelapa mentah di pasaran tidak dapat menampung permintaan.
Manakala para penyelidik pula telah menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.

Permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa terhadap kelapa turut mengalami peningkatan mendadak terutama dalam penghasilan produk perubatan, makanan, rawatan serta produk kesihatan tambahan.

Industri kelapa dijangka akan melalui era perubahan apabila kerajaan memperkenalkan kelapa jenis Matag yang mampu memberi pulangan lumayan untuk para pengusaha.

JENIS KACUKAN

Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.

Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan dan Pemulihan Kelapa kawasan Bagan Datoh, Burhanuddin Yusof, usaha menampung permintaan sektor industri dan pasaran tidak akan tercapai sekiranya tidak dibuat secara berpusat dan bersepadu.
“Sekiranya masalah yang melanda pengusaha di peringkat kebun tidak dapat diselesaikan, usaha kerajaan untuk memulihkan tanaman kelapa akan juga gagal seperti dulu,” kata beliau.

KELAPA MATAG LEBIH BAIK

Beliau berkata keadaan industri kelapa akan terus mengalami zaman kegelapan seperti yang berlaku dalam tiga Rancangan Malaysia yang lepas di mana tanaman kelapa tidak mendapat pemulihan secara serius.

Bagi kawasan Bagan Datoh dan Rungkup, kerajaan negeri Perak menggalakkan para pengusaha menanam kelapa jenis Matag.

Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.

Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.

Bagaimanapun tanpa pengurusan dan penyelenggaraan yang sewajarnya kelapa Matag juga berupaya menghidap ancaman makhluk perosak seperti kumbang tanduk, babi dan monyet pada peringkat awal pertumbuhannya.

PEMULIHAN PERLU SERIUS

Burhanuddin memberi contoh projek perintis penanaman kelapa Matag di Bagan Datoh iaitu seluas 220 hektar di Kampung Sungai Haji Mohamad dan Kampung Sungai Pergam pada awal 1997 dan pada tahun 2000 yang menemui kegagalan kerana tiada bantuan yang mencukupi.

“Input baja, racun, bekalan benih dan penyelenggaraan tidak diambil perhatian dan kemudiannya tanahtanah ini dibiarkan tanpa mendatangkan pendapatan pada penanam yang terlibat,” ujar beliau.

Pada tahun 2004, melalui penubuhan jawatankuasa bertindak berkenaan, pekebun kecil memohon kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi menambah peruntukan.

Lantas, projek kelapa Matag seluas 170 hektar yang mengalami kegagalan dipulihkan semula pada tahun 2005 namun ia masih gagal kerana mengalami masalah input dan ketiadaan anak benih yang dibekalkan oleh sebuah syarikat perladangan di Teluk Intan atas alasan masalah cuaca.

BANYAK MASALAH PERLU DIATASI

Sekiranya kerajaan ingin menyelesaikan masalah berkaitan penanaman kelapa tanpa melibatkan kos yang banyak, penekanan kepada aspek infrapertanian yang sempurna dan penyediaan peruntukan penyelenggaran bagi empat tahun penanaman perlu dipertimbangkan.

“Ini meliputi benih berkualiti, racun, baja, sistem pengairan, jalan ladang. Setakat ini kementerian telah meminta Jabatan Pertanian membuat kertas cadangan untuk memohon peruntukan tambahan,” kata Burhanuddin.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh telah berbincang dengan UPE dan Jabatan Perdana Menteri supaya mereka turut memberi perhatian terhadap cadangan penanaman kelapa dijalankan secara mini estet.

Sekiranya pelbagai masalah pekebun kecil kelapa tidak diselesaikan oleh pihak yang berkenaan, beliau berkata negara akan terus mengimport kelapa dari Indonesia dan Thailand dengan jumlah dan nilai yang terus meningkat.

Penanam kelapa Matag kini boleh tersenyum kerana kerajaan telah menambah bantuan kepada mereka daripada RM3,500 kepada RM6,500 setiap hektar bagi keperluan benih, pagar, pembersihan kawasan dan perparitan.

Bagaimanapun jumlah peruntukan itu tidak termasuk bantuan baja, racun rumpai dan serangga, kawalan penyakit dan penyelenggaraan tanaman, kata Burhanuddin.

PERUNTUKAN LEBIH BESAR DIPERLUKAN

“Ketika ini keperluan sebenar bagi penanaman kelapa Matag adalah RM13,000 setiap hektar bagi tempoh 4 tahun penanaman.

“Kerajaan perlu menaikkan peruntukan kadar siling dari RM6,500 kepada RM13,000 untuk mengelakkan kegagalan seterusnya,” kata Burhanuddin.

Kebanyakan penanam adalah pekebun kecil yang hanya berpendapatan RM400 sebulan dan ada juga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar iaitu RM168 sebulan.

Beliau berkata potensi besar sedang menanti mereka yang terbabit dengan penanaman kelapa kerana bekalan kelapa pada masa sekarang tidak mencukupi setelah penyelidik menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara tambahan yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.

Pasaran kelapa muda juga amat menggalakkan di mana permintaan pasaran tempatan kini melebihi 100 juta biji setahun dan ia juga terpaksa ditampung dengan import dari Thailand dan Indonesia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim barubaru ini berkata minyak kelapa dara berpotensi besar meningkatkan nilai produk kelapa.

Minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan asas penjagaan diri, ujar beliau. BERNAMA

62 thoughts on “‘Matag’ ceriakan penanam kelapa Bangan Datoh

      • Mohd Sakyan Bin Usman
        Batu Pahat, JOHOR, Malaysia
        Kepada para peniaga dan pengusaha ladang yang berminat untuk menampung keperluan bekalan buah kelapa yang semakin berkurangan. Saya dengan rasa gembira untuk sama sama memberi sumbangan berupa maklumat serta bekalan benih kelapa matag ke serata semenanjung. Untuk Tempahan; 017 7821822

    • Mohd Sakyan Bin Usman
      Batu Pahat, JOHOR, Malaysia
      Kepada para peniaga dan pengusaha ladang yang berminat untuk menampung keperluan bekalan buah kelapa yang semakin berkurangan. Saya dengan rasa gembira untuk sama sama memberi sumbangan berupa maklumat serta bekalan benih kelapa matag ke serata semenanjung.

      Untuk Tempahan; 017 7821822

      • Assalamualaikum,

        Saya berasal dari seri medan BP berminat perihal benih kelapa pandan dan matag.Berapa harga terendah boleh diperolehi bagi setiap pokok untuk benih..?Saya memerlukan 100 pokok kelapa matag dan 20 pokok kelapa pandan.Harap email saya balik segera.

      • salam tuan sakyan..sy ingin bertanya mengenai benih kelapa matag yg blh sy perolehi di melaka..sy sbgai seorang melayu yg ingin berjaya untuk membantu menaikkn taraf kehidupn keluarga.bangsa.agama dn negara mengharapkn yg tuan dpt meberikn maklumat kepada sy..blh membalas ke email neyza_zainal@yahoo.com.

    • Saya membekal Kelapa kering/parut dari Indonesia.Berat :Gred A-1100gram, B-800g,C-500g.harga semasa rm800-900/mt(tidak termasuk kos pengangkutan).Stor(pasir gudang)0127483934.Tip kelapa tahan lama :1-jangan terbalikkan mata kelapa ke bawah, 2-jangan ada bau nasi di bah. stor penyimpanan.

  1. saya sudah pergi kursus penanaman kelapa matag di jabatan pertanian kawasan saya tetapi malangnya peruntukan bagi saya sebagai perserta tidak diberikan walhal saya sudah mendaftar sebagai peserta. untuk makluman, saya seorang siswazah mengangur tidak mampu untuk membeli benih setelah modal saya telah habis untuk membuat pagar dan membajak tanah bagi menanam kelapa matag. diharap pihak2 yang berkenaan dapat membantu. terima kasih.

  2. Syarikat kami sedang mencari pembekal yang mampu membekal 3 hingga 8 kontinel ( 20 x40 )tempurung kelapa untuk pasaran antarabangsa. sila hubungi CEO Dr. David melalui email dr2020david@yahoo.com atau tel 0162264444. terima kasih

    • kami adalah pembekal perbagai jenis kelapa muda seperti kelapa matag,kelapa pandan ,kelapa mawa dan membekalkan kelapa muda yg telah siap dikupas kulit dan siap dipasarkan.sila hubungi kami TQ.
      0132190581

    • sy ingin megetahui dimanakh sy blh mendapatkn benih kelapa matag di melaka..harap saudara maupn saudari yg dhormati membantu sy mencapai kejayaan..

    • syarikat kami membekalkan perbagai jenis KELAPA MUDA Seperti kelapa matag,kelapa pandan dan kelapa mawa.Kami juga membekalkan kelapa muda yg telah dikupas kulitnya dan siap dipasarkan.Sesiapa yg berminat sila hubungi kami TQ.

    • Mohd Sakyan Bin Usman
      Batu Pahat, JOHOR, Malaysia
      Kepada para peniaga dan pengusaha ladang yang berminat untuk menampung keperluan bekalan buah kelapa yang semakin berkurangan. Saya dengan rasa gembira untuk sama sama memberi sumbangan berupa maklumat serta bekalan benih kelapa matag ke serata semenanjung.Sabah dalam perancangan.

      Untuk Tempahan; 017 7821822

  3. mencari pemborong kelapa sekitar kl,selangor,perak selatan…sila hubungi 0193174182/0162918459 masuah.untuk malumat lanjut…harga bole di runding.selain dari itu kami juga membekal kan pisang untuk pembekal yg sedang mencari pisang.untuk penerangan secara teperinci sla hubungi kami.terima kasih.

  4. salam saya ingin membeli benih kelapa mantag sesiapa ada boleh hubungi saya 0199596615 atau hantar email dengankadar segera saya tinggal di klang atau didaerah mersing (JB )terima kasih

    • Mohd Sakyan Bin Usman
      Batu Pahat, JOHOR, Malaysia
      Kepada para peniaga dan pengusaha ladang yang berminat untuk menampung keperluan bekalan buah kelapa yang semakin berkurangan. Saya dengan rasa gembira untuk sama sama memberi sumbangan berupa maklumat serta bekalan benih kelapa matag ke serata semenanjung. Untuk Tempahan; 017 7821822

      Untuk Tempahan; 017 7821822

      • Salam,

        Saya baru belajar nak bertanam pokok kelapa matag ni. jadi, saya nak mintak pandangan:

        – 1 hektar, berapa pokok boleh tanam (max).

        – harga satu benih pokok untuk 100 benih.

  5. Syarikat Naslin Ent
    Jenis Kelapa Pandan
    Gread A,B dan C
    Harga bermula dari RM1
    Tel : 0166758688
    Stk bekalan 5 ribu seminggu.
    Lokasi Bkt Pasir Muar Johor

  6. saya hendak memborong kelapa muda..bagai mana caranya untuk saya mendapatkan bekalan kelapa muda..0195656212

  7. saya hendak memborong kelapa muda..bagai mana caranya untuk saya mendapatkan bekalan kelapa muda..0195656212(segera)

  8. saya sedang mencari pembekal kelapa muda (konsisten) di ipoh. Saya ingin berniaga air kelapa. hubungi 0165284987

  9. Salam… Saya duduk di pahang dan mahu anak benih kelapa matag.. Berapa benih yang boleh dihantar ke pahang beserta harganya sekali serta kos penghantaran..

  10. Salam.

    Saya berkecimpung dan mempunyai jaringan dalam hal pembuatan produk berasaskan kelapa, seperti Dessicated Coconut (lowfat), CM Powder dan kini VCO (cold process.

    Kelapa adalah jenis ” short dan medium chain fat” bukan “long-chain” seperti politik pengeluar minyak sayoran barat. Sebetulnya terbukti bahawa produk kelapa berkhasiat dan VCO hampir menyamai susu ibu. Elok kita sama-sama fikirkan cara memulihkan industri kelapa yang kini diguna dalam berbagai produk kesihatan, kecantikan dan makanan. Perlu kita kreatif dan bekerjasama menyertai EKONOMI BARU KELAPA melalui komuniti kelapa yang mampan (sustainable).

    Perlu menyatukan usaha peladang pekebun kecil dalam sistem dan proses pengeluaran produk nilai tambah, asalkan harga mesin dan kos pemprosesannya boleh diserap dan ditampung oleh harga produk yang tinggi dan sokongan pasaran berterusan melalui piawaian antarabangsa. Asal barang jadi duit dan komuniti kelapa berterusan (sustainable)ke anak cucu dan ….InsyaAllah
    0122991253

  11. salam…saya mencari pembekal benih kelapa matag, mawar dan pandan di sekitar lumut/manjung/beruas atau yang berdekatan dengan sekitarnya…..
    sila email saya maklumat : harga sepokok / benih

    dan apa-apa diskaun (jika ada)

    sumaiyah_nda@yahoo.com

    tq

  12. tuan,
    saya minat dengan benih kelapa matag,
    macam mana tuan hantar benih itu kalau saya membuat tempah dari tuan.

    Terima kasih

    Regards,

    Japar Rigo

  13. Saya mencari pembekal kelapa muda . Jumlah yg diperlukan 3000 ke 4000 seminggu . Hubungi saya Harry 0126221922

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s